Rabu, 4 Ogos 2021

SEPTEMBER YANG DINANTI NANTI

 



SEPTEMBER

 YANG 

DI NANTI NANTI 

MAHIADIN KENA TEKAN LAGI

 

 DARI MUHYIDIN

JADI MAHIADIN

KAH KAH KAH

PASAI APA

TUNGGU SEPTEMBER

KAH KAH KAH

APA RAHSIA

BULAN ITU

KAH KAH KAH


Mustahil Muhyiddin ada sokongan majoriti, kata pembangkang

MUSTAHIL Perdana Menteri Muhyiddin Yassin masih mempunyai majoriti selepas beberapa ahli Parlimen dalam kerajaan semalam umum menarik balik sokongan terhadapnya, kata pembangkang.

Muhyiddin dan seluruh kabinetnya juga perlu meletak jawatan segera, tegas Pakatan Harapan (PH) bersama empat ahli Parlimen pembangkang dalam satu kenyataan bersama hari ini.

“Adalah mustahil Tan Sri Mahiaddin masih mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat selepas pengumuman penarikan balik sokongan sejumlah ahli Parlimen kerajaan semalam. 

“Kami juga kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Mahiaddin dan seluruh Jemaah Menteri mesti meletakkan jawatan,” kata mereka.

Kenyataan ditandatangani Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bagi pihak PH; dan Presiden Upko Wilfred Madius Tangau, dua Ahli Parlimen dari Parti Sarawak Bersatu iaitu Baru Bian dan Masir Kujat; serta Maszlee Malik (Bebas).

Terdahulu, dalam perutusan khasnya yang disiarkan langsung tengah hari tadi, Muhyiddin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup, untuk menerajui kerajaan. 

Keabsahan beliau sebagai perdana menteri akan ditentukan menerusi usul undi percaya yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada September ini, tambahnya.

Muhyiddin hari ini dititah mengadap Al-Sultan Abdullah pada 11 pagi tadi.

Pada majlis mengadap itu, Muhyiddin menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat berdasarkan sejumlah surat akuan yang mereka beri kepadanya.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” katanya.

Kedudukan kerajaan Perikatan Nasional dan keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri jadi persoalan selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan pihaknya sudah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong surat akuan “yang mencukupi angka” untuk menarik sokongan mereka.

Susulan pengumuman Zahid itu, Muhyiddin dipercayai hanya mempunyai sokongan 104 daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Presiden Bersatu itu dilantik jadi perdana menteri pada Mac tahun lalu, selepas kerajaan PH tumbang pada Februari 2020. – 4 Ogos, 2021.

 SEBULAN

DALAM POLITIK

AMAT PANJANG

AMIN

SEMUA BOLEH

DIATUR

AMIN

SEMUA BOLEH

DISUSUN

AMIN

SEMUA BOLEH

DIBELI

KHALAS




NAK LEPAS KES TOROWONG - NAK TERUS TAMBAK PANTAI

 




NAK BEBAS

KES TOROWONG 

KECIL & BESAR

AMIN

NAK TERUS

TAMBAK PANTAI

AMIN

cikminah commented on 

"ANWAR CUKUP NUMBO"

Golongan yg mendesak Mahiyadin@Muhyiddin meletak jawatan bukanlah kerana nak memperjuangkan rakyat. Masing-masing ada agenda tersirat. Tuan Haji Samsul dah pasti nak Abam jadi PM supaya dia boleh jadi menteri KDN atau menteri Pertahanan. Sebelas orang MP umno yg tarik diri dari sokong Mahiyadin@Muhyiddin keraba Mahiyadin@Muhyiddin enggan campurtangan dalam kes mahkamah mereka. 



DAP dah pasti nak Mahiyaddin@Muhyiddin letak jawatan supaya mereka boleh lantik Abam jadi PM dan mereka semua tahu, Abam akan ikut kehendak mereka. Tok kutti Karla pulak sebab dia memang marah kat Mahiyaddin@Muhyiddin sebab khianati dia. Tapi kenapa KuLi dan budak2 baju hitam nak Mahiyadin@Muhyiddun letak jawatan....???



MUHYIDIN MAKIN DIHIMPIT



 

TAK SABARON

AMIN

WAL TAMATUN

WAL MUHYIDEEEN

KAPIRUN KUNTUM

HABIS BUN

TAK MALUUUUN

KHALAS




Lebih 8 ahli Parlimen Umno tandatangan SD tolak Muhyiddin, kata Zahid

UMNO kini ada lebih daripada lapan surat akuan (SD) oleh ahli Parlimennya untuk menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri dan kerajaan Perikatan Nasional, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu berkata, surat akuan terbaharu itu telah diutuskan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Pada hari ini saya telah mengutus warkah kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan surat akuan tambahan sebagai lanjutan warkah terdahulu,” kata Zahid dalam satu kenyataan petang ini.

Bagaimanapun Zahid tidak menyatakan jumlah yang menandatangani surat terbaharu itu, namun berkata lebih ramai ahli Parlimen telah menarik sokongan terhadap Muhyiddin sejak Umno semalam mengumumkan surat akuan “yang mencukupi angka”.

“Setelah Majlis Kerja Tertinggi membuat ketetapan mutakhir pada 3 Ogos 2021… jumlah surat akuan ahli-ahli Parlimen Umno telah bertambah lagi,” kata Zahid.

Katanya, pada 30 Julai beliau sudah mempersembahkan lapan surat akuan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Justeru beliau berkata kerajaan PN perlu memanggil sidang has Parlimen untuk membuktikan Muhyiddin masih ada majoriti tanpa menunggu sehingga persidangan Parlimen pada September.

Dalam perutusan khas disiarkan secara langsung awal hari ini Muhyiddin berkata beliau tidak akan letak jawatan tetapi akan mengadakan usul percaya ketika Parlimen bersidang pada September.

Sejak itu beliau dihujani dengan panggilan agar mengadakan segera usul percaya di Parlimen, bukannya menunggu sampai bulan September.

Terdapat 11 ahli Parlimen Umno, termasuk Zahid, pada sidang medianya semalam ketika mengumumkan keputusan Umno itu.

Seorang lagi, ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah, semalam meletak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Umno kini mempunyai 38 ahli Parlimen, 16 daripadanya berada dalam kabinet Muhyiddin.

Petang ini Zahid berkata, Muhyiddin hanya mempunyai 114 Ahli Parlimen yang menyokongnya. Kini terdapat 220 ahli Parlimen dalam 222 kerusi Dewan Rakyat selepas dua ahli Parlimen meninggal dunia. – 4 Ogos, 2021.

 SEPTEMBER

INI BULAN AP0

KAH KAH KAH

BERAPO ARI

BULAN

KAH KAH KAH

DUDUK

 ONTOK ONTOK

NANTI

TERKINCITT

KAH KAH KAH



TAK SAMA - AMJAL TUANPUNYA RUMAH MAKAN DEPAN UM

 



 TAK SAMA

AMJAL TUAN PUNYA

RUMAH MAKAN 

DEPAN UM

AMIN



Unknown commented on 

"SELAMAT PULANG"

Minggu lepas Tt de sebut pasal satu orang nama Amjal.. teringat gwa Amjal Kamal dalam buku bercakap dengan jin tulisan tamar jalis. Orang yang sama ke ni? Masa sekolah rendah dulu tak penah miss baca siri bercakap dengan jin dalam variasari.. penulis pun dh arwah sekarang ni.



 Kalau Tt sesat aritu terus duk mekah tak balik balik berkelana kat sane.. lepas masuk al qaeda arini mungkin jadi penulis blog untuk dorang

YB SAMSUL BUAT BAJU BARU

 


 YB SAMSUL

BUAT BAJU BARU

AMIN

panglimo potaseh commented on

 "ANWAR CUKUP NUMBO"

Sejak 1 Ogos banyak kedai dah mula boleh di buka ..antaranye kedai buku, kedai fotostat ..kedai kain baju. Semalam gwa ada ternampak Incik Samsol Yoda merayau-rayau di Jalan Misjid India ..kihkihkih

PELUANG UNTUK ANWAR BUKTIKAN



SEPTEMBER

PELUANG UNTUK

ANWAR BUKTIKAN

KHALAS

Unknown commented on

 "HIGH NOON 

BULAN SEPTEMBER"

abam telah banyak kali mengistiharkan kerajaan malikul telah tumbang..masalahnya aku belum penah nampak pokok tumbang tetapi tegak, entah apa namanya tumbang aku pun tak tau,tumbang yang masih tegak ni hanya tochlit abam kut

HANTAR SEMUA KE SUNGAI BULUH

 

GUA UDAH BILANG

UNTUK SELAMAT

HANTARKAN

TIM BANDUAN

KE SUNGAI BULUH

KHALAS 

KALAU TIDAK

 MEREKA TERUS

 BUAT HURU HARA

AMIN 








Saya ditekan kerana tidak mahu campur urusan mahkamah, kata PM

MUHYIDDIN Yassin hari ini berkata kedudukannya sebagai perdana menteri seringkali dipersoalkan berikutan keengganannya mencampuri urusan mahkamah membabitkan kes pertuduhan terhadap beberapa individu.

Dalam perutusan khas yang disampaikan menerusi siaran langsung di televisyen hari ini, Muhyiddin berkata beliau enggan tunduk kepada desakan daripada Umno.

“Saya tahu mereka kurang senang dengan ketegasan saya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

“Ini termasuk desakan supaya saya mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

“Saya juga dituduh menderhaka kepada Raja sedangkan apa yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memelihara keluhuran Perlembagaan dan mempertahankan kemuliaan institusi Raja Berperlembagaan.

“Saya tidak akan mengorbankan prinsip saya dan membelakangi sumpah jawatan saya untuk menunaikan segala kewajipan dengan jujur, menumpahkan taat setia kepada Raja dan negara serta memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan,” katanya.

Perdana menteri turut diiringi sembilan menteri lain ketika menyampaikan perutusan itu.

Muhyiddin dipercayai menyentuh berkenaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Umno Najib Razak yang sedang berdepan kes di mahkamah dengan beberapa pertuduhan berkaitan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Najib didapati bersalah tahun lalu atas kesalahan menerima RM42 juta daripada anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB), SRC International Sdn dan pada masa ini sedang dalam proses rayuan.

Bekas perdana menteri itu masih berdepan beberapa pertuduhan lain di mahkamah dalam kes berkaitan 1MDB.

Zahid yang juga pernah menjadi timbalan perdana menteri kepada Najib, berdepan 46 pertuduhan membabitkan salah guna kuasa dalam satu yayasan amal pada 2015.

Walaupun ada spekulasi mengatakan Muhyiddin tidak sehaluan dengan Umno susulan isu mahkamah ini, beberapa ahli politik lain bebas daripada pertuduhan di mahkamah sepanjang 17 bulan pentadbiran PN.

Antaranya ialah bekas ketua menteri Sabah Musa Aman yang dibebaskan daripada 46 pertuduhan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lalu. Tidak lama selepas dibebaskan, Musa mengumunkan kerajaan negeri diketuai Warisan runtuh susulan ramai wakil rakyat lompat parti.

Musa yang mendapat sokongan pentadbiran Muhyiddin, kemudian menyebabkan PRN Sabah diadakan ketika pandemik Covid-19. – 4 Ogos, 2021.

MUHYIDIN

AKAN DI LIHAT

HERO

KHALAS




HIGH NOON BULAN SEPTEMBER



INI BARU BETUL

AMIN

JANGAN 

ELAK ELAK

AMIN

JANGAN 

CERET BERET

AMIN

JANGAN 

KOBOD KOBID

AMIN

BUKTIKAN

ADA SOKONGAN

KHALAS 


Undi percaya PM di Dewan Rakyat September ini, kata Muhyiddin


MUHYIDDIN Yassin berkata beliau masih ada sokongan yang cukup untuk terus menerajui kerajaan namun akan merujuk keabsahannya di Parlimen apabila Dewan Rakyat bersidang September ini.

Katanya, pada persidangan itu nanti, satu usul percaya akan dibawa terhadapnya untuk ditentukan oleh anggota Dewan Rakyat.

“Saya telah menyembah maklum kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bahawa saya akan menentukan keabsahan saya sebagai perdana menteri di Parlimen.

“Suatu usul undi percaya kepada saya akan dibentangkan di Dewan Rakyat ketika Dewan Rakyat bersidang pada September.

“Melalui cara ini, kedudukan saya sebagai perdana menteri dan Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan yang memerintah akan dapat ditentukan mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan,” katanya dalam perutusan khas secara langsung di televisyen tengah hari tadi.

Kedudukan kerajaan PN dan keabsahan Muhyiddin sebagai perdana menteri jadi persoalan selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi semalam mengumumkan pihaknya sudah mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong surat akuan “yang mencukupi angka” untuk menarik sokongan mereka.

Menurut Muhyiddin, beliau menerima warkah daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam memaklumkan lapan ahli Parlimen Umno sudah menarik sokongan mereka kepadanya.

Mereka memberitahu penarikan sokongan itu melalui surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, katanya.

Sehubungan itu, kata Muhyiddin beliau hari ini dititah mengadap Al-Sultan Abdullah pada 11 pagi tadi.

Pada majlis mengadap itu, Muhyiddin menyembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong beliau masih mempunyai kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat berdasarkan sejumlah surat akuan yang mereka beri kepadanya.

“Sehubungan itu, peletakan jawatan saya di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak berbangkit,” kata perdana menteri.

Muhyiddin menyampaikan perutusan khas itu dengan diiringi oleh beberapa anggota kabinetnya diketuai Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Antara yang bersamanya termasuk menteri kanan Mohamed Azmin Ali, Fadillah Yusof dan Mohd Radzi Md Jidin.

Menteri lain ialah Wee Ka Siong, M Saravanan, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dr Maximus Johnity Ongkili.

Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali juga hadir.

The Malaysian Insight difahamkan perutusan khas itu dibuat sebelum Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat mingguan jemaah menteri. – 4 Ogos, 2021.


SELESAIKAN

TUNTASKAN

BUKTIKAN

KHALAS





MUKA BAKAL PENGHUNI NERAKA

 


MUKA MUKA

BAKAL PENGHUNI

NERAKA

KHALAS

NAJIB PENCURI DENGAN LUBANG ABRU

 



NAJIB PENCURI

DENGAN LUBANG

BARU

AMIN



Unknown commented on 

"ANWAR CUKUP NUMBO"

Orang kata pundek pundek bising bising kat luar, masa mengibarkan mengunci mengundi tiada di parlimen, cirit lah lepak lah hampeh semua, baik tak payah lantik mereka jadi wakil rakyat, buang masa , asyik bertengkar politik lawan jawatan sampai kiamat, buat rakyat mati hanya Bossku seorang yang terbaik, curi ciri terus steady dapat lubang v baru henatuk batu itam terus jadi malaikat kah kah jah di

KENAPA ZAHID NAJIB TIBAI MUHYIDIN

 



BOCORKAN

BOCORKAN LAGI

KESAH ITU

KAH KAH KAH



Saya ditekan kerana tidak mahu campur urusan mahkamah, kata PM


INI CERITA

DI BELAKANG

BERITA

KHALAS


CONTOH PEMIMPIN JUJUR

 


INILAH

PEMIMPIN ISLAM

 YANG

WAJIB DICONTOHI

AMIN



Kenapa Muhyiddin tak uji sokongan sekarang, tanya Najib



BIJAK JUJUR

CALON PM 

GANTI MUHYIDIN

AMIN

PROJEK SALAH BENDERA SEDANG BERJALAN

 


PROJEK

SALAH BENDERA

PROJEK SALAH BENDERA
 SEDANG DIJALANKAN
 OLEH MUSUH IRAN 
OLEH ZIONIS ISREAL
OLEH WAHABI SAUDI

TUJUAN UNTUK MENGOLAH
 PANDANGAN DUNIA 
SEBELUM PERANG
 DILANCARKAN KE ATAS IRAN

Iranian-backed forces suspected of tanker hijacking off UAE coast

Panama-registered Asphalt Princess was reportedly seized by eight to nine armed individuals

                         KENYATAAN IRAN

"Menurut maklumat dari sumber keselamatan, angkatan bersenjata Iran dan semua cabang Pertahanan Islam di Timur Tengah tidak ada kaitan dengan insiden di Teluk Oman," kata Pengawal dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh laman web itu.

Kenyataan itu mengatakan bahawa insiden itu adalah percubaan oleh negara-negara barat dan Israel "untuk mempersiapkan pendapat umum masyarakat antarabangsa untuk tindakan bermusuhan terhadap negara Iran yang terhormat".




ANWAR CUKUP NUMBO

 


SAMSUL ISKANDAR

CUKUP NUMBO

AMIN




Pilihan Muhyiddin: Berundur secara terhormat atau buktikan sokongan 



 MUHYIDIN YASIN

PUN CUKUP

NUMBO

KAH KAH KAH

SOKONG KU L,I - JALAN TENGAH

 


 SOKONG KU LI

JALAN TENGAH

AMIN

Unknown commented on 

"AMARAN ZAHID"

Lama sangat 48 jam tu.. tak abes abes duk pakai ayat ugut. Masa sekolah dulu teringat cikgu cakap pepatah cina de sebut anjing yg menyalak takkan menggigit.. Tt sokong sape selain madey?

DARURAT DAH DITAMATKAN

 



 DARURAT DAH 

DITAMATKAN

AMIN

Unknown commented on 

"AMARAN ZAHID"

Apa yg difahami, jika darurat tidak ditarik balik sebelum tarikh tamat, secara otomatik darurat itu diteruskan selama 6 bulan lagi. Tt perlu teruskan kiraan berapa hari darurat.

DALAM MAHKAMAH KUT ?

 



DALAM 

MAHKAMAH KUT

KHALAS

Unknown commented on

 "AMARAN ZAHID"

Kisah ABAM dah tak ter HOT dan ter NOW ke TT... Ke nko dah slow-slow sokong ABAM.

AWAS ! PROJEK TOFU CHINA MERAH

 

AWAS!

SILA

AMBIL PERHATIAN

PROJEK TOFU

CHINA MERAH

AMIN

JIKA ADA BANGUNAN

DI MALAYSIA DI BINA 

OLEH CHINA MERAH

AWAS

SAPA BUAT LRT

YANG LINTAS

BAWAH 

SUNGAI KLANG?

AMIN

SAPA BUAT

SMART TUNNEL?

AMIN

SAPA BUAT

BANGUNAN

TINGGI PNB 118?

KHALAS

SELAMAT PULANG

 


SELAMAT PULANG


Keluarga  Cik Gu  Zaleha dan Rais Manaf  selamat sampai kembali ke  Kuala Klawang setelah  bertandang  menghantar jemaah  haji di Singapura.  Kota Singapura dan cerita kapal haji tinggal dalam ingatan. 

Bila Ahad sampai dan sekolah dibuka aku berpulang  dapat bercerita tentang  Jambatan  Merdeka dan singa batu di tepi jalan yang aku nampak di Singapura.  Aku juga nak jual cerita tentang Geylang kampung Melayu  tempat aku menginap di Singapura. 

Sayangnya tak ada siapa yang berminat. Lalu tidak aku umumkan bagaimana aku mengutip dan mengumpul getah gelang dikaki lima di Singapura. Bila tak ada peminat maka aku merasakan  kejayaan aku  mati ditengah jalan.

Satelah pulang dari Singapura  hidup kami seperti  biasa. Jelebu masih lagi kawasan hitam.  Pekan Kuala Klawang masih lagi di pagar kawat berduri.  Semenjak aku berpindah dari  Sekolah Tapak lagi aku mendengar  gerila komunis  anti penjajah Inggeris masih lagi aktif di kawasan Jelebu.

Titi empat batu dari  Kuala Klawang ialah  sebuah   kampung baru China. Titi di kawal rapi oleh Ghurkha -  soldadu upahan Inggeris. Disebelah Titi ialah Seperi – ini kampung baru Melayu yang juga di pagar kawat berduri  dan dikawal rapi oleh  soldadu upahan Inggeris.

Setia kawan  dan kejiranan  Melayu-China  ada  tersemai  dan terjalin sebelum ini di kampung-kampung dan daerah. Bila  perang anti  penjajah Inggeris sampai  semangat ini   di renggangkan  secara terancang oleh kuasa kolonial.

Masyarakat China di satu tempat di asing dan dijauhkan dari kampung Melayu.  Contoh terbaik di kampung Chenor – kampung kelahiran Abah aku. Di tepi sungai di belakang rumah Tok Manaf ada keluarga China berkebun.

Apabila  Jepun kalah kuasa kolonial Inggeris datang kembali. Arahan dikeluarkan  keluarga China dikeluarkan dari kampung Melayu.  

Kampung berkurung, berpagar kawat berduri ini adalah  projek  Inggeris  untuk mengalahkan pengaruh PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) dan PKM (Parti Komunis Malaya). PKMM dan PKM  dua gerakan nasionalis ini sedang bekerjasama bermandi darah  menentang kuasa kolonial  Inggeris.

Simpang  Pertang  yang tidak jauh dari sempadan Pahang –  Karak dan Temerloh – adalah  wilayah dan lubuk   aktiviti pejuang nasionalis menentang Inggeris cukup  kuat.

Inilah latar politik dan budaya ketika aku membesar.

‘ Mak agak Wan Timah kau dah sampai Colombo ni... ‘ Mak aku memberi maklumat satu minggu sekembali dari Singapura.

‘ Kolombo tu di mana Mak ...’ Aku bertanya.

‘  Dalam negeri Ceylon  dekat India..’ Mak aku menerangkan.

Aku tidak tahu di mana duduknya dua nama ini.

‘ Silon ni  macam teh Silon kita tu ke....sama bunyinya ..’ Aku  bertanya lagi.

‘ Lepas tu kapal singgah di Karachi... mungkin ambil penumpang.. ambil air...ambil minyak.. masa inilah boleh pos kan surat.. tapi Wan Timah kau tak tahu menulis...’  Emak aku menambah maklumat  tanpa memberi penjelasan tentang  teh Silon yang aku tanya.

Dalam kepala aku  hanya dapat membayangkan  kapal Anshun  dengan kepulan asapnya  melintas Telok Kemang di Port Dickson.. Inilah sahaja pantai laut yang pernah aku kenali dan aku pernah menjejakkan kaki.

‘  Lepas Karachi... masuk Laut Merah... berhenti di Eden.. ini kira dah masuk negeri Arab...’ Cik Gu Zaleha memberi  kuliah ilmu alam.

Colombo, Karachi, Eden  adalah nama-nama yang pertama kali aku dengar dalam hidup aku.  Aku tidak tahu di ceruk mana letak nama-nama ini.

Dua tempat aku tahu.  Mekah dan Madinah yang menjadi  tempat buat haji. Ini  pun aku tidak tahu di mana letaknya. Aku hanya dengar nama. Arab untuk aku ialah padang pasir dan unta. 

‘ Ari tu nasib baik kau tak ilang... ‘ Emak aku mengingat kan  tentang babak aku tersesat dalam kapal Anshun.

‘ Adik... tak kan ilang... adik ada surat  Pak Ngah...’ Aku mempertahankan diri.

‘ Kalau kau ilang dalam kapal kau akan jadi  Haji 65 Sen...’  Emak aku bercakap  sambil ketawa. Kakak  dan Abang  aku yang mendengar perbualan kami ketawa sama. Aku tidak tahu apa yang lawak.

‘ Haji 65 Sen ini haji apa.... ‘ Seperti biasa aku nak tahu.

‘ Naik kapal haji ke Mekah dengan belanja 65 sen...’  Emak aku ketawa lagi.

‘ Mak kata Wan Timah belanja  lebih 700 ratus... Sapa naik haji bayar 65 sen ....’ Aku menyoal.

‘ Ada....’ 

‘Ada sapa...’ Belum sempat Emak aku bercerita aku telah memintas dengan tidak sabar

‘ Sabar dulu.. bila bertanya tunggu jawapan.. bila mendengar pasang telinga...’ Cik Gu Zaleha memberi peringatan pada muridnya.

Kali ini aku senyap tidak menjawab. Aku berharap Emak aku akan membuka kesah siapa pergi naik haji dengan duit 65 sen.

‘  Dulu... ada budak macam kau..  dia hantar orang naik haji... di Singapura juga...entah macam mana dia sesat dalam kapal... entah dia tertidur ke... dia tak turun turun.. macam kita naik dulu...tapi kita turun.. bila kapal berlayar dia kena angkut sama...’  Emak aku bercerita.

‘ Budak dari  mana Mak..’ Aku  kembali bertanya.

‘ Tak tahu orang mana..  ada Mak nampak dia di stesen bas Seremban...’

‘ Orang kampung kita ke...’  Aku mahu pengesahan.

‘ Orang panggil dia Haji 65 Sen... dia ini  lurus bendul sikit... agaknya masa dalam kapal dia ikut saja apa orang kata...’ Mak aku memberikan fakta.

‘ Sampai dia ke Mekah...’

‘ Sampailah  dia ke Mekah... nak turunkan dia di mana... ikut orang sama naik haji.. bila orang kapal periksa dia .. raba poket dia  ada duit   65 sen....lalu lekat nama Haji 65 Sen...’
 
‘ Nasib adik sempat turun...kalau tak adik naik haji pulak ...  teman  Wan Timah....’ Aku melawak gembira.

Keluarga  kami tak ada mendapat apa berita tentang Wan Timah. Begitu juga  Pak Cik Barau dan isteri. Hanya desas desus yang kami dengar.   

Jemaah haji sudah sampai ke  tempat itu dan sampai ke tempat ini. Ini hanya soh seh soh seh dari  cerita atas cerita.   Dari mulut ke atas mulut.  Dari Si Anu yang mendengar dari Si Anu yang mendengar dari Si Anu. Si Anu mana yang pernah naik ke Mekah tidak pula diketahui.

Hari Raya Haji sampai. Abang aku pulang bercuti.  Aku juga tidak sedar bahawa Hari raya Haji ini adalah   hari merayakan amalan haji.

‘ Lepas raya ini Wan Tiah kau akan pulang dari Mekah...’ Abah aku mengumumkan. Tetapi tak  ada siapa tahu bila tarikhnya. Ini sama seperti masa hendak berangkat dulu. Tak tahu bila kapal akan sampai.  Wajib ulang tengok di rumah Tok Sheikh.

Lebih kurang satu bulan lepas raya haji berita tersebar jemaah haji dah sampai di Singapura. Wan Timah aku di sambut dan diambil oleh Pak Ngah Aminuddin  untuk  dibawa pulang ke Kampung Chenor.

Dihujung minggu Emak membawa kami adik beradik melawat .   Abah aku tak ikut sama. Dia tidak ada cuti.

‘  Bukan lagi Wan Timah  atau Wan Chenor ... Wan dah jadi Wan Aji...’  Emak aku memberi ingatan. .

Bila kami sampai aku nampak ada   saudara mara  yang juga datang melawat dan menyambut Wan Aji. Rumah Wan Aji macam  ada kenduri kecil.

Aku hanya memasang  telinga nak mendengar kesah pelayaran kapal haji ke Mekah.

‘ Kito masaklaaa atas kapal.... pakai dapo semawar... tompek sompet.. pandai pandailah... kongsi kongsi...makanlah apa yang ada...’ Wan Aji menerangkan apa berlaku dalam kapal haji.

‘ Air dari mana?...’  Pertanyaan sampai.

‘ Dari paip... dalam kapa ni  ada pair air... tangki bosa.. ‘ Wan Aji bercerita.

‘ Kalau demam macam mana?  Lagi soalan.

‘ Dalam kapa ada doktor...   dukun pun ado... entah orang  mana dukun tu... dio samo  nak pergi Mokah.... pakai mana yang boleh...’ Wan Aji  menerangkan hal kesihatan –  ada perubatan moden ada tradisional.

‘ Ada sorang domam ... bolum  sempek sampai Mokah  dio  sakit kemudian mati...’ 

‘ Tanam di mana..’ Aku mencelah cepat. Perkara macam ini aku nak tahu sangat.

‘ Mandikan, kapankan, sembahyangkan ... tanam mayat   dalam laut...’  Penerangan yang mengejutkan aku.

‘ Yang mati di Mokah masuk kubo bosa ...  ada kubo bosa  tanam ramai-ramai...’ Lagi penjelasan  tentang kematian  dari Wan Aji.

Bila aku mendengar surah ini aku merasa gerun. Macam mana agaknya  ditanam beramai-ramai. Aku tak pernah melihat kubur besar ini digali  di kampung aku.

Aku paling ingin tahu cara Arab hidup di Meklah.  Tentang unta dan padang pasir. Tapi  aku  tak berani bertanya. Kalau Emak bercerita aku akan kerap bertanya.  Apabila   Wan Aji bercerita aku hanya memasang telinga.

‘ Paneh ... memang panas... payung pun paneh... nak unta.. barang-barang semua naik unta... kito ada berjalan... tak terdayo.. kita naik unta..’

‘ Wan dah naik unta ..’ Mata aku terbuka  bertanya bila mendengar hal unta.

‘ Udah... Mak Aji Barau pun naik... orang betino unta lain..jantan unta lain...unta tu tido kek khemah kito...’ Wan aku menerangkan budaya Arab.

‘ Bilik mandi kocik jo.. air ado orang Arab bawak masuk.. jamban topi rumah ... ada luang dalam pasir... berak laa disitu... lopeh tu  berak tu ilang...’ Wan Aji menerangkan tandas Arab.


Kesah tandas Arab ini melekat dalam kepala aku bertahun-tahun. Bila Wan Aji kata ‘ berak tu ilang ‘  aku rasa kota Mekah ini ajaib. Berak boleh hilang begitu saja.   Bab ini meyakinkan aku  tentang  kesucian kota Mekah.

Sepupu aku  Lokman dan Nazri duduk di sebelah aku. Kami ralit mendengar cerita Mekah.

‘ Di Mekah  duduk di mana...’ Emak aku bertanya.

‘ Rumah Tok Sheikh  yang sama.... Aji Barau dan isteri pun di rumah sama... bukan rumah bosa.... tak jauh... kami jalan ke Kaabah...’ 

‘ Wan nengok Kaabah...’ Soalan cepu emas dari aku.

‘ Nampak... dokek ... Aji Barau bawak seluar dan baju arwah anaknya – dio bawak maso ngelilingi Kaabah... Wan kato... tinggalkan sodokahkan pada orang sano ... tapi dio tak nak... dia angkut balik bawak pulang  ke rumah..’  

Kesah  Haji Barau dan isterinya ini amat menyedihkan. Keluarga kami tahu kesah di belakang seluar ini.  Anak sulung Haji Barau seorang soldadu Inggeris . Dia mati  dalam satu pertempuran dengan gerila anti penjajah. 

Mengikut surah Wan Aji Haji Barau telah membawa  beberapa helai  seluar dan  baju arwah anaknya. Dia membawa seluar dan  baju ini mengelilingi Kaabah.  

Mengikut Wan Aji walau pun Si Anak tak sempat ke Kaabah,  Si Ayah  sanggup membawa pakaian anak untuk mengelilingi Kaabah. Inilah bukti cita kasih Ayah dan Ibu terhadap anaknya yang telah pergi lebih awal.

Aku sebenarnya belum puas hati terutama tentang berak boleh hilang begitu saja dalam jamban Arab.  Tapi ketika itu aku hanya merakamkan dengan ingatan tentang betapa sucinya kota Mekah ini.

‘ Nah .. raso ni... minum sikit.. ada dua botol lagi...’  Mak Long aku memberikan kami minum.

‘ Ni air Zam Zam dari Mokah... Icham minum.. torang ati bilo  belajar...’ Mak Long aku menghulurkan kepada aku air Zam Zam dalam gelas  kecil. 

Aku berterima kasih. Ini kali pertama aku merasa air Zam Zam. Rasanya  payau dan masin sedikit. Aku amat gembira kerana air  Zam Zam dari Mekah mengikut kata Mak Long aku  boleh menerangkan hati untuk belajar.

‘ Nah rasa kurma ni...’ Mak Long aku memberikan  kami budak-budak seulas  seorang buah kurma.  Aku ,  abang aku dan tiga orang  sepupu menghulur tangan menerima buah kurma.

Untuk aku buah kurma ini bukan satu yang baru seperti air Zam Zam. Setiap tahun pada bulan puasa keluarga aku ada membeli buah kurma untuk santapan berbuka puasa.

Lewat petang keluarga aku  mengundur  diri dari rumah Wan Aji.

Sampai di rumah aku terus bertanya.  ‘ Lepas gi Mekah ni... ada pegi lagi ke...’ Aku bertanya.

‘ Sekali pun cukup... kalau ada rezeki... bukan murah... macam pergi Seremban..’ Emak aku menutup kesah Wan Aji Timah pergi Mekah.

EPILOK
Aminuddin Manaf – abang kepada   Rais Manaf  telah menunjukkan  berjaya  memimpin keluarga  ketika menguruskan Tok Wan aku pergi ke Mekah.

Malah  Pak Ngah Aminuddin  memeranjatkan dan menggembirakan semua keluarga apabila kesah kejayaan Pak Ngah  berucap dalam kapal  Anshun.

Pak Ngah dikenali sebagai Bung Amin oleh kawan-kawan pelajar nasionalis seangkatan  dari  SITC ( Sultan Idris Training College ) – termasuk budak dari Melaka bernama Ghaffar Baba.

Pada tahun 1959  Aminuddin Manaf  bertanding sebagai calon bebas  memakai lambang Meja untuk kawanan Pertang. Aminuddin Manaf menjadi  ADUN dan juga Exco Perikatan dan Barisan Nasional hingga  bersara tahun  1978.

EPILOK DUA
Legenda dan cerita-cerita rakyat tentang Haji 65 Sen ini tersebar luas di Tanah Melayu sekitar tahun enam puluhan.

Sila tanyakan  ‘otai-otai ‘ generasi lama sama ada mereka pernah mendengar  legenda ini.

Aku sendiri pada tahun 1966 – ketika dalam  tingkatan tiga pernah ternampak Haji 65 Sen. Aku ternampak dia meminta sedekah di kawasan perhentian Bas Foh Hup  di Jalan Pudu. 

Aku mengenali sosok ini sebagai  Haji 65 Sen kerana Mak Cik depan tempat duduk aku dalam bas yang menerangkan siapa sosok ini. Ini ketika sosok ini datang meminta sedekah.

EPILOK  TIGA
Keluarga Pak Long Sani terus menjadi warga negara Singapura apabila Singapura  berpisah dari Malaysia. Keluarga sebelah Emak aku masih  berada di Singapura.

Sepulang aku dari berkelana - pernah sepupu aku menawarkan aku menyemenda  untuk merapatkan hubungan keluarga.  Aku buat tak dengar dengan cadangan ini.

Kali akhir aku ke Singapura pada tahun 1974. Ketika itu aku selalu melawat Nona Singapura.

Apabila aku pulang dari berkelana aku telah ditahan  di bawah akta ISA.  Ketika dalam tahanan aku di nasihatkan oleh Special Branch Malaysia agar jangan ke Singapura.  Mereka tidak boleh menjamin keselamatan aku.

Sekarang aku dilarang  masuk ke Singapura. 

Empat tahun dahulu Persatuan Melayu  Tempinis  mahu menjemput aku datang berucap tentang  seni budaya di Tempinis. 

Program  ini dibatalkan apabila Pengarah Program dipanggil oleh ISD ( Internal Security Departemnt) bertanya apa  tujuan menjemput aku.

EPILOK EMPAT
Untuk mengenang  Singapura aku  selalu melayan lagu Nona Singapura oleh R. Azmi. (TT)

TULISAN INI 
DISIARKAN JUGA
DI LAAMN WEB 
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/08/04/selamat-pulang/