Isnin, 6 April 2015

KETUA POLIS PENIPU









KOMENTAR
yb mahfuz ni memang hebat
memang berani
cakap terang
cakap jujur
kalau penipu katakan penipu

salut!


Ketua polis negara ‘penipu’, kata PAS


Ketua Penerangan PAS Mahfuz Omar mendakwa Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar "berbohong" apabila mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghantar anggotanya ke Australia untuk mendapatkan maklumat daripada Koperal Sirul Azhar Omar berhubung kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Mahfuz pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, pihaknya menghubungi Sirul secara peribadi, dan bekas anggota pasukan keselamatan itu memaklumkan kepadanya kenyataan Khalid itu tidak benar.
"Sirul sangat kecewa dengan pembohongan ketua polis negara bila saya hubungi dia 2 hari lalu," kata Mahfuz.
The Malaysian Insider hari ini melaporkan peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin turut mempertikaikan dakwaan polis apabila mengatakan satu pertemuan diadakan dengan bekas komando itu.
"Saya anggap ini kenyataan bohong ketua polis negara, sangat menyentuh kredibiliti negara, akibat peribadi beliau yang sangat buruk apabila buat kenyataan bohong, satu dunia tahu.
"Ini bermakna, ketua polis negara lakukan pembohongan terhadap negarawan, Mahathir Mohamad," kata ahli Parlimen Pokok Sena itu.
"Kelayakan sebagai ketua polis negara hilang, kenyataan bohong ini menjejaskan imej Malaysia,” katanya.
Mahathir sebelum ini mengkritik secara keras pentadbiran Najib Razak, dan mengatakan kebenaran perlu didedahkan berhubung isu pembunuhan Altantuya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ketua-polis-negara-penipu-kata-pas#sthash.10BJDnVj.dpuf


KAH KAH KAH
woit
kah kah kah
ketua twiter negara
rupa rupa penipu
kah kah kah
APA PUNYA TUUUR





---------------------

SAMBUNG PERJUANGAN TOK JANGGUT






SAMBUNG PERJUANGAN TOK JANGGUT

Himpunan Hari Pekerja #BatalGST yang akan diadakan pada 1 Mei ini di Kuala Lumpur mengambil semangat tokoh pejuang Kelantan, Tok Janggut dalam usaha mendesak Putrajaya membatalkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pengerusi jawatankuasa perhimpunan itu, Mohamad Sabu berkata himpunan itu mendesak Putrajaya membatalkan segera GST berikutan keadaan ekonomi, kehidupan rakyat, rasuah dan pembaziran berterusan.
"Kami daripada parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) akan bersama ke Kuala Lumpur pada 1 Mei untuk mengadakan bantahan sambungan 1 Mei tahun lalu.
"Oleh kerana 100 tahun dulu pada tarikh yang hampir sama, seorang pejuang bangun menentang sistem percukaian dikenakan British kepada rakyat khasnya di Kelantan, maka kami juga memilih slogan tahun ini 'Kami adalah Tok Janggut', bangun menentang sistem percukaian yang menindas rakyat pada waktu itu," katanya.
Mohamad berkata demikian pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur hari ini yang turut disertai 14 wakil pertubuhan politik dan NGO.
Sementara itu, aktivis Hishamuddin Rais berkata penentangan terhadap cukai bukan isu baharu dan ia sudah digerakkan 100 tahun lalu oleh Tok Janggut.
"100 tahun lalu British memperkenalkan cukai tanah, cukai kepala dan cukai sirih pada 29 April, 1915.
"Tok Janggut bersama pengikutnya membantah cukai yang diperkenalkan British.
"Perjuangan kita pada 1 Mei ini bukan perkara baharu. Kita cucu cicit Tok Janggut," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke berkata GST adalah isu rakyat yang merentasi kaum, agama dan latar belakang politik.
Katanya, selepas hampir seminggu pelaksanaan GST, banyak maklum balas daripada peniaga kecil yang diterima menyatakan amat sukar menangani cukai baharu itu.
"Maka DAP akan memberi sokongan penuh bersama-sama rakan #BatalGST. Tuntutan kita ialah kerajaan sepatutnya batal dan tangguhkan GST.
"Pimpinan DAP akan menggerakkan semua ahli, wakil rakyat dan penyokong bermobilisasi pada 1 Mei bersama gerakan rakyat menunjukkan rakyat bantah GST," katanya.
Himpunan 1 Mei ini akan diadakan selepas solat Jumaat di Kuala Lumpur dan lokasi spesifiknya akan dimaklumkan kemudian.
Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat berkata himpunan itu dijangka dihadiri kira-kira 1 juta orang daripada pelbagai pertubuhan seluruh negara dan mana-mana pertubuhan yang berminat boleh mengambil bahagian. – 6 April, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/himpunan-raksasa-kami-tok-janggut-desak-batal-gst#sthash.dX5O5nvh.dpuf

Anti-GST activists draw inspiration from legendary Kelantan warrior

KUALA LUMPUR: Malaysian activists will use Malay warrior Tok Janggut (The Bearded One) as inspiration for an anti-GST demonstration they have planned on Labour Day in May.
A member of the “BatalGST” steering committee Hishamuddin Rais said the famed Kelantanese warrior fought against tax levied by the British exactly 100 years ago.
“The British introduced all sorts of taxes 100 years ago - RM1 cukai kepala (head), three cents cukai kelapa (coconut) and five sen cukai sirih (betel leaf). This is not a new fight exactly,” he said at the #BatalGST press conference at the Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall on Monday.
He said Tok Janggut was hung by the British in June 1915 for fighting them.
“We are all the cucu cicit (grandchildren) of Tok Janggut. Kami semua Tok Janggut (We are all Tok Janggut). We want to create a big wave out of this movement,” he said.
Tok Janggut or Mat Hassan Panglima Munas is  considered to be the first person to revolt against the British in the Malay Peninsula back in the early 1900s


------------------

TUAN EDITOR KANTOI LAGI





Lebih 1,000 bantah tindakan biadap pembangkang


Lebih 1,000 orang menyertai Perhimpunan 604 di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pagi ini bagi membantah kebiadaban pembangkang terhadap Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Shah.


KAH KAH KAH

woit
tuan editor
lain kali minta jukukamera
ambil jarak luas -
  wide angle
atau 
jarak jauh - 
long shot
baru nampak ramai
gambar jarak dekat - close up
nampak  ada 10 orang saje
yang 990 orang ilang
kah kah kah

APA PUNYA KANTOI

NOTA
tuan editor
ini gambar contoh
long shot wide angle
-----------

KAMI SEMUA CUCU TOK JANGGUT






Kenyataan Media: Pelancaran Kempen #BantahGST
6 April 2015

Kami telah memerhati perlaksanaan cukai GST dengan penuh teliti.  Makluman daripada akar umbi menunjukkan rakyat sangat tertekan dengan cukai GST yang baru ini. Hampir kesemua barangan keperluan naik harga mendadak.

Perlaksanaan GST ini juga penuh dengan kontrovesi. Dalam bajet 2015 Perdana Menteri umumkan 54% daripada 900 barangan akan turun harga, sekarang rakyat tertanya-tanya di manakah 486 barangan yang dijanjikan turun harga?

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari permulaan lagi telah menentang perlaksanaan GST atas 4 sebab utama:
1.      1. GST adalah cukai regresif yang menindas golongan yang susah.

Mengikut kajian Penang Istitute, setiap isi keluarga secara purata perlu bayar cukai GST sebanyak RM1080 setahun (RM90 sebulan). Ini memberi kesan yang buruk terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, pesara, isi-rumah bumiputra dan orang muda.

2.      2. Pendapatan seisi keluarga belum mencapai tahap yang memuaskan untuk melaksanakan GST.

Mengikut jawapan parlimen, 80 peratus daripada isi rumah di Malaysia layak menerima BR1M (pendapatan kurang RM3000 sebulan). Hanya 10 peratus daripada 12 juta pekerja layak membayar cukai pendapatan. Ini bermaksud rakyat Malaysia majoritinya susah dan akan dibebankan dengan cukai GST

3.    3. Perlaksanaan GST membebankan peniaga dengan kos dan kerumitan perlaksanaan

Setiap peniaga pada purata perlu membayar lebih RM20,000 kos perlaksanaan GST. Ini adalah bebanan besar kepada perniagaan kecil. Kerja perlaksanaan cukup rumit. Akibatnya banyak kedai membuat keputusan tutup kedai.

4   4. Kerajaan UMNO/BN harus menangani rasuah, pemborosan dan penyelewengan sebelum mencukai rakyat yang susah

Kerajaan UMNO/BN terpaksa melaksanakan GST kerana mereka gagal mengurus tadbir kekayaan Negara dengan baik. Dengan pemborosan dan rasuah yang berleluasa, hutang Negara naik mencecah 55% siling. Hutang Negara dengan hutang kontingensi telah mencecah RM700 billion. Kegagalan UMNO/BN inilah yang menyebabkan rakyat dimangsakan dengan GST.

Kempen #BantahGST

Atas sebab-sebab yang sama, kami membuat keputusan menghidupkan semula kempen #BantahGST.

Kempen #BantahGST ini bertujuan mendapatkan 1 juta petisyen rakyat secara online melalui laman web bantahGST.com

Tujuan petisyen rakyat ini dilancarkan adalah untuk menghantar mesej secara jelas kepada Perdana Menteri Malaysia bahawa beliau harus membatalkan cukai GST.

Kami mensasarkan 200,000 bantahan menjelang 1 Mei 2015. Kemudian berperingkat-peringkat mencapai 1 juta. Kalau suara rakyat kuat, rakyat berkuasa. Kami percaya Suara Rakyat, Suara Keramat.
Tema Kempen ini adalah “Bantah Cukai Rakus, Golongan Susah Tertindas!”

Kempen ini adalah kempen bersiri, dalam 2-3 minggu akan datang, kita akan melancarkan kempen mengikut siri.

Kempen Pertama: #BantahGST Top Up Card

Sebagai perlaksanaan kempen pertama ini, kami ingin membangkitkan isu Telco Top Up Card yang penuh kontroversi.

Mengikut aduan yang diterima oleh Kementerian Perdangangan Dalam Negeri, Konsumer dan Koperasi (KPDNKK), 44% adalah berkenaan dengan Telco Top Up. Ini adalah berpunca daripada kegagalan kerajaan merunding dengan syarikat-syarikat Telco.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menjanjikan tiada GST untuk Top Up Card, tetapi sekarang terbuktinya GST dikenakan. Ini jelas janji tidak ditepati!

Prepaid service merangkumi 60% daripada jumlah call, sms dan data service syarikat Telco. Dengan mengenakan cukai GST, Kita jangkakan syarikat-syarikat Telco akan mengaut keuntungan setinggi RM80-120 juta ringgit setahun.

Isu Top Up card ini melibatkan semua lapisan masyarakat terutamanya golongan anak muda,  pelajar, golongan berpendapatan rendah, warga emas dan pesara. Mereka menggunakan service top up kerana tidak mampu bayar postpaid plan.

Buat masa sekarang, kenyataan kerajaan adalah sangat mengelirukan. Kerajaan hanya mengumumkan penyelesaian 3 bulan sahaja. Itu bukan penyelesaian.

Kami akan perjuangkan tiada cukai GST dikenakan kepada prepaid Top Up. Kami menyeru semua golongan yang tidak puas hati menanda-tangani petisyen rakyat untuk menyatakan suara hati kepada kerajaan. Kami juga akan turun padang membuat kempen mengenai isu ini.

Kalau rakyat bersatu #bantahGST, rakyat akan Berjaya hapuskan GST.
Sim Tze Tzin (PKR Bayan Baru)
Teo Kok Seong (DAP Rasah)
Hanipa Maidin (PAS Sepang)
G Manivannan (PKR Kapar)







---------------

CUCU CICIT TOK JANGGUT





KAMI SEMUA 

TOK JANGGUT
lagu dari cucu cicit
tok janggut



JURUTERBANG KE DUA





MELETUP DI UDARA


KAH KAH KAH

berita hebat
tak sangka
helikopter pun
rupa rupanya
ada juruterbang kedua
berita lagi menarik
apabila dilaporkan
co-pilot ini
sang minah pulaaaaak
kah kah kah

MALAYSAI BOOOLEH

INI MINAH
anti -gst





----------

KELMARIN JALAN PANGGUNG






NASI PANGGUNG
Yang lapar makin lapar
Yang miskin makin miskin 
Gasak Semua yg Tertindas!

Menu & penyumbang di Jln Panggung minggu lepas:
Tim Dapur Jalanan KL - Nasi Putih Toyota masak kari
Tim Syed Shahir - Roti Volvo / Air Honda
Tim KPM Air Keroh - Kueh Perodua / Pakaian
Brader Shahril - Buah Pisang
Anak semua bangsa; yang berkerja bakti bersolidariti & membantu:-
Husain, Aisyah, Afiq, Paan, Aisyah titi, Syuhada, Momo
Faiz, Yusop & kawan-kawan dari KPM Air Keroh,
Awatif, Fitrah & Tim Recycle, Dr Maszlee sekeluarga,
Intan & Sarah, Fazi, Yeoh Lost Gen, Kawan2 UIA PJ
& semua yg hadir, 
berkongsi kasih bersetiakawan 
di Jln Panggung!
Terima Kasih! Thank you! Gracias! teşekkür ederim! merci! cảm ơn bạn!

Jumpa di minggu hadapan  

 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!

 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, CIMB: 8001-7278-49 SPKL Collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon: ezzuandi 0192671285 
atau Hadi Khalid 0126648873
Solidariti untuk Miskin Kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*

6 April 2015




---------------------

LAGI PUNAT KELUAR





Yakin jangka hayat Pasma tak lama

KUALA TERENGGANU – Jangka hayat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) dijangka tidak bertahan lama sekiranya NGO itu mewujudkan parti baharu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman dalam nada sinis mengalu-alukan penubuhan parti baharu Pasma, turut menyifatkan tindakan itu akan hanya menyebabkan Pasma berdepan risiko cepat mati.

Menurutnya, keadaan itu mungkin berlaku terhadap Pasma jika NGO itu benar-benar menubuhkan parti baharu berdasarkan keadaan parti serpihan Pas sebelum ini yang tidak mampu bertahan lama dalam politik negara.

“Kita setuju kerana kalau tubuh parti baharu, cepat mati (tidak bertahan lama) dan kita yakin kerana parti sebelum inipun sudah mati (bubar).


KAH KAH KAH

woit
kah kah kah
satu lagi punat sampai
ini punat dari ganu
kang kang kang
makang ikang

APA PUNYA PUNAT


------------

KAMI SEMUA TOK JANGGUT








KAMI SEMUA

 TOK JANGGUT
ialah 
slogan gerakan anti-gst

 perjuangan menentang cukai
telah dimulakan oleh  TOK JANGGUT
100 tahun dahulu

tok janggut menolak
langkah penjajah british
yang mahu mengenakan cukai:
  • cukai tanah
  • cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setahun
  • cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun
  • kelapa sebanyak 3 sen setandan
  • sireh sebanyak 5 sen sejunjung.
Add caption




-------------

SUARA DALAM PUNAT





NIK Abduh pegang amant arwah bapa
PUTRAJAYA 5 April - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui yang beliau turut menerima amanat daripada Allahyarham

Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mewujudkan hubungan baik 
dengan UMNO bagi memudahkan pelaksanaan hudud di Kelantan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita#sthash.yfaA2k4N.dpuf



INI  PUNAT BISUL

KAH KAH KAH

woit
ada lagi punat ini
kah kah kah
ini punat apa ni?
apa jadi dengan
punat haji hadi?
kah kah kah
APA DIA PUNAT

--------------

SIRUL BODYGUARD MADEY







KOMENTAR
kes pembunuhan altantuya ini
akan berterusan sahingga  
najib dan rosmah ditendang keluar

kenyataan mahathir amat jelas
apa yang dikatakan oleh mahathir cukup terang

sirul adalah bekas pengawal najib
sirul juga adalah bekas pengawal mahathir

ketika sirul bertugas dengan mahathir
sirul TIDAK diberi arahan membunuh
ketika bedrtugas dengan najib
sirul membunuh altantuya
justeru:
siapa yang beri arahan bunuh altantuya
siapa yang upah sirul dan azilah?

sirul kini di australia
sirul hanya menunggu masa untuk bercakap
sirul hanya menunggu ketika yang baik

najib dan rosmah tidak ada pilihan
mengundur
atau kena terajang oleh rakyat

NOTA
dalam dunia ini
tidak ada PM
yang dituduh sebagai 
terlibat dalam kes bunuh




Mahathir: Sirul tak bunuh sesiapa ketika jadi bodyguard saya

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa Sirul Azhar Umar juga pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi beliau sebelum ini.

Bagaimanapun, Mahathir berkata ketika  berkhidmat sebagai pengawal peribadinya, bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, tidak membunuh sesiapa.

"Orang yang dikatakan telah melakukannya (pembunuhan) adalah salah seorang pengawal peribadi saya. Sirul menjaga saya pada pada masa itu.

"Dia tak bunuh sesiapa pun ketika itu. Tak mungkin saya (yang arahkan pembunuhan itu)," katanya di majlis dialog yang dianjurkan oleh WYSG (What Youth Should Know).

Mahathir merujuk kepada dakwaan Sirul bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam satu catatan di blognya pada hari Khamis,  Mahathir mensasarkan Najib Abdul Razak kerana menganggap dakwaan Sirul itu sebagai 'merepek'.

Sirul berkhidmat sebagai pengawal peribadi Najib yang ketika itu menjadi timbalan perdana menteri, semasa pembunuhan itu berlaku pada tahun 2006.




KAH KAH KAH

woit
siapa yang merepek
siapa yang bersilat lidah
siapa mula berkungfu
siapa yang berkelintau

siapa beri arahan bunuh
siapa upah sirul
siapa upah azilah

SATU MALAYSIA

TUNGGU JAWAPAN

-------------------

AL-FATIHAH






AL-FATIHAH
Ibu tak sangka Razakan didalam helikopter
TUARAN - Jenazah pengawal peribadi  Jamaluddin Jarjis, Allahyarham Razakan B Seran selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sg. Damit di sini, kira-kira jam 12 tengah malam, malam tadi.








---------------

RAKYAT MENUNGGU JAWAPAN






INI SOALAN ITU


PM tidak perlu jawan kritikan 


Mahathir - Ku Nan

KUALA LUMPUR 4 April – Najib Razak tidak perlu menjawab sebarang desakan yang dilontarkan Mahathir Mohamad termasuk dalam isu syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana perkara itu telah diperjelaskan.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita#sthash.yfaA2k4N.dpuf


KAH KAH KAH

woit
bila telah dijelaskan?
madey tanya
siapa upah sirul?
apa jawapannya?
madey tanya
siapa upah azilah?
siapa jawab?
woit
tolong jelaskan
sekali lagi
semua pasang telinga

BILA  DIJAWAB





-------------