Khamis, 22 September 2022

INGATAN KEPADA SEMUA BAKAL MERPATI



 INGATAN KEPADA

SEMUA BAKAL

MERPATI

AMIN

POLITIK BANJIR



 POLITIK BANJIR

MEMBANJIRI

MALAYSIA

KAH KAH KAH

AMIN


ADA ESOK UNTUK ZAHID


Mahkamah benarkan saksi perbicaraan Zahid didakwa

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan pendakwa raya dalam perbicaraan rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk mendakwa saksi pembelaan.

Saksi Jefri Jamil dikatakan memberi keterangan berbeza di mahkamah berbanding yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Perbicaraan Colin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua pihak.

“Keputusan mahkamah ini ialah Seksyen 155 Akta Keterangan membenarkan pendakwaan mengikut keadaan yang dinyatakan dalam akta ini dan seksyen ini tidak merujuk sama ada dokumen itu diklasifikasikan sebagai OSA (Akta Rahsia Rasmi) atau sebaliknya. Jadi keputusan mahkamah ini adalah saya akan membenarkan prosiding pendakwaan dimulakan,” kata hakim itu. 

Di bawah Seksyen 155 saksi boleh didakwa melalui pembuktian bahawa kenyataan bekas saksi itu tidak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya. Seksyen 155 tidak menyatakan jenis kenyataan sedemikian.

Jefri, 38, adalah saksi ketiga dalam perbicaraan Zahid.

Di mahkamah Jefri berkata Zahid membenarkan syarikatnya Teknik Sempurna Sdn Bhd membina masjid dan sekolah agama di Melaka dengan harga RM9.9 juta dan bayaran itu datang daripada Yayasan Akalbudi.

Beliau memberitahu Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran bahawa beliau memberi kenyataan kepada SPRM pada 2018 tetapi tidak ingat apa yang dikatakannya.

Raja Rozela berkata kredibiliti Jefri boleh dicabar di bawah Seksyen 155(c) Akta Keterangan 1950 kerana memberikan keterangan tidak konsisten dengan kenyataan sebelum ini.

Zahid berdepan 12 pertuduhan pecah amanah membabitkan RM31 juta, lapan pertuduhan rasuah membabitkan RM21.25 juta dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM65 juta. 

Wang itu milik Yayasan Akalbudi sebuah yayasan kebajikan yang diketuai oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

Jika sabit kesalahan Zahid boleh dipenjara sehingga 20 tahun.

Pada 24 Januari Sequerah memerintahkan Zahid membela diri atas kesemua 47 pertuduhan. – 22 September, 2022.


WOIT

APA SUDAH

TERJADI ?

AMIN

MULA BELOT

KEMUDIAN BUAT

U TURN

KAH KAH KAH

SILAP SILAP

SENDIRI MASUK

PENJARA

KAH KAH KAH

AMIN

MAIL BERA TAKDA KUASA


G25 gesa PM teruskan sidang Parlimen sampai habis penggal


PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu meneruskan sidang Parlimen sehingga tamat tempohnya pada 18 Julai tahun depan, kata kumpulan pesara penjawat awam kanan G25.

Kumpulan itu berkata tidak ada keperluan untuk Ismail Sabri mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk bubar Parlimen, jika tiada undi tidak percaya.

“Sebarang langkah perdana menteri untuk memohon pembubaran awal Parlimen (yang boleh atau tidak dipersetujui, mengikut budi bicara mutlak Baginda), tanpa adanya undi tidak percaya terhadapnya, akan dilihat sebagai menyerah diri terhadap tuntutan pemimpin Umno untuk kepentingan diri mereka sendiri,” kata G25 dalam satu kenyataan.

Kerajaan sebaliknya harus menamatkan baki tempohnya bagi menghasilkan dasar yang boleh menangani inflasi dan ringgit yang merudum.

“Kecuali ditangani dengan bagus, kejatuhan nilai mata wang kita ini boleh membawa implikasi serius kepada ekonomi serta taraf hidup rakyat terutamanya terhadap golongan B40.”

Cara tangani skandal juga perlu dibincangkan, kata mereka.

“Perdana menteri ketika ini perlu tunaikan janji yang beliau akan merealitikan reformasi dengan mengambil langkah segera agar undang-undang berkaitan diluluskan Parlimen dan menjadikannya sebagai tindakan eksekutif. Tindakan pro-pembaharuan sebegini oleh Parlimen dan Eksekutif akan banyak membantu membangkitkan keyakinan terhadap Malaysia yang dianggap sebagai sebuah negara progresif, memberikan rangsangan besar kepada pelaburan tempatan dan asing.”

Memandangkan Undi18 baru berkuat kuasa, kerajaan juga perlu mengambil perhatian yang parti politik perlukan lebih masa untuk bersiap sedia menghadapi kempen pilihan raya.

“Umno, parti politik terbesar dan paling kaya dengan dana mungkin bersedia bila-bila masa untuk pilihan raya. Tetapi parti politik baharu mungkin perlukan masa untuk mengangkat muka baharu bagi bertanding di Parlimen dan DUN.

“Setakat ini Umno tidak kata kerajaan pimpinan BN gagal. Oleh itu, orang ramai tidak yakin terdapat kes yang jelas untuk buat pilihan raya lebih awal.

Ismail Sabri telah mendapat tekanan daripada partinya sendiri untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya tahun ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya, walaupun diadakan pada musim tengkujuh. – 22 September, 2022.

 

WOIT 

G20 TAK FAHAM

KAH KAH KAH

MAIL BERA LEMAH

TAKDA KUASA

AMIN

MAIL HANYA

BOLEH LAMBATKAN

DG ALASAN

KE NEW YORK

KAH KAH KAH

KEMUDIAN 

SINGGAH

DI DUBAI

AMIN

MAIL BERA

MEMANG NAK

PRU15 JULAI

TAHUN DEPAN

AMIN

TAPI SEMUA

TERPULANG PADA

ZAHID PRESIDEN

UMNO YG NAK

PRU SEKARANG

AMIN

KHALAS

HOT HOT HOT BANGUNAN PBB DI NEW YORK KENA KEPUNG ?


BANGUNAN PBB

DI NEW YORK

DI KEPUNG


ISMAIL SABRI
TELAH MEMBAWA RAMAI
KETUA BAHAGIAN UMNO
KE NEW YOK

DUA JET
TELAH BERLEPAS DARI
LAPANGAN TERBANG SUBANG

SATU JET RESMI KERAJAAN
SATU LAGI  UNTUK
KETUA BAHAGIAN UMNO


JANGAN DENGAR 
KHABAR ANGIN 
YANG LIAR  MENULAR

MUSUH POLITIK SABRI
TELAH MELAPORKAN
KETUA KETUA BAHAGIAN INI
  DITERBANGKAN
KE NEW YORK
UNTUK MENGEPONG  
BANGUNAN PBB
KERANA PBB GAGAL
 MENGUNAKAN
BAHASA MELAYU
DALAM URUSAN RESMI
DI PBB

INI FITNAH

KETUA BAHGIAN UMNO
 DATANG BUKAN
NAK BANTU
ISMAIL CAKAP INGGERIS

JADI WAT
IS DE BEKOS

JADI KENAPA 
MEREKA DITERBANGKAN
BERSAMA DELEGASI
RESMI KERAJAAN
KE UNGA DI NEW YORK

JAWABNYA SENANG SAJA

SABRI BERA
NAK TUNJUK PADA ZAHID
BAHAWA SEMUA 
KETUA BAHAGIAN INI
ADALAH PENYOKONG SETIA
MAIL BERA
KAH KAH KAH

 SAPA BAAYAR SEMUA INI?

JENG JENG JENG
SAPA SAPA SAPA

ADAKAH DUIT KERAJAAN
ADAKAH DUIT PARTI
APAKAH ADA TOWKAY
AYNG  MEMBERI DANA

PEMBACA TUKAR TIUB
SILA KOREK
AMIN
KHALAS

STRATIJI ZAHID TEPAT



 STRATIJI PRU

ZAHID TEPAT

AMIN

BANJIR TAK RAMAI

PENGUNDI KELUAR

AMIN

JOHOR & MELAKA

MEMBUKTIKAN 

PENGUNDI TAKUT

MAT KOBID

AMIN

KURANG PENGUNDI

GEROMBOLAN

MENANG BESAR

AMIN

KHALAS

BERSATU BANGUN LAWAN PAK LEBAI



 BERSATU BANGUN

LAWAN

PAK LEBAI

AMIN

KHALAS

NARCO POLITIK


DANA POLITIK

DATANG DARI

TOWKAY NARKOTIK

AMIN

KHALAS


Unknown commented on
 "TAHNIAH PDRM !"

Aiseh istilah baru "narco politics" banyak cabang punya politaik
Unknown commented on 
"TAHNIAH PDRM !"

Ini nak gantung pun berkilo tan masuknanti tak gantung bertan tan pulak lah kah kah Bodoh biar bertempat woi tembak mati terus senang kah kah

NAJIB SAKIT RAHSIA ?



NAJIB KENA

PENYAKIT

RAHSIA ?

KAH KAH KAH

KHALAS



Unknown commented on 

"KERENAH NAJIB BERJAYA"

Negara kita masih berjaya membodohkan seluruh dunia kedoktoran, sakit perut kemudian cirit birit kemudian ulcer, rawatan baharu ialah physio kah kah kah kentut berbau wangi tu, dulu sini sana Bossku ke utara selatan timur barat tarak apa apa, masuk dalam penjara terus sakit perut ubat generik sakit ulser sakit pinggang sakit telur sakit apa.apa lah semua masuk angin, semua masuk entah apa lagi, pakar berhempas pulas nak perbetul urat urat mencuri merompak supaya dapat mencuri lagi, income tax pun tak bayar dulu kah kah kah syukur rezeki masuk walau banduan kah kah kah selamat

Unknown commented on 

"TUNGGU LAMBAT PUN TIDAK APA"

Kayangan tetap kayangan walau mencuri merompak apa salah sekali pun, kayangan nak bebas, buat bodoh semua tak tahu, bila tak ampun lambat, buat sakit ke Hulu hilir cari ruang Rehat selesa atas alasan sakit lah, senang mudah bagi yang berduit tak sama rakyat jelata sekian Amin cakap lain pun tak guna lagi

BAWA KEMBALI RAKYAT KE JALAN RAYA



BAWA KEMBALI

RAKYAT

KE. JALAN RAYA

AMIN

KE ARAH POLITIK


 KE ARAH 

POLITIK 


Dalam tahun 1969 di Stesen Kereta Api Kuala Lumpur ada bar  di sebelah kiri pintu masuk. Bar ini adalah  watak peninggalan kolonial Inggeris. Di sebelah bar ada  kedai serbaneka. Ada rokok, gula-gula, kudapan dan jajan.

 Kios ini ada juga menjual akhbar  dan majalah dari dalam dan luar negara. Novel Melayu dan Inggeris bergantungan untuk menjadi teman dalam kereta api

Mestika, Majalah Filem, Dian adalah diantara majalah Melayu yang tergantung di kios ini. Majalah Inggeris seperti  Reader Digest,  Times, Newsweek dan Life ada tergantung untuk di beli. 

Ada  juga majalah Inggeris khusus  untuk lelaki sahaja  – Playboy dan Penthouse. Gambar perempuan Orang Putih separuh  bogel menjadi hiasan muka kulit majalah. Dua majalah ini dibungkus dengan plastik nipis untuk menghalang dari di buka tanpa membeli. 

Petang itu ketika menunggu kereta api Kuala Lumpur ke Butterworth bergerak aku merapati kios ini. Ketika aku membelek-belek  aku ternampak  majalah Companion dan akhbar  tabloid Banteng.

Aku beli dua majalah ini. Aku ingin membacanya dalam kereta api.  Aku tidak tahu terperinci tentang  latar belakang majalah dan akhbar yang aku beli. 

Aku membeli Banteng  kerana tertulis : akhbar resmi Parti Rakyat  Malaya (PRM). Dari Utusan aku tahu PRM ini parti yang  dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Manakala Companion dalam bahasa Inggeris ada  tulisan Dr M. K Raja Kumar dan  Dr. Tan Chee Koon.

 Aku membeli majalah Companion  kerana aku pernah mendengar nama Dr  Tan Chee Koon. Sosok ini Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia.  Siapa M .K Raja Kumar aku tidak tahu.

Aku juga pernah membaca di Utusan tentang seorang pemimpin PRM bernama Kassim Ahmad yang juga  menulis sajak. Mengikut laporan Utusan ada sajak Kassim mengatakan tuhan sudah mati. 

Untuk aku kematian tuhan ini amat menarik. Justeru ini menjadikan akhbar PRM menarik hati aku untuk membaca.

Dua bahan bacaan ini  jelas bacaan  politik. Aku bawa pulang ke Dorm Twenty.

Kuliah dan kelas  di MCKK bermula kembali. Budak Koleq kini  masuk penggal ke tiga. Aktiviti Selasa (Tuesday Activities ) semakin  rancak.  Ini aktiviti  wajib untuk semua  pelajar MCKK. Sama wajib seperti datang ke kuliah, datang ke prep atau berjemaah Sembahyang Jumaat.

Aku telah memilih   Kelab Debat dan Hal Ehwal Semasa – Debating Club and Current Affairs.  Aku rasa inilah kelab yang paling hampir dengan naluri jiwa aku. Kelab ini membuka dan mencabar fikrah aku tidak seperti Pasukan Kadet atau Pengakap.

Fikrah muda aku mula mencari jalan keluar dan merayau-rayau dengan keberahian hendak  tahu.

Lambakan bacaan semakin banyak. Far Eastern Economic Review (FEER ) majalah mingguan dari Hong Kong ini menjadi bacaan wajib aku setiap minggu.  FEER ini aku baca untuk mengetahui  hal ehwal semasa wilayah Asia. Manakala Times dan Newsweek untuk laporan dunia luar.

Tahun 1969 – Perang Vietnam sedang  berjalan. Protagonis utama perang ini ialah Presiden Nixon dan Henry Kessinger dari Amerika. Manakala yang  melawan Amerika ialah Ho Chih Minh dari Vietnam Utara.  Sosok yang disokong oleh Amerika ialah Presiden Nguyen Van Thieu dari Vietnam Selatan.

Juga ada Mao Zedong dari China dan  Leonid Breshnev dari Rusia.

Semua nama-nama ini mendominasi berita di akhbar dan majalah. Nama-nama mereka menjadi sebutan juru hebah warta berita di radio.  Aku tidak dapat melarikan diri dari terserempak, terbaca dan terlihat gambar sosok-sosok ini.

Aku hanya membaca apa yang berlaku secara apa yang tersurat. Pemahaman pembacaan aku tidak mendalam. Aku tidak  ada penganalisisan apa yang tersirat. Aku tidak memiliki apa apa pegangan  tentang  apa yang sedang  berlaku di luar negara.

Ini agak berbeza dari pemahaman  aku dengan apa yang berlaku dalam negara. Terutama selepas tragedi 13 Mei.

Untuk aku 13 Mei ini telah  membuka fikrah aku untuk memahami masyarakat di sekeliling aku. Tanpa aku sedari aku adalah generasi   yang menyaksikan 13 Mei. 

Buktinya aku melihat sendiri bangunan yang  terbakar di Kuala Lumpur kerana Melayu dan China bergaduh.

Sesudah 13 Mei dari Utusan aku terbaca tentang dua orang wakil rakyat PRM telah di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. YB Zulkilfi dan YB Siva Kumar dua ahli Dewan Undangan Negeri Pahang kini di tahan dalam penjara. 

Mereka dikatakan menentang Tunku. Lebih dari itu aku tidak tahu.

Aku juga terbaca tentang sosok yang bernama Hamid Tuah. Sosok yang memimpin orang  kampung membuka tanah di Banting Selangor. Hamid Tuah  ditangkap polis.  

Bila aku baca tentang Hamid Tuah kepala aku bertanya  apa salahnya orang kampung  yang tidak bertanah  membuka tanah untuk bercucuk tanam. Aku hairan kenapa Hamid Tuah di tangkap. Ini soalan naif dari aku.

Semua babak-babak ini – semua yang aku baca mempengaruhi aku untuk terus mengasah daya fikir.

Di satu petang Selasa  Syed Kadir  pelajar tingkatan lima telah memeranjatkan aku. Petang  itu dalam Kelab Debat  Syed Kadir telah mengusul satu  tajuk  untuk di bincangkan.

Tajuk dari Syed Kadir : Could God create a rock so heavy He could not lift it.  Melayunya : Bolehkah Tuhan yang maha kuasa membuat batu yang berat hingga Tuhan tidak berupaya mengangkatnya.

Syed Kadir melontar ayat ini kepada ahli Kelab. Aku yang  baru menjadi Budak Koleq membuka mata Aku mula sedar mengapa MCKK menjadi contoh gedung ilmu.  Persoalan mencabar fikrah  seperti yang di lontarkan oleh Syed Kadir ini tidak pernah aku dengar dimana-mana.

Kekuasaan Tuhan petang itu dipersoalkan. Untuk aku apa yang penting pada petang itu menggambarkan  keterbukaan minda  Budak Koleq.

Perbincangan Kelab debat MCKK bukan tentang hal haram atau dosa pahala tetapi tentang konsep dan falsafah. Ini yang menarik aku. Ayat Syed Kadir itu tidak pernah meninggalkan kepala aku.

Petang Selasa itu  aku menjadi pendengar. Mendengar para senior dan junior berhujah. Aku tidak memiliki keupayaan untuk mengeluarkan pandangan. Pembacaan aku masih terhad.

Lebih baik senyap dari mengeluarkan kata-kata hanya kerana ingin bersuara. Pada ketika aku tidak memahami bahawa senyap itu juga satu jawapan.

Seperti telah dirancang buku  novel untuk mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Higher School Certificate (HSC) tahun 1969/70  ialah Atheis. 

Buku ini garapan  Achdiat Karta Mihardja  penulis dari Indonesia. Buku yang terbit pertama kali pada tahu 1949 ini telah berulang kali aku baca sebagai persediaan untuk peperiksaan HSC. 

Aku kenal baik dengan  Kartini dan Rosli watak utama dalam novel ini. Persoalan tuhan juga muncul dalam novel ini.  Tuhan dalam novel Atheis bukan di olah secara teori atau ideologi tetapi diolah sebagai plot besar 

Ini agak berbeza dari apa yang ditimbulkan oleh Syed Kadir pada petang Selasa itu.

Budak Koleq dari tingkatan lima ini menimbulkan masalah ketuhanan yang  lebih teoretikal.

Apa yang penting kepada aku pada petang itu  ialah persoalan  ada Tuhan atau tak ada Tuhan  ini boleh di bincang melalui penulisan novel atau boleh didebatkan.  

Hari berjalan, minggu berganti dan bulan berubah. Perang Vietnam makin  merebak. Kini bom telah dijatuhkan oleh Amerika ke Laos dan Kamboja. Dua negara ini dibom oleh Amerika dalam usaha untuk mengalahkan gerila Vietcong dari Vietnam Utara. 

Perang Vietnam kini  merebak menjadi Parang Indo China.

Kamaruddin Jaafar   rakan sedarjah mencadangkan Kelab Debat mengadakan persidangan Negara Berkecuali – Non- Aligned  Movement – secara olok-olok. 

Untuk aku ini satu cadangan yang amat menarik.  

Lalu kami pecahkan diri kami kepada kumpulan Vietnam Selatan dan Vietnam Utara.  Kali ini debat kami  pada hari  Selasa bukan di bilik biasa kami. Kami telah diberi kebenaran untuk menggunakan bilik Ilmu Alam untuk membuat persidangan ini. 

Secara tidak dirancang aku telah menjadi juru cakap NLF ( National Liberation Front)  yang berjuang untuk membebaskan Vietnam Selatan. 

Kami bermain teater politik seolah-olah kami semua di New York berdebat di Dewan Besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Ketika waktu makan malam Prefect Bertugas telah mengumumkan persidangan  Non-Aligned Movement. Aku merasa bangga kerana mewakili  NLF -  gerakan pembebasan Vietnam.

Konsep dan perkataan kolonialisma telah aku kenali dan faham. Tanah Melayu adalah koloni Inggeris. Pemerintah Inggeris adalah pemerintahan kolonial.

Perang Vietnam memperkenalkan aku dengan perkataan imperialisma. Dari perdebatan ini aku mula bertemu dengan konsep imperialisma.

Pemahaman ini adalah pemahaman yang longgar. Pemahaman yang belum di pasak dengan hujah dan teori yang tuntas. 

Dari Times dan Newsweek aku melihat gambar-gambar anak-anak muda lelaki dan perempuan berambut panjang dan para mahasiswa mengacung tangan menentang Perang Vietnam. Aku juga melihat  sepanduk  yang mereka bawa bertulis : Down With American Imperialism.

Semua ini membuka mata dan hati aku.

Tahun 1969  selepas  13 Mei aku Hishamuddin Rais semakin  mencari arah  untuk membuat satu pandangan dunia yang baru. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DLAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/09/22/mencari-arah-politik


KEMAH KOCIK JAMIN KALAH



Parti baharu tidak mampu jadi ‘game changer’ jika bersendirian, kata pemerhati

PARTI politik yang baru ditubuhkan tidak akan menjadi “game changer” atau pengubah keadaan jika mereka bergerak sendirian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata penganalisis politik.

Selain beberapa personaliti terkenal yang berpeluang memenangi kerusi, pemerhati berkata parti politik baharu perlu bekerjasama dengan gabungan kukuh sedia ada bagi meraih peluang pada PRU akan datang.

Beberapa parti baharu yang mungkin menyertai PRU kali pertama ialah Muda, Pejuang, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Warisan Sabah dan Parti Kuasa Rakyat (Kuasa).

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata arena politik negara sudah penuh dengan nama besar seperti Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional.

Beliau berkata parti baharu mungkin sukar untuk melakar kejayaan – daripada aspek memenangi kerusi – kerana parti besar mendominasi kebanyakan kawasan.

“Mereka mungkin ada peluang jika calon mereka personaliti yang digemari di kawasan tertentu,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Tambahan pula, tanpa dasar atau program yang dapat menarik orang ramai dan tanpa kerjasama dengan gabungan besar sedia ada, sukar untuk parti baharu ada daya tarikan pada PRU15.”

Felo kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Dr Oh Ei Sun senada dengan Tunku Mohar, berkata setiap parti mungkin dapat menang sejumlah kerusi, terutama menerusi tokoh politik terkemuka mereka.

Beliau berkata parti baharu juga tidak ada rekod kejayaan berbanding parti lebih besar.

“Saya fikir setiap parti akan menang kerusi, terutama bagi kerusi ditandingi pemimpin parti mereka, contohnya presiden parti.

“Lain daripada itu, sukar untuk mereka menawan kerusi yang secara tradisinya dipegang parti politik besar sama ada daripada parti kerajaan atau pembangkang, kerana parti baharu tidak ada rekod kejayaan lampau,” katanya.

Oh berkata parti politik baharu mungkin ada peluang jika mereka menyertai gabungan parti yang sedia ada.

Sementara itu, pakar politik Asia dari Universiti Tasmania James Chin berkata tidak ada parti baharu yang mempunyai penjenamaan politik yang cukup kuat pada masa ini, kecuali Muda.

Namun dengan penjenamaan Muda, yang kebanyakannya dibuat menerusi media sosial, Chin berkata ia tidak akan cukup untuk menggulingkan parti politik utama.

Beliau berkata parti baharu terpaksa bergantung kepada sokongan gabungan sedia ada yang kuat.

“Tidak ada antara mereka satu jenama yang sangat kuat. Muda paling kuat daripada segi jenama tetapi itu pun, kebanyakan dibuat di media sosial.

“Saya fikir penjenamaan Muda juga tidak sekuat parti utama lain.

“Semua parti ini akan perlu bergantung kepada gabungan lebih besar untuk membantu mereka daripada segi penjenamaan,” katanya.

Muda baru-baru ini berkata ia mungkin bekerjasama dengan PH pada PRU akan datang, seperti dilakukan parti berasaskan golongan belia itu pada Pilihan Raya Negeri Johor.

Kuasa baru-baru ini mengumumkan ia akan bekerjasama dengan PBM pada PRU akan datang.

Presiden Kuasa Kamarazaman Yaakob berkata parti itu berminat untuk bergabung dengan PBM menjadi satu parti. Namun perkara itu akan diputuskan pada mesyuarat agung PBM 1 Oktober depan.

Kamarazaman ialah abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang berkata Kuasa mesra BN.

PBM baru-baru ini menyatakan minatnya untuk menjadi sebahagian daripada BN. Namun belum ada perkembangan berkenaan keputusan itu. – 22 September, 2022.

WOIT

MUSTAHIL 

TAK FAHAM

ABC POLITIK

AMIN

KEMAH KOCIK

JAMIN KALAH

AMIN

KEMAH BOSA

MUNGKIN ADA

PELUANG MENANG

AMIN

SENDIRI SENDIRI

BUKAN POLITIK

ITU EGO NAK JADI

MAT RAMBOO

MAT BEBAL

KAH KAH KAH

AMIN