Rabu, 11 Januari 2023

KJ BOLEH SELAMATKAN KETUANAN MELAYU


KJ BAWA NAFAS

BARU DALAM UMNO

KHALAS

KJ BOLEH

SELAMATKAN

 KETUANAN MELAYU

KAH KAH KAH

BUNG MOKHTAR WIRA SABAH



KM umum rombakan Kabinet kerajaan Sabah


Kabinet baharu Sabah guna formula kerajaan perpaduan, kata TKM


Bung Moktar tidak iktiraf rombakan Kabinet baru Hajiji



Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lamag Bung Moktar Radin hari ini menolak pelantikan menteri Kabinet Sabah yang baru dari partinya, menyifatkan tindakan tersebut membelakangkan perdana menteri dan tidak mewakili Umno Sabah yang diterajuinya.

Dalam sebuah kenyataan, Bung menyifatkan tindakan mereka menerima lantikan tersebut adalah untuk kepentingan diri masing masing tanpa memikirkan masa depan Umno secara menyeluruh.

"Pelantikan Kabinet baru melibatkan dua ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno ini tidak mewakili parti, dan kita tidak membuat sebarang pengiktirafan berkenaannya.

"Ketua Menteri Hajiji Noor juga tidak boleh mengatakan atau mengiktiraf mereka ini mewakili Umno dalam barisan Kabinetnya," katanya, sambil menambah perkara itu akan dibawa kepada lembaga disiplin parti untuk diambil tindakan.

Awal hari ini, Bung yang merupakan Adun Lamag digugurkan daripada Kabinet Sabah dengan lantikan jemaah Kabinet baru hari ini.

Rombakan dengan lantikan baru itu diumumkan Hajiji di mana Adun Tanjung Keramat Shahelmey Yahya dilantik sebagai timbalan ketua menteri III merangkap menteri kerja raya Sabah yang baru manakala Adun Sugut James Ratib dilantik sebagai menteri pembangunan masyarakat dan kesejahteraan rakyat Sabah.

Sebelum ini, kedua-dua mereka itu bersama tiga lagi Adun Umno tidak menyertai gerakan Bung untuk menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai ketua menteri.

Dalam pada itu, Bung turut menyifatkan tindakan Hajiji yang merombak Kabinet membelakangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam menubuhkan kerajaan perpaduan.

"Ketua menteri nampaknya membelakangkan pandangan PM untuk menubuhkan kerajaan perpaduan di Sabah, perlu diingat pembentukan kerajaan pusat, Barisan Nasional (BN) merupakan penyumbang kepada kerajaan perpaduan.

"Jangan hanya mengaut keuntungan dan rakyat diabaikan, buatlah perubahan untuk rakyat dan negeri Sabah," katanya.

Dalam rombakan baru Kabinet Sabah, Presiden Star Jeffrey Kitingan dilantik timbalan ketua menteri I merangkap menteri pertanian dan perikanan negeri menggantikan Bung.

Sementara Shahelmey menggantikan Timbalan Presiden PBS Joachim Gunsalam kini dilantik memegang jawatan timbalan ketua menteri II.

WOIT

BUNG NI HEBAT 

BUNG BMX SABAH

KAH KAH KAH

BMX TAK PEDULI

TAK AMBIK POT

PMX  PUTRAJYAIA

KAH KAH KAH

INILAH BMX

WIRA SABAH

KHALAS



KJ NAK GANTI ZAHID


KJ beri bayangan UMNO akan sokong Kerajaan Perpaduan jika beliau menang jawatan Presiden



KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi bayangan UMNO akan terus menyokong Kerajaan Perpaduan sekiranya beliau dan rakan sekutunya memenangi jawatan Presiden parti itu.

Menerusi ciapan bekas Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming, Khairy dikatakan berkata demikian ketika berucap pada program Regional Outlook Forum 2023 di Singapura pada Selasa.

Dalam ucapan sama, Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan menegaskan sekiranya beliau menjadi Presiden UMNO, tiada perubahan dalam jawatan Perdana Menteri namun tidak menolak kemungkinan ada perubahan pada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sementara itu, berdasarkan video yang tersebar di media sosial, Khairy ketika berucap dalam majlis itu menegaskan, pemilihan kali ini adalah 3R untuk UMNO iaitu 'Reform, Relevan atau Rest In Peace'.

"Jadi kita pergi ke pemilihan ini, dengan harapan dapat menentukan hala tuju baharu untuk UMNO.

“Sekarang ada kebimbangan dan kebimbangan ini disuarakan mereka yang rasional, mengatakan sekiranya ada perubahan kepimpinan UMNO, ia akan membawa ketidakstabilan politik.

“Ini kerana ia akan menjurus kepada kejatuhan kerajaan, yang akan membawa kepada satu lagi “Langkah Sheraton” dan kerajaan baharu akan mentadbir dan Perdana Menteri baharu akan angkat sumpah.

“Anthony (Anthony Loke), saya mahu katakan ini dengan jelas, di hadapan semua tetamu bahawa jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan Presiden, meneraju tampuk pemerintahan UMNO, kita akan terus sokong Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim dan kepada anda,” katanya dalam ucapan itu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga menegaskan beliau mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan parti akan datang.

Begitupun, Khairy menyatakan masih belum membuat keputusan sama ada mahu bertanding jawatan Presiden atau tidak.

Menurut Kian Ming lagi, Khairy juga berkata beliau mahu kerajaan yang ada sekarang terus bertahan dan kekal stabil.

Pemimpin UMNO itu juga menegaskan beliau tidak menyokong sebarang usaha di belakang tabir untuk menukar kerajaan.

Regional Outlook Forum 2023 yang diadakan selama lima hari di Singapura menampilkan beberapa personaliti terkemuka dari Malaysia termasuk Menteri Pengangkutan, Athony Loke Siew Fook dan tokoh perbankan, Nazir Razak.

WOIT

KJ NI BIJAK

DARI ZAHID

AMIN

PANDAI CAKAP

ORANG  PUTIH

KAH KAH KAH

LULUSAN

OXFART

BUKAN KECIK ANAK

KAH KAH KAH

MENANTU ABAH

BEKAS BUDAK

TINGKAT 4

KAH KAH KAH

KALAU TAK

TERLIBAT KES

RASUAH VAKSIN

PASTI CALON

TERBAIK UNTUK

GEROMBOLAN

AMIN

GERAKAN TOLAK ZAHID


Saya tak terlibat dalam gerakan jatuhkan presiden parti – Masliha


KUALA LUMPUR – Saya tidak terlibat dengan mana-mana gerakan untuk menjatuhkan presiden parti, kata Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun.

Beliau mengulas mengenai mengenai penularan #RESETUMNO yang dikaitkan dengan pihak yang mahu menjadi pencabar kepada kepimpinan UMNO sedia ada.

Beliau berkata, perkara itu mungkin dilakukan pihak-pihak tertentu namun tidak mengetahui puncanya.

“Saya agak terkejut wajah saya ada dalam poster tersebut. Walaupun ia selari dengan hasrat saya bertanding jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO nanti tetapi tidaklah sampai ada gerakan seperti ini,” katanya  hari ini.

Lagi pun, untuk bertanding, beliau sudah berbincang terlebih dahulu dengan Ketua Pergerakan Puteri UMNO,  Zahida Zarik Khan.

“Beliau (Zahida) merestui hasrat saya dan akan membawa saya bertemu presiden parti,  Ahmad Zahid Hamidi pada minggu depan.

“Saya tidak ada kena mengena dengan sebarang agenda menjatuhkan presiden,” tegasnya.

JENG JENG JENG

BILA  DINAFI

ERTINYA ADA

KAH KAH KAH

ADA GERAKAN

NAK TERAJANG

ZAHID

KAH KAH KAH

GERAKAN INI

DAH WUJUD

TAPI BELUM

BERKEMBANG

KAH KAH KAH

SAPA KEPALA?

SAPA NAK GANTI

ZAHID ?

JENG JENG JENG

KHALAS

DARI MANA KEKAYAAN DATANG ?


KAJI SELIDIK

DARI MANA

KEKAYAAN DATANG

KHALAS

Unknown commented on
 "MUSIM PANAS SAMPAI AWAL KE SWITZERLAND"

Cerita Amerika 2012 sampai jugak akhirnya, dunia akan berubah, siapa akan tinggal mewarisi harta kejayaan kekayaan selama lamanya, pasti orang orang politik golongan kaya raya, akan hidup anak beranak selama lamanya, akan ada tiket ke syurga, akan ada kapal selamatkan mereka yang ada duit, tak apa tak apa yang akan musnah rakyat biasa tak kaya tak berduit kerana kerja keras siang malam untuk makan minum pakaian rumah kereta segalanya, 


manakala yang ada kuasa macam Daim Zainuddin, Mahathir anak beranak, Najib keluarga, Mahiaddin keluarga sanak beranak akan hidup selamanya dengan kekayaan yang curi rasuah rompak, tak apa tak apa biarkan, alam akan beri segalanya, samada kehidupan, kemusnahan akan bergantung nanti tak apa sabar sabar hari mereka akan sampai, cerita apa sekali pernah kita tengok akhirnya kita balik tangan kosong macam Iskandar Zulkarnain setelah memperolehi segala kuasa kekayaan akhirnya dibiarkan tangan kosong supaya menjadikan pengajaran kepada semua, tetapi tiada yang ambil peduli nanti saja amin, kah kah kah

MEMAHAMI SISTEM EKONOMI KAPITALIS

 


SISTEM EKONOMI

KAPITALIS

AMIN

KELAS KAYA

TAK BAYAR CUKAI

KHALAS

CUKONG SOKONG SEMUA


CUKONG BELI

PERIKATAN &

BELI PAKATAN

AMIN

SAPA MENANG

CUKONG TETAP

BUAT DUIT

KHALAS

Unknown commented on
 "MENCARI UNDI"

Kaum Cina paling kuat menipu yang kena CEO orang Melayu... sah jadi kambing hitam saja Kenapa yang kena itu kaum Melayu sedangkan kaum Cina lagi kuat kartel penipunya.. Link bawah ni haah

JANGAN SEBAR FAKE NEWS


BRO

SOALAN LU SAMA

MACAM SOALAN SB

NAK TAKUTKAN GUA

DGN FAKE NEWS

MASA SOAL SIASAT

AMIN

JAWAB GUA SAMA

I DONT GIVE A FUCK

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "JANGAN SEBAR FAKE NEWS"
Hati dah keras mcm abu jahal....sebasalah puak jakim bila ko mati nanti bhaii...nak tanam dimana..jirat cina...tepi hutan.....kah kah kah

MENYEMBAH TUHAN RA


 PAGI MENDUNG

PETANG JAM 3.00

JADI PANAS

AMIN

TAK TAK & EZI

MANDI CAHAYA

MENYEMBAH

TUHAN RA

KHALAS



BERGABUNG DENGAN NAJIB


BERGABUNG

DENGAN NAJIB

KHALAS

Unknown commented on 
"MAKLUMAT BARU MASUK"

Gwa rasa tt tahu tapi tt terlepas pandang... Guru Nanak pun tahu mat mat rempit bosskur , minah2, makcik pakcik yang seronok Najib bg brim, anytime akan mempersetujui langkah bergabung dengan Najib, Siapalah sangat Anwar dengan Zahid di mata dorang ?hummmm

SOKONG RUSIA LAWAN AMERIKA



DULU TUAN

SEKARANG MUSUH

AMIN

SOKONG RUSIA

LAWAN AMERIKA

KHALAS

SAPA TIAN CHUA INI ?


Tian Chua: Aktivis terbilang yang terbuang

FOTO Tian Chua duduk bersila di hadapan truk penyembur air kimia Federal Reserves Unit (FRU) ketika gerakan reformasi sedang memuncak kira-kira 24 tahun lalu akan terpahat dalam memori sejarah bangsa sampai bila-bila.

Ia bukan sekadar foto ikonik yang lebih kurang sama bentuknya yang mengingatkan kita kepada pemuda tak bernama yang berdiri di hadapan kereta kebal dalam peristiwa pembunuhan besar-besaran Dataran Tiananmen China 1989.

Ia juga bukan hanya sekadar foto yang mengungkapkan suasana politik perlawanan di zaman reformasi setelah Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Tidak juga sekadar sebuah rakaman perjalanan perjuangan demokrasi di Malaysia. Lebih daripada itu, ia sebuah foto yang menampilkan iltizam seorang anak muda pemberani bernama Tian Chua untuk menempa proses pembinaan sebuah bangsa – Bangsa Malaysia.

Reformasi 1998 pada umumnya adalah sebuah gerakan yang disertai rata-ratanya oleh masyarakat Melayu yang tersentak dengan layanan yang dianggap zalim, kejam dan mengaibkan yang dilakukan oleh regim Mahathir ke atas Anwar Ibrahim.

Tidak ramai anggota masyarakat Tionghua atau India yang terlibat. Ia dianggap sebagai isu Melayu. Melayu sama Melayu bergaduh politik, bukan Melayu usah masuk campur. Ini sentimen umum yang terdapat dalam masyarakat bukan Melayu pada ketika itu.

Tetapi tidak bagi Tian Chua, pemuda Tionghua yang benar-benar berjiwa Malaysia.

Ketika ramai aktivis politik bukan Melayu pada waktu itu melakukan perlawanan simbolik terhadap apa yang mereka anggap sebagai “hegemoni Melayu” dengan menolak pemakaian simbol-simbol keMelayuan seperti songkok, baju Melayu dan seumpamanya, Tian Chua mengambil pendirian yang berbeza.

Beliau tampil bersongkok dan berbaju Melayu lengkap dengan samping, dan berpidato dalam bahasa kebangsaan yang fasih di perhimpunan-perhimpunan politik pembangkang.

Walaupun mengenakan kelengkapan sarana-sarana keMelayuan mungkin dianggap remeh oleh ramai orang, ia cukup memberi penanda khususnya buat masyarakat Melayu terbanyak bahawa Tian Chua benar-benar faham bahawa Malaysia di sebalik segala kerencaman budaya, agama, etnik dan bahasanya adalah sebuah negara-bangsa berteraskan Melayu.

Kerana itu juga Tian Chua tidak memilih DAP sebagai wadah politik beliau, sebaliknya PKR sebuah parti berbilang etnik tetapi berteras dan berkepimpinan Melayu sebagai pilihannya.

Justeru, tidaklah menghairankan pada zaman reformasi Tian Chua dianggap sebagai sosok yang berjaya mendakap dan didakap oleh gerakan reformasi khususnya dalam kalangan aktivis-aktivis muda yang muncul ketika gerakan reformasi bermula dan menjadi sosok ikonik buat anak-anak muda rentas budaya, rentas agama, rentas etnik dan rentas bahasa, dalam perlawanan menentang regim Mahathir ketika itu.

Tian Chua bukan sekadar terjun ke dalam gelombang gerakan reformasi, bahkan menyelam ke lubuknya yang terdalam. Dalam proses tersebut bukan sedikit penderitaan mental dan fizikal yang dilaluinya.

Ditangkap, dipukul, dicederakan, disumbat ke dalam lokap berkali-kali dan kemuncaknya ditahan tanpa bicara di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Foto-foto dan video yang menunjukkan bagaimana beliau dicekak bajunya dan diseret dengan kasar serta ganas ke truk FRU, menjadi bukti bagaimana aktivis politik berketurunan Tionghua itu memberikan seluruh jiwa dan raga beliau kepada suatu perjuangan yang bukan hanya untuk demokrasi tapi juga untuk membina sebuah bangsa yang masih dalam proses mencari identitinya.

Identiti kebangsaan sebahagiannya terbentuk daripada memori kolektif yang ditempa bersama-sama. Itulah yang dilakukan oleh Tian Chua tanpa beliau sendiri menyedarinya.

Ramai yang mungkin melihat Tian Chua hanya dari sudut perjuangan politik beliau yang memberikan nafas lebih panjang buat gerakan demokrasi di Malaysia.

Namun buat saya sendiri, Tian Chua bukan hanya pemberi nafas buat demokrasi tetapi juga pemberi nyawa kepada proses pembinaan memori kolektif bersama yang merentasi perbezaan budaya, agama, etnik dan bahasa untuk bangsa kita, bangsa Malaysia yang masih di dalam pembikinan. Tian Chua adalah antara pembikinnya.

Kendati pun, sebagai manusia tentunya Tian Chua bukanlah sosok yang sempurna. Dalam perjalanan politik beliau yang panjang serta penuh onak dan duri, muncul peristiwa-peristiwa khususnya dinamika-dinamika dalaman parti beliau (PKR) yang menyudutkan beliau sehingga beliau terpaksa membuat pilihan-pilihan yang tidak strategik buat karier politik beliau sendiri.

Kemunculan fraksi-fraksi politik di dalam PKR yang saling bersaing untuk menempatkan diri masing-masing di dalam kedudukan kuasa menjadikan pertimbangan-pertimbangan politik yang perlu dibuat cukup merumitkan.

Dalam kerumitan dinamika dalaman parti PKR inilah yang akhirnya menyebabkan Tian Chua terpaksa membuat pilihan dan pilihan beliau itu akhirnya menyisihkan beliau daripada kedudukan arus perdana kuasa di dalam PKR.

Dilihat sebagai “orang Azmin” dan dicop oleh seteru-seteru beliau dalam PKR sebagai “pengkhianat”, beliau beransur-ansur terbuang dari koridor kuasa dalaman PKR walaupun beliau pernah menjawat jawatan Naib Presiden PKR sehingga penggal 2021.

Tidak dicalonkan sebagai calon parlimen di sebarang kawasan pada PRU15 yang baru lepas, Tian Chua membuat keputusan yang pada hemat saya fatal untuk karier politik beliau bersama PKR apabila bertindak untuk menjadi calon bebas menentang partinya sendiri di kawasan parlimen Batu.

Tentunya mana-mana parti sekali pun, takkan mungkin dapat menerima tindakan daripada anggotanya yang menentang calon parti sendiri di dalam pilihan raya. Tian Chua tentunya sudah maklum akan kesan daripada tindakan tersebut.

Justeru, apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan memecat beliau daripada parti, ini tentunya bukanlah sesuatu yang tidak dijangkakan. Bersama beliau, terdapat empat lagi anggota PKR lain yang turut dipecat atas kesalahan yang sama, yakni bertanding sebagai calon bebas pada PRU15 lepas tanpa persetujuan parti.

Dalam kenyataan balas merujuk kepada keputusan MPP PKR tersebut, Tian Chua menegaskan beliau mengambil tanggungjawab di atas semua tindakan yang telah dilakukan oleh beliau itu dan tidak mempertikaikan kuasa kepimpinan PKR.

Namun, beliau mempersoalkan tindakan keras yang diputuskan itu seolah-olah bertentangan dengan arus rekonsiliasi dan keterangkuman dalam suasana politik terkini.

Dengan kata lain, apa yang ingin ditegaskan oleh Tian Chua mungkin adalah kepimpinan PKR sanggup untuk mengetepikan permusuhan dengan Umno yang dimusuhi dan dikecam mereka sejak 24 tahun yang lalu, tetapi tidak sanggup untuk berdamai dengan seorang aktivis politiknya sendiri yang juga selama 24 tahun telah berkorban jiwa dan raga untuk memperjuangkan idealisme reformasi yang diangkat oleh PKR.

Namun, pada hemat saya dalam konteks organisasi parti politik yang punya aturan dan disiplinnya, tidak memecat Tian Chua bukanlah suatu pilihan untuk parti.

Tidak memecat memberi isyarat bahawa bertanding di pilihan raya atas tiket bebas melawan parti sendiri adalah dibenarkan.

Tidak memecat juga akan menjadikannya sebagai duluan (precedent) yang pastinya akan menjejaskan reputasi dan mengkucar-kacirkan aturan serta disiplin parti.

Namun begitu, dalam surat pemecatan yang dikeluarkan oleh PKR tersebut, Tian Chua masih diberikan peluang untuk membuat rayuan dalam tempoh 14 hari.

Apakah Tian Chua akan mengemukakan rayuan, tidak pula dinyatakan oleh beliau dalam kenyataan balasnya itu.

Buat saya, Tian Chua bukanlah anggota biasa-biasa dalam PKR. Beliau adalah sosok yang telah menyumbang jasa dan bakti yang besar bukan hanya kepada parti tetapi juga kepada perjuangan demokrasi serta terlibat secara langsung di dalam proses menempa memori kolektif bersama untuk membina bangsa Malaysia.

Malahan, beliau turut membayar dengan harga yang mahal demi keyakinannya terhadap idealisme reformasi, apabila kebebasannya dirampas dan dibungkam selama dua tahun tanpa sebarang perbicaraan di Kem Tahanan Kamunting.

Justeru, kes Tian Chua pada hemat saya adalah unik dan jika sekiranya beliau mengemukakan rayuan, maka pertimbangan-pertimbangan ini perlulah diambil kira di dalam membuat keputusan sama ada memaafkan beliau sepertimana PKR memaafkan Umno atau meringankan hukuman ke atas beliau dengan penggantungan sementara untuk suatu tempoh yang munasabah.

Seorang sahabat saya, Mohd Azizi Jaeh, yang juga seorang penulis di pojok Suara, The Malaysian Insight, berkongsi petikan dari sebuah buku yang menampilkan cuplikan sepucuk surat yang dikarang oleh Tian Chua buat seorang temannya ketika beliau masih mendekam di Kem Tahanan Kamunting. Petikan daripada surat itu merujuk khas kepada Anwar Ibrahim:

“Saudara kita perlu diyakinkan supaya lebih terangkum. Saya ingin memetik kata-kata mutiara Cina yang masyhur, yang saya percaya saudara kita, Anwar Ibrahim, barangkali sudah mendengarnya: Gunung Tai (yang bermaksud Gunung Agung) tidak pernah menolak sebarang tanah, kerana itu ia menjadi tinggi; lautan agung juga tidak pernah menyisihkan sebarang anak sungai, kerana itu ia menjadi luas.

“Kata-kata ini diungkapkan oleh Li Si, Perdana Menteri kepada Qin, dinasti pertama yang berjaya menyatukan China (Maharajanya ialah Shi Huangdi).

“Terdahulu sebelumnya, tatkala Qin mengetahui adanya pengintip di kalangan pegawai-pegawai asing, beliau memutuskan untuk mengusir semua orang-orang asing dari wilayah kekuasaan Qin. Li Si menukilkan kata-kata tadi dalam surat rayuannya membantah keputusan Maharaja mengusir orang asing.

“Surat beliau itu, mengubah fikiran Maharaja dan Li Si kemudiannya dilantik sebagai Perdana Menteri. Semenjak itu, Qin melaksanakan dasar pintu terbuka untuk menarik lebih ramai cendekiawan dari pelbagai bangsa, dan akhirnya ia muncul sebagai kuasa yang berjaya menyatukan seluruh wilayah China.

“Kata-kata ini kemudiannya sering kali digunakan oleh Wang Anshi, seorang reformis yang dikagumi oleh saudara kita, Anwar Ibrahim.”

Apakah keputusan MPP PKR jika sekiranya Tian Chua mengemukakan rayuan, pada hemat saya bergantung akhirnya kepada pertimbangan yang akan dibuat oleh presiden parti yang juga Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.

Tentunya akan ada fraksi-fraksi di dalam PKR yang berseteru dengan Tian Chua, takkan mahu beliau diterima semula di dalam parti, hatta hukuman penggantungan sementara pun takkan mereka terima.

Buat mereka, lebih mudah menerima Umno daripada menerima kembali Tian Chua yang mereka anggap sebagai “pengkhianat” walaupun hakikatnya Tian Chua tetap teguh bersama PKR ketika 10 yang lain bertindak menyertai parti Bersatu, manakala seorang lagi menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Justeru, pertimbangan daripada Anwar Ibrahim, pada hemat saya akan mempengaruhi keputusan akhir MPP PKR jika sekiranya Tian Chua membuat rayuan.

Apakah Anwar Ibrahim akan menjadi Li Si atau sebaliknya, bergantung kepada dinamika perhitungan fraksi-fraksi yang bersaing di koridor kuasa PKR?

Kendatipun, sama ada Tian Chua akan membuat rayuan atau pun tidak, memori kolektif yang telah beliau tempa bersama anak-anak Malaysia yang lain di dalam perjalanan panjang Malaysia membina bangsanya takkan terpadam sampai bila-bila. – 11 Januari, 2023.


GUA TAKDA

KOMEN

AMIN

TAK ADIL

KERANA KAMI

DUDUK BERDUA

SATU TAHUN

DALAM SATU SEL

KHALAS

RAKYAT SEDANG MEMERHATI



RAKYAT SEDANG

MEMERHATI

KHALAS


Amier The Hero commented on
 "JANGAN CAMPUR BADAN KEHAKIMAN"

Selagi memana pihak pun yg ada kerjasama dgn bn umngok, pihak itu tetap pincang dan tidak dipercayaai oleh rakyat. Cuma kami rakyat² ni malas nak amik tau dah since PMX dah angkat sumpah. Tambah pulak wak jahid jd tpm.. lagi rakyat meluat tgk n malas nak kata pape. Sana sini sama je buat taek hari²...

KESELAMATAN RAKYAT ATAU NAK CARI UNTUNG



Pakar saran kerajaan pertimbang tutup pintu sempadan

PENULARAN pantas beberapa subvarian baharu Covid-19 yang dikesan di beberapa buah negara sudah tentu membangkitkan kebimbangan masyarakat negara ini terutama dengan jangkaan kehadiran pelancong dari China dalam jumlah besar ke Malaysia berikutan pembukaan sempadan negara itu sejak 8 Januari lepas.

Negara tanah besar China itu berhadapan gelombang besar Covid-19 akibat varian BA.5.2 dan varian BF.7 merangkumi lebih kurang 80% daripada varian yang menular di negara berkenaan pada masa ini.

Laporan terkini menyebut di Henan (wilayah ketiga paling padat di China) sahaja, hampir 90% penduduknya iaitu sekitar 88.5 juta daripada jumlah penduduk seramai 99.4 juta, dijangkiti Covid-19.

Di samping itu, Amerika Syarikat dan Eropah kini bergelut dengan lonjakan kes Covid-19 akibat penularan subvarian Omicron, XBB.1.5 yang dikenali dengan nama “Kraken” yang berpotensi mencetuskan gelombang besar Covid-19.


Susulan kepada situasi berkenaan, banyak pihak mendesak kerajaan Malaysia mengambil langkah  wajar yang lebih serius bagi memastikan kesemua pelancong  patuh dengan Standard Prosedur Operasi (SOP) dan arahan ditetapkan bagi memastikan virus pembawa penyakit berjangkit Covid-19 itu dapat dikekang penularannya.

Tutup pintu sempadan?

Mengulas mengenai isu ini, pakar kesihatan awam Dr Hanafiah Bashirun berkata, kerajaan wajar mempertimbangkan penutupan semula pintu sempadan negara kerana ia adalah langkah terbaik yang boleh dilaksanakan ketika ini bagi membendung subvarian baharu yang sedang menular pantas.

Beliau berpandangan, cadangan kerajaan memperketatkan saringan Covid-19 di pintu masuk sempadan negara tidak dijamin selamat dan negara perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku sehingga memaksa kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, kes pertama Covid-19 (sebelum ini dikenali sebagai 2019-nCOV) dilaporkan di negara ini pada 25 Januari 2020, melibatkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

“Melakukan saringan Covid-19 ke atas pelancong luar adalah langkah kawalan sedia ada dan ia sudah pun dibuat sebelum ini dan saya berpandangan ia perlu ada penambahbaikan.

“Menteri Kesihatan juga perlu uar-uarkan kepada orang awam apa  solusi terbaik yang akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi mengelakkan pelancong yang positif virus Covid-19 lolos masuk ke negara ini,’’ katanya.

Menurut Hanafiah lagi, kerajaan seharusnya merangka mekanisme terbaik menangani penularan Covid-19 bagi menjamin keselamatan  rakyat selain memastikan tidak berlakunya lonjakan kes sehingga mengakibatkan sekatan pergerakan sepertimana sebelum ini.

“Setakat ini, saya tidak nampak sebarang inisiatif terbaharu yang akan dibuat Kerajaan Perpaduan sekiranya kes naik mendadak susulan kewujudan pelbagai varian baharu Covid-19 di beberapa negara luar termasuk China.

“Pastinya rakyat tertunggu-tunggu apakah jaminan ditawarkan kerajaan sekiranya jumlah kes naik mendadak  berpunca daripada kes import memandangkan mereka bimbang sekiranya terpaksa berdepan lagi dengan PKP, ” katanya.

Pada Rabu lepas (4 Januari),  jemaah menteri memutuskan untuk tidak menguatkuasakan sekatan pelancong asing dari negara tertentu di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) negara dan susulan itu kerajaan akan memperketatkan kawalan sedia ada  di pusat Imigresen.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada Isnin (9 Januari) berkata, SOP kemasukan pelancong asing di semua pintu masuk antarabangsa adalah kekal dan sebarang  keputusan mengenai SOP baharu hanya akan dibuat berdasarkan data terkini Covid-19.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya tidak menjangkakan berlaku lonjakan kes baharu Covid-19 semasa musim perayaan ini.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman setelah sempadan negara dibuka semula pada 1 April 2022 iaitu pelbagai perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha dan Krismas dilalui serta rakyat Malaysia kembali dari tanah suci, malah ketika Pilihan Raya Umum ke-15, tidak berlaku lonjakan kes.

“Pengalaman kita pada 1 April lepas, pada permulaan kita tidak yakin kes dapat dikawal dengan baik tapi ternyata tempoh masa lebih lapan bulan menunjukkan kes dapat dikawal dengan baik walaupun dah buka semua sempadan, semua sektor dan membenarkan semua perayaan dan perhimpunan,” katanya dalam Sesi Libat Urus Menteri Kesihatan Bersama Media di Kuala Lumpur semalam (10 Januari).

Beliau menambah, kes baharu Covid-19 dalam negara menunjukkan trend penurunan iaitu kurang 500 kes baharu dicatatkan setiap hari dalam tempoh dua minggu lepas, berbanding antara 3,000 ke 4,000 kes beberapa bulan sebelum ini.

Beliau berkata vaksin yang digunakan juga dilihat masih mampu memberi perlindungan daripada jangkitan Covid-19.

Rujuk pengalaman terdahulu

Bagi pensyarah Pusat Sains Liberal Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Muhammad Izmer Yusof, beliau berpandangan,  walaupun tiada langkah drastik diambil buat masa ini berikutan jangkitan kes masih lagi terkawal, namun kerajaan perpaduan masih melihat virus Covid-19 sebagai ancaman kesihatan.

Pengalaman kerajaan terdahulu menangani Covid-19 pastinya akan digunakan sebaik mungkin kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim dalam memutuskan tindakan sesuai membendung wabak berkenaan.  

“Malaysia setakat ini menunjukkan trend jangkitan yang masih rendah  sekitar 300 ke 500 kes harian berbanding tahun lepas (2022). Kes harian baharu Covid-19 negara pernah merekodkan kes harian melebihi 33,000.

“Kritikaliti kerajaan waktu ini tidak sama ketika kes harian mencecah puluhan ribu kes. Sekiranya ada pihak melihat kerajaan baharu tidak komited atau tidak serius menangani Covid-19 adalah tidak  tepat kerana langkah agresif akan diambil kerajaan berdasarkan indikator tertentu yang digunakapakai sebelum ini apabila kes menunjukkan semakin serius,’’ katanya.

Namun begitu katanya, memutuskan pelaksanaan PKP bukan satu jalan penyelesaian muktamad, sebaliknya langkah pencegahan awal adalah solusi tepat bagi mengekang jangkitan virus berkenaan.

Menurut Izmer, langkah pencegahan itu termasuk kembali mengamalkan SOP seperti pemakaian pelitup muka, basuh tangan secara kerap serta pengambilan vaksin dan dos penggalak Covid-19.

‘’Kerajaan juga perlu kerap memberikan maklumat berhubung situasi terkini Covid-19 selain sentiasa memberikan peringatan kepada rakyat untuk menjaga kesihatan kendiri.

‘’Vaksinasi juga penting meskipun masih ada kes jangkitan tetapi  kematian akibat virus itu bukan lagi isu utama kerana  ramai yang dijangkiti berada pada  tahap satu dan dua sahaja kerana kebanyakannya lengkap divaksin,’’ katanya.

Kajian vaksin

Menyentuh mengenai keberkesanan vaksin, Hanafiah pula menyarankan agar kerajaan melakukan kajian lebih terperinci mengenainya bagi mengembalikan keyakinan rakyat mengambil vaksin sebagai perlindungan daripada jangkitan virus tersebut.

Ini berikutan peratusan individu yang mengambil dos penggalak berada pada tahap kurang memberansangkan walaupun orang ramai boleh hadir tanpa janji temu di beberapa klinik swasta.

Setakat ini, hanya 49.8% rakyat negara ini mendapatkan vaksin dos penggalak pertama dan 1.9% sahaja sudah mengambil dos kedua.

“Seperti kita maklum vaksin ini sebagai perlindungan, meskipun  mereka yang divaksinasi masih boleh dijangkiti Covid-19 tetapi ia mengurangkan kesan jangka panjang jangkitan itu. 

“Bagi saya kajian dalaman perlu dibuat untuk melihat tahap keberkesanan vaksin sekali gus mengambil kira kebimbangan rakyat mengenai kesan sampingannya selain pihak berkenaan perlu turun padang dan ambil maklum balas kenapa mereka yang mengambil vaksin sebelum ini tidak mendapatkan dos penggalak sebagai perlindungan seterusnya,’’ katanya sambil menambah, kebanyakan golongan dewasa tidak mahu mengambil dos penggalak kerana dilihat tiada keperluan. – Bernama, 11 Januari, 2023.

WARGA

CHINA AKAN

MASUK

AMIN

SEDARLAH

BANYAK AKAN

LARI DARI NEGARA

MEREKA

AMIN

MEREKA MASUK

KE MALAYSIA

APAKAH MEREKA

AKAN KELUAR ?

AMIN

BERAPA RAMAI

WARGA CHINA

YANG JADI

PENDATANG HARAM

SEKARANG ?

AMIN

INI BAWA BAHAYA

PD KESELAMATAN

NEGARA

KHALAS