Selasa, 8 November 2022

UKRAINE WAJIB CARI JALAN DAMAI


UKRAINE 

WAJIB

CARI JALAN DAMAI

AMIN

KHALAS

MUHYIDIN LEBIH POPULAR DARI ANWAR DAN MAIL



Muhyiddin paling dipercayai

 berbanding Anwar,

 Ismail, menurut tinjauan

Calon perdana menteri Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berada di kedudukan teratas sebagai tokoh yang paling dipercayai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), berbanding calon lain termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, menurut tinjauan sentimen masyarakat oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tinjauan Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CetMA) UUM itu dijalankan bermula 6 September hingga 5 November terhadap 2,716 responden mendapati Muhyiddin mendapat 20%, diikuti Anwar (19.2%) sebagai tokoh yang paling dipercayai.

Muhyiddin menerajui pentadbiran Putrajaya pada Mac 2021 ketika pandemik Covid-19 melanda negara, memaksa beliau melakukan beberapa langkah untuk membendung virus itu termasuk sekatan pergerakan dan pengagihan berbilion ringgit kepada orang ramai yang terjejas.

Beliau menjadi perdana menteri selama kira-kira 17 bulan, sebelum terpaksa berundur pada Ogos 2021 selepas mendapat tekanan daripada sekumpulan pemimpin Umno yang bersekutu dengan Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Sementara itu, tinjauan mendapati perdana menteri semasa Ismail, yang merupakan calon perdana menteri Barisan Nasional (BN) hanya menerima 9.5% kurang dari Pengerusi Gerakan Tanah Air Dr Mahathir Mohamad (10.2%) dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang (10.3%).

Berhubung faktor yang menjadi pilihan pengundi ketika membuang undi, sebanyak 36.9% responden berkata parti politik menjadi faktor utama sementara faktor manifesto dan isu di kedudukan kedua (34.3%) dan faktor calon di tempat ketiga sebanyak 28.8%.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai parti paling sesuai memerintah Malaysia ketika ini, Umno berada di kedudukan tertinggi mendapat penerimaan sebanyak 32.7%, sementara PKR di tangga kedua sebanyak 26.1% sementara Bersatu sebanyak 15%.

PAS menerima 17.9% sementara DAP hanya menerima 6.9% kurang dari Amanah yang menerima 8.7%.

Ketika ditanya mengenai persepsi terhadap senario politik negara 34.7% responden berkata politik dalam negara tidak stabil, sementara 21.7% lagi berkata sukar dijangka.

Sebanyak 16.12% responden berkata senario politik ketika ini kompleks dan 16.1% lagi berkata mengelirukan.

Ketika ditanya siapakah pimpinan muda masa hadapan negara, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berada di kedudukan tertinggi mendapat 24.9% penerimaan daripada responden sementara Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli di tangga kedua sebanyak 15.7% dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di tempat ketiga sebanyak 15.2%.

Berhubung perkara atau isu yang perlu menjadi keutamaan parti politik dalam PRU15, 45.1% responden berkata kos sara hidup  sementara keadaan ekonomi sebanyak 37.2%.

Hanya 5.3% berkata pekerjaan anak muda sebagai keutamaan dan 4.4% memilih sukan dan rekreasi. 

Dalam pada itu, 49.2% setuju supaya lebih ramai wanita harus diketengahkan sebagai calon dalam PRU15, sementara 29.7% tidak setuju dan 21.1% lagi tidak pasti.

Demografi responden dalam tinjauan yang terdiri sebahagian besarnya dari Melayu sebanyak 2,344 responden, Cina (122), India (77) lain-lain Bumiputera (134) dan lain-lain (39) itu turut ditanya mengenai hubungan kaum di Malaysia di mana 52.3% berkata hubungan kaum berjalan dengan baik sementara 31.6% berkata tidak baik dan 16.1% lagi tidak pasti.



WOIT

ABAH COW

NAK JADI PM

SEKALI LAGI

KAH KAH KAH

BOLEH KE ?

MAMPU KE ?

KAH  KAH KAH

DULU NASIB

KURANG BAIK

ADA MAT KOBID

KAH KAH KAH

HINGGA JADI

KERAJAAN GAGAL

KAH KAH KAH

AMIN

BEBASKAN GANJA DARI BAGINDA QUEEN


Selepas pendedahan, kedai ganja dalam talian minta pelanggan buat video pengesahan


Pengedar yang menjual ganja melalui kumpulan aplikasi Telegram mula menambah terma dan syarat jualan dengan meminta pelanggan untuk membuat pengesahan diri dengan menghantar video mereka melakukan aktiviti menghisap dadah.

"Sahkan diri sekarang dan terus kekal dalam kumpulan ini, terus berhubung dengan GG dan anda akan menerima tawaran eksklusif!" kata peniaga itu dalam mesej yang dihantar kepada kira-kira 2,100 pelanggan.

Antara tawaran selepas pengesahan diri dibuat termasuk "1g ganja percuma dalam pesanan anda selepas ini”, keahlian dalam “saluran/kumpulan yang eksklusif bagi keselamatan maksimum dan faedah-faedah lain“, "promosi" dan "banyak lagi".

“Bina kepercayaan antara satu sama lain sebelum sebarang urusan!” tambah pentadbir kumpulan itu. 

“Segera sahkan diri anda dan dapatkan kepercayaan sebelum berurusan!"

Pentadbir kumpulan itu juga turut memuat naik video contoh yang menunjukkan kepada pelanggan cara untuk ”mengesahkan" diri mereka.

MalaysiaNow sedang mendapatkan maklum balas daripada polis dan AmBank, di mana perkhidmatan kedai itu menjalankan urus niaganya.

Sebelum ini, MalaysiaNow melaporkan pengedar dan penjual dadah mula memanfaatkan platform dan aplikasi dalam talian seperti Telegram dan Instagram untuk menjual barangan terlarang.

Semakan terhadap satu kumpulan sedemikian mendapati diskaun dan testimoni pengguna dikongsi hampir setiap hari dalam kumpulan tersebut.

Pelanggan kemudian akan menghubungi akaun pentadbir melalui mesej peribadi.

Walaupun terdapat perbahasan mengenai usaha menghalalkan ganja bagi tujuan perubatan, Malaysia masih mempunyai undang-undang tegas mengenai bahan tersebut.

Sesiapa yang didapati memiliki 200gm ganja boleh dianggap sebagai melakukan jenayah mengedar dadah dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori, sementara mereka yang memiliki 50gm atau kurang boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun.

MASA DAH

SAMPAI

GANJA WAJIB

BEBAS DARI

UNDANG2

BAGINDA QUEEN

AMIN

GANJA UNTUK

PERUBATAN

AMIN

GANJA UNTUK

REKREASI

AMIN

GANJA ADALAH

TANAMAN BUKAN

KIMIA BAHAYA

KHALAS

SAPA DIBELAKANG UNDI ROSAK


Anwar kecam gerakan tidak galak rakyat mengundi


ANWAR Ibrahim menyelar pihak di sebalik “Parti Aku Malas Undi”, sebagai tidak bertanggungjawab terhadap usaha mereka untuk tidak menggalakkan pengundi muda keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketika ditanya pemberita hari ini mengenai gerakan itu, beliau juga berkata usaha itu adalah cubaan “menghalang kemajuan orang Melayu”.

“(Ia) satu tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana ia bermakna (mereka) menafikan hak (seseorang) untuk menentukan hala tuju negara.”

Anwar berkata jika orang ramai tidak mengundi, maka mereka hanya mengorbankan kepentingan mereka kerana tidak memilih individu yang akan mengurus dan bertanggungjawab terhadap masa depan mereka.

“Sama ada anda mengundi atau tidak, dasar itu akan memberi kesan kepada anda, ibu bapa dan anak-anak anda. Oleh itu, penting untuk anda menggunakan hak anda,” kata Anwar, yang akan bertanding di kerusi Parlimen Tambun. – 8 November, 2022.

INI KEMPEN

POTONG STIM

KAH KAH KAH

GEAR DAH

MASUK 

MINYAK ITAM

DAH GANTI

TUP TUP

TAYAR BOCOR

KAH KAH KAH

SAPA PUNYA

KERJA ?

KAH KAH KAH

AMIN

DASAR DASAR - ORANG RAMAI NAK TAHU


Kempen PRU15 pertembungan logo, bukan ego

KHEMAH yang terlindung dengan deretan bendera mula dipenuhi orang ramai sewaktu ucapan bermula di acara disebut ceramah mega di Tanjung Karang malam tadi.

Kalangan hadirin itu antaranya terdiri dari golongan tua berseluar pendek, ada yang memakai kain pelikat dan golongan muda dengan jeans manakala golongan wanita sama ada berbaju kurung dan bertudung atau berbaju T dengan seluar.

Kebanyakannya memakai pelitup muka yang mengingatkan negara masih diselubungi pandemik.

Hanya 200 kerusi disusun di hadapan beberapa pembesar suara. Suasana ini jauh berbeza dengan acara dihadiri ribuan orang yang mahu mendengar rencana menukar kerajaan pada 2018.

Pada waktu itu, pemidang besar yang tertera gambar Najib Razak atau Dr Mahathir Mohamad dapat dilihat di mana-mana dan poster calon – baharu atau lama – memenuhi ruangan.

Najib kini dipenjara, Dr Mahathir masih bertahan pada usia 97 tahun di kerusi Langkawi untuk perjuangan politiknya yang belum selesai.

Di Tanjung Karang, seorang guru bernama Siti Rahayu Baharin atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Rahayu dari Muda mahu menentang orang kuat Umno Noh Omar, tapi penyandang kerusi itu digugurkan selepas enam penggal.

Pekan kecil dengan kampung nelayan, kebun kelapa sawit dan bendang padi itu menyaksikan pertarungan lima penjuru bagi merebut sokongan 62,194 pengundi, dan Cikgu Rahayu salah satu darinya.

Tiada poster dengan gambar beliau atau pencabar lain dapat dilihat di sepanjang jalan menuju ke pekan Tanjung Karang. Hanya bendera parti.

Pegawai kempennya berkata dana terhad tetapi lebih penting lagi, logo tersebut untuk mengingatkan pengundi untuk memilih beliau di antara calon lain pada hari pengundian 19 November.

Apa pun, Cikgu Rahayu mula berkempen sejak selepas Parlimen dibubarkan pada awal Oktober memandangkan ia salah satu dari enam kerusi persekutuan ditandingi Muda bawah gabungan Pakatan Harapan (PH).

Seluruh pasukan Muda Selangor bekerja keras dalam kempen pertama di negeri paling kaya di Malaysia itu.

Kebanyakannya warga urban yang meninggalkan dunia TikTok untuk bertemu pengundi yang sudah biasa dengan Noh, orang tempatan di situ sejak 1995 sewaktu Cikgu Rahayu masih di sekolah.

Mereka memerlukan ceramah untuk menyampaikan mesej di satu-satunya kerusi ditandingi di Selangor, dan ini bermakna Presiden Muda Syed Saddiq Abdul Rahman perlu hadir bersama pemimpin lain.

Mereka perlu menyokong Cikgu Rahayu yang biasa mendidik golongan tak berumah dan juga kanak-kanak pelarian berbanding berceramah di hadapan orang dewasa.

Beberapa ucapan mendahului di pentas ceramah terletak hanya satu kilometer dari hospital daerah baharu yang disiapkan sewaktu pentadbiran PH dari 2018 hingga 2020.

Antaranya, penyandang kerusi Segambut Hannah Yeoh yang mengenali Cikgu Rahayu sewaktu menjadi timbalan menteri.

Isi utama keseluruhan ceramah itu disimpulkan Syed Saddiq yang menyebut isu pendidikan dan ekonomi.

Anak didik Dr Mahathir itu yang bercakap laju dan sedikit pelat menyentuh isu semasa dengan bahasa mudah dan menyeru Cikgu Rahayu dipilih ke Parlimen.

Rakyat Malaysia memerlukan pendidikan lebih baik, katanya. Ibu bapa mereka memerlukan pendapatan lebih baik, tambahnya.

Dan hanya kerajaan PH mampu melakukannya untuk Malaysia, kata Syed Saddiq.

Pengundi di Tanjung Karang dan di kawasan lain di Malaysia perlu mengambil kira perkara ini untuk tempoh 11 hari akan datang sebelum memilih wakil mereka untuk lima tahun akan datang. – 8 November, 2022.
 

DASAR DASAR

INI YG NAK

DIDENGAR

AMIN

HARGA BARANG

NAIK APA

DASAR AKAN

DILAKUKAN

AMIN

KHALAS

CONTOHI CHINA MENANAM POKOK

 



CONTOHI

CHINA MENANAM

POKOK

AMIN

KHALAS

EKONONOMI DUNIA MELESET


TAHUN DEPAN

EKONOMI AKAN

MELESET

AMIN

BUKAN HANYA

DI MALAYSIA TAPI

SELURUH DUNIA

KHALAS

hamim commented on 
"TAHUN DEPAN HARGA 
AKAN NAIK LAGI"
Yesterday
TT, tahun depan harga barang akan naik, jika parti BN (Barang Naik) dapat mejoriti DAN menubuhkan Kera jaan rasanya GST (Gasak Sampai Tumpo) akan dilaksanakan semula, tunggu dan lihat, jika GST dikenakan semula rakyat akan menanggung beban kenaikan harga barangan, dari itu pengundi kena pastikan parti Barang Naik tidak memenangi PR 15.

ZAHID BIJAK MERANCANG



ZAHID BIJAK

MERANCANG

AMIN

KHALAS

hamim commented on
 "SATU MUSUH 
ZAHID TERLEPAS"

Apakah KJ pasti Zahid tidak berminat untuk jadi PM?, Lihatlah apa yang telah dilakukan oleh Zahid melalui pemilihan dan perlantikan calun calun dari UMNO untuk PRU15 , dia berkuasa menandatangani watikah untuk perlantikan calun dia menggunakan kuasanya sepenuhnya, apakah jika sebagai Presiden parti yang memenangi PRU dia tidak mahu mengambil kesempatan untuk jadi PM, apakah dia tidak akan menggunakan kuasanya sekali lagi? Tunggu dan lihat....

CONTOH TERBAIK MELAWAN PEMANASAN DUNIA

 


CONTOH TERBAIK

MELAWAN

PEMANASAN DUNIA

DARI AFRIKA

AMIN

KHALAS

PILIHAN RAYA FEUDAL DAN MODENITI


PILIHAN RAYA 

 FEUDAL DAN MODENITI


Saya yakin ketika Zahid Hamidi meninggalkan Universiti Malaya dan menjadi ahli parti United Malays National Organisation dia  tidak ada niat untuk terlibat dalam rasuah.  Melibatkan diri dalam rasuah bukan niat dan cita cita Zahid.

Ketika Najib mengambil alih kerusi Parlimen Pekan sesudah ayahanda Tun Razak meninggal dunia Najib  juga tidak ada niat untuk terlibat dalam rasuah.


Malah pada hemat saya semua calon dari semua parti politik dan bakal YB yang kali pertama bertanding tidak memasang niat untuk terlibat dalam rasuah.

Semua memiliki idealisme untuk membantu rakyat. Untuk memperbaiki negara.  Bersemangat berjuang untuk nusa dan bangsa.

Jika dari awal tidak ada niat rasuah kenapa pada ketika ini kita lihat hampir  semua parti politik wujud sosok-sosok  yang dikenali sebagai Kluster Mahkamah.

Najib dan Zahid masih dalam perbicaraan. Azeez  Rahim kes tergantung. Bung Mokhtar kes masih belum selesai. Mereka ini contoh terbaik  Kluster Mahkamah dari United Malays National Organisation.

Lim Guan Eng  dari DAP terlibat sama . Awalnya kes beli rumah dan kini masih berhadapan dengan  kes terowong.

 Haji Hadi  dari parti Islam terlibat dengan kes duit 90 juta  ringgit.  Kes ini bocor dan di lapur oleh portal berita Sarawak Report. Kes ini menjadi kes besar hingga dibawa ke mahkamah di London. 

Manakala Amanah dengan kes bekas Setiausaha Politik  kepada Presiden Parti Amanah - Saudara Mat Sabu. Ini kes keterlibatan dalam mengambil dana politik.

Malah Syed Sadiq  dari  parti politik MUDA – parti politik baru dan  muda – juga terlibat. Syed  Sadiq sendiri masih muda baru setahun jagung dalam politik  akan dihadapkan ke mahkamah kerana kes dana parti masuk akaun peribadi.

Hakikatnya semua parti politik ini ada wakil yang menjadi ahli  Kluster Mahkamah.

Kenapa para YB yang mewakili parti politik terlibat dalam rasuah. Malah parti yang menyebar perintah  Allah seperti Parti Islam PAS juga terlibat dalam kes rasuah.  

Apakah mereka tidak ada pegangan agama ? Tidak tahu salah dan benar ? Apakan kompas moral  mereka telah mandul.

Saya dari mazhab yang tidak percaya bahawa agama sahaja dapat membanteras  aktiviti rasuah ini.  

Hujah saya amat mudah. Ancaman dibakar oleh api neraka yang diajukan oleh Islam  telah gagal menghalang rasuah. Malah janji untuk mendapat Bidadari bermata jeli terbukti telah gagal  sama. 

Janji molek-molek dan ancaman ganas  dari ajaran agama jelas telah gagal menghalang rasuah.

Justeru pada hemat saya pasti  ada perkara yang lain dari ancaman neraka atau janji syurga yang dapat menghalang rasuah.

Saya berani berkata demikian kerana di negara seperti Sweden, Denmark atau Finland – para politikus dari negara ini amat jarang kita  baca dalam media dunia yang mereka terlibat dalam  rasuah.

Politikus dari negara-negara Nordic ini ramai  yang tidak beragama. Mereka tidak percaya dengan wujudnya Allah dan Tuhan. Mereka minum arak, makan babi, mengamalkan hubungan sex tanpa kahwin dan merayakan perkahwinan sesama jantina.

Seyogia diingati  mereka rata-rata tidak terlibat dalam rasuah. 

Justeru ini membuktikan agama telah gagal membanteras  rasuah seperti di Malaysia atau Indonesia atau Pakistan atau Bangladesh. Ada diantara negara ini yang kelim negara Islam. Saban hari  Ustaz dan Mullah tidak henti-henti mengancam dibakar umat dengan api neraka dan menjanjikan Bidadari di syurga.

Untuk saya yang melorongkan Zahid, Najib, Aziz , Hadi , Syed Sadiq atau Lim Guan  Eng  ke dalam kancah rasuah adalah struktur politik mengundi atau electoral politic.

Jangan silap faham saya bukan menghalalkan kerja rasuah dari para politikus ini. Saya bukan meminta maaf bagi pihak  mereka.  Rasuah tetap rasuah. Rasuah tetap salah.

Apa yang saya cuba lakukan ialah membuka satu jalur analisa untuk kita bersama memahami  bagaimana budaya rasuah wujud  berkembang dalam badan politik kita.

Untuk saya struktur  politik mengundi yang wujud  dan yang kita guna pakai hari ini memainkan peranan yang amat penting untuk menjana rasuah.

Semenjak tahun 1955 United Malays National Organistion telah menghempapkan kepada kita semua budaya politik  mengundi yang disira dengan rasuah.

Politik pengundian ini bukan asal dari Tanah Melayu. Konsep Parlimen, Raja Berperlembagaan, Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini di hempapkan kepada kita oleh kuasa kolonial Inggeris.

Kerana politik mengundi bukan tanaman asli maka ianya  tumbuh  tempang. 

Politik mengundi – electoral politic – ini berkahwin pula dengan budaya feudal Melayu.   Budaya feudal Melayu ini betul-betul menjadi baja yang menyuburkan rasuah politik dan politik wang.

Ketika United Malays National Organisation menerima sistem pengundian dari Inggeris para protagonis ketika itu tidak tahu hujung pangkal tentang peranan Parlimen dan tugas  para YB. 

Landasan yang wujud pada ketika itu adalah sistem feudal yang telah wujud beratus tahun dalam alam Melayu. Sistem feudal melantik perwakilan dan ketua  telah mantap, teratur, terurus  dan stabil.

Apabila  politik mengundi a la Westminster  London  diguna pakai maka ianya berlandaskan sistem feudal Melayu.

Justeru Para YB dalam lembaga  Parlimen yang moden kini berlagak sebagai pemimpin feudal yang baru. Berlagak sebagai panglima yang bergelar  YB.

 Manakala YB yang menjadi Menteri pula membaca dirinya setaraf seperti Tun Perak. Yang menjadi Menteri Wilayah menganggap dirinya sebagai Datuk Bandar Seri Maharaja.

Anugerah pingat dan derajat  kebesaran seperti Datuk dan Datuk Seri meyakinkan lagi  para YB ini bahawa mereka ada lah panglima bukan ahli Parlimen. 

Justeru para YB kita gagal memahami apa tugas utama mereka.

Tugas YB dalam Parlimen ialah membuat undang-undang dan melakar dasar untuk negara. Perkara ini  tidak diajar oleh kolonial Inggeris masak-masak.

Para YB  telah di bawa melawat  Parlimen di London, masuk ke bangunan Parlimen di Canberra atau di German.   Kerana sudah masuk ke dalam bangunan beberapa buah Parlimen maka para YB dari Malaysia merasa mereka sah dan sahih sebagai ahli Parlimen seperti di Westminster.

Tugas hakiki para YB membaca semua akta, meneliti semua cadangan bil, mengkaji buruk baik akta atau hukum yang ingin diperkenalkan telah mereka abaikan. Melupus hukum yang telah tidak masuk akal untuk terus diguna pakai tidak terlintas dalam kepala mereka.

Kerana gagal memahami tugas YB sebagai pembuat undang-undang – law maker – maka para YB kita kembali merujuk ke budaya feudal yang sedia wujud.

Struktur budaya feudal ini mendorong mereka untuk hadir di kenduri kahwin. Ziarah waktu kematian. Datang ke kenduri lenggang perut.

Bila raya sampai ada mengadakan jamuan Hari Raya. Wajib dilihat  berulang alik ke masjid.  Kalau boleh telah juga ke Mekah. YB Melayu Islam tidak lupa ketayap untuk berzikir dan berzakar. 

Sebenarnya semua ini bukan tugas pembuat undang-undang dalam konteks politik moden.

Bayangkan jamuan Hari Raya – bukan untuk  sepuluh lima belas orang. Yang dijamu beribu-ribu. Ini samalah seperti Raja mengadakan kenduri kahwin puterinya:

Yang capek datang berengsot
Yang kurap mengipas badan
Lembu disembelih darah menganak sungai
Kepala kambing  tinggi membukit
Kerak nasi membusut jantan
Semua datang makan kenduri.

Jika Hari Raya Haji para YB wajib menghadiah lembu  korban. Bukan seekor bukan dua ekor. Berpuluh-puluh untuk  setiap masjid dalam kawasan Parlimen.

Mana duit nak di cekau ?

Woit – sila bayangkan ketika  anak YB berkahwin.  Semua Tun dan Tan Seri menjadi tamu.  Segala saudagar yang kecil dan yang besar di jemput sama.

Apakah kita lupa kenduri anak Najib dan anak Azmin berjalan dalam sebuah  hotel mewah dalam kota Kuala Lumpur. 

Dari mana nak cekau duit.

Di sinilah punca rasuah. 

Para YB  ini mentakrif hadir dalam  kenduri kendara sebagai  tanda YB yang berkhidmat untuk rakyat.  

Untuk YB Melayu Islam bukan hanya diri sendiri wajib dilihat berulang alik ke Mekah. Malah wajib juga  memberi tajaan Si Anu dan Si Anu ke umrah. Ini akan dilihat sebagai YB yang berkhidmat.

Tidak cukup dengan kenduri kendara atau tajaan umrah para  YB juga akan mengadakan pertandingan futsal untuk bakal pengundi muda. Untuk meramaikan keramaian dipastikan ada cabutan bertuah dalam  pertandingan futsal ini. Motosikal sebagai hadiah.

Mana duit  nak di cekau beli motosikal?

Dari sini punca rasuah.

Cara duit rasuah  masuk amat senang. Lagi mudah. Kes Akalbudi Zahid Hamidi memberi kita ilmu pengetahuan tentang bagaimana duit rasuah masuk. 

Saya agak hampir semua menteri kabinet telah mendirikan Yayasan.

 Zahid dengan Yayasan Akalbudi. Anwar Ibrahim dengan Yayasan Aman. Shahidan dengan  Yayasan Pok dan Kassim. Najib dengan Yayasan Noah. Mail Bera ada Yayasan nama  emaknya.

‘Towkay... sila masukan duit itu ke dalam Yayasan... hantarkan secara resmi ke dalam Yayasan.... masukkan cek itu ke dalam Yayasan....’ Ini ucapan lumrah dari para YB.

Duit rasuah masuk. Yang menjadi pendinding ialah Yayasan.  Ini kerana Towkay dan Cukong yang ingin memberi derma semuanya  membuat kebajikan menderma  melalui Yayasan. Tidak ada rasuah disini. Duit dan  dana diterima untuk kebajikan.  Khalas. 

Semua kosher. Semua  halal. Semua legit.  Semua mengikut  lunas undang-undang Khalas.

Woit ! Apabila  Mahathir naik jet peribadi ke Langkawi sapa bayar ? Apabila  Anwar Ibrahim naik jet berceramah ke Alor Setar dia naik jet siapa? Apabila Nurul berkempen di Sarawak Nurul  diterbangkan oleh jet peribadi siapa?

Apabila Mat Sabu membuat jamuan berbuka puasa pada tahun  2018 di Hotel Hilton Petqaling Jaya siapa yang bayar?

Apabila Mail Bera  bawa beberapa  ketua bahagian United Malays National Organisation   bercanda-canda ke New York naik jet  jenis apa dan jet milik siapa?

Mana YB nak cekau  duit nak beli jet.

Dari sini rasuah masuk.

Para Towkay dan Cukong yang memberi dana untuk Yayasan ini adalah pelaburan Orang kaya yang meminjamkan jet peribadi itu juga sedang melabur.

Duit untuk jamuan Berbuka Puasa, jamuan Hari Raya, lembu untuk korban Hari Raya Haji, kenduri anak YB kahwin,  hadiah motosikal untuk futsal semuanya datang dari Towkay dan Cukong.

Ada Towkay  kecil yang hanya melabur hadiah futsal.  Ada Orang Kaya Melayu yang menaja lembu korban.  Ada Melayu kaya yang membeli tiket umrah.

Semua ini pelaburan.

Bila pelaburan ini akan masak untuk dituai?

Menuai pelaburan bermula apabila  YB menang  undi dalam struktur politik undi. YB kini masuk parlimen. Di Dewan Negeri jadi Exco amat dihargai. Terutama yang menjaga lesen. Jika  jadi MB lagi molek.  Kuas untuk sebuah negeri.

Kalau  jadi Menteri lagi cun. Masa menuai telah sampai.

 Apa yang akan dituai oleh Towkay, Cukong Taikun dan Orang Kaya?

Apa pula peranan Pak Cik dan Mak Cik FELDA yang dapat pergi umrah percuma. Apa peranan orang kampung dapat daging korban ketika Hari Raya Haji.  Umrah ini dan daging ini haram ke halal? Jawabnya tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT.COM
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/410448



AMARAN HUJAN !!!


Amaran hujan berterusan di 4 negeri


Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor bermula esok hingga Jumaat ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata kawasan terlibat adalah seluruh Kelantan dan Terengganu, manakala di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor membabitkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Penumpuan angin timur laut dijangka berpotensi membawa hujan lebat dan angin kencang yang boleh menyebabkan banjir di kawasan berkedudukan rendah di kawasan terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.


KESAN CUACA

MAKIN BERUBAH

TELAH JELAS

AMIN

DUNIA MAKIN

PANAS

AMIN

JIKA KITA SEMUA

TIDAK UBAH

GAYA HIDUP 

KITA SEMUA 

AKAN LUNGKUP

AMIN

KHALAS