Sabtu, 13 Jun 2020

MABOK NAK BERKUASA







MABUK 

NAK BERKUASA

KAPAL SELAM TERBAKAR









NASIB BAIK

BUKAN KITO

PUNYO

KAH KAH KAH

APO JADI KEK

KAPA SOLAM 

KIT0

DAH BUULEH

TONGGOLAM KO

BELUM

KAH KAH KAH

Kapal selam nuklear Perancis terbakar

BOMBA mengambil masa selama 14 jam untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di sebuah kapal selam nuklear Perancis di sebuah pangkalan tentera luat di Toulon.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan tiada pencemaran radiasi dikesan kerana kapal selam itu tidak dilengkapi senjata dan sedang menjalani kerja-kerja menaiktaraf.

Kapal selam La Perle atauThe Pearl merupakan satu daripada enam kapal selam berkuasa nuklear milik Perancis.

Kebakaran itu tercetus kira-kira pukul 10.30 malam semalam.


Seramai 100 anggota bomba dan staf sokongan dikerah untuk memadamkan kebakaran itu.

Tahap kemusnahan belum dapat dipastikan tetapi tentera laut Perancis menyifatkan kejadian itu sebagai serius.

Kapal selam itu yang mula berkhidmat pada 1993, berlabuh di Toulun pada Januari lalu untuk kerja menaiktaraf selama 18 bulan.

Aset tentera itu mampu menyelam sedalam 300 meter dengan kapasiti 70 krew.– AFP, 13 Jun, 2020.    


SIRUL AZILAH

APO CERITO

APO KOBA

EKAO RAYO

KEK MANO

KAH KAH KAH

MAZLEE TIBAI ANWAR













HAM

DULIL
MAKIN RAMAI

MAKIN SEDAR

SIAPA ANWAR

Maszlee: Jawatan PM ke-9 bukan hak mutlak Anwar

Rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri adalah hak mutlak Anwar Ibrahim.

Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata, tanpa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil.

"Rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak  Anwar Ibrahim atas dasar nombor. 

"Hakikatnya jelas, tanpa  Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.

"Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112," katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Maszlee mengimbas analogi yang pernah diberikan bekas menteri besar Kelantan, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila ditanya mengapa perlu PAS bekerjasama dengan parti-parti lain seperti Semangat 46, PKR dan DAP.

“Beginilah. Umpama kita nak kait rambutan. Pokok rambutan tinggi. Galah kita tak sampai. Kalau kita cari sejengkal lagi galah, sambung dengan galah kita, Insha-Allah satu pokok rambutan kita boleh kait. 

"Galah sejengkal inilah yang membantu kita dapat banyak lagi hasil," ujarnya memetik kata-kata allahyarham.

'Sokongan Anwar paling tinggi hanya 92 MP'

Menurut Maszlee, beberapa pilihan raya umum (PRU) sebelum ini membuktikan sokongan maksimum terhadap Anwar Ibrahim hanyalah sekitar 78 hingga 80 anggota parlimen di Semenanjung.

"Ditambah dengan Ahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak, bolehlah mencapai angka 92 iaitu satu blok pembangkang yang cukup kuat.

"Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Dr Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa.

“Tapi jika mahu kembali sebagai kerajaan seperti yang telah diberikan mandat pada PRU14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’  Dr Mahathir berperanan,” katanya.

Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya - Mahathir dan Parti Warisan - yang kini digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan untuk kembali mengambil alih kerajaan daripada pimpinan Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, PH Plus dikatakan masih buntu untuk mencapai persetujuan mengenai calon perdana menteri antara Mahathir dan Anwar.

Sumber mendakwa Mahathir masih mahu menjadi perdana menteri walaupun untuk jangka masa singkat, sedangkan Anwar tidak bersedia untuk mengalah.

Anwar yang juga ketua pembangkang sebelum ini berkata PH dan sekutunya kini mempunyai sokongan 107 anggota parlimen dalam Dewan Rakyat.

'Galah Anwar tak cukup sejengkal'

Maszlee berkata, kedudukan terkini iaitu 107 sokongan bagi pihak PH Plus seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal.

Sebaliknya beliau berkata Dr Mahathir mampu untuk memperoleh sehingga 148 sokongan anggota parlimen jika rundingan dan percaturan dibuat dengan betul.

"Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Anwar Ibrahim hanyalah 91.

"Tetapi faktor galah sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak.

“Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Anwar dan Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang nombor dua dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik ini,” katanya.


UMUM JUGA

WAJIB TAHU

DALAM PKR

PUN BUKAN 

SEMUA YB

SOKONG ANWAR

KHALAS

LAGI YB PKR TINGGALKAN ANSWAR






PASAI APA NI

KAH KAH KAH

TAK CAYA PADA

PRESIDEN PKR

KAH KAH KAH

SAPA PRESIDEN

KAH KAH KAH

INI MESTI KERJA

ZIONIS ISRAEL

CEMBURU PADA

ANWAR 

BAKAL PM

KAH KAH KAH

Adun Sementa Daroyah Alwi keluar PKR

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa Dr Daroyah Alwi, yang juga timbalan speaker DUN Selangor, hari ini mengambil keputusan keluar PKR dengan alasan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti.

Daroyah, yang juga timbalan ketua Wanita PKR, berkata tindakan meninggalkan parti politik yang disertainya 20 tahun itu kerana beliau tidak lagi yakin dengan kepimpinan Anwar Ibrahim selaku presiden parti.

“Setelah berfikir panjang dan menilai perkara terkini yang berlaku dalam PKR, maka saya dengan ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai timbalan ketua wanita PKR serta keluar dari PKR berkuatkuasa 13 Jun.

“Keputusan ini dibuat kerana saya hilang rasa yakin dan percaya terhadap presiden parti yang alpa tentang idealisme perjuangan serta halatuju parti, yang kini lebih membawa kepada perpecahan,” katanya pada sidang media, di Shah Alam, hari ini.

Daroyah berkata keputusannya sudah dimaklumkan kepada Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

“Saya sudah bincang dengan menteri besar. Beliau tak setuju untuk saya buat langkah ini, tetapi bagi saya, saya kena tegas dengan keputusan ini.

“Memang berat kerana 20 tahun kami dalam parti, tapi demi kebaikan bersama sampai masa saya buat keputusan ini,” kata Daroyah.

Turut mengambil tindakan sama adalah 48 pimpinan Wanita PKR Selangor, ahli majlis dan pimpinan PKR Cabang Kapar termasuk pemimpin sayap Wanita dan Angkatan Muda PKR.

Daroyah turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai timbalan speaker DUN Selangor, ketua Wanita PKR Selangor dan ketua Cabang Kapar.

Katanya, kepimpinan PKR hari ini lebih membawa perpecahan berbanding perpaduan apabila berlaku siri terancang pemecatan dan penggantungan ahli parti.

“Presiden bersama pentaksubnya dilihat gagal menjalankan amanah majoriti ahli yang memilih mereka.

“Amat terkilan dan kecewa, yang berjasa menjadi korban. Siri terancang pemecatan dan penggantungan ahli terutama melibatkan rakan seperjuangan yang telah lama memperkasa organisasi dan parti dari awal penubuhan Parti Keadilan Nasional pada 1999 hingga sekarang PKR, nyata meruntuhkan permuafakatan yang selama ini dibina,” kata Daroyah.

Daroyah juga dikatakan menerima notis tunjuk sebab pada 15 Mei lalu kerana mempertahankan barisan kepimpinan Wanita yang dikenakan tindakan tidak adil dan luahan kebimbangannya tentang pengurusan parti kelam-kabut serta tidak teratur.

“Saya tidak mahu terlibat atau dikaitkan dalam kancah perebutan kuasa politik mahupun dalam pembuangan ahli beramai-ramai.

“Tidak seperti dulu, perjuangan PKR sekarang kelihatan bukan lagi untuk agenda reformasi tetapi untuk mendapatkan kuasa semata-mata,” katanya pada sidang media itu.

Beliau mengakui walaupun langkah itu tidak popular, tetapi demi prinsip perjuangannya, Daroyah bersama pimpinan PKR Cabang Kapar tetap dengan pendirian meninggalkan parti.

“Benar, ini bukanlah keputusan popular dan melawan arus, tetapi demi prinsip perjuangan, maruah, dan harga diri, hari ini kami memilih untuk tidak lagi bersama dalam PKR,” katanya. – 13 Jun, 2020.

LANGKAH JAHAT

NAK MALUKAN

ANWAR IBRAHIM

PEMIMPIN ISLAM

YANG JUJUR

YANG SYUMUL

YANG WARAK

KERAP JADI 

IMAM

BACA KUTUBAH

KAH KAH KAH

APA KHABAR KHALID SAMAD









WOIT
APA KHABAR

KHALID SAMAD

SAJE TANYA

LAMA TAK

DENGAR BERITA


SOKONG ANWAR JADI PM







SOKONG ANWAR

JADI PIEM 
tapi otai berbisa tetap mahu abam. yb yusaidi kata, dia tulis dengan elok agar agong nampak jelas pilihannya abam. seronok juga berjuang demi abam jadi pm berbanding moral, negara , bangsa, agama rakyat. semua tu tolak tepi dulu. curi berbillion bayar loyar berjuta tak luak pun.
 curi petai, kencing busuk memang patut masuk penjara. curi berbillion, kawtim dengan ag, pulang separuh, lepas beb dengan separuh billion lagi. petai rm5 seikat, nak kawtim camna. bayar separuh yang lain ambil jual atau sedekah, boleh lepas tak ? bayar loyar lagi mahal daripada harga petai, masuk penjara lagi murah kot. 
on
 DULU DAP AMANAH
 KENA TIPU SEKARANG
 BARU SEDAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/06/20

Sem

TETAP SOKONG REFORMASI






TETAP SOKONG

RERORMASI 
Mmg betoi abam sakit tenat, tu sbb ezam kene mulakan gerakan reformasi drp tanjung rambutan on 
BAWA BERUBAT
Publish | Delete | Spam
yeop_sepet
at 15:05

TT

BUKAN PERSOALAN NASIONAL







BUKAN 

PERSOALAN

NASIONAL 
July nie akan menentukan sama ada aku masih boleh dapat gaji lagi atau diberhentikan. Muhiyuddin ke, Madey ke, Anwar ke, Zahid ke, Najib ke tak tahu pun aku mungkin diberhentikan keja. Ini bukan persoklan nasional. Ini persoklan periok bubur. 
on
 JULAI 
MENENTUKAN MUHYIDDIN
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/06/20

C

ARAH KE PETRA





ARAH KE PETRA
Dan Gibson buat kajian asal Mekkah patutnya di Petra, banyak bukti menyokong kajian beliau. Mungkinkah kita silap kiblat selama ini? 
on 
PEKARA SENANG 
TANYA LEBAI GOOGLE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/06/20


Dan Gibson buat kajian asal Mekkah patutnya di Petra, banyak bukti menyokong kajian beliau. Mungkinkah kita silap kiblat selama ini? 
on 
PEKARA SENANG 
TANYA LEBAI GOOGLE
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/06/20




BOLOM BOBUNGO






BOLOM BOBUNGO
Hisham... Kek Jolobu tu ko ado kobun durian ko?... Ko niii...bilo tanyo durian ...ko kato baru bebungo....tak sampai sebulan ...lopeh tu ko kato durian dah habih luroh...iyolah ko ni...kodokut bona...Den datang nak pi makan jo bukan nak poi jua!!! 
on
 BERKHALWAT
 HARI KE 88
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/06/20


Hisham... Durian kek tompek Den dah masak dah.... yg masih bebungo pun ado lai!!!...manggih yo tak ado.... 
on 
BERKHALWAT 
HARI KE 88
Anonymous
on 13/06/20

T

WUJUDKAN GERAKAN BARU











GERAKAN BARU
Apa kena mengena Tuan Guru Hj. Hadi Awang dgn org muda yg nak tubuh parti merentasi kaum dan agama...? Perlu ke mintak restu dia....? Masa Hj.Hadi buat fatwa kapirkan umno dan buat amanat bunuh orang umno, ada dia mintak kebenaran raja-raja Melayu sebgai ketua agama...??? 
Nak tubuh parti baru, tubuh jela, jangan cari seribu satu alasan. Gembelingkan tenaga muda. Buat pengumuman besar-besaran, "Kita golongan muda mahu tubuh party sendiri yg bersih lagi syumul. Kita akan adakan himpunan besar-besaran memilih pemimpin dan mendaftarkannya di ROS. 
Ayoh semua anak-anak muda - anak semua bangsa dan agama, sila beri sokong pembentukan party baru ini. Kita akan berjuang, demi masa depan kita!!!
 on 
TUBUH PARTI BARU
Publish | Delete | Spam
cikminah
on 12/06/20



PANDANGAN BAIK TAPI LANGGAR PERLEMBAGAAN





TAK ADA PRU

PANDANGAN BAIK

TAPI LANGGAR

PERLEMBAGAAN

Pasca kobid, ekonomi merudum.kenapa mesti membazir buat pru15? Lepak sheraton bagi bagi jawatan pastu suruh agong endorse, settle. Jimat belanja. 
on
 PRU 15 SEKARANG ?
Anonymous
on 13/06/20

Kalau jadi mangsa kemelesetan ekonomi kenapa mesti bangun melawan kerajaan atau merusuh? Bincang elok2 kat hotel sheraton boleh jer, kan? on
 KIMIA 
SEDIA MELEDAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 13/06/20

To

PRU 15 SAMPAI





PRU 15

SEBELUM JULAI


Zahid jumpa Ku Li, bincang PRU15


Bersatu mahu 50 kerusi, PAS diminta siap sedia PRU15, kata sumber



KETIKA

MAT KOBID

MENYERANG

KAH KAH KAH

BAWA BERUBAT







BAWA BERUBAT
Abam kata, minggu depan dia jadi PM ..gwa tinggok sakit Abam ni makin terok. Kekanda harap Dinda Sayang Nurul bawa lah Papa tu berubat .. 
on 
LAGI KES BODOH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 12/06/20

K

DULU DAP AMANAH KENA TIPU SEKARANG BARU SEDAR





APAKAH DAH

TERLAMBAT

DULU ANWAR 

TIPU

I AVE THE NUMBER

SEKARANG BARU

DAP AMANAH

BARU SEDAR

DAH TERLAMBAT

TAPI YG PENTING

MEREKA 

DAH KENAL

SIAPA ANWAR

AMIN
 

DAP, Amanah dan Warisan mahu Dr Mahathir memimpin sekali lagi

DAP, Amanah, dan Warisan mahu Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya kalau pembangkang dapat menguasai semula Putrajaya, kata beberapa sumber kepada The Malaysian Insight.

“Kami rasa ini regu yang terbaik, sama ada kita dapat ambil balik Putrajaya sekarang, atau dalam pilihan raya umum akan datang,” kata seorang pemimpin kanan parti.

Keputusan gandingan Dr Mahathir-Anwar ini dibuat dalam mesyuarat Pakatan Harapan pada Selasa minggu lepas. 

“Kita berdepan kerjasama yang bahaya antara Muhyiddin Yassin dan Najib Razak, dan kita rasa hanya Dr Mahathir dan Anwar yang ada kekuatan untuk memberikan cabaran yang wajar,” kata sumber.

Jelasnya, regu itu adalah satu daripada dua pilihan yang diputuskan dalam mesyuarat PH sebelumnya pada 30 Mei, yang tidak dihadiri oleh Dr Mahathir.

“Satu pilihan ialah Anwar perdana menteri dan Mukhriz timbalan, dan satu lagi, Dr Mahathir dan Anwar.

“Tetapi selepas mesyuarat pada Selasa (2 Jun), DAP, Amanah, Warisan, dan pemimpin Bersatu memutuskan formula Dr Mahathir-Anwar,” kata seorang pemimpin parti.

Sumber menjelaskan antara alasan pilihan regu itu ialah populariti Dr Mahathir dalam kalangan orang Melayu.

“Kalau ada pilihan raya semua, kita akan berdepan dengan Umno, PAS, dan Bersatu yang akan mengharapkan sokongan Melayu. Kita perlukan seseorang yang boleh menghadapinya.”

Dalam kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre pada November tahun lalu, 58% pengundi Melayu memilih Dr Mahathir untuk menerajui negara sementara hanya 13% memilih Anwar.

Anwar, bagaimanapun, lebih popular dalam kalangan bukan Melayu dengan 58% Cina dan 62% India memilih beliau berbanding Dr Mahathir.

Keputusan PH ini bagaimana berdepan jalan buntu kerana PKR belum membuat keputusan, kata seorang lagi pemimpin parti.

Katanya, cadangan itu terpaksa ditangguhkan kerana PKR mahu tempoh seminggu untuk menimbangnya.

“PKR mahu Anwar sebagai teraju dan bukannya Dr Mahathir.

“Jadi, kita kena tunggu keputusan mereka sebelum menentukan langkah seterusnya,” katanya.

Sikap PKR yang tidak puas hati dengan konsesus yang dicapai oleh Amanah, Warisan, dan DAP dikongsi oleh setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Razab dalam satu hantarannya di Facebook pada Rabu.

“Dipaksa PKR berjiwa besar untuk akur terima Mahathir sebagai PM. Kata mereka, kepentingan negara itu lebih penting daripada kepentingan peribadi Anwar Ibrahim,” tulisnya.

“Jika pun Anwar Ibrahim akan akur kepada keperluan negara seperti mana beliau akur dua tahun yang lalu, itu adalah satu keaiban buat kamu. Itu adalah simbol betapa kamu adalah kawan yang lupa daratan.”

Pakatan terdiri daripada DAP yang mempunyai 42 ahli Parlimen, PKR (37), dan Amanah (11). Warisan mempunyai 10 kerusi bersama Upko. – 13 Jun, 2020.


AKHIRNYA

KEBENARAN 

MUNCUL

KAKI PUTAR

TERBONGGENG

KAH KAH KAH


ANWAR JADI PM MINNGU DEPAN






MINGGU DEPAN

ANWAR JADI PM
Kamu lah si bodoh itu percaya cerita fitnah ni. Anwar atau pimpinan PH tak pernah punkpun kenyataan bodoh ini... 
BODOHH
���������� 
on 
ANWAR JADI PM 
MINNGU DEPAN
in response to Ini lah yang dikatakan Pakatan Harapan BODOH, BODOH dan BODOH! Nak rampas Putrajaya, 'just do it'! Nak buat pengumuman minggu depan buat apa? Element of surprise hilang! Tengok macam mana PN susun-atur Langkah Sheraton, tak beri notis satu minggu pun! Buat aje!
by Anonymous.
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/06/20

Gua r

JULAI MENENTUKAN MUHYIDDIN







JULAI 

MENENTUKAN

MUHYIDDIN
tt dah jadi tong taik, skrg ni asyik ulang july, july, july....dap dah sedar, amanah dah sedar, malalut tak tentu arah malalut tak tentu arah, 
on 
JULAI 
YANG DITAKUTI
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 12/06/20

Y

AMANAH DAP WARISAN TAK SOKONG ANWAR






SOKONG MADEY

DAP, Amanah dan Warisan mahu Dr Mahathir memimpin sekali lagi


BERITA MENYUSUL

JULAI PAKATAN AKAN MENANG





JULAI PAKATAN

AKAN MENANG
Julai ini ..hanye dgn duit kopi PH boleh menang ..Abam dah jadi orang-orang ..populariti Madey paling murudum dalam sejarahnye. Malikol la ni sangat harum dihati rakyat ..walaupun mukanye masih dililit lemak. 
on 
KENAPA JULAI 
MENDEBARKAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 12/06/20

Roh

PISANG TERKONTOT







PISANG 

TERKONTOT
Julai 28 pisang abam, bukan, galah abam ter-pendek sejangkal. pisang tok wan mmg panjang sejengkal,telo titanium lagi tambah.
bateri pun dah tukar. 
on 
ADA APA 28 JULAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/06/20

A

KE TANJUNG RAMBUTAN






KE TANJUNG 

RAMBUTAN
Hospital Org gila dekat situ.
Senang campak Ezam Bakul kat situ lepas gagal buat reformasi. Siapa org yg nak jadi gila mcm dia.. 
on 
TERHOTT 
TERKINI TER NOWW
Publish | Delete | Spam
Arymanchino
on 12/06/20

H

BERKHALWAT HARI KE 88





HARI KE 88
SABTU 13/6/2020
HARI KE 88 KITA BERKHALWAT
KEADAAN MAKIN BAIK
TAPI MASIH RAMAI
YANG TAKUT
GUA SENDIRI PUN 
MASIH TAKUT

BIASANYA DUA MINGGU SEKALI
GUA BERURUT DI BRICKFEILD
ROSLAN DARI BALING
MENJADI BUTA
AKIBAT KIMIA RACUN RUMPUT
ROSLAN  MENGURUT 
DENGAN BAIK TAPI KERAS

GUA
TAK TAHU 
MACAM MANA
KEDUDUKAN ROSLAN SEKARANG
DAH TIGA BULAN TUTUP KEDAI

PAGI INI HOKKIEN MALAP
KUALA LUMPUR REDUP BERKABUS
HUJAN LEBAT PETANG KELMARIN

KITA  YANG BIJAK
AKAN BELAJAR 
DARI SEMUA ORANG
SESIAPA SAJA BOLEH 
MEMBERI ILMU PADA KITA

MEREKA YANG KURANG BIJAK
HANYA BELAJAR DARI PENGALAMAN
TAPI
YANG NGOK MENGAKU
DIA  TELAH TAHU SEMUA PEKARA
DAN
MEMILIKI SEMUA JAWAPAN

SEBENARNAY
SOSOK YANG BIJAK
ADALAH SOSOK YANG TAHU
BAHAWA DIA TIDAK TAHU
DAN
 MENGAKUI DIA TIDAK TAHU
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT