Selasa, 21 Februari 2023

TURKI DAN SYRIA MASIH DALAM BAHAYA !


TURKI & SYRIA

MASIH DALAM 

BAHAYA

KHALAS

PROJEK LICIK NAK BEBASKAN NAJIB


Rayuan Najib tidak didengar dalam perbicaraan SRC International, kata Shafee

BERLAKU ketidakadilan dalam penghakiman terakhir Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International susulan alasan rayuannya tidak didengar, dakwa peguam bela utama Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah.

Kata Shafee Mahkamah Persekutuan mempunyai peranan untuk mencegah penyalahgunaan keadilan namun gagal untuk mempertimbangkan alasan rayuan dibangkitkan wakil Najib.

Pada 25 April tahun lalu, peguam Najib mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan.

“Penghakiman terakhir cetus ketidakadilan pada beliau sebab (Najib) langsung tidak didengar.

“Ini juga satu salah guna proses mahkamah. 99% orang ramai juga akan hargai melihat Najiob dan peguamnya tidak didengar (semasa perbicaraan SRC),” katanya kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Tahun lepas Najib memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan yang menolak penangguhan prosiding utama dan isu menggugurkan Ketua Hakim Negara daripada rayuan itu.

Beliau juga memfailkan permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu, berhubung rayuan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. – 21 Februari, 2023.

INI NAMANYA

PROJEK

MENGOLAH

PERSETUJUAN

AMIN

BUAT CERITA INI

BIAR ADA SIMPATI

AMIN

LUBANG  & TALI

DIGALI DI IKAT

DI RANCANG

UNTUK 

MEMBEBASKAN

NAJIB & ROSMAH

AMIN

LICIK TERSUSUN

DI RANCANG

KHALAS

BERSATU TIDAK ADA KUASA



Bersatu mangsa pendakwaan terpilih – Muhyiddin

KUALA LUMPUR — Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin mendakwa partinya menjadi sasaran ‘pendakwaan terpilih’ berikutan Ketua Penerangan parti itu,  Wan Saiful Wan Jan dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Wan Saiful yang juga bekas Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) didakwa atas dakwaan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta membabitkan rundingan projek Central Spine Road dari Sertik ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur bernilai RM232 juta

Menurut Muhyiddin, setiap parti politik memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti dan sumbangan itu diterima daripada ahli dan syarikat korporat.

“Setakat ini tiada satu pun undang-undang khusus untuk pembiayaan politik di Malaysia.

“Hari ini, parti Bersatu telah menjadi sasaran pendakwaan terpilih – menerima sumbangan dana politik tiba-tiba telah menjadi satu kesalahan jenayah.

“Beberapa orang pemimpin Bersatu telah didakwa di Mahkamah kerana menerima sumbangan dana untuk menjalankan aktiviti parti,” katanya kepada wartawan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, parti politik dalam Kerajaan Perpaduan terutamanya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) juga menerima sumbangan serupa tetapi tidak pernah didakwa di mahkamah.

Tegas beliau, sumbangan yang diterima partinya adalah daripada sumber yang sah, dan tidak menyalahi undang-undang.

“Bersatu sebenarnya telah menjangkakan ini yang akan dilakukan kerajaan PH dan BN untuk melumpuhkan Bersatu setelah melihat sokongan kepada Bersatu dan PN semakin kuat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu,” ujarnya.


WOIT

INI NAMANYA

KUASA

AMIN

SAPA ADA KUASA

BOLEH BUAT

APA SAJA

AMIN

MUHYIDIN KATA

PAKATAN PUN

TERIMA DANA

AMIN

CARA TERBAIK

IALAH BERSATU

DAPAT KEMBALI 

BERKUASA

AMIN

BILA BERSATU

ADA KUASA 

BERSATU BOLEH

TANGKAP PEMIMPIN

PAKATAN PULA

AMIN

DENGAN CARA INI

KAKI RASUAH

SEMUA MASUK JIL

AMIN

KHALAS

NAK KELUARKAN DUIT KWSSP


NAK KELUARKAN

DUIT KWSP

KHALAS

Amier The Hero commented on 
"NAK KELUAR KE
 TAK NAK KELUAR"

Hahahahahahaha!!! Pmx kesayangan TT!!! Masa midin dan paklong mail, takde pun rakyat jadi mcm ni. Buat rakyat malaysia.. padan la dgn muko!!! Poie la laie undi PM kesayangan TT. Tapi den heran la, 2 kali dah dapek kuarkan duit kwsp.. takkan tak abih² laie hutang maso pkp. Den sendiri yg buek bisnes tenggolam timbul ni pun dah habih pun lunaskan utang keto awal tahun ni. Ado gak buek 2 kali moratarium tp selosai dah loan keto. Yg bega² ni buek apo dgn duit yg sebolum² ni.. tu laaa, maso dapek duit kemain memasing poie bercuti bagai. Konon lopeh gian sobab kono kurung 2 tahun.. bab ni mmg tun m botul. Melayu mudah lupo.. kah kah kah kah kah...

Unknown commented on 
"NAK KELUAR KE 
TAK NAK KELUAR"

Bagi je kuar duit kwsp dorang tu nak kuar sumer pun boleh tp bahagian caruman pekerja sbb dorang sibuk kata duit dorang. Bahagian caruman majikan tak boleh sbb bukan duit dorang pun. Melayu ni pasal simpan duit payah sekali pasal keluar duit laju je. Bila abis duit nanti mulalah kata kerajaan tak bantulah tak perihatinlah. Takde keja lain bantu bantu bantu sampai mati

Unknown commented on 
"NAK KELUAR KE
 TAK NAK KELUAR"
Entah lah apa nak jadi, bila meraka jadi kerajaan apa pun tak buat, asyik curi rompak, kah kah bila tukar kepada orang baru, semua nak komen semua nak bantah, kah kah mana nak maju kalau bab makan menu Rahmah pun tak cukup zat, woit dulu bagi apa, sekurang-kurangnya sekarang boleh makan dengan 5 hinggit, dulu habuk pun tarak, kalau keluar semua duit EPF nanti bila tua nak makan pasir kah? 

Awat tak pernah susah dulu kah semua nak senang sampai lingkup, itu masalahnya sekarang, semua nak duit mudah, tak fikir depan kah kah kah, ada saja hasut hasut hak kita pulak dulu senyap senyap kah kah kah, betul kah tak ada kerja di Malaysia, setiap hari beribu nak masuk cari makan, sampai duduk kapal laut selama 2 minggu, sampai mereka hidup jugak malah mewah sekejap masa, bukan pasal masalah tetapi berusaha kerja siang malam, cermin sikit kah kah kah

BERAWAS DENGAN TALIBAN



SENTIASA AWAS

DENGAN TALIBAN

AMIN

panglimo potaseh commented on
 "DAP MASUK PERANGKAP PAS"

Tentera Taliban & Pakistan .. DAP tak perlu buat repot.. ini tentera yang dah kalah lengit ..masih guna pedang ..
Unknown commented on 
"DAP MASUK PERANGKAP PAS"

gua risau bila tengok ni sebab gua teringat junta myanmar yang di sapot sami2 budha menonggang agama... ramai tekorban..

GEMPA BUMI DATNG LAGI



Gempa bumi terbaharu di Turkiye, 3 terbunuh, 213 lagi cedera


SEKURANG-kurangnya tiga orang terbunuh dan 213 lagi dirawat di hospital selepas dua gempa bumi terbaharu menggegarkan selatan Turkiye pada malam Isnin, kata Menteri Dalam Negerinya Suleyman Soylu.

Pasukan penyelamat kini berada di tiga lokasi bagi menyelamatkan enam mangsa yang terperangkap kata Soylu kepada pemberita di Hatay, lapor Xinhua.

Gempa bumi berukuran 6.4 dan 5.8 skala Richter itu berlaku hanya dua minggu selepas dua gempa kuat menggegarkan wilayah yang sama yang mengorbankan lebih 41,000 orang.

Gempa bumi pertama melanda daerah Defne di wilayah Hatay pada kira-kira 8.40 malam waktu tempatan (1704 GMT) dan gempa kedua berlaku tiga minit kemudian dengan pusat gempa di daerah Samandag di Hatay, menurut Pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).

Datuk Bandar wilayah Hatay Lutfi Savas memberitahu penyiar tempatan gempa bumi terbaharu meruntuhkan beberapa bangunan dan beberapa orang terperangkap di bawah runtuhan.

“Cuaca sejuk. Ada penduduk pulang ke rumah mereka yang masih kukuh. Ada yang balik ke rumah untuk mengambil barangan mereka,” kata Savas.

Gegaran itu turut dirasai di Syria, Jordan, Israel, Lubnan dan Mesir, lapor media tempatan.

Pada Isnin AFAD berkata lebih 6,000 gegaran susulan direkodkan sejak 6 Febuari.

Gempa bumi terbaharu melanda Hatay beberapa jam selepas Presiden Recep Tayyip Erdogan melawat wilayah itu.

Erdogan yang meninjau misi mencari dan menyelamat di wilayah selatan Hatay dan Kahramanmaras berikrar akan memulihkan kembali wilayah berkenaan.

Kerajaan akan memulakan pembinaan 45,067 rumah di Kahramanmaras pada Mac dengan matlamat membina 200,000 rumah secara keseluruhan di 10 wilayah pada bulan yang sama. – Bernama, 21 Februari, 2023.



NAMPAKNYA

GEMPA TERUS

MELANGGAR

TURKI & SYRIA

AMIN

USTAD YOUTUBE


AWAS !!!

KHUTUBAH

DARI USTAD

YOUTUBE

KHALAS

BILA YB NAK SAMAN



Ramasamy mahu saman portal berita


BILA

 YB RAMASAMY

NAK SAMAN

PORTAL BERITA

YANG SALAH

LAPOR

AMIN

PORTAL MANA

YANG LAPOR

YB RAMASAMY

TAK PUAS HATI

KERANA

PEGAWAI KERAJAAN

AMAT BANYAK

ORANG MELAYU

AMIN

KHALAS

RAMAI DAH TAK BERDUIT


TAKDA DUIT

KHALAS

AMIN





Bagi keluar la EPF... Takkan nak tengok yo no total yg ado dalam akaun epf tu.... Konyang ko tengok je nombor tu.... Pak syeikh sila la jawab.... Kah kah kah

TAK MENGAKU SALAH


TAK MENGAKU

SALAH

AMIN

SAPA ??? RASUAH KELUARGA PEMIMPIN POLITIK



Ada surat setuju terima projek Jana Wibawa libat ahli keluarga pemimpin politik, kata menteri


BEBERAPA senarai Surat Setuju Terima (SST) dikeluarkan menerusi projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) melibatkan ahli keluarga pemimpin utama parti politik tertentu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini belum mengenal pasti nilai sebenar projek itu.

Beliau berkata SPRM sudah menjalankan siasatan terhadap isu berkaitan tender rundingan terus antaranya projek di bawah Jana Wibawa yang melibatkan projek pembangunan dan infrastruktur.

“Sebanyak 56 projek sudah mendapat SST dan keseluruhan projek tersebut bernilai RM6.3 bilion,” katanya menerusi jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Azalina menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) berhubung jumlah bilangan dan nilai projek yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa khususnya tender rundingan terus melibatkan ahli keluarga pemimpin utama serta tindakan yang diambil ke atas mereka yang dapat habuan.

Menjawab soalan mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam, Azalina berkata 60 daripada 180 kes selesai dibicarakan bagi tempoh 2018 hingga Januari tahun ini.

Katanya 72 individu sudah disabitkan kesalahan manakala baki 120 kes masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Beliau menjawab soalan Dr Ismail Abd Muttalib (PN-Maran) mengenai jumlah pertuduhan berprofil tinggi membabitkan ahli politik dan pegawai awam yang belum dibawa ke muka pengadilan untuk hukuman serta sebab-sebab ia ditangguhkan.

Azalina juga berkata kerajaan bercadang mengadakan sesi libat urus berkaitan Rang Undang-Undang Dana Politik untuk mendapatkan maklum balas gabungan dan parti politik serta pihak berkepentingan supaya sebarang rang undang-undang yang bakal dibentang kepada jemaah menteri adalah inklusif dan komprehensif serta mencerminkan keperluan semasa.

“Sebarang kertas kerja dan laporan pentadbiran terdahulu turut akan dipertimbang oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) berhubung perancangan kerajaan dalam membentangkan rang undang-undang itu bagi mengatasi isu pendanaan asing. – Bernama, 20 Februari, 2023.

WOIT

TALI GANTUNG

NAK DEKAT DENGAN

PEMIMPIN MANA? 

KAH KAH KAH

KELUARGA SAPA

JENG JENG JENG

AMIN

INI LANGKAH BIJAK

DAKWA & TANGKAP

BARU BOLEH

PAKATAN SELAMAT

AMIN

JIKA TIDAK OMBAK

TALIBAN  AKAN

LANDA PAKATAN

KHALAS

EKONOMI KECUT - ADA BAHAYA


Pengusaha biskut raya tak tahan kos bahan mentah naik

ADA yang hentikan tempahan dan berkira-kira sama ada akan naikkan harga atau jual dalam kuantiti lebih kecil.

Kenaikan harga bahan mentah sehingga 50% menyebabkan pengusaha biskut raya terpaksa menghentikan tempahan dan tidak akan membuka jualan bagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Pengusaha yang mahu meneruskan jualan pula berkira-kira sama ada akan menaikkan harga atau menghasilkan produk biskut raya dengan kuantiti lebih kecil.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight kenaikan harga bahan mentah melibatkan produk mentega, tepung dan telur itu membebankan mereka.

Salah seorang pengusaha Nor Zaidah Sabri, 47 berkata beliau terpaksa menghentikan tempahan biskut raya tahun ini kerana tidak dapat menanggung lagi kenaikan kos itu.

“Saya mungkin tidak buat kuih raya kerana kenaikan harga yang terlalu bukan satu barang tapi boleh kata hampir semua - mentega, tepung, telur termasuk balang kuih pun naik harga.

“Jadi saya rasa kalau saya jual macam tak berbaloilah. Berapa harga yang kita nak jual, dengan tenaga lagi sebab operasi dalam skala kecil,” katanya.

Jelasnya bahan mentah bermutu tinggi itu tidak dapat dibeli dalam kuantiti kecil dengan harga rendah seperti pengilang yang dapat menikmati harga pukal.

“Jadi barang biasa kita beli bukan yang macam orang yang ada kilang. Kalau saya naikkan harga terlalu tinggi pun bimbang juga tak ada orang yang nak beli,” katanya.

Pengusaha seperti Nor Zaidah dijangka berdepan kenaikan berterusan kos bahan mentah selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka inflasi kekal tinggi pada tahun ini.

Gabenor BNM Nor Shamsiah Mohd Yunus dilaporkan berkata tekanan kos dan permintaan yang berlarutan menyumbang kepada kenaikan inflasi negara.

Trend kenaikan harga itu diakui pasar raya besar seperti Mydin yang mendapati harga bahan mentah peniaga makanan naik antara 10% hingga 15% sejak 2020.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd Ameer Ali Mydin berkata harga bahan asas utama makanan itu tidak turun malah tidak juga menunjukkan trend berkurangan sejak tahun itu.

Mengulas trend itu Nor Zaidah yang mengusahakan Ida Sweetbakes sejak 10 tahun lalu berkata biskutnya dijual dengan harga sekitar RM25 hingga RM30 bagi 50 keping mengikut jenis.

Nor Zaidah menjangka perlu menaikkan harga sekitar RM5 hingga RM10 bagi setiap balang biskut jika mahu meneruskan jualan untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Sebab itu saya rasa saya tak dapat nak buat biskut raya. Contohnya harga mentega bagi 4.8 kg sekarang sudah cecah RM79 dan saya dengar harganya akan naik lagi.

“Itu belum termasuk bekalan telur yang sangat susah untuk dapat sekarang. Peniaga perlu kuantiti yang banyak dan untuk buat kuih ini perlu telur yang segar baru kuih jadi,” katanya.

Beliau seterusnya menjangka akan menghasilkan kek jeli sahaja bagi tahun ini manakala biskut pula hanya akan dibuat untuk memenuhi permintaan keluarga terdekat sahaja.

Seorang lagi pengusaha Umi Khalsoom Razlan berkata beliau berdepan dua pilihan sama ada mengurangkan kuantiti atau menaikkan harga biskut antara RM5 ke RM10.

Umi, 50 yang sudah berbelas tahun membuat biskut raya berkata kenaikan bahan mentah yang mencecah sehingga hampir 50% benar-benar membebankan pengusaha kecil sepertinya.

Malah beliau bimbang harga bahan mentah itu akan dinaikkan lagi dalam tempoh dua minggu sebelum bulan puasa.

“Fenomena setiap tahun trendnya sama. Sebelum puasa pembekal dah naikkan harga bahan mentah. Contohnya harga satu bata mentega dulu dalam RM8 lebih sekarang dah naik RM13.50.

“Sebelum ini biasanya dua minggu sebelum puasa harga mentah akan naik lagi cuma kita tak tahu naik itu sampai berapa untuk tahun ini.

“Jadi situasi  ini yang buat kita sakit sangat sebab biasanya kita sudah terima tempahan dan bila harga naik lagi kita tak ada pilihan,” katanya.

Beliau berkata ketika ini  menjual harga biskutnya bermula daripada harga RM29 bagi 45 hingga 50 keping dan harga itu tidak boleh dikurangkan lagi.

“Biskut kita ini buatan tangan bukan produk kilang dan bahan mentah adalah premium. Pelanggan biasa tetap akan faham sebab apa kita naikkan harga sebab kualiti biskut yang kita tawarkan.

“Tapi masa sama kita nak semua orang dapat merasa biskut kita jadi harga itu kena jadi harga yang boleh dibeli.

“Pilihan yang kita ada untuk kekalkan harga ialah kurangkan kuantiti biskut mungkin dalam 30 hingga 35 biji sahaja,” katanya.


Seorang pengusaha kuih tart di Kuala Terengganu, Tengku Lijah Tengku Chik juga mengakui peniaga kecil sepertinya berdepan dengan kos kenaikan harga bahan mentah yang tidak masuk akal.

Tengku Lijah, 54 bagaimanapun tidak akan menaikkan harga biskutnya kerana ketika ini pelanggan tetap mampu membeli dengan harga RM20 bagi setiap balang 22 biji kuih.

“Biarpun dengan harga barang naik macam mentega tepung, minyak sapi harga yang dijual tetap sama,” katanya yang tetap menghasilkan kuih bersaiz besar dengan inti penuh.

Tengku Lijah berkata beliau sering ditanya pelanggan yang pelik beliau masih menjual dengan harga murah biarpun harga bahan mentah kini naik.

Ujarnya, beliau tidak tidak terlalu memikirkan keuntungan demi minatnya membuat kuih.

“Untung itu memang tidak seberapa tapi lebih kepada kepuasan sebab saya bermula pun daripada hobi dan kemudiannya mula secara serius semasa dua tahun lepas.

“Saya juga fikir di Terengganu kalau nak jual mahal pun takut pengguna terbeban jadi saya kekalkan sahaja harga itu,” katanya. – 21 Februari, 2023.

WOIT

INI NAMAMYA

EKONOMI JADI

KECUT

AMIN

NIAGA TUTUP

BARANG MAHAL

KOS TINGGI

AMIN

PEMBELI TAK ADA

DUIT NAK BELI

AMIN

INI KRISIS AKAN

PANJANG LAMA

AMIN

TAHUN 1939

ZAMAN MELESET

YG MEMANGKIN

PERANG  DUNIA

KE DUA

AMIN

YANG KITA  ALAMI

SEDANG DIALAMI

DI SELURUH DUNIA

KHALAS

KES RASUAH PERTAMA BERSATU


Wan Saiful mengaku tidak bersalah terima rasuah RM6.9 juta

KETUA Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM6.9 juta berhubung projek Jana Wibawa.

Dua pertuduhan ke atas Wan Saiful, 48, yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek “Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur” daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232,000,000. 

Wan Saiful juga dituduh menerima bagi dirinya suatu suapan iaitu wang tunai sejumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Bekas pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, sekitar April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku di Kuala Lumpur antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Wan Saiful diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik. – Bernama, 21 Februari, 2023.

WOIT

MEMANG TAK

MENGAKU SALAH

KAH KAH KAH

CEPATKAN

KES SELESAI

AMIN

NAK ADAKAN

PRK 

KAH KAH KAH

MULAKAN DGN

ORANG KELILING

ABAH

AMIN

KEMUDIAN ORANG

KELILING HADI

AMIN

LEPAS TU BARU

PEGANG ABAH

BARU PEGANG

HADI

AMIN

KHALAS