Kenyataan Najib Mengenai Pimpinan Harapan Bukti Beliau Terdesak Untuk Terus Berkuasa

Pada ketika Pakatan Harapan semakin kukuh dan kuat dari hari ke hari dan semakin bersiap sedia untuk berhadapan dengan UMNO-BN di PRU14 nanti, pentadbiran Najib terus terpalit dengan krisis dan skandal kewangan seperti 1MDB.
Kenyataan Najib hari ini menunjukkan betapa takutnya beliau sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14, maka para kleptokrat dan perompak wang rakyat akan dibawa ke muka pengadilan.
Saya ingin mencadangkan agar Najib tidak memperlekeh kekuatan dan iltizam Pakatan Harapan dalam membina Malaysia yang lebih baik, dan sebaliknya beliau perlu mengumumkan bahawa beliau bersedia menerima kehendak rakyat dan memastikan peralihan kuasa yang baik sekiranya Pakatan Harapan memenangi PRU14 nanti.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Presiden Pakatan Harapan
25 Julai 2017
------------------