Isnin, 12 September 2022

PAKAR CERET BERET BERADA DI GERMAN ATAU DI LONDON ATAU DI PARIS ?

 


Najib diberi rawatan sewajarnya di HKL, kata KP kesihatan

BEKAS perdana menteri Najib Razak, yang menjalani hukuman di Penjara Kajang, hanya dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh pakar pada Jumaat lepas setelah berada dalam keadaan sihat, kata Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata, Najib dimasukkan ke HKL pada Jumaat lepas sebagai kes elektif, bukan kecemasan, dan dikendalikan oleh pakar perunding kanan bertauliah terdiri daripada ketua bidang masing-masing.

“Pihak HKL  juga mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang dihadiri mantan perdana menteri dan ahli keluarga beliau. Keputusan ujian-ujian dimaklumkan semasa sidang ini mengikut amalan profesional kedoktoran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Mereka (keluarga) juga dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan didiscaj daripada HKL,” tambah Noor Hisham.

Beliau juga berkata, ubat yang dipreskripsikan kepada Najib selepas dimasukkan ke wad adalah jenis yang sama seperti diambil beliau sebelum ini.

Beliau berkata kementerian telus mengenai pemberian  perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada mana-mana individu dan juga memikul tanggungjawab mematuhi amalan etika membabitkan kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971.

Maklumat mengenai kesihatan pesakit boleh diberikan kepada mahkamah jika diarahkan berbuat demikian, katanya.

Awal hari ini, keluarga Najib merayu kepada kerajaan untuk membenarkan bekas perdana menteri itu diberikan rawatan perubatan sewajarnya selepas beliau dikatakan mengalami ulser perut baru-baru ini.

Pegawai khas Najib, Mukhlis Maghribi, berkata ahli Parlimen Pekan itu menjalani prosedur skop pada Sabtu dan doktor mengesan ulser. 

Walaupun ia menjadi masalah berulang sejak 15 tahun lalu, ulser baru ditemui, tambahnya.

Dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MBD) hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram, memberitahu Hakim Collin Lawrence Sequerah beliau dimaklumkan oleh pegawai Jabatan Penjara keadaan Najib “agak teruk”.

“Ubat tekanan darah tertuduh telah ditukar dan ia memberi kesan buruk kepadanya.

“Saya dimaklumkan keadaannya (Najib) agak teruk, tetapi beliau bersedia untuk berada di sini (perbicaraan) sehingga 12.30 tengah hari. Pada 2 petang beliau perlu dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor,” katanya.

Sequerah menangguhkan mahkamah pada jam 12.30 tengah hari bagi membolehkan Najib mendapatkan rawatan perubatan. – 12 September, 2022.

WOIT

PAKAR SAKIT

PERUT & PAKAR

CERET BERET

BERADA DI MANA?

KAH KAH KAH

DI MUNICH ?

DI LONDON ?

DI HAWAII ?

ATAU DI PARIS ?

KAH KAH KAH

BELUM SAMPAI

SEBULAN DALAM

JIL DAH NAK

CARI HELAH 

NAK CABUT

KELUAR NEGARA

KAH KAH KAH

BANDUAN LAIN

SAKIT UBAT

DI  SINI MAKA

TAK PERLU 

NAJIB BERUBAT

DI LUAR NEGARA

AMIN

KHALAS

JURU TERBANG HELI CHINA MERAH ?

 


APA YANG DIBUAT

OLEH JURU TERBANG

 HELIKOPTER

DARI 

CHINA MERAH INI?

AMIN

SAJE TANYA

TAKUT MENGINTIP

AMIN

KHALAS

JANGAN GANGGU BADAN KEHAKIMAN



Pertahankan kebebasan kehakiman, titah Sultan Selangor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu kebebasan badan kehakiman terus dilindungi dan dipertahankan daripada sebarang desakan atau pengaruh, termasuk daripada pihak eksekutif.

Dalam satu kenyataan media, baginda turut menyeru seluruh rakyat supaya menghormati kedaulatan undang-undang dan kebebasan badan kehakiman, yang menjadi “teras dan paksi” sistem demokrasi raja berperlembagaan.

“... menjadi tanggungjawab semua pihak untuk sentiasa memelihara nama baik badan kehakiman agar ia tidak tercemar daripada sebarang bentuk pengaruh dan tekanan.

“Beta mengambil kesempatan di sini juga untuk mengingatkan pihak eksekutif agar sentiasa mendukung penuh prinsip kebebasan kehakiman dan mengelak daripada sebarang cubaan untuk mempengaruhi proses pentadbiran keadilan dadan kehakiman,” titah baginda dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat DYMM Sultan Selangor.

Sultan Selangor bertitah baginda mengikuti rapat dan mengambil perhatian perkembangan isu-isu yang berkaitan dengan sistem pentadbiran keadilan negara sejak akhir-akhir ini.

Baginda tidak menyebut secara khusus isu-isu berkenaan, namun mengingatkan badan kehakiman dimartamatkan bebas dan berwibawa melalui Perlembagaan Persekutuan.

“Badan Kehakiman merupakan benteng terakhir yang perlu dipertahankan bagi memastikan pentadbiran keadilan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” titah baginda.

Kelmarin, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Man meminta semua pihak termasuk ahli politik supaya membaca terlebih dahulu alasan penghakiman mahkamah sebelum membuat kesimpulan dan menyerang badan kehakiman.

Tengku Maimun mengetuai panel lima hakim yang menolak rayuan akhir Najib Razak dan mengekalkan sabitan serta hukuman ke atas bekas perdana menteri berhubung penyelewengan RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd. – 12 September, 2022.

JELAS TERANG

LAGI TUNTAS

AMIN

SATU KENYATAAN

YANG WAJIB

DI HAYATI

AMIN

TAK TAHU HAL

TENTANG BADAN

KEHAKIMAN

JANGAN KACAU 

JANGAN GANGGU

ROSAK NEGARA

AMIN 

PERTAHAN BADAN KEHAKIMAN 

YANG BEBAS

KHALAS

KERAJAAN SELANGOR BERTINDAK !

 




Selangor tarik balik

 darjah kebesaran 

Najib, Rosmah

Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah hari ini mengumumkan darjah kebesaran bekas perdana menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor berikutan sabitan kes penyelewengan dana RM42 juta SRC International dan kes rasuah projek hibrid solar berkuat kuasa serta-merta.

Dalam sebuah kenyataan, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Haris Bin Kasim berkata dengan penarikan darjah kebesaran tersebut, gelaran Datuk Seri dan Datin Paduka Seri yang dibatalkan pada masa yang sama.

Najib dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang pada 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua pada 1992.

Sementara Rosmah dikurniakan Keahlian Darjah Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama pada 2005.

“Penarikan balik dan pembatalan keahlian ini selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawa Perkara XXXVIII dan Perkara XXXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dan Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan Selangor,” kata kenyataan tersebut.

Pada 23 Ogos, Najib dihantar ke Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadapnya kerana menyalahgunakan puluhan juta dana SRC International.

Sementara Rosmah disabitkan bersalah dan dihukum 10 tahun penjara dan dan denda sebanyak RM970 juta bagi kes rasuah solar hibrid pada 1 September lalu.

Hukumannya ditangguhkan sementara menunggu proses rayuan.



WOIT

TAHNIAH 

SELANGOR

LANGKAH TEPAT

LAGI BETUL

AMIN

PENCURI TIDAK

PERLU DATUK SRI

KAH KAH KAH

WOIT

NEGERI LAIN

KEDAH PERLIS

PERAK JOHOR

N. SEMBILAN

KELANTAN 

TERANGANU

MACAM MANA?

AMIN

BAGAIMANA 

PAHANG

KAH KAH KAH

PENCURI DARI

PAHANG 

KAH KAH KAH

APAKAH PENCURI

AKAN TERUS JADI

DATUK SRI PAHANG

KAH KAH KAH

AMIN

NAJIB BUN TAMAT TUN




Sultan Selangor sokong titah Agong mengenai kuasa pengampunan

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyokong titah Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini berkenaan kuasa pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu.

“Sukacita juga Beta menzahirkan sokongan padu Beta terhadap Titah Ucapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 5 September 2022 berkaitan dengan kuasa prerogatif pengampunan yang tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya demi kepentingan pihak tertentu.

“Rakyat perlu memahami bahawa proses pengampunan perlu dilaksanakan mengikut lunas undang-undang dan prosedur yang telah diperuntukkan di bawah Perlembagaan dan undang-undang berkaitan dengannya,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam ucapan semasa merasmikan Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Pahang, di Kuantan, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah mengenai konsep keadilan dalam Islam dan pentingnya undang-undang dilaksanakan dengan adil tanpa mengira bulu. – 12 September, 2022.

NAJIB BUN

TAMMAT TUN 

AMPUNRUN 

TARAAAK DUN

AMIN

HARI HARI AKHIR

SAEKOR NAJIB

AMIN

KHALAS

DUIT RAMAI BULEH BOLI KAJANG



Najib peroleh faedah lebih RM1.25 juta, mahkamah diberitahu

NAJIB Razak mendapat lebih sejuta ringgit daripada faedah akaun Ambank peribadinya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Ketika memberi keterangan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bekas perdana menteri itu, saksi pendakwaan pengurus Ambank cawangan Jalan Raja Chulan R. Uma Devi mengesahkan beberapa pembayaran faedah berjumlah RM1,253,924.80 telah dibuat pada 2011 ke akaun Ambank peribadi Najib yang berakhir dengan “694”.

Mengesahkan sejumlah 11 kemasukan faedah ke dalam akaun ‘694’, Uma berkata, jumlah bayaran berbeza-beza setiap bulan kerana ia dibuat mengikut baki dalam akaun setiap bulan.

Najib menerima RM5,214.10 pada 28 Februari 2011, RM31,121.71 (31 Mac), RM28,979.44 (30 April), RM29,334.83 (31 Mei), RM44,371.21 (30 Jun), RM57,293 Julai 31), RM122,360.35 (31 Ogos), RM205,773.53 (30 September), RM211,130.87 (31 Oktober), RM209,722.90 (30 November) dan RM308,621.92 (Disember).

“Berikut adalah jumlah faedah bagi tahun 2011 yang dikenal pasti telah masuk ke Bank AmIslamic Najib dengan nombor akaun 211-202-200969-4,” katanya kepada mahkamah hari ini.

Timbalan pendakwa raya Mustafa Kunyalam mengesahkan jumlah faedah diterima Najib dalam akaunnya yang berakhir dengan nombor 694 bagi 2011 selepas mengesahkan dengan saksi.

Mustafa berkata, faedah dikira berdasarkan baki dalam akaun setiap bulan.

Minggu lepas, Uma memberi keterangan sejumlah RM60.5 juta, dibuat dalam dua bahagian, telah dipindahkan ke akaun Najib itu.

Beliau berkata sejumlah RM30.5 juta telah dipindahkan pada 24 Februari 2011, manakala RM30 juta lagi dikreditkan ke akaun yang sama pada 14 Jun 2011.

Uma bagaimanapun tidak menyatakan dari mana datangnya kedua-dua bayaran itu.

Hari ini, Uma mengesahkan akaun berakhir 694 dibuka pada 13 Januari 2011 dengan deposit RM500 sahaja.

Akaun itu ditutup pada 30 Ogos 2013. – 12 September, 2022.


RAMAI BOBONAR

DUIT NAJIB

KAH KAH KAH

BULEH BOLI

SUMO KODAI

SATAY KAJANG

KAH KAH KAH

BOLEH BOLI

SUMO CIK GU

KAH KAH KAH

BULEH BOLIH

JIL KAJANG

DAN PASTI

BULEH BOLI

POKAN KAJANG

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

JANGAN SUSAHKAN PENGUNDI

 

JANGAN

SUSAHKAN

PENGUNDI

AMIN

KEMAH BESAR

1 LAWAN SATU

SENANG PENGUNDI

BUAT PILIHAN

AMIN

KEMAH KOCIK

PILIH 1 DARI EMPAT

MENYUSAHKAN

PENGUNDI

AMIN

TERKINI TER NOW

 





Selangor tarik balik darjah 

kebesaran Najib, Rosmah

TARIK TARIK

JANGAN TAK

TARIK

AMIN

KAH KAH KAH

KHALAS

MAIL BERA SAMN LOKMAN ADAM

 



MAIL BERA

SAMAN 

LOKMAN ADAM

AMIN

SATU KERJA

YANG

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

KHALAS

DUIT NAJIB RAMAI


NAJIB KAYO

DUIT RAMAI

AMIN

DIO BULEH BOLI

CIK GU DAN SUMO

JIL KAJANG

AMIN

KHALAS


Najib menerima RM5,214.10 pada 28 Februari 2011, RM31,121.71 (31 Mac), RM28,979.44 (30 April), RM29,334.83 (31 Mei), RM44,371.21 (30 Jun), RM57,293 Julai 31), RM122,360.35 (31 Ogos), RM205,773.53 (30 September), RM211,130.87 (31 Oktober), RM209,722.90 (30 November) dan RM308,621.92 (Disember).

MOTIVASI CEPAT KAYA



MOTIVASI

RASUAH AGAR

CEPAT KAYA

AMIN

KHALAS

panglimo potaseh commented on

 "RASUAH ADALAH REZEKI"

Lu pirnah dingar kata2 motovasi ..work smart ..duit buat duit ..lu tidor pon lu buat duit ..ini lah kata2 hikmah bila pengswastaang di pirkenalkang. Kata2 ini sangat popular di kalangan Melayu ..dari kata2 ini lah lahir nye pakar putar belit ooop, maksud gwa Tokey Mitivosi spt Asan Ali, Datok Doktor Lebai Tuan Haji Uztat Fadilah dan yg seangkatan dgn nye ..maka dari sini lah lahirnye pemimpin Agong Melayu sipirti Najeeb, Rosmah, Azeez, Saheedan, Tueeku, Zaheed, Shreezad, Maeelikul ..mereka ini buat biliyun-liyun hanya dgn guna air liur ..lu tak caya lu tanya balu JJ brapa ada dlm akaun dia ..

TARIK DARJAH KEBESARAN NAJIB


YA AMPOON

 PARLIMEN TAK LUCUT
STATUS NAJIB
SEBAGAI YB
AMIN


MAKA
RAJA SULTAN DAN AGONG
YANG MANA DAH BERI
DARJAH KEBESARAN
PADA NAJIB
PERLU TUNJUK CONTOH
AMIN

TARIK BALIK 
SEMUA GELARAN
YANG TELAH DI ANUGERAH
 KEPADA NAJIB
AMIN

TER NOWW


HOT HOT HOT

TERKINI

TER NOWW

TER HOTT

AMIN


Sultan Selangor sokong titah Agong mengenai kuasa pengampunan


POLONG DAH MULA MAKAN TUAN



 POLONG DAH MULA

MAKAN TUAN

AMIN

TAK PERLU SAMAN


Ismail Sabri saman Lokman Adam berhubung kenyataan fitnah

PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.

Ismail Sabri yang juga naib presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman fitnah tersebut atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 September lepas, dengan menamakan Lokman, 49, yang merupakan ahli Umno selaku defendan tunggal.

Dalam penyataan tuntutan, Ismail Sabri, 62, mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas telah membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk “Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam”.

Beliau berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube “Lokman Adam”, Facebook “Lokman Noor Adam Official”, Instagram “lokmannooradam” dan TikTok “datoklokmanadam”.

Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif telah berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan Umno untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.

Ismail Sabri berkata beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati Umno untuk terus kekal sebagai perdana menteri.

Dakwa plaintif, beliau tidak pernah mengatur langkah-langkah secara tidak berprinsip untuk menghalang pembubaran Parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum untuk kekal sebagai perdana menteri.

Plaintif juga mendakwa beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk mencampur tangan prosiding undang-undang terhadap Najib Razak bagi memastikan bekas perdana menteri itu disabitkan dan seterusnya dipenjarakan.

Menurutnya akibat kata-kata fitnah itu, reputasinya sebagai seorang ahli Umno, naib presiden Umno dan perdana menteri terjejas, membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya dan siaran-siaran fitnah yang dibuat oleh defendan adalah berniat jahat.

Ahli Parlimen Bera itu berkata satu surat tuntutan bertarikh 25 Ogos lepas dikeluarkan supaya defendan memadam video daripada media sosialnya dan mengeluarkan permohonan maaf kepada plaintif namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Ismail Sabri turut memfailkan permohonan secara ex parte (sebelah pihak) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi memaksa defendan memadamkan video di akaun YouTube, Facebook, Instagram serta TikTok miliknya dan injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada membuat kenyataan sama menerusi media sosial yang diuruskan oleh defendan dan permohonan itu akan didengar hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain. – Bernama, 12 September, 2022.

PM SABRI

TAK PERLU

SAMAN

AMIN

INI LOKMAN ADAM

YG LOKMAN ADAM

AMIN

SABRI STATUS PM

TAK MASUK AKAL

SAMAN MAT CHOKIA

AMIN

JANGAN TURUNKAN

STATUS PM

KE TAHAP

LOKMAN ADAM

AMIN

ADALAH BIASA

PM DI KUTUK

PM DI KEJI

PM DI LAWAKKAN

PM DI FITNAH

DI MAHAZALIMKAN

DI MAHAFIRAUNKAN

AMIN 

SEMUA TAK

 JEJAS STATUS PM

 AMIN

KHALAS