Isnin, 10 Januari 2022

BERITA BAIK - AZAM BAKI AJENDA IMDB BARU

 


AZAM BAKI INI

MEMBANTU RAKYAT

SEDAR

AMIN

INI MACAM

 KES 1MDB DULU

AMIN 

NAJIB TERUS

BERDEGIL 

AKHIRNYA LUNGKUP

KHALAS


-----------------

DI HARAPKAN 

AZAM BAKI TERUS

BERDEGIL 

KERAS KEPALA

AMIN

INI MENJADIKAN

KERJA MENGHASUT

RAKYAT UNTUK 

BENCI KERAJAAN

MUDAH & SENANG

AMIN

ADA SANGKUT PAUT KE ?

 



Pegawai kanan SC, ahli politik dilapor terlibat rasuah RM28.2 juta

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima laporan berhubung salah laku dan jenayah rasuah termasuk kes melibatkan keluarga dan lembaga pengarah Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Menurut laporan Utusan Malaysia, laporan yang diterima petang semalam itu dibuat oleh sekumpulan individu yang mendakwa mempunyai bukti kukuh selain tidak menafikan ahli politik kanan kerajaan juga turut terlibat.
“Saya mahu SPRM segera menyiasat perkara ini. Kita tidak mahu integriti dan imej SC tercalar kerana isu integriti dan jenayah rasuah seperti ini,” katanya seperti dipetik laporan Utusan Malaysia.
Menurut wakil sekumpulan individu itu, siasatan segera oleh SPRM perlu dilakukan kerana banyak syarikat dan orang awam menjadi mangsa salah laku tersebut.
Katanya, sebanyak tiga kes akan dirujuk dalam laporan tersebut melibatkan konflik kepentingan ahli lembaga pengarah SC membabitkan saham bernilai RM28.2 juta di mana ahli lembaga pengarah tersebut memiliki kepentingan di dalam syarikat yang mempunyai hubungan kerja dengan SC.
Ia juga mengatakan anak pengurusan tertinggi SC juga terlibat dan mendapat jawatan tertinggi di dalam syarikat yang disiasat dan siasatan tersebut ditutup oleh SC.
Menurut sekumpulan individu tersebut kes yang dilaporkan turut melibatkan pegawai-pegawai tinggi SC yang menerima rasuah sebagai balasan menutup kes siasatan ke atas syarikat awam yang melakukan kesalahan “insider trading”.
Laporan itu diterima SPRM hanya beberapa hari selepas SC mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tindakan Ketua Pesuruhjaya Azam Baki yang berkongsi akaun Central Depositories (CDS) bersama adiknya bagi pembelian saham pada 2015 adalah melanggar undang-undang.

JENG JENG JENG

GUA DAH CAKAP

INI MACAM KES 

1 MDB

KAH KAH KAH

KAIT BERKAIT

IKAT BERIKAT

AMIN 

PENCURI JADI HAKIM KES CURI

 


SPRM tidak boleh siasat orangnya sendiri, kata Gerak Independent

MEMBENARKAN Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan salah laku yang membabitkan ketua pesuruhjayanya Azam Baki adalah satu penipuan keadilan, kata Gerak Independent.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu memetik kenyataan daripada tiga timbalan Azam yang mengisytiharkan sokongan mereka kepada bos mereka sebagai jelas menunjukkan “pegawai utama SPRM tidak boleh dilihat sebagai penyiasat yang tidak berat sebelah”.

Mereka berhujah, dengan membiarkan SPRM menyiasat pegawainya sendiri, ia akan melanggar prinsip keadilan “nemo judex in causa sua” (tiada seorang pun harus menjadi hakim dalam perkara melibatkan mereka sendiri).

“SPRM mempunyai kepentingan sendiri berdasarkan fakta bahawa ia akan menyiasat ketua pesuruhjayanya sendiri.”

“Kenyataan daripada ketiga-tiga timbalan pesuruhjaya SPRM yang menolak dakwaan terhadap, tanpa menyatakan fakta atau bukti sebarang siasatan dilakukan, adalah jelas bahawa pegawai utama SPRM tidak boleh dilihat sebagai penyiasat yang tidak berat sebelah,” kata Gerak Independent.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini memberitahu media bahawa beberapa pihak sedang menyiasat perkara itu termasuk SPRM sendiri.

Sebaliknya, Gerak Independent berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) sepatutnya menjadi badan bebas utama yang meneliti perkara ini sambil menambah bahawa ahli Parlimen dalam jawatankuasa itu perlu mengambil peranan yang lebih tegas.

“Malah, semua ahli Parlimen harus mengambil peranan yang lebih tegas dan aktif untuk mempertahankan integriti Parlimen, sebagaimana mereka bersumpah untuk melakukannya.”

Gerak Independent berkata walaupun Suruhanjaya Sekuriti adalah badan yang sesuai untuk menyiasat dakwaan kesalahan di bawah Akta Perindustrian Sekuriti, tidak boleh ada pengaruh yang dibawa ke atas suruhanjaya itu.

“Keadilan bukan sahaja perlu dilakukan, tetapi ia mesti dilihat dilaksanakan. Perlu ada badan bebas yang tidak berat sebelah untuk menyiasat isu yang amat penting ini.

“Prosiding mesti telus. Penemuannya mesti dilaporkan kepada Parlimen dan bukan sahaja reputasi SPRM dipertaruhkan tetapi juga sistem tadbir urus kehakiman yang berharga dan kedaulatan undang-undang,” tegasnya. – 10 Januari, 2022.

INI KES UNIK

KAH KAH KAH

PENCURI JADI

HAKIM KES

DIA SENDIRI

MENCURI

KAH KAH KAH

INI HANYA BERLAKU

DALAM NEGARA

ISLAM

KAH KAH KAH

LEPAS INI GI

CIUM BATU ITAM

KAH KAH  KAH

SEBUAH LAGI PARTI BARU

 


Puak pro Azmin dalam Bersatu sertai PBM kerana kurang peluang, kata pemerhati

BEBERAPA pemerhati politik berpandangan adalah lebih mudah mana-mana ahli Parti Bangsa Malaysia (PBM) dipilih sebagai calon atau memegang jawatan besar dalam parti yang baru ditubuhkan itu daripada kekal bersama Bersatu.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa walaupun beberapa ahli PBM adalah individu yang rapat dengan Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin, namun mereka tidak dapat menjangka kelangsungan politik mereka bersama Bersatu.

Mereka boleh dianggap sebagai pembelot daripada parti lain, jika mereka adalah wakil rakyat dan berisiko untuk tidak dicalonkan semula di kerusi yang mereka menangi dalam parti baharu.

Semalam, dalam perhimpunan agung khas pertama PBM, ahli Parlimen Julau Larry Sng dipilih sebagai presiden manakala Haniza Mohamed Talha sebagai timbalannya.

Sng dan Haniza kedua-duanya adalah bekas ahli PKR yang sealiran dengan kem Azmin.

Pada 2021, Azmin bersama-sama 10 ahli Parlimen PKR dan beberapa Adun meninggalkan parti itu untuk menyertai Bersatu dan Perikatan Nasional.

Kerajaan Perikatan Nasional baru sahaja ditubuhkan berikutan kejatuhan Pakatan Harapan pada tahun sebelumnya.

Pengarah Eksekutif Ilham Center, Hisommudin Bakar berkata peluang untuk bekas ahli PKR untuk bertahan dalam Bersatu adalah tipis kerana ramai yang tidak diberi peluang untuk mengembangkan kerjaya mereka.

Beliau menambah PBM juga memerlukan sekutu yang kuat jika mahu kekal relevan dalam kancah politik negara.

“Ruang untuk mereka berkembang sangat terhad. Sesetengah ahli Parlimen atau Adun mungkin tidak dipilih sebagai calon semasa pilihan raya akan datang.”

“Untuk kelangsungan politik mereka sendiri, mereka membentuk atau menyertai PBM untuk kekal relevan tetapi mereka perlu menyelaraskan diri dengan gabungan yang kuat kerana jika tidak, mereka tidak akan berpeluang untuk menang,” katanya.

Ditanya sama ada lebih baik PBM menyertai Barisan Nasional, Hisommudin berkata BN mungkin teragak-agak untuk menerima PBM.

“BN tidak akan menerima PBM tanpa mengira risiko. Sng adalah ahli Parlimen di Sarawak dan beliau mengetuai PBM, BN sudah mempunyai GPS sebagai rakan kongsi mereka di negeri ini. Menerima PBM mungkin mengecewakan GPS.”

“PBM mesti mengatur strategi dengan teliti. Individu dalam parti ini membawa banyak beban dan bukan mudah untuk mereka meyakinkan pengundi,” tambahnya.

Ahli Geostrategi, Dr Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia senada dengan Hisommudin.

Beliau berkata dengan kekal dalam Bersatu ramai puak pro Azmin mungkin akhirnya tidak bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Dalam Bersatu ada ahli asal dan ahli yang digelar sebagai ‘pendatang’. Mereka menyertai hanya selepas Bersatu keluar PH untuk membentuk kerajaan bersama BN dan PAS.”

“Mereka tahu mereka tidak akan dapat bertahan jika mereka kekal dalam Bersatu oleh itu mereka berpindah dan mewujudkan parti baharu.”

Bagaimanapun, seperti Hisommudin, Azmi berkata mereka dalam PBM akan merasa sukar untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka ikhlas menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Seperti yang kita tahu, rakyat pada masa kini tidak menerima katak politik. Tidak kira siapa yang anda sertai, rakyat tidak akan menerimanya. Ia berlaku dengan jelas dalam pilihan raya negeri Melaka.”

“Mereka memerlukan gabungan untuk mengekalkan mereka, tetapi persoalannya ialah siapa yang akan menerima mereka,” katanya.

Beberapa ahli lain dalam PBM ialah ahli Parlimen Tebrau Steven Choong Shiau Yoon, Adun Buntong Sivasubramaniam Athinarayanan, Adun Sementa Dr Daroyah Alwi, Adun Malim Nawar Leong Cheok Keng dan Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong.

Sivasubramaniam, Daroyah dan Yong kesemuanya merupakan ahli Bersatu sebelum ini selepas meninggalkan parti masing-masing. Sivasubramanim dan Yong menang atas tiket DAP manakala Daroyah bersama PKR.

Manakala Choong dan Leong kekal sebagai wakil rakyat bebas. Choong bersama PKR manakala Leong bertanding pada pilihan raya umum lalu atas tiket DAP.

Zuraida sebelum ini memberitahu bahawa beliau bersedia mempertimbangkan sebarang tawaran untuk menyertai salah satu parti politik baharu.

Bagaimanapun ahli Parlimen Ampang itu berkata beliau belum menerima sebarang tawaran sehingga ke hari ini.

Sebelum ini, sumber memberitahu portal berita FMT Zuraida akan meninggalkan Bersatu untuk bersama PBM, sebuah parti berbilang kaum yang bertujuan memperjuangkan “Malaysia yang sederhana”. – 10 Januari, 2022.



KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI

PARTI POLITIK

KAH KAH KAH

SEMUA INI

HASIL PRU14

AMIN

BILA 

GEROMBOLAN

BOLEH

 DIKALAHKAN

MAKIN RAMAI 

INGIN MENCUBA

SEKALI LAGI 

KHALAS

PARTI MANA

MEMBAWA UMAT

KE  JALAN RAYA

 PARTI ITU 

KITA SOKONG

KHALAS

ANAK MUDA TURUN KE JALAN



JAWAPAN TEPAT

LAGI BETUL

AMIN

ANAK MUDA TURUN

KE JALAN

KHALAS


AZAM BAKI MASIH DEGIL

 



Pemuda PKR desak Azam Baki letak jawatan

AHLI Pemuda PKR hari ini berkumpul di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendesak ketua pesuruhjayanya Azam Baki meletakkan jawatan.

Kira-kira 50 anggota sayap Pemuda diketuai Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir menaiki lebih 20 kenderaan konvoi dari Dataran Putra di Putrajaya ke ibu pejabat antirasuah yang terletak kira-kira 3km jauhnya. 

Selain menuntut Azam meletak jawatan, kumpulan itu juga mahu SPRM diletakkan di bawah pengawasan Parlimen, dan siasatan bebas dijalankan.

Mereka turut membawa bersama plakad sebelum menyerahkan memorandum kepada wakil SPRM.

“Daripada berada di bawah perdana menteri, SPRM mesti berada di bawah Parlimen dan adanya keperluan untuk memanggil sidang Parlimen khas bagi membincangkan integriti agensi pencegahan rasuah,” kata Akmal yang merupakan ketua Pemuda PKR.

Azam baru-baru ini menimbulkan kontroversi selepas memberitahu media beliau membenarkan adiknya Nasir membeli saham daripada dua syarikat menggunakan akaun dagangnya.

Ketua SPRM itu berkata, saham kemudian dipindahkan semula kepada Nasir.

Perkara mengenai pegangan saham Azam dibangkitkan di Parlimen pada 14 Disember oleh Ahli Parlimen Sungai Buloh R. Sivarasa, yang bertanya sama ada Azam sudah mengisytiharkan dakwaan pemilikan 2.15 juta dalam Excel Force MSC Bhd dan 1.93 juta saham dalam Gets Global Bhd pada 2015, dan 1.02 juta saham dalam Gets Global Bhd pada tahun berikutnya.

Azam juga berkata beliau sudah memaklumkan kepada pihak atasan pada 2015 mengenai pembelian saham oleh adiknya dan mereka tidak membangkitkan sebarang kebimbangan.

Awal hari ini Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa perdana menteri agar Kabinetnya bertindak berhubung dakwaan terhadap Azam.

Lim berkata jika Azam tidak bersedia untuk membersihkan namanya di depan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSCC) mengenai Agensi di Jabatan Perdana Menteri, maka Isma Sabri Yaakob perlu memastikan Kabinetnya memutuskan untuk menamatkan jawatan Azam.

Lim bukanlah ahli Parlimen pembangkang pertama yang meminta kerajaan bertindak terhadap Azam.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan beberapa ahli Parlimen lain daripada PKR turut menuntut Azam meletak jawatan dan menggesa siasatan bebas dijalankan.

Bagaimanapun, beberapa menteri menyokong Azam yang mendapat banyak perhatian sejak seminggu lalu.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan berkata Azam melakukan tindakan sewajarnya untuk membersihkan namanya manakala Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiada undang-undang atau peraturan melarang penjawat awam memiliki saham dalam syarikat tersenarai awam. – 10 Januari, 2022.

AZAM BAKI

MASIH DEGIL

AMIN

AMK MUDA

AMANAH WAJIB

BUAT 

DEMO BESAR

AMIN 

IKUT CARA ROSMAH

 



IKUT CARA

 ROSMAH SIMPAN

DUIT 10 SEN SEHARI

JADI KAYA RAYA

AMIN

TAPI BUKA

KANG KANG

LUAS LUAS

KHALAS 

Unknown commented on 

"MALAYSIA KAYA - KALAU SEMUA DIKONGSI BERSAMA"

Kah kah kah woit mereka lagi pandai lah, tak payah baru nak suggest, tu Ros dok kumpul beg emas berlian semua sebab panda grab lah, simpan sejak lahir dalam tabung, simpan sepuluh sen saja sehari, kan pandai dah boleh beli berjuta juta nilai barangan, follow cara dia, kemudian semua tak tahu, yang dapat perhatian pun sebab ada kes keluar, kalau tidak entah berapa tan emas mereka simpan dalam tanah dalam perigi dalam beras macam orang lama lama kah kah kah, bab mencuri ini tak payah ajar, mereka lebih hebat belaka Amin kah kah kah


IKUT CARA SULTAN MELAKA

 


IKUT CARA

SULTAN MELAKA

AMIN 

Unknown commented on

 "TENGKU WONG MASIH

 REMBAT BALAK"

Pengkhianat ibu pertiwi dan bangsa demi kemewahan dunia sepatutnya dihukum tembak.bekas tentera usahakan tanah rizab diganggu,tetapi mrk bela tokan balak dgn bagi kelulusan botakkan hutan.akibatnya bencana alam.


PARTI PAS REMBAT BALAK

 



PARTI PAS

REMBAT BALAK

AMIN

Unknown commented on

 "TENGKU WONG

 MASIH REMBAT BALAK"

Nak habaq mai sikit lah sindiket penjualan balak ni sendiri disokong penuh oleh badan2 atasan yg berkuasa mereka semua sudah diberi wang yg besar supaya tiada msebarang masalah ketika melakukan aktiviti pembalakan haram, dan sedih nya orang melayu sendiri sanggup bersekongkol 


ratakan hutan simpan yg selama ini menjadi sumber haiwan yang tinggal didalamnya.. Setakat umum buat pc kat media kata itu ini tindakan yg dibuat sangat lemah dan pula pembalakan serta wang yg didapatkan melalui tarahan hasil bumi masih org2 atasan yg berkuasa melahap tanpa kenal erti kecintaan pada sumber alam..

SAHEH



SAHEH BENAR


LAGI BETUL


AMIN

Unknown commented on

 "TENGKU WONG MASIH 

REMBAT BALAK"

Rasuah dah menjadi budaya, Malaysua boleh

HANTU PUAKA ANAK DARA

 



HANTU PUAKA

ANAK DARI SUNTI

AMIN

Unknown commented on

 "ANAK DARA SUNTI 

DIBAWA KE MAHKAMAH"

hang jangan mulut cabul sangat tt kang malam ni hang tidur mengigau hantu bik mama mai kacau hang baru hang tau. atau lebih teruk dia mai hempap hang esok pagi hang tak buleh bangun. padan muka hang. tak dapek den nak nolong watisthebekaus kahkahkah

RAMASAMY LOKMAN ADAM

 



Bagaimana Azam Baki mampu beli saham RM330,000, soal Ramasamy

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy berkata, Azam dan adiknya Nasir Baki mungkin membelanjakan sekitar RM330,000 atau lebih sedikit bagi pembelian sejuta saham pada 2016, berdasarkan nilai 30 sen dan 33 sen sesaham pada masa itu.

“Jumlah RM300,000 itu tidak mampu bagi kebanyakan pegawai kerajaan. Sudah tentu, melainkan mereka mempunyai sumber pendapatan lain.

“Adakah Azam mempunyai sumber pendapatan lain pada 2016? Atau wang tersebut diberi oleh adiknya? Dari mana pula sumber pendapatan adiknya?” soal Ramasamy dalam kenyataan.

Beliau dalam pada itu mempersoalkan penjelasan Azam bahawa saham-saham itu dibeli oleh Nasir menggunakan akaun dagangannya.

Ketua agensi antirasuah itu tambahnya, perlu mendedahkan mengapa beliau sebelum ini menyembunyikan maklumat tersebut daripada SPRM.

Apa yang lebih membingungkan, saham dibeli bagi pihak adiknya, kata Ramasamy.

“Adakah adiknya menghadapi masalah?”

Ramasamy seterusnya menyelar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang seolah-olah membela Azam berhubung isu pemilikan saham.

Hujah Wan Junaidi bahawa tidak salah untuk penjawat awam memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam jelas ingin menyelamatkan Azam.

“Ini bukan berkenaan penjawat azam memiliki saham atau jual beli dalam pasaran saham.

“Ini soal integriti pejawat awam, sama ada mereka dibenarkan terlibat dalam aktiviti sedemikian sedangkan tumpuan adalah melaksanakan tugas mereka,” jelasnya.

Tambah beliau, Wan Junaidi sepatutnya mentafsir undang-undang bersama-sama perintah-perintah am yang ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Daripada membela secara membuta tuli Wan Junaidi sepatutnya mempersoalkan mengapa Azam membeli saham menggunakan namanya.

“Bagaimana Wan Junaidi boleh membenarkan penjawat awam terlibat dalam pasaran saham syarikat senaraian awam?

“Bukankah dari sudut moral dan etika menjadi satu kesalahan untuk terlibat dalam amalam sedemikian walaupun dibenarkan undang-undang?” soal Ramasamy. – 9 Januari, 2022.  

RAMASAMY INI

BETUL SAHEH

LOKMAN  ADAM

KAH KAH KAH

WOIT 

NANDEEK

300,000 $$$

KACANG PUTIH

UNTUK AZAM BAKI

KAH KAH KAH

AZAM BAKI

NIAGA KUEH PAU

KAH KAH KAH

BILA BILA MASA

DUIT JUAL PAU

BOLEH MASUK

KAH KAH KAH

LU INGAT

NIAGA KUEH PAU

TAK LUMAYAN

KAH KAH KAH

LU TANYA

YAHYA ISMAIL

DIA JUGA NIAGA

KUEH PAU

KAH KAH KAH

ALIM ULAR MAK TAK AMBIL RASUAH




ALIM ULAR MAK

TAK AMBIL RASUAH

KAH KAH KAH

MU GI TANYO 

NIK ABDUH

KHALAS

Unknown commented on
 "TENGKU WONG 
MASIH REMBAT BALAK"

Siapa nak buat kerja tangkap ni tu sebab kita kenapangil orang alim olamak yang pegang amanah ni baru bolih kalau depa nak makan rasuah depa fikir banyak kali


 
6 Mar 2019 — Dakwaan Pas menerima dana besar daripada Umno (atau pemimpin Umno) ... Tuduhan Pas terima duit Umno juga dikaitkan dengan audio Nik Abduh ...
8 Apr 2018 — Dakwaan Pas terima duit dari UMNO kebudak-budakan - Hadi. Beliau secara sinis berkata tiada mana-mana parti yang sanggup memberi wang kepada ...
27 Feb 2019 — Presiden PKR, Anwar Ibrahim menegaskan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown tidak pernah mendakwa bahawa PAS menerima dana daripada ...
5 Feb 2019 — DAKWAAN Presiden PAS Abdul Hadi Awang beliau tidak menerima wang daripada Umno bercanggah dengan penjelasan peguam di mahkamah, ...