KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyokong cadangan jawatan presiden dan timbalan presiden parti tidak dicabar pada pemilihan parti akhir tahun ini. 

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sayap UMNO itu berpendapat Presiden UMNO, Najib Razak dan timbalannya,  Muhyiddin Yassin adalah gandingan paling layak untuk mengetuai parti. 
"Kedua-dua mereka perlu dikekalkan untuk meneruskan usaha transformasi dan memperkukuh lagi Umno, termasuk untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda Umno di Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.