Menteri Besar Pahang  Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya.
  
Katanya sebagai parti demokratik dan bersifat inklusif, apa saja jawatan dalam parti perlu melalui proses pertandingan.
  
"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini.

   TERAJANG
NAJIB SEKARANG