Rabu, 19 Mei 2021

LIHAT LAPORAN AL-JAZEERA - SALUT WARTAWAN YANG BERANI

 

SALUT

 LAPORAN AL-JAZEERA

YANG HEBAT

BANGUAN PEJABAT

TELAH DIRUNTUH

OLEH ZIONIS

WARTWAN MASIH

MELAPOR

SALUT

PERANG TOROWONG



 PERANG TOROWONG 

SATU LAGI BUKTI BAHAYA CHINA MERAH


 

 SATU LAGI

BUKTI BAHAYA

CHINA MERAH

KHALAS


KM Pulau Pinang, Guan Eng tertipu dengan scam vaksin – KJ

KUALA LUMPUR – Satu syarikat swasta yang didakwa kerajaan Pulau Pinang dalam sidang media semalam kononnya mahu mendermakan dua juta dos vaksin Sinovac sebenarnya tidak wujud.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin mendedahkan, syarikat itu sebenarnya satu penipuan (scam) dan terkejut bagaimana seorang ketua menteri tanpa menerimanya tanpa usul periksa tawaran berkenaan terlebih dahulu.

Beliau juga kecewa dengan tuduhan terhadap dirinya dan kerajaan Pusat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkaitan Program Imunisasi Vaksin Kebangsaan Covid-19 yang sedang dilaksanakan.

“Sejurus selepas ketua menteri memaklumkan mengenai kesediaan syarikat itu menerusi sepucuk surat bersetuju menawarkan dua juta dos vaksin ke negeri itu dan bayaran akan ditanggung dan dilunaskan sendiri kepada syarikat Sinovac, saya meminta pihak saya segera menyiasat dakwaan dan tawaran serta butiran syarikat penderma itu.

“Dan saya di sini hendak umumkan bahawa tidak ada apa-apa bukti atau dokumen mahu pun permohonan yang diterima dari mana-mana wakil syarikat tersebut mengenai tawaran menderma bekalan dua juta vaksin.

“Malahan wanita bernama Cik Koko Cheng juga mengesahkan beliau tidak pernah menguruskan vaksin Sinovac di pasaran Asia sekaligus menafikan pernah dihubungi tentang pemberian sumbangan vaksin sepertimana dimaksudkan syarikat tak wujud serta kerajaan negeri itu.

“Saya bersama pasukan saya telah melaksanakan satu siasatan company search kepada syarikat itu mengikut ejaan nama syarikat seperti tertera dalam surat permohonan dan apa yang mengejutkan syarikat itu sebenarnya tak wujud.

“Apabila sidang media itu diadakan oleh ketua menteri (Kon Yeow) dan Guan Eng semalam membidas saya, kakitangan saya sendiri menerima surat sama dari orang yang sama yang mahu menyumbangkan vaksin itu kepada Sabah pula,” katanya.

Tambah Khairy, kakitangannya juga memaklumkan surat dari syarikat dan individu itu diterima pada 9 Februari lalu dan setelah dirujuk dengan pihak Sinovac, rupanya-rupanya tawaran syarikat itu tak wujud langsung.

Senang kata, tegas Ahli Parlimen Rembau itu, apa yang didakwa Ketua Menteri Pulau Pinang dan Guan Eng mengenai sumbangan dos vaksin itu terbukti palsu.

Ia termasuk dakwaan syarikat itu dan juga wakilnya yang bernama Wong Chee Kong yang beralamat di Lorong Kenawai, 5, Taman Sinar Baru, Jalan Damat, Kota Kinabalu, Sabah juga tidak wujud.

Khairy menggunakan pendedahan pihaknya itu mempersoalkan bagaimana kerajaan Pulau Pinang menggunakan penipuan untuk menuduh kerajaan Persekutuan cuba menghalang penerimaan dua juta dos dari syarikat itu.

“Sekiranya ada mana-mana pihak yang ingin membantu Malaysia menyumbangkan vaksin kepada kerajaan negeri, saya mengalu-alukan inisiatif itu tapi ia mestilah menerusi saluran yang ditetapkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NFRA) sebab ia adalah barang kawalan.

“Vaksin bukannya sehelai baju kemeja T yang boleh dibeli di Shoppe, surat itu palsu dan syarikat serta individu itu pun tak wujud,” tegasnya.

Khairy juga sudah memaklumkan perkara itu kepada Guan Eng dan juga Kon Yeow supaya jangan mempolitikkan program imunisasi kebangsaan.

“Sekiranya kerajaan negeri berkenaan membuktikan tawaran vaksin oleh individu itu sahih dan wujud daya sedia memberi kebenaran serta merta untuk mereka membawa masuk vaksin itu tapi jangan mempolitikkan isu ini,” saya tak mahupolitikkan isu ini,” ujarnya.

Menurutnya perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin pembangkang itu sangat serius kerana kerajaan sentiasa berusaha memastikan program vaksinasi untuk rakyat Malaysia dipercepatkan sambil mengesahkan bekalan yang telah ditempah adalah sudah memadai bagi meneruskan program tersebut.

Katanya surat tawaran syarikat swasta yang digunakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang adalah surat bertarikh 1 Februari ditulis Yong Chee Kong dari Sabah kepada pemimpin negeri itu mengenai hasrat mahu memberikan vaksin.

“Dalam surat itu individu itu memperkenalkan dirinya sebagai rakyat Malaysia dan merupakan Pengarah Urusan Syarikat Xintai Development Enterprise Limited yang berpengkalan di Hong Kong yang mahu menawarkan sumbangan berbentuk vaksin Sinovac untuk rakyat khususnya negeri Pulau Pinang.

“Individu itu mendakwa kononnya sumbangan itu adalah dalam bentuk bayaran kepada Sinovac Biotech Ltd untuk kos vaksin sebanyak dua juta dos dan mendakwa berhubung dengan pihak Sinovac menerusi pegawai jualan antarbangsanya, Miss Coco Chang dan kementerian boleh berhubung dengan pegawai berkenaan untuk maklumat lanjut.

“Dia juga sebut akan membayar deposit wang dalam bentuk dolar Amerika USD 2 juta sekiranya Pulau Pinang bersetuju sebagai tanda minat kepada vaksin berkenaan sebelum Tahun Baru Cina pada harga yang dipersetujui dan transaksi bayaran penuh akan dilakukan di akaun HSBC persendiriannya di Hong Kong,” tegasnya.

Khairy juga mengesahkan sebagai tindakan lanjut mengelak penipuan, Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan membuat satu laporan polis untuk mengenal pasti individu di sebalik penipuan itu.

“Kita nak tahu identiti individu (scam vaksin) itu sebab dia mengelirukan Ketua Menteri Pulau Pinang sehingga pemimpin itu menggunakan surat ini dan menuduh saya dan kerajaan Persekutuan yang dianggap tuduhan sangat serius dan saya nafi sekeras-kerasnya,” katanya.

Selain itu, menurutnya, semalam Yayasan Sekar juga dikatakan bersedia menawarkan derma 200,000 vaksin Sinovac dan selepas disiasat dengan Pharmaniaga tiada bukti urusan tempahan atau pembelian membuktikannya adalah palsu.-

 CHINA MERAH

GUNA CHINA

TEMPATAN

UNTUK TIPU

RAKYAT MALAYSIA

KHALAS



ZIONIS TEMPATAN DAN ZIONIS ISRAEL

 



 ZIONIS ISRAEL

RAMPAS TANAH

PALESTIN

AMIN

ZIONIS TEMPATAN

RAMPAS TANAH ADAT

ORANG ASAL

AMIN


Tanah adat suku Semelai diambil untuk pembangunan

SUKU Semelai di Bera dan Temerloh di Pahang diarahkan keluar dari tanah adat mereka bagi memberi jalan kepada rancangan penempatan berkelompok oleh kerajaan negeri.

Ini adalah kemuncak perjuangan selama 18 tahun oleh suku Orang Asli itu untuk mempertahankan tanah adat mereka. 

Namun mereka tidak mudah berputus asa dengan membuat rayuan kepada kerajaan negeri dan jika gagal mereka akan mempertimbangkan tindakan mahkamah.

Penyelaras Pusat Keprihatinan Orang Asli (COAC) Colin Nicholas berkata suku Orang Asli itu diarahkan keluar bagi memberi jalan kepada peserta dalam rancangan penempatan kelompok yang digelar Rancangan Tanah Berkelompok (RTK) Jelam.

“Pencerobohan terbaharu dikaitkan dengan rancangan untuk membangunkan RTK Jelam yang akan terdiri daripada orang Melayu dari Kampung Jeram dan Kampung Durian Tawar di daerah Temerloh.

“Suku Semelai mendakwa mereka menduduki tanah itu sebelum 1948. Tetapi seperti yang berlaku di kebanyakan bahagian di dua daerah itu, kawasan itu dianggap sebagai Rizab Melayu,” kata Nicholas.

Kedua-dua kampung tersebut, Kampung Paya Badak dan Kampung Paya Berangan terletak di sempadan daerah Temerloh dan Bera, dengan semua kawasan Paya Berangan berada dalam daerah Bera.

Kedua-dua kampung ini terletak berhampiran jalan utama dan boleh dimasuki dengan kereta. Ia adalah kediaman bagi 200 penduduk kampung dan mempunyai sambungan elektrik tetapi tiada bekalan air bersih.

Sari Sapar, ketua suku (jurekerah) dua kampung itu berkata Orang Asli berjuang untuk tanah adat mereka sejak 2003.

Mereka meminta kerajaan negeri dan jabatan Orang Asli membantu mereka mendapatkan pengiktirafan tanah mereka, namun dalam 18 tahun terakhir tiada yang membantu.

Kini penduduk kampung diminta mengosongkan tanah adat mereka yang telah menjadi rumah mereka sejak beberapa dekad dan mereka kini tiada tempat lain untuk pergi.

“Mereka minta kami pindah dari tanah ini tetapi ke mana kami patut pergi?

“Kami pertama kali duduk di tanah ini pada tahun 1948, sebelum merdeka. Kami sudah tinggal lama di sini.

“Kebun kami ada di sini, kami sudah tanam pokok getah, buat rumah dan juga kubur nenek moyang kami di tanah ini,” katanya.

Sari berkata, penduduk kampung sekarang diancam oleh beberapa individu kerana mereka enggan mengosongkan tanah tersebut.

Kejadian terbaru berlaku pada 12 Mei ketika individu yang tidak dikenali menceroboh tanah mereka dan membakar rumah milik seorang penduduk kampung.

“Kami tidak tahu siapa yang datang dan bakar rumah. Kami tak nampak sesiapa itu jadi kami tak mahu tuding jari kepada siapa pun,” kata Sari.

Sari berkata, pemilik rumahyang dibakar itu telah membuat laporan polis.

Beliau juga mengingat kembali kejadian di mana seorang individu yang mengaku sebagai polis menakut-nakutkan seorang warga emas.

“Orang ini datang dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis, tetapi kami tidak pasti. Dia beritahu penduduk kampung mereka akan ambil tanah itu selepas Hari Raya.

“Penduduk kampung itu orang tua, jadi dia tak tanya banyak macam, dari balai polis mana lelaki itu,” katanya.

Sari berkata beliau mengirim surat kepada pejabat tanah dan daerah Bera pada 31 November 2015, memberitahu mereka tentang pencerobohan di tanah mereka, namun tiada sebarang tindakan susulan.

Dalam suratnya, Sari berkata suku Semelai adalah pemilik sah tanah seluas 116 ekar itu, tetapi belum diwartakan oleh kerajaan negeri.

Pejabat tanah, dalam jawapan pada 3 Februari 2016 kepada Jabatan Orang Asli (Jakoa), berkata 104 ekar tanah adat Orang Asli diperuntukkan untuk RTK Jelam.

Tanah tersebut dibahagi antara 158 individu dengan 12 ekar RTK Jelam yang memakan kawasan di mana rumah dan kubur Orang Asli berada.


Tindakan undang-undang sebagai jalan terakhir

Tanpa bantuan dari pejabat tanah atau Jakoa, Sari memutuskan untuk menulis memorandum kepada Senator Manolan Mohamad daripada PKR untuk mendapatkan pertolongannya.

Manolan yang juga berasal dari suku Semelai telah mengunjungi penduduk kampung pada 22 Februari tahun ini.

“Mereka telah mengadu kepada Jakoa, ke pejabat menteri besar malah mereka telah membuat laporan polis tentang pencerobohan di tanah adat mereka tetapi tidak ada tindakan yang diambil,” kata Manolan kepada The Malaysian Insight.

Manolan berkata tanah adat Semelai cukup berharga kerana jambatan yang dibina bagi menghubungkan Bera dan Temerloh.

“Mereka membina jambatan untuk menyeberangi sungai Pahang dan menghubungkan Bera dan Temerloh. Bahagian jambatan di Bera dihubungkan dengan tanah Orang Asli. Oleh itu, ia cukup berharga,” katanya.

Sari dan penduduk kampung telah mengirim memorandum bertarikh 27 Februari 2021, meminta bantuan Manolan secara rasmi, selain menambah mereka menentang keras pencerobohan tanah adat mereka.

Sari berkata, individu yang tidak dikenali itu telah menceroboh tanah adat mereka dan menanam batu sempadan (batu geran) dan menebang pokok getah mereka.

“Kami kecewa dengan tindakan ini. Tindakan sewajarnya harus diambil terhadap individu-individu ini.

“Saya harap anda juga dapat tolong kami membuang dan menghentikan penempatan batu sempadan di tanah nenek moyang kami. Kami juga harap rancangan penyelesaian tanah kelompok disiasat,” tulis Sari dalam memorandumnya kepada Manolan.

Manolan juga mengulas laporan intimidasi yang didakwa Sari, berkata individu itu memasang mercun dan bermacam lagi untuk menakut-nakutkan penduduk kampung.

Ada juga individu yang berhadapan dengan penduduk kampung dan menganiaya mereka secara lisan, katanya.

Manolan berkata beliau menasihati penduduk kampung menulis surat kepada menteri besar sekali lagi untuk merayu bagi kes mereka. Jika tidak, penduduk kampung akan mempertimbangkan tindakan undang-undang.

“Mereka nak ambil tindakan undang-undang tetapi kami sedang melihat adakah kami boleh selesaikan dahulu dengan kerajaan negeri.

“Saya meminta mereka untuk membentuk sebuah jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung dan mengirim surat kepada menteri besar.

“Sementara itu kami sedang mengumpulkan semua bukti untuk menunjukkan ini sebenarnya tanah adat mereka. Mereka ada bukti kukuh,” tambah Manolan. – 19 Mei, 2021.

 

DI ISREAL

RAMPAS TANAH

ADALAH ETHNIC

CLEANSING

DAN GENOCIDE BERSELINDUNG 

ATAS 

NAMA AGAMA

AMIN

DI MALAYSIA

RAMPAS  TANAH

JUGA ETHNIC

CLEANSING DAN

GENOCIDE

BERSELINDUNG

ATAS NAMA

PEMBANGUNAN

AMIN



BETUL - YAHUDI PEMIKIR - 24 DARI 25 NABI YANG WAJIB DIKETAHUI ADA YAHUDI

 



 BETUL 

YAHUDI PEMIKIR

24 DARI 25

NABI YANG WAJIB

DIKETAHUI

ADALAH YAHUDI

Unknown commented on

 "MAHATHIR JELAS

 TEGAS TIUNTAS"

Habis tu bila tun m kata yahudi mencipta ajaran demokrasi, komunisme, hak asasi dan liberalisme sebagai helah untuk mengolah persetujuan supaya mereka tak disalahkan dan mendapat hak sama rata tt sokong ke?

BIDADARA

 



 BIDADARA

panglimo potaseh commented on

 "RATU CANTIK 

BUKAN BANGANG 

NAK JADI SELEBRI TAIK"

Dulu 1997 TPM masa tu Inchik Abam telah haramkang gadis Melayu masok pertandingan Ratu Cantik ..kata nye Abam tak suka tingok Ratu Cantik ..geligeleman dia. Tapi Ratu Bina Badan yg Boboi tayang badan dgn tutup anunye dgn sependar kecik bersaiz tapak tangan di galakan pulak ..

MAT TOWEL

 




 MAT TOWEL

Unknown commented on

 "ZIONIS BOM GAZA - 

BANGUNAN DI SHENZHEN

 BERGOYANG"

Pelbagai kepala towel dan seangkatannya dah mula boleh berfatwa... "Allah Nak Kasi China Merah Tau Siapa Berkuasa" KAH KAH KAH

MEK DOGAL TIPU MELAYU

 



 MEK DOGAL

TIPU MELAYU

panglimo potaseh commented on

 "MENUNGGU ZIONIS SAMPAI"

Pabila McD ngatakan membalun nasik lemak dan roti canai sangat bihaya untuk kesihatang ..semua Melayu picaya. Merika lupa sapa McD ..merika lupa daging McD tu birminyak dan birlemak ..tapi ..apapong Melayu ramai kirje dgn McD. Kesimpulangnye tanpa otak Yahudi dunia ini tak kang mungking dapat tampong 7-8 biliyung maknusia ..tanpa otak Yahudi mungking dunia ni dah lama kiamak ..dunia kiamak dulu sebelum Alam Raya kiamat ..

ROKET PALESTIN BERJAYA LINTAS TEMBOK ZIONIS



 ROKET PALESTIN

BERJAYA LINTAS 

TEMBOK ZIONIS 

NAJIB YANG SUCI

 

 NAJIB YANG SUCI

LAGI KEMUT...

OPPS SILAP

LAGI ZUHUD

panglimo potaseh commented on 

"PEMIMPIN ISLAM 

MANGSA KONSPIRASI"

Haji Najib sgt syumul mungkin dah bertaraf wali2 dan pendita ..itu lah hasil nye seekor hamba yg punya rasa tersangat cinta dgn Tanah Suchi Mukah dan Batuitam. 


Walau pun Haji Najib di tudoh macam2 ..biliyun2 ..tapi dia tetap di lindungi Allah ..Najib tetap bebas kesana kesini ..Allah lindungi dia ..Najib masih bebas, bergaya ..malah selera makan Tuan Haji kita ni semakin galak.

ZIONIS BOM GAZA - BANGUNAN DI SHENZHEN BERGOYANG


 

ZIONIS BOM GAZA

BANGUNAN 

SHENZHEN

BERGOYANG 

KAH KAH KAH

 

APA ITU NAKBA ?

 




NAKBA 

BAHASA ARAB

MAKNANYA

MALAPETAKA
HARI NAKBA

UNTUK WARGA

PALESTIN IALAH

15 MEI 

TARIKH  INGGERIS

BERI KUASA 

UNTUK

MEWUJUDKAN

NEGARA ISRAEL

PADA 15.5.1948






HARI NAKBA

UNTUK 

TANAH MELAYU

IA LAH PADA

31 OGOS

BILA 

INGGERIS

BERI KUASA

PADA

UNITED MALAYS

NATIONAL

ORGANISATION

DI TANAH MELAYU





SEMANGAT PERLAWANAN

 



SEMANGAT

PERLAWANAN

SALIM DAN BOO SAMPAI KE LONDON

 


 SALIM DAN BOO

SAMPAI KE LONDON


Hari ketiga aku bergerak  sekali lagi  ke lapangan terbang Heathrow.  Aku duduk di Brixton – zone dua – ini wilayah Selatan di pinggir pusat kota. Brixton ialah stesen akhir untuk Victoria Line.  Telefon aku bermula dengan 071 maknanya ini kod telefon wilayah yang betul-betul di  London Central.   

Dalam kota London aku tidak memiliki masalah pengangkutan.  Aku menapak tak sampai 10 minit dari flet aku  di Southwyck House  Coldharbour Lane  ke stesen Brixton. Majoriti warga kota London tidak perlu memiliki kereta untuk bergerak. Ada kereta api bawah tanah – tube –  melegari kota London. Kereta api biasa menyambung ke wilayah  luar kota  yang jauh.  Manakala bas merah dua tingkat untuk khidmat ke  wilayah dalam kota London yang  menghubung kawasan yang agak jauh dari stesen tube.  

Hakikatnya  tidak ada seorang  pun  kawan dan sahabat aku yang memiliki kereta di London. Ramai mereka berperangai  sama seperti aku :  bebal tidak tahu memandu dan bebal  tidak  dapat mengenal  jenis kereta. 

Dari stesen Brixton aku mengambil tube bertukar di  stesen Green Park dan terus ke  Heathrow.   Kurang lebih satu jam aku telah berada di hadapan  pejabat Kastam Heathrow.  Mister Chadwick dan   Robert telah sedia menunggu.

‘ G’morning Isham... had your breakfast...’ Chadwick membuka kata.

‘  Yes... done..’ Aku mengangguk.

‘ You’re going to meet Mister Boo Ah Ha... He came with Salim in the same flight from Kuala Lumpur...’   Chadwick  bangun dan kami menuju ke bilik siasatan yang sama di mana aku telah bertemu bual dengan Salim.

Aku ternampak di kerusi bekas tempat duduk Salim diduduki oleh seorang lelaki China  empat puluhan. Agak kurus  berambut pendek. Memakai baju berpetak lengan pendek. Berpantalon hitam dan berkasut coklat. 

‘ Mister Boo this is Isham... your translator...the  conversation in this room is taped..’ Chadwick berkata  pada Boo.

‘ Boo... aku Isham... aku bukan peguam.. aku tukang terjemah... kau cakap Melayu... aku terjemah dalam Bahasa Inggeris untuk kastam Mat Saleh ini... faham... aku bukan peguam... semalam aku  terjemahkan untuk Salim... hari ini untuk kau... semua cakap kita dalam bilik  ini di rakam...polis  kastam Mat Salleh ini tak ada pukul pukul...’ Aku menerangkan dan menambah ‘ pukul-pukul’ untuk memberi pencerahan  tentang cara kerja kastam dan  mata-mata Inggeris.

‘  Please ask him his full name.. address.. work.. family ..’  Chadwick meminta maklumat peribadi dari Boo.

Lelaki China: Boo Ah Ha  berumur 47 tahun warga negara Malaysia tinggal di Cheras. Ada isteri  dan tiga anak.  Bekerja sebagai pemandu teksi.

‘  Where does he drives his taxi...’ Chadwick ingin tahu.

‘  Boo... kau bawa teksi di kawasan  mana..’

“ Bukit Bintang .. selalu tunggu dekat Sun komplek.... Genting.. merayau Kuala Lumpur.. tapi selalu naik Genting....tunggu orang kat Sun komplek...’ 

“ Sun komplek ni apa? Dimana? ‘ Aku mahu penjelasan.

‘ Lu tak tau... lu tak tau..ayooo... ayam punya tempat...Bukit Bintang ...’ Boo menerangkan.

‘ Ayam... ayam apa? ‘ 

‘ Semua ada...China, Siam, Kambodia.. Vietnam...manyak ayam... ayam pakai teksi...’ Aku senyum bila Boo berkata ayam naik teksi. Perbualan ini tidak aku terjemahkan. Hanya untuk pengetahuan am aku.
‘Where did he met Salim... what  is his relationship with Salim..’ Chadwick mencelah.

“ Boo macam mana lu jumpa Salim... kau dengan Salim ini member macam mana?  Aku terjemahkan soalan dari  Chadwick yang ingin mencungkil apakah Boo juga bersama dalam jaringan Salim ini.

‘ Wa kenal Salim di Genting... dia drebar satu towkay China.. wa bawa teksi... kadang kadang kita  duduk  minum  teh tarik tunggu bos main judi  ...’

‘  Did he knew about the brown sugar? ‘

‘ Boo... kamu tau tak Salim bawa heroine ?’

‘ Wa tak tau .. wa tak tau...’

‘ He  has  no idea about the stuff....’

‘ Whose idea ...coming to London...why London ?”

‘  Pasal apa datang  ke London.. apa tujuan..’

‘ Salim kata dia nak cari ubat... Salim ajak datang teman dia jalan jalan di London...kaki Salim dulu eksiden patah..’

‘ Salim proposed to him to visit London.. Salim  intends  to repair his injured legs.. and sight seeing...like a tourist...’

‘ Why London?’  Chadwick mahu tahu kenapa mereka berdua  memilih kota  London.

‘ Boo .... pasal apa pilih London...’ Aku pun ingin juga nak tahu kerana dua-dua anak Malaysia ini  tak pandai cakap Inggeris. Salim boleh sikit-sikit. Tapi Boo Ah Ha langsung tak tahu. Silap-silap kalau terjumpa oleh Mamat Hitam dari Brixton dua-dua ini  masak kena gulai.

‘ Gua mahu cari perempuan Mat Salleh... Salim nak cari doktor..’ Boo selamba menerangkan tujuan ke London.

‘   He is looking for  white woman... while Salim is  searching for a doctor...’  Aku tersenyum bila menterjemah ayat ini  kepada Chadwick.

‘ Looking for women...where?.. where... in Soho..’  Chadwick  ketawa dan aku tidak menterjemahkan  ayat ini kepada Boo. Aku yakin ayat  ini ditujukan bukan kepada Boo tapi untuk kami ketawa. Lagi aku terpikir pasti Boo dah bosan dengan ayam Siam. Maka datang ke London untuk mencari ayam Belanda. 

“ Who pays for the tickets...’

‘ Beli tiket kapal terbang pakai duit siapa? ‘

Bo menerangkan yang tiket menggunakan separuh duit Salim. Boo janji akan membayar yang selebihnya bila dia dapat modal.  Salim yang keluar duit belanja  kerana dia menemankan  Salim.  Salim perlu kawan di London.

‘ What about the beg.. the travelling begs.. who bought  them ...where and when? ‘ Ini cara Booby London siasat rapi dan terperinci. Beg yang aku anggap tak penting ini mahu diketahui lebih dalam.

‘ Boo ...beg baju tu beli  kat mana dan bila beli?

‘ Both begs are indentical...” Chadwicxk  mencelah.

‘ Dua-dua beg kamu ini  rupa sama..’

‘ Beli di Puchung.. kedai di Puchung... kami pergi sama-sama pilih beg yang sama... Salim suka kolor tu...’

‘ They bought the begs  in Puchung ..  suburb  of Kuala Lumpur.. they went together.. Salim made the choice. Salim likes the colour...’  

Dari  gaya soalan-soalan  Chadwick ini aku merasakan  dia syak bahawa Boo Ah Ha  tahu akan rancangan Salim sebenar datang ke London.  Beg yang sama bentuk dan sama  warna ini sebagai bukti mereka bersama-sama. Beg ini sebagai bahan bukti untuk mengikat Boo sama dalam kes seludup ini.

Aku pula merasak bahawa Boo ini hanya pemandu teksi yang di ayat oleh Salim untuk menemani dia ke London.  Mencari perempuan Mat Saleh dijadikan umpan.

‘ Tell Boo .. he is intorogated  because  he came  with Salim.. we found brown sugar hidden in  the sole of his shoes... he is a suspect too....’ Chadwick menerangkan kedudukan Boo Ah Ha.

Bila aku menterjemahkan kepada Boo yang pihak kastam juga menganggap dia juga terlibat sama ; aku lihat dia  senyap tidak berkata apa-apa.  Mungkin khayalannya  melintas jauh dari London ke Cheras.  Mungkin Boo tergambar Sang Isteri dan anak-anak yang ditinggalkan.

Kemudian Chadwick bangun. Aku mengikut sama menuju ke pejabat. Disana Robert ada menunggu.

‘ The lab report ... 800 grams of pure grade A brown sugar... ‘ Robert memberi penerangan laporan  makmal tentang dadah yang dibawa Salim. Brown sugar  kelas A yang boleh dimasak untuk dijadikan heroin..

‘ The street value of  around 80,000pound...’ Robert menambah.

Nilai dadah yang dibawa oleh Salim 80 ribu pound.  Dalam kepala  aku mengira  - wow – hampir satengah juta ringgit nilai dadah yang dibawa oleh Salim.

‘ Here are the tapes ... our conversation with  Mister Salim and Mister Boo.. ‘    Robert  memberi aku pita rakaman. Aku wajib mentranskripsi  dua pita rakaman – soal siasat Salim dan soal siasat Boo.

Esoknya aku ke kedai elektronik untuk membeli alat telinga agar aku dapat mendengar suara yang lebih jelas. Dua keping pita  suara rakaman ini wajib aku selesaikan transkripsinya  dalam satu minggu.  Kemudian  aku cetak dua salinan. Dan aku  berikan  kepada Mister Chadwick.

‘ Thanks Isham... remember  you would be call as witness too...’  Chadwick memberi ingatan bahawa aku akan menjadi saksi juga dalam kes seludup dadah ini.

Dua minggu satelah aku menyelesaikan  transkripsi aku menerima satu  telefon.

‘ Good morning Mister Rais....  I’m from  Legal Aid... I’m handling the case for Mister Salim dan Mister Boo Ah Ha...we need your help  to translate...’   Panggilan  dari seorang peguam. 
0
Aku ke Heathrow sekali lagi.  Bertemu  di pejabat kastam. 

‘ I’m Alagappa ... lawyer for Salim and Boo. .’ Lelaki India lima puluhan memperkenalkan diri. Dengan pantas kami mesra. Alagappa asalnya  anak Malaysia dari Pulau Pinang datang belajar ke London dan terus menjadi penduduk tetap dan warga Britain.

Dia menerangkan di United Kingdom ada sistem di mana semua yang  didakwa adakan diberikan khidmat  peguam secara percuma. Sistem ini memastikan mereka yang tidak mampu   dari segi kewangan  akan juga mendapat nasihat dan bantuan guaman secara percuma. Untuk mereka yang mampu mereka boleh melanggan peguam  sendiri.

Khidmat peguam percuma ini  dikelolakan oleh jaringan  Majlis Peguam  yang bekerja sama dengan setiap balai polis di United Kingdom.

Mister Alagappa telah dipanggil oleh balai polis Heathrow untuk menjadi peguam bela kepada Salim dan Boo.

‘ Hi call me  Isham...Boleh cakap Melayu lagi...’ Aku menghulur tangan memperkenalkan diri.

‘ Sikit...sikit... I forgetlaaa..long time ago laaa....’  Dia mengapitkan ibu jari dengan jari telunjuk menandakan sedikit. Kami  ketawa.

Satelah berkenalan kami menuju ke bilik soal siasat yang sama. Kali ini Salim dan Boo ada menunggu kami.

‘ Salim ... ini Alagappa... dia ini peguam kamu berdua... aku juga jadi penterjemah untuk kamu berdua...’  Aku melihat mereka tergamam kerana tertiba muncul peguam India dari negara Mat Saleh.

‘ Jangan risau.. di negara Mat Saleh peguam ini free..  tak kena bayar... ini cara Mat Saleh buat kerja...’ Aku memberi penerangan ringkas  untuk menenteramkan  kecurigaan mereka.

Dari apa yang aku perhatikan pihak kastam telah memberi maklumat tentang kes Salim dan Boo kepada  Peguam Alagappa.

‘ Salim dan Boo both of you are  detained by the customs and immigration department......’ Alagappa memulakan penerangan.

Dari penerangan ini baru aku mula faham bahawa di Heathrow ini Salim dan Boo ditahan oleh kastam dan imigresen bukan polis. Dalam tahanan kastam dan imigresen mereka  tidak perlu  dibawa ke  mahkamah untuk  meminta hakim memanjangkan tahanan reman.

Hukum kanun yang mewajibkan tahanan dibawa ke mahkamah jika ditahan lebih dari 24 jam tidak digunakan pakai dalam kes kastam dan imigresen. Jam tidak bergerak di tahanan kastam dan imigresen. Jam hanya bergerak jika ditahan di lokap rumah pasung.

Aku  menerangkan perkara ini kepada Salim dan Boo. Malah aku sendiri pun baru mendapat pencerahan dalam hal hukum hakam ini. 

‘ They will charge Salim... they will try to implicate Boo.. I’m trying to seperate Salim from Boo.... no drug  was found on  Boo... it’s hard  to prove...’

‘ Salim kamu akan di tuduh bawa dadah... peguam ini akan  cuba  lawan kes Boo kerana dadah  tak ada dalam kasut Boo...’

‘ Are they okay  in lock up...food  okay... Salim a Muslim... he could ask for kosher food... I will informed the authority   that my client is a Muslim...’ Alagapaa memberi penerangan.

‘ Salim dalam lokap kau boleh minta  makanan halal dan minta  tempat sembahyang.. “

‘Okay Bang... semua ok bang...’ Salim menjawab.

‘ The case will be soon.. in the mean  time for could  Boo.. could he finds  some one  to write  character terstimony for him...  from  prominent respected  person like a school teacher... his boss citizen or member of parliment...’

‘ Salim.. kes ni  belum bicara ...kita kena tunggu masa... tak tahu bila..Boo .. boleh tak cari  orang besar..  kalau kau  kenal  Datuk ke... YB ke ... wakil rakyat kamu di Cheras minta mereka  tulis tentang peribadi kamu yang  kamu  ini orang baik...... nak tunjuk pada hakim... kau ni  tak jahat...’ Aku menerangkan duduk perkara kepada Salim  dan Boo.

‘   Wa apa... wa baik apa...’ Boo  tersesat dan tak faham akan penerangan aku.

Aku ulangi sekali lagi semudah mungkin.

‘ Lu ada kenal Datuk ... minta  dia tulis surat  tentang diri kamu.... tulis yang kamu ini Boo Ah Ha  orang baik dari Cheras...nak tunjuk pada Tuan Hakim’ 

‘ Surat rekomen laaa... ‘ Salim dengan berani mencelah.

‘ Itu macam ka...ada ada ... wa ada kenal latuk... wa kenal manyak latuk.. manyak latuk datang  Genting  manyak latuk wa jumpa di Genting... latuk mau tulis apa? Boo bertanya dengan gembira dengan  pelat Chinanya.

‘ Minta Datuk itu tulis hal kamu.. family.. kerja... kamu orang baik dari Cheras...’ Aku memberi penjelasan.

‘ Itu macam ka...tapi itu latuk tak tak kenal  sama wa...’ Boo memberi penjelasan dengan selamba.

Bila mendengar jawapan Boo - aku nak ketawa salah  nak menangis pun lagi salah. Dalam keadaan biasa kalau bukan di hadapan peguam aku pasti terbarai ketawa.  Aku menarik nafas panjang dan berfikir macam manalah pemandu teksi dari Cheras ini  datang ke London untuk  mencari Minah  Saleh.

‘ He will try his best... ‘ Aku menerangkan duduk perkara kepada  peguam.

‘ Any things they needed please let me knows...contact the authority .. we will meet again in court..’ Alagappa mengakhiri perjumpaan petang itu.

‘ Salim .. Boo... peguam kata kita tunggu hari bicara.. kalau ada apa apa sila beri tahu melalui  Pak Gad  tempat kamu kena lokap... kita jumpa di mahkamah nanti..’

Dua  minggu kemudian aku menerima surat dari Jabatan Kastam dan Imigresen. Isinya ringkas menerangkan secara resmi bahawa aku akan menjadi saksi. Jika aku mahu  meninggalkan kota London aku wajib memberi tahu mereka seawal yang mungkin agar tidak mengganggu  tarikh bicara yang masih belum ditetapkan.

Salim dan Boo ditahan bulan empat di permulaan musim bunga.  Bila musim panas sampai aku memadamkan semua rancangan  bercuti ke luar negara.  

Biasanya di musim panas aku ngelencong ke benua Eropah – pulang ke Belgium.  Musim panas tahun 1992  akut ‘ dilokap’ di London menunggu  dipanggil  ke mahkamah.  (TT)
 

TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DIPORTAL MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/05/19/salim-dan-boo-sampai-ke-london/