Rabu, 26 April 2023

RAYO JANGAN TAK RAYO


RAYO JANGAN

TAK RAYO

AMIN

KEMPEN PRN DAH MULA


Ini kempen PRN bukan rumah terbuka - Sanusi

ALOR SETAR - Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri di enam negeri dianggap sebagai program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) dan tidak wajar diadakan.

Menteri Besar Kedah,  Sanusi Md Nor berkata, ini kerana program terbabit melibatkan kos yang tinggi sedangkan kerajaan Persekutuan sebelum ini menguar-uarkan supaya langkah penjimatan dibuat oleh semua pihak.

Katanya, seharusnya jamuan rumah terbuka Aidilfitri diadakan di satu saja lokasi iaitu di Seri Perdana atau di sekitar Putrajaya seperti kelaziman sebelum ini.

"Ini program kempen pilihan raya bukan rumah terbuka tetapi ambil kesempatan daripada Aidilfitri apa program sesuai nak buat kempen? Maka buat rumah terbuka.

"Kita bukan nak halang rumah terbuka kepada orang ramai tetapi sebagai kerajaan yang cakap tentang langkah jimat cermat, tak payah buat program besar-besar, itu bertentangan dengan diri mereka sendiri," katanya ketika sidang media selepas menghadiri Program Ramah Mesra Aidilfitri Mahasiswa bersama Menteri Besar Kedah di Dewan Sri Mentaloon di sini pada Ahad.

Menurutnya, penglibatan beberapa kementerian dalam penganjuran program terbabit juga tidak sepatutnya berlaku.

"Enam negeri ini saya dah maklum lama guna kementerian seperti di Kedah, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terlibat.

"Kenapa guna kementerian untuk rumah terbuka, kementerian pun tidak ada bajet khusus untuk buat rumah terbuka," katanya.

Muhammad Sanusi menambah, semua tindakan politik terbabit dapat dinilai sendiri oleh orang ramai.

"Semua tindakan politik ini pergi pada peti undi, rakyat akan nilai hang guna dana kerajaan dana kementerian buat program kempen pilihanraya untuk parti hang, itu tak betul," katanya.

Jelas Muhammad Sanusi, beliau bagaimanapun tiada kuasa untuk menghalang rumah terbuka itu diadakan di Kedah malah akan turut hadir bersama.

"Saya tidak ada kuasa nak halang, lagipun bagus untuk rakyat Kedah pi makan. Saya tak tau ada jemputan atau tak tapi itu rumah terbuka, jemput atau tak saya akan hadir sebagai orang Kedah," katanya.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan  Anwar Ibrahim tidak akan mengadakan Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut kenyataan itu, program anjuran JPM melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama itu diadakan di Kedah pada 29 April, Kelantan (12 Mei) dan Terengganu pada 13 Mei.

Selain itu JPM memaklumkan Perdana Menteri turut dijangka menghadiri tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dilaksanakan Kerajaan Negeri masing-masing iaitu di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

WOIT

INI KEMPEN PRN

DAH MULA

KAH KAH KAH

PASAI APA

PARTI ISLAM 

TAK BUAT 

SEMBAHYANG

HAJAT

AMIN

SEMBAHYANG 

HAJAT UNTUK

MENANG PRN

KAH KAH KAH

KHALAS

PN TERKEJUT !!!!



Majlis sambutan Aidilfitri pusat di 6 negeri keterlaluan

PERIKATAN NASIONAL (PN) merakamkan rasa terkejut dan ralat atas keputusan Kerajaan Pusat untuk mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri secara bergilir-gilir di enam buah negeri di Semenanjung Malaysia bermula pada 29 April di Kedah dan dijadual berakhir pada 14 Mei di Selangor.

Selain itu, majlis turut dijadual berlangsung di Pulau Pinang (6 Mei); Negeri Sembilan (7 Mei); Kelantan (12 Mei) dan Terengganu (13 Mei).

Jika dilihat dari sudut mana pun, keputusan Putrajaya ini jelas berlebih-lebihan dan keterlaluan, malah kelihatan terlalu gelojoh dan sangat menjolok mata, selain tidak wajar dipertahankan.

Enam majlis sambutan Hari Raya di enam negeri yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tentulah akan mencetuskan persoalan mengenai motif dan tujuan ia diadakan.

Langkah sebegini sekiranya dikatakan untuk meraikan hari kebesaran agama serta muhibah umat iaitu Hari Raya Aidilfitri, ternyata jauh tersasar dan jelas akan tercemar.

Ini kerana ia tidak lagi boleh dipisahkan daripada motif politik dan persaingan pengaruh menjelang PRN yang bakal berlaku beberapa bulan sahaja lagi.

Retorik basi dan sumbang kononnya PAS dan sekarang ini PN adalah parti yang “menunggang agama” untuk tujuan politik nampaknya kini berbalik kepada pihak Kerajaan Pusat sendiri yang “menculik” majlis penting tahunan Islam itu bagi mencapai matlamat kuasanya.

Majlis sambutan bersiri ini juga melanggar konvensyen dan adab hubungan antara Kerajaan Pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa dan bidang kuasa masing-masing.

Adalah lebih manis dan sopan sekiranya Putrajaya mengekalkan amalan pembahagian tradisi dengan majlis masing-masing pihak kekal sebagai acara sambutan terbesar dan utama di peringkat masing- masing sebagai tanda hormat terhadap wibawa dan bidang kuasa itu.

Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak.

Keadaan ini juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan.

PN juga percaya majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlebih-lebihan seperti ini sangat berlawanan dengan penyataan dasar dan komitmen Putrajaya untuk berjimat cermat bagi mengukuhkan kedudukan kewangannya yang didakwa terbeban dengan hutang, salah pengurusan dan pembaziran kerajaan terdahulu.

Ini sebagaimana yang dinyatakan Perdana Menteri di Parlimen bahawa hutang dan liabiliti kerajaan kini ialah sebanyak RM1.5 trilion atau kira-kira 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Menurut beliau lagi, antara langkah utama yang akan diambil oleh Kerajaan pimpinannya ialah dengan menambah baik tata kelola kerajaan kerana kononnya sejumlah besar dana kerajaan hilang susulan kelemahan pengurusan dan ketirisan yang menyebabkan hutang menjadi lebih tinggi daripada pertumbuhan ekonomi.

Kata-kata hanya akan membawa makna dan kesan sekiranya ia disusuli dengan langkah dan tindakan yang sama dan senada, bukan sebaliknya.

PN juga merakamkan kebimbangan berhubung kemungkinan berlakunya penyalahgunaan agensi dan jentera kerajaan dalam penganjuran majlis-majlis sambutan ini kerana motif politiknya sudah tidak boleh disorok lagi.

Justeru itu Kerajaan Pusat perlu memberi jaminan ia tidak berlaku, selain memastikan semua janji dan slogan tentang salah guna kuasa, penyalahgunaan jentera dan kelemahan pengurusan yang diwarwarkannya sebelum ini tidak hanya tinggal slogan dan janji di bibir semata-mata.

WOIT

PASAI APA

TERKEJUT

KAH KAH KAH

INI KEMPEN CARI

UNDI

KAH KAH KAH

PARTI ISLAM

BUAT LAH SAMA

KAH KAH KAH

PARTI LAIN BUAT

JANGAN JAKI

KAH KAH KAH

KHALAS

RIBUT PETIR HUJAN LEBAT


Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda sembilan buah negeri sehingga jam 6 petang ini.

Ia meliputi empat negeri di Pantai Barat iaitu Perak yang melibatkan Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan.

Begitu juga dengan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Jempol) serta Johor (Tangkak, Segamat dan Muar).

Selain itu, tiga negeri Pantai Timur turut dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang iaitu Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin).

Ribut yang melanda Sabah pula adalah di Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

Sarawak pula dilanda ribut di Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang. – 

CUACA BELUM

MENENTU

AMIN

PANAS HUJAN

RIBUT 

AMIN

INI WATAK 

KIAMAT IKLIM

KHALAS

ENAM KOTAK KE MAHKAMAH ?


WOIT

 ZAHRIN MAT YASIN

NI KOTAK MANA 

PULAK NI

KAH KAH KAH

KOTAK 

MAT EZAM KE?

KHALAS



EL NINO DATANG SEKALI LAGI



AWAS !!!

EL NINO DATANG

SEKALI LAGI

AMIN

SUMO ANAK DARO


SUMO

ANAK DARO

BOLOM BERLAKI

AMIN

herman adnan commented on
 "BERAYO DONGAN CUCU"

Sham Rais, kirim salam
 kat Cucu-cucu Engkau Ya

JANGAN LUPA CARA MEMBACA MEDIA MALAYSIA

 

DARI ARKIB 229/1/2022

 

Warisan bukan ancaman di Pulau Pinang, kata Gerakan

GERAKAN yang berharap untuk kembali memenangi kerusi di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak akan memberikan sokongan kepada Warisan Sabah, kata Presiden Gerakan Dominic Lau.

Beliau berkata walaupun Warisan mempamerkan ia sebagai parti pelbagai kaum, ia mungkin sukar meraih sokongan, terutama dalam kalangan pengundi Melayu.

“Warisan bukan ancaman di Pulau Pinang. Walaupun ia bertanding kerusi DUN, mungkin sukar pengundi Cina menerima Warisan.

“Ia mungkin tidak akan mengancam parti yang ada di Pulau Pinang pada masa ini,” kata Lau dalam satu temu bual bersama The Malaysian Insight.

Gerakan mempunyai sejarah panjang di Pulau Pinang, di mana ia diasaskan di negeri itu, dan memegang jawatan ketua menteri hinggalah kalah teruk pada PRU 2008. Dari tempoh itu hingga kini, DAP mentadbir Pulau Pinang.

Wakil rakyat DAP baru-baru ini tewas kepada Warisan, yang meluaskan pangkalannya dari Sabah ke semenanjung.

Walaupun ada ahli Gerakan yang kecewa dan “cenderung” untuk menyertai Warisan, Lau berkata beliau tidak bimbang.

“Saya tidak bimbang (pemimpin atau ahli Gerakan) akan masuk Warisan, saya percaya ahli Gerakan memilih parti berdasarkan nilai utamanya, dan kami masih memegang semangat Anak Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

“Selagi nilai utama parti kami masih wujud, ahli tidak akan tinggalkan Gerakan. Kalau ada yang keluar untuk masuk Warisan, biarlah.”

Koordinator Warisan Pulau Pinang Jeff Ooi yang juga bekas ahli DAP dan Ahli Parlimen Jelutong minggu lalu berkata Warisan ada kelebihan di kira-kira 10 kerusi di Pulau Pinang.

“Kita akan fokus kepada kawasan Melayu. Undi Melayu kini berpecah. Ada Umno, Bersatu, Amanah dan PKR,” kata Ooi.

Lau berkata Gerakan sudah bertapak lama di Pulau Pinang dan tidak akan pernah berputus asa untuk menawan kembali negeri itu.

“Sama ada Warisan akan bertanding pada masa akan datang, dan sama ada Gerakan akan bertanding di 40 kerusi DUN pada PRU akan datang, ia bergantung kepada keadaan,” kata Lau.

Selain Ooi, bekas tokoh DAP lain yang baru menyertai parti Sabah itu ialah bekas exco Pulau Pinang Danny Law dan Adun Teratai di Selangor Bryan Lai. Lai memegang kerusi itu atas tiket DAP dan keluar parti itu tahun lalu untuk menjadi wakil rakyat bebas. – 29 Januari, 2022.

MEDIA MALAYSIA

SENANG DIBACA

AMIN

BILA KERAJAAN

MENAFIKAN TAKDA

ERTINYA ADA

AMIN

BILA KERAJAAN 

KATA

BUKAN MASALAH

ERTINYA ADA

MASALAH

AMIN

BILA GERAKAN

KATA WARISAN

TAK ANCAM

ERTINYA SATU

ANCAMAN

AMIN

KALAU TAKDA

ANCAMAN TAK

PERLU SEBUT

PUKEE RAHAH

 TAK MENGANCAM

KAH KAH KAH

JALAN TEPAT MELAWAN KERAJAAN ZALIM



JALAN TEPAT

MELAWAN KERAJAAN

ZALIM

KHALAS

JANGAN LUPA CARA. MEMBACA BERITA


Fadillah enggan ulas berita ‘tidak boleh dipercayai’

TIMBALAN Perdana Menteri Fadillah Yusof enggan mengulas dakwaan Perikatan Nasional (PN) berhubung rancangan untuk menggulingkan kerajaan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menyifatkan laporan portal terbabit berkenaan perkara itu “tidak boleh dipercayai”.

“Saya tidak akan komen tentang perkara yang tidak boleh dipercayai,” katanya kepada media pada sambutan rumah terbuka Hari Raya di Kuching hari ini.

“Siapa The Vibes? Saya tidak tahu portal itu siapa punya atau adakah ia boleh dipercayai.

“Saya hanya percaya pada media yang established,” katanya.

Memetik sumber, The Vibes melaporkan ada pihak dalam lingkungan politik yang dalam usaha menggulingkan perdana menteri.

Portal itu menamakan Presiden MCA Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Tanjung Piai Wee Jeck Seng sebagai antara 10 ahli Parlimen yang berada dalam kumpulan merangka pelan menggulingkan kerajaan.

Wee menafikan beliau atau MCA terbabit dalam perkara itu dan tidak tahu menahu tentang rancangan berkenaan.

Menyifatkan laporan The Vibes sebagai tidak berasas, Wee turut mendesak portal itu menunjukkan bukti pembabitan beliau dan Jeck Seng.

Fadillah yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata beliau tidak pernah didatangi sesiapa pun berkaitan rancangan itu.

“Tiada yang datang kepada saya. Tiada sesiapa datang kepada kami (Gabungan Parti Sarawak).”

Beliau sekali lagi menekankan gabungan pemerintah empat parti Sarawak itu iaitu GPS, di mana PBB adalah penerajunya, berada teguh dengan matlamat mereka ketika menyertai kerajaan perpaduan diketuai Anwar dan Pakatan Harapan (PH).

Tiga parti komponen lain ialah Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP). – 25 April, 2023.


WOIT

JANGAN SESEKALI

LUPA CARA

MEMBACA BERITA

AMIN

JIKA DI NAFI

JIKA  TAK TAHU

PERKARA ITU

ERTINYA PERKARA

ITU ADA WUJUD

AMIN

NAFI ERTINYA

BENAR BERLAKU

KHALAS

KERAJAAN BELUM STABIL - AKTA IBRAHIM. ALI BELUM DILULUS



Kerana kestabilan politik, ada negeri lengah laksana undang-undang anti lompat parti

BEBERAPA negeri mungkin melengahkan pelaksanaan undang-undang anti lompat parti kerana mereka tidak pasti dengan kestabilan politik di negara ini, kata pakar.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia Mazlan Ali berkata kestabilan politik antara alasan bagi negeri tertentu untuk tidak mempercepatkan proses pelaksanaan undang-undang anti lompat parti.

“Negeri yang masih belum meluluskan undang-undang itu mungkin rasa situasi politik belum stabil di negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata negeri yang berdepan situasi politik rumit juga sukar untuk memahami perkara itu.

“Negeri yang dalam keadaan politik rumit seperti Sabah, sukar untuk mereka buat keputusan,” katanya.

Katanya, undang-undang itu boleh dilaksanakan jika wujud kerajaan negeri yang kukuh di setiap negeri, membolehkan mereka mengikut jejak langkah kerajaan persekutuan.

Setakat ini, Pahang Johor, Melaka, Terengganu dan Sabah antara negeri yang belum mengguna pakai undang-undang anti lompat parti sejak ia dikuatkuasakan di peringkat persekutuan pada 5 Oktober, 2022, selepas diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Pahang dijadualkan membentangkan rang undang-undang itu bulan depan. Baru-baru ini, Kedah meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan negeri untuk melarang lompat parti.

Selain Kedah, Selangor, Penang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Kelantan dan Sarawak sudah menggubal undang-undang untuk mencegah wakil rakyat melompat parti.

Proses birokrasi

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar berkata ada asas perundangan untuk ia dibentangkan di sidang dewan undangan negeri.

“Namun, kelewatan biasanya kerana birokrasi,” katanya.

Merujuk kepada keadaan di Terengganu, beliau berkata kerajaan negeri sedang menunggu arahan daripada parti, bukan disebabkan pengundi.

“Apa yang saya tahu, Terengganu tidak membentangkan undang-undang anti lompat parti.

“Alasan yang diberikan ialah tidak ada keperluan berbuat demikian (dengan andaian wakil rakyat pada masa ini tidak akan lompat parti lain) dan tidak ada arahan daripada kepimpinan pusat PAS,” katanya.  

Tunku Mohar berpendapat kerajaan negeri itu tidak akan meminda undang-undang berkenaan dalam masa terdekat.

“Ia menunjukkan kerajaan negeri menunggu hala tuju daripada kepimpinan pusat parti, dan bukan sebenarnya suara rakyat,” katanya.

Undang-undang anti lompat parti digubal bagi mengelak satu lagi “Langkah Sheraton”, yang membawa kepada keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah hanya 22 bulan selepas gabungan itu menang Pilihan Raya Umum ke-14 yang bersejarah.

Insiden itu menyaksikan sekumpulan besar ahli Parlimen PH keluar parti dan menyertai Bersatu.

Langkah itu dipercayai didalangi bekas ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, yang pada masa itu adalah timbalan presiden PKR.

Susulan itu, perdana menteri pada masa itu, Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan selepas mengumumkan beliau hilang sokongan majoriti.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin kemudian mengambil alih jawatan itu daripada Dr Mahathir, dan kemudian menubuhkan kerajaan perikatan Nasional.

Beliau bagaimanapun meletak jawatan 17 bulan selepas itu. – 26 April, 2023.

SAH KERAJAAN

BELUM STABIL

AMIN

PROJEK RUNTUH

KERJAAN SEDANG

BERJALAN

AMIN

AKTA IBRAHIM ALI

 AKAN HALANG

PROJEK JATUHKAN

KERAJAAN

AMIN

KERANA ITU BANYAK

NEGERI TAK MAHU

PAKAI AKTA

IBRAHIM ALI

KHALAS

BERAYO DONGAN CUCU


BERAYO

DONGAN CUCU

RAMAI CUCU DATANG DARI KLUMPO

NAK NENGOK KAMPONG
NAK NENGOK SUNGAI
NAK NENGOK KOBUN SAYUR
NAK NENGOK KOLAM IKAN 
BELAKANG RUMAH

LOPEH TU KEK TOPI SUNGAI
 NAK MAIN
PELOPAH KELAPO
KAH KAH KAH

KLUMPO TAKDO
MAIN MACAM NI
AMIN

MENABUNG SEKARANG UNTUK MELANCUNG KE BULAN



MULA MENABUNG

SEKARANG

AMIN

10 TAHUN BOLEH

MELANCUNG

 KE BULAN

KHALAS

SERI PADUKA DOLAR



KUASA TUANKU

SERI PADUKA DOLAR

KHALAS

Unknown commented on 
"PUTIN MELAWAT UKRAINE"

Russia nak belasah KO Ukraine ini senang saja, tapi kenapa konflik dipanjangkan, apa sebab apa muslihat dalam seluar kedua negara? Ingat perang satu perniagaan untung luar biasa, bukan saja peluru senjata tapi komoditi barangan naik meledak, kah kah dunia kan bawah naungan Seri Paduka Dollar kah kah kah semua ada kaitan dengan business lah, hairan jugak kuasa besar dunia susah nak tumbang kalahkan Ukraine ya? 

Kah kah kah atau sengaja buat deal belakang, depan buat wayang? Saja tanya kah kah semua boleh atur, main bola atur, main kuda boleh atur, main apa pun boleh atur asal bookie menang kah kah kah, sama jugak casino Judi semua MKT sekalian sama bangsa, kah kah kah awal awal lagi memang kalah dengan sistem penipuan terancang kah kah tapi siapa peduli, siapa kisah, sendiri nak kena kan? Kah kah kah syukur kita masih Selamat amin

CUKONG MASIH KONTROL EKONOMI


CUKONG MASIH

KONTROL EKONOMI

KHALAS

Unknown commented on
 "PROJEK JATUHKAN KERAJAAN"
Cukong cukong ini buat duit sekian lama sejak Merdeka lagi, ada harta ada tanah ada aset ada kereta semua ada atas nama parti atas nama proksi atas nama yayasan atas nama rumah sejahtera, ini cara orang politik seludup sembunyi duit curi, atas nama perniagaan atas nama orang lain kah kah kah semua dah tahu, yayasan akal budi kah yayasan Mahathir kah semua sama, semua guna kah kah 

cukong lagi bijak, semua labur dalam bangunan aset tetap kah kah bijak sekali, kah kah siapa jadi ketua parti ada kunci bank parti kah kah kah cukong buat bodoh bila nak jadi bijak kah kah kah berlakon macam suci murni selama ini kah kah sama saja woit tak percaya manusia bertaraf politikus amin

HARI RAYA KE LIMA



RAYA KE LIMA

RABU 26/4/2023
KITA MASIH MERAYAKAN
HARI KE LIMA  RAYA

PETANG KELMARIN
GUA BERAYA DI DENGKIL
RUMAH KENALAN LAMA
DARI TIM LOYAR BURUK
BERHENTI DI PEKAN DENGKIL
UNTUK PERTAMA KALI
PEKAN KECIL YANG MENARIK

DI KL 
GUA DI FAHAMKAN HUJAN LEBAT
DI DENGKIL HANYA RENYAI
BERJALAN PULANG
SEMUA DAH KERING

KELANTAN
 PANAS
AIR TEH TARIK KURANG
BUAT SEMBAHYANG HAJAT
MINTA HUJAN TURUN
KAH KAH KAH

PULAU PINANG
PANAS
AIR KURANG
MAKA DI BUAT HUJAN
MELALUI PEMBENIHAN AWAN
TAK PERLU SEMBAHYANG HAJAT
AMIN

AMERIKA
BIDEN UMUM SECARA RESMI
NAK TANDING SEKALI LAGI
PUNGUTAN SUARA BUKTI
BIDEN TAK POPULAR
BIDEN DI TOLAK PENGUNDI

AMERIKA
TRUMP KENA SAMAN LAGI
KES SAMAN MALU

SAMAN DAN DAKWAAN TRUMP INI
SEMUANYA UNTUK MEMASTIKAN
BIDEN MENANG

HAKIKATNYA
KALAU BIDEN  CALON DEMOKRAT
KALAU TRUMP  CALON REPUBLIKAN
TRUMP AKAN MENANG
SUASANA GELOMBANG KANAN
AKAN MENYOKONG MAGA
MAKE AMERICA GREAT AGAIAN

SUDAN
PERJANJIAN LETAK SENJATA
UNTUK SEMENTARA BERJAYA
INI UNTUK MEMBOLEHKAN
ORANG RAMAI PERGI KEDAI
TANAM MAYAT YANG MATI
BAWA KE HOSPITAL YANG CEDERA

GUA  BERTANYA 
KALAU BOLEH BERHENTI 
UNTUK SEMENTARA
KENAPA TAK TAMATKAN PERANG
AMIN


HOKKIEN
INDAH CERAH SEGAR BASAH
LANGIT BIRU
MATA AHRI  DAH KELUAR
CAHAYA MANJA LEMAH
TAPI BOLEH DILIHAT
BAYANG BAYANG TAK TAK  & EZI

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI INI
KITA MASIH BERAYA

BRO
BILA MELIHAT PADI
INGAT PADI DI LADANG
KETIKA LEMANG JADI REZEKI
JANGAN LUPA BUDI ORANG

BRO
BILA LU KERAT JANTUNG
JANGAN  SAMPAI TERLUKA JARI
BILA LU DAPAT UNTUNG
LU JANGAN LUPA DIRI

BRO
BILA LU BELI IKAN
BELI IKAN YANG SEGAR
BILA LU  MENCARI MAKAN
CARI MAKAN YANG BENAR
AMIN

SELAMAT BERAYA