Sabtu, 6 Mei 2023

MIMPI DAN ANGAN ANGAN BUKAN SATU JENAYAH


MIMPI & ANGAN2

BUKAN SATU

JENAYAH

KHALAS

ANWAR AKAN DI GULING ?


Desas-desus bakal digulingkan, Anwar cabar bawa ke Parlimen

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata sekiranya pihak pembangkang berhasrat mencabar pentadbiran kerajaan, beliau meminta supaya mereka membawa usul mengenai perkara itu ke Parlimen.

Katanya beliau bukanlah seperti perdana menteri terdahulu yang menurutnya memilih mengisytiharkan darurat atau menangguhkan sidang Parlimen, sebaliknya beliau sedia ‘bertempur’ sekiranya pihak pembangkang mahu mencabar.

“PM (perdana menteri) sekarang dalam kerajaan perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ di Parlimen untuk lihat siapa yang ada angka. Kalau mahu dicabar, cabar di Parlimen nanti…saya yakin dengan angka…kita (kerajaan perpaduan) masih pertahankan (sokongan) 148 Ahli Parlimen.

“Saya sedia bertempur di Parlimen sekiranya pihak pembangkang benar-benar mempunyai angka,” katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia MADANI di Bukit Mertajam, hari ini.

Media sosial sebelum ini heboh melaporkan desas-desus mengenai Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Hamzah Zainudin yang dikatakan memiliki cukup Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Anwar yang juga menteri kewangan meminta pihak yang mendakwa memiliki cukup SD untuk mengambil mengambil alih jawatan perdana menteri membawa usul mengenainya pada sidang Parlimen akan datang.

“Bawa usul ke Parlimen, saya tidak akan mengelak daripada membentangkan usul undi tidak percaya dan saya akan berdepan dengan semua ahli-ahli berhormat untuk selesaikan isu ini tapi syaratnya biar ini episod ini berakhir supaya kita boleh tumpu perhatian kepada pembangunan negara,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata dalam tempoh beberapa bulan lepas ini hasil negara bertambah kerana keyakinan pelabur terhadap pimpinan dan kerajaan perpaduan yang stabil.

“Jangan sabotaj kerajaan perpaduan…kita sudah beri ruang, jangan cuba mengganggu-gugat pentadbiran sekarang. Kalau enggan henti, kita akan bertindak sewajarnya tanpa tolak ansur,” katanya.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh pimpinan sekarang adalah untuk menghentikan salah laku pimpinan, penyelewengan rasuah dan menggunakan keuntungan ahli keluarga dalam kerajaan sebelum ini. – Bernama, 6 Mei, 2023.

WOIT

INI HEBAT

INI BERANI

INI BETUL

AMIN

TAPI ADAKAH

TUAN SPEAKER

AKAN BENARKAN

USUL TIDAK

PERCAYA

KAH KAH KAH

TOK EZI

PUTAR LAGI EZI

KAH KAH KAH

KHALAS

MIMPI NAK JADI MB



Azmin yakin Perikatan boleh menang 33 kerusi DUN Selangor


PERIKATAN Nasional boleh menang 33 kerusi DUN Selangor pada pilihan raya negeri akan datang, kata Pengerusi PN Selangor Mohamad Azmin Ali

Azmin berkata berdasarkan situasi semasa, beliau yakin PN akan dapat menang kerusi di Selangor.

“Kita perlu bekerja keras untuk dapatkan 30 atau lebih kerusi. Itu sasaran kita. Ia boleh dilakukan, ia boleh dicapai,” katanya pada rumah terbuka Hari Raya Gombak Setia, hari ini.

Pada 30 April lalu, Setiausaha PAS Sealngor Roslan Shahir Mohd Shair berkata PN mensasarkan 33 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Katanya, jika sasaran itu dipenuhi, PAS dan Bersatu boleh membentuk pakatan kerajaan baharu di negeri itu.

Azmin juga berkata yang parti komponen PN Selangor juga sudah bersetuju dengan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada PRN

Katanya, mereka akan mendedahkan perkara itu bila tiba masanya.

“Kami sudah hampir memuktamadkan untuk semua negeri dan ia akan diserahkan kepada kepimpinan untuk diputuskan.”

Azmin berkata yang Bersatu, PAS dan Gerakan sudah membentuk jawatankuasa untuk membincangkan manifesto untuk Selangor.

“Ini yang kita mahukan di Selangor (untuk menang) dan memberi tumpuan kepada isu ekonomi, belia, alam sekitar, pekerjaan dan menjadikan negeri pusat perdagangan dan pelaburan.”

Roslan pula berkata trend pada pilihan raya umum lepas menunjukkan pengundi di kerusi ditandingi mereka jelas memihak kepada PN.

PN menang enam kerusi DUN di Selangor pada PRU lepas- Sabak Bernam, Sungai Besar, Tanjung Karang, Hulu Selangor, Kapar dan Kuala Langat.

“Kami jangka undi Melayu yang beralih pada PRU15 akan terus berlaku. Tetapi ada juga banyak faktor lain antaranya trend dalam kalangan orang muda (menyokong PN) serta peralihan undi Melayu yang memperkukuh jangkaan kami,” kata Roslan. – 6 Mei, 2023.

WOIT

ANGAN ANGAN

KEMUDIAN MIMPI

MASIH BELUM

DI WARTAKAN

SEBAGAI JENAYAH

AMIN 

ADA MIMPI 

NAK JADI  MB 

ADA MIMPI 

NAK JADI MAHADI

KHALAS

PASAR CHOW KIT PAGI INI


PASAR 

CHOW KIT

PAGI INI GUA SAMPAI  AGAK AWAL
SEBELUM JAM 12.00
KERETA BELUM  BERASAK ASAK
KAMI BERHENTI DI GUDWARA
JALAN RAJA BOT
APAKAH RAJA  BOT INI
 RAJA BOTTOM
KAH KAH KAH

DI GUDWARA KAMI
LETAK KERETA
DULU  SATU KERETA 4 RINGGIT
 DUA TAHUN 
LALU NAIK 5 RINGGIT

UJUNG MINGGU
RAMAI BIBIK INDON
MEREKA DATANG
BELI BELAH
GUA NAMPAK
TIGA EKOR MAT SALEH
SESAT NAIK BASIKAL

HA HA
ADA LEBIH DARI 10 ORANG
PEMINTA SEDEKAH
BANYAK YANG GUA
DAH PERNAH NAMPAK

ADA  YANG BARU
PEREMPUAN MUALAF CHINA
SATU KAI KUDUNG
BERSILA  DI WILAYAH LAPANG
ANTARA PASAR BUAH
DENGAN PASAR SAYUR

MUKA BARU LAIN
JANTAN BANGLA TANGAN KUDUNG
MACAM KEMALANGAN KERJA
BADAN SEGAK
JIKA BOLEH BUAT TANGAN BARU
PASTI BOLEH BEKERJA

IKAN TONGOL
DARI 14 RM KINI 10 KM SEKILO
TOMATO DARI 16 RM KINI 4 RM SEKILO
 MAYUR SAYUR MURAH
IKAN UDANG SOTONG
HARGA BIASA
MALAH AGAK BANYAK 
DAN MUARH SEDIKIT
KERANA DI RUMAH
MASIH ADA RENDANG

GUA BELI
LEHER AYAM
KAKI AYAM
RANGKA AYAM
TULANG LEMBU
SEMUA UNTUK TAK TAK & EZI

DI PASAR SAYUR
TERTIBA ADA ORANG
BERSUARA BASIKAL PANCIT
GUA TOLEH SATU ABANG
DIA PEMBACA TUKAR TIUB
WARGA ASAL KAMPUNG BARU
KAMI BERBUAR SEBENTAR
BERTUKAR NUMBO
DAN BERJANJI AKAN JUMPA KEMBALI
ABANG INI LEBIH SENIOR
DARI GUA
DI TANGAN DIA ADA BATANG UBI
UNTUK DI TANAM

DI PASAR IKAN 
GUA. BELI 
UDANG 16 RM SATENGAH KILO
INI UNTUK BUAT
UDNAG GORENG TEPUNG
BILA GUA MAKAN 
DI AVENUE SINGGANG

BELI BUAH LIMAU
BUAH  BETIK
AVOKADO NAIK HARGA
MINGGU LALU I KG
7 RM JADI 8 RM
HA HA
MANGA WATER LILY
MURAH 3 KG 10RM
BUAH NAGA MURAH
 SELONGOK 5 RM
8  BIJI AGAK KECIL
TAPI CUKUP UNTUK BREAKFAST

GUA JUGA BELI
2 KG TEPUNG GANDUM
INI ILMU BARU DARI YOUTUBE
MASUKAN AVOKADO KERAS
DALAM TEPUNG GANDUM
LIHAT 24 JAM KEMUDIAN
AKAN JADI LEMBUT
 UNTUK DIMAKAN

GUA RAKAM GAMBAR
KAKI KAMBING
UNTUK INGATAN
AMIN

TAKIBAN NAK EXPORT TEH TARIK


TALIBAN 

NAK EXPORT

TEH TARIK

KE SELANGOR

KHALAS

Unknown commented on 
"TALIBAN NAK 
TAWAN SELANGOR"

Negeri tawanan Taliban apa ada? Air bersih ada? Parit longkang ada? Selama ini apa kemajuan di negeri naungan Taliban? Adakah manusia disini semua baik belaka, tak ada kes apa apa? Apa kelebihan cuba cerita cuba tunjuk sedikit sudah, tak payah banyak? Kah kah selama berpuluh tahun muda mudi hijrah ke negeri lain cari makan berniaga merata tempat, generasi baru tak mahu balik kampung lagi, yang berada di KL lah yang kena paksa sebab ibu bapa masih ada, kah kah kah 

apa kelebihan dapat tiket syurga tak? Siapa curi balak, siapa jual tanah, siapa jual pasir sungai? Adakah Taliban atau Yahudi datang merompak kampung sampai sawah? Kah kah sembang kari boleh lah siang malam ceramah pakai sarung, seluar dalam tak pakai, kedai kopi tengok bola, tengok gusti, sembang politik walhal semua sudah tahu kemampuan Taliban, kah kah kah jangan buang masa lari jauh jauh ke Afghanistan woit kah kah kah

BERSALAH TERUS DITEMBAK MATI


CARA

CHINA MERAH

DIDAPATI BERSALAH

TERUS TEMBAK

KHALAS

Unknown commented on 
"ROSMAH AKAN IKUT
 NAJIB KE KAJANG"

Najib masuk ker, Rosmah masuk ker, kawan kawan dia masuk ker semua kena tanggung lagi, nak tanggung berapa ramai lagi masuk penjara, nak bagi makan nak ke hospital nak berak nak kencing nak ampun nak selesa nak semua selepas curi merompak menyamun tak habis habis kaum kerabat merasuah sampai keturunan lagi mampooos woit kah kah kah kerana mereka lah kita semua susah, patut ikut cara China Merah senang cerita kah kah kah kah

EL-NINO AKAN SAMPAI


EL- NINO

AKAN SAMPAI

AMIN

TALIBAN KOTE KERAS TENGOK RAMBUT


TALIBAN 

KOTE KERAS 

BILA LIHAT 

RAMBUT

 PEREMPUAN

KHALAS

Unknown commented on 
"TALIBAN NAK 
TAWAN SELANGOR"

Orang moden mana mahu Taliban? Taliban duduk zaman unta zaman padang pasir zaman jubah kah kah kah, sekarang Melayu moden cakap English cakap moden makan KFC makan Mc Douglas makan Starbucks kah kah kah perempuan kerja seksi moden pakai kereta pakai lipstick pakai semua nak enjoy menjoy kalau tak percaya pergi tengok sendiri wahai geng Taliban kah kah kah cuma tak cakap kah kah tapi faham semua hantar anak smart readers bukan pasti kah kah boleh tipu orang kampung tapi nak tipu orang moden bandar susah sikit kah kah kah

KRISIS BANK DI AMERIKA



BERJAGA - JAGA

KRISIS BANK

AMERIKA AKAN

MEREBAK SEDUNIA

KHALAS

HADI TAK NAK JADI PM ?


PAS masih kekal berprinsip





Kenyataan media sokong 

TG Abdul Hadi 

sebagai PM palsu
KENYATAAN Media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan.

Harap maklum.
Terima kasih. – HARAKAHDAILY 4/5/2023


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

MI RES MI KES

MI LORD

AMIN

KAWAN NAJIB DI TANGKAP SPRM



SPRM bawa pulang individu terlibat kes 1MDB, SRC

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membawa pulang individu yang terlibat dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) hasil kerjasama dengan agensi penguat kuasa dari luar negara.

Menurut sumber, individu tersebut sedang dalam siasatan SPRM kerana disyaki menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB dan SRC tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), pada jam 3.30 pagi 3 Mei lalu.

Namun setakat ini identiti individu berkenaan masih belum didedahkan kerana masih dalam siasatan.

Sebaik tiba di KLIA2, individu yang menghilangkan diri sejak 2018 diserahkan Notis Perintah untuk hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada jam 10 pagi kelmarin.

Pegawai SPRM telah merakamkan keterangannya dan penggeledahan rumah pada hari yang sama.

Sumber berkata, hasil siasatan mendapati individu berkenaan dipercayai telah menerima wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC melalui akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

Sebelum ini, SPRM dengan kerjasama Commercial Affairs Departments Singapura (CAD Singapura) telah melaporkan berjaya menyita akaun bank milik Wright Shaw Limited berjumlah kira-kira  AS$5.2 juta.

Selain itu, siasatan juga membuktikan bahawa dia telah menerima wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Menurut sumber, pada 26 April 2023, SPRM dengan kerjasama CAD Singapura telah berjaya membawa pulang wang dianggarkan berjumlah RM16 juta daripada syarikat Totality Limited milik Tang Keng Chee.

“Tang Keng Chee ataupun dikenali sebagai Casey Tang merupakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB dari tahun 2012 hingga 2013.

“Beliau terlibat dengan 1MDB ketika itu dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2011.

“Konspirasinya adalah untuk mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB untuk memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki oleh Low Taek Jho (Jho Low),” kata sumber itu.

Sumber berkata, SPRM dipercayai telah mengeluarkan waran tangkap (Red Notice) bertarikh 29 Jun 2018 terhadap Tang Keng Chee yang masih tidak dapat dikesan dan telah menghilangkan diri kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan dibaca bersama Seksyen 28 Akta yang sama.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata, suruhanjaya tersebut sedang berusaha untuk membawa pulang beberapa lagi aset daripada individu-individu yang terlibat di Singapura.

SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion.

TAHNIAH SPRM

TAHNIAH PDRM

SEMUA BERGERAK

TANGKAP PENCURI

AMIN

DATU SUBUH

DIMANA ?

NIK FAIZAL

DI MANA?

AMIN

INI SEMUA

BARUA NAJIB

AMIN

MASUKKAN SEMUA

KE PENJARA

KHALAS

MALAPETAKA IKLIM BAWA MALPETAKA EKONOMI



Fenomena cuaca panas jejas hasil petani, pekebun getah

ENOMENA cuaca panas yang melanda negara ketika ini bukan sahaja membataskan aktiviti harian masyarakat malah turut menjejaskan hasil golongan petani dan pekebun getah terutamanya di kawasan Jempol di Negeri Sembilan dan Padang Terap di Kedah yang sebelum ini dilaporkan merekodkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga).

Pekebun getah di Jempol, Jamal Borhan, 52, berkata cuaca panas ketika ini menyebabkan daun pokok getah banyak gugur dan susu getah berkurangan hingga mempengaruhi pengeluaran hasil sekali gus menjejaskan pendapatannya.

“Kalau dahulu boleh dapat dalam 100 ke 200 kilogram getah seminggu tetapi sekarang berkurang hampir separuh. Biasanya kalau toreh awal pagi, boleh dapat susu yang agak banyak tapi sekarang tidak, hanya dapat sikit sahaja.

“Hasil jualan diterima merosot 40 hingga 50 peratus akibat cuaca panas sejak beberapa minggu lepas sehingga turut menjejaskan pendapatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Jamal berkata dia sebelum ini mampu memperoleh pendapatan sekitar RM800 hingga RM900 seminggu daripada kebun getahnya yang berkeluasan 1.2 hektar, namun kini hanya meraih RM500 akibat keadaan cuaca panas yang disifatkan luar biasa.

Sementara itu, pekebun sayur di Felda Palong 15, Norzila Borhan, 58, pula mengakui kuantiti dan kualiti tanaman sayur-sayurannya termasuk cili, sawi dan terung turut terjejas akibat cuaca panas ketika ini.

“Bila cuaca panas, sayur mula bermasalah, banyak tidak ‘menjadi’ kerana ada sayur yang tahan panas ada tak tahan, saya lihat pokok kurang cantik, daun cepat kuning dan sebagainya, memang selalu kena siram.

“Tanaman saya bukanlah berskala besar, hanya kebun di sekitar rumah dan jualan tempatan tapi saya boleh lihat perbezaan jumlah dan kualiti dihasilkan. Kalau sebelum ini diuji dengan banjir yang turut musnahkan tanaman, kini cuaca panas pula,” katanya.

Di Kedah, penduduk di Padang Terap menyifatkan cuaca panas di daerah itu ketika ini sebagai ‘panas melampau’ terutama pada waktu tengah hari, berbanding yang pernah dialami tahun-tahun sebelum ini.

Muhd Fikri Badarudin, 35, berkata sejak beberapa minggu lepas keadaan terik dan bahang matahari amat dirasai sehingga membataskan aktiviti luar.

“Kalau tengah hari panasnya lain macam, Alhamdulillah sekarang ada hujan sikit kadang-kadang pada sebelah petang, dapatlah kurangkan bahang namun keadaan tetap panas.

“Kalau pada bulan Ramadan sebelum ini, memang terasa sikit sebab kita berpuasa, tapi sekarang kesan  kurang sikit sebab boleh minum air, tapi panas dan bahang memang terasa sangat di Padang Terap ini,” katanya.

Walaupun berhadapan keadaan itu, Muhd Fikri yang bekerja sendiri berkata penduduk masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa termasuk aktiviti rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri yang masih diadakan ketika ini.

Seorang lagi penduduk, Mohd Yuszairi Mad Hidin, 42, berkata keadaan cuaca panas di Padang Terap dilihat agak berisiko bagi golongan warga emas dan kanak-kanak.

“Kalau kanak-kanak saya tengok kurang sikit main-main kat taman (permainan). Kesedaran ibu bapa pentinglah untuk pantau anak-anak mereka ketika musim panas ni bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Semalam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 406 kawasan titik panas (hotspot) di seluruh negara melalui satelit dan setakat ini status cuaca panas tahap satu dikesan di dua kawasan iaitu di Padang Terap dan Jempol. – Bernama, 5 Mei 2023.


MALAPETAKA

IKLIM BAWA

MALAPETAKA

EKONOMI

AMIN

INI HANYA

PERMULAAN

AMIN

MALAPETAKA 

LEBIH BESAR

AKAN SAMPAI JIKA

UMAT MANUSIA

TIDAK BERUBAH

KHALAS

ORANG ASLI BANGUN MELAWAN


ORANG ASLI

BANGUN MELAWAN

KHALAS

ROSMAH AKAN IKUT NAJIB KE KAJANG


ROSMAH AKAN

IKUT NAJIB

KE KAJANG

KHALAS

Unknown commented on
 "AMPUN KE TAK AMPUN"

Kena berlaku adil, kalau Najib diampunkan itu bukan kerana sesiapa MELAINKAN kepantatan UMNO itu sendiri.
Midin atau Bera atau Anwar atau Hadi tak mungkin dapat bentuk kerajaan tanpa umno.
Tetap akan ada deal yang menguntungkan umno sahaja.


Proses pengampunan berbeza dengan proses mahkamah. Siapapun pm hari ni, peluang dia bebas tetap ada selagi UMNO berada di dalam kerajaan. Tak kisahlah team mana sebab duit adalah striker utama. Terimalah hakikat kita hanyalah malaysia. bukan Norway bukan Sweden. Amin

SIMPAN TERUS NAJIB DI KAJANG


SIMPAN TERUS

NAJIB DI KAJANG

KHALAS

Unknown commented on 
"NAJIB BELUM
 BAYAR $210 JUTA DENDA"

Yang umno nak sangat Najib diampunkan tu sebab 210 juta tulah. Najib ada saja duit tu. Dari bagi dekat mahkamah bagi dekat orang yg tolong dia bebas lagi baguih. Tak gitu? Case ni jugaklah Hadi Awang dan hamzah zainudin berhati2 dalam memberi komen tentang pengampunan Najibb, ada dengar ke dorang tentang?  

 Yang so Anwar pulak berharap dapat sokongan, yang umno dan majoriti PN pulak berharap dapat agihan 210 juta. Yang kena telan siapa? Kita lah. Apa jadi pun Najib jangan bebas. Biaq depa berebut kuasa tanpa 210 juta duit rakyat!

SABTU RAYA MINGGU KE DUA


RAYA  MINGGU 

KE DUA

SABTU 6/5/2023
KITA MASUK MINGGU KE DUA
BERHARI RAYA

JAMUAN RUMAH TERBUKA
MASIH DISANA SINI

BUNGA BANK NAIK
SAPA ADA UTANG BANK
KERANA BELI RUMAH
AKAN MERASA PERIT

HARGA GULA NAIK
HARGA BERAS NAIK
HARGA BAHAN MAKANAN NAIK

KENAPA NAIK ?
KERANA NILAI DUIT KITA
JATUH
NILAI RINGGIT JATUH
BILA NAK BELI BARANG LUAR
HARGA JADI MAHAL

NILAI RINGGIT JATUH
DUIT DALM SAKU KITA
JADI KURANG

INI HANYA PERMULAAN
TAK LAMA LAGI AKAN LEBIH TERUK
INI BERLAKU BUKAN DI MALAYSIA SAJA
MALAH DI SELURUH DUNIA
HARGA BAHAN MAKANAN NAIK

AWAS !!!
INI CIRI DAN POLA
PERANG DUNAI KE DUA DULU
AMIN

UNITED KINGDOM
HARI INI CHARLIE
DI TABAL JADI RAJA
GANTI ELIZEBETH
AGONG KITA KE SANA ?

INDIA
RUSUHAN KAUM BERLAKU
DI WILAYAH MANIPUR
WARGA ASLI NAIK MINYAK
MENGAMUK MEMBAKAR BANDAR

SYRIA
LIGA ARAB DI BERITAKAN
AKAN MENJEMPUT
BASHIR AL-ASSAD
KE PERSIDANGAN LIGA ARAB
DALAM MASA TERDEKAT

SUDAN
GENCATAN SENJATA GAGAL
RIBU RIBU PELARIAN PERANG
BERKUMPUL DI SEMPADAN
MENUJU MESIR
KINI MENJADIKAN BEBAN
DUNIA

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMBUT

WOW
SUARA PIPIT KEDENGARAN
DALAM SAWAH RUMPUT
SUARA AMAT RAMAI
MUKA DAN BADAN TAK NAMPAK

SUARA KENG KENG
KEDENGARAN AMAT JAUH
WOW
MURAI BERKICAU DALAM BELUKAR
BILA MURAI  BERSUARA
SEMUA JADI INDAH

HARI INI AKAN PANAS
GUA NAK KE CHOW KIT
GUA NAK TENGOK
HARGA BARANG DAN NAK KIRA
BERAPA RAMAI PEMINTA SEDEKAH

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT PAGI SABTU
DENGAN SENYUMAN

BRO
BILA BERTIUP ANGIN SELATAN
SILA SINGGAH SAMPAI BERHENTI
BILA HIDUP INGIN BERKAWAN
PILIHARA LIDAH PANDAI BERBUDI

BRO
ANDAINYA SAGU TERUS DI PARUT
TENTU BERGUNA BEKAL BERJALAN
BILA ILMU SUDAH DITUNTUT
HANYA BERGUNA BILA DI GUNAKAN

BRO
NAIK SAMPAN PERGI BELAYAR
JANGAN LUPA BUAH KELAPA
HIDUP WAJIB TERUS BELAJAR
DARI MUDA HINGGA KE  TUA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERHARI RAYA