Khamis, 25 Jun 2015

MEDIA BARU HASUT & LAWAN






HASUT & LAWAN



KOMENTAR
media arus perdana
utusan star berita hairan
tv3 rtm dan dan dan
semua tidak diyakini orang ramai
laporan media milik kerajaan
tidak dipercayi isinya
sebenarnya ini berita baik

orang ramai pecaya kepada laporan internet
orang ramai percaya dengan malaysiakini
orang ramai percaya dengan malaysia insider

NOTA
terima kaseh ronald reagan


Fikir banyak kali sebelum percaya maklumat 1MDB, Ahmad Maslan beritahu ahli Umno


Ahmad Maslan hari ini menggesa ahli parti tidak sewenang-wenangnya percaya maklumat melalui media sosial, terutama membabitkan dakwaan mengenai kerajaan Barisan Nasional (BN) dan isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan menteri kewangan itu yang merujuk kepada isu penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi oleh polis Thailand berkata, ia membuktikan tuduhan asal terhadap 1MDB yang disebarkan sesetengah pihak adalah tidak benar.


KAH KAH KAH
woit
tak payah banyak fikir
semua dah kena hasut
semua dah kena racun
semua daj benci kerajaan
kah kah kah
apa lu mau buat
kah kah kah

HASUT & LAWAN

------------

BELUM ADA BUKTI LAGI







MENTERI KELUARKAN AMARAN PRAMATANG BERDASAR DAKWAAN BELUM SAHIH

Saya amat kecewa dengan amaran yang dibuat Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, terhadap akhbar The Edge dan laman web The Malaysian Insider berkaitan laporan-laporan yang media tersebut telah dibuat mengenai 1MDB.

Ini kerana beliau mengeluarkan satu amaran berdasarkan dakwaan yang dibuat terhadap seorang bekas pengarah syarikat PetroSaudi yang telah ditahan di Thailand. Umum sedia maklum, dakwaan tidak bererti perkara itu sahih. 

Mengikut prinsip perundangan, seseorang yang didakwa di mahkamah tidak bersalah sehingga terbukti bersalah (“Innocent until proven guilty”). Bekas pengarah itu, setahu saya, belum lagi dijatuh hukum bersalah di mahkamah. Oleh itu, untuk mendasarkan amaran di atas dakwaan semata-mata amatlah pramatang (“premature”).

Saya gesa  Zahid untuk tarik balik amaran terhadap The Edge dan The Malaysian Insider. Tindakan beliau umpama ugutan yang kelihatan cuba mempengaruhi tingkah laku media yang wajib bebas. Tindakan seperti ini merencat fungsi dan tugas media, melemahkan demokrasi dan mendatangkan persepsi negatif terhadap negara di mata dunia.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

25 Jun 2015


--------------

JUALAN HARAKAH MEROSOT




FACE BOOK


Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini. Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat. Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai. Amacam?

Like · Comment · 

SELESAI MINGGU PERTAMA








SATU MINGGU

hari ini masuk hari ke tujuh
cukup pantas hari beredar
saban hari gwa melihat timbang
belum samapi  satu kilo
 yang gugur tewas

hari ini bursa saham kuala lumpur
merundum jatuh 14 mata
ini satu pukulan hebat
nilai ringgit makin merundum
harga barang makanan makin mahal
gwa dengar 
tahun ini makin kurang bazar ramadan
kuih muih naik harga


TIKUS KECIL

sahur kelmarin 
jam dua pagi
gwa pergi cari sambal petai
pasti berjumpa
gwa tahu dimana 
awal pagi ada sambal petai
tapi gwa tak mahu beri alamat
nanti jadi pop
nanti harga naik melambung
gwa tak sanggup datang lagi

kakak penjual kata
harga petai mahal
gwa faham


sahur ini bersama kawan kawan
menyambut pulang adam adli
dari persidangan hak asasi di geneva
sesudah membeli sambal petai
kami kemudian singgah
restoran tikus kecil
restoran ini  cool

restoran tikus kecil
memang tempat kami selalu bersahur
makanan masih demokratik harganya
kadang kadang kami bertemu
anak anak gadis yang baru habis bekerja
mereka cun dan bergetah
mungkin anak lelaki
mungkin anak perempuan
makin susah untuk dihafal
adam adli pulang dari geneva
dengan  keju dan coklat
belum di rasakan lagi
sayang  sekali
tak ada air anggur merah
kalau tidak cukup enak untuk bersahur


SELAMAT

 BERBUKA


------------

NAJIB BETUL SUWEY






KOMENTAR
lihat cara polis negara kapir bergerak
negara kapir tak ada agama
negara kapirt tak ada tuhan
negara kapir pengeluar wine 
negara kapirt pegeluar beer
dengan pantas melakukan siasatan
dengan pantas meredah masuk
dengan pantas rampas dokumen

bukan buat kenyaataan  akan disiasat
buka buat janji akan disiasat

tak ada kenyatan
tak ada menteri buat janji
terus bergerak

kerana apa?
kerana TIDAK mahu
penyakit rasuah ini merebak
dari negara islam malasia
ke negara kapir mereka

NOTA:
mustahil tak sedar
mustahil tak nampak



Polis Australia lancar serbuan susulan pendedahan penipuan hartanah Mara


Pihak berkuasa Australia melakukan beberapa serbuan di Melbourne susulan pendedahan akhbar The Age berhubung pembelian hartanah oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sana, yang didakwa dibeli menerusi satu komplot, lapor Sydney Morning Herald (SMH).

Menurut laporan itu, Polis Persekutuan Australia merampas beberapa komputer dan fail daripada kediaman Vermont South pagi ini, dan lebih banyak serbuan akan dibuat selepas ini.

Siasatan yang dinamakan "Operasi Carambola" itu bermula selepas akhbar Australia, The Age melaporkan pegawai “atasan” Mara, pegawai kanan dan bekas ahli politik didakwa menggunakan jutaan ringgit dana awam membeli sebuah blok pangsapuri di Melbourne menerusi satu penipuan hartanah.

 Laporan itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang sangat kaya" membayar lebihan A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi membeli sebuah pangsapuri di bandar raya itu pada 2013.


JENG JENG JENG
kah kah kah
kah kah kah
ini mesti nak malukan najib
ini mesti nak malukan malaysia
ini mesti kerja pembangkang
ini mesti kerja kuncu anwar ibarahim

ini mesti rancangan licik
yang jatuhkan kerjaaan
ini  mesti rancangan ajen asing
ini mesti rancangan israel
ini mesti nak malukan umat islam
ini mesti nak malukan pemimpin melayu
ini mesti nak hina raja melayu
ini nak rosakkan akidah orang melayu
ini kerja yahudi
kah kah kah

PADAN MUKA


------------

JUAL AGAMA








FACE BOOK

Wanji Wanhussin Wanji

13 hrs · 
 

Ayyak!!!!

Zairi Zakria patutnya tambah skit lg.."diperbuat drpd benang yg dibaca 30 juzuk AlQuran"..
7 hrs · Like · 7


DUA PERNIAGAAN
 PALING TUA
satu jual agama
cuba teka satu lagi apa


KAH KAH KAH
woit
kenapa tak mintak
number ekor
beli number
menang jadi kaya
bila kaya tak payah
jual baju

KAH KAH KAH

---------------

HAKIM MAHKAMAH SYARIAH DIPENJARA






KOMENTAR

apa makna berita ini?

lihat dan saksikan
baca dan fahami berita ini

maknanya RASUAH
telah menular luas
rasuah telah merebak
hingga ke mahkamah syariah
hakim mahkamah tinggi syariah
didapati makan rasuah

tidak dapat dibayangkan
bagaiaman di mahkamah rendah


Bekas hakim syariah beraya di penjara

Bekas hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak Hassan Basri Shafie akan menghabiskan waktu di penjara sepanjang Aidilfitri ini.

Pagi ini, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun ke atasnya kerana rasuah.  

Hassan Basri, 61, yang gagal dalam rayuan terakhirnya untuk mengetepikan sabitan terhadap tujuh tuduhan rasuah, dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman.   

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusi Hakim  Mohtaruddin Baki sebulat suara menolak rayuan Hassan Basri atas sabitannya setelah mendapati sabitan itu adalah wajar.  

Mahkamah juga mengekalkan denda RM210,000 dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen.

Hassan Basri bagaimanpun, berjaya dalam rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara dari 10 tahun kepada enam.  

Panel yang turut dianggotai hakim-hakim  Tengku Maimun Tuan Mat dan i Zakaria Sam mengekalkan hukuman penjara antara satu dan lima tahun tetapi mengarahkan Hassan Basri menjalani hukuman serentak, bukan secara berturut-turut.  

Hassan Basri, yang kelihatan tenang bila mahkamah menyampaikan keputusan, diarah memulakan hukumannya hari ini oleh kerana beliau diikat jamin RM105,000 dengan dua penjamin, ketika menunggu pendengaran rayuannya di Mahkamah Rayuan.  

Beliau didakwa meminta dan menerima rasuah daripada dua orang berhubung dua perkahwinan tanpa mengikuti prosedur yang betul, dan bagi pengembalian wang jaminan berhubung pengambilan alkohol dan menggalakkan jenayah maksiat di beberapa lokasi di Perak antara 6 Ogos, 2006 dan 15 Ogos, 2007.

Mahkamah Sesyen di Ipoh mensabit dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi tuduhan pada 14 Dis, 2010.

Hassan Basri gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Beliau dipercayai hakim Syariah pertama dihukum kerana rasuah. Hassan Basri diwakili peguam-peguam Afifuddin Ahmad Hafifi dan  Salehuddin Saidin.

Salehuddin berhujah hukuman penjara itu agak melampau dan menggesa mahkamah mengurangkannya.  

Timbalan Pendakwa Raya Saiful Hazmi Mohd Saad dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagaimanapun meminta mahkamah mengambil kira tingkah laku Hassan Basri bila beliau berkata, "Habislah kena tangkap, minta tolong" kepada pegawai yang menangkapnya bila ditahan.


KAH KAH KAH
woit
inilah muka
yang selalu tangkap anak muda
yang selalu hantar anak muda
yang dituduh khalwat
inilah muka yang ngaku
menjadi wakil tuhan
inilah muka
yang ngaku boleh online denmgan allh

PADAN MUKA
----------------

PERCUBAAN NAK SELAMATKAN ZOMBI







KOMENTAR
dipinda?
dipinda macam mana?
siapa yang kata dokumen dipinda
siapa yang kata e-mail dipinda

yang kata dipinda
ialah petrosaudi
bukan keputusan mahkamh siam
ini syarikat yang rembat duit 1MDB
ini syarikat yang kerja dengan jho low

masih timbul soalan:
selama kini kenapa tak cakap
selama kini kenapa tak tuduh
selama kini kenapam tak bising
mengatakan bahawa dokumen dipinda
mengatakan bahawa e-mail dipinda
mengatakan bahawa data dipinda

kenapa?
why
pourquoi
Y

jelas ini adalah satu percubaan
untuk selamatkan najib
satu percubaan untuk
bersih keterlibatan najib
dalam merembat duit 1MDB




NOTA
kita tunggu
apa yang akan meletup
bila bicara bermula

Meminda e-mel,


 dokumen  bocor


Polis Thailand tangkap dan dakwa warga Switzerland Xavier Andre KUALA LUMPUR 24 Jun - Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menegaskan, sebahagian e-mel dan dokumen yang bocor seperti disiarkan dalam sebuah blog, Sarawak Report sebelum ini didapati telah dipinda.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/utama#sthash.fu63bYI8.dpuf


KAH KAH KAH
woit
sekarang baru nak cakap
sekarang baru sedar
sekarang baru tahu
kah kah kah
ini betul kaki putar
ini betul kaki kuntau
ini betul mat tojeng
ini betul mat lengit 

PUNDAK WAKRAK

--------------

PUTAR BELIT APA







Annuar: PM lulus urusan beli hartanah MARAZulaikha Zulkifli | 11:43AM Jun 24
dikemaskini 3.10pmKatanya, MARA tak tahu bayaran lebih RM13.7 juta beli Dudley House.


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Annuar Musa berkata pembelian sebuah blok apartmen di Melbourne, Australia dilakukan mengikut prosedur dan mendapat kelulusan Perdana Menteri  Najib Razak.






KAH KAH KAH
woit
apa najib nak cakap
apa najib nak daleh
apa najib nak tipu
semua jual beli di australia
dapat kelulusan PM
siapa PM?
kalau rosmah PM
memang sah najib tak tahu
kah kah kah

SIAPA PM?




------------------

JELAS DAN TERANG




Kenyataan pengerusi Mara diputar-belit, kata PM


Najib Razak kecewa kenyataan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Annuar Musa berhubung pembelian hartanah di Melbourne, Australia diputarbelitkan sesetengah media.

Najib menjelaskan keputusan mengenai pembelian hartanah itu dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.

"Saya kecewa bahawa kenyataan  Annuar Musa diputar-belit oleh sesetengah media. Keputusan hanya dibuat secara konsensus oleh Majlis Ekonomi.


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
putar belit pulaaaaak
kah kah kah
apa yang annuar musa cakap
amat jelas dan terang
annuar suara jujur
suara pengerusi mara

annuar musa kata 
najib tahu semua keputusan
jual beli  harta di melbourne 
najib tahu kerana dia pm
annuar musa nak tipu apa
nak putar belit apa pulak
kah kah kah
dah kantoi  tuduh putar belit

CUKUP SUWEY



----------------

MELAYU KENA TIPU LAGI







SKANDAL PEMBELIAN HARTANAH MARA: SIAPA DAN BERAPA NILAI ATAU JUMLAH HARTANAH YANG TERLIBAT?
Pendedahan eksklusif yang dibuat oleh akhbar Australia The Age yang bertajuk “Corrupt Malaysia money distorts Melbourne market” bukan sahaja memalukan nama baik Malaysia tetapi juga menimbulkan persoalan integriti dan sejauh mana wang amanah rakyat MARA disalahgunakan.
Menurut laporan tersebut, pembelian hartanah The Dudley yang sepatunya berlaku pada harga RM51.5 juta telah dibeli pada harga RM 65.4 juta yang mana lebihan RM 13.8 juta daripada nilai sebenar telah diselewengkan.
Siasatan yang dijalankan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) terhadap syarikat Thrushcross Land Holding Ltd yang disyaki terlibat dalam transaksi ini mengesahkan bahawa syarikat ini telah didaftarkan di Kepulauan British Virgin (rujuk lampiran). Thrushcross dipercayai dikawal oleh MARA melalui anak syarikat iaitu MARA Inc yang mana salah seorang pengarah utama Thrushcross adalah  Mohammad Lan Allani iaitu pengerusi MARA Inc.
Mohammad Lan Allani adalah seorang pemimpin Barisan Nasional yang merupakan bekas ADUN Sulabayan yang terletak dalam Parlimen Semporna selama dua penggal dan juga bekas pengerusi Kelab Backbenchers Sabah.
Ini menimbulkan pelbagai kecurigaan dan tanda tanya tentang bagaimana wang amanah rakyat terlibat dalam skandal ini.
1.      Mengapa syarikat yang terlibat dalam urusniaga ini iaitu Thrushcross Land Holding Ltd didaftarkan di Kepulauan British Virgin yang terkenal sebagai destinasi untuk berlindung dari cukai? Mengapa ianya tidak didaftarkan terus di Malaysia atau Australia?
2.      Selain daripada The Dudley, benarkah MARA melalui MARA Inc juga dikatakan telah mengadakan pembelian tiga lagi hartanah di Australia iaitu 746 Swanston Street, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street?
3.      Dan jika benar, adakah jumlah urusniaga 4 hartanah ini menelan belanja RM 244.47 juta dan adakah kesemua urusniaga ini dijalankan pada harga munasabah atau pada harga yang dinaikkan?
Persoalan-persoalan yang dikemukakan ini diharap dapat membantu merungkaikan tuduhan berat yang dilemparkan oleh The Age.
Kami juga menyambut baik komitmen yang diberikan oleh  Najib Razak untuk menyiasat skandal pembelian hartanah oleh MARA.
Sekiranya tuduhan penyelewengan dalam pembelian The Dudley mempunyai asas, Perdana Menteri perlu mengarahkan siasatan menyeluruh termasuk pembelian hartanah-hartanah yang lain yang secara keseluruhannya melibatkan ratusan juta ringgit wang amanah rakyat.
24 JUN 2015
MOHD RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan
Pengarah




--------------