Jumaat, 14 April 2023

PEMINAT YANG HITAM MANIS


PEMINAT

YANG HITAM MANIS

AMIN

PAS NAK AJAR ANWAR


Rakyat ada peluang ‘ajar’ kerajaan semasa PRN – Roslan

KUALA LUMPUR – Rakyat masih ada peluang ‘mengajar’ Kerajaan Perpaduan yang dikatakan gagal menangani pelbagai isu melibatkan mereka khususnya berkaitan kenaikan kos sara hidup.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, rakyat boleh menghantar mesej kepada pihak berwajib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.


Menurut beliau, orang Melayu khususnya perlu berpakat untuk membawa perubahan melalui sistem demokrasi dan menegur kerajaan.

“Paling bijak biar ada semak dan imbang atau check and balance dalam sistem kerajaan federalisme ini.

“Putrajaya sudah di tangan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN), lalu untuk semak imbang yang telus, kita pastikan enam negeri ini diserah ke Perikatan Nasional (PN) pula,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Roslan percaya kemenangan PN di enam negeri berkenaan akan membuka mata kerajaan Persekutuan dan menyebabkan mereka bekerja keras untuk rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berharap kerajaan membenarkan pengeluarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersasar untuk rakyat yang berdepan masalah kewangan.

“Yang melalui pengeluaran ini dapat membantu kehidupan mereka dan mungkin jalan keluar untuk memperbaiki kehidupan masing-masing,” jelasnya.

Roslan menambah, mereka yang mempunyai tunggakan pinjaman bank sepatutnya dibantu dan mereka semakin terseksa walaupun mempunyai simpanan dalam KWSP.

“Benar KWSP ini adalah simpanan tetap untuk masa tua. Tetapi mereka yang terkesan hari ini, tidak akan mampu meniti hidup seterusnya apatah lagi sampai ke usia tua kiranya kemampuan mereka hari ini tersekat,” katanya.

Beliau berkata, rakyat kecewa apabila tuntutan mereka tidak dilayan sebaliknya kerajaan membenarkan mereka membuat pinjaman mencagarkan simpanan KWSP. – 

WOIT

PAS NI CAKAP

BESAR

KAH KAH KAH

NAK AJAR

KERAJAAN

KAH KAH KAH

NANTI SPRM

MASUK BARU

SEMUA KECUT

KAH KAH KAH

KERAJAAN ADA

SPRM

KAH KAH KAH

PAS ADA APA?

ELEEEK

KAH KAH KAH

AMIN

MUSIM KEMARAU AKAN SAMPAI



Cuaca panas disebabkan pemanasan muka bumi, kata MetMalaysia

FENOMENA bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata setakat semalam suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. 

Oleh itu beliau menyarankan kepada mereka yang berkerja di luar bangunan supaya berhati-hati jika cuaca terlalu panas.

“Risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburukkan keadaan kesihatan seseorang,” katanya. 

Semalam MetMalaysia mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum harian mencecah 35-37 darjah Celcius selama tiga hari berturut-turut. – Bernama, 13 April, 2023.



SEPERTI TELAH

DIJANJIKAN LEPAS

MUSIM HUJAN

MUSIM PANAS

SAMPAI

AMIN

AWAS !!!

KEMARAU AKAN

SAMPAI

KHALAS

INI DIA URUT HAPPY ENDING


INI DIA URUT

HAPPY ENDING

KHALAS

MENYOKONG RAKYAT PALESTTIN

 

PETANG TADI

JAM 2.30 PM

LEBIH 1000++

BERDEMO SEBELAH

KEDUTAAN AMERIKA 

AMIN 

SOKONG PERJUAGAN

 ADIL 

RAKYAT PALESTIN

AMIN 






RAHSIA CIA BOCOR


RAHSIA CIA

BOCOR

KAH KAH KAH

AMIN

AMBIL PERHATIAN


SILA AMBIL

PERHATIAN

SEMAKIN DEKAT

HARI NAK BEBASKAN

NAJIB & ZAHID

MAKIN

BANYAK SPRM

MENANGKAP

KAH KAH KAH

UNTUK BUKTIKAN

ANWAR IBRAHIM

LAWAN RASUAH

KAH KAH KAH

KHALAS

INI DIA BUDAK YANG BERANI



JACK TEIXEIRA

 DIA BUDAK

YANG BERANI 

KHALAS

DARI BALING KE BRICKFEILDS


DARI BALING

 KE BRICKFEILDS


Jalan Thambypillay menyimpang dari jalan besar Jalan Tun Sanbanthan. Aku tidak tahu sapa Thambypillay ini.  Pada hemat aku sosok ini pastilah  pemimpin   ketua masyarakat India sama seperti Tun Sanbanthan yang pernah menjadi menteri dalam kabinet Tunku dan Tun Razak.   

Di Brickfeilds ada nama jalan  dan nama stesen  monorel memakai nama Tun Sanbanthan.

Untuk aku Jalan Thambypillay yang panjangnya tidak sampai satu  kilometer ini cukup bersejarah.  Selain dari Old Town Cafe tempat aku bersadai aku lagi perkara yang menarik tersimpan dalam perut  Jalan Thambypillay.

Di Brickfeilds ini ada Dewan Majlis Orang Buta. Letaknya tidak jauh dari tebing Sungai Klang dan berhampiran dengan stesen monorel Sanbanthan.  Justeru di Brickfeilds inilah tempat orang buta, orang rabun dan orang kurang penglihatan berkumpul.

Di Jalan Thambypillay ini ada berbelas-belas rumah urut. Bukan  semua rumah urut di jalan ini berkonsep  ‘ happy ending’ - itu satu kesah lain yang wajib juga aku kesahkan.

Rumah-rumah urut yang hendak aku ceritakan ini  di kendalikan  oleh orang buta.

Berpuluh-puluh orang buta menjadi tukang urut di jalan ini.  Deretan rumah kedai  dua atau tiga tingkat atau lebih pasti ada satu lantai yang digunakan sebagai tempat orang buta mengurut.

Aku telah menjadi  pelanggan tetap di satu rumah urut  di Jalan Thambypillay. 

Kesahnya begini :  Satu malam ketika aku bersadai di Old Town Cafe aku merasa badan aku terlalu letih. Aku merasa aku perlu di urut.   

Dari Old Town Cafe aku ternampak banyak iklan  rumah urut orang buta. Di kiri  kanan Jalan Thambypillay banyak terpampang iklan khidmat urut orang buta.

Aku juga sedar bahawa antara rumah urut orang buta ini ada juga rumah urut orang tidak buta. 

Aku yang mundar mandir dalam dunia ini belum pernah   masuk berurut dari yang buta atau dari  yang tidak buta.

Pernah ketika aku dalam penjara Arthur Road di  Bombay aku diurut oleh Raju.  

Raju ini budak belasan tahun yang tidur di tepi jalan. Bila polis buat rondaan dia ditangkap. Kesalahan : Street Dweller. Menjadi orang miskin tak berumah diangap jenayah dalam kota Bombay.

Dalam penjara  kami tidak menggunakan duit. Kami  guna kupon. Duit aku disimpan di Pejabat Penjara. Duit hanya boleh beli kupon untuk  membeli biskut dan acar yang dijual di kantin penjara. 

Dalam penjara ini ada hashish. Ini  bunga dan daun ganja  yang telah diuli sebesar  gula cicak.  Hashish atau charas ini dipanggil guli kerana ianya bulat. Aku rasa perkataan guli dalam bahasa Melayu pasti berasal dari India  dari  bahasa Sanskrit.

Dalam penjara hashish ini  boleh dibeli secara gelap dengan menggunakan kupon. Aku tak tahu siapa yang  menyeludup barang terlarang ini.

Raju yang tak berduit tapi  dia bersedia memberi  khidmat ‘malish ‘ kepada aku. Malish ini berurut dalam bahasa Hindi.

Dari fakta sejarah peribadi  kali pertama aku diurut  adalah  dalam penjara di Bombay.  Raju mengurut kaki aku. Untuk bayaran aku beri  Raju dengan   dua biji guli hashish.  

Aku berurut dalam penjara  untuk membunuh masa. Bayangkan duduk dalam penjara Bombay yang berasak-asak. Masa banyak dan tidak ada apa nak dibuat.
Di Brickfeilds aku agak risau juga kerana ada khidmat urut yang ‘ happy ending’ berakhir di atas katil. Ini urutan dari Minah Cun  yang menyamar sebagai tukar urut tapi bersedia memberi  nikmat di ranjang.

Satu malam aku terserempak dengan Johnny Wong. Ini kenalan lama pemilik restoran masakan Nyonya  China Town di Jalan Panggung.

‘ Bro... dari mana ..’ Aku bertanya bila dia melintas depan meja aku di Old Town Cafe.

‘ Urut... just finished... baru selesai...’ Johnny menjawab.

‘ Kat mana...’ Aku bertanya. 

‘ Infront... just around the corner.... tingkat dua.... strong hand... after the temple... nama dia Roslan... try him.. strong hand ...good massage..’ Johnny memberi arah menunjuk dengan  jari arah kedai  tukang urut.

Malam itu juga aku pergi ke rumah kedai yang dicadangkan oleh Johnny. Di tingkat  dua aku mengetuk pintu bilik. Beberapa minit aku menunggu.

Pintu terbuka. Seorang  jantan Melayu berbadan  tegap sasa menjengok. Umur  dalam lima puluhan.  Matanya buta. 

‘ Ha... nak urut ke ...’  Kata penyambut.

‘ Nak urut laaa... Johnny yang rekomen..’ Aku menerangkan.

‘ Oooo..... kawan Johnny ke.. masuk..’ Dia meluaskan pintu.

Babak aku bertemu dengan Roslan ini berlaku lebih dari sepuluh tahun dahulu. 
 
Aku  belum pernah masuk ke rumah urut. Jadi aku kurang arif  apa yang perlu aku lakukan. Aku tercegat berdiri.

‘ Letak seluar kat sana.... pakai towel....  baring katil sana...jamban di belakang...’ Roslan mengarahkan aku  masuk ke bilik urut.

Dalam bilik ini ada dua katil yang dipisahkan oleh  pemidai kain.  Di atas katil ada bantal. Bilik ini ada  kipas angin dan ada alat penyejuk. Juga ada suara muzik  lembut dari radio.

Aku terlentang baring atas katil. Suara R. Azmi di radio  sedang menyanyi lagu Terkenang Masa Dulu. Roslan meraba-raba badan aku.

‘ Nak urut berapa lama...’  Roslan bertanya.

‘ Satu jam cukup laaa....’ Aku menjawab.

‘ Meniarap..... urut belakang dulu...’ Roslan beri arahan.

Malam itu aku mula berkenalan dengan  jari jemari Roslan.  Kali pertama ini aku merasa agak keras urutan Si Roslan.

Nak menjerit kerana sakit aku merasa segan. Aku bertahan.

Lalu aku teringat akan juru urut Mohamad Ali Clay  seorang Negro bekas pemotong tebu dari Cuba. Dari apa yang aku baca tukang urut  juara peninju dunia  ini jari jemarinya  amat kuat. Mungkin lebih kuat dari urutan Roslan.

‘ Kalau sakit cakap... kalau nak dikuatkan lagi  cakap....’ Roslan memberi ingatan.

Aku tidak  tahu macam  mana dia mengira masa. Satelah satu jam urutan selesai. Aku merasa badan agak ringan.

Aku menghulurkan  duit kertas. Empat keping duit sepuluh ringgit dan sekeping duit lima ringgit. Roslan meraba duit itu dan memasukkan ke dalam saku.

‘ Datang lagi..... ‘ Kata akhir dari Roslan.

Aku turun tangga dan menuju ke Old Town Cafe.  Sakit sakit hasil kerja tangan Roslan masih aku rasakan. Dalam masa yang sama aku juga merasa segar dan bertenaga.

Tiga minggu kemudian aku datang lagi.  Kali ini aku telah menalipon dan menempah awal. No talipon Kedai Urut Tradisional ini terpampang di papan iklan depan kedai. 

Satelah empat  kali berurut  kami bertambah mesra. Roslan bertanya  hal diri aku  - aku duduk dimana dan kerja apa. Aku juga mula  bertanya  sejarah hidup dirinya.

‘ Aku asal dari Baling Kedah....’ Roslan bercerita.

Baling Kedah ini ada pertalian sejarah dengan aku. Tapi aku tidak membuka kesah aku dengan Baling kepada Roslan.

Roslan buta dia tidak dapat melihat wajah aku. Jadi dia hanya tahu siapa aku dari apa yang aku beri tahu.

‘ Dulu masa muda kerja kampung.... buat bendang.... toreh getah.... bila tak ke sawah aku meracun  tanah getah....tak tahu ... tak  sedar ... racun ini bisa... aku tak pakai penutup mata.... mata jadi sakit.... lama-lama rabun....’ Roslan berkisah.

Baru aku sedar Si Roslan ini bukan buta ketika lahir. Ertinya dia  tahu  dan pernah melihat dunia ini.

‘ Aku menangis... aku termenung mengenangkan nasib...tiap hari aku duduk sorang diri.... dunia ni gelap.... aku nampak sikit-sikit ...’ Roslan sedih  bercerita sambil tangannya memicit badan aku.

‘ Kau tak gi hospital....’ Aku bertanya.

‘ Pergi juga ... tapi doktor dah tak boleh bantu....’ Roslan menyambung cerita.

Aku  tahu ramai orang  kampung tidak sedar akan bahaya racun rumput.

‘ Setahun aku menangis.... satu hari  anak sedara aku datang dari KL... dia kata di Kl boleh cari kerja... ada sekolah orang buta... boleh cari makan....aku naik bas datang dari Baling  ke sini....ke Brickfeilds ini..’  

Mengikut Roslan dia mendaftar sebagai OKU – orang kurang upaya. Kemudian dia  diajar cara untuk mengurut dari guru yang profesional.

‘ Lama dulu... aku kerja dengan orang... simpan duit .... ada modal aku buka  kedai sendiri... ni aku sewa  seribu lebih sebulah.... ada empat  katil....isteri aku mengurut orang perempuan  bila ada yang memesan... isteri aku OKU juga... anak aku tiga orang .. masih sekolah... ‘ Roslan makin mesra dengan aku.

Radio berkumandang suara Salmah Ismail.

‘ Ni stesen  mana ni.... lagu zaman aku muda... ‘ Aku bertanya kerana radio ini terus memainkan lagu-lagu lama.

‘ Kau tak tahu ke ... ini stesen radio klasik...’

‘ Aku radio tak ada...di rumah aku  tv pun tak ada...’ Aku bercerita sambil ketawa,

Talipon berdering. Roslan teraba-raba mencari bunyi. Aku pun hairan macam mana dia boleh menggunakan talipon bimbit.

‘ isteri aku tanya .. jam berapa nak pulang... kau ni last kastamer.... aku ambil bas sebelum jam dua belas... kalau lewat aku tidur di kedai...’

‘ Bas ke mana...’ Aku bertanya...

‘ Aku duduk kat Taman Medan.... bas  berhenti tak jauh dari rumah aku....’ Roslan meraba-raba mencari botol  minyak.

‘ Minyak apa kau pakai...’

‘ Aku buat sendiri.... bubuh minyak wangi sikit.. minyak angin sikit... ini minyak urut buatan aku...nak beli minyak betul harga mahal..’ Roslan terus memicit kepala aku.

Bila sampai ke wilayah leher, tengkuk dan kepala maknanya ini wilayah akhir untuk di urut.

Radio mendendangkan  lagu  Hitam Manis nyanyian R. Azmi. Aku memasang telinga kerana aku peminat setia R.Azmi.

‘ Dulu masa aku budak aku ada nengok filem P. Ramlee....masa tu R. Azmi ni hebat...’ Roslan bercerita tentang satu zaman di mana dia boleh melihat.

‘ Kau kenalaaa muka P. Ramlee...’ Aku bertanya sambil aku bangun dari katil dan mengambil seluar.

‘ Lama dulu.... dia dah mati kan... tanam kat Ampang....’ 

‘ Betul..’ Aku menjawab pendek.

‘ Jauh ke Brickfeilds ini dari Ampang...’ Roslan bertanya.

Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Bagai mana nak menerangkan konsep jauh atau dekat pada insan yang tidak melihat.

‘ Tak jauh...  dekat je... jauh ni macam kau datang dari Baling ke Brickfeilds....’ Aku cuba melawak.

Satelah memakai seluar dan membayar empat puluh lima ringgit aku turun tangga menapak ke Old Town Cafe.

Ketika berjalan  aku cuba memejamkan mata. Aku cuba merasakan bagaimana Roslan pada satu ketika dulu kenal P. Ramlee, tahu warna merah, hijau dan putih kini semuanya gelap.

Aku terlanggar  tembok di gigi jalan. Aku kembali membuka mata. Yang  aku lihat ialah warna malam di Jalan Thambypillay. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN
JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIANOW .COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2023/04/14/dari-baling-ke-brickfields





‘ 

PERSEMBAHAN TEATER


SPRM tahan pembantu menteri sumber manusia

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pembantu kepada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bagi siasatan kes rasuah berkait pengambilan pekerja asing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam maklum balas ringkas kepada The Malaysian Insight mengesahkan pembantu menteri itu ditahan bersama beberapa individu lain.

Pegawai Sivakumar itu ditahan semasa serbuan di Kementerian Sumber Manusia (KSM) pagi ini.

Serbuan itu susulan dakwaan konflik kepentingan melibatkan individu yang terbabit dengan penubuhan agensi pengambilan pekerja asing bagi mendapatkan kelulusan daripada KSM.

Turut ditahan suspek yang dipercayai ejen pengambilan pekerja asing.

Difahamkan, mereka ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba dari negara jiran.

Menurut sumber KSM pula, pegawai kanan itu dipercayai sudah terbabit dalam sindiket pengambilan pekerja asing itu sejak setahun lalu.

Sumber mendedahkan, suspek merupakan individu penting dalam sindiket itu kerana mempunyai jawatan penting dalam kementerian.

“Pembabitannya sebelum Sivakumar dilantik menjadi menteri dan bukan lantikan baru,” katanya. – 13 April 2023. 


WOIT

KAH KAH KAH

INI SEMUA TEATER

SEMUA SANDIWARA

AMIN

TANGKAP

X MB PERLIS

KAH  KAH KAH

SEKARANG

TANGKAP PEMBANTU

MENTERI DAP

KAH KAH KAH

SANDIWARA UNTUK

BUKTI LAWAN

RASUAH

AMIN

 NAK

BUKTIKAN AKAN

TANGKAP SAPA

SAJE TAK KIRA

PARTI MANA

KAH KAH KAH

TUJUAN BETUL

NAK BEBASKAN

NAJIB & ZAHID

AMIN

SANDIWARA INI

ALIH PANDANGAN

ORANG RAMAI

KHALAS

MEMIKUL KAVADI BERNAMA NAJIB



Anwar akan hilang jawatan PM jika tidak bantu pengampunan Najib, kata penganalisis

Penganalisis percaya “ganjaran” politik selepas pembentukan kerajaan campuran pada November lalu masih belum tamat dengan lebih banyak lantikan bakal menyusul.

Bagaimanapun, kebimbangan utama kini tertumpu kepada “ganjaran” berbentuk campur tangan kes mahkamah libat individu berkepentingan dalam kestabilan kerajaan semasa.

Profesor sains politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Ahmad Atory Hussain berkata tidak dinafikan pemberian ganjaran atau balasan politik sudah menjadi amalan lazim untuk balas budi kepada rakan-rakan sekutu dan pemimpin politik yang berjaya bantu menaikkan seseorang menjadi perdana menteri atau menteri.

Katanya, amalan dan pemberian jawatan-jawatan dalam kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), duta dan senator tidak mendatangkan risiko besar jika ianya diberikan kepada individu dari parti politik yang menyokong kepimpinan kerajaan.

Kritikan umum biasanya mungkin berbunyi seperti kerajaan membuang duit kerana melantik individu-individu tersebut, bertindak pilih kasih atau tidak layak memegang jawatan yang diberikan.

“Tapi pemberian-pemberian itu biasanya tidak melibatkan (kes) integriti dan kes jenayah.

“Yang boleh mendatangkan risiko ialah apabila ganjaran itu berbentuk kes mahkamah. Itu dianggap bertahap gaban (gila) atau paling tinggi sekali.

“Kesannya sangat besar hingga boleh jatuhkan pemimpin itu,” katanya kepada MalaysiaNow.

Kenyataan Atory selari dengan pengakuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa beliau berada dalam Lembaga Pengampunan bagi memutuskan pengampunan kepada Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara.

Anwar menegaskan kuasa memberi keampunan tertakluk kepada bidang kuasa di bawah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

“Saya akan menjadi sebahagian daripada proses itu, dan mengenai perkara penganugerahan gelaran kebesaran dan pengampunan, ia adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong,” katanya pada 8 April lalu.

Sebelum ini, Setiausaha DAP Anthony Loke menegaskan isu pengampunan diraja Najib bukan pendirian kerajaan kerana tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet.

Bagaimanapun, Atory pula melihat proses itu boleh menimbulkan persepsi kepada Anwar yang sebelum ini sudahpun diketahui mempunyai pakatan rahsia dengan Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menyokongnya menjadi perdana menteri pada Oktober, tahun 2020.

“Sebab itu, PM8 dan PM9 sedaya upaya cuba mengelak untuk memberikan atau campur tangan dalam kes mahkamah yang melibatkan Najib dan Zahid.

“Kesannya kedua-dua PM itu ditumbangkan oleh pihak yang tidak ditolong itu iaitu Umno melalui langkah tarik sokongan 15 ahli Parlimen Umno pada pemerintahan PM8 dan melalui pembubaran Parlimen pada pemerintahan PM9.

“Sungguh tragik. Kesian mereka yang tidak ada salah apa pun,” katanya merujuk kepada kronologi pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob.

“Tapi kedua-dua PM itu tetap dipuji kerana pertahankan maruah dan prinsip. Biarlah hilang jawatan asalkan tidak menanggung beban kutukan rakyat.”

Mengulas lanjut, Atory menyifatkan perkembangan politik dan kes mahkamah libat ahli-ahli politik sebagai permainan dan sandiwara politik yang dahsyat pada ketika ini sedang berlaku di Malaysia.

Rakyat perhati janji Anwar

Dalam pada itu, penganalisis Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata Najib dan sesiapa sahaja berhak untuk mengajukan permohonan pengampunan terhadap kes-kes mahkamah dan sabitan hukuman.

Beliau menegaskan kuasa memberi keampunan adalah di bawah bidang kuasa Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Anwar tidak ada kuasa untuk membuat apa-apa perkara atas kapasiti peribadi.

“Semua saranan yang diberikan adalah secara konsensus dan bersama,” katanya kepada MalaysiaNow.

Sementara itu, Atory yakin rakyat kini sedang menunggu apakah Anwar akan menunaikan janji rahsianya itu?

Tambahnya, ianya tidak menjadi masalah besar hanya dengan memberi jawatan timbalan perdana menteri dan memulangkan kembali pasport antarabangsa.

“Tapi, jika Anwar bertindak sama seperti Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri tempoh lalu iaitu enggan atau tidak mahu turut ikut campur hal kes mahkamah mereka ini maka kesannya dijangka Umno akan bertindak balas dengan menarik sokongan kepada PM10.

“Maka kesan dominonya ialah peletakan jawatan Anwar sebagai PM10 atau pembubaran Parlimen.”

Tambahnya, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat itu bermakna seluruh rakyat perlu keluar mengundi sekali lagi serentak dengan pilihan raya negeri yang dijangka berlaku pada Jun nanti.

“Kalau Agong pilih PM baru, maka dijangka Zahid yang sekarang ini TPM akan berpeluang diangkat jadi PM ke-11 menggantikan Anwar. Hebatkan perancangan dia?

“Tapi ikut pendapat netizen dan penganalisis politik, Anwar akan pilih pembubaran Parlimen untuk mencuba nasib dia, mana tahu Pakatan Harapan akan jadi pemerintah seperti tahun 2018 yang lalu,” katanya.

MEMIKUL KAVADI

KERANA NIAT

DAN JANJI

AMIN

ANWAR MEMIKUL

KAVADI BERNAMA

NAJIB

KHALAS

TUKANG BOCOR RAHSIA KERAJAAN DI TANGKAP


TUKANG BOCOR

RAHSIA KERAJAAN

DI TANGKAP

AMIN