NOTA
apa yang berlaku
di paris minggu lalu
apa yang sedang berlaku
di eropah dan dalam dunia hari ini
mewajibkan kita berfikir
mewajibkan kita bertenang
mewajibkan kita membaca
sila ulang baca tulisan ini
yang telah disiarkan dalam
suara keadilan pada
25 november 2014
PERANAN
ISIS DAN GEOPOLITIK
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhU8eTF2W1V0KSO0CqwJd5eqKy_Dnv5SdgKP9lISI9zh8DflS5lXFOAVRyIa9zFXYOypdVUFBJ54z5W7eNOXQ5hu2z_HdqOBKRhTIbt_FRGI_MqY29AYs6SQ6TdEjH2NU3njkrVMUJCc8P1/s1600/IMPERIALIS+s.jpg)
Dari
mana pula muculnya ISIS?
ISIS
muncul sebagai budak suruhan dalam geopolitk kuasa Imperial Amerika
dalam usaha untuk mempertahankan EMPIRE. Sesudah tamat Perang Dingin
(1985) keadaan dunia agak kendur saketika. Perang idealoji antara
blok Sosialis dengan blok Kapitalis reda.
Dalam
suasana reda ini Amerika mula meluaskan pengaruh. Sesudah tamat
Perang Dingin Blok Soviet Union telah memansuhkan perjanjian
persenjataan Warsaw Pact ( 1955-1991). Perjanjian Warsaw Pact ini
dimunculkan sebagai jawapan kepada Amerika yang menubuhkan perjanjian
persenjataan NATO – North Altantic Treaty Organisation – pada
tahun 1949.
Hari
ini NATO semakin diperluas. Negara-negara bekas perjanjian Warsaw
Pact – Albania, Slovania, Slovakia, Hungary, Republik Czech,
Romania, Bulgaria, Latvia dan Poland semua telah menjadi ahli NATO.
Negara-negara
bekas Warsaw Pact ini dari segi ilmu alam semuanya wujud disekeliling
Rusia. Maka inilah yang dikatakan geopolitik – wilayah bumi yang
akan memainkan strateji politik. Geopoilitik sedang mengepong Rusia.
Justeru, apa pula peranan ISIS satelah kembali suasana perang dingin. Saya
berani menyatakan disini bahawa dalam geopolitik hari ini ISIS
hanyalah bidak catur.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgeTJsCkxvhyCHvqVSkZWxmAYNTRf09dKHAVsBgF4RXCcSDKW67fXKkN9QZ2uTynLmESwW9qjC49wxk6NWop0un1JAHUzAwIT95nCw97LVD0sGpQNRm4HFPKcisWizeD5uPuDGfV7S6bq4G/s1600/IMPERIALISM+8photo_csp11733101.jpg)
Saya
ulangi sekali lagi – dalam strateji geopolitik ini - Amerika sedang
mengepong kawasan-kawasan yang memiliki bahan bakar petrol dan
kawasan yang dijangkakan memiliki bahan ini. Ini strateji jangka
panjang kuasa imperialis Amerika.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAihWV7QMKtuYUPbJwjEaPw5eB-T89QMZlrHKA1rQNhQxxoPuzeiKjg-S8Ulqd3gsD_PSpcZoOEb_2YSfqb5J0kfdOCZI54p7T8fBnzUE5wAHy4vWDC4ISPTeXDcgRVZBevc8lYBkvnLDl/s1600/ISIS+8t596b.jpg)
Hakikatnya
Saudi dan Iraq negara pengeluar minyak yang terbesar dalam dunia.
Maka negara-negara ini dari segi geopolitik amat-amat penting. Maka
Iraq diserang untuk ditawan. Saudi tidak diganggu gugat kerana setia
menjadi budak suruhan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgksIj8QODZyjAezvfa9Fs7R-EvnJLNRuLc7P4oNQ99rb1lmS19OSRxxaFFyWcadE-j09I_UTGzJ8iyRSdYpACctBrXYmdelRaSW4QGU9hXR2ZW4YHEfVb5molLrtKlHTJNew49BHIT6Gqq/s1600/ISIS+7d+(1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Dalam
geopolik dunia hari ini Empire Amerika memiliki tiga musuh. Pertama
Rusia, kedua Iran dan musuh akhir ialah China. Sesudah Saddam tewas
tidak ada lagi kuasa Arab yang berpotensi untuk engkar dengan kuasa
Amerika atau berani melawan Israel. Mesir - kuasa terkuat negara Arab
telah mandul dan masuk ke dalam poket Amerika samenjak zaman Anwar Saddat lagi.
Hanya
Iran yang dilihat memiliki keupayaan ekonomi, tenaga manusia dan
hasil bumi yang boleh bebas merdeka dari kuasa Empire. Iran ada
keupayaan untuk menandingi Israel. Justeru Iran wajib ditundukkan.
Dalam usaha menundukkan Iran tidak dapat tidak Amerika perlu juga
menundukkan Syria dahulu. Ini kerana Syria dan Iran memiliki
perjanjian setiakawan. Sekatan ekonomi sahaja belum tentu berhasil.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi3SHO4b1SEp_9cvnSl-bskfKj5g_No3Zxx1PMeUxIvv-3NTCRzkrTPltp1BBdXhnW_lkSu9WRQWYFNumteSb4Klc6bp-2JXKQ02yT97EyAllL3_dvH3Qx7uqKHIZK3WzvRix-yXSWN4sru/s1600/ISIS+2d+(1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Dalam
strateji geopolitik - ISIS digunakan sebagai 'hantu' untuk
menakut-nakutkan banyak negara. Hantu yang saya maksudkan ialah
menjadikan ISIS bahan mengolah persetujuan orang/ manufacturing
consent. Peranan ini awalnya telah dimainkan oleh Usama Bin Ladin dan
Al-Qaeda.
Lihat
bagaimana ledakan WTC 9/11 telah berjaya mengolah persetujuan rakyat
dunia agar perang dimulakan di Afghanistan dan Iraq diserang.
Suasana
salepas 9/11 memperlihatkan bagaimana Amerika dapat mengumpulkan
banyak negara untuk menyerang Iraq. Presiden Bush Senior dilihat
berjaya mengolah persetujuan dunia untuk menggalang satu barisan
menentang Saddam walau pun Iraq TIDAK ada sangkut paut dengan ledakan
WTC.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLtocblcttZPKFCBEcxLS7ryO-tuRGJlFaC5_pF0p6bTlUz32UgSTE674Ycua-BMwH5ulD9LBzriVkFpGNWpLsZ7GLlDbwgEuooyYv2x8-F4kQvyAbpY5qK5Jjs0PeIBPXM4mFVoFDnOWU/s1600/ISIS+5+.jpg)
Warga
Amerika yang terkejut dengan ledakan WTC telah bersetuju untuk
mengurangkan hak kebebasan demi keselamatan. Warga Amerika – yang
takut - bersetuju untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada polis
dan tentera demi keselamatan.
Kini
Soldadu Amerika boleh masuk ke dalam bandar. Kini soldadu Amerika
boleh masuk ke dalam rumah persendirian. Lihat hari ini bagaimana
kawalan ketat dilapangan terbang. Lihat bagaimana ramai aktivis
Amerika disenarai hitamkan dan TIDAK boleh menaiki pesawat udara.
Semua ini 'dihalalkan' melalui Patriot Act yang diluluskan sesudah
berlakunya ledakan WTC 9/11.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdL_cZUdDD6o-SuPEBQl9qxLgO01D6_M7-txyad_fExsB1IJrAgeAr_rWI1VxhkLZv5XLpBn3CUTIWjJH1QyU-oQtHEePVnczrGrNmz87e5x4inFF6Z7N05D4fSEW1Tle3nd_LlhhfsJcI/s1600/ISIS+4maunah.jpg)
Hari
ini media Amerika telah jadi manai. Ketika Iraq diserang media
Amerika datang bersama-sama soldadu dan duduk berkhemah – bergolek
bantal bersama soldadu. Ini TIDAK pernah terjadi ketika Vietnam
diserang. Kini Media Amerika telah Sekatil dengan Empire Amerika.
Dimana
peranan ISIS sekarang?
Ingat
atau TIDAK apa terjadi petang 2 Julai 2000 di Bukit Jenalik Grik
Perak? Satu kumpulan yang dipanggil Al-Maunah telah dituduh merampas
5 tan senjata dan dimasukkan ke dalam 3 buah Pajero dalam masa 15
minit. Satu Malaysia melihat babak Al-Maunah ini sebagai satu
sandiwara.
Babak
Al-Maunah ini tidak masuk akal dan TIDAK diyakini maka terpaksa
sekali lagi dipentaskan di Kuala Lumpur untuk membuktikan bahawa -
boleh 5 tan senjata masuk ke dalam Pajero dalam masa 15 minit.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhBc8eDUGURK6XdVUevACTHBKriAzSdeis19rZrN4KAig4a7s5ZvBFxaqoRXWKkHf_RHp4K2VEeo4PRbReXlHpDwFk8iTjNDG8DdYEs0gUYXhKtBQ8PozK1LDO3iN4oK6NZhBPV76o6e7Kt/s1600/ISIS+6ah2.jpg)
Al-Maunah
juga telah digunakan untuk menyediakan persetujuan orang ramai agar
ISA digunakan dengan meluas. Pada 10 April 2001 seramai 10 orang
Reformis telah ditahan dibawah ISA. Ini diikuti pula dengan penahanan
berpuluh-puluh warga yang dituduh sebagai ahli Kumpulan Mujahidin
dan Jamaah Islamiah.
Apa
hubungan Al-Maunah denganh ISIS?
Al-Maunah
ini digunakan untuk mengolah politik domestik Malaysia. ISIS
digunakan untuk mengolah persetujuan geopolitik dunia. ISIS diperlukan
untuk mengetatkan lagi hukum dan undang-undang domestik Amerika.
Edward Snowden bekas pekerja National Security Agency telah
membocorkan bagaimana badan risikan Amerika sedang menyimpan semua
e-mail dan panggilan talipon warga Amerika. Pihak berkuasa mengakui
ini berlaku demi keselamatan. Inilah peranan ISIS.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUvAPzafzfmLAgFfhelN6mk5M2Oz0db7j0ZPrtqvBHlOFeGc-JXAWWMkqEnF36FYTQl2oD3f0iI_ekhpzEz1mfQlPcglvRyF84_TuK1i9dVPsfyFGcLcSeRivUsSeQMQLNfuHeH4xWL1yP/s1600/ISIS+1d+(1).jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
Dengan
menghebohan berita – ISIS PENGGAL KEPALA – maka warga dunia
menjadi takut dan gentar. Dalam masa yang sama berita saperti ini
menarik anak-anak muda yang suci dan jujur yang mahu melihat satu
dunia baru yang lebih adil.
Saudi
negara pengeluar minyak terbesar dalam dunia ini dengan fahaman
Wahabi dan Salafi sedang bersekongkol dengan imperialis Amerika
untuk menyerang Iran. Saudi bersama negara Telok telah mengeluarkan
berbilion dolar untuk membiyai perang di Syria.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiUjtf-Yto-sT5l0wQisGapdHPGpxDgrUgE7j7z9IOInK-Oj0GrDSRunyk_rxFBDBSa6zJDcNztmRResAyayCR3LEFl6P98ZAiEMlhxS9cB09vpRFqsrIQJVl8oFAHCGUPor8Jqg06CFOzP/s1600/ISIS+9+.jpg)
Hujah
saya ini saya kuatkan dengan pertanyaan.
Pada
30 Oktober 2014 ISIS cawangan Sinai Mesir telah membunuh 30 orang
soldadu Mesir. Kenapa gerila ISIS ini tidak menyerang Zionis
Israel? Wal hal Sinai bersempadan dengan Israel. Siapa musuh utama? Zionis atau warga Mesir?
Pada
Jun 2011 Saudi menghatar 1,500 soldadu bersama kereta kebal ke
Bahrain. Ini untuk menyerang demonstrasi anak-anak muda Bahrain yang
menolak keputusan pilihan raya. Kenapa Saudi Arabia tidak pernah
dalam sejarah terlibat menyerang Israel?
Akhirnya
negara-negara di Eropah, Amerika Latin dan Afrika – tidak dapat
tidak akan mewujudkan undang-undang baru atas nama keselamatan untuk
menentang pengganas ISIS. Malaysia juga akan memunculkan
undang-undang baru anti-pengganas. Wal hal kepala pengganas utama
dalam dunia ialah imperialis Amerika. Inilah peranan ISIS. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-3045
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidyBnIS8cLoYFltDpctOTMlIpNntFYXObF38LIqMkBtjMXVpAKviiqJQJvTs9Q_MowUJxRlWPZUMy04BO1iUHOGUtxdLDJa1Yfx3ygGcw-hclRagUF2V6-7KvCeVYSOzTqKXayOLk4dv0E/s1600/ISIS+12ges.jpg)
-------------