BAKAL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR

UMNO KELANA JAYA : BERHENTI DESAK MUHAMMAD TAIB LETAK JAWATAN KETUA BAHAGIAN - minsider
Timbalan Ketua Umno Kelana Jaya Yahaya Bujang hari ini mengesahkan Muhammad Muhd Taib telah memberikan mandat sepenuhnya kepada beliau untuk menjalankan tugas-tugas sebagai ketua bahagian itu bermula April 2009.
Sehubungan itu, beliau meminta supaya semua pihak menghentikan desakan terhadap Muhammad, yang juga bekas menteri besar Selangor supaya melepaskan jawatan sebagai ketua bahagian tersebut.
“Sebenarnya Muhammad telah memberikan mandat sepenuhnya kepada saya selaku Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya untuk menjalankan tugas-tugas Ketua Umno bahagian bermula dari April 2009.
Seorang perwakilan Umno Bahagian Kelana Jaya Atan Wahab menggesa Muhammad memberi kata putus sama ada mahu terus kekal menerajui Umno bahagian itu atau meletak jawatan.
Beliau yang mewakili Umno Cawangan SS5A, Kelana Jaya memberitahu, gesaan itu dibuat berikutan tindakan ‘memencil diri’ Muhammad terhadap perjalanan Umno bahagian berkenaan selama hampir dua tahun.
“Tindakan beliau yang lebih banyak berdiam diri hanya akan memudaratkan parti.
“Sekiranya beliau gagal untuk memberikan komitmen kepada Umno Kelana Jaya, saya mencadangkan agar beliau berundur atau menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya iaitu Datuk Yahaya Bujang,” katanya.
Sementara itu Veteran Umno Abu Samah Mahat berkata, sebagai seorang pemimpin yang diamanahkan untuk menerajui parti, Muhammad seharusnya memastikan Umno bahagian itu mencapai segala objektif dan fungsi yang ditetapkan.
“Jika rasa tidak mampu atau tidak mahu lagi memberi komitmen, beri peluang kepada orang lain yang ingin menabur bakti kepada parti dan rakyat,” katanya.
KAH KAH KAH…
woit… GADUH… LAWAN… BALING KERUSI…. kah kah kah..
nota:
mat taison marah pada malikul sembab
kerana semasa pilihanraya kecil hulu selangor
malikul sudah kata awal awal:
mat taison tak nak tanding
mat taison bengang kerana mat taison bekas ketua bahagian
anak tempat dan tak minum beer – memang best jadi calon
tak cukup dengan itu - si malikul banned mat taison dari hulu selangor
gila malikul sembab ini
tak sedar ke mat taison ini champion dunia
mat taison ini bawa duit dua juta ringgit
dalam plastik beg – sapa boleh lawan
bila kastam tangkap mat taison kata :
mi spik ni inglis – mi arabik
ya akul ya anas
dalam bakul ana ada nenas kah kah kah