Rabu, 17 Jun 2020

DARI BANGSAR KE LAHAD DATU








AL - FATIHAH

DARI BANGSAR

KE LAHAD DATU

SELAMAT JALAN 

FADIL 

12/3/ 1994 

10/6/2020

KATA DUA PADA ANWAR IBRAHIM





TER HOT

TER NOWW

TERKINI
ADALAH DIMAKLUMKAN
MENGIKUT SUMBER DALAMAN
BAHAWA KELAMRIN
ANWAR IBRAHIM
TELAH TERBANG
 KE KUCHING SARAWAK
DENGAN PESAWAT JET PRIBADI

TUJUAN UNTUK 
BERJUMPA ABANG JO

AMAT MENYEDIHKAN
ABANG JO
DIBERITAKAN TELAH
ENGGAN BERJUMPA
ANWAR IBRAHIM

MENGIKUT PANDANGAN
PEMERHATI POLITIK
LAGKAH  ANWAR KE SARAWAK
BERTUJUAN UNTUK 
MENGELAK  DARI
MEMBERI JAWAPAN 
KEPADA
KATA DUA
DARI PARTI AMANAH
DARI PARTI DAP

HARI SELASA
16 JUN 2020
ADALAH HARI AKHIR

MAT SABU 
LIM GUAN ENG
TELAH BERI KATA DUA
KEPADA
ANWAR IBRAHIM
CELAH ATAU BLAH

MENCARI GAMBIR TERJUMPA NENAS





CARI GAMBIR

TERJUMPA NENAS
Wuiiyoooo.... 
Mano kau ambik gambar baeekkkkk ni... 
Bagi link haa... Den dah tak tahan
 nak pacuceng niiiii..... 
on 
NENAS SARAWAK
Publish | Delete | Spam
zaffar
at 16:11

Wowwww!!! Sham....Ko ni nakallah....
steam aku tengok.... 
on 
NENAS SARAWAK
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/06/20

M
Terb

BERANI BUDAK INI









BUDAK BERANI
tiada kata secantik bahasa
 tiada gambar seindah lukisan. 
biar kan saja senyuman yang berbicara ....
 on 
APA MAKNA
 HARI SELASA
in response to
 Perlu ada kesedaran semua, kemahiran Anwar hanya setakat tunggang honda kab,bukan pandu Boeing 777. Kita ni rakyat, penumpang dalam Boeing. Tak kan bagi yang learn motorsikal pandu Boeing? Baik suruh Anwar dapat learn kereta dulu., by Anonymous.
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 17/06/20

tiada k

ANWAR KENCING AHLI PKR






ANWAR LAGI

KENCING 

AHLI PKR


Bye bye. Not interested to reply to a vague charges. I was charged in court before under Peaceful Assembly Act for organising illegal assembly. The charge was very clear but for a party that was supposed to fight for justice, they denied us the very justice we are seeking. 

When I joined the reformati movement, I was 28 years old & now I am 51. I has being with party for the last 21 years working hard to ensure its survival & funded it partly when it was with just one MP in 2004 -2007, & this is how they treated us.

Myself, Pak Mus & Dato Mansor whom they are lìke family members to me travelled around the country to make sure they would win every elections they participated in & we almost couldnt paid the RM7 for the toll for Penang bridge when we returned from Melaka. We spent months & months away from home to calculate & identify the voters in every single village or residential areas, for what?? If they can treated us like dirt, it would be worst for the newcomers. You better think twice if you wanted to join this party.

We never left them but they pushed us away. So bye bye again. They taught us lawan tetap lawan....poodah !

TERJEMAHAN
Selamat tinggal. Tidak berminat untuk membalas tuduhan yang tidak jelas. Saya didakwa di mahkamah sebelum di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana menganjurkan perhimpunan haram. Tuduhan itu sangat jelas tetapi bagi pihak yang seharusnya memperjuangkan keadilan, mereka menolak hak keadilan yang kita cari.

Semasa saya bergabung dengan gerakan reformati, saya berusia 28 tahun & sekarang saya berusia 51 tahun. Saya telah bersama parti selama 21 tahun yang lalu bekerja keras untuk memastikan kelangsungan hidupnya & membiayai sebahagiannya ketika hanya dengan seorang MP pada tahun 2004 -2007, & ini adalah bagaimana mereka memperlakukan kami.

Saya sendiri, Pak Mus & Dato Mansor yang merupakan ahli keluarga kepada saya berkelana di seluruh negara untuk memastikan mereka akan memenangi setiap pilihan raya yang mereka sertai & kami hampir tidak dapat membayar RM7 untuk tol jambatan Pulau Pinang ketika kami kembali dari Melaka. Kami menghabiskan masa berbulan-bulan dari rumah untuk mengira & mengenal pasti pengundi di setiap kampung atau kawasan perumahan, untuk apa ?? Sekiranya mereka dapat memperlakukan kita seperti sampah , itu adalah yang paling buruk bagi ahli  baru. Lebih baik anda berfikir dua kali sekiranya anda ingin menyertai  parti PKR ini.

Kami tidak pernah meninggalkan mereka tetapi mereka menolak kami. Jadi selamat tinggal lagi. Mereka mengajar kami lawan tetap ....poodah !


ANWAR BARU SEDAR





BILA DAPAT

GAMBIR SARAWAK

ANWAR BARU

SEDAR

KAH KAH KAH

Tiada calon PM sehingga konsensus dicapai dalam Pakatan, kata Anwar

PAKATAN Harapan masih belum mengumumkan calon perdana menteri pilihan kerana perlu merujuk kepada parti lain dalam gabungan itu, kata Anwar Ibrahim.

“Masih belum ada keputusan muktamad. Walaupun Pakatan telah buat keputusan, ia masih perlu merujuk kepada parti seperti Warisan dan kumpulan Dr Mahathir Mohamad,” kata presiden PKR itu dalam sesi siaran langsung di Facebook hari ini.

Turut memohon maaf kerana penangguhan, Anwar berkata keputusan siapa yang perlu jadi perdana menteri Pakatan Plus bukan isu penting.


SAPA JADI

PM TAK PENTING

YANG PENTING

ANWAR IBRAHIM

JADI

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

HONDA KAP BARU





HONDA KAP

 BARU
Anwar kalu bwk honda kap
 pun bule tergolek
 on 
NAK PANDU 
BOEING
Publish | Delete | Spam
yeop_sepet
on 17/06/20

Ap

ANWAR NAK JADI PM LAIN TAK NAK




ANWAR NAK

JADI PM SAJA

Tiada calon PM sehingga konsensus dicapai dalam Pakatan, kata Anwar


BERITA  MENYUSUL

ANWAR DAH DAPAT GAMBIR SERAWAK









ANWAR BERJAYA
 DAPAT GAMBIR

SARAWAK

JUGA DAPAT

NENAS  

SARAWAK

MAKA DIA 

BOLEH BERI 

JAWAPAN

PADA SOALAN

SAPA NAK JADI

PERDANA MENTERI
KAH KAH KAH

RAMAI TINGGALKAN PKR




TINGGAL PKR
Bye bye. Not interested to reply to a vague charges.


JANGAN DENGAR KABAR ANGIN





KABAR ANGIN

BERITA PALSU LIAR MENULAR
JANGAN PERCAYA
JANGAN DENGAR

BERITA PALSU
MELAPORKAN BAHAWA
ANWAR IBRAHIM
PERGI KE SARAWAK
UNTUK CARI
NENAS SARAWAK
DAN
GAMBIR SERAWAK
JANGAN PERCAYA
MENURUT SUMBER
DALAMAN  
ANWAR PERGI 
KE SARAWAK UNTUK
MENCUBA NAIK
JET PRIBADI
MILIK TOWKAY 
LENDIR SARAWAK
AMIN

CARI APA SARAWAK






CARI  APA

DI SARAWAK
Lari ke sarawak adalah trik lama saudara anwar.malas nak sebut pangkat,malas juga nak sebut abam nanti naik shekh.mmg dia tok syekh pon.putar alam sampai penyerang lupa tujuan asal menyerang juga taktik lama.saudara anwar tak pandai tukar taktik.tapi bagus itu.
 tim wawasan yg taat.tok wan buat cantik kerusi PM supaya saudara Anwar akan halang sesiapa yg cuba cabar kerusi PM.bodo nya.itu la pau paling besar.nak bukak forex balik?masa kena jawab kes omega ke mana? Sarawak jugakkah? Tok wan jugak tanya omega.masa pkr sarawak terbang kerusi pergi mana pulak? Masih disarawak kacau parti lain kah? 
on 
APA MAKNA 
HARI SELASA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 17/06/20

Apa ya

BERITA TAKUT MENGUMBIRAKAN






BERITA INI

MENAKUTKAN

PAK LEBAI PUN

PANDAI RASUAH

TAPI UMAT

 JANGAN RISAU 

 ADA HIKMAH  

SPRM tahan penolong pegawai hal ehwal JAINJ

JOHOR BAHRU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Segamat menahan seorang penolong pegawai hal ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hari ini kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM130,000.

Wanita berusia 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira pukul 3 petang tadi bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, siasatan mendapati suspek meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa orang kontraktor sebagai balasan kerana mendapatkan kerja-kerja bekalan di JAINJ.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM negeri  Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.- BERNAMA


KITA GUMBIRA

 MAMAT INI

JAGA NERAKA

BOLEH RASUAH

UNTUK BAWA 

MASUK

BIDADARI

KAH KAH KAH

SORANG PUN

CUKUP

TAK PERLU 

72 EKOR 

KAH KAH KAH

PERANG KELAS - CLASS WAR


  




PASCA KOBID

PERANG KELAS KITA


Bila saya  menggunakan perkataan kita disini maknanya kita anak semua bangsa. Kita dari bangsa semua agama. Kita bermakna kita  warga  Tanah Melayu. Kita warga Sabah dan Sarawak. Kita yang dilahir dan dibesarkan di  Malaysia.  

Tapi awas  bukan semua orang dihadapan kita itu termasuk dalam istilah kita - kita.  Mereka  bukan orang kita.   Bukan orang kita ini ialah pendatang.  Siapa dia pendatang?

Pendatang ialah orang asing, pekerja asing, buruh asing  yang ada permit, buruh haram tak ada  permit kerja. Yang menyamar  atau  menipu kad pengenalan termasuk expat yang halal dan haram. Semua mereka ini adalah pendatang. Mereka ini bukan orang kita. Mereka ini orang lain. Dalam bahasa politik pasca moden mereka ini di takrif sebagai – the other.

Kita wajib  jelas dalam hal siapa pendatang dan siapa warga negara.  Jangan sesekali merasa chuak atau sangsi dan takut untuk mengeluarkan perkataan pendatang dan kita. Jangan risau atau takut dilontar bom nuclear bernama RASIS.

Kita wajib berani berhadapan dengan ajenda pendatang ini. Jangan ulangi  sejarah tahun 1969. Sesudah Mei13 kita  selalu terbaca induk berita : masalah kaum disimpan bawah tikar. Masalah perkauman tidak dibincang. Masalah agihan ekonomi  tidak ditimbulkan. Melayu marah pada China dan dan dan.

Sudah terantuk baru nak tengadah.

Saya selalu menulis  dan mangajukan agar kita  semua  memiliki sikap seorang  matador yang sedang berhadapan dengan lembu jantan yang bernama xenophobia. Sebagai matador yang cekap ketika berhadapan dengan lembu ini kita wajib pegang tanduknya dan dipatahkan lehernya. Amin.

Justeru jangan salah faham. Kita bukan mengembangkan fahaman kanan  atau  pandangan dunia kanan yang benci kepada orang lain.  Tulisan ini bukan menganjurkan  fahama xenophobia. Tidak.  Tulisan in bertujuan  cuba  menganalisa dan  merungkai  ajenda : pendatang asing. Cuba memahami sebab musabab kenapa kita benci kepada pendatang asing. Juga kenapa ajenda pendatang asing ini tenggelam  atau apakah ianya  sengaja ditengelamkan.

Ditenggelamkan – disimpan bawah tikar sehingga berjaya diselongkar oleh serangan karona. Virus  Karona  telah membuka mata kita semua untuk berhadapan dengan ajenda  pendatang asing.

Untuk memahami pandemic serangan Covid-19 ini kita  juga wajib melihat sejarah.  Jika kita tidak melihat , merujuk dan memahami sejarah maka babak sejarah itu akan berulang.

Saya mengarap tulisan ini pada pagi  Selasa 16 Jun 2020. Pada saat ini  seramai 8,112,613 warga dunia telah dihinggapi oleh virus Karona. Seramai 439,501  warga dunia telah mati akibat Covid-19.  

Sayugia diberi tahu. Hubaya hubaya. Ini bukan kali pertama dunia menghadapi pandemic saperti yang kita hadapi hari ini.  Pada tahun 1918  Spanish Flu telah menyerang Eropah  dan merebak ke seluruh dunia. Penduduk dunia ketika itu baru mencecah 500 juta orang. Seramai 50 juta telah mati akibat Spanish Flu.

Sebelum Spanish Flu  menyerang  wujud  wabak tikus  - Bubonic Plaque –  telah menyerang Eropah.   Wabak yang dipopularkan sebagai Black Death – Mati Hitam. Wabak tikus  ini  sampai ke Eropah disekitar tahun 1347.  Dari kajian sejarah kini telah  dibuktikan bahawa wabak tikus ini  bermula dari Asia – dari Mongolia.  Wabak ini  secara senyap senyap menular ke India , ke TimurTengah dan  akhirnya sampai ke Eropah.

Apa hubung kait Spanish  Flu dan Bubonic Plaque dengan apa yang sedang dirasakan di Selayang, di Selangor Mansion, Pudu atau Chow Kit.  Apa sangkut pautnya dengan pendatang. Sabar.  Semuanya ada pertalian.  Babak babak sejarah ini adalah guru yang akan memberi pengajaran kepada kita.

Hakikatnya ada  ciri dan pola yang wajib kita ketahui tentang watak penularan wabak  yang terdahulu  dan wabak Covid-19 terkini.

Wabak tikus bermula di era Pax- Mongolia. Kuasa dunia yang terbesar pada ketiak itu ialah kerajaan Mongol yang menakloki hampir satengah bumi manusia.  Kuasa Mongol dari Asia ini telah membuat jaringan apa yang kenali sebagai Jalan Sutera – Silk Road.

China, India , Timur Tengah  menjadi rapat melalui Jalan Sutera.  Jalan baru ini membuka ruang niaga ke Eropah pada ketika itu. Ini adalah bentuk globalissi  di era Pax Mongolia.  

Di era  Pax Mongolia ini pekan dan bandar baru bertumbuh cambah. Peniagaan  semakin racak.  Contohnya sebuah kota bernama Kafa di Crimea menjadi pusat peniagaan yang rancak. Perlabuhan kota ini menjadi talian penting perniagaan  dari Asia ke Istanbul kemudian ke Venice , Florence dan Genoa di Itali dan Eropah.

Disurahkan dari  pelabuhan  Kafa 12  kapal telah berlayar  ke Messina di Sicily.  Dikatakan anak kapal telah dihinggapi oleh wabak tikus yang datang dari Asia. Sesampai ke pelabuhan ini didapati ramai kelasi telah mati. Yang sakit tapi  masih hidup   membawa jangkitan ke pelabuhan Marseilles. Dari sini  ke Lyon di utara Peranchis ,  ke Bordeoux, akhirnya sampai ke Paris. Dari Marseilles juga  wabak ini dibawa oleh pelaut  ke Tunis di Afrika Utara.

Dari tahun 1347-1351  dilaporkn seramai 25 juta telah mati  dari serangan wabak tikus ini.

Pelabuhan menjadi pusat perniagaan. Bila perniagaan makin rancak penduduk makin ramai. Kampong menjadi pekan. Pekan menjadi kota.  Pelabuhan menjadi kota kosmopolitan.

Warga kota  mula hidup berasak asak.  Rumah dan bilik-bilik sempit disewakan untuk pedagang yang lalu lintas dari Jalan Sutera ke pelabuhan.  Pekan  dan kota  yang membesar tanpa  perancangan.Entah dimana wajib ada longkang, tandas,, tempat sampah dan kumbahan.  Akhirnya kota  menjadi kotor. Maka dsinilah tikus membiak.

Ciri dan pola wabak tikus  tidak jauh bezanya dari  apa yang sedang kita hadapi. Pax Mongolia kini beralih kepada Pax Anglo-Amerikana . Kafa ialah Wuhan kota dagang yang membesar tatapi kotor.  Kuala Lumpur juga adalah Kafa. Lalu lintas Jalan Sutera  kini menjadi lintas   Air Asia .

Dasar berdagang  yang terbuka menjemput pendatang asing.  Tahun tahun   1300 di Kafa, di Istanbul, di Baghdad, di Kabul , Rome, Venice, Genoa,  pelbagai bangsa  datang berdagang. Ini tidak jauh bezanya dari Kuala Lumpur.  Tiga dekad kebelakangan Kuala Lumpur  menjadi pusat perniagaan yang rancak.   Lalu Lalang   laut , udara dan darat  rancak. Berjuta pendatang  asing keluar masuk.  Ini berlaku bukan hanya kepada Kuala Lumpur. Singapura, Hong Kong, Manila, Jakarta – semua memiliki pengalaman yang sama.

Di India dan di China ada juga pendatang yang meramaikan kota. Mereka ini imgran dari luar kota.  Dari kampong dan desa masuk ke kota mencari pekerjaan. Mereka menjadi pendatang haram  di kota Wuhan,  Beijing ,  Shanghai, Mumbai atau di New Delhi.

Apa yang jelas ialah ekonomi kapitalisma. Dari era mercantile capitalism – ke era  Pax Mongolia hingga ke  era kapitalis global  ialah akidah  mengumpul keuntungan maksima. Kota menjadi pusat perniagaan dan peluang pekerjaan. 

Untuk laba cepat warga kota tinggal dalam kawasan sempit berasak-asak.  Tuan punya rumah, tuan punya bilik memberi pendatang duduk dalam bilik sewa yang sempit.  Disetiap kota ada wilayah miskin. Lagi miskin lagi hampeh tempat tinggal. Lagi hampeh tempat tinggal lagi  ramai tikus berkampong. Lagi senang merebak wabak tikus.

Wilayah wilayah miskin saperti Selayang, Pudu,  Selangor Mansion, Chow Kit ini hanya wilayah ulang tayang. Wilayah sademikian bukan hanya wujud di Kuala Lumpur.  Wilayah miskin ini menjadi tempat berkampong pendatang yang halal dan yang haram. Dari luar negara dan dari dalam negara.

Kota London ada  Whitechapel , ada Brixton. Kota  Paris ada Pigalle, di Brusells ada Midi, ada Molenbeek , di Karachi ada Korangi, di Berlin ada Kreuzberg dimana imigran Turki tinggal. Di New York ada Harlem.  Di Hong Kong ada Sham Shui Po. Di New Delhi ada Balaswa.

 Ertinya watak wilayah miskin ini bukan hanya wujud di Kuala Lumpur.  Para pelancung terdengar saja nama nama nama wilayah ini  akan merasa gerun.  Justeru  wilayah ini diminati oleh  Cik Minah Tikus. Hari ini tahun 2020 wilayah miskin saperti ini  menjadi sarang karona membiak.

Wajib juga diberitahu disini bahawa di United Kingdom, di Amerika, di German dan di Brazil – statistik menunjukkan ramai warga  menjadi mangsa Karona datang dari wilayah miskin.  Di UK dan di Amerika data dan statistic telah menunjukkan  jumlah angka kematian  lebih tinggi dikalangan mereka yang bukan berkulit puteh. 

Ini bukan bermakna virus Karona memilih yang gelap dan hitam sebagai mangsa.  Justeru apa makna semua ini. Dari fakta-fakta ini apa  rumusan yang boleh dijadikan pelajaran.

Rumusan yang paling jelas pada ketika  ini ialah kita sedang berhadapan dengan perang kelas. Perang kelas bermakna kaum buruh dan kaum tani bersatu memerangi kaum  feudal dan kaum kapitalis. Kelas feudal dan kelas kapitalis ialah kelas penindas. Mereka menjadi kaya raya dan hidup senang lenang kerana memeras tenaga kaum buruh dan kaum tani.  Ini perang kelas dalam  takrifan  Marxis  klasik.

Perang kelas 2020 agak berbeda.   Yang sedang  melancar perang kelas terhadap kaum miskin, kaum imigran dan pendatang ialah virus Karona.  Manakala  kaum pemodal, kaum kapitalis dan kaum feudal telah menyelamatkan diri. 

Akhbar Guardian London pada  11 March telah melaporkan bagaimana  para billionaire dan jutawan telah terbang ke pulau  pulau  yang selamat. Atau masuk ke gua-gua – bunker -  yang dibuat khas kalis  senjata nuclear. Dalam gua-gua ini mereka yang kaya hidup selamat dari serangan Karona. Mereka juga telah menghantar jet pribadi untuk menjemput para bomoh tabib dan doctor dari klinik  swasta Harley Street London. Kesehatan mereka dijaga rapi.

Jika pun mereka dihinggapi Karona saperti Boris Johnson Perdana Menteri Britain  - mereka akan mendpat rawatan terbaik.  Ini bebeza dari laporan  akhbar Independent London pada 27 March lalu. Akhbar ini melaporan bagaimana anak muda berumur 17 tahun di New York telah sampai ke hospital tetapi telah dinafikan khidmat perubatan kerana tidak memiliki  insuran kesehatan. Anak muda ini menjadi statistik  menambah angka kematian mangsa Karona.

Pesakit dinafikan khidmat doctor bukan hanya berlaku di Amerika. Kita terbaca berita yang sama berlaku di India, di Indonesia, di China Merah atau di Manila. Yang miskin terlantar mati.

Terima kaseh kerana Covid-19 yang pada hemat saya  sedang menimbulkan kesedaran kelas. Apa dia kesedaran kelas. Apa hubungan kita dengan  kelas dengan imigran, dengan  pendatang,  buruh dan warga miskin. Tunggu minggu  hadapan. (TT)