Isnin, 7 Oktober 2024

RASUAH PEGAWAI IMIGRISEN


RASUAH PUNCA

RAMAI PENDATANG

HARAM  MASUK

KE TANAH MELAYU

AMIN

BERSEDIA PERANG SETAHUN LAGI !!!



Setahun Perang Gaza: Israel serang lebih 40,000 sasaran Hamas

BAITULMAQDIS: Tentera Israel mendakwa pihaknya telah mengebom lebih 40,000 sasaran Hamas, menemui 4,700 laluan terowong dan memusnahkan 1,000 tapak pelancar peluru berpandu dalam tempoh setahun yang lalu di Semenanjung Gaza.

Berdasarkan kiraan tentera Israel, seramai 726 anggota tenteranya terbunuh sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.

Daripada jumlah itu, seramai 380 tentera Israel maut dalam serangan pada 7 Oktober, manakala 346 lagi terbunuh dalam pertempuran di Gaza yang bermula pada 27 Oktober 2023.

Jumlah anggota yang cedera sejak tarikh berkenaan adalah seramai 4,576 dan seramai 56 tentera terkorban akibat kemalangan dalam operasi.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak menjelaskan perkara itu secara terperinci.

Berdasarkan data sempena ulang tahun perang Israel-Palestin, tentera Israel mendakwa pihaknya mengerahkan seramai 300,000 tentera simpanan sejak perang mula tercetus.

Katanya, 82 peratus tentera simpanan terdiri daripada tentera lelaki, manakala 18 peratus tentera simpanan berkenaan adalah wanita dengan hampir separuh daripada mereka berusia antara 20 hingga 29 tahun.

Tentera Israel berkata, sejak perang Israel-Palestin tercetus, sebanyak 13,200 peluru berpandu telah dilancarkan ke Israel dari Gaza manakala 12,400 lagi peluru berpandu dilancarkan dari Lubnan, Syria (60), Yaman (180) dan Iran (400).

Katanya, tentera Israel telah membunuh lebih 800 pengganas di Lubnan, manakala 4,900 sasaran telah diserang dari udara bersama kira-kira 6,000 sasaran di bahagian darat.

Dalam tempoh setahun yang lalu, Israel juga telah menahan kira-kira 5,000 di Tebing Barat dan Lembah Jordan.

Tentera Israel mendakwa mereka berjaya membunuh lapan komander pejuang di Gaza, membabitkan kira-kira 30 komander batalion dan 165 komander kompeni sepanjang tahun lalu.

Israel mendakwa, seramai 1,200 orang awam terbunuh, manakala kira-kira 250 orang dijadikan tebusan sejak perang berkenaan tercetus.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 42,000 rakyat Palestin terkorban akibat kekejaman serangan tentera Israel itu.

HAMAS HIZBULLAH

YAMAN SYRIA

IRAK

MASIH BERSEDIA

BERPERANG

SETAHUN LAGI

AMIN

KHALAS

KANAK-KANAK TERUS DI DERA




'Mana anak kami?' Ibu bapa sangkal dakwaan tak tuntut kanak-kanak terlibat dalam serbuan Ops Global


Ibu bapa anak-anak yang diselamatkan pihak berkuasa dalam siri serbuan di pusat jagaan milik Global Ikhwan Services and Business Holding (GISBH) menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain bahawa mereka tidak menuntut anak-anak mereka setelah hampir sebulan.

Mereka menzahirkan rasa kecewa kerana masih tidak dimaklumkan mengenai nasib anak-anak mereka sehingga hari ini. 

Salah seorang daripada mereka ialah ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nur.

- Iklan -
Anaknya ditahan di Nilai, Negeri Sembilan, dan menurut Nur, dia hanya dihubungi pegawai penyiasat (IO) polis setelah tiga hari anaknya dibawa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Saya diberitahu oleh IO bahawa anak saya ada di JKM Putrajaya. Tetapi apabila saya tiba, saya diberitahu pegawai di sana anak saya tiada. Saya kemudian pergi ke JKM Cyberjaya dan Klang, juga tiada di sana.

"Saya kemudian diberikan nombor telefon untuk dihubungi namun panggilan saya tidak dijawab," katanya kepada MalaysiaNow.

Menurutnya, dirinya ditendang seperti bola apabila pihak berkuasa seakan-akan berlepas tangan.

"IO kata kes sudah diserah pada pihak JKM, tetapi JKM pula kata kes masih dalam siasatan polis," tambahnya.

Serbuan polis di rumah-rumah jagaan GISBH dilakukan di bawah "Ops Global", di mana pihak berkuasa mendapati hampir 600 kanak-kanak berusia tujuh bulan hingga 17 tahun menjadi mangsa pengabaian, amang seksual dan perbuatan cabul seperti liwat.

GISBH merupakan konglomerat perniagaan yang lahir daripada sisa kumpulan Al-Arqam yang pernah diharamkan kerajaan pada 1994 susulan fatwa yang mengisytiharkan ajarannya terpesong daripada Islam.

Ia kini disiasat mengikut beberapa akta termasuk Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran dan Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Razarudin berkata terdapat ibu bapa yang tidak mengakui kanak-kanak yang diselamatkan adalah anak kandung mereka memandangkan GISBH mendakwa mereka terdiri daripada anak yatim. 

"Kebanyakan anak-anak ini adalah anak ahli yang tidak tahu bahawa anak mereka telah diselamatkan. Mungkin juga mereka tidak mahu tampil kepada kita untuk mengaku ini anak-anak mereka disebabkan GISBH mengaku bahawa anak-anak ini anak-anak yatim," kata Razarudin. 

Nur bagaimanapun bukan ahli GISBH.

Menurutnya, anaknya yang berusia 10 tahun ditempatkan di asrama dan sekolah dikendalikan kumpulan itu tanpa sebarang masalah.

Dia mempertikaikan istilah 'diselamatkan' yang digunakan dalam laporan media dankenyataan pihak berkuasa.

"Apa maksud proses selamatkan itu? Sampai sekarang satu 'update' pun tiada. Anak saya ditempatkan di mana pun saya tak tahu, walhal saya dah pergi jumpa polis dan JKM.

"Sekali pun tak beri kami jumpa, bagi saya hubungi anak saya. Saya tak tahu anak saya hidup atau tidak. Saya minta JKM berilah kerjasama," kata Nur.

Seorang bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang ditahan di Bukit Beruntung, Selangor turut bimbang kerana masih tidak dapat menghubungi anaknya selepas tiga minggu.

Menurutnya, pada hari serbuan, dia merancang membawa anaknya pulang untuk sambutan hari keluarga, namun mendapati asrama tersebut telah kosong.

Bekas kakitangan GISBH itu berkata dia telah diminta hadir ke balai untuk memberi keterangan, selain diberitahu untuk menunggu panggilan dalam tempoh seminggu.

"Selepas itu barulah pegawai polis memberitahu saya yang saya perlu berhubung dengan JKM. Saya sudah beri semua maklumat yang diperlukan: surat nikah, surat beranak, MyKid dan sebagainya.

"JKM pula memaklumkan mereka sudah mendapat perintah mahkamah untuk menjaga anak kami selama dua bulan. Mengapa perlu tambah dua bulan?

"Apa guna kami datang beri maklumat untuk tuntut anak. Takkan itu tak dikira menuntut?" soalnya.

Menurutnya, isterinya yang sarat mengandung berdepan kemurungan kerana tidak tahu keadaan anak lelakinya itu.

"Isteri saya meracau dan menangis hampir tiap-tiap malam mengenangkan nasib anak," katanya.

MalaysiaNow sedang cuba mendapatkan respon pihak polis dan JKM berhubung dakwaan itu.

'Mereka datang minta baju anak-anak'

Seorang bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, menceritakan hari terakhir dia melihat tiga orang anaknya, masing-masing berusia 2, 8 dan 11 tahun.

"Saya, isteri dan anak-anak dibawa ke Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak, Kuala Lumpur selepas serbuan polis pagi 11 September.

"Kami diberitahu anak-anak kami perlu menjalani saringan kesihatan, selepas itu JKM mengambil anak-anak kami.

"Setengah jam kemudian, pegawai datang dan meminta baju anak-anak tanpa mengambil data waris. Mereka tidak mengambil nombor telefon kami, nama kanak-kanak dan sebagainya," katanya.

Ahmad berkata dia sekeluarga ditahan di Klang, Selangor semasa Ops Global oleh pihak polis. 

Seperti Nur, Ahmad berkata selepas dimasukkan di lokap, dia seolah-olah "ditendang seperti bola" kerana tidak tahu di mana anak-anaknya.

"Saudara saya yang anaknya ditahan oleh JKM Johor dibenarkan untuk membuat panggilan video. Tetapi JKM Selangor dan Malaysia masih senyap dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan," katanya.

Ahmad menganggap dakwaan Razarudin bahawa ibu bapa tidak menuntut anak-anak sebagai tuduhan melampau.

"Kita dah buat kerja kita, hubungi IO dan tanya pihak polis apa yang perlu dibuat. Ada wakil kami yang sudah bertemu dengan pihak JKM, namun kami ditendang seperti bola," katanya.

Seorang wanita yang ditahan di Klang pula berkata dia dan ahli GISBHH yang ditahan dipaksa menandatangani sebuah dokumen tanpa diberitahu isi kandungannya.

"Hanya selepas kami tandatangan barulah pegawai polis beritahu kami itu surat penahanan. Dalam surat itu, bahagian sebab penahanan dibiarkan kosong," katanya. 

Dalam pada itu, Nur masih buntu mengenangkan nasib anaknya, dan berkata semakin hilang kepercayaannya kepada pihak berkuasa.

"Ada kawan-kawan yang datang tuntut anak, tapi mereka pula 'ke dalam'," katanya, sambil menjelaskan dia membayar ikan jamin RM3,000 untuk membebaskan adiknya yang ditahan polis.

MEMISAHKAN

ANAK DENGAN

IBU AYAH ADALAH

PENDERAAN

AMIN

JANGAN DERA

ANAK ANAK

ATAS NAMA 

APA PUN

AMIN

KHALAS

MEDIA LUAR NEGARA FITNAH PEMIMPIN ISLAM


MEDIA LUAR NEGARA

FITNAH 

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK 

LAGI ALIM

KHALAS

PETANG INI



PETANG INI

JAM 5.50

LANGIT ARAH

SUNGAI BESI GELAP

ANGIN KUAT

GURUH DIDENGAR

APAKAH 

AKAN HUJAN?

AMIN

TANAH MELAYU AKAN JADI MILIK PENDATANG



TANAH MELAYU

AKAN JADI MILIK

PENDATANG 

AMIN

BERI INGATAN PADA ZIONIS TEMPATAN !!!


MALAM INI

BERI INGATAN

KEPADA 

ZIONIS TEMPATAN 

DAN

AJEN YAHUDI

AMIN

Unknown commented on 
"JEMPUT DATANG MALAM INI"

Cerita ini sampai tak kepada Yahudi laknatullah? Saja tanya jangan seronok sendiri tapi orang berkaitan tak ambil pot pun, setakat bising ceramah kutuk bakar bendera Yahudi tak jadi apa-apa amin saja nak peringatan kah kah kah

MENCARI PELABUR ATAU MENCARI KUNYIT


MENCARI PELABUR

ATAU

MENCARI KUNYIT

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on
 "DAH DAPAT IC 
JADI PENGUNDI ?"

PMX hebat belaka, semua negara dia pergi pelaburan billion billion tapi siapa nak melabur entahlah, tak nampak lagi, cakap saja kot tak ada ribu tak ada juta semua billion kah kah kah tapi setiap masa jalan hulu hilir mencari kunyit Siam kah kah kah

JEMPUTAN MALAM INI


JEMPUTAN

MALAM INI







ZAHID ADA 47 KES - KEMPEN RASUAH GAGAL

 

KEMPEN

RASUAH GAGAL

KERANA 

ZAHID ADA 

47 KES RASUAH

KAH KAH KAH

AMIN

SATU LAGI AKAN MELEDAK



Polis siasat laporan alas kaki ada imej Kaabah, masjid


GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menerima laporan mengenai alas kaki yang dibeli di bazar Deepavali di Pasar Lebuh Cecil di sini, ada imej Kaabah dan masjid.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang,  Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan.

Pengadu mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai.

"Lelaki berkenaan kemudian membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.

"Susulan itu polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis," katanya.

WOIT

LEPAS SATU

SATU

AMIN

DULU STOKINN

ADA ALLAH

AMIN

SEKARANG ALAS

KAKI ADA 

KAABAH

AMIN

MACAM DIRANCANG

MACAM DISUSUN

SENGAJA NAK

BIKIN KACAU

KHALAS

ZIONIS BOM MASJID 21 TERKORBAN



Jumlah kematian akibat serangan Israel ke atas masjid di Gaza meningkat kepada 21 - Laporan

MOSCOW: Jumlah kematian akibat serangan Israel ke atas sebuah masjid yang menempatkan orang awam yang dipindahkan di Bandar Deir al Balah di tengah Semenanjung Gaza meningkat kepada 21, lapor Sputnik yang memetik Agence France-Presse.

Agensi berita Palestin, Safa, sebelum ini melaporkan 13 kematian.

Pada awal pagi ini, Pasukan Pertahanan Israel mendakwa melakukan serangan ke atas sekolah Ibn Rushd dan Masjid Shuhada al-Aqsa di Bandar Deir al Balah di Semenanjung Gaza, yang didakwa menempatkan pusat operasi pergerakan Hamas. - BERNAMA-SPUTNIK

ZIONIS ISRAEL

BOM MASJID

AMIN

BOM DATANG

DARI AMERIKA

AMIN

BOM DIBUAT

OLEH SYARIKAT

BLACKROCK

AMIN

BLACKROCK

PEMILIK 39

AIRPORT 

MALAYSIA

AMIN

KHALAS

CARA MADEY MEMBUAT DASAR


CARA MADEY

MEMBUAT DASAR

AMIN

JAGA ANAK BINI DAN KRONI


JAGA ANAK

BINI & KRONI

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"KES BLOOMBERG
 JADI KES PELIK"

Jangan berlagak bodoh sangat, ini lumrah sejak merdeka, kawan dilindungi, musuh diserang, ini budaya tradisional, jangan lah buat bodoh sangat, kalau kawan kawan buat salah memang tak nampak, bangsa sendiri agama sendiri lagi kuat kena tutup, jangan pecah lubang,

dulu anak beranak curi minyak subsidi pun senyap menyap juga, kalau orang lain nak pembesar suara pulak kah kah kah kalau bodoh sangat simpan dulu boleh tak kah kah kah , masa sedap senyap kalau rugi bising satu kampung budaya kita amin

PENDATANG HARAM BAWA BAHAYA


PENDATANG

HARAM BAWA

BAHAYA

KHALAS

Unknown commented on 
"DAH DAPAT IC 
JADI PENGUNDI ?"

Apa syarat untuk jadi warganegara Malaysia?... Cuba selidik perlembangaan.. rasanya tiada syarat-syarat lain melainkan kelahiran , susur galur ibu atau bapa..

Ada ke syarat kena sekurang-kurangnya faham bahasa malaysia?.. ni dah lah tak paham bahasa malaysia... Bercakap bahasa Malaysia pun tak boleh... Tp kononnya dah tinggal kat Malaysia 50 tahun... Poodah cittt


Unknown commented on 
"DAH DAPAT IC 
JADI PENGUNDI ?"

Nak lawan bagi IC kepada Bangla Rohingya settle semua, bagi balance balik kah kah kah

JEMPUT DATANG MALAM INI


JEMPUT DATANG

BUAT RAMAI

MALAM INI

AMIN



7 OKTOBER


7 OKTOBER

SENIN 7 OKTOBER 2024
SABTU SUBUH 7 OKTOBER 2023
HAMAS  MULA MENYERANG ISRAEL
MAKA BERMULA 
PERANG GAZA

HARI INI
PERANG GAZA MASUK SETAHUN
LEBIH 50 RIBU WARGA PALESTIN
GUGUR
PERANG DAH MEREBAK KE LEBANON
PERANG MEREBAK KE  YAMAN
PERANG MEREBAK KE SYRIA
PERANG MEREBAK KE IRAN
JENG JENG JENG

KITA LIHAT
KITA TUNGGU APA TERJADI

MALAM INI 
ADA RAPAT-FORUM
TENTANG SETAHUN GAZA
DI DEWAN IAIS
SEMUA DI JEMPUT DATANG
DATANG BUAT RAMAI
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
MATA HARI DAH KELIHATAN
CAHAYA TAK TERASA
LANGIT BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS

HA HA
RUMPUT DAH MENINGGI
CENGKERIK DAH BERLAGU
MURAI DI TEPI PAGAR BERKICAU
TERKUKUR BERSUARA
SEBUAH PESAWAT MENDERAM
JELAS KELIHATAN ARAH KE KLIA

SATU KELUARGA
TIGA BERANAK  TAK MENYALAK
BILA BERTEMU TAK TAK & EZI
ADA ANAK MUDA
BERMAIN DGN TAK TAK
GUA NAK PUJUK ANAK MUDA INI
NAK BAWA BALIK 
KE LE CHATEAU
UNTUK JADI PENJAGA KAWASAN
INI PROJEK GUA SEDANG BERJALAN
TAPI PAGI INI
GUA TAK BAWA MAKANAN
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
BILA LU BERJALAN
JANGAN CEPAT SANGAT
LIHAT SEKELILING
NIKMATI ALAM YANG INDAH

BRO
MEMBERI SENYUM
DENGAN UCAPAN
SELAMAT PAGI
TIDAK PERLU MENGELUARKAN
DANA DARI BANK

BRO
JIKA LU TAK MAMPU
BERSEDEKAH UNTUK 100 ORANG
SEDEKAH SAJA UNTUK
SATU ORANG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA