Selasa, 18 Ogos 2020

GOYANG DAH BERGOYANG






GOYANG DAH

BERGOYANG


WAJIB BACA DAN FIKIR






WAJIB BACA

DAN FIKIR

Loke cadang bincang gencatan 

politik demi kestabilan negara

Dengan majoriti tipis di Dewan Rakyat yang dipegang kerajaan Perikatan Nasional untuk menguasai kerajaan pusat, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mencadangkan agar Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan rundingan dengan semua parti politik di Dewan Rakyat untuk memastikan kestabilan politik.

Loke berkata, ia akan memberi keyakinan kepada pelabur dan perniagaan, selain membolehkan kerajaan menumpukan usaha menangani Covid-19 dan menghidupkan semula ekonomi.

Rundingan seperti juga itu, katanya, dapat mengelak risiko kemungkinan mengadakan pilihan raya umum mengejut yang akan menelan kos perbelanjaan besar dan berdepan risiko meningkatkan penularan Covid-19.

"Sekiranya Muhyiddin memiliki keberanian atau berjiwa besar, dia sekurang-kurangnya harus mengumpulkan semua pemimpin politik untuk duduk berbincang... untuk melihat apakah kita dapat menemukan formula, sebuah konsensus, di mana kita dapat mengetepikan politik sementara waktu dan fokus pada bagaimana kita menghadapi pandemik dan mentadbir negara ini,” tambah Loke.


Bekas menteri pengangkutan itu berkata demikian di sebuah forum pada hari Ahad yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Bagaimanapun, Loke berkata pandangan itu adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya menggambarkan pendirian DAP.

Pada forum itu, Loke menggariskan beberapa kemungkinan hasil dari undian mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan runtukan Belanja Yang Diperuntukkan) 2020, termasuk kemungkinan RUU itu tidak akan diluluskan dan menyebabkan Muhyiddin akan digesa untuk berundur.

Sekiranya tiada pengganti yang mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen, pilihan raya akan diadakan, kata Loke.

Untuk rekod, rang undang-undang itu diluluskan di Dewan Rakyat dengan margin tipis iaitu 111 undi menyokong berbanding 106 tidak bersetuju. Lima Ahli Parlimen tidak hadir semasa pengundian.

Sementara itu, Loke mengatakan bahawa perbincangan yang dicadangkannya itu tidak semestinya untuk pembentukan gabungan kerajaan baru, dan mengakui bahawa gabungan seperti itu tidak akan dapat dipertahankan apabila mengambil kira sejara Muhyiddin dengan Pakatan Harapan (PH).

Sebaliknya, tambah Loke, parti-parti politik boleh bekerjasama dengan kerajaan tanpa menyertai gabungan kerajaan, tertakluk pada syarat-syarat yang harus ditetapkan dalam rundigan itu.

Loke berkata, ia biasa dilakukan di negara-negara demokratik dan menyebut New Zealand sebagai contoh, di mana Green Party New Zealand dan lapan anggota parlimennya bersetuju untuk menyokong gabungan Labor-NZ First sebagai pertukaran untuk beberapa persetujuan.

"Walaupun kita tidak menerima kerajaan ini, setidaknya kita harus memastikan kerajaan tetap berfungsi karena masalah terbesar sekarang adalah kurangnya kestabilan politik yang menyebabkan banyak masalah lain," tambah anggota parlimen Seremban itu.


DEMI NEGARA

UNTUK KITA

SEMUA ANAK

SEMUA BANGSA

AMIN

BIK MAMA RATU RINGGIT







SUHARTO 

ADA IBU

TIEN PERSEN

KAH KAH KAH

NAJIB PUN 

ADA IBU

TEN PERSEN

KAH KAH KAH

Sumbangan politik yang ditawar kepada Rosmah adalah untuk Najib

MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsudin berhasrat memberi sumbangan politik kepada Najib Razak sebagai tanda penghargaan berikutan kejayaan syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak daripada Kementerian Pendidikan (KPM).  

Memandangkan Najib merupakan seorang individu yang sibuk, saksi pendakwaan ke-17 itu sebaliknya memutuskan untuk memberi sumbangan berkenaan melalui isteri bekas perdana menteri itu Rosmah Mansor dan hasrat itu disampaikan kepada bekas pembantu Rosmah, Rizal Mansor.

Saidi, 61, yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Rosmah, 68, berhubung projek tenaga solar itu, juga bersetuju dengan peguam Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Rosmah, bahawa sumbangan politik tersebut diberikan untuk kestabilan politik Barisan Nasional (BN) dan Umno.

“Sebagai tanda penghargaan atas minit (bekas) perdana menteri pada 1 Dis 2015 yang meluluskan projek solar, kamu ingin buat sumbangan politik itu untuk kestabilan politik BN dan Umno,” kata Akberdin dan saksi itu menjawab “ya, betul.”

“Selepas sampaikan niat kamu kepada Rizal, kamu minta dia aturkan pertemuan dengan Rosmah,” kata Akberdin dan saksi itu menjawab “betul”.

 “Selepas itu dan sebelum melawat kediaman perdana menteri, kamu bincang dengan Rizal dan nyatakan hasrat kamu untuk beri 10 peratus sumbangan politik daripada nilai projek solar tersebut,” kata Akberdin dan Saidi menjawab “betul”.

Saksi pendakwaan itu memberi keterangan pada perbicaraan kes Rosmah yang berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan RM6.5 juta daripada beliau (Saidi), menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada KPM.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.

Najib merupakan presiden Umno dan pengerusi BN sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 yang menyaksikan pimpinan kerajaan pusat bertukar tangan kepada Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, Saidi, yang mengesahkan telah meletak jawatan sebagai pengarah urusan Jepak Holdings dan menjual sahamnya di syarikat itu, turut ditanya Akberdin mengenai reaksi Rosmah selepas beliau menyatakan hasratnya untuk memberi sumbangan politik tersebut di kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta antara Januari dan Februari 2016.

Akberdin: Selepas buat tawaran itu (sumbangan politik 10 peratus), Rosmah seperti tergamam sedikit kerana mendapat tawaran 10 peratus daripada orang yang beliau tidak kenal.

Saidi: Tidak, beliau tidak terkejut, macam biasa sahaja.

Akberdin: Ini arahan anak guam saya, selepas kamu luahkan niat kamu untuk beri 10 peratus itu, sebenarnya beliau (Rosmah) sedikit terkejut sebab beliau tidak pernah kenal kamu secara peribadi sebelum ini.

Saidi: Tidak, (Rosmah) macam biasa sahaja.

Akberdin: Selepas tawaran dibuat, Rosmah tidak jawab dan berkata dia terima, dia diam sahaja.

Saidi: Dia hanya ‘hemm’, macam itu.

Akberdin: Rosmah juga tidak buat sebarang tawar-menawar (berhubung sumbangan politik), beliau tidak minta 10 peratus dinaikkan kepada 15 peratus.

Saidi: Betul.

Akberdin: Sebelum ini timbalan pendakwa raya Gopal Sri Ram ada bertanya bila kamu tawarkan 10 peratus adakah Rosmah tolak serta suruh kamu keluar dan kamu jawab tidak ada, setuju atau tidak Rosmah juga tidak pernah kata beliau “terima” ketika itu.

Saidi: Dia (Rosmah) diam.

Dalam keterangannya sebelum ini, Saidi, yang juga saksi penting pendakwaan ketika membacakan penyataan saksi, berkata beliau telah menyerahkan RM6.5 juta seperti yang telah dijanjikan kepada Rosmah untuk sumbangan politik

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.  – Bernama, 18 Ogos, 2020.


BELOT SAMBIL

BERAMAL

AMIN

BACA TT MACAM NONTON RESERVOIR DOG







BACA TT MACAM

MENONTON 

RESERVOIR DOGS

SAMBUNG SENDIRI
Mula2 SD, pastu pau, pastu tangga, pastu pisang terjulur, pastu janda baik sekarang ni goyang pulak. Main serkap jarang pastu kata kena tahu cara baca tukar tiup. Cara baca bukan tukar tiup ialah baca menurut fucta bukan main terjah2 je. Utusan nampak dah separuh mulia dari lu la. 
on 
GOYANG INDO
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:43

X do pae

DUIT POLITIK UNDI







DUIT POLITIK UNDI

BACA DISINI:



SukaBalas11h
Brotore Saynoe
pandai britsh. datang tempat orang, buka ladang ternakan. bawa masuk ternakan dari timur & panggil org tempatan jadi gembalanya.

hari ini ternakan itu sudah membiak semakin banyak, gemuk & liar. british pula sudah balik, duduk goyang kaki & selesa kira untung...

gembalanya pula sudah kurus melepek & stress. kerjanya makin sibuk tapi makan makin kurang. apa taknya? makanannya selalu dimakan ternakan yg ceroboh & meroboh pagar ladang...

ya mudah-mudahan...semoga gembala itu tak diternak & dimakan oleh ternakan itu..
.
SukaBalas1h
Brotore Saynoe
ternakan itulah gog & magog. ternakan kapitalis yg diasuh & dibesarkan supaya rosak lagi merosakan segala yg disentuh & tempat yg dilaluinya...

air simbolik kpd simbiosis keberadaan ekosistem pencipta, alam & manusia...habis kering mereka minum. yg tertinggal pula sudah diracuni.

mereka tiada nilai & norma hidup ketuhanan yg tunggal & beriman kpd pekara yg ghaib. hidup mereka berhalakan fengshui duit saja. mereka lebih kenal & takut hantu dari tuhan...walaupun ada yg mengaku mengikut ajaran isa al-maseh..

menggembala mereka tidak mudah. mazhab superpower dajjal versi usa mahupun toreqah commonwealth versi uk...keduanya tak mampu membendung kerakusan mereka. bahkan usa & uk sudah lemas tersepit haus & lapar diasak mereka...

kpd para gembala...ternakan kamu itu tak salah. gog & magong juga tak salah. yg salah ialah fahamnya & sikap mereka serta cara kamu mengembala mereka...

mereka perlu diajar & diasuh dgn keseimbangan pegangan nilai & norma hidup berasaskan material dgn nilai & norma kasih sayang tuhan yg ghaib. nikahilah anak perempuan mereka. perangilah anak lelaki mereka dgn ketegasan pedang syariat pengharaman arak, judi & maksiat... selebihnya serahkan kpd petunjuk...

sekian. majulah sukan otak utk negara akhirat...

SEMUA SUDAH BOCOR




SAKSI JUJUR

Sumbangan politik yang ditawar kepada Rosmah adalah untuk Najib



BERITA MENYUSUL





JANGAN BUAT SILAP






JANGAN SILAP

TEMPAT
BILA BUAT TEMPAHAN
 PENGINAPAN
PASTIKAN TEMPAT YANG TEPAT
NAMA BUNYINYA SAMA
TAPI AWAS
TEMPAT ASING ASING


INI HOLIDAY VILLA
DI JOHOR BAHRU


INI HOLIDAY VILLA
DI SUBANG


INI KUEH 
GOYANG



JANGAN BUAT SILAP






JANGAN SILAP

KENALI 
BUNYI NAMA 
MUNGKIN AMA
TAPI BADAN LAIN LAIN


INI TALIPON BIMBIT 
BLACKBERRY


INI BUAH 
BLACKBERRY

INI KUEH 
GOYANG

BERGOYANG





BERGOYANG
Goyang RM300.00? 
on 
GOYANG 
BERGOYANG
Publish | Delete | Spam
HALIMI MN
on 18/08/20

Do

HOTEL TARIK JANTAN







FAKTA 

BUKAN AUTA
BERITA MENARIK
UNTUK WARGA YANG TINGGAL
DI KUALA LUMPUR 
MUNGKIN RAMAI TIDAK SEDAR
RUPA RUPANYA
DI KUALA LUMPUR INI
ADA HOTEL KHAS
UNTUK TARIK JANTAN
NAMANYA
PULLMAN HOTEL
AMIN





APA DIA 300








APA DIA

300
300 adalah filem aksi epik Amerika 2006  berdasarkan siri komik 1998 dengan nama yang sama oleh Frank Miller dan Lynn Varley. Kedua-duanya adalah rekaan semula dari Pertempuran Thermopylae dalam Perang Parsi. 

Filem ini ditulis bersama dan diarahkan oleh Zack Snyder, sementara Miller berperanan sebagai pengeluar dan perunding eksekutif. Ini difilemkan kebanyakannya dengan teknik kunci chroma superimposisi, untuk membantu meniru citra buku komik yang asli.

HANYA 300 SAHAJA





300 DALAM 
BAHASA INGGRIS

THREE HUNDREDS

KHALAS

BUKAN BIK MAMA





PALSU
GEMPA INI TIDAK ADA
SANGKUT PAUT DENGAN
BIK MAMA

JANGAN GOYANG
KAH KAH KAH

Gempa bumi 6.6 skala Richter melanda Filipina


MANILA – Gempa berkekuatan dengan kekuatan 6.6 skala Richter melanda wilayah Samar di timur Filipina, kata Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC).

Bencana itu merosakkan beberapa rumah dan harta benda di sebuah komuniti pesisir.




GOYANG JANGAN

TAK GOYANG

APA DIA 300






APA DIA

300 ?





GOYANG INDO






INDO GOYANG 
SD perlakuan tahun 2013 telah bergoyang? 
Siapa dia musibat tu? 
on 
GOYANG 
BERGOYANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 18/08/20

M

NEGARA EROPAH TERUS DISERANG





NEGARA EROPAH

TERUS DISERANG

Sembilan belas negara Eropah telah melintasi ambang utama jangkitan koronavirus baru, dengan angka Sepanyol sangat membimbangkan.

Menurut data dari Pusat Pencegahan dan Pengendalian Penyakit Eropah, negara-negara tersebut telah mencatatkan jumlah jangkitan kumulatif 14 hari lebih tinggi daripada 20 per 100,000 penduduk, yang dianggap sebagai tahap bahaya awal oleh banyak pakar kesihatan.

Luxembourg dan Sepanyol telah melaporkan lebih dari 100 kes baru per 100.000 orang dalam dua minggu terakhir, angka tersebut menunjukkan, dengan Malta mencatat lebih dari 80, Belgia lebih dari 60, dan Perancis dan Belanda lebih dari 40. Inggeris mempunyai 20.7.

Sepanyol melaporkan pada hari Isnin sebanyak 1.833 jangkitan baru dalam 24 jam terakhir, menjadikan jumlah tujuh hari menjadi 32,329. Angka harian yang diberikan oleh kementerian kesihatan lebih rendah daripada catatan pasca-lockdown pada hari Jumaat pada 2,987, tetapi statistik jangkitan di banyak negara Eropah sering merosot pada hari Isnin kerana diagnosis dan melaporkan kelewatan pada hari Ahad.


AWAS

BERHATI HATI

INTIPAN PENINDASAN TEKNOLOJI












INTIPAN 

PENINDASAN

TEKNOLOJI

TERUS LAWAN NAJIB







PARTI NI

BELUM DAFTAR

DAH RAMAI

NAK MASUK

AMIN

TAPI KALAU 

TAK DAPAT DAFTAR

APA JADI ?

Lebih ramai akan sertai parti Dr Mahathir selepas dipecat Bersatu

KALANGAN ahli dan pemimpin Bersatu yang dipecat sejurus sebelum pemilihan berlangsung minggu ini bertekad untuk menyertai parti baharu diasaskan bekas pengerusi mereka Dr Mahathir Mohamad.

Bekas ahli ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka akan bertindak demikian demi memperjuangkan prinsip asal parti itu iaitu menentang kerajaan kleptokrat.

Salah seorang daripadanya, Sani Azrin Mohamad Saleh berkata beliau akan membawa ratusan pengikut dalam Bersatu Permatang Pauh yang dipimpinnya ke parti Dr Mahathir, Pejuang.

“Saya tidak akan merayu malah bersedia untuk sertai Pejuang yang diasaskan Dr Mahathir. Selagi Dr Mahathir berjuang dengan prinsip asal Bersatu, saya dan rakan-rakan akan turut serta bersama beliau,” katanya.

Tambah Sani, beliau menjangkakan 300 ahli bahagian Permatang Pauh turut akan bersama beliau menyertai parti baharu Dr Mahathir.

“Gerakan di Permatang Pauh sudah dimulakan. Kita tidak berkempen secara besar-besaran. Kita hanya jumpa secara individu untuk bersama Pejuang.

“Saya yakin ramai akan sertai Pejuang kerana ahli Bersatu sertai parti ini kerana Tun M bukan Muhyiddin Yassin,” jelas ahli perniagaan itu.

Katanya, beliau hanya mengetahui mengenai pemecatannya melalui akhbar pada Sabtu lalu apabila Bersatu menyiarkan nama beliau bersama 281 pemimpin lain yang dipecat daripada parti.

“Rasa macam penjenayah pula apabila nama kita dipecat melalui pengumuman di akhbar. Saya sendiri tak dapat sebarang notis sama ada dari emel atau surat,” katanya.

Sani berkata sejak Bersatu mengumumkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan (PH) beliau sudah mula tawar hati terhadap pimpinan parti.

Jelasnya, beliau kecewa dengan tindakan Muhyiddin yang memungkiri mandat diberikat pengundi dalam PRU14.

“Muhyiddin sebagai presiden bukan mengkhianati Dr Mahathir dan ahli Bersatu tetapi beliau khianati undi rakyat.

“Rakyat mengambil cuti pulang ke kampung, guna duit sendiri untuk mengundi PH tetapi akhirnya Muhyiddin melompat bersama Umno dan PAS,” kata penggerak awal Bersatu Permatang Pauh itu.

Seorang lagi yang dilucut keahlian, Mohd Salman Mohd Sollehuddin Mohan berkata beliau mahu berhijrah kerana yakin parti Pejuang akan mendapat sokongan.

Bekas ketua Armada Bahagian Kulim Bandar Baharu itu juga akan membawa ahli dari bahagiannya ke parti Dr Mahathir yang menurutnya semakin mendapat sokongan.

“Kita tetap dengan prinsip awal Bersatu, kini saya dan rakan-rakan di Kulim Bandar Baharu akan sertai parti Pejuang bersama Dr Mahathir.

“Kita dalam proses untuk bawa ramai ahli bersatu di kulim sertai Pejuang, semalam pun semua ahli jawatankuasa Bersatu bahagian Kulim letak jawatan.

“Dalam 50 orang bersedia untuk sertai Bersatu, gerakan untuk kumpul ahli lebih ramai pun sudah dimulakan,” katanya yang dipecat bersama ketua bahagian tersebut Azimi Daim.

Tambah Salman, beliau menjangka lebih ramai akan menyertai Pejuang untuk membantah tindakan Muhyiddin Yassin membawa Bersatu menyertai Muafakat Nasional (MN).

Langkah itu juga akan mengalih sokongan pengundi, katanya lagi.

“Saya jangkakan ramai pengundi yang sokong Bersatu semasa pilihan raya lalu akan lari menyokong Pejuang.

“Kita sendri boleh tengok hari-hari ada bahagian dan cawangan yang umum keluar Bersatu

“Itulah kesan apabila buat keputusan tanpa merujuk pandangam akar umbi,” katanya.

Pengumuman mengenai pemecatan 282 ahli tersebut, yang didakwa dibuat kerana kesalahan melanggar perlembagaan parti, disiarkan Bersatu dalam beberapa akhbar.

Antara yang dipecat Adun Batang Kali Harumaini Omar, Adun Jeram Shaid Rosli dan Adun Kuang Sallehudin Amiruddin.

Turut dipecat Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, salah seorang daripada tujuh ahli pengasas Bersatu dan salah seorang pemimpin sayap pemuda, Ulya Aqamah Husamuddin.

Tiga pencabar dalam pemilihan jawatan ketua Wanita juga dipecat – Azlina Mehtab Mohd Ishak, Izza Ismail dan Zuhuraina Makmur.

Masing-masing merupakan ketua Bersatu Kepala Batas, timbalan ketua penerangan Wanita dan ketua Wanita Kuala Langat.

Seorang lagi penggerak Bersatu yang dipecat, Arman Putera Asmuni berkata semua rakannya di bahagiannya di Bangi akan menyertai Pejuang.

Calon untuk pemilihan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi itu berkata beliau sudah menarik diri kerana melihat tatacara pemilihan itu tidak dijalankan dengan betul.

“Sehari selepas Muhyiddin diumum pengerusi dan Ahmad Faizal Azumu sebagai timbalannya, saya menghantar borang penarikan diri daripada pencalonan ahli MPT  kerana tidak percaya kelolaan pemilihan dibawah Jawantankuasa Pemilihan oleh Pengerusi Syed Hamid Albar,” katanya.

Beliau kini bersedia untuk menyertai Pejuang dan menawarkan diri untuk menggerakkan parti itu di mana-mana kawasan.

“Semua bekas ahli di Bangi juga akan sertai Bersatu malah ada sebilangan ahli yang kecewa nama mereka tidak disenaraikan (dalam notis pemecatan) Sabtu lalu,

“Jika parti Umno untuk orang Melayu, PAS untuk Islam, parti Pejuang pula untuk yang sentiasa berjuang” katanya.

Rabu lepas, Mahathir mengumumkan nama parti baharunya – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang menurutnya ditubuhkan untuk melawan rasuah dan politik wang.

Beliau bersama lima lagi ahli Parlimen, anaknya Mukhriz (Jerlun), Marzuki Yahya (Tasek Gelugor), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu).

Tindakan itu dibuat selepas mereka gagal mencabar keputusan Muhyiddin menggugurkan keahlian dalam Bersatu.

Susulan itu, beberapa pemimpin bahagian dan mengumumkan keluar parti seperti di Tanjong Karang, Pagoh, Alor Setar dan Langkawi. – 18 Ogos, 2020.


GAGAL DAFTAR

BOLEH  PAKAI

RUMAH LAIN

DULU 

AMIN

PAKAI RUMAH

AMANAH

PASTI SELAMAT

AMIN

KUASA DUIT








KUASA DUIT
China merah ada duit, siapa ada duit, dia akan menguasai dunia, mudah saja tukar tiub, awak sendiri kata semuanya berpaksikan duit, bossku dapat sokongan sebab apa, sebab dia miskin atau sebab dia ada duit hasil rompakan? kah kah kah
 on 
HUBAYA HUBAYA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/08/20

S

TINGKAT EMPAT APA JADI





TINGKAT EMPAT

APA JADI
kah kah bagi lah orang lain pulak asyik geng penyamun saja, tingkat empat apa cerita ? masih ada ? atau sudah sewa dekat Muhyiddin? kah kah kah politik sampah sampai seluruh rakyat disampaikan kah kah 
on 
KJ KENA TENDANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/08/20

C

BERITA AMAT PELIK





BETUL KE NI ?

Lebih ramai akan sertai parti Dr Mahathir selepas dipecat Bersatu


BERITA MENYUSUL



SEBELUM KE SUNGAI BULUH







SEBELUM 

KE SUNGAI BULUH
AYAH MENYAMUN, EMAK MENCURI, ANAK MERAGUT, MENANTU MENIPU, BESAN MENCOPET... and they lived happily ever after.
 on
 SEMUA JADI KENG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 18/08/20

M

BARU SEDAR







BARU SEDAR
Kahkahkah padan muka malikul sembab dibuli umno. Ni semua gara2 sailang jawatan PM dari madey. Sanggup berjimak dgn parti penyamun sebab nak jadi PM. Lebih baik malikul deal dgn abam sebab madey taknak malikul sembab, jemin dan mak lampir pula sila rujuk dgn madey. 
Madey dan abam boleh la bergabung lagi sekali dgn pakatan politik masing2. Tu jer yg boleh terus benamkan parti gerombolan ketuanan melayu. Boleh la boleh tengok najib merengkok dlm jel kahkahkah. 
on 
BERAT AMAT BERAT
 PADA MUHYIDDIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 18/08/20

M

ABAH SELAMAT ATOK SAKIT ATI








ABAH SELAMAT

ATOK SAKIT ATI
Abah selamat maka betambah la sakit ati atok adanyaa.. Selesai undi parlimen atok memegang dada yang benapas kencang menahan marah.. TT pon ape kurang dah abis cara nak jatuhkan muidin yang kedua selepas nuar.. Atok, andaikata atok telah tiada, tolong wasiatkan TT kepada mukriz untuk dijaga ye atok 
on 
MUHYIDDIN SELAMAT
Publish | Delete | Spam
Kulop Azman
on 17/08/20

kah