Rabu, 31 Ogos 2022

ESOK JADI KE TAK JADI - ROSMAH BUAT KERENAH



ESOK JADI KE

TAK JADI ?

AMIN

ROSMAH DAH

BUAT KERENAH

AMIN

KHALAS

KERENAH BARU ROSMAH


Rosmah mohon gugur hakim kes rasuah solar

ROSMAH Mansor memfailkan permohonan saat akhir untuk menggugurkan Hakim Zaini Mazlan yang mengetuai kes perbicaraan rasuah RM1.25 bilion dihadapinya.

Zaini ditetapkan untuk menyampaikan keputusannya pagi esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan oleh Tetuan Akberdin & Co petang semalam dan kertas kausa diserahkan kepada pihak pendakwaan pada masa yang sama.

Dalam permohonan yang dilihat oleh The Malaysian Insight, Rosmah berusaha menggugurkan Zaini berhubung dakwaan kebocoran draf penghakiman yang diterbitkan oleh penulis blog Raja Petra Kamaruddin.

“Dengan hormatnya, penerbitan artikel itu (oleh blog) menyebabkan pemohon hilang keyakinan terhadap hakim dalam perbicaraan Solar, apatah lagi memberikan keputusan mengenainya pada 1 September,” kata permohonan itu.

Dalam kes projek solar, Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin bagi mendapatkan bantuan mendapatkan kontrak kerajaan bernilai bilion ringgit untuk melengkapkan sekolah luar bandar di Sarawak dengan peralatan solar antara Mac dan April 2016.

Beliau juga menghadapi dua pertuduhan menerima RM1.5 juta dan RM5 juta di kediaman rasmi perdana menteri dan kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur antara Disember 2016 dan September 2017.

Jika sabit kesalahan, Rosmah bakal dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda jumlah yang diterima atau diminta mengikut seksyen 24(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Beliau diwakili oleh Jagjit Singh, bersama Akberdin Abdul Kader dan Azrul Zulkifli Stork, manakala pendakwaan diketuai oleh Gopal Sri Ram.

Kes mahkamah bermula pada Februari 2020 dan berakhir pada 23 Februari tahun ini, selepas 44 hari perbicaraan. – 31 Ogos, 2022.   
  

WOIT

NAJIB NAK

BUANG HAKIM

KAH KAH KAH

ROSMAH NAK

BUANG HAKIM

KAH KAH KAH

LAKI  BINI

NAK BUANG 

TUAN HAKIM

KAH KAH KAH

SEMUA CARI

JALAN NAK

LARI DARI JIL

KAH KAH KAH

ADA KERENAH

ADA TIPU HELAH

NAK LAMBATKAN

JATUH HUKUM

AMIN

HANYA SATU SOALAN



Azalina sahkan masih penasihat khas PM

AHLI Parlimen Pengerang Azalina Othman Said menafikan laporan mendakwa beliau sudah berundur daripada menjadi penasihat kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

“Saya ingin mengesahkan bahawa setakat 31 Ogos 2022, saya masih berkhidmat sebagai Penasihat Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia.

“Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Merdeka yang ke-65,” tulisnya di Facebook.

Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan dengan memetik sumber yang Azalina sudah meletak jawatan.

Beliau dilantik sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri pada Oktober tahun lepas.

Sebelum ini, Azalina dikecam politikus dan badan pemantau pilihan raya, Bersih, selepas kenyataan dikeluarkan pada taklimat khas Umno yang diadakan susulan pemenjaraan Najib Razak yang siapa sahaja yang menjadi perdana menteri akan melantik orang mereka sebagai peguam negara.

Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham (DAP), Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata kenyataan Azalina itu bercanggah dengan desakannya sebelum ini yang mahukan pembaharuan dilakukan ke atas Jabatan Peguam Negara.

Pengerusi Bersih Thomas Fann turut mengulangi desakan perlunya pihak pendakwaan awam yang bebas daripada pengaruh cabang eksekutif kerajaan. – 31 Ogos, 2022.


WOIT

DARI KOCIK

LAGI GUA 

NAK  TAHU

KAH KAH KAH

NAK NAK TAHU

PURTAN INI

KONCING

BERDIRI ATAU

KONCING

MENGCANGKUNG

KAH KAH KAH

TU SAJO

NAK TANYO

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

TAKTIK BARU - BUNUH PEMBAWA BERITA

 



Umno mahu saman Astro Awani, Malaysiakini RM25 juta, kata Asyraf Wajdi

UMNO sudah memulakan tindakan guaman untuk menyaman Astro Awani dan Malaysiakini yang didakwa menerbitkan berita fitnah terhadap parti itu, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, kedua-dua media itu, yang baru-baru ini menerbitkan laporan mengenai Umno yang memetik sumber, masing-masing akan disaman RM25 juta.

“Peguam yang mewakili Umno sudahpun menghantar surat tuntutan saman pemula sebanyak RM25 juta kepada pihak Malaysiakini dan RM25 juta lagi terhadap Astro Awani,” katanya, melalui satu makluman di Facebook.

Surat tuntutan Umno kepada Astro Awani dan Malaysiakini dihantar melalui Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq.

Kedua-dua media itu diminta membuat permohonan maaf dan menarik balik laporan mereka berhubung pertemuan ketua-ketua Umno bahagian dan mesyuarat biro politik Umno baru-baru ini, yang juga terkait dengan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas bekas perdana menteri Najib Razak.

Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan pertemuan itu tegang dengan pimpinan Umno memberi tekanan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya segera membubarkan Parlimen atau dipecat daripada jawatan naib presiden.

Astro Awani yang juga memetik sumber melaporkan majoriti ketua Umno bahagian menolak cadangan supaya perdana menteri campur tangan dalam kes mahkamah Najib.

Asyraf ketika itu menafikan laporan tersebut.

Asyraf juga berkata tindakan undang-undang berkenaan tidak berhenti terhadap dua media itu sahaja.

“InsyaAllah, jika ada mana-mana lagi pihak termasuk individu yang memfitnah Umno dengan apa juga bentuk laporan, komentar atau berita palsu, saya dan Pemuda Umno tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serupa,” tambahnya.

Menurut Asyraf, Umno kini perlu lebih agresif menggunakan undang-undang selepas sekian lama membiarkan fitnah berlegar sehingga wujud persepsi negatif terhadap parti dan penyokongnya. – 31 Ogos, 2022.    

WOIT

INI TAKTIK BARU

AMIN

DULU NAFI

KAH KAH KAH

BILA NAFI 

ERTINYA BENAR

KAH KAH KAH

SEKARANG

BUNUH PEMBAWA

BERITA

AMIN

UNTUK SELAMAT

PORTAL BERITA 

WAJIB BERGERAK

DARI LUAR NEGARA

LEBIH BAIK 

LEBIH BEBAS

 LEBIH TERBUKA

AMIN

MENUNGGU MERDEKA



KITA JUGA

AKAN MERDEKA

DARI ROSMAH

AMIN

BERSIMPATi ATAU KETAWA ?


Lelaki warga emas rugi RM1.87 juta terpedaya parcel scam


SEORANG warga emas kerugian kira-kira RM1.87 juta akibat terpedaya dengan parcel scam selepas berkenalan dengan seorang wanita menerusi media sosial.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara itu semalam daripada mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 67 tahun. 

Beliau berkata bekas pekerja syarikat swasta itu berkenalan dengan wanita berkenaan yang mendakwa dirinya warganegara Brazil dan bekerja sebagai doktor di United Kingdom pada akhir Mei lepas.

“Setelah berkenalan lebih dua minggu, individu itu telah berjanji untuk mengirimkan barang dan wang tunai berjumlah AS$2.8 juta kepada mangsa.

“Namun, pada 13 Jun 2022, seorang lagi wanita yang mengaku sebagai ejen penghantaran barang telah menghubungi mangsa dan meminta bayaran caj servis penghantaran barang dan wang tunai yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Rupiah mangsa telah menggunakan wang simpanannya berjumlah RM1,871,540 untuk melakukan 11 transaksi dalam talian ke akaun bank yang diberikan ‘ejen’ tersebut bagi tempoh Jun hingga Ogos.

Beliau berkata lelaki itu menyedari dirinya ditipu apabila sehingga kini dia tidak menerima barang dan wang tunai yang dijanjikan dan wanita berkenaan juga gagal dihubungi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang awam dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada polis sekiranya menerima sistem pesanan ringkas (SMS), emel atau panggilan telefon mengenai tawaran yang meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.– Bernama, 30 Ogos, 2022.


SEDIH SIMPATI

ATAU

KETAWA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

ORANG TAMAK

SELALU RUGI

MACAM ANJING

DENGAN

BAYANG BAYANG

KAH KAH KAH

KHALAS

KEMAH KOCIK



KEMAH KOCIK

AKAN DAPEK

TOLO PONYU

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on

 "STRATIJI TELO PENYU"

Tak usah salahkan PH. Pemimpin dia memang cita-cita nak jadi pembangkang saja. Kerja lebih senang, gaji ahli parlimen tinggi juga. Kalau jadi parti kerajaan kerja banyak, buat salah kena tibai rakyat, buat apa susah. Tapi stratiji politik parti nak jadi pembangkang saja ... ini kali pertama didengar.


Unknown commented on 

"STRATIJI TELO PENYU"

pH tak Bodoh tapi tamak haloba bila dapat kuasa, semua lumba nak ITU nak ini sampai kena game dengan atok, kah kah atok tunggu masa senyap sunyi atur semua, buat lawak buat strategi visa woit kah kah kah visa ular tedung ketuk dulu kah kah

SELAMAT MERDEKA


SELAMAT

 MERDEKA

AMIN

KITA DAH

MERDEKA

DARI NAJIB

AMIN

BERITA TER NOWW

 


TER HOTT

TER KINI

TER NOWW

AMIN


Rosmah mohon gugur hakim kes rasuah solar


GUA UDAH

ROYAK

MESTI ADA

KERENAH

NAK LEPAS

KAH KAH KAH

MCKK DAN MALAY POWER


MCKK  DAN

 MALAY POWER


Akhir bulan Mei  1969  kehidupan  di MCKK kembali pulih seperti sedia kala.  Gulai ikan sardin dan telor tinggal ingatan. Menu Dewan  Makan kembali seperti biasa.  Ikan, ayam daging kembali di atas meja makan.

Aku perhatikan lori  pembekal makanan dari Ipoh atau dari Taiping ada berhenti di belakang Big School. Penghantaran bahan makanan tidak diganggu lagi. 

Budak Koleq meneruskan kehidupan sama seperti  sebelum dan sesudah Mei 13.

Satu tradisi yang menghidupkan  MCKK ialah  Tuesday Activity – atau Aktiviti Hari Selasa.  Setiap Budak Koleq diwajibkan mengambil bahagian dalam  Tuesday Activity. 

Pelajar bebas untuk memilih apa saja persatuan yang diminati . Ini aktiviti di luar bilik darjah. Ada pasukan pakaian seragam seperti Kadet, Pengakap dan kumpulan Pancaragam MCKK. Ada kelab amal seperti  Red Cross dan  St John Ambulance. Ada kelab Cinema.  

Kelab renang terus berjalan  walau pun di MCKK kolam renang kering. Setiap Selasa Bas  MCKK akan membawa ahli Kelab Renang ke Burma Pool di Taiping.

Di MCKK  yang  tidak wujud hanya  Kelab Pandu Puteri.

Paling terulung diantara semua kelab- kelab Tuesday Activity ini ialah  Debating and  Current Affairs  Club – Kelab Debat dan Hal Ehwal Semasa. Tidak semua yang melamar untuk memasuki kelab ini akan diterima.

Prosesnya agak senang tapi mencabar.  Yang melamar wajib membuktikan berkeupayaan untuk berucap dengan baik. Berucap dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. 

Hakikatnya Kelab Debat ini mendidik ahlinya untuk cekap berfikir, berucap dan berhujah.  Ini benih-benih permulaan untuk tertarik dalam hal ehwal semasa i.e agenda sosial dan politik terkini.

Mengasah bakat untuk memimpin.

Pada bulan pertama di MCKK apabila aku wajib membuat persediaan memasuki Aktiviti Selasa.  Aku telah memilih Kelab Debat ini. 

Berdebar  juga ketika aku ditemu duga oleh para senior – Rahman Adnan dan Kasim Ahmad.  Kemudian aku diminta berucap dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Aku ingat lagi petang itu  selain dari Kassim Ahmad dan Rahman Adnan ada , Mustafa Nor, Rahman Yusof , Hamzah Zin - majoriti ahli Kelab ini dari Tingkatan Enam Atas.  Aku  , Razak dan Ezani – semua  pendatang baru mahu melamar. 

Pelajar Tingkatan lima yang menjadi  ahli Kelab  ini tidak ada kecuali  Syed Kadir.

Petang itu aku diterima  menjadi ahli Kelab Debat. Jadi setiap Selasa aktiviti aku  ialah berdebat dan berbincang hal ehwal semasa. 

Kelab ini bersidang dalam bilik khusus dengan meja dan kerusi  kayu panjang mahagony  berwarna hitam coklat. Meja dan kerusi ini pada hemat aku telah melalui puluhan tahun sejarahnya.

Bilik ini terletak di sebelah Pejabat Guru Besar tidak jauh dari Dewan Hargreaves.
 
Kelab  yang tidak melebih 15 orang ahlinya dilihat eksklusif dan elitis.

Kalau di High Table Dewan Makan kami diajar cara bersopan  menjamah makanan. Dalam Kelab Debat kami diajar cara berhujan dengan sopan. Kami ini  adalah anak anak berudu  belajar berucap dan berhujah seperti para YB di Parlimen atau peguam di mahkamah.

Setiap Selasa kami akan menimbulkan agenda baru untuk didebatkan. Kalau Selasa ini Bahasa Melayu maka Selasa depan berdebat dan berbincang dalam Bahasa Inggeris.

Mister Tate akan menjadi  guru pembimbing dan mengawasi Kelab ini. Hakikatnya Kelab ini terbuka luas untuk membincangkan apa sahaja terutama hal ehwal semasa.

Tahun 1969 dunia anak muda sedang berubah. Latar budaya ialah  gerakan Hippies , rock n roll dan  gaya hidup baru anak muda .  Gaya hidup ini membawa kehidupan bebas dari yang lama, menentang yang kolot dan meneroka satu dunia baru. 

Ganja menjadi tanda dan semangat gerakan anak muda ini.

 Manakala latar politik pula ialah Perang Vietnam.  Perang ini di tentang oleh  kaum  pelajar  seluruh dunia. Anak muda di Amerika , Eropah , Jepun dan Australia telah turun  ke jalan raya menentang Perang Vietnam.

Anak muda di Amerika  telah dikenakan ‘ draft ‘. Draft ialah sistem paksaan khidmat negara selama dua tahun.   Khidmat negara ini bermakna menjadi soldadu pergi berperang ke Vietnam. 

Semua ini menjadi agenda yang kami bincangkan dalam Kelab Debat. Kami berbincang hal hippies, ganja, hal Perang Vietnam ,  dan politik.
 
Aku merasa dunia aku semakin terbuka luas.

Satu lagi tradisi MCKK ialah wujudnya Student Union.  Ada Fifth Form Union dan ada Sixth Form Union. Dua persatuan ini menjalankan pelbagai aktiviti.

Persatuan ini menjalankan aktiviti – Konsert, Pertandang Syarahan, Debat, Talentime  atau menjemput pensyarah dari luar untuk berceramah.

Namanya saja  Persatuan Tingkatan Lima dan Enam tetapi bila melakukan aktiviti  ianya  merangkumi seluruh pelajar MCKK. Dari tingkatan Satu  ke tingkatan Enam semua menjadi khalayak. Aktiviti ini berjalan dalam Dewan Hargreaves.

Tertiba  pada satu hari  Selasa di minggu akhir bulan Jun 1969  aku dengar berita tentang  Surat Dr Mahathir.  Aku dengar berita ini ketika  aku bersama ahli Kelab Debat. Ada ahli Kelab telah dapat melihat dan membaca surat ini. Datang melalui pos.

Aku belum dapat melihat atau membaca surat  ini. Apa isinya aku tidak tahu. Siapa Dr Mahathir pun aku tidak tahu. Tapi aku rasa surat ini penting kerana ianya menjadi satu perbualan kami dalam Kelab Debat. 

Tetapi surat Dr Mahathir ini tidak menjadi tajuk perbincangan mungkin kerana penyebaran berjalan  di bawah tanah.

Aku menunggu dan yakin surat ini akan dapat aku baca. Anggapan aku betul. 

Tertiba di Dorm Twenty sepucuk surat Dr Mahathir telah sampai juga melalui pos. Awalnya aku nampak Kamaruddin Jaafar membacanya. Sesudah itu beralih dan bertukar tangan.  

Surat dalam kertas A4  dua muka ini di saikostail untuk selebaran.  Pasti yang sampai ke Dorm Twenty  ini bukan edisi pertama atau salinan asal. 

Aku perhatikan Wan Magata menulis tangan kembali isi surat ini. Mungkin untuk disebarkan dengan pos kepada yang lain.

Akhirnya Surat Dr Mahathir sampai ke tangan aku. Aku baca. Isinya bersangkutan dengan kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Mahathir marah kepada Tunku kerana Tunku mengambil sikap ‘ lalai dan lepa’ terhadap China.  

Mahathir menimbulkan kes 11 Orang  China yang seharusnya dihukum mati tapi telah diampunkan. Mengikut Mahathir ini menjadikan Orang  China  makin berani.

Aku tidak tahu pun siapa dan apa kes 11 Orang China. Mungkin aku ada membaca di Utusan tapi telah terlupa.

Mahathir menulis bagaimana  pada 12 Mei Orang India dan Orang China telah membuat kurang  ajar kepada Melayu. Bab ini pun aku tidak tahu. Kurang ajar macam mana kerana aku tidak ada membacanya  latar  beritanya.

Bagaimana China dan India kurang ajar aku tidak mengerti. Aku tidak tahu apa yang telah berlaku di Kuala Lumpur.

Dari apa yang aku fahami Dr Mahathir  mengkritik Tunku. Dari pemahaman aku Tunku telah menjadi pembelot terhadap perjuangan Melayu.

Mahathir memperli  Tunku yang klim dirinya  sebagai ‘ The Happiest Primie  Minister ‘. Bab  ini aku tahu kerana aku pernah terbaca bagaimana Tunku telah dinobatkan oleh media Inggeris  sebagai Perdana Menteri paling gembira satelah  sepuluh tahun menjadi Perdana Menteri.

Surat Dr Mahathir ini hakikatnya mengkritik Tunku. Ianya  surat terbuka. Surat ini disebar secara meluas.

Dalam surat ini ada juga disebut tentang  darah keturunan Pakistan Mahathir. Ini aku tidak faham.

Aku juga terperanjat bila membaca bahawa ketika negara dalam darurat Tunku asyik bermain poker. Setahu aku main poker ini main judi. Untuk Mahathir ini satu perkara yang tidak bertanggung jawab yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri.

Surat Dr Mahathir ini pada hemat cuba menyedarkan Melayu.  Surat  yang ditulis pada 17 Jun 1969  ini semua berlatar belakangkan apa yang telah berlaku pada  sebelum dan sesudah Mei 13 1969.

Aku lihat Dr Mahathir ini agak sopan terhadap Tunku. Mahathir membahasakan dirinya patek ketika menulis surat ini kepada Tunku.

Aku hairan apakah Dr Mahathir tidak sedar makna perkataan patek ini. Tetapi  Dr Mahathir tidak menggunakan  - patek pacal yang hina.

Aku tahu makna perkataan patek ini. Aku pernah dengar  Emak aku ada menggunakan bila berbual dengan Mak Engku isteri kepada Raja Husin di Kampung Batu Serambai. 

‘ Kita ni orang biasa... orang bono... dio rajo..... kita bahasakan diri kita  patek....’ Emak aku memberi penjelasan.

Bila aku  lihat kamus maka aku terperanjat kerana  patek itu ertinya anak anjing.

‘ Mak aa.... aku  tak nak pakai patek ....patek  ini anak anjing...’ Aku bertengkar dengan Emak aku tentang perkataan patek.

‘ Pokok dek ekao laaa... ‘ Emak aku memberi kebenaran.

Apakah Dr Mahathir tidak tahu makna patek kerana dia ada darah Pakistan. Atau Dr  Mahathir  sosok yang sopan bila menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman dia merendah diri sebagai anak anjing.

Surat Dr Mahathir dari apa yang aku dengar ini tersebar luas.  Semua Orang Melayu ingin membacanya.

Nama Dr Mahathir yang berani mengkritik Tunku diikuti pula oleh nama seperti Datuk Harun, Musa Hitam dan Syed Jaafar Albar. Dari akhbar  Utusan aku membaca bahawa mereka ini adalah ‘ ultra ‘ . Mereka dianggap ultra Melayu. Aku sebenarnya tidak faham akan makna ultra Melayu ini.

Anggapan aku ultra Melayu ini adalah mereka yang memperjuangkan nasib  bangsa Melayu.

Aku ingat lagi aku telah menulis sepucuk  kepada  Simon Lee a.k.a Lee Keong tentang ultra  Melayu ini. Aku nyatakan sokongan aku kepada ultra Melayu sebagai sokongan aku kepada Orang Melayu.

Babak surat Dr Mahathir berlalu.

Satu malam Khamis – Sixth  Form Union mengadakan program Malam Pidato.   Kami semua berada dalam Dewan Hargreaves. Para senior tingkatan Enam Atas mendominasi pidato malam itu. 

Tertiba muncul Basri pelajar aliran Sains Tingkatan Enam Atas. Di  mula berpidato. Cukup hebat. Pidato ini  makin hebat kerana Basri memakai sarung tangan  putih di tangan kanannya. Basri melaungkan Malay Power.

Aku tahu makna Malay Power  - kuas Melayu.  Slogan yang di laungkan oleh Basri   di Hargreaves Hall pada malam Khamis itu adalah akibat  dari apa  yang telah berlaku pada Mei 13 di Kuala Lumpur.

Kami dan pelajar junior semua senyap. Mungkin ada yang faham dan mungkin ramai  yang tidak faham kenapa Basri memakai sarung tangan putih untuk melaungkan Malay  Power.

Kemudian di Kelab Debat aku diberi tahu latar belakang ucapan Basri.

Kesahnya begini : Basri pelajar dari Selayang telah mendapat kebenaran untuk pulang ke Selayang. Tujuan untuk mengambil tanda tangan penjaga untuk mengisi borang melamar biasiswa Colombo Plan.
Sabri pulang  beberapa hari sebelum hari mengundi.  Dari apa yang telah aku dengar Basri telah terperangkap dalam huru hara politik yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

Dari apa yang aku dengar Si  Basri  telah ikut sama  dalam demonstrasi anti China yang bergerak dari Selayang ke arah Chow Kit  yang diatur oleh anak anak muda Melayu di Selayang.

Basri  Budak Koleq dari Tingkatan Enam Atas telah terlibat sama dalam suasana Mei 13. Justeru ucapan Malay Power.

Tidak berapa lama kemudian dari Library aku terbaca dalam majalah  Mastika satu berita tentang Shahnon Ahmad penulis novel Ranjau Sepanjang Jalan.

Sasterawan dari Utara ini telah menulis tentang Malay Power dan Malay Bastard. Mata hati  aku terbuka. Aku mula  ingin  memahami  lebih  mendalam apa yang sedang berlaku.

Aku juga mula memikirkan konsep Malay Bastard ini. Aku mula memikirkan siapakah Malay Bastard ini. Aku juga mula memikirkan apakah ada kebenaran dari  surat Dr Mahathir.

Banyak soalan yang tidak aku temui jawapan.

Akhirnya cuti penggal pertama aku sampai. Aku  akan pulang ke Jelebu dan  berjumpa  kawan  lama.  Pulang  ke Jelebu aku akan melintasi Kuala Lumpur yang masih lagi dalam keadaan  tegang. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIA NOW .COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/08/31/kuasa-melayu-di-mckk


MERDEKA KITA MERDEKA


Nasib Rosmah diketahui esok 

NASIB Rosmah Mansor akan diketahui esok (Khamis) ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersedia untuk menyampaikan keputusan dalam perbicaraan rasuahnya membabitkan projek solar bernilai RM1.25 bilion untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak berkemungkinan akan berdepan nasib yang sama seperti suaminya, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhirnya dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Dalam kes solar, Rosmah menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta daripada pengarah urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsudin bagi mendapatkan bantuan dalam mendapatkan kontrak kerajaan bernilai bilion ringgit untuk melengkapkan sekolah luar bandar di Sarawak dengan peralatan solar antara Mac dan April 2016.

Beliau turut menghadapi dua pertuduhan menerima RM1.5 juta dan RM5 juta di kediaman rasmi PM dan kemudian di kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta di Kuala Lumpur antara Disember 2016 dan September 2017.

Sekiranya didapati bersalah beliau boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali daripada nilai suapan di bawah Seksyen 24(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. 

Beliau diwakili Jagjit Singh, bersama Akberdin Abdul Kader dan Azrul Zulkifli Stork, manakala pendakwaan diketuai oleh Gopal Sri Ram.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan mempengerusikan perbicaraan dan akan membuat penghakiman pada Khamis. 

Kes mahkamah itu bermula Februari 2020 dan berakhir pada 23 Februari, selepas 44 hari perbicaraan.

Seramai 23 saksi pendakwaan memberi keterangan manakala hanya dua saksi pembelaan dipanggil.

Rosmah diperintahkan membela diri pada 21 Februari selepas Zaini memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie.

Antara saksi yang memberi keterangan bagi pendakwaan ialah bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid, ketua setiausaha kementerian Dr Madinah Mohamad, penggantinya Alias Ahmad, Rizal, serta Saidi dan bekas rakan perniagaannya Rayyan Radzwill Abdullah.

Bagaimanapun, saksi utama perbicaraan itu ialah pembantunya Rizal Mansor ketika itu.

Rizal, pada mulanya seorang defendan bersama dalam kes itu dibebaskan apabila pertuduhan terhadapnya ditarik balik pada 8 Januari 2020 sebelum permulaan perbicaraan.

Perbicaraan itu penuh dengan kelewatan kerana kesihatan Rosmah yang tidak sihat manakala beberapa saksi dan peguamnya sendiri dijangkiti Covid-19.

Rosmah telah didiagnosis dengan spondylosis serviks, osteoarthritis untuk kedua-dua lutut, serta kekurangan adrenal kronik semasa percubaan.

Selain penangguhan, penghakiman yang didakwa bocor turut diterbitkan oleh portal Malaysia Today, yang dikendalikan oleh penulis blog Raja Petra Kamarudin.

Awal minggu lalu, terdapat satu lagi pendedahan - keputusan Mahkamah Persekutuan dalam rayuan SRC International Najib - menjelang keputusan mahkamah tertinggi pada Rabu lepas.

Perbicaraan pertama daripada dua perbicaraan

Perbicaraan kes solar merupakan yang pertama daripada dua perbicaraan yang dihadapi Rosmah. 

Beliau juga didakwa atas 17 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM7.1 juta yang didakwa dipindahkan ke akaun bank peribadinya antara 2013 dan 2017.

17 pertuduhan itu didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFA) 2001.

Di bawah lapan pertuduhan pertama, dia didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan terlibat secara langsung dalam transaksi membabitkan hasil aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM1.1 juta, yang dimasukkan ke dalam akaunnya.

Bagi pertuduhan kesembilan hingga ke-12, Rosmah didakwa terlibat secara langsung dalam 227 transaksi membabitkan hasil aktiviti menyalahi undang-undang berjumlah RM6 juta yang dimasukkan ke dalam akaun sama.

Pada pertuduhan ke-13 hingga ke-17, Rosmah didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan gagal memfailkan penyata jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya, seperti yang dikehendaki di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. – 31 Ogos, 2022.

MERDEKA

MERDEKA

MERDEKA !!!

AMIN

MALAYSIA

MERDEKA DARI

ROSMAH

AMIN 

SELAMAT REHAT

UNTUK ROSMAH

KAH KAH KAH

KHALAS