Jumaat, 2 September 2022

WAJIB TUNTUN - PENCERAHAN TERBAIK



SATU PENCERHAN

AMAT JELAS UNTUK

FAHAM KECELARUAN

 KES

ROSMAH MANSOR

AMIN

PELACUR HILANG PELANGGAN

 


Tiba masa Umno bergerak solo tanpa PAS, kata Zahid

AHMAD Zahid Hamidi hari ini berkata sudah tiba masanya untuk Umno bergerak ke depan tanpa PAS, seolah-olah menutup pintunya kepada sebarang kerjasama masa depan dengan parti Islam itu.

Presiden Umno itu berkata keputusan untuk bergerak secara solo pada pilihan raya umum akan datang adalah kerana sikap PAS sendiri.

“Parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak tanduk dan sikap PAS sendiri.

“Tak perlu sedu sedan apabila PAS sendiri sentiasa main selamat dan mandi dalam beberapa kolam,” kata Zahid di Facebook hari ini. 


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menjawab soalan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, pada kongres tahunan parti itu berkata PAS tidak pernah mengisytiharkan kerjasamanya dengan Umno di bawah Muafakat Nasional (MN) telah berakhir.

Beliau berkata MN lahir daripada dua parti terbesar di negara ini, hasil keyakinan rakyat yang semakin berkurangan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

“Atas sebab itulah Muafakat Nasional ditawarkan kepada rakyat Malaysia, sebagai satu bentuk resolusi yang berani dan tegas daripada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang atau kelas sosial, supaya Malaysia dapat dipimpin semula dengan lebih terarah dan bertanggungjawab.

“MN memerlukan kestabilan dan kekuatan politik, dan citra ini diterjemahkan oleh rakyat melalui siri-siri kemenangan dalam PRK selepas PRU14 yang memperlihatkan synergy yang jelas antara kedua-dua parti dan menghantar mesej yang jelas kepada kerajaan ketika itu.

“Ini semua telah dijadikan sandaran asas dengan termeterainya Piagam MN.

“Kunci kejayaan dan kestabilan politik MN adalah kepercayaan, dan kepercayaan ini dirobekkan oleh PAS apabila memilih untuk menganggotai Perikatan Nasional di bawah Bersatu dan menenggelamkan momentum kerjasama yang dibina bersama Umno melalui MN,” kata Zahid. 

Semalam, Tuan Ibrahim juga berkata PAS tidak akan meninggalkan sekutunya Bersatu atau melupakan pengorbanan yang dilakukannya untuk membantu membentuk kerajaan sekarang.

Beliau berkata Umno juga harus berterima kasih kepada Bersatu dan pengorbanannya kerana mereka kini juga sebahagian daripada kerajaan persekutuan, sambil menambah sebaliknya Umno tidak akan mempunyai peluang untuk berkuasa. – 2 September 2022.

TERBAIK

GARIS TEPAT

DARI ZAHID

AMIN

TOLAK PELACUR

JUAL DUA LUBANG

KAH KAH KAH

BIAR PELACUR

KANG KANG

LUAS  LUAS

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

DARI FAIL JENAYAH

 



DARI FAIL

JENAYAH

AMIN

KHALAS

LANGKAH BIJAK DAN TEPAT


PN sedia kerjasama dengan sesiapa termasuk GTA – Hamzah

PUTRAJAYA – Perikatan Nasional (PN) bersedia menjalin kerjasama dengan sesiapa sahaja, termasuk Gerakan Tanah Air (GTA), kata Setiausaha Agungnya,  Hamzah Zainudin.

“Tidak mengapalah, alhamdulillah kita terbuka bekerjasama dengan sesiapa sahaja,” katanya ketika sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Sebelum ini GTA dilaporkan terbuka untuk berbincang dengan PN mengenai kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun Pengerusi Penaja GTA  Dr Mahathir Mohamad berkata, keputusan sama ada kerjasama akan dijalinkan ‘tidak tahu lagi.

Sebelum ini Pengerusi PN, Muhyiddin berkata, pemimpin pembangkang perlu mempertimbangkan cadangannya untuk mengadakan rundingan kerjasama bagi menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Namun, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengesahkan Pakatan Harapan memutuskan tidak mahu bekerjasama dengan PN.-

GARIS POLITIK

KEMAH BESAR

UNITED FRONT 

GARIS TEPAT

 LAGI BIJAK

AMIN

MUSUH UTAMA

GEROMBOLAN

AMIN

HANYA DENGAN

GARIS 

UNITED FRONT

BAWA KEJAYAAN

AMIN

BANYAKKAN

KAWAN KURANGKAN

MUSUH GARIS

KEMENANGAN

AMIN

BANYAKKAN

MUSUH KURANGKAN

KAWAN

GARIS DAPAT

TELO PENYU

AMIN

TAK BAYAR CUKAI



TAK BAYAR CUKAI

WAJIB SAMA MAKAN

NASI KAJANG

AMIN

KHALAS




CUI BONO - SAPA UNTUNG ?


SAPA DAPAT

UNTUNG ?

AMIN

KHALAS

Unknown commented on 

"MCKK DAN MALAY POWER"

Macam selalu you cakap, siapa Cui Bono, siapa untung, siapa rugi? Insiden 13 Mei siapa dapat untung, sesiapa rancang, sesiapa atur gerak, kah kah kah semua wayang belaka, kalau tak dapat debat lawan cara elok, kita cuba cara tak elok, tak belakang, tikam belakang ini sejarah sejak kerajaan melayu Melaka, depa semua cantik belaka, belakang tikam rancang kerja jahat begitu lah sampai sekarang pun sama, tapi siapa Cui Bono siapa untung sejak 1969 sampai sekarang? Itu persoalan betul kah kah kah cuba jawab dengan ikhlas kah kah

MENGINGATI BULAN SEPTEMBER



INGATI BULAN

SEPTEMBER

AMIN


PADA 1/9/39

PERANG DUNIA 

KE DUA BERMULA

APABILA

POLAND DI SERANG

OLEH GERMAN

AMIN

PADA 2/9/1945

PERANG DUNIA

KE DUA TAMAT

AMIN

KHALAS

BUKAN SUARA ROSMAH ? KANTOI !!!



KANTOI !!!

KAH KAH KAH

BUKAN SUARA

ROSMAH

KAH KAH KAH

AMIN

TAHNIAH. RAM RAM SRI RAM


Pihak pendakwaan cuma jalankan tugas, kata Sri Ram

KETUA Pendakwa Raya Gopal Sri Ram berkata, pasukan pendakwaan hanya menjalankan tugas dalam memastikan Rosmah Mansor disabitkan dengan pertuduhan rasuah hari ini.

Beliau berkata pihak pendakwaan tidak mempunyai apa-apa faedah dengan keputusan yang disampaikan hari ini, menambah mereka tidak ada kepentingan peribadi dalam kes itu.

“Timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam kes ini, begitu juga saya.

“Kami hanya ditugaskan untuk melakukan tugas dan kami jalankan tugas tersebut,” kata Sri Ram kepada pemberita selepas keputusan kes rasuah Rosmah disampaikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Rosmah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta selepas didapati bersalah melakukan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Dengan ini, beliau merupakan yang pertama dalam kalangan isteri bekas perdana menteri berdepan hukuman penjara.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhannya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ketika disoal sama ada beliau gembira dengan keputusan yang disampaikan hari ini, Sri Ram sekali lagi mengulangi ia bukan soal perasaan mereka tetapi tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

“Kami tidak gembira atau gembira dengan apa-apa.

“Kami hanya di sini untuk lakukan tugas kami kemudian kami pergi ke peringkat seterusnya.

“Bukan peranan kami untuk bergembira apabila seseorang dijatuhkan hukuman,” tambahnya.

Sri Ram dalam masa sama memuji timbalan pendakwa raya dan pegawai penyiasat kerana melakukan tugas yang cemerlang dalam kes ini. – 1 September, 2022.

TAHNIAH

TIM PENDAKWA

AMIN

JELAS TUNTAS

PROFESIONAL

AMIN

RAM  RAM RAM

SERI RAM

BERAPA KALI

NAK KENA

BUANG OLEH

NAJIB & ROSMAH

TETAP CEKAL

AMIN

KHALAS

JANGAN MAIN TEATER



Pihak tahu mana Jho Low diminta maklumkan pada Malaysia, kata menteri

MENTERI Dalam Negeri Hamzah Zainudin meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan keberadaan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho, untuk memaklumkannya kepada pihak berkuasa negara ini.

Dalam sidang media selepas mengumumkan pelaksanaan Program Visa Premium (PVIP) Malaysia di Putrajaya hari ini, Hamzah mempersoalkan tindakan pihak yang mendakwa tahu keberadaan Jho Low namun tidak bekongsi maklumat itu dengan Malaysia.

“Dia tahu, kenapa tidak maklum kepada kita lokasi apa semua?”, katanya mengulas laporan yang mendakwa Jho Low berada di taman tema Disneyland, Shanghai, China pada malam Krismas, 2019.

Sebuah portal (Malaysiakini) melaporkan perkara itu didedahkan penulis bersama buku Billion Dollar Whale: The Man Who Fooled Wall Street, Hollywood, and the World, Bradley Hope, menerusi episod pertama program “Where is Jho Low? The Search for the 1MDB Fraud Mastermind”, yang disiarkan di platform YouTube.

Menerusi episod itu, Hope bersama seorang penulis, Tom Wright berkongsi sekeping gambar memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran di taman tema itu. Hope mendakwa gambar bertarikh 24 Disember 2019 itu, diterima daripada sumber yang boleh dipercayai.

Jho Low dikehendaki bagi membantu siasatan berkaitan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) cuba mengesan dan membawanya pulang ke negara ini, namun usaha pihak berkuasa setakat ini masih belum berhasil.

Mengulas dakwaan nama bekas perdana menteri Najib Razak tiada dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia, Hamzah menasihatkan orang ramai agar tidak mudah mendengar khabar angin yang ditularkan di media sosial atau mana-mana platform.

“Sebelum ini (pangkalan data) anda (media) ada tahu ke? Kalau tidak tahu, macam mana ada dakwaan? Kalau bab dakwaan atau surat layang, usah kita dengar,” katanya.

Tular di laman sosial Twitter semalam, mendakwa terdapat maklumat bahawa nama Najib sehingga semalam tiada dalam pangkalan data penjara, dan mereka meminta supaya Jabatan Penjara menafikan perkara itu sekiranya tidak benar. – Bernama, 1 September, 2022.


TAK PERLU

MAIN TEATER

AMIN

JO LO AGENT

CHINA MERAH

UNTUK  BIKIN

HURU HARA

TANAH MELAYU

AMIN

CHIAN MERAH

PILIHARA JO LO

AMIN

WALAU PUN 

DAH ADA TANDA

MERAH DARI

INTERPOL

AMIN

CHIAN MERAH

MASIH SOKONG

NAJIB NAZAK

AMIN

KHALAS

HAKIM PERCAYA KUASA SUAMI PERDANA MENTERI

Rakaman audio 'Can I advise you something' bukti Rosmah kawal Najib, kata hakim

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Rosmah Mansor telah menguasai suaminya, Najib Razak, dan mempunyai kawalan ke atas bekas perdana menteri itu.

Dalam penghakiman setebal 116 halaman, Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata adalah jelas daripada rakaman audio itu bahawa tertuduh memberi arahan kepada Najib berhubung urusan kerajaan.

Beliau merujuk kepada klip audio “Can I advise you something” antara Najib dan Rosmah yang tular sebelum ini.

“Dalam pernyataan saksinya, tertuduh tidak menafikan bahawa suara dalam rakaman audio itu adalah milik beliau dan Najib. Tidak kurang daripada tiga saksi iaitu Rizal Mansor (bekas pembantu Rosmah), bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dan Ketua Setiausaha kementerian itu Madinah Mohamed, secara positif telah mengenal pasti suara dalam rakaman itu adalah milik Najib serta tertuduh.


“Mereka sudah biasa mendengar suara Najib dan tertuduh. Saya tidak meragui bahawa mereka adalah betul. Tertuduh telah cuba untuk meremehkan perbualan itu dengan mengaitkannya kepada perbincangan biasa di antara suami dan isteri. Bagaimanapun, ia bukanlah perbualan biasa antara pasangan suami isteri kerana ia membabitkan urusan kerajaan,” katanya.

Mohamed Zaini berkata nada suara tertuduh juga bersifat memerintah dan bercanggah dengan dakwaannya bahawa beliau mematuhi larangan Najib untuk tidak mencampuri urusan kerajaan.

“Saya menyatakan perkara ini dengan penuh rasa hormat namun adalah jelas bahawa tertuduh menguasai Najib. Beliau mempunyai kawalan ke atasnya. Beliau tidak berhak untuk campur tangan dalam tugas Najib atau urusan kerajaan, tetapi beliau telah melakukannya,” kata hakim itu.

Beliau juga berkata Rizal bercakap benar apabila menyatakan bahawa tertuduh mempunyai sikap suka menguasai orang lain dan berupaya mempengaruhi keputusan dalam perkhidmatan awam kerana sudah lama bekerja dengannya serta mungkin telah menyaksikan sendiri perkara ini.

“Hakikat bahawa individu seperti Mahdzir, Madinah dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Alias Ahmad tidak pernah mempersoal sebarang pertanyaan atau arahan daripada tertuduh atau Rizal menambahkan keyakinan terhadap faktor ini. Tertuduh bukanlah orang yang boleh diambil kesempatan oleh Rizal.

“Beliau memiliki perwatakan yang keras dan tidak akan teragak-agak untuk menegur sesiapa sahaja. Ia juga terbukti semasa perbicaraan apabila beliau tidak gentar ketika disoal balas oleh timbalan pendakwa raya yang bijaksana, yang saya rasakan bukan suatu perkara yang boleh dipandang enteng berdasarkan kewibawaannya.

Mohamed Zaini juga berkata pembelaan Rosmah bahawa beliau tidak pernah campur tangan dalam mana-mana projek kerajaan hanyalah dengar cakap kerana Najib tidak memberi keterangan di mahkamah.

Beliau berkata tertuduh dengan tegas menafikan telah campur tangan dalam mana-mana projek kerajaan terutama projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

“Beliau berkata Najib telah mengingatkannya agar tidak terlibat dengan mana-mana kontraktor dan beliau harus taat sebagai isterinya.

“Tertuduh berkata beliau takut Najib marah dan tidak akan sesekali cuba mempengaruhinya apatah lagi memaksa atau menasihati beliau berhubung urusan kerajaan,” katanya.

Hakim itu berkata semua kenyataan yang dikaitkan dengan Najib adalah bersifat dengar cakap dan tidak boleh diterima sebagai bukti kerana Najib tidak memberi keterangan dan hanya beliau sahaja yang boleh mengesahkan apa yang didakwa oleh tertuduh.

Mohamed Zaini juga berkata beliau mengakui bahawa Aazmey (Setiausaha Umno Pekan Ahmad Aazmey Abu Talib) telah memainkan peranan penting dalam mendapatkan minit mesyuarat daripada Najib untuk kepentingan Jepak Holdings Sdn Bhd namun fakta itu turut membuktikan bahawa tertuduh turut memainkan peranan yang penting.

“Sebagai contoh, tertuduuh telah memberitahu Madinah “You tengok sikit projek solar Jepak. Cepatkan sikit” pada satu majlis Permata. Tiada sebab untuk Madinah mengada-adakan cerita untuk mengaitkan tertuduh. Apa motif beliau? Jika ada, perkara ini tidak pernah dikemukakan kepada beliau,” katanya.

Hakim itu juga berkata Rosmah mendakwa Mahdzir dan bekas ketua setiausaha Kementerian Pendidikan Alias Ahmad mempunyai kepentingan dalam projek itu dan mereka telah melemparkan fitnah terhadapnya untuk melindungi salah laku mereka.

Katanya beliau tidak menemui bukti yang boleh dipercayai bagi membuktikan Mahdzir atau Alias telah cuba mengaut keuntungan daripada projek itu dan terdapat juga banyak tuduhan yang dilemparkan terhadap mereka semasa soal balas, terutamanya Mahdzir.

“Berdasarkan pemerhatian saya, Mahdzir dengan tegas telah menafikan semua tuduhan itu. Beliau tidak pernah menunjukkan sebarang tanda gugup atau bimbang dalam menyangkal tuduhan negatif yang dilemparkan semasa sesi soal balas,” katanya.

Mohamed Zaini berkata pada pandangan beliau, Mahdzir cuba melakukan perkara yang betul.

“Memandangkan Saidi Abang Samsudin, ketika itu Pengarah Urusan Jepak Holdings, adalah kawan rapat (Mahdzir), beliau boleh sahaja mendapatkan manfaat untuk Jepak dengan mudah.

“Keterangan menunjukkan bahawa Mahdzir mahu Jepak melalui proses yang sepatutnya. Beliau tidak mahu jalan pintas diambil berkaitan prosedur Kementerian Pendidikan. Malah beliau cuba memujuk Najib sebanyak dua kali secara peribadi,” katanya.

Hakim itu berkata pada kali pertama, Mahdzir cuba meyakinkan Najib menggunakan tender terbuka bagi projek tersebut dan bukan melalui rundingan terus dengan Jepak.

“Najib bertegas dan menyuruh beliau melaksanakan arahannya. Pada kesempatan kedua, Mahdzir menasihati Najib untuk menangguhkan pengeluaran surat penganugerahan kontrak kepada Jepak kerana syarikat itu tidak memenuhi kebanyakan syarat kementerian itu,” katanya.

Beliau berkata Mahdzir juga mengadu kepada Najib berkaitan gangguan berterusan Saidi dan rakan niaganya Rayyan Radzwill Abdullah serta sikap tidak hormat mereka kepadanya sebagai seorang Menteri.

“Bagaimanapun, Najib sekali lagi tidak mengendahkan rayuannya dan mengarahkan beliau agar mengikut arahannya. Sungguh menakjubkan bahawa kontrak bernilai RM1.25 bilion boleh diberikan hanya dengan mencatat minit tanpa melalui prosedur sewajarnya yang diharap dapat berfungsi sebagai semak dan imbang,” katanya.

Mohamed Zaini juga berkata terdapat dua insiden yang begitu menonjol dan membuktikan terdapat campur tangan aktif daripada tertuduh dalam projek itu.

“Pertama, terdapat insiden yang menyaksikan Othman Semali daripada Kementerian Kewangan memarahi Rizal Mansor, pada masa itu adalah pegawai khas di Pejabat Perdana Menteri dan Saidi ketika mereka datang berjumpa beliau dengan membawa surat mengandungi minit yang menyatakan persetujuan Najib agar Kementerian Pendidikan berunding terus dengan Jepak.

“Ketika memarahi kedua-dua individu, Othman memberitahu mereka bahawa beliau berkhidmat untuk orang ramai dan bukannya ahli politik. Apabila mereka mengadu kepada Rizal, beliau memaklumkan perkara itu kepada tertuduh yang kemudiannya memberitahu Rizal: “Aku dah cakap dengan laki aku dah.” Beberapa hari kemudian, kelulusan daripada Kementerian Kewangan dikeluarkan,” katanya.

Hakim itu berkata kali kedua adalah apabila Saidi dan Rayyan mempunyai masalah dengan klausa 11 dalam surat penganugerahan kontrak itu yang menyaksikan Mahdzir tidak melayan mereka ketika mereka datang berjumpa dengan beliau serta meminta agar klausa itu dikeluarkan.  

“Perkara itu berubah apabila Saidi menghubungi Rizal dan menyerahkan telefon kepada Mahdzir. Rizal memberitahu Mahdzir untuk melakukannya dan mengingatkan beliau bahawa “Mem” iaitu tertuduh prihatin dengan projek itu. Perkara itu sudah memadai untuk memaksa Mahdzir mengarahkan para pegawainya untuk mengeluarkan klausa 11.

“Insiden ini berlaku selepas Mahdzir berjumpa Najib sebanyak dua kali. Adalah jelas kepada Mahdzir bahawa tertuduh berada dalam kumpulan “Jepak.” Beliau tidak silap,” katanya. – Bernama, 1 September, 2022.

PM NAJIB NAZAK

DI KAWAL OLEH

SUAMINYA

KAH KAH  KAH

HAKIM PUN

PERCAYA HAL INI

KAH KAH KAH

WOIT

INILAH KEJAYAAN

INTERNET

MENJADIKAN

ROSMAH SEBAGAI

SUAMI YANG

BERKUASA

KE ATAS NAJIB

KAH KAH KAH

AMIN

KUASA ROSMAH MANSOR


DENGAR

KUASA 

ROSMAH MANSOR

AMIN

TRAIK BALIK ANUGERAH BIDUAN NEGARA


TARIK BALIK

ANUGERAH

BIDUAN NEGARA

OOPPS ... SILAP

BANDUAN NEGARA

AMIN

KHALAS

Hakimi Abdul Jabar commented on 

"MERDEKA KITA MERDEKA"

Kenapa pula Warga Malaysia tidak mempersoalkan? Mengapakah segala darjah kebesaran Banduan Negara tidak ditarik-balik? Adakah jenayah-jenayah berat tersebut sudah menjadi Norma Hidup? Saya yakin ramai Warga Negara Singapura pun tertanya-tanya, segala darjah gelaran kebesaran Farid Kamil & Boy Iman ditarik-balik pemberi, 

tetapi segala gelaran kebesaran Penjenayah yang kini seorang Banduan Negara tidak pula ditarik-balik mana-manapun pihak pemberi. Seolah-olah pemberi darjah gelaran tersebut turut-serta menerima Jenayah-jenayah Berat sedemikian sebagai sumbangan besar kepada Negara-Bangsa! https://www.beritaharian.sg/gaya-hidup/gelaran-datuk-ditarik-balik-dari-5-individu-termasuk-pelakon-farid-kamil-boy-iman

BAU HANCING KENCING



BAU HANCING

SAMA SAJA

AMIN

Unknown commented on
 
"HANYA SATU SOALAN"

Kah kah kah kah. Berdiri ke cangkung ke takde beza. Dia punya hancing bole dungu jap org dok sebelah dia. Kah kah kah kah.

HARI INI HARI BUNG

 



HARI MILIK BUNG

JUMAAT  2/9/2022
HARI INI HARI MILIK
BUNG MOKHTAR & ISTERI

KES BUNG INI
PAGI INI
ATAU
PETANG INI ??

HARI SELASA
MILIK NAJIB
HARI KHAMIS
MILIK ROSMAH
HARI JUMAAT
MILIK MAT LEGAM
HARI JUMAAT
MILIK ZAHID HAMIDI
AMIN

KES RASUAH ROSMAH SELESAI
HARI INI KES ANTI RASUAH
DI TERUSKAN

JELAS NAMPAKNYA
KITA SERIOUS
MENJALANKAN KEMPEN 
ANTI RASUAH
ANTI SALAH GUNA KUASA
ANTI KLEPTOKRASI

NAJIB KE PENJARA
ROSMAH AKAN KE PENJARA
ADA LAH PETANDA BAIK
BAHAWA KITA DI LANDASAN BETUL

TERIMA KASIH MADEY
TERIMA KASIH MUHYIDIN
TERIMA KASIH SABRI
TERIMA KASIH PAKATAAN HARAPAN

TANPA KEMENANGAN
PAKATAN DALAM PRU14
KES NAJIB DAN YANG  LAIN LAIN
TIDAK AKAN DI BONGKAR

DIHARAPKAN PRU15
PAKATAN AKAN BERJAYA LAGI
UNTUK MEMBASMI RASUAH
AMIN

PERANG DI UKRAINE
BERTERUSAN
GAS KE GERMAN
DI TUTUP TERUS
MAK CIK & PAK CIK GERMAN
DAH MULA TEBANG KAYU
UNTUK UMPAN API PEMANAS
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI MENDUNG
MATAHARI TAK ADA
LANGIT KELAM
KABUS TEBAL
KL & KL SENTRAL  BERKABUS

BURUNG BISING
DI PAGI MENDUNG INI
CHIP CHIP CHIP
TWEET TWEET TWEET
ATAS POKOK
DALAM BELUKAR
ENTAH BURUNG APA

DI GAUNG TEPI POKOK ARA
JANTAN BERKOKOK
MEMBAWA SUSANA KAMPUNG
DALAM KOTA KUALA  LUMPUR

HARI INI GUA KE PASAR
KELMARIN BATAL
ADA TAMU DATANG MELIHAT
PAMIRAN DI KUBUR

JANGAN TERSENYUM
TAMU PAGI KELAMRIN
PAK DUTA POLAND
DAN SETIAUSAHA DUTA UKRAINE
MEREKA DATANG
NAK LIHAT
SENI ATAS KUBUR
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM
SENYUM
DI PAGI INI

BRO
JIKA LU KAYA
LU DUDUK  DI HUTAN MANA PUN
ORANG AKAN DATANG CARI LU
KALAU LU MISKIN
WALAU PUN DUDUK TENGAH KOTA
TAKDA SAPA NAK CARI LU

BRO
KALAU LU BERGANTUNG
PADA DUIT UNTUK KEBAHAGIAN
LU TAK KAN PERNAH BAHAGIA
DENGAN DIRI LU SENDIRI

BRO
JIKA LU INGIN
TAPI LU TAK TAHU
JANGAN LAKUKAN

BRO
SATU CARA UNTUK MENDAPAT
PEKERJAAN YANG HEBAT
IALAH  DENGAN CARA LU MENCINTAI
APA YANG LU
KERJAKAN DI SAAT INI

BRO
JANGAN RISAU
MELAKUKAN PERKERJAAN
DENGAN LAMBAT
TAPI RISAU KALAU
LU TAK BUAT APA APA

BRO
LU SENDIRI BUAT APA
LU SENDIRI MENERIMA
AKIBAT

BRO
KETIKA  BERDUIT
INGATLAH  ZAMAN TAK DA SEN
KETIKA TAK DA SEN
JANGAN INGAT
ZAMAN BERDUIT
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
KES BUNG MOKHTAR