Jumaat, 30 Jun 2023

BERIKAN SENJATA UNTUK YANG MISKIN



BERIKAN

SENJATA UNTUK

KAUM MISKIN

YANG KENA TINDAS

KHALAS

MENTERI CEROBOH KLIA ???


MENTERI 

CEROBOH KLIA?


Ini jawapan Menteri Pelancongan. Seni dan budaya. YB Datuk Seri Tiong King Sing. 
Kenyataan Media -.

Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, 30 Jun 2023


“Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA: Menteri yang salah guna kuasa ataupun pegawai imigresen yang salah guna kuasa?”

Saya menerima pautan berita bertajuk “EKSKLUSIF: Menteri buat ‘kecoh’ di KLIA tuntut pelawat China ditahan imigresen dibebaskan.” 

2. Apa yang lebih mengejutkan, artikel tersebut turut mengatakan saya telah memasuki ke dalam ruang ketibaan tanpa memohon pas, sedangkan saya memiliki pas yang sah untuk memasuki kawasan tersebut. 

3. Jadi mengapa perlu memperbesarkan isu ini dengan memberi persepsi yang salah?

4. Benar, daripada gambar tular itu, memang ianya saya dan saya juga berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada ketika itu selepas menerima aduan daripada pelancong. 

5. Untuk memahami keadaan ketibaan pelancong asing ke Malaysia, ini pemantauan biasa bagi seorang menteri untuk turun padang.

6. Saya bersyukur, kerana kehadiran saya telah membongkar satu peristiwa yang memalukan negara apabila wujudnya budaya rasuah yang dilakukan oleh segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa yang kronik di pintu masuk negara. 

7. Pada mulanya saya tidak mahu mendedahkan perkara ini kerana sedang bertindak mengikut saluran serta platform yang lebih praktikal. Namun disebabkan isu ini tular dan ramai pengamal media menghubungi saya, maka ini penjelasannya.

1. Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menuduh saya melepaskan pelancong asing yang ditahan oleh pihak imigresen. 

2. Saya tiada kuasa untuk itu, dan saya hanya merosakkan reputasi saya sendiri jika berbuat demikian. 

3. Saya masih waras dan tahu batas-batas sebagai seorang Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). 

4. Apa guna saya sebagai Menteri sekiranya saya tidak memberi tumpuan serius terhadap kepentingan negara, tambahan pula ia menjejaskan imej negara dan menakut-nakutkan pelancong asing? 

5. Jika kita tidak serius dalam isu ini sekarang, sampai bila-bila pun ia tidak akan diselesaikan. 

6. Mungkinkah ada segelintir pegawai takut jika perkara ini terbongkar sehingga memberi kesan kepada kepentingan peribadi mereka? 

7. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, beliau ditahan tanpa diberikan alasan atau sebab beliau ditahan. 

8. Masalah timbul apabila kedua-dua, pihak pegawai imigresen dan pelancong asing tersebut mempunyai masalah komunikasi. 

9. Dimaklumkan bahawa pelancong tersebut telah lengkap segala dokumentasi namun kegagalan komunikasi kedua pihak mengagalkan pihak Imigresen mendapatkan dokumen yang diperlukan dari pihaknya. 

10. Inilah sebabnya saya membangkitkan tentang isu komunikasi ini sejak bulan Mac lagi menerusi inisiatif 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗱𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗷𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴-𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗺𝘂𝗿 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗮𝗵, 𝗖𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶 𝗽𝗶𝗻𝘁𝘂 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝘁𝘂𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗯𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗸𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗽𝘂𝗷𝗶. 

11. Timbul persoalan, kenapa mereka menolak penterjemah yang telah disediakan oleh pihak Malaysia Airports Holding Berhad (MAB)? 

12. Dalam lawatan ke KLIA itu, saya turut membawa pegawai siasatan dari unit integriti di bawah MOTAC. 

13. Saya merasakan sudah tiba masanya pasukan SPRM masuk ke KLIA1 secara besar-besaran untuk menyiasat apa yang berlaku di pintu masuk utama negara ini.

14. Terdapat juga isu mengenai pelancong asing yang tiba di sini dirampas telefon bimbit mereka, tanpa dijelaskan kenapa mereka ditahan. 

15. Adakah ia mengikut prosedur dan piawaian dalam undang-undang? Saya juga mendapat maklumat bahawa adanya pegawai yang mengubah akta yang termaktub dalam perundangan mereka sesuka hati ketika di lapangan. 

16. Malah, wanita yang ditahan tersebut juga tidak diberikan makanan yang sewajarnya ketika ditahan dan ini jelas melanggar undang-undang. 

17. Saya difahamkan Wanita tersebut diberi makan hanya sekali sahaja dalam tempoh 15 jam sepanjang ditahan. 

17. Gambar tular ini juga jelas daripada pihak dalaman agensi sendiri. Kenapa tularkan gambar dengan persepsi tidak tepat dan berita yang berunsur fitnah? 

18. Saya menekankan sekali bahawa MCMC mesti menyiasatkan daripada pegawai dalaman yang  menularkan dan fitnah atas gambar-gambar dan maklumat tersebut. 

19. Walaupun niat mereka tidak diketahui, maka berkemungkinan mereka terkejut dengan penyertaan SPRM dan bimbang bahawa "sumber pendapatan" mereka akan terputus atau terancam. 

20. Mungkin juga mereka ingin melindungi rakan-rakannya dengan sengaja membocorkan maklumat, membuat tuduhan tanpa asas dan menyebarkan laporan palsu.

21. Malah saya turut diberitahu bahawa ada pegawai imigresen yang meminta wang diberikan sekiranya pelancong asing yang ditahan mahu dilepaskan. 

22. Ada yang minta sehingga RM3,000 untuk dikeluarkan dari tahanan termasuk tiket penerbangan pulang ke negara asal. 

23. Tambahan RM3,000 pula diminta jika mahu pulang ke negara asal dengan kadar segera menerusi ‘laluan khas’, manakala RM12,000 untuk kos memproses visa. 

24. Semua maklumat ini akan diserahkan kepada SPRM supaya siasatan dapat dijalankan seterusnya dapat memulihkan imej Malaysia terutamanya di pintu masuk negara.

25. Dalam masa sama, saya akan membangkitkan perkara ini ke Kabinet termasuk cadangan memansuhkan ejen yang mengendalikan pelancong asing yang ditolak kemasukan (NTL - Not To Land) kerana dilihat semakin kronik dengan isu ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang memburukkan imej negara di mata dunia. 

26. Malah kita sepatutnya membatalkan pihak ketiga dalam menguruskan tiket penerbangan bagi tahanan imigrasi di Malaysia dipulangkan ke Tanah Air, dan saya ingin mencadangkan supaya perkara ini boleh ditangani oleh syarikat penerbangan, bagi mengelakkan kejadian negatif serupa ini berulang berlaku. 

27. Selain itu, saya menyeru dan memohon orang ramai agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan. 

28. Saya yakin kita dapat membersihkan segala ketirisan yang mencemarkan imej negara sekiranya kita semua berganding bahu.

29. Saya dan MOTAC akan terus bersama-sama YAB Perdana Menteri dalam usaha membanteras rasuah serta penyelewengan kuasa di negara ini, walau apa jua cabaran mendatang.

TAMAT

MENTERI INI BAWA BAHAYA


Menteri buat kecoh di KLIA, didakwa cuba selamatkan pelancong China?


KUALA LUMPUR – Seorang menteri Kabinet didakwa menceroboh masuk di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membebaskan seorang warga China yang ditahan Jabatan Imigresen.

Insiden itu dilaporkan berlaku petang semalam dan klip video insiden itu telah tular sejak semalam di media sosial dan mendapat kritikan awam.

Dalam kejadian itu, menteri berkenaan didakwa telah masuk ke dewan balai ketibaan KLIA tanpa mendapatkan sebarang pas keselamatan.

Ahli Parlimen dari Sarawak itu disyaki berkelakuan sedemikian kononnya bagi ‘menyelamatkan’ seorang pelancong wanita warga China.

Difahamkan wanita asing itu ditahan dan tidak dibenarkan memasuki negara ini sebaik tiba di KLIA namun punca kesalahanya belum dapat dipastikan.

Memetik laporan sumber Bebas News,  VIP berkenaan juga didakwa menggunakan kuasa sebagai menteri termasuk memarahi Polis Bantuan KLIA dan pegawai Jabatan Imigresen yang bertugas apabila tindakannya cuba dihalang.

Difahamkan ia bukan kali pertama menteri berkenaan berbuat demikian dan sebelum ini sudah ada dua insiden  membabitkan campur tangan menteri berlaku di KLIA.

Dalam pada itu, Jabatan Imigresen Malaysia dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan media berhubung kejadian itu dalam masa terdekat. – 


MENTERI INI

BAWA BAHAYA

AMIN

BAHAYA BAWA

MASUK PENDATANG

CHINA MERAH

AMIN

BAHAYA PADA

KERAJAAN YG

BOLEH BAWA

RAKYAT BENCI

AMIN

INI BERI PELURU

PADA TALIBAN

KHALAS

IKLIM BERUBAH - DUNIA MAKIN PANAS



Cuaca panas beri kesan kepada penternak

MUHAMMAD Zubir Mohamed, 42  menghela nafas panjang sebaik diberitahu oleh pekerjanya mengenai kematian seekor lagi lembunya ketika dia sedang bersiap memulakan rutin hariannya seawal pukul 7 pagi di ladang fidlotnya di Bangi.

Lembu pedaging yang diternaknya secara fidlot untuk memenuhi permintaan ibadah korban bersempena dengan Aidiladha dipercayai mati akibat tekanan haba berikutan cuaca panas yang berlaku ketika ini.

Kematian terbaharu itu bermakna sudah 20 ekor lembu ternakannya menjadi korban cuaca panas melampau susulan fenomena El Nino yang sedang melanda banyak negara di dunia ketika ini dengan tempoh jangkaan hingga September depan.

“Cuaca panas melampau ketika ini banyak memberi impak kepada penternak. Kami turut terkesan apabila 20 ekor lembu yang sepatutnya dijual untuk ibadah korban mati sepanjang tempoh tiga bulan lepas.

“Bayangkan, seekor lembu yang berat biasa anggaran 180kg hingga 250kg bernilai sekitar RM4,300. Ini bermakna dengan 20 ekor kematian menyebabkan kami telah kerugian hampir RM100,000,” katanya ketika ditemui di ladang seluas 0.8 hektar yang diusahakannya sejak 2004.

Menurut bapa kepada enam orang anak ini, cuaca panas yang berlaku ketika ini turut menjejaskan tumbesaran ternakannya sehingga berat haiwan tersebut menurun dan tidak dapat dijual pada tempoh sepatutnya.

Ini turut menyebabkan kos operasi meningkat apabila terpaksa melanjutkan tempoh ternakan haiwan tersebut  sehingga berat mencapai berat minimum 180kg.

“Haiwan apabila stres disebabkan panas, tidak berselera makan dan ini menjejaskan berat badannya. Bagi lembu tempatan biasanya mengambil masa dua minggu untuk menaikkan kembali berat badannya tetapi untuk lembu import yang bersaiz besar ada yang mengambil masa hingga sebulan. 

“Lagi lama  haiwan ini berada di kandang, lagi banyaklah kos yang terpaksa dibelanjakan tambah lagi ketika musim panas ini,” katanya yang mempunyai lapan orang pekerja dan haiwan ternakan sebanyak 350 ekor termasuk 50 ekor kerbau.

Rutin berubah

Menjelaskan lebih lanjut, dia berkata rutin hariannya  sebagai pengurus di  ladang fidlot tersebut berubah sejak tiga bulan lepas bagi menyesuaikan dengan peningkatan suhu yang kadang kala mencecah hingga 40 darjah Celsius.

Jika sebelum ini, dia hanya memandikan haiwannya sekali sehari pada waktu pagi, tetapi ketika cuaca panas,  dia perlu memandikannya sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Selain terpaksa menambah jumlah air minuman di dalam kolam yang disediakan sebanyak 40 hingga 45 liter sehari, dua kali ganda berbanding bukan semasa cuaca panas.

“Haiwan apabila dalam cuaca panas, akan gelisah, termenung sehingga menyebabkannya tertekan, dehidrasi. Bila lihat keadaan haiwan tidak selesa, kami mula memandikannya dua kali sehari selain memastikan kandang dalam keadaan bersih.

“Kandang yang kotor, memudahkan haiwan terdedah dengan pelbagai penyakit dan berisiko mati,” katanya yang turut menambah kos ubat-ubatan dan makanan tambahan untuk haiwan ternakan turut meningkat ketika musim panas.

Menurut Zubir, kos operasinya akan lebih meningkat apabila melibatkan lembu import yang memerlukan penjagaan lebih rapi seperti baka Limousine Bull dari Australia apabila terpaksa memasang jaring “garden net” bagi mengurangkan tekanan kepanasan.

Mengikut rekod, El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951 hingga 1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997 hingga 1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan oleh Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998.

Jejas sekuriti makanan negara

Mengulas mengenainya,  pensyarah kanan di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM) Dr Norhidayah Mohd Taufek berkata stres haba terhadap haiwan ternakan boleh membawa bahaya kepada tahap kesihatan mereka sehingga berisiko maut.

“Perubahan suhu badan teras lebih daripada 2 darjah Celcius hingga 3 darjah Celcius menyebabkan prestasi, pengeluaran dan masalah pembiakan dalam banyak spesies, mengehadkan kapasiti haiwan untuk menghasilkan daging, susu dan telur. Lebih dahsyat, peningkatan julat suhu antara 5 darjah Celcius hingga 7 darjah Celcius selalunya boleh membawa maut,” jelasnya.

“Bagi pengeluaran daging, kebiasaannya lembu pedaging yang berbadan besar, berbulu tebal dan warna yang lebih gelap lebih terdedah kepada kesan pemanasan. Justeru, pemanasan global boleh mengurangkan saiz badan, berat karkas dan ketebalan lemak dalam ruminan,” katanya.

Sementara itu, pegawai penyelidik di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi Universiti Malaya Mohd Shahmi Hakimi Mazlishah berkata haiwan yang mengalami stres haba boleh dilihat melalui  pernafasan laju, kadar denyutan jantung, suhu rektal (usus besar) yang tinggi dan tingkah laku ternakan yang  resah.

Keadaan ini katanya berlaku disebabkan radikal bebas dalam tubuh haiwan ternakan meningkat dan mengakibatkan kerosakan organ penting haiwan seperti hati, ginjal dan paru-paru sekali gus menyebabkan penurunan produktiviti, penurunan kualiti daging atau susu dan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit.

Shahmi Hakimi berkata terdapat tiga jenis teknik penternakan yang biasa diguna pakai dalam negara ini iaitu intensif (dibela di dalam kandang sepenuhnya), semi-intensif dan lepas bebas bagi haiwan ternakan seperti ruminan kecil.

“Saya melihat ketiga-tiga sistem penternakan ini turut terkesan dengan El Nino. Ternakan yang dilepas secara bebas sepenuh masa akan terkesan dengan El Nino, namun yang dipelihara dalam kandang juga tidak terkecuali sekiranya tidak mempunyai ventilasi dan ruang cukup luas bagi mengelakkan stres haba,“ katanya.

Beliau berkata kajiannya bersama rakan penyelidik lain turut mendapati stres haba mengakibatkan penurunan prestasi reproduktif haiwan ternakan secara drastik apabila kualiti dan daya hidup sperma haiwan menurun akibat pendedahan pada cuaca panas melampau.

“Jika daya tahan sperma rendah, kadar persenyawaan akan terjejas dan menyebabkan ternakan betina tidak bunting sekali gus berisiko memberi kesan besar kepada sekuriti makanan negara,” jelasnya.

DVS turut peka situasi

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS) dalam jawapan bertulis melalui e-mel berkata setakat ini tahap sekuriti makanan negara masih lagi stabil berikutan tiada penurunan penghasilan daging industri ternakan akibat perubahan suhu iklim dunia atau perubahan suhu ketara di Malaysia. 

Malah, DVS juga melihat masih tiada peningkatan ketara import daging dari luar negara ketika ini memandangkan bekalan daging yang dihasilkan industri ternakan domestik masih  lagi terkawal.

Hal ini kerana pemain industri penternakan yang bernaung di bawah DVS telah dididik menyesuaikan diri dengan menternak baka tahan cuaca panas serta memastikan haiwan ternakan mempunyai air minuman mencukupi dan ditempatkan di kawasan teduh atau kandang bagi menggelakkan berlakunya stres haba. 

“Ketika musim kemarau kemungkinan rumput yang menjadi sumber makanan kepada ternakan tidak tumbuh atau mati serta takungan air kering. Pernternak sepatutnya sedar perkara ini kerana fenomena cuaca panas berlaku hampir setiap tahun dan kerana itu persediaan awal perlu dilakukan.

“Adalah menjadi kewajipan penternak mengambil langkah munasabah bagi memastikan kebajikan ternakan terjaga dan ini termasuklah memastikan diet haiwan ternakannya mencukupi dan sesuai,” katanya. 

Menurut DVS, mana-mana penternak yang didapati sengaja mengabaikan ternakan mereka dan tidak mengambil langkah-langkah munasabah menjaga kebajikan ternakan sewaktu cuaca ekstrem sebegini, apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada RM15,000 dan tidak lebih daripada RM75,000, atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 20 tahun atau kedua-duanya.

Ketika ditanya tentang langkah mitigasi lain yang perlu diberi perhatian penternak, DVS berkata sistem penternakan reban/kandang tertutup dengan suhu persekitaran terkawal merupakan antara langkah boleh diamalkan berbanding kaedah penternakan terbuka.

“Walaupun sistem perternakan secara tertutup ataupun ternakan intensif adalah pilihan terbaik, penternak masih perlu menitikberatkan piawaian kebajikan haiwan termasuklah memastikan stok densiti ternakan di dalam kandang atau reban mengikut piawaian kebajikan haiwan.

“Ini juga bagi mengelakkan masalah seperti kesesakan dalam kandang atau reban, stres kepada haiwan, menyekat pergaduhan di dalam kandang atau reban yang boleh menyebabkan kecederaan berlaku. Pemantauan berkala oleh penternak amat diperlukan bagi memastikan kebajikan haiwan terjaga,” katanya. 

DVS juga akan mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana negeri bagi memantau keadaan El Nino dan kesannya terhadap haiwan ternakan selain turut meningkatkan aktiviti khidmat nasihat kepada penternak serta bers edia membekalkan bantuan kepada penternak yang terkesan dengan fenomena El Nino. 

Jabatan juga sedang dalam usaha membangunkan satu lagi garis panduan yang memberi rujukan kepada penternak di negara ini khususnya dalam menangani cabaran perubahan iklim. Ini memandangkan garis panduan yang ada hanyalah tertumpu kepada amalan penternakan ladang yang baik secara umum sahaja. – Bernama, 29 Jun, 2023.

KITA SAMA

BERSIMPATI

AMIN

KITA JUGA

WAJIB LAKUKAN

SESUATU

AMIN

IKLIM SEDANG

BERUBAH

AMIN

UMAT MANUSIA

WAJIB BERUABAH

JIKA TIDAK KITA

AKAN PUPUS

KHALAS

FAHMI PENGHEBOH


JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

FAHMI BUKAN

PENGGANGUR

DIA PENGHEBOH

KHALAS

Unknown commented on
 "TONTON SENDIRI
 KES FAHMI FADIL"

Bila penganggur diangkat jadi Menteri......

INSPEKTOR SHEILA


INSPEKTOR SHEILA

AMIN


Chakap2 pasal Inspector Sheila.... Inspector Zubaidah zaman 1970an antara pegawai  wanita PDRM terawal.Pada suatu masa ditugaskan ke CID....hatta dikenali sebagai Bedah Siasat...post mortem, tapi maseh hidup

KJ TIBAI FAHMAI FADIL


KJ TIBAI 

FAHMI FADIL

KAH KAH KAH

AMIN

Amier The Hero commented on
 "TONTON SENDIRI 
KES FAHMI FADIL"

Dibangang-bangang eh ajo rakyat eh!!! Dio ingat sumo manusio pokak tuli gamak eh. Nafi apo bondo eh, bukti joleh nyato dlm bideo eh, iyo lombut cagho cakap eh tapi berbaur ugutan. Mcm berkuaso bona cagho eh.. kiro eh terpaling power la jago komunikasi. Kah kah kah kah... Acik² uwan² atok² kek kampong buleh la di mongak² kan cegitu.

BALIK KAMPUNG


DUDUK

DI KAMPUNG

AMIN

ANGAN ANGAN

ADA 

TAPI TAK JADI

CITA CITA

AMIN

Unknown commented on
 "DEN BALIK KAMPUNG"

Kenapa TT tak mahu duduk kampung terus? Berkarya dari tempat asal pun boleh kan? Suasana lagi baik dari melawat kubur Cina setiap hari? Mungkin ada sebab, tapi kalau saya mahu jugak lari Dari KL dan cari ketenangan kah kah kah apa pun Selamat Hari Raya


politikgilababi commented on
 "DEN BALIK KAMPUNG"
Sekurang kurangnya TT bkn lah se-ekor burung yg sudah lupa jalan pulang ke-sarang....

ANTI YOUTUBE


EKTREMIS

ANTI YOUTUBE

KAH KAH KAH

KHALAS


Unknown commented on 
"SAPA YANG DI MUSUHI"

Antara musuh Allah ialah orang yang menggunakan Youtube ciptaan kafir musuh Allah. Sedangkan mereka tahu yang Youtube itu penuh dgn maksiat. Jgn kata lalu... Tengok pun tak boleh.... Kah kah kah.... Cakap tak serupa bikin..... Piiiraahhhhhh

PANAS PANAS PANAS BAWA MAUT


PANAS PANAS PANAS

BAWA MAUT

KHALAS

PENGUNDI SELANGOR TOLAK TALIBAN


Jelajah Perikatan meriah tapi sukar tawan Selangor, kata Ilham Centre


PENYELIDIK pilihan raya menjangka sasaran majoriti mudah Perikatan Nasional (PN) di Selangor sukar dicapai walau kempen digerakkan gabungan itu mendapat sambutan meriah.

Badan kajian Ilham Centre melihatnya sebagai satu sasaran mudah di atas kertas sahaja walau kempen Jelajah Selangor Baharu PN kelihatan meriah di setiap lokasinya.

Pengarah badan itu Hisomuddin Bakar memberitahu The Malaysian Insight sedemikian bagi menjelaskan sasaran PN untuk 32 kerusi majoriti Melayu Selangor.

Jelasnya, ia bermakna PN berjaya menguasai sehingga 80% sokongan Melayu di Selangor manakala Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 20% undi segmen itu.

“Walaupun sasaran itu dikatakan realistik di atas kertas oleh PN, tetapi PN memerlukan antara 70% hingga 80% undi Melayu untuk ambil alih Selangor.

“Angka itu sangat hampir mustahil kerana bilangan peratusan sokongan yang mereka perlu dapatkan daripada 34 DUN majoriti Melayu itu sangat sukar kerana pola Melayu di Selangor.

“Kalau mereka dapat 80% itu bermakna PH dan BN hanya dapat 20% dan itu adalah rekod terburuk.

“Kalau itu berlaku memang wajar BN-PH kalah pun tapi situasi itu tak sebegitu mudah untuk PN,” kata Hisomuddin.

Kempen PN itu kini menumpukan pengundi atas pagar di kira-kira 34 kawasan DUN yang mempunyai 60% pengundi Melayu ke atas, daripada keseluruhan 56 DUN Selangor.

Gabungan itu juga mensasarkan untuk menang majoriti mudah 29 kerusi, dalam usaha mencabar penguasaan PH selama tiga penggal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Dalam Raya Umum ke-15 (PRU15) pada November tahun lalu, PN hanya menguasai sekitar 54% sokongan pengundi Melayu di Selangor.

Pada waktu itu, gabungan PAS, Bersatu, dan Gerakan itu memperolehi enam kerusi Parlimen di Selangor, kebanyakannya di kerusi dengan pertembungan tiga penjuru.

Mengulas lanjut, Hisomuddin percaya usaha PN kali ini lebih sukar.

“Mereka memerlukan lebih 26% tambahan sokongan pengundi Melayu, tetapi angka itu tidak mudah. Bayangkan kali ini pertembungan satu lawan satu, tempoh hari (PRU15) tiga penjuru.

“Andai kata PH dapat lebih dan BN dapat 30% maka ternafi mereka boleh dapat 29 DUN. Mereka perlu dapat 80% tapi sukarlah,” kata Hisomuddin lagi.

Selangor merupakan salah satu negeri tumpuan daripada keseluruhan enam negeri yang akan menjalankan PRN, seperti Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, dan Kelantan.

Hisomuddin melihat PH yang menguasai Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan kini mula mencari rentak selepas bergabung dengan seteru tradisi dari BN.

Manakala PN yang menguasai Kedah, Kelantan, dan Terengganu, dilihat berusaha meluaskan jajaran negeri pimpinan mereka dengan Selangor menjadi tumpuan khusus.

“Gerak gempur PN untuk menunjukkan elemen sokongan terhadap mereka berjaya. Manakala PH dan BN tertinggal dalam aspek menunjuk kekuatan sebagai kerajaan negeri dan penyandang, belum cukup kuat.

“Untuk undi atas pagar buat permulaan keadaan ini memihak kepada PN. Nampak meriah. Atas pagar tak tahu ini jentera PAS yang dikerah dan sebagainya.

“(Tetapi pengundi) atas pagar dan pengundi baru akan melihat PN (sebagai) satu kuasa.

“(PN mungkin dapat) menunjukkan dengan ketumbukan luar biasa yang (gabungan itu) mungkin boleh ambil alih (Selangor) walaupun sukar nak dapat dengan kemeriahan program,” katanya.

Gabungan BN-PH pula katanya seperti terawang-awang dan gagal fokus dalam gerak kerja mereka.

“Manakala kerajaan negeri penyandang gagal menunjukkan kekuatan itu. Ini perlu diberi perhatian oleh PH dan BN.

“Ini tugas besar BN mendapatkan peratusan sokongan Melayu supaya boleh nafikan perpindahan sokongan besar-besaran pengundi Melayu itu tidak berlaku dalam PRN ini,“katanya, lagi.

Ilham Centre juga menjangkakan beberapa perubahan akan berlaku selepas PRN yang dijangka berlangsung pada Ogos.

Antara hipotesis awal penyelidik itu termasuk perubahan gabungan politik pasca PRN, termasuk jangkaan Umno dan DAP akan mempertimbangkan semula kerjasama yang dibentuk pasca PRU15. – 30 Jun, 2023.

WOIT

PENGUNDI MELAYU

 SELANGOR

TOLAK TALIBAN

AMIN

PENGUNDI CHINA

TAKUT TALIBAN

AMIN

PENGUNDI INDIA

LAGI TAKUT

PADA TALIBAN

AMIN

ANK MUDA

TAK SUKA TALIBAN

GANGGU GAYA

HIDUP MEREKA

AMIN

KHALAS

MALAYSIANOW DI SEKAT




Selepas dikecam bertubi-tubi, sekatan ke atas MalaysiaNow ditarik balik


Sekatan yang mengakibatkan portal berita MalaysiaNow tidak dapat diakses oleh sebahagian besar pengguna internet di negara ini kelihatannya berakhir petang ini, selepas kritikan bertubi-tubi ditujukan terhadap kerajaan dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil yang tidak mengaku bertanggungjawab. 

Semakan menunjukkan bahawa pengguna TM Unifi, Maxis dan Celcom kini boleh mengakses laman sesawang itu, berikutan sekatan 48 jam yang menyaksikan mereka yang menggunakan tiga penyedia perkhidmatan internet utama itu tidak dapat mengakses laman sesawang berkenaan sejak Selasa. 

Semakan MalaysiaNow sendiri mengesahkan laman sesawangnya disekat, menimbulkan persoalan mengenai wujudnya penglibatan mereka yang mempunyai kuasa dalam menyekat akses ke atas laman sesawangnya. 

Portal itu juga sedang menunggu laporan daripada syarikat keselamatan siber global Cloudflare. 

"Walaupun kami lega kerana laman sesawang itu boleh diakses semula oleh rakyat Malaysia, kami tidak akan berhenti sehingga kami mengenal pasti punca di sebalik sekatan ini yang menjejaskan beberapa ISP utama. 

“Dalam dunia digital, segala-galanya boleh dijejaki dan kita akan tahu tidak lama lagi," kata Pengarang MalaysiaNow Abdar Rahman Koya.

Fahmi, yang sekali lagi menerima kecaman minggu ini kerana mengancam orang ramai dengan tindakan pihak polis jika mereka “tidak menjaga kelakuan”, menafikan mengeluarkan sebarang arahan untuk menyekat mana-mana portal berita. 

Bagaimanapun ramai pengguna di media sosial menyifatkan kenyataan itu hanya sekadar mengelak daripada menjawab isu, memandangkan ketua penerangan PKR itu gemar mendiamkan media yang membawa kandungan yang tidak menguntungkan kerajaan.

Sekatan terhadap MalaysiaNow adalah kali pertama sejak 2016 membabitkan portal berita yang mempunyai akreditasi media tertakluk kepada larangan sistematik ke atas akses merentas beberapa ISP utama.

Pada 2016, portal berita The Malaysian Insider disekat selepas beberapa siri laporan tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Laman sesawang itu ditutup beberapa minggu kemudian. 

Dalam pada itu, penafian Fahmi menimbulkan lebih banyak keraguan dalam kalangan aktivis dan pemerhati politik.

"Sekatan tidak mencerminkan keyakinan dan juga tidak seiring dengan demokrasi. 

“Pendekatan yang lebih baik ialah menyampaikan naratif alternatif dan melindungi kebebasan media," kata penganalisis politik Bridget Welsh di Twitter.

Wan Saiful Wan Jan, menteri bayangan Perikatan Nasional bagi portfolio komunikasi dan digital, mengeluarkan kenyataan keras mengutuk sekatan MalaysiaNow, dan menggesa pemerhati antarabangsa berhenti mempercayai pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Pentadbiran Anwar bukan sahaja tidak cekap, malah mereka juga menyalahgunakan agensi penguatkuasaan untuk menutup mulut pihak yang mendedahkan ketidakcekapan mereka,” kata ahli Parlimen Tasek Gelugor yang lantang itu. 

“Pemerhati, negara dan antarabangsa, seharusnya tahu sekarang bahawa Anwar dan pentadbirannya sangat jauh daripada imej reformis yang mereka pura-purakan itu.

"Kita harus sedar bahawa ini adalah watak sebenar Anwar. Dia pendendam, zalim, dan tidak cekap," kata Wan Saiful, sambil menambah kemarahan Fahmi terhadap pihak yang membuat kenyataan anti kerajaan adalah gejala "sikap pentadbiran ini terhadap kebebasan bersuara".

Kumpulan wartawan dan beberapa aktivis turut mengkritik sekatan itu, manakala ada yang memuat naik bukti MalaysiaNow disekat walaupun dinafikan oleh Fahmi. 

Gerakan Media Merdeka menggesa kementerian dan agensi di bawah Fahmi, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), tampil bersih, memetik penemuan pada alat sambungan dalam talian bahawa laman sesawang itu disekat melalui gangguan DNS. 

"Pengubahan DNS adalah kaedah biasa digunakan di Malaysia untuk menapis kandungan dalam talian yang 'tidak diingini' termasuk pornografi, perjudian dalam talian dan laman sesawang pengganas.

"Sebarang bentuk berita dalam talian atau pendapat yang sah dengan jelas tidak boleh dikenakan penapisan sedemikian," kata kumpulan itu. 

Bekas pembantu kepada Muhyiddin Yassin, mempersendakan pengkritik yang mengutuk darurat Covid-19 yang dikenakan ketika pentadbiran bekas perdana menteri itu, dengan mengatakan akhbar bebas walaupun dalam tempoh itu.

“Zaman darurat pun kita tak buat kerja macam tu. Malaysiakini, Malaysia esok, Malaysia lusa pun bebas lapor apa-apa berita,” sindir Marzuki Mohamad. 

“Agaknya zaman sekarang ini dah terlebih daruratnya. Apa ke benda daruratnya pun tak tahulah. Boleh jadi darurat OPR naik, darurat tarif elektrik naik, darurat harga barang naik. Lemang pun dah RM20 sebatang.”

Seorang pengulas politik berkata MalaysiaNow mungkin menjadi sasaran kerana laporan terbarunya mengenai insiden semasa dialog Anwar dengan pelajar, di mana dia secara berseloroh meminta nombor telefon seorang pelajar perempuan, menimbulkan kemarahan orang ramai.

Yaakob Osman turut merujuk kepada laporan portal berkenaan terhadap sesi secara langsung di TikTok Live Fahmi di mana ahli politik itu mengancam pengkritik kerajaan dengan tindakan pihak polis.

"Nasihat saya kepada MalaysiaNow elok lah membodek saja mereka di atas, itu yang mereka mahu."

Sementara itu, wartawan berpengalaman Gobind Rudra berkata episod yang dihadapi oleh MalaysiaNow mendedahkan mereka yang memperjuangkan kebebasan media pada masa lalu, sambil menambah Fahmi gemar "membuli" semasa menggunakan media kerajaan "yang memberikan jenis perhambaan yang tidak senonoh dan masa siaran tanpa henti”. 

“Ia adalah jauh berbeza berbanding hari Anwar Ibrahim berdiri di hadapan lautan penyokong di Padang Esplanade dan mengisytiharkan bahawa apabila Pakatan Harapan menawan Putrajaya, kami akan membebaskan media. Hari berikutnya!" 

"Banyak hari-hari berikutnya telah datang dan pergi, Anwar. Dan satu-satunya perkara yang anda berikan kepada kami ialah Goebbels yang cerewet," tulis Rudra di Facebook. 

Siri pendedahan politik

MalaysiaNow telah dilancarkan pada September 2020 oleh sekumpulan kecil wartawan berpengalaman daripada pelbagai portal dalam talian.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, portal berita itu berada di sebalik beberapa pendedahan politik.

Pada Oktober 2020, ia mendedahkan sepucuk surat kepada istana yang ditandatangani bersama oleh pemimpin Umno Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokong usaha Anwar mengambil alih kerajaan ketika pandemik.

Pada November 2021, MalaysiaNow mendedahkan rancangan kerajaan untuk "menghadiahkan" Najib sebuah hartanah kediaman seluas 2.8 ekar bernilai RM100 juta di salah satu kawasan kejiranan paling eksklusif di Kuala Lumpur, satu tindakan yang mendapat bantahan daripada beberapa menteri Kabinet pada masa itu termasuk Khairy Jamaluddin dan Mohamed Azmin Ali.

Portal itu juga membocorkan perbualan telefon antara Zahid dan Anwar, yang menunjukkan bagaimana dua pemimpin itu merancang untuk menetapkan nada perhimpunan agung Umno dalam usaha memutuskan hubungan dengan Perikatan Nasional.

Tahun lepas, MalaysiaNow melaporkan keistimewaan yang diberikan kepada Anwar semasa dipenjarakan selama lebih 40 bulan atas kesalahan liwat, ketika perbahasan mengenai layanan istimewa terhadap Najib yang baru menjalani hukuman di Penjara Kajang.

Laporan itu antara lain mengatakan ahli politik itu menghabiskan banyak masa di luar tembok penjara, dan dibenarkan menerima tetamu, perabot "tidak seperti penjara" dan perjalanan keluar masuk penjara yang tidak terkira banyaknya. 

Awal bulan ini, MalaysiaNow memetik sumber, yang berkata pakar maritim memberi amaran kepada Putrajaya supaya tidak menandatangani perjanjian sempadan dengan Indonesia, menjelang lawatan Presiden Joko Widodo. 

Anwar sejak itu menafikan perjanjian itu adalah muktamad, meskipun kenyataan awal oleh Jokowi meraikan berakhirnya pertikaian maritim selama 18 tahun.

WOIT

NAK HALANG

MEDIA INTERNET

SATU KERJA

BANGANG

AMIN

LEBIH RAMAI

SUKA MEDIA

MELAWAN DARI

MEDIA MEMBODEK

AMIN

KHALAS