KOMENTAR TUKAR TIUB
hukuman
ancaman
tangkapan
tidak akan memberhentikan
terkibarnya sang saka malaya
kemaraan sejarah bangsa
tidak dapat ditutup dengan ancaman
tidak dapat ditutup dengan tindakan polis
tidak dapat ditutup dengan gertak
fakta sejarah hanya boleh ditutup
untuk sementara masa
fakta sejarah boleh diputar
fakta sejarah boleh di aji no moto
tapi hanya untuk seketika
akhirnya
semua di ketahui umum
semua akan terpapar di hadapan mata
INI GAMBAR SEJARAH

HISHAMUDDIN RAIS - SANG SAKA MALAYA WARNA BENDERA NUSANTARA , TURUT DIGUNAKAN UMNO - minsider
KUALA LUMPUR, 3 Sept — Jurucakap Gabungan Janji, Hishamuddin Rais, hari ini mempertahankan bendera Sang Saka Malaya yang dikibarkan oleh sekumpulan anak muda pada malam ambang Kemerdekaan di Dataran Merdeka malam Khamis lalu.
Menurut beliau yang juga pengarah filem itu, Sang Saka Malaya adalah warna bendera kepulauan Nusantara yang meliputi Indonesia, Singapura dan Malaysia.
“Sang Saka adalah sejarah bangsa, dari zaman kerajaan Langsakuka, Gangga Negara, Sri Vijaya inilah warnanya,” kata beliau ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Merah putih adalah motif nusantara.
“Motif Melayu Raya, kerana itu bendera Umno, PAS, Singapura dan Indonesia semuanya menggunakan Sang Saka.”
Hishamuddin Rais: “Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka.”
SANG SAKA SEJARAH PAS

Gabungan Janji dianggotai oleh 47 NGO dan bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan Janji Demokrasi pada malam ambang Kemerdekaan malam Khamis lalu yang menyaksikan lebih 5,000 orang menyertai perhimpunan tersebut dengan memakai baju bewarna kuning.
Ketika ditanya tentang mengapa sehingga ada anak muda yang sanggup mengibarkan bendera alternatif, Hishamuddin yang juga bekas aktivis mahasiswa 1970an berkata, Jalur Gemilang yang digunapakai sebagai bendera Malaysia hari ini telah dilihat sebagai milik peribadi perdana menteri (PM), Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan ini mendorong segelintir anak muda membencinya.
“Kerana mereka melihat Jalur Gemilang sebagai miliki peribadi Najib dan Rosmah,” katanya.
“Mereka benci Najib dan Rosmah maka mereka juga membenci simbol dan ikon yang berkait rapat dengan Najib dan Rosmah, katanya lagi.”
Jalur Gemilang di atas bendera Umno. Hishamuddin mendakwa pada tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa.
Menurut pengarah filem “Dari Jemapoh Ke Manchestee” itu lagi, pada tahun 2006, Khairy Jamaluddin yang kini ketua pemuda Umno mencadangkan agar bendera Umno dinamakan Sang Saka Bangsa.
“Tahun 2006, bendera Umno di nobat sebagai Sang Saka Bangsa,” kata Hishamuddin lagi.
“Sila tanya pemuda Umno kerana mereka yang mencadangkan nama ini.
“Tanya Khairy Jamaluddin, dia senyap kerana dia tahu sejarah Sang Saka,” katanya lagi.
SANG SAKA BANGSA DIANGKAT 2006

Sempena Perasmian Perhimpunan Agung Umno 2006 yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, presiden Umno pada ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, secara rasmi mengiktiraf nama bendera Umno sebagai “Sang Saka Bangsa”.
Individu yang bertanggungjawab mengibarkan bendera alternatif ketika himpunan Gabungan Janji pada malam sambutan ambang Kemerdekaan telah membuat pengakuan dan merasakan bendera alternatif yang di bawa pihaknya layak dikibarkan atas nilai sejarah yang terdapat pada bendera berkenaan.
Melalui blog www.singaselatan.blogspot.com miliknya, individu berkenaan mengakui dia dan rakannya bertanggungjawab membuat dan mengibarkan bendera tersebut, namun menafikan daripada mewakili mana-mana parti politik kerajaan mahupun pembangkang.
“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.
KIBARKAN SANG SAKA MALAYA
