Isnin, 10 Mei 2021

KITO NAK RAYO - ZIONIS MENGGANEH

 

 

KITO NAK RAYO

ZIONIS MENGGANEH

IMPERIALIS AMERIKA SEMUA DAH TAHU TAPI RAMAI TAK FAHAM IMPERIALIS BARU CHINA MERAH

 

 

PERANGAI JAHAT

IMPERIALIS AMERIKA

SATU DUNIA TAHU

IMPERIALIS BARU

CHINA MERAH

RAMAI

 BELUM SEDAR

Unknown commented on

 "AWAS! VAKSIN TIPU

 DARI CHINA MERAH"

Lagi satu penipuan media barat tajaan Yankee Dodo kerana ketakutan terlucut gelaran LOMBO SATU dunia dan menutup 'kejahatan' mereka sendiri dalam hal konspirasi Kobid-19 dan vaksin ciptaan mereka sendiri. Yankee Dodo menyorok bekalan vaksin untuk mereka sendiri, tidak mahu diekspotkan ke negara-negara lain dan diekspotkan dikenakan bayaran tinggi. 



Hanya bila keadaan di India menjadi teramat teruk barulah tetbongkar niat 'jahat' Yankee Dodo dengan hanya mengekspot bahan mentah membuat vaksin kepada India, bukannya yang sudah siap tersedia. Yankee Dodo ketakutan dan jeles melihat Mat Sepet menghantar bantuan vaksin kepada negara-negara lain terutama negara miskin malah ada yang diberikan secara percuma. 


Kerana tu la Yankee Dodo memperhebatkan serangan melalui media ini dengan pengacara celaka ini dengan gaya percakapan yang sudah jelas lagi terang terserlah kejahatannya yang terkeluar dari hati nurani nya... Semoga karma yang tidak pernah lupa akan menemuinya...

KU LI NAK JAGA HATI

 


KU LI

NAK JAGA HATI

kluangman commented on

 "KU LI 

KETINGGALAN KAPAL"

Ini satu cadangan sekadar sesuai dengan keadaan semasa umno sahaja, nak JAGA hati Zahid dan sekadar bermaksud Najib atau seseorang lain boleh jadi PM. Kalau seseorang bukan Presiden jadi PM, sebaik sahaja dia jadi PM, dia AKAN berusaha pula jadi Presiden. 


ITU PERANGAI orang Malaysia. Lebih logik, kalau seseorang ITU tidak ada ketokohan menjadi PM kenapa perlu lantik dia jadi Presiden. Yang perlu umno fokus sekarang ialah menang majoriti PRU15 tanpa jual maruah pada BERSATU dan PAS no DAP no Anwar....PRU15 2023 JUGA berkemungkinan no Najib no zahid

ISIS INI AJARAN KITAB MANA?

 


AJARAN ISIS

KITAB SAPA ? 

Unknown commented on

 "TUKAR KERAJAAN"

Islam tak minta kita mencaci musuh menghina musuh atau memaki musuh. Kalau kita tak mahu ikut sunnah Nabi MUhammmad perangai siapa kita nak ikut perangai TT ? His simpang malaikat 44... Tolong baca sirah Nabi.

BERITA BARU MASUK

 



AWAS


PKP di seluruh negara 12 Mei hingga 7 Jun, umum PM


PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan di seluruh negara bermula Rabu ini sehingga 7 Jun, umum Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, dengan larangan rentas negeri dan daerah berkuat kuasa serta merta hari ini.

Larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan juga berkuat kuasa serta merta hari ini, kata Muhyiddin.

“Tarikh kuat kuasa bagi larangan-larangan dan arahan-arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

“Sepanjang tempoh ini, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.


Keputusan mengenakan PKP di seluruh negara dicapai awal hari ini dalam sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan oleh Muhyiddin.

Menurut Muhyiddin, keputusan itu dibuat selepas kes jangkitan Covid-19 harian pada minggu ini melebihi 4,000 kes, dengan keseluruhan kes aktif sebanyak 37,396 dan 1,700 kematian.

“Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga Covid-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional,” katanya.

Keputusan mengenakan PKP di seluruh adalah langkah lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak dalam masyarakat dan menghalang kenaikan kes secara mendadak, tambahnya.

Muhyiddin menyebut tiga faktor yang menjadi asas keputusan iaitu adanya varian baharu Covid-19 yang mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi, kekangan ke atas kemampuan sistem kesihatan awam yang semakin meruncing, serta kelemahan pematuhan SOP dalam kalangan sebahagian anggota masyarakat.

“Data dan sains terus menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti perhimpunan yang menyukarkan penjarakan sosial dan keberadaan orang ramai dalam ruang yang sesak menjadi punca utama penularan Covid-19.

“Rantaian jangkitan Covid-19 hanya dapat diputuskan dengan menggalakkan orang ramai duduk di rumah menerusi kawalan pergerakan yang lebih ketat,” kata perdana menteri. – 10 Mei, 2021.


KITA

JAGA

KITA



ZAMAN NABI TAKDA RASUH

 



ZAMAN NABI

TAKDA RASUAH

TIPU DACING 

RIBA ADA 


Unknown commented on

 "WAJAH PEMIMPIN ISLAM"

Merah muncung bibir dia. Sama sebijik muka babi. Makan rasuah duit haram umpama macam makan babi. Banyak makan babi muka pun macam babi. Tapi makan rasuah elok je allah tak hukum. Boleh rilek jalan jalan troll. Takde pun kena bala.kahkahkahMakan babi allah hukum. Jangan memain

SELAMAT BERBUKA

 


RAYO RAYO RAYO

RAYO RAYO RAYO
TAK LAMO LAIE KITO RAYO

KAWAN GUA
NAMANYA DAUD
ADA KATA KATA KLASIK
TENTANG RAYO:
' SAPO TAK POSO
JANGAN SIBUK SIBUK NAK RAYO'
HA HA HA
KATA KATA HIKMAT
DARI MAT DAUD
BUDAK KEDAH
KAWIN MEK KELANTE KINI
DUDUK
DI KOTA BARU
AMIN

JAM 6.20 PETANG
HUJAN LEBAT TURUN
TADI 4.30
GUA MASUK HOKKIEN
HUJAN TAPI GUA SEMPAT
BERTEDUH DI WAKAF KUBUR
TAPI 
TAK SELEBAT HUJAN JAM 6.20

HA HA HA
TENGAH HUJAN LEBAT
ADIK GUA CALL
DIA DAH SAMPAI
DEPAN PINTU MASUK

HA HA HA
MAKA
HARI INI GUA MAKAN
ADA SPESIAL

BERBUKA
MACAM BIASA
TAPI DINER GUA
TRES SPESIAL
KATA ORANG BELGIUM

ADIK GUA TUKANG MASAK
BAWA
MAKANAN RAYA
ADA RENDANG LEMBU
ADA  RENDAH HATI & LIMPA
ADA RENDANG ITIK
ADA RENDANG AYAM
ADA NASI IMPIT
ADA KUAH KACANG

GUA DAH BERSEDIA
UNTUK RAYA

SEBAGAI PENGANUT
ISLAM BUDAYA
SEMUA INI ADALAH
CIRI CIRI
ISLAM BUDAYA
YANG GUA AMALKAN

ACI  INDIA TETANGGA
GUA AKAN MENERIMA
RENDANG AYAM
KELUARGA MEREKA AMAT BAIK
MASA DEWALI
MASA PONGGAL
ACI ADA BERI GUA
KUIH KUIH MANIS
KALI INI
DARI GUA  PULA
TANDA TERIMA KASIH

SEBENARNYA
KALAU TAK ADA POLITIKUS
KEMPEN CARI UNDI
MALAYSIA INI
SALAH SATU NEGARA
TERBAIK DALAM DUNIA
ENAK SANTAI LUMAYAN
DENGAN SERIBU SATU
JENIS  MAKANAN
DAN
MINUMAN
AMIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR

INI WAJAH WAJAH ZIONIS

 


INI WAJAH

ZIONIS

TEMPATAN

KHALAS


Inilah wajah sebenar Israel – Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO menyifatkan serangan Israel terhadap umat Islam Palestin yang sedang beribadah adalah tindakan keji dan tidak berperikemanusiaan.

Exconya, Hafiz Ariffin berkata, tindakan itu menujukkan betapa zalimnya tentera penjajah Israel serta pendatang haram Yahudi itu.

LU NAK CAKAP

APA

KHALAS 



PEMIMPIN BERFIKIRAN MAJU

 

BETUL

SOKONG

AMIN

INI MUKA

CALON PM

DARI UMNO

AMIN

FIKRAH MAJU

KE DEPAN

JANGAN LIHAT

BELAKANG

AMIN

KALAU ADA DUIT

JANGAN SIMPAN 

DALAM BANTAL

ITU CARA KUNO

AMIN 


Umno mesti secocok dengan zaman, kata Tok Mat

UMNO mesti bergerak seiring dengan zaman kalau mahu umur parti itu terus panjang, kata timbalan presidennya Mohamad Hasan, menjelang sambutan ke-75 parti esok.

Tugas menjadikan Umno seiring dengan zaman pula adalah tugas semua pendukung parti, katanya.

“Ia (Umno) mesti dilihat secocok dengan zaman. Jangan terus terbuai dengan nostalgia ketinggalan zaman.

“Hentilah cerita zaman gemilang sedangkan kedudukan semasa sangat bergelora dan tidak secerah dulu,” tulisnya di Facebook dalam ucapan selamat ulang tahun kepada Umno.

Umno juga mesti digerakkan oleh pendukung yang mewakili semua generasi, tambah Mohamad.

“Perubahan generasi itu nyata dan mesti diterima. Idea dan pemikiran politik terbaik bukan lagi di ukur pada usia pengucapnya tetapi pada kualiti dan kebernasan idea tersebut,” katanya.

Beliau juga memberi pesan agar pendukung Umno ikhlas berjuang untuk menghidupkan parti, dan bukannya “mencari  penghidupan daripada Umno”.

Mohamad merakamkan penghargaan kepada semua pendukung Umno yang setia dengan parti biarpun dalam keadaan susah dan payah, selepas kalah pilihan raya umum pada Mei tiga tahun lalu.

Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di tengah kemuncak penentangan orang Melayu terhadap cadangan British untuk menubuhkan Malayan Union selepas Perang Dunia Kedua. – 10 Mei, 2021.

KALAU DAPAT

DUIT RASUAH

HANTAR KE LONDON

AMIN

GUNA PENGURUP

WANG

AMIN

TAK GUNA SIMPAN

BAWAH BANTAL 

DUIT 

TAKAN BERANAK

AMIN

BELI RUMAH

DI LONDON 

AMIN

INI CONTOH 

PEMIMPIN ISLAM

KETUANAN MELAYU

KURUN KE 21 

KHALAS





CHINA MERAH NAK SERANG AUSTRALIA

 


CHINA MERAH

NAK SERANG

AUSTRALIA

SAJE NAK BAGI LU BENGANG

 


SAJE NAK BAGI

LU BENGANG 

DENGAR

 PERAWI GILA

Arymanchino commented on 

"INI BARU BETUL - 

ANWAR SAH ADA MOJORITI"

Kenape lah nak dengar
 perawi gila bercakap..Buang mase je.. 


 HADIS

MAT LEBONG 

Unknown commented on 

"INDAH YANG 

HANYA DIRASA"

https://www.sinarharian.com.my/article/137612/VIDEO/Sinar-Shorts/[SHORTS]-Sebenarnya-Anwar-ada-majoriti Ini baru indah dirasa

 HADIS SAHEH

KAH KAH KAH

PERAWI DILAH SANI

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

DISAHKAN ADA

MAJORITI OLEH

ANNUAR MUSA

DAN

AZMIN ALI

KAH KAH KAH

UMNO TAK KONA DOSO



UMNO 

TAK KONA DOSO

panglimo potaseh commented on

 "HUBAYA HUBAYA - 

KU LI BERTITAH"

UMNO tangung dosa ..kahkahkah. Adoi bagindo Ku Li ..padan lah yang mulio ni gitu sonang di koncing oleh Kutti Kerala ..pakai OFF lampu jo dah KO. Oooo Ku Li ..budak UMNO mano kona doso ..kok UMNO kenal dosa dah tentu pada 2020 tak sekor pon Melayu yg papo kodano ..Isa dah tontu KULU-KILIR nunggang BABI TERBANG .

PERJUANGAN DITERUSKAN

 


PERJUANGAN

DITERUSKAN 

TUKAR KERAJAAN

 



TUKAR KERAJAAN

KOBID TERUS ADA

AMIN 

Arymanchino commented on 

"BEBAL BODOH SOMBONG"

Bercakap cara waras.Beri pandangan secara saintifik bukan cara cacarmurba.Virus ni merebak sbb politik ke?sbb parlimen tak buka ke?,sbb tak tukar kerajaan ke?sbb Anuar sondol xjadi Piem ke?.Mkin ade byk kekurangan kerajaan tp dgn tukar kerajaan covid blh pergi ke?


Kadang2 org yg ngaku semua tahu,beri pandangan mcm org makan ubat habis tempoh.Lebih bodoh dan lebih baghal dari keldai.Klu tukar kerajaan,covid blh pergi,wajib kita sokong.Tp masalahnya yg tggu nak jadi Piem tu hanya layak angkat sampah je..

KU LI KETINGGALAN KAPAL

 


KU LI

UDAH TERCICIR

KAH KAH KAH

MASA TANDA

TANGAN 

DEKLARASI RAKYAT

KU LI SAKIT PERUT

KAH KAH KAH

KETIKA BERSIH

AJAK BERSAMA

KU LI TAKUT

KAH KAH KAH

SEKARAN DAH

TELAMBAT

AMIN 



Presiden Umno tidak semestinya calon PM, kata Tengku Razaleigh

UMNO perlu melupakan amalan menjadikan presiden parti sebagai perdana menteri negara ini, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Pengerusi jawatankuasa penasihat Umno itu berkata beliau bersetuju dengan Ketua Bahagian Umno Johor Bahru Shahrir Abdul Samad yang amalan itu perlu dihapuskan.

“Saya setuju di banyak negeri maju di Britain dan AS orang yang jadi presiden bukannya ketua parti. Dia jaga dasar dan perjuangan parti. Sampai masa, bila nak jadi calon dia pilih yang betul-betul layak,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata amalan berkurun lama itu yang menjadikan presiden parti sebagai perdana menteri sudah berakhir.

“Kita mahu mereka yang berkemampuan, berkaliber dan menjadi kebanggaan Malaysia. Individu ini mesti seseorang yang mampu membawa negara ini ke tahap yang lebih tinggi.

“Tiada guna mempunyai perdana menteri yang popular dalam parti tetapi ada rekod buruk dan tidak boleh menjadi contoh buat negara,” kata pemimpin berusi 84 tahun ini.

Minggu lalu, Shahrir dalam satu forum berkata Umno perlu melupuskan amalan yang menetapkan calon perdana menteri daripada presiden parti.

Katanya, parti juga perlu membuang amalan konsep monopoli kuasa.

Beliau berkata amat penting untuk parti kerana pemilihan akan berlangsung dan tidak nampak tanda ada persetujuan tentang calon perdana menteri.

Mengulas perkara sama, Tengku Razaleigh berkata Umno juga perlu menghentikan amalan memilih calon daripada hierarkri parti.

“Kita perlu melatih pemimpin kita untuk menerima perubahan ini dan tidak berpegang kepada amalan lama.

“Negara perlukan ahli Parlimen yang lebih berkualiti,” kata bekas naib presiden Umno itu.

Beliau berkata walaupun menjadi timbalan presiden parti sebelum ini tanpa jawatan dalam kerajaan, beliau tetap membantu kerajaan.

“Saya dulu tak pernah dalam kerajaan. Saya naib presiden Umno. Tapi saya ditugaskan ke China untuk runding dengan perdana menteri ketika itu.

“Saya ditugaskan oleh pemimpin negara untuk selesaikan hubungan kita dengan China. Waktu itu ada ancaman dengan komunis. Saya mula buka pintu untuk kita berunding supaya mengamankan negara kita,” katanya. – 10 Mei, 2021.

POLITIK

IALAH 

MENENTUKAN

MASA YANG TEPAT

AMIN

STRATIJI BETUL

DAN

AUTA YANG

DIYAKINI

KAH KAH KAH

KALAU NAK 

JUJUR DALAM HIDUP

BUKAN JADI YB

TAPI  GI MEKAH

JAGA KUBUR NABI

KAH KAH KAH




KITA JAGA KITA

 



KITA JAGA KITA

Unknown commented on 

"BERITA DARI NOKIA"

Sekarang bukan nak putus apa-apa rantaian, sekarang ialah terima hakikat yang ia sudah menjadi endemik...maksudnya segala strateji pkb ini hanya menjerat rakyat yg sudah tenat secara sosial dan ekonomi...terpulang lah sampai bila baru sedar... Takut? Apa nak takut? Walau di India pun, berapa peratusan yg mati di banding dengan yang pulih... Takutkan bayang sendiri sahaja.

AWAS! VAKSIN TIPU DARI CHINA MERAH

 

AWAS

VAKSIN TIPU DARI

CHINA MERAH

KU LI BUAT LAWAK BERDIRI

 

YA AMPOON

KU LI

KAH KAH KAH

BUDAK DARJAH

SATU LU BOLEH

TAKUTKAN

DENGAN DOSA

API NERAKA

KAH KAH KAH

POLITIKUS

TAK TAKUT APA

KAH KAH KAH

POLITIKUS TUKANG

JUAL SYURGA

NERAKA 

KAH KAH KAH

MEREKA TAHU

SEMUA KARUT

KAH KAH KAH

TUKANG JUAL

AGAMA PUN ADA 

SAMA DALAM 

 KERAJAAN 

KAH KAH KAH

WOIT

KU LI 

LU JANGAN

GUNA DOSA 

PAHALA ENTOT

 BIDADARI 

KAH KAH KAH

INI TAHUN 2021

TAK RAMAI LAGI

PERCAYA

KAH KAH KAH 


Umno tanggung 'dosa' Perikatan jika kekal dalam kerajaan, kata Ku Li

UMNO akan menanggung “dosa” yang dilakukan Perikatan Nasional (PN) jika tidak meninggalkan kerajaan secepat mungkin, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Dosa yang paling besar dilakukan PN adalah pengisytiharan darurat walaupun tidak dipersetujui Umno,” kata ahli Parlimen Gua Musang berusia 84 tahun itu kepada The Malaysian Insight.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa penasihat parti berkata darurat menyebabkan pelabur asing mencari pelaburan di negara jiran.

“Bukan saja pelabur asing, tetapi pelabur tempatan juga beralih ke Indonesia dan negara lain. Akibatnya, ribuan rakyat kehilangan pekerjaan,” kata Tengku Razaleigh yang merupakan bekas menteri kewangan.

Katanya, Umno perlu bertanggungjawab jika tidak meninggalkan kerajaan PN.

“Jadi ini semua dosa yang kita tanggung. Kenapa Umno mesti pikul tanggungjawab ini. Umno tak patut berkongsi kesalahan ini, kerana kita tak salah,” kata Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li.

Beliau berkata Umno hanya bersetuju menyertai kerajaan PN pada 2020 bagi menamatkan pergolakan politik yang bermula daripada Langkah Sheraton.

“Tetapi sekarang situasi sudah stabil dan tiada keperluan lagi untuk Umno kekal dalam kerajaan PN. Ini bukan yang dimahukan akar umbi parti.”

Berhubung kenyataan Dr Mahathir tentang kegagalannya meyakinkan ahli Parlimen Umno untuk menarik sokongan daripada PN pada tahun lepas, Ku Li menyalahkan permainan politik wang.

“Ada pemimpin yang cenderung kepada kroni kapitalis. Pemimpin ini hanya akan mendengar kepada mereka yang boleh memberikan wang atau kedudukan.

“Tapi bukan ini yang parti mahukan dan saya tidak boleh memberi mereka apa-apa kerana saya tidak bersetuju dengan politik wang.

“Tidak kira bila, Umno perlu meninggalkan PN,” katanya.

“Kita tidak boleh berada dalam PN kerana kita sudah ada Barisan Nasional yang dibarisi MCA dan MIC. Apa yang kita mahukan pada 2020 adalah untuk menstabilkan kerajaan dan menamatkan pemerintahan Pakatan Harapan.

“Kini situasi sudah stabil dan tiba masanya Umno meninggakan PN kerana ini juga yang dimahukan akar umbi,” kata Tengku Razaleigh.

Pada Persidangan Agung Umno (PAU) bulan lepas, parti itu mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada Ogos.

Bagaimanapun mereka yang bekerjasama dengan Bersatu dilihat melanggar keputusan itu.

Mereka berkata walaupun majlis tertinggi Umno mengambil keputusan untuk putus hubungan dengan Bersatu tetapi ia bergantung kepada ahli Parlimen Umno secara individu. – 10 Mei, 2021.


ADA LAGI KE

POLITKUS

TAKUT DOSA

KAH KAH KAH

POOORAH

TAKDA SAPA TAKUT

KAH KAH  KAH

POLITIKUS  GUNA

DOSA PAHALA 

UNTUK TIPU 

ORANG RAMAI 

KAHLAS 

JUAL AGAMA 

LAGI JAMIN 

DAPAT AUDI 

 DAPAT BINI MUDA 

KETAT SENDAT 

TAK LOHE

POOORAH

KHALAS