Isnin, 15 Mei 2023

KEPUTUSAN PRU TURKI


WARGA TURKI

AKAN MENGUNDI

SEKALI LAGI

AMIN

KONSEP TAK PERLU DIMONOPOLI


Kerajaan dikecam tarik balik rayuan kes kalimah Allah

KERAJAAN perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim didakwa sebagai kerajaan melampau dan biadap apabila menarik balik rayuan kes membabitkan penggunaan kalimah Allah oleh seorang wanita Kristian Sarawak Jill Ireland, kata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Setiausaha Agung Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Mohd Aswanizam Alias mendakwa tindakan itu juga menunjukkan ahli Parlimen Islam yang mendukung kerajaan hari ini gagal mempertahankan agama.

“Kami yang mewakili lebih 70 gabungan NGO dan NGO-NGO Islam, ingin menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan kerajaan yang menarik balik rayuan terhadap kes kalimah Allah di mahkamah.

“Tindakan unilateral kerajaan madani di bawah perdana menteri ke-10 ialah satu tindakan yang boleh dianggap melampau, tidak menghormati Institusi-Institusi yang lebih tinggi dari cabang eksekutif negara dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak baik dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

NGO itu turut menggesa agar semua ahli Parlimen sama ada pihak pembangkang mahupun kerajaan agar mendesak perkara itu ditarik balik.

“Pembela menggesa ahli-ahli Parlimen Islam yang bermaruah di dalam kerajaan dan pembangkang untuk memberi tekanan yang wajar supaya tindakan unilateral yang tidak menghormati agama Islam, Perlembagaan dan Institusi yang telah bersumpah dan dipertanggungjawabkan untuk memeliharanya pada semua masa, ditarik balik,” katanya.

Pembela juga mendakwa kerajaan mengambil tindakan itu tanpa merujuk dan berunding dengan pemegang taruh utama berkenaan isu melibatkan Islam seperti iaitu Majlis Raja-Raja dan Majlis Agama Islam Negeri.

“Kegagalan untuk ahli-ahli Parlimen Islam menggesa Anwar mengarahkan penarikan balik pembatalan rayuan itu, harus dianggap sebagai kegagalan utama mereka dalam mempertahankan agama negara. 

“Ia harus disusuli dengan tindakan-tindakan wajar sebagaimana yang harus dilakukan pihak yang gagal menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan,” tegas pertubuhan itu.

Sehubungan itu, Pembela katanya akan menggerakkan bantahan di peringkat NGO dan rakyat dan Anwar harus mengarahkan agar Peguam Negara untuk menarik balik pembatalan rayuan kes kalimah Allah berkenaan.

Kerajaan dilaporkan tidak meneruskan rayuan kes tersebut dengan notis untuk tidak meneruskan kes itu difailkan di Mahkamah Rayuan pada 18 April lepas.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan pada 15 Mac lepas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Tiga perkataan lain adalah Solat, Baitullah, dan Kaabah.

Hakim Nor Bee Nor Bee berkata, arahan oleh KDN pada 1986 untuk tidak membenarkan penggunaan empat perkataan itu menyalahi undang-undang dan tidak rasional.

Tindakan kerajaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu turut dikecam Badan Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Presidennya Zainul Rijal Abu Bakar dalam satu kenyataan hari ini menuntut kerajaan memberi penjelasan penuh atas tindakan tersebut.

“Atas tindakan dan arahan kerajaan ini, penjelasan penuh perlu diberikan berkaitan dengan tindakan ini dan kenapa terdapat perbezaan tindakan yang tidak dimaklumkan kepada masyarakat Islam juga. 

“Kami juga memohon penjelasan sama ada Majlis-Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kedah yang telah diberikan hak oleh mahkamah menjadi amicus curae (sahabat mahkamah) dalam kes ini dirujuk sebelum sebarang tindakan diambil oleh kerajaan?” soalnya.

Zainul Rijal berkata keputusan kerajaan itu juga bercanggah dengan undang-undang negeri Selangor, yang menghalang penggunaan kalimah-kalimah tertentu termasuk kalimah Allah.

Jelasnya, undang-undang ini telah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor dan diperkenan oleh Sultan Selangor. 

“Sebagai ketua agama negeri yang termaktub di dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kuasa budi bicara sebagai ketua agama negeri di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan, penarikan balik secara unilateral ini telah menjejas kuasa Sultan Selangor khususnya.”

Malah tindakan kerajaan menarik balik rayuan itu tidak selari dengan hasrat penghakiman kes kalimah Allah terdahulu iaitu dalam kes Titutar Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur, katanya.

Isu membabitkan penggunaan kalimah Allah itu bermula 13 tahun lepas selepas Jill memulakan permohonan semakan kehakiman pada 20 Ogos 2008 supaya lapan cakera padat miliknya dikembalikan selepas dirampas pada 11 Mei 2008, sebaik tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD berkenaan bertajuk “Cara hidup dalam kerajaan Allah”, “Hidup benar dalam kerajaan Allah” dan “Ibadah yang benar dalam kerajaan Allah”. – 15 Mei 2023. 

TAK WAJAR

TAK MASUK AKAL

UNTUK MONOPOLI

KEBAIKKAN

AMIN

BAIK JUJUR

ADALAH KONSEP

SAPA PUN BOLEH

MEMILIKINYA

AMIN

WAJIB DILAWAN

 YANG TAK JUJUR

YANG MENCURI

YANG RASUAH

AMIN

NAMPAKNYA INI

NAK DIJADIKAN

AGENDA POLITIK

MELAWAN 

KERAJAAN

KHALAS

KEPUTUSAN BETUL LAGI TEPAT


Putrajaya tarik balik rayuan bantah bukan Islam dibenar guna kalimah Allah

PUTRAJAYA menarik balik rayuannya terhadap penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam di negara ini.

Notis pemberhentian itu difailkan pada 18 April lalu.

“Pemohon (menteri dalam negeri dan kerajaan) tidak berhasrat untuk meneruskan dengan notis rayuan yang difailkan pada 12 Mac, 2021 dan menolak keseluruhan rayuan ini tanpa arahan mengenai kos,” kata notis yang dilihat The Malaysian Insight.

Pegawai mahkamah turut mengesahkan menerima notis pemberhentian.


Pada 12 Mac, 2021 Putrajaya memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain dalam konteks agama.

Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Rayuan Nor Bee Ariffin yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi, selepas 13 tahun kes itu dibawa di mahkamah antara kerajaan dan Jill Ireland, seorang wanita dari Sarawak yang beragama Kristian.

Nor Bee dalam keputusannya, menyifatkan arahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada 1986 yang melarang empat perkataan itu digunakan masyarakat bukan Islam, 35 tahun lalu adalah “tidak sah” dan “tidak rasional”.

Kes ini bermula pada Mei 2008 apabila pegawai kastam di KLIA merampas lapan cakera padat (CD) daripada Ireland bertajuk “Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah”, “Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah” dan “Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah”.

Pada mulanya Ireland memfailkan tuntutan untuk mendapatkan semula CD berkenaan dengan turut mengemukakan permohonan relif lain.

Pada 2014, Mahkamah Tinggi mengarahkan KDN memulangkan CD berkenaan kepadanya, tetapi tidak menangani isu perlembagaan kerana terikat dengan satu penghakiman Mahkamah Persekutuan.

Pada tahun berikutnya, Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi 2014 itu, tetapi mengarahkannya mendengar permohonan Ireland untuk deklarasi hak perlembagaannya untuk beragama dilanggar dengan larangan atau sekatan terhadap pengimportan bahan pendidikan itu. – 15 Mei, 2023.

LANGKAH

BETUL TEPAT

WAJIN DISOKONG

AMIN

KHALAS

POLITIK BARU SIAM



Kerajaan baharu Thailand gabungan enam parti, umum Pita Limjaroenrat

KETUA Parti Pergerakan Maju Thailand Pita Limjaroenrat akan mengetuai kerajaan gabungan enam parti politik dengan keseluruhan 309 ahli Parlimen dan beliau sendiri sebagai perdana menteri, lapor Bangkok Post.

Pita membuat pengumuman itu selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand mengisytiharkan Parti Pergerakan Maju memenangi pilihan raya umum semalam dengan 151 kerusi, iaitu 112 daripada kawasan pilihan raya dan 39 daripada senarai parti.

Thailand mengamalkan pilihan raya yang menggabungkan sistem pemilihan undian pemenang undi terbanyak dan sistem perwakilan berkadar.

Menurut Pita, beliau menerima mandat daripada rakyat untuk partinya menjadi tunjang kerajaan yang baharu.

Beliau juga sudah berhubung dengan Paetongtarn Shinawatra, ketua Parti Pheu Thai, menjemputnya untuk menyertai kerajaan gabungan.

Paetongtarn berkata partinya akan mula berunding dengan parti pimpinan Pita.

Tiga parti pembangkang lain yang dijemput menyertai kerajaan gabungan ialah Thai Sang Thai, Prachachart dan Seri Ruam Thai. 

Lima parti itu mempunyai keseluruhan 308 ahli parlimen.

Pita juga berkata beliau menghubungi parti Pen Tham atau Parti Keadilan, yang menang satu kerusi senarai parti, untuk menyertai gabungan.

Pen Tham ialah sebuah parti yang aktif di kawasan selatan Thailand.

Lima parti pembangkang itu juga dilapor akan memperincikan rundingan melibatkan dasar dan perancangan kerajaan, termasuk kemungkinan mengadakan perjanjian persefahaman untuk membayangkan perjalanan 100 hari pertama dan seterusnya bawah kerajaan baharu.

Sebuah pasukan perunding akan dibentuk untuk membincangkan janji-janji pilihan raya sementara satu pungutan suara juga bakal diadakan untuk menentukan pindaan perlembagaan. – 15 Mei 2023



POLITIK BARU

SIAM

AMIN

TOLAK TENTERA

TOLAK RAJA

NAIKKAN SUARA

RAKYAT

AMIN

NAIKKAN SUARA

ANAK MUDA

AMIN

KHALAS

TURKI MENGUNDI SEKALI LAGI


Turkey election results 2023: what we know so far

Presidential race between Recep Tayyip Erdoğan and main rival Kemal Kılıçdaroğlu appears likely to result in a runoff in two weeks’ time

MENGUNDI

SEKALI LAGI

DALAM MASA

DUA MINGGU

AMIN

TAK DA SAPA

YANG LEBIH

DARI 50%

KHALAS

UKRIANE DAPAT 3 BILION EURO DARI GERMAN


UKRAINE DAPAT

3 BILION EURO

DARI GERMAN

AMIN

ANWAR CABAR HADI


Kerajaan perpaduan kuat, PM cabar pembangkang fail usul tidak percaya di Parlimen


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengulang gesaan agar pembangkang membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat jika merasakan kerajaan Persekutuan tidak mempunyai sokongan yang mencukupi di Parlimen.

“Kerajaan perpaduan kini kuat.

“Kalau ada yang masih mengigau, saya nak bagi cadangan. Bawa usul ke Parlimen dan kita akan lawan di Parlimen minggu ini,” kata Anwar semasa berucap pada konvensyen nasional kerajaan perpaduan yang julung kali diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Cabaran Anwar terhadap pembangkang muncul ditengah-tengah perbincangan sejak beberapa minggu lalu di mana pembangkang dikatakan mahu menggulingkan kerajaan.


Namun sehingga kini masih belum terbukti angka yang disebut-sebut atau usul undi tidak percaya yang difailkan di Parlimen.

Ketua Penerangan Bersatu Razali Idris berkata partinya tidak mempunyai perancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Anwar.

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul turut mengesahkan tiada usul tidak percaya yang dikemukakan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang untuk persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Sementara itu pada konvensyen hari ini, Anwar memuji komitmen Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan ahli parlimen parti dalam membentuk kerajaan perpaduan yang kini dipimpinnya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata tanpa sokongan mereka, mustahil untuk membentuk kerajaan dan mendakwa sejarah negara pasti akan berubah.

“Saya nak beritahu kalaulah tidak kerana komitmen Ahmad Zahid selaku presiden Umno, dan dukungan ahli Parlimen Umno sejarah kita tentu berubah.

“Kita harus iktiraf peranan beliau dan Umno juga kalau daripada Yang di-Pertuan Agong sendiri dalam kerajaan kritikal itu, Abang Jo dan GPS penentunya,” katanya.

Konvensyen bertemakan “Madani – Mewajahi Masa Depan Malaysia” sebahagian usaha memupuk perpaduan dalam kalangan bekas parti pesaing tersebut menjelang pilihan raya yang akan berlangsung di enam negeri. – 14 Mei, 2023.



WOIT

ANWAR CABAR

HADI BUAT UNDI

TAK CAYA

KAH KAH KAH

BERANI KAH 

HADI LAKUKAN ? 

ATAU HANYA  

CAKAP KOSONG

KAH KAH KAH

TUAN SPEAKER

BENARKAN ?

KAH KAH KAH

RAKYAT TUNGGU

APA HADI

AKAN LAKUKAN

AMIN

KHALAS

PARLIMEN SIAM


Pilihan raya Thailand: Pembangkang dominasi kiraan awal

PARTI pembangkang Thailand mendominasi pengiraan awal dalam pilihan raya umum dan dilihat sebagai penolakan besar terhadap kerajaan pro-tentera yang berkuasa hampir satu dekad.

Kempen pilihan raya menyaksikan pertembungan antara generasi muda yang mendambakan perubahan dengan parti konservatif dipimpin Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha, bekas ketua tentera yang merampas kuasa pada 2014.

Dengan undi dikira dari kira-kira separuh daripada 95,000 pusat mengundi, Move Forward Party (MFP) memperoleh hampir lima juta undi diikuti oleh Pheu Thai dengan 4.2 juta.

Parti United Thai Nation pimpinan Prayut menduduki tempat ketiga dengan 1.7 juta, walaupun masih belum jelas bagaimana undi popular akan diterjemahkan ke kerusi Parlimen.

Pilihan raya sengit itu menyaksikan lebih 6,000 calon daripada 67 parti politik bertanding.

Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dijangka tidak akan mengumumkan secara rasmi jumlah akhir kerusi yang dimenangi setiap parti dalam beberapa minggu ini. – AFP, 15 Mei, 2023.

WOIT

500 YB SIAM

DALAM PARLIMEN

AMIN

400 KERUSI 

DI PERTANDING

UNTUK PARLIMEN

AMIN

100 KERUSI

UNTUK ASKAR 

AMIN

LADI SEBULAN

BARU TAHU 

SAPA JADI PM

DI SIAM

AMIN

INI CARA SIAM

INI CARA ASKAR

TERUS BERKUASA

AMIN

KHALAS

PWTC PECAH DARA


Kehadiran DAP ke ‘PWTC’ akan jadi punca ahli tinggalkan UMNO – Annuar

KUALA LUMPUR – Lebih ramai ahli UMNO didakwa akan menolak parti itu selepas Dewan Merdeka yang menjadi lokasi himpunan keramat orang Melayu dimasuki pemimpin dan ahli DAP.

Andaian itu dibuat oleh bekas pemimpin UMNO yang dipecat daripada parti  Annuar Musa.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu meramalkan UMNO akan terus ditolak pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Kehadiran puak sosialis, liberalis DAP ke PWTC hari ini akan mendorong jutaan rakyat, termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan UMNO.

“Dan UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang. Insya-Allah,” kata Annuar di Facebook beliau.

Pengerusi Muafakat Nasional itu berkata, kehadiran DAP berbeza dengan kedatangan pemimpin Pas ke PWTC yang kini dikenali sebagai Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Katanya, kehadiran pemimpin Pas ke pusat persidangan yang menjadi sebahagian ibu pejabat UMNO itu telah mendatangkan kesan positif berbanding kehadiran pemimpin DAP.

“Kehadiran ribuan penyokong UMNO dan Pas di PWTC September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri-siri PRK dengan cemerlangnya,” kata Annuar.

Veteran DAP Lim Kit Siang dan anaknya yang merupakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng antara pemimpin DAP yang hadir dalam Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang berlangsung semalam.

Buat pertama kali pemimpin DAP melalui Setiausaha Agung Anthony Loke dan Timbalan Pengerusi Gobind Singh Deo berucap di Dewan Merdeka.

Media melaporkan Anthony mengakui agak gugup semasa berucap di WTCK kerana menganggap ia adalah pengalaman kali pertama buatnya.

Menurut Ahli Parlimen Seremban itu, tidak terlintas di fikirannya bahawa dia akan berbuat demikian di WTCKL yang merupakan kubu seteru politik lamanya, UMNO.

“Saya rasa tak pernah ada seorang pun dalam DAP termasuk rakan saya, Gobind Singh Deo yang terfikir tentang perkara ini.

Ketua Wanita DAP Chong Eng juga berkesempatan berucap dan menyeru semua pihak dalam kerajaan mengenepikan perbezaan, sebaliknya melihat kepada persamaan bagi membina Malaysia yang lebih baik.

Katanya, jika sebelum ini mereka bersengketa dengan UMNO-BN, kali ini kedua-dua pihak berkongsi pentas demi negara.- 

 

WOIT

INI SUDAH BERAT

DARA PWTC

DAH PECAH

KAH KAH KAH

DARA PWTC

KENA SONDOL

BABI DAP

KAH KAH KAH

AHLI  GEROMBOLAN

CABUT LARI

TAKUT BABI DAP

KAH KAH KAH

KHALAS

MAJU KE DEPAN MENANG BESAR


PARTI 

MAJU KE DEPAN

MENANG BESAR

KHALAS

TAKDA TANAH BERI TANAH


ADA TANAH

BERCUCUK TANAM

AMIN

TAKDA TANAH

MINTA TANAH

KHALAS

Unknown commented on 
"BERDITARI - 
BERDIRI DALAM TANGAN SENDIRI"

Nak tanam apa nak bela apa kalau duduk flat 2 bilik? Mana nak tanam mana nak bela ayam? Kah kah sembang boleh lah dengan secawan kopi o siang malam woit kah kah kah yang ada tanah pun tak mahu cucuk tanam, bagi tanam kelapa sawit minta orang lain kutip susah lah susah woit cakap harap otak senang sikit

BAHAYA TALIBAN


 BAHAYA BESAR

JIKA TALIBAN

GANTI PAKATAN

AMIN

Hamim commented on
 "ZAHID CAKAP BETUL"

TT, apa kata bagi peluang Bang Non menerajui Kerajaan Malaysia, kita tunggu dan lihat setahun dua tahun ni, jika tiada perubahan untuk kesejahteraan rakyat baru kita cucuk jarum, tuang minyak dan nyalakan 🔥, bagi peluang dia tunjukkan daya kepimpinannya dulu, jangan dia tunjukkan pisangnya sudahlah....boleh????

MASIH BERHARI RAYA


MASIH RAYA


SENIN 15/5/2023
KITA MASIH BERHARI RAYA
MASIH ADA JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
PEJABAT DAN SYARIKAT
KINI MEMBUAT RUMAH TERBUKA
INI MEMPERKUAT ISLAM BUDAYA

BERITA HARGA BARANGAN NAIK
KINI  JADI PERBUALAN NASIONAL
RATA RATA RAKYAT TERDESAK
TAMBAH PULA
BUNGA BANK NAIK

ADA TUNTUTAN GAJI MINIMA
 DI NAIKKAN
TAPI SEPERTI BIASA
TOWKAY DAN PEMODAL 
MENOLAK

MINTA SAJA TAK MUNGKIN
PERLU BERLAWAN
BARU BERJAYA

KITA TUNGGU
DAN LIHAT KRISIS EKONOMI INI
BARU PERMULAAN

ARGENTINA
FAEDAH BANK NAIK 97%
NAK LAWAN INFASI 
YANG DAH SAMPAI 80%

TURKI
DUA DUA CALON
TAK MENANG BESAR
MUNGKIN KENA BUAT
UNDI KE DUA

SIAM
PARTI DEMOKRAT
PARTI MASA DEPAN MENANG
ASKAR DAN JENERAL DI TOLAK
TAPI ASKAR ADA 100 KERUSI
DISEDIAKAN TANPA TANDING
KAH KAH KAH
INI CARA SIAM

BANGLADESH
TAUFAN MOCHA SAMPAI
YANG KENA  COX BAZAR 
TEMPAT TINGGAL
SATU JUTA LEBIH
ORANG PELARIAN ROHINGYA


PALESTIN
GENCATAN SENJATA 
MENAMATKAN  SERANGAN GERILA
PALESTIN
ZIONIS JUGA BERHENTI MENGBOM

SUDAN
ITAM BUNUH ITAM
PUTIH JUAL SENJATA
KAH KAH KAH

HOKKIEN
PAGI INI CERAH
RUMPUT TEPI JALAN BASAH
MUNGKIN EMBUN LAGI
CENGKERIK TAK BERSIMPONI
DI  DUA BUKIT
GUA DENGAR SUARA
 JANTAN BERKOKOK

DALAM SAWAH RUMPUT
SUARA CHIP CHIP CHIP
BUKAN  SUARA PIPIT
TAK TAHU  BURUNG APA

MURAI BERKICAU
DI PINTU MASUK
MENJADIKAN PAGI
YANG INDAH

MATA HARI DAH KELUAR
AWAN BIRU
GUA RASA HARI INI 
AKAN PANAS
MUNGKIN HUJAN PETANG
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM PAGI SENIN

BRO
BUKAN GUNUNG PERLU DI TAWAN
TAPI TAWANLAH
DIRI LU SENDIRI

BRO
KATA KATA DAN TULISAN
YANG INDAH INDAH
HANYA OMONG KOSONG
CINTA IALAH PERBUATAN

BRO
LU PIKIR SENDIRI
MACAM MANA LU  NAK HIDUP
TAK PAYAH IKUT
ARAHAN SAPA SAPA

BRO
SIKAP HIDUP YANG LU
PEGANG MASA INI
DIBENTUK OLEH PENGALAMAN
HIDUP LU

BRO
JANGAN MENYERAH
JIKA LU MAHU
TERUS HIDUP

BRO
PAYUNG TAK DAPAT
HENTIKAN HUJAN
TAPI PAYUNG DAPAT BANTU LU
MENERUSKAN PERJALANAN
KE ARAH  YANG LU TUJU

BRO
AIR MATA TAK BOLEH DITAHAN
JIKA IA NAK KELUAR
MENANGISLAH

BRO
TAK ADA KERJA YANG RENDAH
HANYA SIKAP KITA
YANG  RENDAH

BRO
TIDUR DENGAN KEPUASAN
BANGUN DENGAN TEKAD

BRO
KEJAYAAN BUKAN KEBETULAN
IANYA LAHIR DARI
KERJA KERAS
PENCERAHAN
DAN PENGORBANAN
AMIN

LALUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERHARI 
RAYA