HABIS LINGKUP TANAH MELAYU
BATAL PROJEK AROWANA , SELAMATKAN JELAPAG PADI – harakah daily
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta agar projek ternakan ikan Arowana di Bukit Merah dikaji semula kerana mengganggu operasi penanaman padi terbesar di Perak iaitu di Daerah Kerian.
Naib ketuanya, Salman Saleh berkata, ia juga akan menjejaskan saluran utama bekalan air di Tasek Merah.
Bekalan air di Tasek Merah tersebut bukan sahaja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah melibatkan keluasan sawah 24 ribu hektar tetapi juga menjadi kegunaan harian 200 ribu penduduk setempat.
Katanya, DPPN Pk melihat sejak bermulanya projek ternakan ikan Arowana pada tahun 2000 sehingga kini, projek tersebut sudah mempunyai 3,808 buah kolam dengan jumlah 70 orang pengusaha berbanding dulu tidak sampai 10 pengusaha sahaja.
“DPPN Pk merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang,” ujarnya.
Berikutan itu, Jabatan Alam Sekitar (JPS) juga didapati gagal membanteras kegiatan mencuri air oleh pengusaha terbabit sehingga mendapati dari tarikh 15 Ogos hingga 28 Oktober 2010 menunjukan takungan air di Tasek Merah menurun sebanyak 0.2 kaki (2.4 inci) sehari.
Tambahnya, DPPN Pk melihat kekebalan pengusaha sedia ada yang telah mendapat notis dari Pejabat Tanah Daerah Kerian kerana melanggar syarat tanah namun tidak diendahkah sebaliknya kerja-kerja industri akuakultur diteruskan seperti biasa.
Malah, ujarnya JAS masih gagal untuk memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak kepada semua kolam tersebut.
“DPPN Pk dengan tegas mendesak agar keprihatinan Kerajaan Negeri Perak serta semua agensi kerajaan yang terlibat agar bertindak untuk menyelamatkan jelapang padi terbesar di negeri Perak ini,” ujarnya lagi.
NOTA:ini mesti projek cukong
ini mesti ada masyuuk
macam mana kawasan pertanian sawah
alih jadi tempat ikan
ini bukan ikan untuk dimakan
ertinya BUKAN TANAH PERTANIAN
sila siasat jabatan tanah
sila siasat jabatan pertanian
sila siasat jabtan alam sekitar
ada lendir china doll atau tidak
ada masyuuk atau tidak
kemudian tengok siapa lulus
tengok mat itam tanda tangan atau tidak
lihat siapa pula pengarah syarikat arowana ini
kepala bana!
takkan ini pun sprm tak boleh buat
bangang sangat ke?
nota:
mana dia pemuda umno
dengan ketuanan melayu
mana dia perkasa dan perkasam
mana dia ngo melayu perak
semua dah dapat lendir china doll ke?
ini lah cara tanah tradisional melayu
kena rembat