Jumaat, 25 Jun 2021

JAGO KOBAO

 


 BUDAK KOBAU

JohnDoe commented on

 "BUDAK BUDAK KERBAU"

Isham, teringat pulak lagu Hang Mokhtar "Kocik Kocik" : https://www.youtube.com/watch?v=rkPRFR99vEc Dudok kampong memang banyak konangan lamo Bilo teringek hati den teghaso hibo Poi sawah mandi sungai jadi ingatan Itu sumo memang tak dapek den lupokan Tapi sekarang semuo eh dah berbezo Dulu gasing tapi sekarang main komputer Kobau lombu tak payah laie nak jago Poi sekolah pon semuo dah naik keto

ANWAR TETAP BAKAL PM KITA

 


ANWAR TETAP

BAKAL PM KITA

Unknown commented on 

"NAFTALI NI SAPA?"

Kalo Anwar jadi PM, semua masalah rakyat selesai ke? Anwar tu Nabi atau tuhan? Kenapa ada yang masih banggang anggap Malaysia perlu Anwar? Tanya saja, jangan marah.

Blues70 commented on 

"ZAHID TAK SELAMAT ?"

insan yg dipertikai pengampunan ke atasnya ...bole beri pengampunan pulak.!?...kahkahakah...tak sengaja tanya


Unknown commented on

 "ZAHID SERANG NAZRI AZIZ"

Perangai bang non jugak kan? Sini cakap lain sana cakap lain. Ye la sbb bang non cikgu nya.

NAJIB KEMBALI KEPADA RAKYAT

 

JANGAN LUPA

AMIN

SATU KETIKA

DULU NAJIB

MENCURI

MENIPU

BERI ARAHAN

MEMBUNUH

AMIN

BRZIANA 

BERBURIT

AMIN

BERJUBO

BERALTANTUYA

AMIN

SEKARANG JADI

WARAK ALIM

DAN SUCI

AMIN 

BERCAKAP

 HAL RAKYAT

AMIN

PRIHATIN PADA  

RAKYAT SUSAH

AMIN

KENAPA INI

BERLAKU?

AMIN

KERANA NAK

DIHANTAR KE

SUNGAI BULUH

KHALAS


Kenapa pinjam banyak tapi tak salur kepada rakyat, soal Najib

BEKAS perdana menteri Najib Razak hari ini mengkritik tindakan kerajaan menjual bon untuk kumpul dana, tetapi tidak menyalurkan bantuan cukup kepada rakyat yang terjejas oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh Covid-19.

Katanya pada bulan Jun sahaja kerajaan telah meminjam RM18.5 bilion manakala pada Mei sebanyak RM17.5 bilion.

“RM138.53 bilion sudah dipinjam secara terus atau tidak terus, dikorek atau dijual dalam tempoh enam bulan tahun 2021 sahaja,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Najib turut berkongsi tangkap layar lelongan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII) dalam hantaran tersebut.

MGS adalah bon faedah yang dikeluarkan oleh kerajaan melalui Bank Negara Malaysia bagi mengumpulkan dana jangka panjang dari pasaran modal domestik untuk membiayai perbelanjaan pembangunan kerajaan.

Sementara itu, GII adalah sekuriti kerajaan tanpa faedah jangka panjang berdasarkan prinsip Islam, dan dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengumpul dana bagi tujuan perbelanjaan pembangunan.

“Pasal apa korang pinjam berbilion-bilion selang tiap-tiap hari tapi bantuan tak sampai ke rakyat dalam tempoh PKP 3.0 dan Total Lockdown?” soal Najib.

Tambahnya, tarikh matang untuk pembayaran hutang itu adalah pada tahun 2031 dan 2040.

Tambahnya, sudah menjadi fakta umum kerajaan perlu meminjam kerana pendapatan terjejas akibat ekonomi perlahan sejak darurat dan selepas membelanjakan RM600 bilion dalam pelbagai pakej rangsangan ekonomi. – 25 Jun, 2021

 

NAJIB CONTOH

TERBAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

WAJIB DITANGKAP

BANYAK LAGI

MENTERI

AMIN

DI DAKWA

HANTAR KE

SUNGAI BULUH

 AMIN

MENTERI INI

AKAN JADI SUCI

BERJURUS

MACAM NAJIB 

TAK LUPA

CIUM BATU ITAM

AMIN

BUKAN MACAM

TAKIRI CIUM 

STEERING AUDI

KHALAS



PARLIMEN AKAN DIBUKA

 


JENG JENG JENG

KAH KAH KAH

KAH KAH

KAH



Speaker komited adakan sidang Parlimen akhir Ogos atau awal September

Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara hari ini mencadangkan sidang khas Parlimen secara hibrid pertama yang dijangka akan dilaksanakan sekitar akhir Ogos ataupun selewat-lewatnya awal September.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun dan rakan sejawatnya di Dewan Negara Rais Yatim turut berkata mereka komited untuk melaksanakan persidangan Parlimen secepat mungkin seperti yang telah dititahkan Raja Melayu minggu lalu yang tertakluk dengan aspek undang-undang dan teknikal

SELESAI

BERES

KAH KAH KAH



PRU 15 - 2023

 




 PRU15

2023

Unknown commented on

 "LAGI TEKANAN

 UNTUK MUHYIDIN"

Macam mana teruk nya Mahidin sebagai PM dan kerajaan PN ..mereka akan terus perintah sampai PRU15. Sebabnya..kalo Mahidin ditumbangkan hari ini atau bila2 sebelum pilihanraya, yang akan ambik aleh sebagai kerajaan ialah PH dan Anwar sebagai PM. 


Rakyat Malaysia maseh sedar bahawa macam mana teruknya kerajaan pintu belakang.. lagi teruk KERAJAAN CUCUK BELAKANG. Sesiapa tak percaya tanya TunM ..22 bulan bersama mereka dia cukup tau.

CITA CITA ZAHID DAN NAJIB

 

 

KALAU TAKDA

CITA CITA

BUAT APA

MASUK POLITIK

KAH KAH KAH



Lupakan cita-cita peribadi, kata Khaled kepada pemimpin Umno

NAIB Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin mendesak pemimpin parti bersatu semula dan melupakan cita-cita peribadi demi kelangsungan parti.

Khaled dalam catatan di Facebook berkata untuk bertahan, setiap anggota mesti akur keputusan dibuat oleh Majlis Tertinggi parti dan presiden.

Komennya datang susulan kritikan terhadap presiden parti Ahmad Zahid Hamidi dalam beberapa hari kebelakangan ini.

“Pelbagai kabilah dalam Umno dengan cita-cita masing-masing. Cita-cita untuk diri sendiri dan bukan untuk negara, parti, orang Melayu dan Islam.

“Masalah inilah yang akan menewaskan Umno jika tidak diatasi. Para pemimpin dalam Umno mesti mengendurkan aspirasi peribadi dan mengutamakan hanya aspirasi parti dan negara.

“Jika Umno ingin berkelangsungan, maka Umno harus teguh dengan keputusan parti dan hanya keputusan parti. Ini maksudnya hanya institusi Presiden dan Majlis Tertinggi sebagai pengemudi perjalanan Umno,” katanya pagi ini.

Beberapa pemimpin Umno mengkritik Zahid selepas ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberikan kata dua kepada Perikatan Nasional untuk mengadakan sidang Parlimen dalam masa 14 hari.

Antara pengkritik utama adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz, yang berkata beliau hilang kepercayaan terhadap Zahid kerana bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Beliau juga berkata mendapat tandatangan 25 daripada 42 ahli Parlimen BN untuk menjadikan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein sebagai jurucakap mereka kepada Agong.

Seorang lagi pemimpin Umno yang menentang kata dua Zahid adalah naib presiden parti, Ismail Sabri Yaakob.

Ismail yang merupakan anggota kabinet PN, menolak kata dua Zahid, dengan berkata hanya Majlis Tertinggi boleh memutuskan pendirian parti.

Mesyuarat agung tahunan Umno pada Mac lalu, bersetuju memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN bagi pilihan raya akan datang. Ia juga bersetuju untuk tidak bekerjasama dengan Anwar, PKR atau DAP. – 25 Jun, 2021.
 

INI SUSAH BRO

KAH KAH KAH

PAYAH 

NAK DIBUAT

KAH KAH KAH

MUSTAHIL 

AMIN

NAJIB ZAHID

TAK NAK GI

KE SUNGAI BULUH

KHALAS




MELEPAK ADALAH REVOLUSINER

 

MELEPAK

 ADALAH 

JAWAPAN 

REVOLUSINER

LAWAN

 KAPITALISMA

BESARKAN NENAS - TEBAL KAN BIBIR

 


BESARKAN NENAS

TEBALKAN BIBIR

KETATKAN  APAM

Unknown commented on 

"BERKHALWAT 

HARI KE 465"

Betul betul betul cakap upin ipin, muka cun senang dapat, hati cun payah nak dapat, ramai terpesona ngan muka, bontot, fizikal cun, tapi dalaman tu tak sapa peduli, makin ramai boleh buat fizikal cun, macam macam cara, tapi nak ada hati cun ikhlas suci dah kurang sangat, sapa mengajar ini semua ? Cikgu emak bapak kawan kawan atau suami isteri ?


 Maka jadi lah manusia se manusia seadanya, bukan malaikat yang cakap siang malam syurga neraka, tapi kemanusiaan itu seadanya, pasti tak ada yang sempurna, namun biar lah menjadi manusia yang berguna, untuk diri, orang lain kalau boleh untuk negara, jangan asyik tamak kuasa, wang, bontot, jawatan, pangkat, fikir lah secara manusia tanpa kaum agama bangsa sebagai manusia amin kah kah kah

BUKAN GUA - LIDAH GUA PANJANG

 

 BUKAN GUA

LIDAH GUA

PANJANG

Unknown commented on 

"PROJEK PECAHKAN UMNO"

Hisyam jadi PM ... ! salam bermimpi semua mahu menang dgn kaki kangkang

Unknown commented on 

"PROJEK PECAHKAN

 UMNO SEDANG RANCAK"

Aku suspek surat tu bukan sokong H2O jadi perdana menteri, tapi sokong HR ... Hisham Rais aka TT.... Kalau gitu, aku sokong kuat.

TANYA POLITIK ATAU NAK NGENTOT

 



 TANYA POLITIK 

ATAU NAK CARI

 PELUANG NGENTOT

Unknown commented on 

"SEDANG MENULIS 

BELUM TERSUSUN"

TT macam mana garis kiri menikmati senggama? Macam mana far right position paling digemari? Siapa paling suka memujuk? Utilitarian atau leberalist? Far left suka kah dari belakang? Yang paling bodo lambat cabut siapa? Paling gelabah bila terpancut siapa pula?

NATALIE INI KIRA OKAY

 



 

NATALIE INI 

KIRA OKAY

Unknown commented on 

"NAFTALI NI SAPA?"

Yg aku tau Natalie Imbruglia je, dulu cun beb

Unknown commented on 

"NAFTALI NI SAPA?"

Eleh.. buat tak tahu pulak sapa naftali. Meh sini aku bgtahu. Naftali ialah seorang tukang gunting rambut di sebuah pekan kecil Africo di selatan Itali. Dia bercita2 nak jadi penerbit filem tp sebab kesempatan wang terpaksa meninggalkan hasratnya. Naftali sebelah malam menjadi pelawak berdiri bg menampung kehidupannya. Dia sekarang ni sedang berusaha nak bukak kopitiam kat Brescia.

DUN AKAN BERSIDANG - PARLIMEN BILA ?

 



 MUHYIDIN

DITEKAN LAGI

KAH KAH KAH

ADA JALAN

SELAMAT ?

AMIN

ADA JALAN

 KELUAR?

KHALAS



Tekanan untuk buka Parlimen meningkat di kala DUN bertindak

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat desakan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibuka semula sebagai tekanan tambahan kepada kerajaan persekutuan untuk mengadakan sidang Parlimen.

Bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata, kerajaan mungkin berasa terpaksa untuk segera memanggil sidang Parlimen berikutan beberapa sultan memperkenan agar DUN diteruskan.

Katanya, beberapa negeri terutamanya merancang untuk membincangkan hal-hal berkait Covid-19 dalam sidang.

Ahli-ahli Parlimen DAP dan Barisan Nasional (BN) turut berjanji untuk tidak mengemukakan usul tidak percaya.

“Tiada parti mahu dilihat sebagai mendesak pilihan raya diadakan atau Parlimen dibubarkan kerana rakyat mungkin menuduh mereka mengutamakan agenda politik berbanding wabak,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) akan nampak “kurang bijak” jika terus menangguhkan sidang Parlimen setelah DUN kembali berlangsung.

“Bukan negeri pembangkang saja yang mengusulkan agar DUN dibuka semula,” katanya.

“Bahkan negeri bawah PN pimpinan Muhyiddin Yassin, seperti Johor, Perlis dan Pahang, membuat keputusan sama.”

Tambahnya, hanya negeri-negeri dikuasai PAS yang sedang “tunggu dan lihat”.

Ketiadaan tindakan daripada Terengganu, Kelantan dan Kedah tidak berkemungkinan menyebabkan kehilangan sokongan terhadap PAS, menurut Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura.

“PAS mengekalkan sokongannya terutama melalui ketokohan agama Islam yang kuat, (dan ini) mengatasi segala yang lain di mata penyokong kuatnya,” katanya.

Beliau juga berkata, tidak banyak yang dapat dilakukan sesiapa jika kerajaan bertegas menangguhkan pembukaan semula Parlimen.

Tambahnya, mengadakan sidang Parlimen “tidak mengancam” PN kerana mereka masih memiliki kekuatan untuk menyekat usul tidak percaya.

“Malah undian belanjawan, yang sering ditafsirkan sebagai usul tidak percaya, dapat dihindari selagi darurat masih berkuat kuasa, dan kerajaan boleh menggerakkan belanjawan sebagai ordinan,” katanya.

Syed Arabi Idid daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, masalah-masalah yang paling mendesak untuk ditangani di peringkat negeri berkait ekonomi, seperti pengangguran dan kemiskinan.

“Pihak pembangkang diharap memberi sumbangan kepada penyelesaian masalah-masalah ini,” katanya.

“Mereka juga wujud untuk menyekat salah guna oleh kerajaan.”

Johor, Perlis, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan dan Pahang merancang untuk mengadakan semula sidang DUN, satu langkah yang dilihat sebagai menentang pendirian kerajaan persekutuan pimpinan PN.

Ada yang telah menetapkan tarikh persidangan mereka, manakala yang lain sedang menunggu persetujuan ketua negeri.

 ADA JALAN

KELUAR

AMIN

JEMPUT SEMUA

MASUK KE DALAM

BANTU LAWAN

KOBID

AMIN

INI NAMANYA

KERAJAAN

PERPADUAN

KHALAS



DAHULUKAN BARISAN HADAPAN


 DAHULUKAN

BARISAN HADAPAN

Unknown commented on 

"VAKSIN MASIH

 DALAM PERCUBAAN"

woit tt, bila nak cucuk beksin? kah kah kah. apa benda la lu, tak pop langsung, takut dengan mat cobid ambik beksin.

KONPIRASI KONGSI GELAP VAKSIN

 


 PROJEK VAKSIN

ADA KONSPIRASI

KONGSI GELAP

Unknown commented on 

"WAJIB LIHAT VIDEO INI - 

KONSPIRASI TOWKAY !"

Kita tunggu projek kebenaran Tanah Airku...tanya lebai sesawang project veritas, banyak peniup wisel dah... https://youtu.be/0GkXCYsfY_8

ZAHID SERANG NAZRI AZIZ

 

SAPA CAKAP

BETUL ?

AMIN

ZAHID CAKAP

BETUL KE ? 

AMIN

NAZRI KE

YANG CAKAP

 BETUL

AMIN



25 ahli Parlimen Umno tolak? Zahid Hamidi tak percaya

AHMAD Zahid Hamidi menangkis dakwaan bahawa 25 ahli Parlimen Umno hilang kepercayaan ke atas kepemimpinannya sebagai presiden parti, lapor Utusan Malaysia.

Beliau menganggap dakwaan itu sebagai perkara karut seperti “cerita kartun”.

“Hilang kepercayaan kepada MP lain? Cerita kartun,” katanya yang mengulas dakwaan ditimbulkan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

Nazri yang juga bekas menteri hal ehwal Parlimen semalam menyebut, ia antara sebab untuk beliau meraih sokongan ke atas Menteri Luar Hishamuddin Hussein sebagai perdana menteri baharu.

Menurutnya, 25 daripada 41 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudahpun menandatangani pengakuan berkanun menyokong Hishammuddin sebagai perdana menteri baharu.

Jelasnya, langkah itu bagi menolak usaha Zahid yang didakwa menjalankan kempen agar Presidan PKR Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri baharu.

Kempen sebalik tabir itu didakwa berlaku ketika kerajaan masih teragak-agak untuk membenarkan Parlimen kembali bersidang.

Kenyataan Istana Negara pada 16 Jun menyebut, Yang di-Pertuan Agong sudapun menitahkan agar Parlimen bersidang secepat mungkin untuk membahaskan tindakan menangani pandemik Covid-19.

Raja-Raja Melayu pula dalam satu kenyataan berasingan menegaskan darurat tidak harus dilanjutkan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bagaimanapun mengumumkan Parlimen mungkin hanya akan dibuka seawal September atau Oktober.

Beliau juga mengumumkan satu jawatankuasa yang turut dianggotai pembangkang akan dibentuk untuk mengkaji aspek persidangan itu, sama ada dibuat secara bersemuka atau juga dalam talian.

Persidangan Parlimen digantung dengan proklamasi darurat yang berkuatkuasa 11 Januari hingga 1 Ogos.

Persidangan terakhir Parlimen berlangsung pada Disember tahun lalu. – 24 Jun, 2021.

 

GUA TAHU

SAPA 

CAKAP BETUL

AMIN

DUA DUA

CAKAP BETUL

KHALAS 

INI  PERANGAI

YB UMNO 

KAH KAH KAH

DARI NAZRI

DIA PUNGUT

KAH KAH KAH

DARI ZAHID  

DIA KUTIP

 KAH KAH KAH

INI BUDAYA

FULUS UMNO

KHALAS



SEDANG MENULIS BELUM TERSUSUN

 


 SEDANG MENULIS

BELUM TERSUSUN

Awaiting moderation

Unknown commented on 

"TERIMA KASIH 

ATAS INGATAN"

TT, jika lu masih boleh melawan lupa, tolong rakam ingatan&hayat lu semasa di laut tengah. apa lu nampak, apa lu teguk, awek mana lu ajak minum, tembakau apa yang bagus. lu pernah sebut cuaca di laut tengah adalah terbaik. amin

LAGI TEKANAN UNTUK MUHYIDIN

 


TEKAN TEKAN

SAMPAI KENTUT

KAH KAH KAH



Tekanan untuk buka Parlimen meningkat di kala DUN bertindak


KIRI KANAN

DEPAN BELAKANG

MUHYIDIN 

KENA TEKAN

KAH KAH KAH

ORANG TUA DENGAN ANJING

 


 ORANG TUA

DENGAN ANJING