Rabu, 2 Disember 2020

DUKUN BOMOH DAN PAWANG

 


WELL EDUCATED JIN 

 WELL EDUCATED BOMOH

AZMIN ALI KENA SAMAN

 


SAMAN KITA

FAHAM TAPI

FIDUSIARI INI

APA BENDANYA

AMIN


10 pengundi Gombak saman Azmin, lapor media

SEPULUH pengundi di Gombak menyaman Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari sebagai ahli Parlimen yang mereka pilih dalam pilihan raya umum lalu, selepas terlibat dalam percaturan politik menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hujung Februari lepas.

Mereka meminta mahkamah mengisytiharkan, sebagai wakil rakyat yang dipilih, Azmin mempunyai tanggungjawab fidusiari terhadap pengundinya serta memegang amanah bagi pihak mereka, lapor Free Malaysia Today.

Saman dikemukakan melalui Tetuan Yohendra Nadaraja di Mahkamah Tinggi minggu lalu, kata laporan itu.

Dalam saman itu, mereka juga mahu mahkamah mengisytiharkan Azmin melanggar sumpah jawatan selaku ahli Parlimen, mengikut Perkara 59(1) Perlembagaan Persekutuan yang dibaca bersama Jadual Keenam.

Mereka juga meminta mahkamah mengisytiharkan Azmin secara tort telah menipu mereka, setelah beliau semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berikrar untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan pemimpin yang korup.

Mereka mendakwa Azmin terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan PH dan kemudian menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang menggantikannya, yang turut disertai oleh wakil rakyat BN yang sebelum ini beliau tuduh rasuah.

Azmin tidak pernah menafikan penglibatannya dalam gerakan politik pada hujung Februari tetapi baru-baru ini mendakwa kerajaan PN ditubuhkan atas kehendak Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri bagaimanapun menafikan dakwaan Azmin.

Dalam satu kenyataan semalam, Dr Mahathir berkata tuduhan Azmin palsu.

Azmin menyertai kerajaan baharu PN yang dibentuk oleh Bersatu yang keluar daripada PH bersama BN dan PAS, serta disokong oleh parti-parti dari Sarawak dan Sabah.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang mengetuai kerajaan baharu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac, dan selepas itu melantik Azmin sebagai menteri kanan ekonomi dalam Jemaah Menteri.

Sepuluh pengundi itu memohon mahkamah memberi mereka ganti rugi dan perintah lain yang dirasakan wajar. – 1 Disember, 2020.


SAMAN KES APA

KE TIPU 

KES CURI

KES RASUAH

ORANG RAMAI

TAK FAHAM

AMIN

 

SELANGOR SABAH JOHOR DALAM BAHAYA

 



AWAS


Selangor, Sabah dan Johor penyumbang terbesar kes baharu Covid-19

MALAYSIA hari ini melaporkan 851 kes baharu Covid-19 dengan Selangor, Sabah dan Johor menyumbang sebahagian besar jangkitan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Lembah Klang mencatatkan 334 kes dengan Selangor merekodkan 249 jangkitan baharu, Sabah (229) dan Johor (102).

Jangkitan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan berjumlah 68,020 dengan 10,686 kes aktif.

Bagi kes pulih, seramai 658 individu dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh 24 jam terakhir menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 56,989.

Terdapat juga dua kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat virus itu seramai 365 orang. – 2 Disember, 2020.



KITA

JAGA

KITA

PENDATANG HARAM

 



MASUK CARI

KERJA DI MALAYSIA

BUKAN SATU

KESALAHAN

AMIN

TENAGA MEREKA

DIPERLUKAN

AMIN

YANG BAHAYA

IALAH MEREKA

MASUK TANPA

KURANTIN

AMIN

IKUT LORONG TIKUS

MEREKA MUNGKIN

JADI PEMBAWA 

WABAK TIKUS  

INI YANG BAHAYA 

DATANG CARI KERJA 

TAK BAHAYA


AMIN



Sembilan PATI Indonesia dicekup cuba masuk negara secara haram

KUALA LUMPUR – Sembilan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia ditahan tentera kerana menceroboh masuk ke dalam negara melalui laluan perairan secara tidak sah.

Kesemua individu itu ditahan antara jam 2.20 pagi hingga 8.15 pagi hari ini dalam Op Benteng di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Menurut kenyataan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), pencerobohan itu dikesan selepas pihaknya menerima makumat pada jam 1.20 pagi daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan anggota petugas Pos Pemerhati.

“Mereka memaklumkan terdapat pergerakan bot yang mencurigakan sedang menghampiri kawasan persisiran pantai Ladang Sungai Tengah 1, Bandar Penawar, Johor.

“Pada 2.20 Pagi, pasukan telah mengatur gerak pasukan Tindakan Pantas (Tim Quick Reaction Force (QRF) untuk mengesan dan mengepung kawasan berkenaan sebelum hasil serbuan berjaya menahan 8 PATI,” kata markas dalam kenyataan tersebut.

Tambahnya, hasil penjejakkan di sekitar kawasan berkenaan membolehkan  lapan individu ditahan dan seorang lagi PATI ditahan ketika bersembunyi di hutan berhampiran Ladang Sungai Tengah.

Menurutnuya, kesemua individu yang ditahan adalah warga Indonesia yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua perempuan berusia antara 24 hingga 45 tahun.

“Mereka dipercayai baru sahaja tiba ke negara ini melalui jalan yang tidak sah (jalan tikus).

“Nilai rampasan keseluruhan tangkapan dianggarkan berjumlah RM14,231.36 iaitu melibatkan wang tunai RM1,123.85 dan IDR8,901,300 (RM2,588.81) bersama tujuh buah telefon bimbit, jam tangan dan barang kemas,” katanya.

Tambahnya, kesemua PATI itu ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang untuk menjalani pemeriksaan dan saringan Covid-19 sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia manakala laporan polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai mengenai tangkapan itu. – MalaysiaGazette

AKHIRNYA

KITA SESAMA

DALAM BAHAYA

AMIN

PECARI KERJA 

BAWA VIRUS

UNTUK SEMUA

AMIN



SAMSENG CHINA MERAH MERESAP MASUK

 

INI TATIK

CHINA MERAH

UNTUK MENAKLOK

AMIN

HANTAR MODAL

HANTAR AMOI

HANTAR  TEKNOLOJI

AMIN

HANTAR SAMSENG

MERESAP HINGGA

KE PDRM

AMIN

BELI PENGARUH

BELI

SOKONG POLITIKUS

AMIN


Addy Kanna dan Alvin Goh ditahan 2 tahun di Pusat Pemulihan Khas

KUALA LUMPUR – Addy Kanna atau nama sebenar Zaidy Kana Piah, Alvin Goh dan dua anggota polis yang ditahan berkaitan kes pusat panggilan judi dalam talian dan sindiket Macau Scam dikenakan perintah tahanan selama dua tahun masing-masing di tiga Pusat Pemulihan Khas (PPK).

Mereka akan ditahan di PPK Simpang Renggam, Johor; Pokok Sena, Kedah; dan Bentong Pahang.

Arahan itu dikeluarkan pada 25 dan 26 November lalu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner  Huzir Mohamed dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Menurut beliau, seorang lagi suspek iaitu lelaki warga China bernama Chen De Wei, 31, dipercayai mengetuai sindiket perjudian itu turut berjaya ditangkap dan ditahan selama 38 hari bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Selain itu, katanya, enam lagi suspek iaitu lima warga China dan seorang warga Malaysia pula masih dalam tahanan POCA di bawah Seksyen 4(2)(a) selama 38 hari sehingga 8 Januari 2021.

“Dia bersama enam lagi suspek berkenaan masih ditahan bawa POCA selama 38 hari lagi dan belum diberi keputusan oleh Lembaga Pencegahan Jenayah( LPJ) Kementerian Dalam Negeri.

“Apabila tamat tempoh nanti kita akan hadapkan mereka ke Lembaga Pencegahan Jenayah 8 Januari ini nanti untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut Huzir, De Wei yang merupakan dalang utama menghubungkan antara sindiket Malaysia dan China merupakan antara 130 individu yang dicekup dalam operasi khas besar-besaran Bukit Aman pada 15 hingga 20 Oktober lalu.

Katanya, dia dan enam lelaki itu ditangkap di sebuah premis di Mount Kiara semasa operasi khas Macau Scam itu.

“Suspek adalah ketua sindiket Macau Scam dan juga memainkan peranan sebagai penghubung antara sindiket Malaysia (Addy Kanna) dan juga China.

“Pemeriksaan lanjut polis mendapati suspek juga (De Wei) tersenarai sebagai individu sangat dikehendaki oleh China atas kesalahan Macau Scam,” ujarnya lagi.

Susulan tangkapan berkenaan, Huzir memberitahu bahawa polis menerusi Op Dadu Centre melakukan beberapa siri serbuan susulan dan berjaya menahan 130 individu manakala 87 daripadanya dikenakan tindakan reman selama 38 hari di bawah Seksyen 4(2)(a) POCA. – MalaysiaGazette


AWAS

CHINA MERAH

MAHU JADIKAN

TANAH MELAYU

PROVINSI

DUSUN DURIAN

  CHINA MERAH

AMIN



AKTIVIS HONG KONG MASUK PENJARA

 


DIPENJARA KERANA

MENENTANG REJIM

CHINA MERAH


Hong Kong activist Joshua Wong jailed for 13 and a half months over protest

Agnes Chow and Ivan Lam also sentenced over pro-democracy protest at police HQ last year


Aktivis Hong Kong berprofil tinggi Joshua Wong akan menghabiskan lebih dari satu tahun penjara kerana tunjuk perasaan yang tidak sah di luar ibu pejabat polis pada bulan Jun tahun lalu, sebuah mahkamah Hong Kong telah memutuskan.

Wong mengatakan minggu lalu dia akan dipenjara setelah mengaku menganjurkan acara itu sejak awal dalam gerakan tunjuk perasaan di kota itu, yang dimulai dengan berjuta-juta orang yang menentang undang-undang ekstradisi sebelum berkembang menjadi desakan pro-demokrasi yang lebih luas.

Di mahkamah West Kowloon pada hari Rabu, lelaki berusia 24 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama 13 setengah bulan kerana mengatur dan menghasut orang lain menghadiri perhimpunan yang tidak sah di luar ibu pejabat polis pada bulan Jun 2019.



SALUT 


BRO





JEMPUTAN JAM 8.00 MALAM INI

 

 

 MALAM INI

FORUM WEB

DEMOKRASI MALAYSIA

Democratization in Malaysia in particular and Southeast Asian region in general | FORSEA



Date: Wednesday 2nd December 2020

Time: 8pm Kuala Lumpur || 7pm Bangkok, Jakarta & Phnom Penh || 6:30pm Myanmar ||12 noon London

Panelists:

Host:  Maung Zarni,  Forsea Co-Founder & General Secretary

Guest: Tan Sri Dr Syed Hamid Albar (Former Malaysian minister) 
 

Watch live on the FORSEA YouTube 

Channel

More information –

Former Foreign Minister of Malaysia Dr. Syed Hamid Albar had been a Member of Parliament. He was appointed various ministerial positions, including Minister in the Prime Minister’s Department, Minister of Defence, Minister of Foreign Affairs and Minister of Home Affairs. He has held important positions in several banks and organizations. He is the former Special Envoy to Myanmar, appointed by the Organisation of Islamic Cooperation (OIC). He is passionately engaged with global humanitarian issues. Dr. Albar is the Council Member of the Asian Peace & Reconciliation Council (APRC) and was the founder of HUMANITI Malaysia, an NGO involved in humanitarian work in Malaysia and ASEAN, particularly in Myanmar. Dr. Albar is also actively involved in the academic world. Currently, he is an Adjunct Professor in Asia e University, Kuala Lumpur.  He is also a Citizen Ambassador of the Free Rohingya Coalition and a staunch campaigner for Rohingyas' right to a nationality and right of voluntary return to Myanmar with basic and citizenship rights.  

MAJORITI SETUJU POLITIKUS KAKI TIPU

 



MAJORITI SETUJU

POLITKUS

KAKI TIPU

Unknown commented on 

"INI BUKAN YB POYO - INI YB PORT DICKSON"

TT akhirnye jadi baruaaa....ooops sorry penyambung lidah pengkhianat dan penyamum umgok yg duluuuuu dia pun dok kutok.


Tanah Melayu Dulu commented on 

"INI BUKAN YB POYO - INI YB PORT DICKSON"

Kirim salam ngan anak lelaki iskandar kutty yerr


Unknown replied to a comment on

 "MAHATHIR TIPU AKU"

Sama dgn hang yg handal x masuk politik, bagaimana rakyat nak pilih supaya pemerintahan suci mcm yg fikir


Unknown commented on

 "MAHATHIR TIPU AKU"

Semuanya kaki tipu,orang2 terhegeh2 bermati2an pertahankan orang2 macam ni tapi time masuk habuan depa kedarah sorg2 n bagi kat anak bini kaum kerabat depa saja




DENGA APA BRO INI CAKAP

 


DENGAR APA

BRO KITA INI

CAKAP

ALFARUQI commented on

 "MAHATHIR TIPU AKU"

koleksi Hadis Akhir Zaman.. 15 perkara mengundang bala Allah. Dua perkara teratas. Pertama apabila harta negara beredar di kalangan pihak tertertentu dan kedua, amanah dijadikan sumber keuntungan. إذاكان المغنم دولا والأمانة مغنما

JANGAN JUAL AGAMA

 


POLITIKUS MENIPU

SATU HAL

SATU LAGI MENIPU

PAKAI 

TOPENG  AGAMA

Unknown replied to a comment on

 "MAHATHIR TIPU AKU"

Betul semua ahli politik tipu seperti yang ko cakap,tapi ko sudah kaitkan seperti satu parti iaitu pas...ko buat ayat pun menyindir,kenapa tak jelaskan jer tanpa perlu cakap tunggang agama atau pak lebai...pak lebai ni ramai,ustaz atau imam masjid pun pak lebai...kenapa ko pukul rata?

INI BUKAN YB POYO - INI YB PORT DICKSON

 



JANGAN

KURANG  AJAR

INI  BUKAN YB POYO

INI YB PORT DICKSON

Unknown commented on 

"LAGI TEKANAN KEPADA ANWAR"

poyo gila nak kutip sampah pakai kemeja kuning. ada apa pasal pilih kuning? nak bagi tau semua orang di pantai PD tu yang hang masa tu sedang promosi diri nak jadi MP kan? orang yang ada hormat diri akan buat kerja kutip sampah tu tanpa perlu harap mata-mata orang tengok. berapa ramai sukarelawan dok bersih pantai selama ini takda pun poyo macam hang. 



gwa bukan budak koleg tapi gwa nak bagitau sama lu. lu cuma layak sebagai ahli kira-kira masjid di cerok tokun saja. selain daripada tu lu memang tak layak. setakat cakap pandai tu boleh la untuk orang ramai yang takda daya fikrah macam ahmad maselannn ameennn

UMNO MASIH TOLAK MUHYIDDIN

 


UMNO TEGAR

MASIH TOLAK

MUHYIDIN

AMIN


Umno, PAS sudah cukup kuat tanpa Bersatu, kata Khaled Nordin



FAKTA TUNJUK

BUKAN SEMUA

GEROMBOLAN

SOKONG MUHYIDIN

AMIN

AMANAH SDIA TUNGGU 7 HARI


AMANAH SEDIA

TUNGGU 7 HARI

AMIN

LEPAS 7 HARI

WAJIB ADA 

RANCANGAN BARU

AMIN


Amanah hargai kesediaan Anwar pikul tanggungjawab

AMANAH menyatakan penghargaan kepada Anwar Ibrahim kerana sedia memikul tanggungjawab atas arahannya yang menyebabkan Belanjawan 2021 lulus peringkat dasar.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas jawatankuasa pimpinan nasional parti itu berhubung arahan kontroversi ketua pembangkang itu.

“... (Mesyuarat itu) hanya memutuskan Amanah menghargai kesediaan Anwar untuk mengambil tanggungjawab dengan apa yang berlaku pada 26 November lepas di Dewan Rakyat.

“Bagaimanapun, kita juga telah bersetuju untuk berbincang bersama dengan rakan-rakan gabungan apa yang patut dibuat  seterusnya selepas peristiwa itu,” katanya.

Beliau mengulas laporan The Malaysian Insight semalam bahawa Amanah setuju memberi peluang kepada Anwar untuk mengotakan janjinya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Anwar berjanji untuk berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari dan persetujuan itu pula dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pimpinan nasional parti pada Ahad malam, kata sumber.

Pucuk pimpinan Amanah juga memutuskan Majlis Presiden PH perlu bermesyuarat selepas tempoh tujuh hari berakhir Khamis ini, untuk menetapkan hala tuju gabungan itu, tambahnya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata Amanah tidak memberikan sebarang kata dua berhubung tindakan Anwar.

“Oleh itu, adalah tidak benar sama sekali untuk (mendakwa) Amanah memberikan kata duakepada rakan-rakannya dalam PH.

“Memberi kata dua kepada rakan-rakan gabungan bukan budaya Amanah,” kata ahli Parlimen Shah Alam itu lagi.

Khalid merupakan antara 13 ahli Parlimen yang bangun untuk menuntut undian belah bahagi sewaktu Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz menggulung perbahasan pada 26 November.

Ahli pembangkang lain termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu tidak bangun menyokong usul tersebut menyebabkan undi belah bahagi untuk menolak belanjawan tersebut tidak dapat dijalankan.

Ia disebabkan arahan Anwar supaya ahli Parlimen tidak menyokong usul mendesak undi belah bahagi yang membolehkan belanjawan berkenaan lulus di peringkat dasar.

Anwar kemudian menjelaskan belanjawan tersebut masih boleh ditolak dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa.

Perbahasan peringkat jawatankuasa untuk lima kementerian minggu ini bagaimanapun sudahpun berjaya diluluskan apabila lebih banyak undi menyokong berbanding bantahan pembangkang.

Tiga daripadanya lulus dengan undian belah bahagi dan dua lagi lulus dengan undian suara setakat semalam. – 2 Disember, 2020.

BACANG PEMUDA 

DAN WANTA

DAH BERSUARA

AMIN

JELAS MAHU

ANWAR DIGANTI

AMIN

JENG JENG JENG

KITA LIHAT

APA JADI

UNTUK BACAAN 

AKHIR 15/12/2020

AMIN



INI BAKAL YB DARI PARTI MANA?

 


INI BAKAL YB

DARI PARTI MANA?

"I have received a formidable and convincing support from members..."
"I am not talking about a four or five or six majority.
"It is much more than that".
-cobaan😂