Khamis, 10 November 2022

MEMBUKA JALAN DAMAI



MEMBUKA

JALAN DAMAI

AMIN

KERJA BODOH TIPU RAKYAT



DAP akan isytihar harta sebelum angkat sumpah – Anthony


GEORGE TOWN – DAP akan mengisytiharkan harta calon-calon yang bertanding apabila diberi mandat untuk membentuk Kerajaan Pusat.

Setiausahanya, Anthony Loke Siew Fook berkata, DAP tidak mempunyai polisi calon-calon pilihan raya perlu mengisytiharkan harta mereka.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya dipilih sebagai Kerajaan Pusat mereka akan umumkan harta seperti mana yang diamalkan sebelum ini.

“Kita tiada polisi (isytihar harta) sebegitu tetapi jika kita dipilih sebagai kerajaan sebelum kita angkat sumpah kita akan isytiharkan,” katanya ketika diminta mengulas sama ada DAP akan mengikut jejak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang melakukan pengisytiharan harta.

Terdahulu, Anthony Loke turun membantu kempen calon DAP Parlimen Tanjong, Lim Hui Ying di Pasar Lebuh Cecil di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeon yang merupakan penyandang kerusi Tanjong serta calon Bagan, Lim Guan Eng.

Dalam perkembangan lain, DAP meminta polis Perak menilai semula peraturan mendapatkan permit untuk program turun padang (walkabout) yang dikenakan terhadap semua calon di negeri itu.

Jelas beliau, peraturan itu tidak termaktub dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), selain hanya akan menyusahkan calon untuk berkempen.

“Perkara (mohon permit walkabout) ini mengarut, sudah lima pilihan raya saya bertanding dan tidak ada peraturan begini.

“Permit hanya dikenakan apabila kita adakan perhimpunan atau ceramah jadi kita minta Polis Perak untuk menilai semula peraturan ini.

“Sepanjang program walkabout dijalankan tidak pernah berlaku kejadian buruk terhadap calon meskipun ada kalanya bertembung dengan calon daripada parti lawan,” jelasnya. 

WOIT

SEMUA INI

KERJA BODOH

NAK TIPU RAKYAT

NAK KLIM

JUJUR SUCI 

TAK RASUAH

AMIN

PUKEE MAK KAU

LAAA

KAH KAH KAH

DUIT LEH SIMPAN

DI BANK SWISS

DILUAR NEGARA

AMIN

DUIT LEH SIMPAN

AKAUN ORANG

LAIN 

AMIN

JANGAN TIPU

MAK CIK FELDA

JANGAN PUTAR

RAKYAT

AMIN

DUIT YANG ADA

SEKAARANG

DARI MANA

DATANG

AMIN

KHALAS

MAIL BERA CAKAP BESAR



BN yakin tawan lebih 112 Parlimen

BARISAN Nasional (BN) yakin mampu menguasai lebih 112 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi membentuk kerajaan Persekutuan.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga naib presiden Umno, berkata berdasarkan maklumat terkini kempen PRU15 yang dibentangkan pada mesyuarat “Top Five” parti itu di Kuala Lumpur hari ini, perkembangan penerimaan pengundi terhadap BN yang diterima beliau amat positif.

“Top Five” Umno merujuk kepada presiden parti itu Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hasan serta tiga naib presiden iaitu Mohamed Khaled Nordin, Ismail Sabri dan Mahdzir Khalid.

Ismail Sabri berkata walaupun BN boleh membentuk kerajaan dengan 112 kerusi namun beliau percaya ia tidak akan bersendirian dalam membentuk kerajaan sebaliknya bersama dengan rakan BN dari Sabah dan Sarawak supaya lebih stabil.

“Kita memerlukan kerajaan yang lebih kuat. Kita perlukan rakan-rakan di Sabah dan Sarawak untuk bersama kita dan mengharapkan sokongan mereka untuk memperkuatkan kerajaan yang dibentuk pada masa akan datang.

“Walaupun 112 (kerusi Parlimen) sudah boleh membentuk kerajaan kerana tidak boleh lagi berlaku lompat parti tetapi kita mahu kerajaan yang lebih kuat bagi menjamin kestabilan dan kemakmuran negara,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Ramah Mesra di Kampung Batu Bor hari ini.

Beliau berkata berdasarkan taklimat itu juga, BN mendapati mood pengundi di seluruh negara semakin menyokong parti itu sama ada pengundi di luar bandar dan kawasan urban selain pengundi bukan Melayu juga sudah kembali memberikan sokongan kepada BN.

“Pengundi juga dilihat membuat perbandingan prestasi Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir kerajaan pada 2018 dengan kejayaan pentadbiran BN sebelumnya.

“Jadi mereka lebih yakin BN mampu bawa negara ke tahap lebih baik berbanding PH,” katanya. 

Mengulas sentimen pengundi muda, Ismail Sabri berkata BN sedang melaksanakan libat urus dengan golongan itu seperti menerangkan mengenai tawaran BN selain memberi panduan proses pengundian kerana majoritinya adalah pengundi kali pertama.

Pada PRU15, Ismail Sabri selaku penyandang kerusi Parlimen Bera sejak 2004, ditentang calon PH Abas Awang dan Asmawi Harun (PN-Bersatu).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Selasa ini sebagai pengundian awal manakala 19 November sebagai hari pengundian. – Bernama, 10 November, 2022.


WOIT

MAIL BERA

HEBAT

KAH KAH KAH

KEMPEN BN

YG BERCELARU

MASIH BOLEH

DAPAT 112 KERUSI

KAH KAH KAH

KALAU MAIL BERA

DAN ZAHID TAK

GADUH PASTI

SEMUA 222 KERUSI

MILIK BN

KAH KAH KAH

WOIT

ANWAR KLIM

PAKATAN ADA 100

KAH KAH KAH

NAMPAKNYA

AKAN ADA 

GABUNGAN

PH DAN BN

KAH KAH KAH

DEMI NEGARA

KAH KAH KAH

KHALAS

KHAIRY KENA SAILANG




Khairy patut fokus menang Sungai Buloh dulu, kata Johari

KHAIRY Jamaluddin sepatutnya fokus untuk menang kerusi Parlimen Sungai Buloh terlebih dulu sebelum bercakap tentang cita-cita menjadi perdana menteri, kata Johari Abdul Ghani.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata fokus perlu diberikan terlebih dulu kepada memenangi sebanyak mungkin kerusi daripada 222 kerusi yang ada pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Johari berkata menang pilihan raya bukan tugas seorang individu dan Barisan Nasional (BN) perlu bergerak sebagai satu pasukan dalam mencapai matlamatnya untuk menawan sebanyak kerusi yang boleh.

Beliau berkata BN perlu menubuhkan kerajaan bersama wakil rakyat yang ada kemampuan dan kredibiliti, dapat bekerjasama dan membangunkan semula ekonomi negara.

“Kalau ramai orang menyokong dia (Khairy menjadi perdana menteri), kenapa tidak?. Tak ada masalah.

“Tapi soalnya sekarang kita bukan bercakap soal perdana menteri, tapi kita bercakap tentang nak dapatkan 222 ahli Parlimen yang mempunyai kelayakan, kecekapan dan pengalaman untuk membangunkan semula ekonomi negara kita yang terjejas,” katanya dipetik daripada Berita Harian ketika kempen untuk kerusi Parlimen Titiwangsa hari ini.

Semalam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata cita-cita Khairy yang juga menteri kesihatan untuk menjadi perdana menteri pada masa depan akan bergantung kepada PRU ini.

Selasa lalu, Khairy dalam satu ceramah di Sungai Buloh, menyatakan hasrat memimpin Umno dan menjadi Perdana Menteri satu hari nanti, dan yakin impian itu mampu dicapai sekiranya beliau berjaya menawan kerusi Parlimen Sungai Buloh untuk BN.

Khairy sebelum ini memegang kerusi Rembau selama tiga penggal tetapi pada PRU15 beliau memberi laluan kepada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk bertanding di kerusi berkenaan.

Khairy berdepan cabaran daripada calon Pakatan Harapan R. Ramanan, Ghazali Hamin (Perikatan Nasional), Akmal Yusoff (Pejuang), Ahmad Zukri Faisal (Parti Rakyat Malaysia) dan dua calon bebas.

Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa yang memegang kerusi itu selama tiga penggal untuk PH, digugurkan daripada bertanding kali ini kerana masalah kesihatan. – 10 November, 2022.

KHAIRY LEBIH

LAYAK LEBIH

BIJAK DARI

MAIL BERA

AMIN

KJ TAHU BI

SPEAKING OK

KAH KAH KAH

PATUT KJ JADI

POSTER BOY

AMIN

PETI BESI 

DAH BESAR

KAH KAH KAH

BOLEH LAWAN

SAPA SAJA

KITA INI

KHALAS

RAYAKAN PESTA MENCABUT SERBAN PAK LEBAI



RAYAKAN PESTA

MENCABUT SERBAN

PAK LEBAI

KAH KAH KAH

KHALAS

NAK KASI KHAIRY MENANG


NAK KASI 

KHAIRY MENANG

AMIN




Unknown commented on
 "SAPA DIBELAKANG UNDI ROSAK"

Kahkahkah Anwar feel the heat in his collar. Gua duk ipoh Bai,safe to say bila tanya org ayor ke ayaq,10 org tanya 10 org jwb ayor. Nxtweek tun turun ipoh,thats it Anwar setel. Gua nak tanya lubTT lu sbgai sorg komunis,apa pndpt lu Anwar bg macha jadik calon sg buloh yg 66% melayu,satu kwsn majoriti melayu paling establish paling develop dlm Msia. Tmpt majoriti Cina,xkan pegi ke melayu tp apsei tmpt melayu pegi ke keling???

GANJA ASLI - TEMBAKAU ADA KIMIA


GANJA ASLI

TEMBAKAU 

BILA JADI ROKOK

ADA TAMBAH KIMIA

KHALAS


Unknown commented on
 "BEBASKAN GANJA
 DARI BAGINDA QUEEN"

apa beza ganja dengan tembakau.. mohon pencerahan

HINGGA TINGGAL SEORANG UKRAINE



RUSIA AKAN

PUKUL HABIS

HINGGA TINGGAL

SEORANG UKRAINE

KHALAS


Unknown commented on
 "UKRAINE WAJIB 
CARI JALAN DAMAI"

ini lawak antarabangsa..ini lucu..america suruh ukraine nego dgn rusia bukankah america mebekalkan senjata kpd ukraine ,bukankah us nak letak senjata kat border rusia, bukankah EU diarahkan agar meboikot dagangan dari/ke rusia...bukankah pelawak ukraine dianggap hero dimata dunia..bukankah presiden asal pelawak ada harga diri..hanya kak ros mengenal al jibby..

REPUBLICAN MENANG - TRUMP CALON 2024


REPUBLICAN

MENANG

AMIN

TRUMP CALON

2024

KHALAS

ZURAIDAH DI AMPANG - BOLEH MENANG ?


Zuraida yakin pertahan Ampang


PENYANDANG kerusi Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yakin dapat mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berdasarkan prestasi perkhidmatannya kepada pengundi sejak 15 tahun lalu.

Mempertaruhkan pencapaiannya sebagai ahli Parlimen selama tiga penggal, presiden pengganti Parti Bangsa Malaysia (PBM) itu berkata ‘jenama Zuraida’ cukup dikenali di kawasan yang dianggap sebagai kubu kuatnya.

“Semua orang di sini kenal siapa Zuraida. Zuraida sudah jadi jenama di Ampang.

“Saya dapat rasakan pengundi Ampang akan lihat (saya) sebagai ahli Parlimen yang telah berkhidmat dengan baik, dan ini terbukti dengan hasil kerja-kerja sana di sini. Mereka mungkin tak mahu ambil risiko dengan mengundi calon lain.

“Pengganti saya mungkin tidak akan berkhidmat kepada mereka seperti saya… Saya percaya dengan jenama saya,” kata bekas naib presiden PKR itu kepada The Malaysian Insight.

Kali pertama dipilih sebagai ahli Parlimen Ampang pada 2008 atas tiket PKR, Zuraida seterusnya mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013 dan 2018.

Pada PRU14, Zuraida menang dengan majoriti 41,956 undi dalam pertandingan empat penjuru. Beliau kemudian dilantik sebagai menteri Kabinet selepas Pakatan Harapan (PH) melakar sejarah menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya tersebut.

Zuraida antara 11 ahli Parlimen PKR yang berpaling tadah menyertai Bersatu susulan percaturan politik Langkah Sheraton yang menjatuhkan kerajaan PH pada hujung Februari 2020.

Pada pilihan raya umum kali ini, Zuraida akan bertanding atas tiket PBM dalam pertembungan sembilan penjuru. Beliau dicabar Ivone Low Yi Wen mewakili BN, Rodziah Ismail (PH), Sasha Lyna Abdul Latif (Perikatan Nasional) dan Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang).

Turut bertanding Lai Wai Chong (Warisan) dan tiga calon Bebas, Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, Tan Hua Meng serta M Raveendran.

Kerusi Parlimen Ampang mempunyai demografi pengundi Melayu sekitar 56%, Cina (35%), India (7%) dan selebihnya lain-lain.

Mencabar pesaing

Menjelang PRU15 yang dijadual diadakan pada 19 November ini, Zuraida berkata beliau merai dan mengalu-alukan sesiapa sahaja yang bertanding di Ampang.

Malah penyertaan calon yang ramai katanya memberi cabaran untuk beliau memperbaiki diri.

“Terpulang bagaimana mereka mahu buktikan yang mereka boleh jaga Ampang, berkhidmat kepada orang Ampang. Saya melihat mereka sebagai orang luar, bukan orang tempatan.

“Semua kriteria ini penting bagi penduduk Ampang. Saya dah 15 tahun di sini dan bekerja sepanjang masa. Tidaklah waktu pilihan raya saja kita bekerja. Dan ini memudahkan saya kerana keperluan semasa dapat kita layani dan selesaikan.

“Jadi, calon-calon lain perlu tawar dan lakukan yang lebih baik daripada saya,” jelas Zuraida.

Tambahnya, apa yang lebih penting bagi beliau ketika ini ialah mempromosikan logo baharu parti yang baharunya PBM sepanjang tempoh berkempen. 

Sokong kerajaan yang memerintah 

Zuraida yang pernah jadi menteri Kabinet dalam tiga kerajaan selepas PRU14 berkata partinya akan menyokong mana-mana kerajaan baharu yang dibentuk, termasuk selepas PRU15 kelak.

PBM juga katanya terbuka untuk memberi sokongan kepada PH jika gabungan itu menang dan berjaya bentuk kerajaan.

“Kami parti kecil, bertanding pun hanya di lima kerusi Parlimen pada PRU15.

“Jadi kalau saya menang saya akan sokong kerajaan yang memerintah. Kami terbuka untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk PH,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai sebuah parti kecil beliau memerlukan peruntukan untuk berkhidmat di kawasannya. Namun, itu bukanlah bermakna beliau akan menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan yang dibentuk selepas PRU15, kata Zuraida.

“Saya akan jadi kuasa ketiga dalam kerajaan.” 

PBM sebelum ini memohon untuk menyertai BN, tetapi kemudian mengambil keputusan untuk bergerak solo pada PRU15 selepas tidak dapat memenuhi beberapa syarat yang ditetapkan gabungan itu.

Ditanya mengenai kerajaan baharu selepas PRU15, Zuraida berpendapat tiada mana-mana parti atau gabungan yang mampu mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. – 10 November, 2022.   

KAK ZU INI

AMAT GIGIH

AMIN

MASA DLM PKR

PALING BERJAYA

MENYUSUSUN

AMIN

SAYANG SEKALI

BIJAK MACAM 

KAK ZU

DIKETEPIKAN

AMIN

KALAU KAK ZU

KALAH MAKA

PARTI BANGSA 

MALAYSIA TAK

TAHAN LAMA

AMIN

KHALAS

JAMAL ABDILLAH SOSOK JUJUR



Jamal Abdillah mohon maaf pada DAP

PENYANYI dan pelakon Jamal Abdillah mohon maaf atas tindakannya menyeru pengundi menolak parti DAP dalam kenyataan yang menuduh parti itu tidak baik kepada penganut Islam.

Beliau memohon maaf atas tuduhan yang memberi tanggapan buruk kepada parti tersebut dan mengaku ia dibuat tanpa pengetahuan politik.

“Pada DAP khususnya, saya rasa saya memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya kesilapan kalau saya dah lakukan.

“Perkara ini pernah tular dahulu, dalam perbincangan dengan kawan-kawan. Perkara ini digariskan (oleh) saya tanpa pengetahuan politik.

“Hanya kerana kebimbangan kepada generasi akan datang saya buat video yang tidak sepatutnya dibuat.

“Dengan rasa rendah dirinya saya memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia kerana saya putar perkara itu dalam keadaan saya tidak mengetahui.

“Sebagai rakyat negara ini memang kita tidak mahu perkara-perkara itu berlaku,” katanya dalam satu rakaman video.

Jamal dalam kenyataan kontroversi di TikTok itu antara lain menggesa rakyat Malaysia untuk menolak DAP bagi mengelakkan negara tersasar jauh dari agama Islam. – 9 November, 2022.

INI CONTOH

TERBAIK SOSOK

JUJUR

AMIN

MINTA MAAF

BILA SILAP

AMIN

JUJUR NGAKU

TAK TAHU PERKARA

YANG TAK TAHU

AMIN

SALUT UNTUK

JAMAL ABDILLAH

KHALAS

KETUM BAIK. UNTUK KESEHATAN


KETUM BAIK

UNTUK KESEHATAN

KITA SEMUA

AMIN

KHALAS


Unknown commented on 
"BEBASKAN GANJA
 DARI BAGINDA QUEEN"
sbelum ganja di benarkan, tolong benarkan pengunaan ketum..prof2 tolong buat kajian ketum..malaysia yg sunni ini terkenal dgn tongkat ali dan kacip fatimah..tongkat ali telah dipatenkan oleh syarikat US.hasil bumi msia dah dipatenkan maka kita tak mungkin dpt lawan.lu tak percaya? lu lupa perjanjian tppa yg disain mustapa mohammad asal kelantan?oh ya bro..ada negara yg dah legalisekan ganja..gua dgr starbuck punyai cita2 utk memilikinya secara sah..lepas ni starback ganja akan lawan ketum...yg sedihnya msia ni takda geran penyelidikan..dana2 atau budget penyelidikan digunakan utk g umrah dan g haji oleh penguasa2 di universiti atau badan2 kerajaan..

SATUKAN TENAGA BARU BOLEH TUMBANGKAN PAK LEBAI



SATUKAN

TENAGA BARU

BOLEH TUMBANGKAN

PAK LEBAI

KHALAS

ORANG RAMAI MAKIN BENCI DENGAN POLITIKUS


ORANG RAMAI

MAKIN BENCI

DENGAN POLITIKUS

AMIN

Unknown commented on
 "DASAR DASAR - 
ORANG RAMAI NAK TAHU"

politik tanpa real politik maka ia akan jadi sumbang mahram.dasar2 dibuat diparlimen, sayangnya usul utk sesuatu dasar pun dipilihkasih oleh tuan speaker yg pada awalnya berkulit kemanusiaan dan kepelbagaian..kuasa utk menguasai punca kuasa dilakukan diparlimen, wakil parlimen wakil rakyat dipilih oleh rakyat.rakyat kampung selesa dgn wakil2 yg menekan ekonomi mrk diparlimen walaupun menerima sedikit habuan,sekampit beras, kain pelikat jarang,biskut tin berjenama ku nan dan dan dan..sebelum penamaan, wakil2 syarikat berhimpun di kedai mamak.mrk bincang siapa naik apa dan apa kita dpt..


cthnya noh omar..para kontraktor rm2 harapkan noh omar jadi calon, kalo gagal jd calon maka para kontrktor jadi marah,lepas 2 hari kontraktor2 akan berlari dan meyokong penganti noh omar..yg penting survival hidup, yg penting dpt projek utk dijual projek..sub sub suwey..nama syarikat spt akal budi namun menafikan hak asnaf..peringatan dari azzawajallah diperjelaskan di quran mengenai pemakan2 harta anak yatim..celaka la org2 itu..lebih celaka org2 yg mempunyai ilmu dan pengetahuan quran dan hadis namun memaling darinya..semoga laknat keatas mrk ini..

AUTA TOK ARAB ?



DUNIA KIAMAT

AUTA TOK ARAB?
KHALAS

Unknown commented on
 "CONTOHI CHINA
 MENANAM POKOK"

amenda lu cerita pasal china dan kehijauan..arab saudi padang pasir sudah lama ada padang golf 18 lubang..saudi sudah ada las vegas.bermain kad berjubah..tukang kocok pun wanita berpurdah hitam..kelantan sibuk nak jadikan negeri seperti padang pasir agar sunnah nabi dpt dilaksanakan dgn penuh zook..saudi plak sibuk tanam pokok di padang pasir..sejak dulu dunia nak kiamat tp tak kiamat2..ulama besar hafif hafaz pun makan rasuah tetap berlaku..

LAGI 8 HARI

 




LAGI 8 HARI


KHAMIS  10/11/2022
HARI MENGUNDI 
LAGI 8 HARI

KEMPEN MAKIN HANGAT
NAMPAKNYA YANG MENONJOL
IALAH PAKATAN HARAPAN
DI IKUTI OLEH PERIKATAN
COROT IALAH BARISAN

KEMPEN BARISAN
DI BAWAH PAK LONG MAIL
BERTERABUR

KEMPEN BARISAN
DI BAWAH ZAHID
TAK TENTU HALA

DOMINASI BARISAN 
DAH HABIS
PRU 14 MEMBUKA JALAN
UNTUK MENGKEBUMIKAN
BARISAN
AMIN

ANWAR DAN TIM PAKATAN
LINCAH BERGERAK
KE SANA KE MARI
PERSOALAN APAKAH
RAKYAT AKAN BERI UNDI
PADA PAKATAAN ?
JENG JENG JENG

DI AMERIKA
UNDI DAH SELESAI
JELAS REPUBLICAN MENANG
BIDEN KATA
KEMENANGAN ITU TIDAK
SEPERTI YANG DI HEBOHKAN
OLEH MEDIA
KAH KAH KAH

BIDEN DAH NGAKU
SEDIA BEKERJA DENGAN
REPUBLICAN

UKRAINE
DAH MULA ADA CADANGAN
JALAN DAMAI
BILA REPUBLICAN MENDOMINASI
KONGRES & DEWAN SENAT
PASTI SUSAH  BIDEN
NAK SALUR DANA PADA UKRAINE
AMIN

HOKKIEN
BASAH DAN SEJUK
MATA HARI TAK ADA
LANGIT CERAH
KL & KL SENTRAL CERAH

SAEKOR GAGAK
MENANGIS 
GAAAAK GAAAK
SAYU BUNYINYA DIDENGAR
DARI JAUH

CENGKERIK
GEMBIRA BUMI SENTIASA BASAH
PERUBAHAN CUACA INI
PASTI BAWA GEMBIRA

GUA HARAP
HARI INI PANAS
KHAMIS GUA KE CHOW KIT
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI KHAMIS INI

BRO
KITA BOLEH PINTAR
JANGAN PUTAR
TERUTAMA PADA
YANG DAH BERBUDI 
PADA KITA

BRO
INGIN NAK TAHU
ADALAH KUNCI KREAVITI
KITA SEMUA PUNYA
DAYA KREATIF
TAPI TAK SEMUA TAHU
NAK GUNAKAN

BRO
JANGAN TAKUT
BUAT SALAH
TAPI JANGAN BUAT
SALAH YANG SAMA
DUA KALI

BRO
JANGAN SALAHKAN
ORANG LAIN
BILA KESILAPAN BERLAKU
CARI APA YANG MENYEBABKAN
KESILAPAN BERLAKU

BRO
WATAK YANG BAIK
DITAMBAH MENTAL YANG KUAT
PINTAR DAN BERDISPLIN
MELAHIRKAN KEPIMPINAN
YANG BAIK

BRO
KESILAPAN ORANG PINTAR
IALAH ANGGAP ORANG LAIN BODOH
KESILAPAN ORANG BODOH
ANGGAP ORANG LAIN PINTAR

BRO
SOSOK TERPELAJAR
WAJIB BELAJAR
BERLAKU ADIL
DALAM PIKIRAN DAN
DALAM PERBUATAN

BRO
HIDUP INI SUNGGUH
SANGAT SEDERHANA
YANG HEBAT ITU
HANYA TAFSIRANNYA

BRO
INGAT
KEPERLUAN DAN KEINGINAN
DUA PEKARA 
YANG BERBEZA

BRO
CEMBURU DAN IRI HATI
MEMBUAT KITA BUTA
MENJADI SULIT
UNTUK BERPIKIR JERNIH

BRO
DALAM SEMUA HAL
MENILAI YANG TEPAT
IALAH MENGHARGAI WAKTU

BRO
JIKA KITA TAK PERNAH
DI KUTUK
DI TIBAI
DI BENCI
ERTINYA KITA
TAK BUAT APA APA

BRO
RAMAI ADA JAM TANGAN MAHAL
TAPI TAK BANYAK
YANG PUNYA WAKTU
YANG BERHARGA

BRO
LU MESTI BERANI
KATA YANG BENAR ITU BENAR
YANG SALAH
ITU SALAH
AMIN

BRO
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT MENUNGGU
HARI MENGUNDI