Isnin, 31 Julai 2023

KLUSTER LAWAN GEROMBOLAN


LAWAN GEROMBOLAN

KLUSTER MERAJUK

TIM LAWAN ZAHID 

TIM BOSKU

KHALAS

ANWAR DAN SANUSI !!!


Anwar peroleh injuksi sementara halang Sanusi ulang kenyataan fitnah




KAH KAH KAH

KAAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KAH KAH KAH

KHALAS

BERAPA JUTA WARGA.CHINA MERAH DAH LESAP DI TANAH MELAYU


Ejen minta bayaran bantu warga China sudah larikan diri


PUTRAJAYA – Seorang ejen yang disyaki meminta bayaran bagi membantu seorang warga China yang tidak dibenarkan memasuki negara ini bulan lalu difahamkan sudah melarikan diri.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata, pihaknya tidak dapat mengesan ejen dan juga warga China terbabit.

“Kami menyemak rekod Imigresen dan sistem menunjukkan kedua-duanya sudah meninggalkan negara ini,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pemakaian Kamera Badan dan Jaket di Ibu Pejabat SPRM, di sini, hari ini.

Ditanya mengenai dakwaan dua individu terbabit masih berada dalam negara, Azam menggesa pihak-pihak yang mempunyai maklumat berkaitan untuk tampil bagi membantu siasatan SPRM.

Katanya, pada masa ini, beliau sudah mengarahkan agensinya supaya menamatkan siasatan dan menyerahkan laporan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Awal bulan ini, Azam dilapor berkata, SPRM sedang menjejaki ejen dipercayai warga asing atas dakwaan meminta bayaran bagi membantu seorang warga China selepas dia didakwa ditahan daripada memasuki Malaysia.

Ejen itu dipercayai dikaitkan dengan syarikat dilantik sekumpulan syarikat penerbangan bagi menguruskan pelancong dikenakan Notis Tolak Kemasukan (NTL).

Pada akhir Jun lalu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mengakui, beliau ialah menteri dikaitkan dengan kekecohan di balai ketibaan antarabangsa KLIA bagi membantu seorang warga China dilarang memasuki Malaysia.

ADVERTISEMENT


Beliau turut mendakwa wujud budaya rasuah dalam segelintir pegawai dan penyalahgunaan kuasa di pintu masuk negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengakui budaya rasuah masih berlaku dalam kalangan penguat kuasa tetapi, hanya membabitkan segelintir mereka di KLIA.

Azam berkata, SPRM sudah mengambil keterangan sekurang-kurangnya 14 individu terbabit dalam kekecohan itu, termasuk Tiong, wanita China terbabit dan lapan pegawai imigresen. – 
 

SOALAN AJEN

SEORANG INI

TAK PENTING

TAK PERLU

DI HEBOH

AMIN

YANG WAJIB

DI HEBOH

DI TANYA

DI SOAL  IALAH

DAH BERAPA

JUTA WARGA CHINA

MERAH DAH MASUK

TERUS LESAP

DI TANAH MELAYU

KHALAS

MASUK PELANCUNG

TERUS TAK PULANG

KHALAS

TANAH MELAYU

AKAN JADI 

PROVINSI

CHINA MERAH

KHALAS

KEJAYAAN POLITIK JALAN RAYA



Selangor batal permohonan bina PJD Link

KERAJAAN Selangor memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan projek kontroversi Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link), kata Amirudin Shari.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar sementara Selangor itu berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti laporan penilaian impak yang dikemukakan, terutamanya dari segi laporan impak sosial.

“Pentadbiran ini tidak berpuas hati dengan pelan yang dikemukakan kerana tidak menepati syarat yang ditetapkan kerajaan negeri.

“Oleh yang demikian, kerajaan negeri Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan cadangan ini dan memutuskan untuk membatalkan permohonan pembinaan lebuh raya PJD Link,” katanya.


Amirudin juga berkata keputusan itu dibuat dengan prinsip supaya pembangunan di Selangor mencapai keseimbangan antara kemampanan, kemajuan ekonomi negeri serta tidak membawa kemudaratan kepada rakyat. 

Beliau berkata cadangan pembinaan lebuh raya itu awalnya mendapat kelulusan prinsip daripada Jemaah Menteri pada 12 November 2017, yang kemudian dibawa kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 3 September 2020 dan diberi ruang untuk kajian dijalankan dengan melibatkan penduduk di kawasan Petaling Jaya.

“Seterusnya, cadangan ini dibentangkan kepada Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan pada 12 November 2021 melalui Memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan bersyarat supaya cadangan ini memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Pemaju menandatangai perjanjian dengan kerajaan Perikatan Nasional pada 5 April 2022, dengan syarat syarikat berkenaan melaksanakan secara penuh Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Kajian Penilaian Impak Sosial (SIA) dan Kajian Penilaian Impak Trafik  (TIA) sebelum perjanjian diaktifkan.

PJD Link ialah lebuh raya berkembar sepanjang 25.4km, yang akan bermula selepas Plaza Tol Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Lebuhraya SPRINT, Damansara dan berakhir di Persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Projek itu dirancang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas enam lebuh raya utama yang saling berhubung iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Sprint.

Cadangan projek itu mendapat bantahan penduduk Petaling Jaya, berkata lebuh raya itu tidak akan menyelesaikan masalah lalu lintas, tetapi akan menyebabkan bunyi bising dan pencemaran alam sekitar.

Penduduk sebaliknya mahu sistem pengangkutan awam yang komprehensif, dan menggesa kerajaan dan pihak berkepentingan bekerjasama untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Selangor. – 31 Julai 2023.


TAHNIAH

WARGA PJ

AMIN

TAK PUAS HATI

TURUN JALAN RAYA

AMIN

TULIS SURAT

BINCANG BINCANG

TAK BAWA HASIL

AMIN

JALAN RAYA

BAWA JAYA

AMIN

KHALAS

PEMUDA PN TAK FAHAM POLITIK


Pemuda PN buat dua laporan polis terhadap PM, TPM


KUALA LUMPUR – Pemuda Perikatan Nasional (PN) hari ini  membuat dua laporan polis terhadap Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim dan timbalannya, Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, laporan pertama membabitkan ucapan Ahmad Zahid berkaitan pengumuman kewangan dalam sebuah program di Terengganu yang didakwa berbaur sogokan.


WOIT

PEMUDA PN NI

TAK FAHAM POLITIK

KAH KAH KAH

TAK FAHAM

APA ITU KUASA

KAH KAH KAH

TAK FAHAM APA

ITU DAULAH

KAH KAH KAH

TAK FAHAM APA

JENTERA DAULAH

AMIN

KHALAS

PAS SAILANG AZMIN DARI JADI MB


PAS SAILANG

AZMIN DARI JADI

MB SELANGOR

KAH KAH KAH

KHALAS

PROJEK I GOD DI NUMBO



PROJEK

I GOD DI NUMBO

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 
"PROJEK JATUHKAN ANWAR"

yang kata kerajaan nak tombang nuar... yang cakap kerjaan kokoh nuar... nuar dah gila

Unknown commented on
 "PROJEK JATUHKAN ANWAR"
masa nuar got nobo got nobo duit kita jatuh macam ni ke ? tak perasan.. kah kah kah

BUKAN DI BALING BUKAN DI BATU


OPIS PAS

BUKAN DI BALING

BUKAN DI BATU

DI JLN RAJA LAUT

KAH KAH KAH

AMIN



Unknown commented on
 "INI KERJA POLITIK JAHAT"

SENDIRI baling sendiri cari publisiti kah kah kah siapa nak baling Batu woit? Kah kah kah baling duit ada lah orang sambut anjing pun LARI kena Batu kah kah nak buat show pandai lah sikit kah kah

KES RASUAH ZAHID MASIH HANGAT




KES RASUAH

ZAHID MASIH

HANGAT

KHALAS

SABH SARAWAK MENENTU SAPA MAHARAJA

 


SABAH SARAWAK

MENENTUKAN

SAPA MAHARAJA

KHALAS

Unknown commented on

 "PROJEK JATUHKAN ANWAR"

Lebai lupa Sabah Sarawak ada kuasa menentu siapa PM, jangan dok sembang tipu Melayu lagi, kalau semua negeri PN menang pun tak jadi apa apa kah kah kah malu sekejap adakah? Kah kah kah DUN lain Parlimen lain faham kan? Kah kah kah

JANJI TEH TARIK

JANJI 

TEH TARIK 

AMIN


Unknown commented on
 "INGAT TEH TARIK"

Apolah kau susah sangat dok komen fasal teh tarik. Bagi aku, Keraajan PaS in adlah yang terbaik. Mana ada gomen macam PAS boleh bagi teh terik percunma kepada rakyyat setiap hari malah satu keluargo semua dapat, bukan satu hari tapi bertahun-tahun. PAS belnjo banyak pitih bagi teh tarik percumo. Negeri lain kalu hang nak minum teh tarik, kena gi kedai mamak la guna duit bukan free. Keraan PAS lagi canggih, nak tah tarik buko paip je, terus keluar. Tapk payah bancuh atau tarik masuk gulo dan susu. Rakyat Kelantan keno terus sokong PAS kalau tak tak adolah teh tarik percuma...

RAMAI TIDAK FAHAM


RAMAI TAK FAHAM 

APA PERANAN SPRM

KHALAS

PAK LEBAI TAK FAHAM PERANAN SPRM




SPRM perlu bebas, elak rakyat hilang kepercayaan - Tuan Ibrahim


SEREMBAN: Timbalan Presiden Pas,  Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak secara bebas.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap SPRM yang menyatakan tiada unsur rasuah dalam ucapan Timbalan Perdana Menteri,  Ahmad Zahid Hamidi di Terengganu pada Jumaat lepas.

Menurutnya, badan itu perlu bebas agar rakyat tidak hilang kepercayaan kepada institusi seperti SPRM.

"Sebab itu (kenyataan berkaitan Ahmad Zahid) orang pertikai. Saya bukan nak pertikai kenyataan SPRM.

"Tetapi bagi kita... kita perlu, mungkin satu panduan, yang mana boleh dan mana tak boleh.

"Tak nak sekejap kata boleh. Bila pembangkang sediakan bas pun tak boleh sedangkan ini 'direct' bagi duit.

"Dalam keputusan pilihan raya Kuala Terengganu, benda macam ini dianggap salah oleh mahkamah," katanya.

WOIT

PAK LEBAI INI

KURANG ARIF

KAH KAH KAH

DIA TAK FAHAM

APA DIA SPRM

KAH KAH KAH

APA PERANAN

SPRM

KAH KAH KAH

KESIAN LIHAT

PAK LEBAI

AMIN

KHALAS

LAWAK BERIDIRI DARI AZAM BAKI


Pengumuman geran ratusan ribu Zahid bukan rasuah, kata SPRM


Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengenai pemberian geran ratusan ribu ringgit kepada beberapa pertubuhan di Terengganu sebagai balasan kepada sokongan terhadap gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan bukan satu bentuk rasuah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki. 

Beliau berkata agensi anti rasuah itu menyifatkan pemberian geran tersebut adalah sebagai peruntukan Persekutuan.

"Ini adalah sebuah kerajaan pemerintah yang boleh melaksanakan inisiatif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

"Pada hemat saya, tiada masalah berhubung isu pemberian geran ini kerana ia merupakan inisiatif kerajaan. Jadi kalau inisiatif peruntukan yang telah diluluskan kerajaan, ia tiada unsur rasuah," kata Azam dipetik Sinar Harian.

Pendirian Azam nampaknya bercanggah dengan amarannya awal tahun ini bahawa sebarang bentuk wang yang diberikan sebagai pertukaran undi adalah satu bentuk rasuah.

"Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 adalah sangat jelas dan apa jua istilah awam digunakan mempertahankan hujah adalah tafsiran peribadi semata-mata.

"Sama ada ia ‘sedekah’ atau ‘sumbangan’, undang-undang menganggapnya sebagai rasuah yang dibayar kepada pengundi, tidak kira sama ada pengundi memintanya atau tidak," Azam dipetik oleh akhbar yang sama pada 24 Januari lalu.

Berucap di Terengganu pada 28 Julai, Zahid yang juga menteri pembangunan luar bandar dan wilayah mengumumkan peruntukan berjumlah RM100,000 untuk sebuah pertubuhan belia, yang akan disalurkan melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah). 

Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Majlis Belia Terengganu dan RM200,000 kepada persatuan penunggang motor, sambil menambah bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemudian akan "menambah" jumlah itu. 

Zahid ketika itu berkata peruntukan tambahan itu adalah dengan syarat bahawa golongan belia di Terengganu akan menyokong "gelombang biru dan merah", merujuk kepada gabungan BH-PN yang berhasrat untuk merampas negeri tersebut pada pilihan raya 12 Ogos.

Pengumuman Zahid dibuat sehari selepas Anwar sendiri mengumumkan pemberian RM100 dalam bentuk kredit e-tunai kepada kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dewasa, satu langkah yang disiarkan di media sosial sebagai satu bentuk "gula-gula pilihan raya". 

Azam berkata peruntukan tersebut bukanlah satu bentuk rasuah. 

Semalam, satu laporan polis dibuat terhadap Zahid oleh Muda, menggesa pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap beliau kerana memberi rasuah pilihan raya.

"Kita mengecam tindakan menggunakan dana (kementerian) sebagai modal berkempen daripada mana-mana kerajaan sekalipun. Apatah lagi apabila disebut dengan jelas oleh timbalan perdana menteri yang juga merupakan menteri kemajuan desa dan wilayah," kata parti itu dalam satu kenyataan.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang membidas Zahid, menyifatkan tindakan presiden Umno itu sebagai "menormalisasi rasuah", manakala bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata perkara itu adalah sangat serius. 

Bagaimanapun, Khairy berkata beliau tidak yakin ia akan disiasat oleh SPRM.

"Di bawah Akta Pencegahan Rasuah, sogokan pada bila-bila waktu tak dibenarkan. Ini sogokan," katanya dalam edisi terbaru "podcast" Keluar Sekejap.

WOIT

INI LAWAK BERDIRI

PALING BAIK

DARI AZAM BAKI

KAH KAH KAH

AZAM JUJUR

DIA TAHU DIMANA

DAPAT  BELI

BERAS

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

YANG LAIN

TAK FAHAM

APA TUGAS 

SPRM

AMIN

KHALAS

EKONOMI MISKIN TUA


RM240,000 dalam KWSP tak cukup untuk bersara, kata pakar


MEMPUNYAI sekurang-kurangnya RM240,000 simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada usia 55 tahun tidak memadai untuk bersara secara bermaruah, kata pakar ekonomi.

Mereka menafikan dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan seseorang itu boleh bersara dengan bermaruah menerusi jumlah yang dinyatakan.

Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Madeline Berma berkata, bersara pada usia 55 tahun dengan RM240,000 dalam simpanan KWSP satu tindakan tidak berhemah.

“Bersara dengan RM240,000 dalam KWSP pada usia 55 akan membolehkan pencarum menyara dirinya selama 20 tahun selepas bersara tetapi ia adalah ‘persaraan dengan maruah yang amat kecil’,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Pada Selasa, Ahmad berkata pencarum KWSP sepatutnya mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM240,000 pada usia 55 tahun supaya mereka boleh bersara dengan selesa.

Beliau berkata jumlah itu akan memberi satu perbelanjaan sara hidup selama 20 tahun selepas bersara jika mereka membelanjakan RM1,000 sebulan.

“Jika seseorang bersara pada usia 55 tahun, ditambah 20 tahun selepas bersara, ia akan membawa (jangka hayat) kepada 75 tahun, iaitu jangka hayat rakyat Malaysia,” kata Ahmad.

Menurut Madeline, untuk mengumpul RM240,000 menjelang umur 55 tahun, pencarum perlu mempunyai simpanan asas dalam KWSP sebanyak RM2,000 pada umur 18, RM35,000 (pada 30), RM86,000 (pada 40) dan RM175,000 (pada 50).

Ini akan menyumbang kepada angka RM240,000 pada usia 55 tahun.

“Dengan mengehadkan perbelanjaan RM1,000 sebulan selama 20 tahun selepas bersara seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan, hampir mustahil untuk bersara secara bermaruah kerana perlu mengambil kira inflasi, kos sara hidup yang tinggi, perbelanjaan penjagaan kesihatan yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Madeline berkata, ramai pencarum tidak mempunyai dana yang mencukupi dalam simpanan KWSP mereka.

Beliau merujuk kepada kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Februari, yang mana beliau mendedahkan sejumlah 6.7 juta pencarum atau 51% daripada mereka yang berumur bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP kurang daripada RM10,000 pada 31 Disember 2022.

“Dengan jumlah ini, ahli KWSP hanya mempunyai purata RM42 sebulan dana persaraan dalam tempoh 20 tahun,” katanya.

Tahap pendapatan tidak mencukupi

Madeline berkata antara punca utama simpanan rendah adalah disebabkan pendapatan rendah yang diterima rakyat Malaysia.

Menurut KWSP, 44% pencarumnya berpendapatan kurang daripada RM2,000 dan 81% berpendapatan kurang daripada RM5,000.

Madeline berkata mengikut panduan perbelanjaan rasmi Belanjawanku KWSP, anggaran perbelanjaan warga emas di Lembah Klang bagi tahun 2022-2023 adalah RM3,210 untuk pasangan warga emas dan RM2,520 untuk warga emas bujang.

Bandar lain termasuk Kota Kinabalu, dengan RM2,930 (pasangan senior) dan RM2,290 (bujang-senior); di Kuching RM2,790 bagi pasangan senior dan RM2,160 untuk senior bujang; Kota Bharu menunjukkan RM2,690 diperlukan untuk pasangan senior dan RM2,050 untuk senior bujang dan di Georgetown RM3,140 diperlukan untuk pasangan senior manakala RM2,450 diperlukan untuk senior bujang.

Madeline berkata, ketua pegawai eksekutif KWSP Amir Hamzah Azizan pada Mac lalu berkata sasaran simpanan yang mencukupi adalah mempunyai RM600,000 dalam akaun KWSP pada usia 55 tahun.

“Dengan jumlah simpanan itu, ahli akan mempunyai purata RM2,500 sebulan dalam tabung persaraan mereka selama 20 tahun,” katanya.

Sementara itu, profesor madya penganalisis ekonomi Putra Business School Dr Ahmed Razman Abdul Latiff bersetuju dengan Madeline, berkata RM240,000 tidak mencukupi untuk mereka yang bersara pada usia 55 tahun.

“RM1,000 tidak akan mencukupi bagi pesara yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau Johor Bahru dan bagi mereka yang masih mempunyai komitmen kewangan seperti pinjaman,” katanya.

Ahmed berkata menggandakan jumlah anggaran boleh membantu pesara itu untuk 20 tahun akan datang tetapi beliau mendakwa tidak semua mampu mencapainya.

“Menggandakan ia bermakna hampir setengah juta yang bermakna hanya peratusan kecil penyumbang akan dapat mencapainya,” katanya.

Penganalisis ekonomi itu berkata strategi berbeza mesti diambil untuk mempunyai sekurang-kurangnya RM500,000 dalam akaun persaraan mereka.

“Ia boleh dilakukan dengan memastikan gaji yang lebih tinggi untuk pekerja dan caruman yang lebih tinggi oleh kedua-dua majikan dan pekerja,” katanya. – 31 Julai, 2023.

BELANJA

DIHARI TUA

AMIN

INI PERSOLAN

AMAT PENTING

AMIN

BILA DAH TUA

KALAU MISKIN

SAPA NAK BANTU

AMIN

KALAU DUIT 

PENCEN TAK

CUKUP 

AMIN

KALAU ANAK

TAK MAMPU NAK

BANTU IBU BAPA

AMIN

DI NEGARA

KAPIR  INI

TUGAS DAULAH

AMIN

WALAU

TAK ADA KERJA

AKAN DI BERI 

DUIT SARA HIDUP

AMIN

DI NEGARA

KAPIR DAH TUA

ADA PENCEN

AMIN