MUZIUM JOHN LENNON
nota:di muzium john lennon saitama tokyo
muzium ini telah di buka
pada oktober 9 tahun 2000
dan ditutup kelmarin
ini satelah 10 tahun dibuka
selama 10 tahun 610,000 telah
datang melawat termasuk tt.JOHN LENNON (9 October 1940 – 8 December 1980) john hari ini kalau kau masih hidup umur kau 70 tahun
john hari ini anak anak muda masih memutar suara mu
john hari ini jika kalau kau masih hidup kau akan baca apa yang ditulis oleh fbi dan cia tentang dirimu.
john lennon kau anak muda dari kelas buruh
dilahirkan di wilayah buruh
setia kau adalah setiakawan kaum buruh
lalu kau memetik gitar
lalu kau berdansa beromba bercha cha
lihat lah apa terjadi
musik dan bunyi petikan gitar kau telah merobah dunia
suara kau telah mengoncangkan kuasa imperial anglo amerika
kau membawa anak anak muda turun ke jalan
kau membawa anak anak muda berani berjuang
kau menetang perang vietam
kau menentang kapitalisma
kau menentang kezaliman
kerana itu kau perlu di bunuh
kerana itu riwayat kau perlu di tamatkan
kerana itu kau di tembak mati
dari liverpool ke lima
dari london ke lipis
dari paris ke paraguay
dari hamburg ke hungary
dari dublin ke dubai
dari bombay ke baghdad
dari new york ke nairobi
kau adalah nabi untuk anak anak muda
kau tidak mati dihati mereka
john kaulah sang berani
kau merobah hati dan naluri anak muda
putarkan sekali lagi lagu itu
putar kan sayang
dengarkan gesekan suara
kau bayangkan betapa indahnya dunia ini
bayangkan dunia tanpa sempadan
bayangkan dunia tanpa negara
bayangkan dunia tanpa neraka
bayangkan dunia tanpa syurga
bayangkan dunia tanpa bangsa bangsa
bayangkan dunia tanpa merebut harta pesaka
bayangkan dunia tanpa warna kulit
bayangkan dunia tanpa wang ringgit
bayangkan dunia tanpa agama
betapa amannya dunia ini
betapa hilang lenyapnya perang
betapa indahnya hidup ini
john kau bukan sang mimpi
kau adalah nabi
yang merobah dunia ini
sesudah kau pergi
dunia silih berganti
tapi suara dan petikan gitar mu
tidak mati mati
mengikut kata khairil anwar
kau akan hidup untuk seribu tahun lagi
ah! putarkan sekali lagi lagu itu
putarkan sayang
biar aku meneruskan sirahnya!
UCAPAN SETIAKAWAN DARI LEBAI GOOGLE !