Sabtu, 4 Mac 2023

POLITIK BARU EROPAH


WARGA EROPAH

ANTI PERANG

ANTI AMERIKA

ANTI NATO

KHALAS

FBI MASIH CARI JO LO


FBI grilled Leonardo DiCaprio over ties to Malaysian fugitive financier – report

Files show actor had relationship with Jho Low, on the run over links to 1MDB scandal, and Kim Kardashian was also interviewed




FBI menghina Leonardo DiCaprio berhubung kaitan dengan pembiaya buruan Malaysia 

Fail menunjukkan pelakon mempunyai hubungan dengan Jho Low, diburu pautan kepada skandal 1MDB, dan Kim Kardashian turut ditemu bual.

Butiran baharu telah muncul mengenai hubungan pelakon Leonardo DiCaprio dengan Jho Low, pembiaya Malaysia yang kini menjadi buruan pihak berkuasa antarabangsa berhubung kaitannya dengan salah satu skandal rasuah terbesar di dunia.


Pada hari Khamis, Bloomberg mendedahkan butiran yang tidak didedahkan sebelum ini daripada dokumen FBI di mana pihak berkuasa menemu bual DiCaprio pada 2018 mengenai hubungannya dengan Low, yang dituduh terlibat dalam skim pengubahan wang haram lebih $4.5 bilion yang disedut daripada dana pelaburan negara Malaysia, yang juga dikenali sebagai 1MDB.

DiCaprio bertemu Low di sebuah kelab malam pada 2010 dan terus menjalinkan hubungan rapat, menurut laporan itu.


“Saya bekerja untuknya … dan perniagaan itu juga diterjemahkan menjadi sosial. Jadi kami lebih melihat satu sama lain, dan terdapat lebih banyak interaksi,” kata DiCaprio kepada juri besar, menurut laporan itu.


Kedua-duanya pada satu ketika membincangkan idea untuk dana mega $1bn untuk lebih banyak pembikinan filem, serta taman tema Warner Bros di Asia dengan tunggangan berdasarkan filem DiCaprio. DiCaprio dan Low turut membincangkan pembangunan resort mesra alam di Belize

Menurut laporan itu, DiCaprio memperkenalkan Low sebagai "lelaki saya" manakala Low memanggil DiCaprio "L-Dogg". Kedua-duanya juga telah bertemu ibu masing-masing, kata laporan itu.


Selain Low membiayai filem The Wolf of Wall Street yang dicalonkan Oscar 2013, yang dibintangi DiCaprio, Low turut menghadiahkan DiCaprio dengan pelbagai hadiah mewah. Antaranya ialah patung Oscar Marlon Brandon bernilai $600,000, serta lukisan Jean-Michel Basquiat bernilai $9 juta, menurut laporan itu.


Menurut laporan New York Times 2018, DiCaprio mengembalikan hadiah tersebut kepada pihak berkuasa berikutan siasatan terhadap dakwaan Low menyedut berbilion dolar daripada dana Malaysia.


Dalam temu bualnya dengan FBI, DiCaprio berkata bahawa dia telah diberitahu bahawa kekayaan Low berasal dari "paus paus" yang tidak diketahui di Abu Dhabi, dan bahawa Low adalah "Mozart dunia perniagaan".


Laporan Bloomberg juga mendedahkan butiran daripada wawancara FBI dengan Kim Kardashian mengenai interaksinya dengan Low. Kardashian menceritakan kepada penyiasat bahawa dia pernah berjaga sehingga jam 5 pagi di kasino Las Vegas dengan Low, di mana dia menolak percubaannya untuk mengembalikan kemenangan bernilai $350,000.


“Apabila Kardashian pergi ke kaunter kasino untuk mengeluarkan cip, kami mengetahui bahawa dia mempunyai kira-kira $350,000 dalam bentuk cip. Kardashian diberi beg sampah penuh dengan $100 bil yang dianggarkan bernilai $250,000,” kata dokumen itu.


Pada 2021, Jabatan Kehakiman mendakwa Low, yang dipercayai bersembunyi di China, dengan "melobi saluran belakang" untuk mempengaruhi kerajaan supaya menggugurkan siasatan ke atasnya dan orang lain yang terlibat dalam skandal 1MDB.


FBI MASIH

CARI JO LO

AMIN

KENAPA PDRM

TAK TERUS

GELEDAH  

CHINA MERAH

UNTUK PULANGKAN

JO LOW

AMIN

CHINA MERAH

MASIH SIMPATI

DG NAJIB

ITU SEBAB

PILIHARA JO LO

AMIN

KHALAS

PEGAWAI BANK SUKA BURIT MELAYU KENA DENDA


Bekas jurubank Goldman diarah serah AS$44 juta tunai, 3.3 juta unit saham

SEBUAH mahkamah AS semalam mengarahkan bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner untuk menyerahkan AS$43.7 juta (RM643.2 juta) wang tunai dan 3.3 juta unit saham dalam syarikat minuman tenaga Celsius Holdings kerana penglibatannya dalam penyelewengan dana 1MDB, lapor Bloomberg.

Bekas ketua bahagian bank pelaburan Asia Tenggara itu mengaku bersalah pada 2018 atas pertuduhan penggubahan wang haram dan rasuah. Dia dituduh bersubahat untuk mencuri dana 1MDB dan menerima rasuah lebih AS$60 juta.  

Leissner adalah saksi pendakwaan dalam perbicaraan Roger Ng, seorang lagi bekas kakitangan Goldman yang terlibat dalam skandal antarabangsa itu. Ng berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun disebabkan peranannya yang disifatkan pendakwaan sebagai mustahak dalam konspirasi 1MDB.

Pada 2012 dan 2013, Goldman Sachs membantu menguruskan perjanjian bon untuk menjana AS$6.5 bilion untuk 1MDB. Pendakwaan berkata lebih AS$4 bilion telah dicuri oleh pegawai tertinggi kerajaan Malaysia dan kroni mereka. Jurubank di bank pelaburan AS pula membantu untuk penggubahan wang haram.

Pemilikan Celsius masih dalam pertikaian selepas Ng tahun lepas memfailkan saman menuduh Leissner “berulang kali menipu” untuk mencuri pelaburannya dalam syarikat itu.

Mahkamah semalam berkata saham Celsius itu berada di JPMorgan Chase & Co atas nama bekas isteri Leissner, Kimora Lee Simmons, menambah yang sesiapa sahaja yang mahu mencabar kepentingan perundangan dalam saham itu boleh memfailkan petisyen di mahkamah. – 4 Mac, 2023.

JANTAN KAPIR 
SUKA CIUM

BURIT MELAYU

NI KENA DENDA

KHALAS

MUSTAHIL NAJIB

AKAN LEPAS

AMIN

KALAU LEPAS 

BERMAKNA ADA

PUTAR ALAM

ADA DEAL

ADA JANJI

KHALAS

SANUSI PERLU JAWAB - TUNGGU 20 MAC



MB Kedah diarah fail pernyataan pembelaan kes saman Anwar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini mengarahkan Menteri Besar Kedah,  Muhammad Sanusi Md Nor, memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman fitnah yang difailkan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim, selewat-lewatnya 13 Februari ini.

Saman itu berhubung ucapan berbaur fitnah dalam satu kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun' yang didakwa mengaitkan Pengerusi Pakatan Harapan itu dengan perlakuan tidak bermoral.

Peguam  S N Nair yang mewakili Anwar berkata, mahkamah juga mengarahkan anak guamnya, memfailkan jawapan kepada pernyataan pembelaan selewat-lewatnya 13 Mac.

"Pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 20 Mac ini," katanya kepada Bernama selepas pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar V K Neethiya Nair secara dalam talian hari ini.


JENG JENG JENG

SANUSI KATA

ANWAR TAK

BERMORAL

KAH KAH KAH

KITA DENGAR

APA BUKTI SANUSI

AMIN 

KHALAS

KIAMAT CUACA


BANJIR

KIAMAT CUACA

KHALAS

SUPANGOR PULA DI LANDA BANJIR



Selangor negeri terbaru terjejas banjir

JUMLAH mangsa banjir yang dipindahkan di enam negeri yang terjejas banjir terus mencatatkan peningkatan membabitkan 40,922 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dengan Selangor menjadi negeri terbaharu dilanda bencana itu.

Di Johor, keadaan banjir dilihat semakin memburuk dengan jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat kepada 37,322 orang setakat 8 pagi ini berbanding 34,849 mangsa pada 8 malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan ia susulan pertambahan 13 PPS menjadikan 238 PPS beroperasi di sembilan daerah setakat ini.

Segamat kekal menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 13,358 orang daripada 3,921 keluarga ditempatkan di PPS, diikuti Batu Pahat 7,368 orang daripada 2,136 keluarga; Kluang melibatkan 5,288 mangsa (1,534 keluarga) dan Kota Tinggi 3,292 orang (882 keluarga).

Turut terjejas, Muar dengan 3,330 orang (969 keluarga); Tangkak 2,661 orang (754 keluarga); Johor Bahru dengan 699 orang (226 keluarga); Mersing 964 orang (280 keluarga) dan Pontian 362 orang (91 keluarga).

Sebanyak 15 sungai di Segamat, Muar, Tangkak, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi turut melepasi paras bahaya, termasuk Sungai Muar di Lubuk Kepong (Segamat) yang merekodkan bacaan 20.50 meter (m); Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (Batu Pahat) 20.18m dan Sungai Endau di Kampung Contoh (Kluang) 15.63m.

Di Pahang jumlah mangsa yang dipindahkan terus meningkat dengan 2,317 orang yang ditempatkan di 22 PPS pagi ini berbanding 2,186 orang di 21 PPS pada malam tadi.

Daerah Rompin kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 1,905 orang diikuti Temerloh (254 orang), Pekan (106 orang), Bera (29 orang) dan Maran (13 orang).

Sementara itu, 10 orang ditempatkan di sebuah PPS di Jerantut yang dibuka malam semalam atas faktor keselamatan ekoran kenaikan air Sungai Tekam dan Sungai Siam.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir juga meningkat daripada 204 orang (50 keluarga) pada 8 malam tadi, kepada 379 mangsa daripada 97 keluarga pagi ini.

Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan satu lagi PPS dibuka di Jasin sekitar 11.30 malam semalam berikutan berlakunya peningkatan mangsa banjir menjadikan keseluruhan sebanyak enam PPS yang beroperasi di dua daerah tersebut.

Selangor yang menjadi negeri terbaharu terjejas bencana itu, menyaksikan 107 mangsa daripada 24 keluarga dipindahkan ke dua PPS di Sungai Buloh dan Kuala Selangor.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan dan Bencana Negeri Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Selangor, PPS tersebut SK Merbau Sempak, Sungai Buloh dan Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Desa Coufield, Kuala Selangor.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 783 individu daripada 214 keluarga berbanding 867 individu daripada 235 keluarga di enam PPS setakat pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak, juga kekal 14 orang daripada lima keluarga setakat pagi ini dan ditempatkan di PPS Komplek Sukan Julau. – Bernama, 4 Mac, 2023.

KIAMAT CUACA

AKAN KERAP

SAMPAI

AMIN

WAJIB SENTIASA

BERSEDIA

KHALAS

BANJIR DI JOHOR


KIAMAT CUACA

AMIN

BANJIR DI JOHOR

AMIN

FBI CARI JO LO


F.B.I

TERUS CARI JO LO

KHALAS

FBI grilled Leonardo DiCaprio over ties to Malaysian fugitive financier – report



Files show actor had relationship with Jho Low, on the run over links to 1MDB scandal, and Kim Kardashian was also interviewed



BUMI MELAYU TAK PERLU FAKE NEWS



BUMI MELAYU

TAK PERLU

FAKE NEWS

KHALAS

Unknown commented on
 "GERMAN LU TAK 
SOKONG UKRAINE"

german adalah pemegang kunci ekonomi EU..tiada apa nak diherankan. ibarat lebai pas yg menonton porno german , ibarat pemimpin islam yg membeli mercedes buatan jerman seakan unta naik yg mahal dan pantas..nape la islam tidak turun di bumi melayu..

BALA MENIMPA JOHOR


BALA MENIMPA

JOHOR

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"CUACA BERUBAH - 
MANGSA BERTAMBAH"

banjir di johor adalah disebabkan dosa bangsa johor yg menghalang niat suci dan berahi para ulama PAS utk menyebarkan kebencian yg dinamakan kasih sayang..

TANDA KIAMAT CUACA


INI TANDA

KIAMAT CUACA

AMIN

KITA BANJIR

KENYA KEMARAU

BERPANJANGAN

KHALAS



ANWAR SAMAN YB PENDANG


Anwar saman Ahli Parlimen Pendang

KUALA LUMPUR: i Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Pendang,  Awang Hashim, yang didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap Perdana Menteri.

Saman itu difailkan oleh Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menerusi Tetuan SN Nair & Partners selaku plaintif dengan menamakan Awang sebagai defendan tunggal.

Awang dikatakan mengeluarkan kenyataan fitnah apabila mendakwa sikap pendendam Perdana Menteri berhubung pendakwaan terpilih lebih teruk berbanding ketika pentadbiran pimpinan  Dr Mahathir Mohamad.

Berdasarkan penyataan tuntutan, Anwar berkata, defendan dengan sengaja memfitnah walaupun plaintif sudah menafikan secara terbuka dan pada realitinya tidak mencampuri tugas serta kuasa agensi penguatkuasaan dan Jabatan Peguam Negara.


HEBAT

SAMAN JANGAN

TAK SAMAN

AMIN

SATU MALAYSIA

TUNNGU KES

SAMAN MB KEDAH

JENG JENG JENG

INI MENARIK

JENG JENG JENG

BILA KES

AKAN DIBUKA

JENG JENG JENG

KHALAS

PARTI PUTRA DIHINA



Ibrahim terkejut Hashim hina Putra

KUALA LUMPUR – Datuk Dr. Ibrahim Ali terkejut kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin memperlekehkan penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam parti Putra.

Presiden Putra itu menyifatkan kenyataan Hashim itu sebagai sombong, angkuh dan otak kayu apabila menghina Putra sebegitu rupa.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

LAWAK GILA

DARI DATUK

DOKTOR BRAIM

KAH KAH KAH

ULAMAK

OTAK KAYU

KAH KAH KAH

TAK PERNAH

DENGAR KONSEP

OTAK KAYU

KAH KAH KAH

BOLEH BUAT

KAYU HOKI KE?

KAH KAH KAH

TOK HENG INI

DOKTOR PANADOL

KE  ?

KAH KAH KAH

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

AMIN

PENIAGA KELAS BAWAHAN



Pelaksanaan wilayah bebas berniaga perlu dipertimbang semula – Persatuan peniaga


KUALA LUMPUR – Program Wilayah Bebas Berniaga (WBB) yang diperkenalkan pada November 2020 bagi membolehkan orang awam berniaga secara kecil-kecilan di kawasan yang sesuai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan perlu dipertimbangkan semula agar menepati matlamat sebenar.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, ini berikutan terdapat sebilangan peniaga dan penjaja didakwa mengambil kesempatan menjalankan perniagaan di lokasi yang tidak dibenarkan seperti di tepi jalan atau kaki lima sehingga menghalang lalu lintas.

“Ini sekali gus menyebabkan ketidakselesaan masyarakat setempat. Kami minta supaya sekiranya ada permohonan yang ingin berniaga di bawah WBB, hentikan dahulu dan tidak perlu dibuka lagi tawarannya.

“Kami terima banyak aduan … oleh kerana gerai diletakkan di kawasan kaki lima, orang awam terpaksa lalu di jalan raya sekali gus merisikokan keselamatan masing-masing,” katanya kepada Bernama.

Rosli berkata, WBB pada asalnya bertujuan untuk membantu mereka yang hilang pendapatan akibat pandemik Covid-19, dengan memberi mereka ruang berniaga secara percuma.

Bagaimanapun mengambil kira keadaan ekonomi yang semakin pulih, beliau berkata inisiatif itu perlu dikaji semula dengan menetapkan had tertentu apatah lagi selepas ada dakwaan peniaga dan penjaja mengambil kesempatan.

“…daripada meluluskan lagi permohonan peniaga di bawah WBB, adalah lebih baik untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjaga kebaikan peniaga sedia ada yang sememangnya menjadikan perniagaan sebagai punca pendapatan utama mereka,” kata Rosli.

Turut senada, Presiden Persatuan Usahawan Food Truck Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KLFTEA), Muhammad Azlan Abas yang mengakui terdapat kekeliruan dalam istilah bebas berniaga di bawah WBB.

“Istilah WBB yang dimaksudkan adalah berniaga di kawasan yang dibenarkan, bukan kawasan pejalan kaki atau kaki lima. Bagaimana jika ada orang awam yang tercedera?

“Justeru bagi mengatasi lambakan penjaja dan peniaga ini, proses pemantauan dan penguatkuasaan daripada DBKL perlu dilaksanakan segera. Mungkin DBKL boleh mengadakan perbincangan dengan peniaga atau penjaja untuk menentukan lokasi yang sesuai agar tidak jadi seperti dahulu (berniaga di mana-mana sahaja),” katanya.

Pada masa sama, Muhammad Azlan berharap persatuan peniaga dapat diperkasakan bagi membantu DBKL memantau penjaja dan peniaga supaya perniagaan dijalankan di lokasi yang lebih teratur.

“Kami bukanlah penguat kuasa tetapi elemen yang boleh membantu penguatkuasaan dan apabila ada pengiktirafan ini, ia akan mengukuhkan kedudukan persatuan di mata peniaga.

Contoh, persatuan boleh mengesyorkan kepada DBKL untuk membatalkan lesen sekiranya peniaga atau penjaja tidak ikut peraturan,” katanya. – Bernama

PENIAGA UNTUK

KELAS BAWAHAN

MURAH JUALAN

AMIN

TAKDA SEWA

TAKDA LETERIK

 MEJA DAN PAYUNG

AMIN

PERLU DITERUSKAN

DALM KEADAAN

EKONOMI MALAP

AMIN

BANTU MENU

RAHMAH

CARA LAIN

AMIN

PERSATUAN NI

NAK JAGA

KEPENTINGAN

YG ADA LESEN

AMIN

PELANGGAN 

MEREKA TAK

SAMA DGM

NIAGA MEJA

TEPI JALAN 

AMIN 

TAK PERLU GADUH PASARAN 

LAIN LAIN

AMIN