Jumaat, 30 Disember 2022

MAKIN RAMAI MATI DI CHINA



MAKIN RAMAI

MATI

DI CHINA

KHALAS

KOBID JENIS BARU BAHAYA - SERANG OTAK



AWAS !!!

KOBID JENIS BARU

AMAT BAHAYA

SERANG OTAK

KHALAS

JANGAN ULANGI KESILAPAN TAHUN 2021


JANGAN ULANGI

KESILAPAN TAHUN

2021

KHALAS

SOKONG TUNTUTAN INI



Mata gesa kerajaan tangguh kemasukan pelancong China


Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Mata) menggesa kerajaan agar menangguhkan sementara kemasukan pelancong dari China sehingga kes harian Covid-19 di negara itu reda.

Presiden Mata Mohd Khalid Harun berkata lonjakan ketara kes Covid-19 di China baru-baru ini meningkatkan lagi potensi varian baru yang bakal muncul sekali gus memberi kegusaran kepada rakyat Malaysia khususnya pemain industri pelancongan.

“Kita semua sedia maklum hospital di seluruh China telah dibelenggu oleh peningkatan kes Covid-19 berikutan keputusan Beijing untuk menarik balik peraturan ketat mereka.

“Trauma yang dihadapi oleh pemain industri pelancongan akibat Covid-19 masih belum selesai malah banyak agensi pelancongan serta hotel ditutup sepenuhnya akibat Covid-19 dengan kerugian berbilion ringgit dalam tempoh dua tahun yang lalu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau berharap perkara seumpama itu tidak berulang memandangkan pemain industri pelancongan amat terkesan sebelum ini dan masih dalam proses pemulihan.

Khalid juga berkata banyak negara telah memperketat kemasukan pelancong atau ahli perniagaan dari China buat masa ini bagi menyekat penularan virus Covid-19.

Beliau turut menasihati pemain industri pelancongan Malaysia agar mengalihkan perniagaan mereka kepada pelancong dari timur tengah dan Eropah tanpa bergantung kepada China buat masa ini.

Semalam, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Malaysia dijangka menyaksikan lonjakan permintaan penerbangan susulan pembukaan semula sempadan China. 

China dilapor akan membuka semula sempadannya pada 8 Jan 2023 selepas hampir tiga tahun ditutup berikutan pandemik Covid-19.

AWAS !

BAHAYA KOBID

AMIN

SOKONG

TUNTUTAN MATA

AMIN

PENTINGKAN

 WARGA

BUKAN JAGA

PELANCUNG

AMIN


ANWAR AKAN BEBASKAN NAJIB ???

 


Agong pun terlucut jawatan jika didakwa, inikan pula TPM, kata Mahathir


Dr Mahathir Mohamad hari ini memetik pindaan Perlembagaan yang diluluskan semasa penggal pertamanya sebagai perdana menteri, di samping mempersoalkan pelantikan kontroversi Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri walaupun presiden Umno itu berdepan dengan pelbagai pertuduhan jenayah.

Pentadbiran Mahathir yang menghapuskan kekebalan raja-raja daripada sebarang tindakan bagi kes jenayah pada 1993, mengatakan peruntukan dalam Perlembagaan menyebut peranan Yang di-Pertuan Agong akan terhenti dalam pentadbiran kerajaan jika didakwa melakukan kesalahan.

"Ia berbunyi seperti berikut: 'Jika Yang di-Pertuan Agong dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian XV dia hendaklah terhenti menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong'," kata Mahathir memetik Perkara 33A Perlembagaan Persekutuan.

“Jelas sekali didakwa di mahkamah atas kesalahan jenayah adalah sangat serius sehingga seseorang seperti Agong perlu berhenti menjalankan peranannya sebagai Agong.

"Ia (Perlembagaan) tidak menyebut bahawa Agong perlu didapati bersalah sebelum berhenti menjalankan tugasnya. Didakwa di mahkamah adalah jelas satu perkara yang serius di mana Perlembagaan menetapkan peranannya juga boleh terlucut," tambahnya.

Zahid menghadapi 47 pertuduhan jenayah berkaitan salah guna dana Yayasan Akalbudi, selain 40 lagi pertuduhan rasuah visa luar negara yang kemudiannya dibebaskan daripada pertuduhan tersebut awal tahun ini.

Walaupun beliau masih berdepan pertuduhan jenayah, Perdana Menteri Anwar Ibrahim tetap melantik presiden Umno itu sebagai timbalannya selain dilantik memegang portfolio kemajuan desa dan wilayah yang merupakan portfolio penting dalam Kabinet.

Zahid memainkan peranan penting melonjakkan Anwar untuk menduduki jawatan perdana menteri, selepas beliau berjaya menyekat bantahan pemimpin Umno dalam usahanya berganding bahu dengan pengerusi Pakatan Harapan (PH) selepas Parlimen digantung sebaik pilihan raya umum November lalu melabuhkan tirai.

Awal bulan ini, Mahathir berkata pelantikan Zahid sebagai timbalan perdana menteri menunjukkan Malaysia tidak berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang.

"Jika kita nak bersihkan negara, kita tak boleh pilih orang yang dianggap melakukan jenayah," katanya kepada pemberita pada 7 Disember, beberapa hari selepas pengumuman barisan Kabinet Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

"Ya, dia belum terbukti bersalah, tetapi jika seseorang itu dihadapkan walaupun dengan satu kes, itu sudah menunjukkan dia tidak layak jadi pemimpin.”

Mahathir berkata, dengan keadaan sedemikian beliau tetap diberikan jawatan kedua tertinggi di negara ini.

“Adakah timbalan perdana menteri lebih kanan peranannya sehingga perlu dilayan lebih baik daripada Yang di-Pertuan Agong?

“Saya fikir, perlu ada reformasi untuk ini,” katanya, sebelum menyindir pengkritik yang mendesaknya supaya bersara.

"Baiklah. Saya akan jaga cucu sekarang. Abaikan apa yang saya tulis,” katanya.

BETULKE

ADA RANCANGAN

NAK LEPASKAN

NAJIB

KHALAS

PMX AKAN

BEBASKAN NAJIB ?

AMIN

APAKAH MASUK

AKAL ?

AMIN

SEMAU BOLEH

DIATUR

KAH KAH KAH

SEMUA BOLEH

DI SUSUN

KHALAS

LANGKAH BIJAK



Covid-19: Malaysia periksa pelawat antarabangsa semula


PEMERIKSAAN di pintu masuk negara dikuatkuasa semula bagi membendung penularan semula Covid-19 ekoran pembukaan semula negara China, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, semua individu yang tiba dari luar negara akan diperiksa dan wajib dikuarantin sekiranya didapati bergejala manakala pengembara dengan sejarah perjalanan ke China perlu jalani ujian Covid-19.

“Semua pengembara yang tiba dari luar negara termasuk negara China di pintu masuk antarabangsa (PMA) akan melalui saringan demam.

“Mereka yang dikesan demam atau bergejala atau rujukan kendiri akan dirujuk ke pusat kuarantin atau pihak kesihatan untuk pemeriksaan semula.

“Sekiranya disyaki Covid-19, ujian Covid-19 akan dijalankan,” kata Zaliha dalam satu kenyataan.

Ujian dari pengembara dari China itu termasuk individu yang menerima rawatan kes seumpama influenza (ILI) dan jangkitan pernafasan akut (SARI), kata Zaliha.

Tambahnya sampel dari kumbahan pesawat yang tiba dari China juga akan diuji bagi mengenalpasti jangkitan.

Bagi meningkatkan liputan perlindungan vaksin, semua kumpulan berisiko dari golongan rentan boleh mendapatkan dos tanpa janji temu, katanya.

Kerajaan juga menggalakkan semua individu membuat janji temu untuk mendapatkan dos penggalak, katanya lagi.

Menurut beliau, kementeriannya memastikan ubat antiviral disediakan di semua fasiliti kesihatan yang dikenalpasti.

Pengurusan kuarantin kendiri akan terus diautomasi melalui aplikasi MySejahtera, dan pusat penilaian Covid-19 pula akan dipastikan bersedia menerima kedatangan pesakit yang tinggi.

Dari segi perundangan pula, bidang kuasa kementerian menangani Covid-19 ditangani dengan melanjutkan perisytiharan “Kawasan Tempatan Jangkitan” ke tarikh 30 Jun 2023.

Perisytiharan itu sepatutnya tamat esok.

“Pelanjutan ini telah diwartakan pada 27 Disember 2022 melalui perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya.

Beliau selanjutnya menasihati golongan berisiko memakai pelitup muka terutama di kawasan sesak dan agar golongan bergejala menjalani ujian Covid-19.

Zaliha juga memberi jaminan situasi jangkitan terkawal di Malaysia walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan lebih 442 kes kematian berlaku dalam minggu kedua bulan ini di China. 

Bagaimanapun negara dengan 1.4 bilion penduduk itu tidak mampu mengenalpasti jumlah sebenar jangkitan.

Ia dilaporkan hanya menganggarkan kira-kira 5,000 kes sehari dari pesakit yang tampil mendapatkan rawatan.

Beijing sudahpun menamatkan dasar bebas Covid-19 yang dikuatkuasa sejak tiga tahun lalu dan akan membenarkan warganya keluar negara bermula 8 Januari. – 30 Disember, 2022.



LANGKAH BIJAK

TEPAT DEMI

KESELAMATAN

KITA SENDIRI

KHALAS

DALAM PERUT IBU


LEPAS MATI

SAMA SEPERTI

KITA DALAM 

PERUT IBU

KHALAS

Unknown commented on 
"PERGI BERSAMA 
YANG DISAYANG"

Lepas mati pi mana bhaiii...jadi debu..jadi kayu bakar api...ko kena fikir bhaiii sebab umur ko pun dah menghampiri mati....kah kah kah

KAWAN SETIA UMAT MANUSIA




 KAWAN SETIA

UMAT MANUSIA

KHALAS

Unknown commented on 

"PERGI BERSAMA

 YANG DISAYANG"

Hanya manikam mengenali mutu. Hanya yang pernah memelihara anjing tahu nikmatnya macam Enche' TT. Pengikut lebai buta tuli lum apa-apa dag kutuk anjing tu najis. Makan bersuap itu bersih dihalalkan.... Ngentot bidadari sentiasa jadi inspirasi... WAT

RAKYAT SUKA MENTERI BODOH


 RAKYAT SUKA

MENTERI BODOH

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on 
"HASAN MAALIK NASIHAT RAFIZI"

Rakyat majority suka orang bodoh jadi Munke, yang rasuah jadi PM supaya mereka pun dapat habuan cepat percuma atas dasar bantuan, kah kah kah makin malas supaya yang bekerja kuat bayar cukai, yang malas tiada kerja dapat bantuan, macam negara maju lah, yang melepak, yang malas bekerja dapat bantuan, makanan, free food bukan kerana mereka benar benar tiada kerja langsung,

 tetapi kerana terlalu memilih, susah nak tolong orang macam ini, contoh mudah pemintah sedekah, anggota badan cukup, nampak sihat tetapi lagi senang minta sedekah, kalau Malaysia ini nak cari makan bukan susah, basuh pinggan pun ada gaji, ada makanan tetapi lagi senang tunggu dapat bantuan, budaya ini kena ubah, banyak sektor perlu pekerja tetap tetapi makin ramai menganggur, kenapa tak boleh buat kerja apa pun sampai dapat kerja idaman? Kah kah kah ubat dahulu kala pahit tetapi cepat sembuh amin

TIGA OMBAK BAWA TSUNAMI



KITA WAJIB

BERSEDIA

AMIN

TIGA OMBAK

BAWA TSUNAMI

KE CHINA MERAH

AMIN

PANAS SAMPAI KE PETANG !!!

 

PANAS SAMPAI

KE PETANG

AMIN

TAK TAK DAN EZI
TERBARING DI BALKONI
BERJEMUR MANDI MATAHARI

SATU REKOD 
HARI INI 30 /12 / 2022
PANAS SAMPAI KE PETANG
JAM 5.00 MASIH BERSINAR
AMIN


PERGINYA SEORANG PUNK AKTIVIS


PERGINYA

SEORANG PUNK

AKTIVIS

AMIN

BAJU KUNING NO 10


BAJU KUNING

NO 10

AMIN

MINGGU ORIENTASI KOLEJ KE LIMA



 MINGGU ORIENTASI 

KOLEJ KE LIMA



‘ Senior Gentelman sir... may I have the  privilage to know your name  sir....’ aku merendah diri.

Aku bertanya ini kerana aku dipaksa  bertanya oleh seorang  senior.

‘ Fuck you freshie... I have no time for you....fuck off....’ Jawapan yang aku terima dari Senior Gentelman  yang tidak suka diganggu.

Dari  Senior Lady biasanya aku dapat jawapan yang memberahikan..... ‘ don’t be cheeky freshie...’

Pada tahun 1971 ketika aku masuk ke  UM bukan sahaja pelajar  wanita UM  ini dilihat  bijak malah  hampir kesemua mereka dipandang  cun dan bergetah.

Mereka mengancam testosterone aku yang dua tahun terkurung.

Selama dua minggu kami di ragging oleh para senior. Para freshie amat senang di kenali. Tali leher yang  diwajibkan menunjukkan  status kami.

Sebenarnya ragging ini pada hemat aku cara terbaik untuk bersuai kenal. Bersuai kenal dengan penuh  lawak, lucu, kasar, lucah dan berjenaka. 

Memang  betul  para senior  menghamburkan carutan. Ini sebenarnya teater marah.  Bercakap dengan  bahasa Inggeris yang belum pernah didengar. Kami diajar menyanyi lagu-lagu erotik yang senikatanya lawak lagi memberahikan.

Ini yang romantik :
Meet me tonite
In the moon lite
Meet me tonite all alone
I have a story to  tell you
A story that’s never neen told

Once a Papa meet a Mama
Under the jambu tree
Say the Papa to the Mama
Will you marry me

Atau versi yang erotik :
Ya ya ya ya
Ini China they do it for chilies
Here comes the one 
Worst then the other one
Waltzing on his willies

There was a boy from Japan
His cock is sitting in his hand
He is too young to fuck
So he setteled it with his hand
Ya ya ya ya

Atau yang Melayunya:
OOO Cik Minah
Mari kita raba-raba
Tersalah raba
Teraba buntut rusa

Lagu-lagu ini semuanya  mengembalikan kenangan ketika zaman muda. Zaman   Uda baru mengenal Dara. Zaman di mana  Uda masih belum tahu  lagi apa yang ada dalam kain sarung Dara.

Minggu ke dua Orientasi seorang  Gentelman mementaskan satu teater.  Pada  malam  itu satu kumpulan   freshie lelaki  termasuk aku telah dibawa  ke  Kolej Ketiga.  Ini kolej  khusus  untuk  siswi.

Di hadapan pintu masuk Kolej Ke Tiga kami  para freshie mula menyanyi lagu Antem Kolej Ke Lima  - We Are Fifth Collegian.  Tidak ada apa apa reaksi dari warga Kolej Ke Tiga.

Dari lagu Antem kini beralih ke lagu  erotik. Tidak juga ada respons. Tertiba Ah Chai yang menjadi Tok Penghulu kaki ragging  malam itu mengarahkan kami membuka pintu pagar.  

‘ Take off the gate....’ Ah Chai memberi arahan.

Bukan membuka pintu pagar untuk masuk tetapi mencabut  pintu pagar untuk di bawa pulang ke Kolej Ke Lima.

Kami mengheret pintu besi  ini untuk beberapa  ela kemudian kami meninggalkan pintu ini  di tepi jalan.

Satu kerja bodoh. Tapi menyeronokkan ketika kami melakukannya. Ada perasaan macho jantan. Ada perasaan bebal bodoh. 

Tapi semua yang kami lakukan  kami anggap  normal kerana kami ini pelajar universiti. Kami bukan  dari Universiti Kebangsaan atau Universiti Pulau Pinang. Kami dari Kolej Ke Lima Universiti Malaya.

Kolej terulung lagi hebat di Universiti Malaya. 

Mengenang kembali  apa yang telah berlaku   di Minggu Orientasi  Kolej Ke Lima aku tersenyum ketawa dengan penuh nostalgia.

Hari akhir Minggu Orientasi  lebih menakjubkan. Semua situasi  berubah. Pada petang itu kami para freshie  diberi pelung untuk  mengorientasi para senior.

Apa saja yang diminta oleh freshie akan dilakukan para  senior. Dunia beralih.

Ahli Jawatan Kuasa Orientasi cukup sporting. Antara mereka ada  Kutubudin, Johari, Tengku Muhamad, Shah,  Jamil,  Ah Chai, Bozo, Kuldip Singh, Zaman Khan,  Apek – semua nya menjadi bahan lawak  di ragging oleh freshie.

Yang menyeronokkan kami semua para senior akan mengikut apa saja yang freshie arah. Suruh duduk bersila mereka bersila. Suruh ketumbuk ketapi mereka lakukan tanpa membantah.

‘ Bark like a dog....’ aku memberi arahan pada Kuldip Singh.

‘ Huh Huh Huh...’

‘ Fuck you Bengali... benchut.... you must  walk on four feet...’ Aku beri arahan.  

Kuldip merangkak sambil menyalak di Dataran depan  Dewan Makan.

Kami para freshie ketawa terbahak-bahak kerana kali ini kami pun yang membuli senior.

Aku ingat lagi petang itu. Ada juru gambar dan wartawan dari akhbar NST.

Esoknya ada berita muncul dalam NST tentang hari akhir orientasi di Fifth College.

Hujung minggu untuk merayakan tamatnya orientasi ada ‘ informal’. Ini majlis tari menari yang di jalankan dalam Dewan Makan.  

Kami para freshie  lelaki dan perempuan di wajibkan hadir. Kami bersosial. Kami menari. Kami berdansa. Kami bertwist. Kami ber a-go go. Kami berjoget.

Malam itu aku seronok menari terutama irama waltz. Kugiran Fitth Collge  bernama Fifth Sound  telah membawa lagu-lagu pop dan rock.
Pemain muzik terdiri dari  Helmi , Ariff Bakar dan kuncu-kuncu dari Kolej Ke Lima. Shahgul Hamid penyanyi Bakat TV. Shagul bukan warga asrama  menjadi penyanyi jemputan.

Malam informal  adalah malam  jantan mencuba nasib. Terutama bila irama waltz bermain. Mana tahu kalau pintu rezeki terbuka  maka cinta akan berputik.

Hamzah Ros bertemu Siti Hawa bertemu di Minggu Orientasi. Berpacar, bercinta, berijazah, berkahwin – bahagia  sampai ke anak cucuk.

Tapi ini bukan jalur aku. Hishamuddin Rias masih membujang.

Di malam itu   Gan - siswa  sains dari Melaka telah di nobat menjadi Freshie King. Santhi Nair di nobat sebagai Freshie Queen. 

Pada hujung minggu ke dua orientasi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM ) juga mengadakan sambutan. PMUM mengadakan  konsert di Dewan Tunku Canselor.  Setiap kolej membawa persembahan dari freshie untuk dipertandingkan.

Konsert Orientasi PMUM 1971 paling  hebat lagi bersejarah. Juruhebah malam itu Vicky Skelchy. Gadis bergetah bersuara lunak ini di langgan khas oleh PMUM dari barisan DJ Radio   Malaysia.

Malam itu  Kolej Ke Empat  dengan bangga  telah mendatangkan  freshie bernama Michael  Tan untuk bermain piano. Sosok ini adalah pemenang  Rancangan Bakat TV RTM 1970.

Bila saja Si Michael bermain piano  kami  di bawah pentas  bersorak dan menyanyikan   lagu Daisy Daisy – ini lagu antem Universiti Malaya. 

Kami melaung kuat sambil  menyanyi   untuk memastikan   ketukan piano dari Michael Tan tidak  dapat didengar.

DJ Vicky datang ke mike  untuk meredakan keadaan. 

‘ Please give Michael a chance...’ Vicky meminta penonton jangan membuat bising.

Ha ha ha tertiba kertas  jamban terbang ke arah Vicky.  Roket kertas juga mula berterbangan menuju Vicky.

Di bawah pentas freshie dari  Kolej Ke Dua dan Kolej Kelima  terus bergasak   menyanyikan lagu antem masing-masing. Lawan berlawan menyanyi beramai-ramai. Semua yang berlaku ini  terkeluar dari program resmi  yang telah diatur.
 
Dewan Tunku Canselor  gegak gempita. Minggu Orientasi 1971 tamat dengan konsert gagal di DTC.

Esoknya Naib Canselor Ungku Aziz membuat kenyataan. Apa yang berlaku itu menurut Ungku Aziz adalah : anti-intelektual dan anti-akademik.

Akhbar melaporkan kenyataan Ungku Aziz ini. 

Sebulan kemudian untuk merasmikan  dan menyambut  kedatangan pelajar baru  PMUM  telah mengadakan  Freshie Ball. Malam Dansa  Orientasi PMUM ini diadakan satelah   minggu orientasi  di asrama selesai.

Hakikatnya freshie telah berkenalan sesama sendiri dan juga dengan senior.  Suai kenal telah berjalan mesra. Maka malam mesra berdansa dianjurkan.

Aku membaca iklan Freshie Ball 1971. Ada juga terpasang niat nak bersama. Tapi ada  dua batu  penghalang. Pertama : Wajib membeli tiket 15. Kedua : Wajib datang berpasangan.

Harga tiket  15RM ini boleh di selesaikan. Tapi mencari pasangan untuk berdansa satu perkara yang  agak sulit untuk aku selesaikan. 

Mencari pasangan untuk ke Freshie Ball ?  Satu yang belum pernah aku lakukan. 

Berdansa malam informal agak mudah. Bukan saja percuma malah tidak perlu membawa pasangan. Informal  bukan Majlis Tari Menari.  Majlis Ball - bukan saja wajib berpasangan malah wajib mengenakan pakaian  ‘ evening dress ‘.- macam  Mat Salleh  dan Minah Salleh dari London.

Aku tidak pergi menyertai  Freshie Ball 1971.  Aku difahamkan acara  grande finale malam itu ialah menobatkan  Freshie Queen  - pelajar perempuan tercantik tahun 1971.

Sebelum tengah malam – sebelum majlis dansa tamat – aku dan Adi Satria telah singgah  ke Dewan Tungku Canselor. Kami pulang dari Medan Selera Petaling  Jaya.

Sebagai freshie aku  juga budak  kampung tak pernah melihat majlis   tari menari. Tak tahu apa itu Ball. 

Aku dan Adi memberhentikan motosikal dan menghampiri dinding  gelas dewan. Dari tempat yang tidak ditutup oleh kain langsir  aku nampak dewan yang agak gelap.

Pentas agak cerah. Aku ternampak  kugiran sedang berehat. Ketika ini  pertandingan Ratu Freshie sedang berjalan

Di luar dewan aku mendengar suar DJ.

Bayangkan malam itu  Freshie Queen 1971 University Malaya ialh Santhi Nair.   Kami kenal Santhi kerana dia sama-sama freshie dengan kami. Santhi Nair warga Kolej KeLima. Amin.

Selesai orientasi aku mula mengikuti kuliah.  

Satu pagi aku menapak dari Dataran Sastera ke Dewan Tungku Canselor. 

Aku  ternampak poster terlekat  di batang pokok  di tepi jalan. Poster bertulisan  merah : Kelab Sosialis – Ceramah Karam Singh dan Tajuddin Kahar – Bekas tahanan  ISA.  

Mata aku terbuka. Akhirnya aku sampai juga ke tujuan asal aku. Orientasi, informal, Ball dan ragging ini hanya selingan sementara. Poster yang aku baca itu  ialah tujuan asal aku untuk masuk ke  Universiti Malaya. (TT)

TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2022/12/30/minggu-orientasi-universiti-malaya



PELE - RAJA BOLA NO 10



Legenda bola sepak Pele meninggal dunia

Hospital Albert Einstein di Sao Paulo yang merawat Pele dalam satu kenyataan berkata, kematiannya selepas sekian lama bertarung dengan kanser disebabkan oleh “kegagalan pelbagai organ”, mengesahkan berita daripada keluarga legenda itu.

Penghormatan mencurah-curah dari dunia bola sepak diterima dengan mesej daripada tokoh termasuk bintang hebat semasa seperti Lionel Messi, Neymar dan Kylian Mbappe, bekas pemain hebat seperti Franz Beckenbauer, dan Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva, yang menulis di Twitter: “Terima kasih, Pele.”

Bintang Brazil, Neymar berkata Pele “menukar bola sepak menjadi seni,” Mbappe dari Perancis berkata legasinya “tidak akan dilupakan,” dan Cristiano Ronaldo dari Portugal menggelarnya sebagai “inspirasi kepada jutaan orang.”

Kapten Argentina yang memenangi Piala Dunia, Messi hanya menulis: “Berehat dengan aman.”

Dinobatkan sebagai atlet abad ini oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada 1999, Pele adalah satu-satunya pemain bola sepak dalam sejarah yang memenangi tiga Piala Dunia – pada 1958, 1962 dan 1970.

Digelar “O Rei” (Raja), beliau menjaringkan lebih 1,000 gol dalam salah satu kerjaya paling terkenal dalam sukan, sebelum bersara pada 1977.

Kesihatan Pele semakin merosot susulan terpaksa bertarung dengan masalah buah pinggang dan kanser kolon - menjalani pembedahan kali terakhir pada September 2021, diikuti dengan kemoterapi.

Bandar Santos, tempat di mana legenda itu bermain di peringkat kelab, mengisytiharkan tujuh hari berkabung rasmi, dengan peminat berpusu-pusu ke stadium pasukan itu untuk meninggalkan bunga.

Warga Brazil yang beremosi turut ke hospital tempat beliau meninggal dunia – malah berlari sejauh 1.5km untuk ke sana seperti Antonio Perera, 46, dan anaknya Luis Eduardo, 12.

“Beliau adalah idola kami yang paling hebat, pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman,” Antonio memberitahu AFP.

Selain ucapan takziah yang mencurah-curah dari dunia bola sepak, tokoh antarabangsa termasuk bekas presiden AS Barack Obama, legenda muzik Brazil Caetano Veloso dan Gilberto Gil, dan ketua Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa Thomas Bach turut memberikan penghormatan. – AFP, 30 Disember, 2022.

AL- FATIHAH

AMIN

RAJA BOLA NO 10 - AL-FATIHAH

 

Pelé, Brazil World Cup winner and football legend, dies aged 82



Pelé, virtuoso Brazil yang mempunyai kemahiran menawan dan atletik memastikan dia dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak terhebat, telah meninggal dunia pada usia 82 tahun.

Pelé, yang telah membuang tumor kolon pada tahun 2021, telah dimasukkan semula ke hospital Albert Einstein di São Paulo pada November dalam keadaan kesihatan yang semakin merosot. Kenyataan hospital pada hari Khamis mengesahkan kematian "Raja Bola Sepak kami yang dikasihi" pada 3.27 petang waktu tempatan, "disebabkan kegagalan beberapa organ, akibat daripada perkembangan kanser kolon yang dikaitkan dengan keadaan klinikalnya sebelum ini."

Kenyataan daripada laman Instagram rasmi Pelé menambah: “Inspirasi dan kasih sayang menandakan perjalanan Raja Pelé, yang meninggal dunia dengan aman hari ini. Dalam perjalanannya, Edson mempesonakan dunia dengan geniusnya dalam sukan, menghentikan peperangan, menjalankan kerja sosial di seluruh dunia dan menyebarkan perkara yang paling dipercayainya sebagai penawar bagi semua masalah kita: cinta. Mesej beliau hari ini menjadi warisan untuk generasi akan datang. Cinta, cinta dan cinta, selama-lamanya.”

AL-FATIHAH

AMIN

RAJA BOLA

NO 10

MENGUBAH BOLA

MENJADI MAINAN

PALING POPULAR

SELURUH DUNIA

AMIN