Rabu, 5 Januari 2022

INI SEBAHAGIAN DARI INGAT INGATAN

 


INI SEBAHAGIN

DARI 

INGAT INGATAN

AMIN

Ketua Pengarang commented on

 "ZAMAN INGGERIS"

bila memoir nak terpancut?

AZAM BAKI BERSIH

 



Azam Baki bersih daripada salah laku, kata Abu Zahar

KETUA Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki bersih daripada sebarang salah laku berhubung pemilikan saham syarikat korporat, kata Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Pengerusi LPPR Abu Zahar Ujang pada sidang media hari ini berkata isu pemilikan saham dan perkara berkaitan telahpun dijelaskan oleh Azam pada 24 November lalu, dan lembaga itu berpuas hati dengan penjelasan beliau. Azam dipanggil bagi menjelaskan pembelian saham syarikat korporat yang telah mencetus presepsi negatif terhadap SPRM.

Dalam pertemuan itu, Azam menjelaskan pembelian saham tersebut dibuat oleh adiknya Nasir Baki pada 2015 menggunakan akaunnya, kata Abu Zahar.

Abu Zahar berkata pembelian saham terbabit dibuat melalui saham terbuka, yang kemudian dipindahkan semula kepada Nasir pada tahun yang sama.

“Setelah berbincang dengan panjang lebar, ahli-ahli LPPR berpendapat bahawa  Azam tiada sebarang kepentingan ke atas saham-saham berkenaan.

“Justeru, LPPR berpuas hati dengan penjelasan diberikan dan mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah atau konflik kepentingan dalam perkara tersebut,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Abu Zahar selanjutnya berkata LPPR menolak gesaan supaya suruhanjaya siasatan diraja diadakan, namun perkara itu tertakluk kepada keputusan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sidang media hari ini pertama kali diadakan selepas ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Edmund Terence Gomez meletak jawatan pada 27 Disember lalu.

Pakar ekonomi itu meletak jawatan sebagai membantah sikap tidak peduli Pengerusi PPPR Borhan Dollah dan Abu Zahar mengenai dakwaan integriti serta kredibiliti SPRM dan ketua pesuruhjayanya, Azam Baki.

Gomez menulis tiga surat berasingan masing-masing kepada Borhan dan Abu Zahar dalam tempoh sebulan sejak pertengahan November meminta panel penasihat SPRM membincangkan isu berkenaan.

Mengulas perkara itu, Abu Zahar menegaskan beliau tidak menerima sebarang surat dari Gomez dan menyarankan supaya pakar ekonomi itu membuat laporan polis jika masih tidak berpuas hati dengan penjelasan LPPR. – 5 Januari, 2022. 

KAH KAH KAH

KAH KAH

KAH KAH KAH

GUA UDAH BILANG

LU TAK CAYA

KAH KAH KAH

EZAM BAKI

BERSIH SUCI

BERJURUS

AMIN

SAMA MACAM

ROSMAH MANSOR

YANG MASIH 

DARA SUNTI

KAH KAH KAH


SAMSENG MELAYU ADA LESEN

 


SAMSENG MELAYU

ADA LESEN

AMIN

Yeop sepet commented on 

"SPRM JADI 

WISMA PUSAT RASUAH"

Org jahat Cina jadik samseng kongsi gelap,org jahat melayu jadik penguatkuasa beruniform.ketuanan melayu chor,samseng melayu mesti ada lesen,ada kad kuasa.

MATA-MATA BUAT JENAYAH

 



314 pegawai, anggota polis P. Pinang disiasat

GEORGE TOWN – Sebanyak 171 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan dibuka membabitkan 314 pegawai dan anggota Kontinjen Pulau Pinang sepanjang tahun lalu.

Sejumlah 171 kes itu membabitkan kesalahan tata tertib, jenayah, penyalahgunaan dadah, tidak hadir bertugas dan gagal dikesan (bolos), rasuah serta syariah. 

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, 314 individu itu terdiri daripada 43 orang pegawai kanan polis, 269 pegawai rendah polis dan dua kakitangan awam.

“Berdasarkan jumlah kes, kesalahan tatatertib paling banyak direkodkan iaitu sebanyak 107 kes dan diikuti dengan jenayah (33 kes), dadah (17) dan bolos (4).

“Bagi kesalahan rasuah pula, empat kertas siasatan dibuka manakala dua lagi kes membabitkan syariah.

“Selain itu, berdasarkan siasatan yang dilakukan,seramai 28 individu kini berdepan tindakan gantung, tahan dan buang kerja mengikut Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 1993,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Pehimpunan bulanan dan lafaz ikrar bagi bulan Januari 2022 Kontinjen Pulau Pinang di Padang Kawad Pasukan Simpanan Polis Persekutuan, Ayer Itam di sini, hari ini.

Tambah Mohd Shuhaily, kesalahan membabitkan pegawai dan anggota Kontinjen Pulau Pinang menunjukkan peningkatan sebanyak 35.71 peratus berbanding tahun 2020.

“Pada tahun 2020, sebanyak 126 kertas siasatan dibuka atas pelbagai kesalahan membabitkan pihak polis negeri ini.

“Sehubungan itu, saya mengajak seluruh warga PDRM negeri ini untuk bersama-sama dengan saya memertabatkan kembali imej pasukan,” ujar beliau. 



DI TANJUNG

ADA BERAPA

ORANG MATA-MATA

KAH KAH KAH

KALAU 314 ORANG

KENA SIASAT

BERAPA YANG

TAK KENA

KAH KAH KAH

MANA LEBIH 

BANYAK ?

AMIN

YANG KENA 

SISASAT

ATAU YANG

BERJURUS

KAH KAH KAH

SAJE TANYA 

NAMPAKNYA

MATA-MATA KITA

MAKIN BERAT 

KAH KAH KAH

 PEGAWAI SPRM

 MAKAN RASUAH

 AMIN

MATA MATA

BUAT JENAYAH

KAH KAH KAH

MENTERI RABA

PEHA BUDAK

BAWAH UMUR

KAH KAH KAH

NAJIB CURI

DUIT NEGARA

AMIN

ROSMAH KLIM

MASIH DARA

KAH KAH KAH

BERAT KITA NI

MAKIN BERAT

KHALAS

JANGAAN LUPA TENGKU WONG

 



JANGAN LUPA

TENGKU WONG

RAJA BALAK PAHANG

AMIN

Panglimo potaseh commented on

 "APAKAH CHINA GUNA NAMA SULTAN UNTUK REMBAT BALAK"

Kalau Melayu Totok bikin rumah kilat atas tanah haram, esok lusa datang lah bajak untuk musnahkan tanah tu. Tapi kalau China buka ribu-ribu ekar tanah di Raub tak sekor pegawai Pejabat Tanah dan DO pon ambil pot, masing2 lenggang perot kekenyangan ..nak tanya YAM Tengku Wong idop lagi ke, lamo tak nongga borito ..

MENGGALANG KESATUAN BARU

 


KENALI MUSUH

UTAMA

AMIN

GALANG KESATUAN

BARU

AMIN


Nazrio commented on

 "MADEY DAN GEROMBOLAN"

BERSATU BAKAL MENJUARAi PRU15 on-taiK cicaK- masyarakat duniya ke3 seperti maLaysia masih berpaut kepada pencitraan, wayang2 Lakonan ahLi2 poLitik,,, masyarakat pubLik hanya mahu wayang2 berbanding *hasiL-kerja* ... apa2 saja hasiL kerja2 poLitik tidaK d pandang niLai masyarakat PubLik jika tidaK d serta-kan dengan wayang2 poLitik.... besar keciL niLai yg d konsumsi masyarakat pubLik gagaL d garap ahLi poLitik tanpa wayang besar tun m sangat memahami apa yang nazriod tuLis ini...



 baginda tun m teLah membenaM benih ini puLuhan tahun d Lihat dari mata-buLat nazriod BERSATU mampu mengambiL ibarah dan teLadan baginda tun mahathir berbanding parti2 Lain, jadi... BERSATU PPBM adaLah caLon yg bakaL mewarisi tahta pemerintahan negara ini kebijakan masyarakat pubLik masih gagaL menembus *seLimut kemunafikan* ini nazriod

SATU LAGI MUSUH SAMPAI

 




SATU LAGI

MUSUH SAMPAI

AMIN

KEPALA TAIKNYA SAPA ?

 


KEPALA TAIKNYA

SIAPA ?

AMIN

Unknown commented on 

"PEMANASAN DUNIA & 

REMBAT BALAK"

Ini semua cerita "KEPALA" je Isham, China rembat balak guna Kepala Agong, Politikus bagi kebenaran sebab nak kan Kepala Agong, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) kata balak hanyut sebab Kepala Air, Tapi rakyat bukan bodoh, rakyat tahu mereka ni semua hanyalah Kepala Bana.

KAKI RTASUAH MAJORITI CHINA

 



KAKI RASUAH

MAJORITI CHINA

AMIN

PASTI TAK SUKA

PADA MADEY

AMIN

Unknown commented on

 "MADEY DAN GEROMBOLAN"

Setuju Madey seorang Susah nak capai tujuan. Isham cadang rakyat sokong Madey lawan rasuah? Tapi ramai Cina anggap Madey tak berlainan dengan politkus lain, malah lebih teruk. Macam mana nak selesai?

BUKU TELAH SIAP DICETAK - HARGA PROMOSI

 



 

MERAKAM SEJARAH

TURUN JALAN  RAYA
MENANG PILIHAN RAYA

BUKU  INI TELAH SIAP DICETAK
AKAN SAMPAI
KE KEDAI BUKU TIDAK
LAMA LAGI


BOLEH DIBELI
DI KEDAI BUKU 
2 Jalan Bukit 11/2
46200 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
Tel : +603  7954 1355
Fax: +603 7957 8343

HARGA PROMOSI

MELALUI TALIAN

LAGI DUA MINGGU 

SELAMAT KAN MALAYSIA - MASUKAN NAJIB KE PENJARA

 


SELAMATKAN

MALAYSIA

AMIN

MASUKKAN NAJIB

DALAM PENJARA

AMIN

Unknown commented on 

"DUIT TITIK PELUH 

RAKYAT"

Tu la pasal... Selagi bapak kejahatan of the years nie tak diberikn pengajaran dok la dalam pemjara, selagi tu la Malaysia jd serba tak kena... Mohon penjarakan diri anda la banduan oii...

BANGLA BAWA MASALAH

 



AWAS

BANGLA AKAN

BAWA MASAALAH

AMIN

Unknown commented on 

"RAJA BERSIONG

 JADI WARDEN"

Ini negara Bangla, beribu Bangla semua tempat, sudah buka kedai, sudah pakai Datuk, sudah ada guard, semua Bangla kontrol, kote Bangla pun lebih besar, apa Melayu ada ? Apa Melayu nak juang lagi, semua dah jual beli walau Bangla tak respek Polis Melayu, abang Polis suka pau ambik duit Bangla, kah kah ada malu tak atau muka TEBAL asal duit masuk, tak kira duit peluh Bangla kerja siang malam janji dapat makan free berak senang kah kah kah

RAJA ZALIAM RAJA DI SANGGAH

 



RAJA ZALIM 

RAJA DI SANGGAH

AMIN

RAJA BALAK

BOLEH BLAAAH

AMIN

zaharuddin ahmad commented on

 "RAJA ZALIM

RAJA DI SANGGAH"

Untuk pengetahuan tuan Khalid...ada perpatah mengatakan Negeri Pahang ni mengiakan benda-benda yg besar sahaja...rumah besar..kereta besar..lembu besar..balak besar .Bini besar..koleksi girlfriends besar..berbelanja besar..tapi anu tu.u..ms standard tengok scud siSenik..cukup..tapi kalau kita persoal hal-hal melibatkan hasil bumi..pembalakan..dan pajakan..


itu hak mutlak orang kayangan/berkerabat yang singgahsananya atas puncak bukit..ada juga yang berkedamaian ditanah lapang yg cukup luas..dipenuhi dayang-dayang/Kuli yg sanggup mengabdikan diri..dikelilingi dgn kereta mewah dan kudakuda peliharaan..orang tak bolih persoalkan hak mutlak.. Mereka ni dah evolved menjadi pari-pari berterbangan..dah lupa daratan..

IMAN JANDA DAVID BOWIE




BER IMAN INI

DAPAT

BALU GERSANG

DAVID BOWIE KE?

KAH KAH KAH

Aji commented on 

"BERKHALWAT HARI KE 654"

Aik!! Tt percaya pada akhirat? 🤔🤔🤔🤔🤔 Bagus la bila umur dah penghujung ni kembali beriman kepada kepada Allah.

RUMAH HANYUT - BANJIR DISABAH

 



RUMAH HANYUT

AMIN

BANJIR DI SABAH

AMIN

ZAMAN INGGERIS

 



ZAMAN INGGERIS


Ketika Cik Gu Zaleha melahirkan aku   Orang Inggeris masih lagi menjadi Tuan  kepada Tanah Melayu.   Sebelum aku masuk sekolah  Tuan OCPD   di Rumah Pasung Kuala Klawang masih  Orang Putih. Tuan D.O Jelebu Orang Putih. Guru Besar GES  (Goverment English School) Orang Putih. Doktor yang sesekali  melawat Hospital Petaling dari Seremban juga Orang Putih. Malah satu ketumbukan  askar  Ghurkha  yang berkhemah di tepi pekan Kuala Klawang di ketuai oleh Orang Putih.  

Aku dilahirkan ke Tanah Melayu yang dimiliki oleh Orang Putih.

Aku ingat lagi  dua nama Tuan Ellis dan Tuan Ebon. Entah dari mana aku dengar nama ini. Sampai sekarang terpahat dalam kepala aku.  Entah pegawai apa mereka ini. Tapi aku ingat nama Mister Lewis. Sosok ini  guru besar GES. Nama ini aku ingat kerana  Kakak aku yang belajar di GES beri tahu aku  nama guru ini.

Keluarga  aku duduk di rumah guru di belakang sekolah. Di hadapan  sekolah Melayu Kuala Klawang B ada padang sekolah. Di hadapan padang ini ialah pejabat PWD  (Public Work Department). Aku diberitahu bahawa bangunan ini asalnya penjara yang telah diubah suai untuk jadi pejabat. 

Di  sebelah pejabat PWD ini ialah Kaman Keling. Pekerja PWD ini tinggal dalam rumah kediaman khas. Ada lebih dari 100 buah rumah teres quaters PWD ini. Hampir semua pekerja PWD di Jelebu orang Keling. Amat jarang  China atau Melayu yang bekerja dengan PWD.

Maka kawasan perumahan  PWD di Kuala Klawang  dipanggil Kaman Keling.

Orang Keling buruh PWD inilah yang bertanggung jawab membuat jalan tar, membetulkan bangunan kerajaan atau membaiki saluran air paip jika terganggu. 

Tiga butir rumah guru terletak di belakang sekolah. Di belakang rumah  guru ialah bangunan bengkel sekolah pertukangan. Di belakang sekolah pertukangan ada  pagar tinggi kawat berduri. Pagar ini juga lalu di tepi rumah guru. 

Seluruh pekan Kuala Klawang dipagari dan dikawal oleh soldadu Ghurkha. Di luar  kawasan kawat berduri ini ditakrifkan sebagai kawasan yang  bukan kawasan pekan.  

Ada tiga pintu masuk ke  Kuala Klawang - dari Seremban, dari Titi dan dari Simpang Pertang. Di tiga pintu ini ada khemah soldadu Ghurkha mengawal. Keluar masuk ke dalam pekan semua dikawal. 


Badan diraba. Beg dan kerpai dibuka. Isi diselongkar. Kalau hamil perut juga diraba. Semua untuk memastikan tidak ada bahan makanan di seludup. 

Jam tujuh  petang hingga 6 pagi Kuala Klawang dalam  ‘curfew’ - berkurung.

Aku ingat lagi makanan juga di catu. Untuk membeli gula, tepung, beras, minyak  wajib menggunakan permit khas. Jumlah ahli keluarga tertera dalam kad permit  ini. Dalam permit ini dinyatakan  sebanyak mana bahan makanan yang dibenarkan boleh dibeli untuk satu keluarga.

Susu dan sardin atau apa saja makanan  dalam tin yang telah dibeli akan di tebuk oleh tuan empunya kedai dahulu sebelum dibenarkan dibawa pulang.

Semua ini bertujuan untuk menafikan bahan makanan jatuh ke tangan gerila Parti Komunis Malaya (PKM).

Pada ketika aku membesar  Parti Komunis  Malaya (PKM) di bawah pimpinan Chin Peng sedang  melancarkan perang gerila terhadap soldadu Inggeris.  

Untuk mempertahankan Tanah Melayu kuasa kolonial Inggeris membawa  soldadu upahan   dari negara tanah jajahan  seperti Fiji, Kenya,  dan India.

Ketika ini juga Abah aku telah direkrut  dari kampung  Chenor untuk menjadi  Polis Khas  - Polis Hutan.

Aku tidak merasa apa-apa yang ganjil. Aku terima semua ini  sebagai cara hidup baru.  Keluarga aku menyesuaikan diri dengan gaya hidup baru ini. Semenjak  kami berpindah dari Sekolah Tapak Kuala Pilah ke Kuala Klawang inilah gaya hidup kami.

Tanah Melayu dalam Perintah Darurat.

Kami semua – warga Jelebu -  diberitahu bahawa kita semua dalam Darurat.  Apa makna Darurat dan siapa yang darurat tidak pula aku tahu.  Aku merasa selesa dalam Perintah Darurat ini kerana rumah aku ada api leterik dan ada air paip. Ini lebih lumayan dari rumah lama aku  di sekolah pedalaman Kampung Tapak.

Aku tidak tahu sangat  apa yang berlaku di luar pagar kawat berduri.  Sesekali  kami akan pergi ke  Kampung Chenor untuk melawat sanak saudara. Apa yang selalu dalam ingatan ialah kami wajib masuk kembali ke pekan Kuala Klawang sebelum masa curfew bermula.

Aku ada  mendengar cerita jika  ada sesiapa berada di luar rumah sesudah curfew  bermula maka soldadu Ghurkha akan menembak mati. Soldadu Ghurkha ini tidak akan di dakwa dakwi. Yang ditembak akan mati katak.

Aku paling takut waktu malam – takut dengan soldadu Ghurkha. Sesekali  di waktu malam aku terdengar juga bunyi -kruk krak kruk krak -  di luar pagar.  Bunyi seperti ini – walau pun mungkin bunyi lembu berjalan – akan  di tafsir sebagai bunyi soldadu Ghurkha sedang merayau. Tak ada siapa di rumah aku yang berani keluar melihat.

Soldadu Ghurkha memang ditakuti. Kesah keberanian mereka bertempur dengan gerila PKM selalu menjadi cerita dongeng orang kampung. Bila ada kenduri kahwin Orang Penanggah dan Orang Pangkal yang membawang kesah soldadu Ghurkha.

Kampung Baru China dalam daerah Jelebu seperti Titi, Simpang dan Pertang – semuanya di pagar dan di kawal.  Aku tidak tahu bagaimana suasana di kampung-kampung Melayu yang lain. Aku rasa  kampung Melayu lebih bebas. Ini kerana dalam analisis strategi politik kuasa kolonial   Inggeris  penyokong gerila Komunis ini hanya  orang  China.

Maka pekan China dan Kampung Baru China wajib dikawal.

Barang makanan dari  Seremban hanya datang seminggu sekali ke Kuala Klawang. Bahan makanan datang dengan apa yang dipanggil Konvoi.  Lori konvoi membawa beras, gula, tepung, minyak dan bahan makanan datang pada hari Rabu ke Kuala Klawang. 

Ada  lima enam buah lori membawa bahan makanan untuk kedai-kedai di daerah Jelebu. Lori konvoi bergerak sederet.  Di hadapan   dan di belakang lori ini ada kereta perisai.  Ini untuk memastikan lori membawa bekalan makanan ini tidak diserang oleh gerila PKM ditengah jalan.

Pernah diberitakan satu pasukan soldadu Inggeris dan Ghurkha telah di serang hendap di Bukit Tangga dalam perjalanan dari Seremban ke Kuala Klawang.  Lapan  soldadu telah  tewas. Hingga hari ini selekoh itu masih diingati oleh anak watan Jelebu sebagai selekoh  Mat Salleh mati ditembak Komunis.

Abah aku pernah bercerita nama selekoh ini dipanggil Selekoh Cik Minah.  Aku tidak pula tahu kenapa nama Cik Minah dan siapa dia Cik Minah ini. Selekoh ini juga ada berkaitan dengan mitos orang halus. Mungkin hantu soldadu Inggeris.

Kereta perisai ini biasanya dipandu oleh soldadu Ghurkha. Malah banyak lori dan jeep askar semuanya dipandu oleh Ghurkha.

Kuala Klawang ini wilayah akhiran terletak dalam gaung Banjaran Titiwangsa. Daerah Jelebu menjadi kawasan kering – rain shadow area – yang berlawanan dengan Taiping yang sentiasa basah.

Jelebu ditakrif sebagai kawasan hitam. Kawasan hitam maknanya pengaruh PKM amat kuat. Wilayah Jelebu amat strategik. Terletak disebelah Pahang – bersempadan dengan Karak dan Temerloh – yang juga wilayah hitam. Manakala Temerloh adalah pusat besar Rejimen Ke 10  Angkatan Tentera Rakyat PKM. 

Anggota Rejimen ke 10 PKM adalah Orang Melayu.

Hutan dan bukit bukau dari Jelebu merentas  menuju  ke daerah Ampang. Ampang ini juga ditakrif sengai kawasan hitam. Bukit Ampang ini memandang ke Kuala Lumpur. Ini membolehkan gerila PKM dari Jelebu meresap  turun ke Ampang untuk menyerang Kuala Lumpur. Justeru dari segi  geo-stratiji  Kuala Klawang dijadikan  pekan tentera – military town. 

Bila keluarga aku berpindah dari Sekolah Tapak ke Sekolah Kuala Klawang aku mula melihat dengan mata kepala aku sendiri sosok soldadu Inggeris dan sosok soldadu Ghurkha.  Sebelum aku sampai ke Jelebu aku hanya mendengar  sebutan Mat Salleh dan Ghurkha. 

Kem Ghurkha di Kuala Klawang ini agak luas. Jumlah soldadu mungkin lebih dari 500 orang -  satu  batalion. Ekonomi  Kuala Klawang  disokong kuat oleh kehadiran soldadu asing ini.

Pekan kecil  Kuala Klawang ini  ada  dua buah bar  yang ada Amoi sebagai pelayan. Pintu masuk ke Bar  Kedai Minuman Keras ini sama seperti  pintu bar yang kita tengok dalam filem koboi dari Holywood.  

Kuala Klawang ada dua buah hotel – rumah tumpangan.  Sebuah Kedai Mamak – kedai NO 8. Tiga buah kedai kopi restoran  China. Dua buah kedai dobi.  Sebuah kedai buat roti.  Sebuah panggung wayang – Ruby Theatre.

Pegawai  Inggeris yang datang melawat Jelebu  jika bermalam di Kuala Klawang  akan menginap  di Rumah Rehat Kuala Klawang letaknya antara Rumah Pasung dan Kem Askar Ghurkha – wilayah yang paling selamat dari serangan  gerila  PKM.

Rumah Tuan D.O di atas bukit yang kami panggil Bukit DO. Tuan OCPD tinggal  atas bukit di belakang  Rumah Pasung. Guru Besar tinggal di sebelah kem Ghurkha. Pegawai Inggeris ini duduk dalam kawasan  yang paling selamat dan mudah dikawal oleh soldadu Ghurkha.

Pekan Kuala Klawang ini dilengkapi dengan  sebuah Kelab di mana Tuan OCPD, Tuan DO  dengan para Mem boleh bercanda-canda main daun trop atau main catur. Kelab  ini letaknya  di belakang Pejabat  Daerah. Di sebelah pejabat ini  ada   gelanggang tenis dan sebuah gelanggang badminton  tertutup. Untuk orang ramai – rakyat biasa - ada padang bola. yang luas. Letaknya di hadapan Rumah  Pasung di tepi pekan.

Di waktu petang aku ada  ternampak di padang  pegawai Inggeris  mengajar soldadu Ghurkha bermain satu permainan yang aku tidak pernah lihat.  Aku tidak tahu hujung pangkal permainan ini. Bukan main bola, bukan main hoki tapi pukul bola  kriket. Aku budak kampung  dari Tengkek cuba memahami permainan yang aku angap pelik ini.

Hakikatnya- pegawai  Inggeris sini  menjadikan  Kuala Klawang sama seperti perkampungan mereka di  England.

Pernah  satu petang ketika aku bermain di padang sekolah  dengan abang aku  seorang Mem  Orang Putih datang merapati kami di tepi padang. Dia  memakai gaun cantik  , baju kelabu dan memakai kasut getah seperti lelaki.

Aku hanya mendengar perkataan ‘ cat... cat ‘.  Kemudian  Mem ini mengiau ngiau. Maka aku faham si Mem ini sedang mencari kucingnya yang hilang.

Esoknya emak aku pulang dari sekolah membawa berita bahawa Isteri OCPD telah kehilangan kucing. 

‘ Mana Mak tau...’ Aku bertanya.

‘ Tadi Mem tu datang dekat padang sekolah... dia mencari kucingnya yang hilang..’ Penerangan dari Emak aku.

Hairan juga aku kerana kami orang kampung tak pernah hilang kucing. Kalau kucing hilang dua tiga hari dia akan kembali.  Aku terfikir apakah kucing ini kucing dari London yang sesat di Jelebu.

Aku terus membesar sambil memerhati dan merakamkan dalam kepala aku apa yang aku lihat pelik dan ganjil. Aku anak yang penuh dengan  soalan hingga Cik Gu Zaleha naik bosan untuk menjawab.  Jawapan akan disusul dengan persoalan.

Darurat juga berterusan. Jelebu masih kawasan hitam. Salah satu tanda kawasan hitam ialah kerapnya kapal terbang menabur kertas selebaran.

‘ Surat kapal terbang apa ni mak...’ Aku bertanya ketika aku nampak kapal kerbang  sedang  menaburkan surat. Ketika itu kami sedang menziarah  Pak Itam Hashim di Kampung Kampai . Pak Itam Hashim pemilik kedai runcit dan kedai kopi ini adalah  adik kepada Abah aku. 

Di belakang rumah Pak Itam aku ini  adalah kawasan bukit bukau dan hutan  dara yang tebal.  Pasti dari risikan Inggeris  ada pasukan gerila Rakyat Malaya  yang dipimpin oleh  PKM beroperasi di wilayah ini. Kampung Chenor, Kampai, Peradong ke arah Pertang menghala ke Karak Pahang – wilayah kuat PKM.

Justeru surat selebaran  yang ditabur dari  kapal terbang berkipas dua ini ditujukan  kepada mereka.

‘ Surat apa ni....’ Aku mendongak ke  langit dan melihat kapal terbang ini terus menaburkan kertas selebaran.

‘ Untuk Komunis... kejar ambik ....kalau dapat...’ Emak aku memberi  pandangan.

Aku mendongak ke langit. Taburan selebaran ini mula berterbangan. Aku mengejar. Jauh juga aku berlari dan aku dapat tiga helai lalu aku bawa ke kedai Pak Itam.

Aku amati selebaran ini dalam kertas A4 berwarna merah. Ada gambar lelaki China kurus kering macam kena penyakit batuk kering. Macam China sakit yang pernah  aku ternampak di wad TB di Hospital Petaling.

Aku hulur satu kepada Emak aku dan satu pada Pak Itam.

Pak Itam membelek selebaran dan berkata :  ‘ komunis lapar tak makan dalam hutan lebih baik serenda...’

‘ Komunis  sapa ..’ Aku bertanya.

‘ Ni yang kurus kering  ini tak makan laaaa...’  Pak Itam memberi penjelasan.

Aku perhatikan gambar jantan China yang kurus kering ini. Ini mesti China bodoh kerana dalam hutan ada banyak makanan.  Aku pikir macam ini kerana di  Guntur kampung Orang Asli di Tengkek mereka tak pernah putus makanan. Babi ada, napuh ada, cikah  ada, berok ada dan di tepi paya pasti ada katak. Kalau ada katak mesti ada ular. Semua ini  makanan Orang Asli.

‘ ini propaganda Inggeris .. nak minta  gerila Komunis serah diri... dan nak takut kan kita semua... jangan masuk utan nanti tak makan...kurus kering tak makan...’ Cik Gu Zaleha memberi penerangan.

Aku mendongak nak melihat kapal terbang sekali lagi.  Langit kosong yang tinggal hanya kelompok awan putih yang menjadikan petang yang cerah. (TT)



TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2022/01/05/zaman-inggeris/