Selasa, 10 Mei 2022

BERIAT BAIK UNTUK RAKYAT

 

BERITA BAIK

AMIN

GEROMBOLAN

MULA GADUH

SAMA SENDIRI

AMIN

GADUH BUNUH 

TERAJANG PAKSA

KAH KAH KAH

RAJA PAKSA RAJA

MACAM

 DI SRI LANGKA

KAH KAH KAH 

TANDA MALAPETAK CUACA

 



Taburan hujan rendah mulai 14 Mei, elak pembakaran terbuka

KUALA LUMPUR – Kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain susulan monsun barat daya dijangka bermula pada 14 Mei ini.

Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan sepanjang tempoh ini dan keadaan ini menyebabkan taburan hujan yang rendah.

Monsun ini akan berterusan sehingga pertengahan September 2022, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Semasa monsun barat daya, lazimnya angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang lebih stabil.

Walau bagaimanapun, hujan lebat beserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi.

Garis badai adalah garisan ribut petir yang terbentuk akibat penumpuan angin dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Dalam tempoh Monsun Barat Daya, fenomena jerebu boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya semasa Ogos hingga Oktober.

Oleh itu, tambahnya, pembakaran terbuka haruslah dielakkan bagi mengurangkan kesan jerebu dan pencemaran alam sekitar.


Orang ramai juga disaran menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini. 


INI TANDA JELAS

 MALAPETAKA

CUACA

 SUDAH SAMPAI

AMIN

KITA WAJIB LAWAN

TAPI MELAWAN

BUKAN HANYA

KITA SAJA

AMIN

KITA WAJIB

BERSAMA WARGA

DUNIA LAWAN

MALAPETAKA

CUACA

AMIN

MALAYSIA 

BERSENDIRIAN

TIAK AKAN BERJAYA

AMIN

HANYA TINDAKAN

SECARA GLOBAL

AKAN BAWA HASIL

KHALAS

AMIN

JANGAN SUSAHKAN RAKYAT

 



Pemimpin perlu betulkan naratif ‘rakyat sudah muak dengan politik'

KUALA LUMPUR – Semua pemimpin dan parti politik mempunyai tugas untuk membetulkan semula naratif ‘rakyat sudah muak dengan politik’.

Ini berikutan jumlah pengundi yang keluar mengundi pada tiga pilihan raya negeri (PRN) iaitu di Sarawak, Melaka dan Johor menunjukkan peratusan yang amat membimbangkan.


Menurut Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah),  Salahuddin Ayub, naratif tersebut perlu diperbetulkan terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Beliau menegaskan, sistem demokrasi lebih sempurna apabila mereka yang berhak untuk menunaikan tanggungjawab keluar mengundi.

“Pola penurunan ini sebetulnya adalah membimbangkan. Justeru saya harus akui bahawa semua pemimpin dan parti politik memikul satu tanggungjawab yang besar untuk memperbetulkan semula naratif ‘rakyat sudah muak dengan politik’ ini terutamanya menjelang PRU15 akan datang.


“Sistem demokrasi dan pilihan raya negara akan mempunyai imbangan yang lebih baik bukan hanya apabila adanya pengundi; tetapi adanya pengundi yang keluar mengundi menjadi indikator kepada sistem yang berfungsi,” kata Ahli Parlimen Simpang Pulai itu.

Pada PRN Sarawak, jumlah yang keluar mengundi adalah 61 peratus. Sementara di Melaka sejumlah 66 peratus keluar mengundi dan di Johor mencatatkan peratusan yang kecil iaitu 55 peratus.

“Persoalannya mengapa rakyat jadi tidak minat untuk mengundi? Rangkuman daripada beberapa analisis yang dibuat oleh para penganalisis politik.

“Antara faktor ‘kelesuan politik’ ini adalah disebabkan oleh krisis politik iaitu isu rasuah, lompat parti, integriti, ancaman kesihatan COVID-19, kekecewaan pengundi terhadap politik tanah air, literasi politik dalam kalangan anak muda (mengambil kira Undi-18 di PRN Johor dan sebagainya,” kata Salahuddin.

PRU-15 bakal berlangsung pada bila-bila masa kerana tinggal setahun sahaja lagi sebelum penggal pentadbiran ke-14  tamat.

RAKYAT MAHU

LIHAT SATU

UNITED FRONT

BARU

AMIN

SATU AGENDA:

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

DAN 

MASUKKAN NAJIB

KE DALAM JIL

KHALAS

BUKAN SAPA

NAK JADI PM

BUKAN SAPA

DAPAT KERUSI

LEBIH

KHALAS

JANGAN BERI

RAKYAT SUSAH

UNTUK BUAT

BANYAK PILIHAN

AMIN

INI JADI KACAU

RAKYAT MAHU

LIHAT SATU

KEMAH BESAR

AMIN

NAJIB JADI SAMSENG

 




Saya rasa takut selepas jumpa Najib, kata juruaudit KPMG

RAKAN pengurusan KPMG Malaysia Johan Idris memberi keterangan pada perbicaraan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Najib Razak hari ini bahawa beliau berasa “takut” dengan bekas perdana menteri itu.

Minggu lalu Johan berkata Najib “mengarahkan” beliau untuk menandatangani penyata kewangan 1MDB 2013.

Hari ini di mahkamah beliau berkata beliau berasa takut apabila disoal oleh Ketua Pendakwa Raya Gopal Sri Ram semasa soal balas berkenaan pertemuan di kediaman Najib di Jalan Duta pada 15 Disember 2013.

Johan berkata beliau adalah satu-satunya wakil KPMG yang dibenarkan masuk ke dalam rumah untuk menghadiri mesyuarat itu. Pada masa itu KPMG belum menandatangani laporan audit untuk tahun kewangan 1MDB berakhir 31 Mac 2013.

Ini kerana 1MDB tidak memberikan maklumat yang diminta KPMG sejak April 2013.

Johan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas berjumpa dengan Najib, beliau pulang ke rumah dan menaip minit mesyuarat yang kemudiannya dikongsi dengan beberapa rakan KPMGnya.

Johan berkata beliau memasukkan dalam minit “arahan” Najib kepada KPMG untuk menandatangani laporan audit itu menjelag 31 Disember 2013. – 10 Mei 2022.

NAJIB JADI

SAMSENG

PAKSA LULUS

AUDIT TIPU

AMIN

INI BAHAYA

NAJIB ADA MASA

3 BULAN UNTUK

CABUT LARI DARI

KES SRC 

12 TAHUN PENJARA

AMIN

AWAS NAJIB

AKAN TUNJUK

BELANG BILA

TERDESAK

KHALAS

KEJAYAAN PAKATAN HARAPAN

 


KEJAYAAN
PAKATAN

DALAM  PRU14

IALAH BAWA

NAJIB ROSMAH

KE MAHKAMAH

AMIN

BILA MASUK

PENJARA

INI KEJAYAAN

PALING UNGGUL

KHALAS

MAK BADAK BUNTING LAGI

 



MAK BADAK

BUNTING LAGI

AMIN 

benlamen commented on 

"HENDAK LARI"

lepas ni makbadak pulak bunting n perlu beranak d india. d sana banyak bomoh bolih take care dia. awal ogos bolih lah mahkamah msia kembali kan paspott untk lakibini puaka ni. dia nnti kata depa lakibini x kan lari, apa nak takut mail bera. kollu inallillah.

ESOK SAMBUNG

 



ESOK SAMBUNG

AMIN

Unknown commented on

 "AWAS - NAJIB AKAN LARI"

Story hitchhiking pi Penang dah tamat ke?

NAJIB AKAN CUBA LARI

 




Arahan Najib 

supaya 

KPMG tandatangan 

penyata kewangan 1MDB

 satu bentuk ugutan, 

kata saksi


Saya rasa takut selepas jumpa Najib, kata juruaudit KPMG



AWAS
NAJIB

AKAN

CABUT

AMIN


VIRUS WUHAN KEMBALI MENYERANG CHINA MERAH

 

HOOOOONG

YA LA HOOONG

ASAL KAU

DI BILIK MAKMAL

CHINA MERAH

AMIN

BALIK KAMU

KE CHINA MERAH

KHALAS

YA ASAL BALIK USUL

KAH KAH KAH

AWAS - NAJIB AKAN LARI

 


AWAS !!!

NAJIB AKAN LARI

AMIN

Unknown commented on 

"AWAS ! JAGA JAGA"

Sama apa yg den pikir. Satu masa setelah segalanya terkunci, akhirnya dia akan cabut lari. Sementara ni dia masih try..nak jaga jadi yb..nk jadi pm lagi..nak panggil ratu england punya loyar..nak kawtim agong..dll.kahkahkah

CILAKA YANG LEBIH CILAKA

 


ADA YANG LEBIH

CILAKA DARI

PARTI PELACUR...

...OPPS..SILAP

DARI PARTI PAS

KAH KAH KAH



Batu tepi jalan commented on

 "FITNAH FITNAH 

BANYAK FITNAH"

Parti pas ni memang cilake tapi yg lebih cilake mereka yg duduk luar enjoy menjoy balik kampung undi pas ...lepas undi lari duk luar bekerja dan menikmati segala benefit di negeri² bukan pemerintahan parti pas. Parti pas kelantan cakap 'membangun bersalam ulamak' kahkahkah kepala butoh dia. Kelantan negeri paling jahanam bawah pemerintahan pas.


PETANG YANG INDAH

 



PETANG YANG

INDAH

AMIN

PANAS YANG

MENJANJIKAN

AMIN

LE CHATEAU

10/5/2022

JAM 3 PETANG

AMIN


 



HENDAK LARI

 



PDRM

WAJIB


KAWAL


NAJIB


TAK 


CABUT


LARI


AMIN

RAJA. DIPAKSA TURUN TAHTHA - ISTANA DI BAKAR

 

RAJA DI PAKSA

TURUN TAHTHA

AMIN

ISTANA DI BAKAR

AMIN

RAKYAT MUAK

DENGAN RASUAH

KHALAS

IKUT CARA SRI LANGKA

 



Zahid gagal dapatkan kenyataan 15 saksi SPRM

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan rakaman kenyataan 15 saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes rasuah beliau membabitkan dana Yayasan Akalbudi (YAB).

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata mahkamah perlu mengambil kira polisi dan kepentingan awam dalam memutuskan permohonan itu seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes membabitkan Suruhanjaya Sekuriti.

“Pada pandangan saya, unsur polisi dan kepentingan awam berlanjutan sehingga ke peringkat pembelaan dalam perbicaraan kes jenayah. Mereka (saksi) boleh terdedah kepada intimidasi dan sebagai contoh, diugut agar memberikan keterangan yang berbeza daripada yang terdapat dalam rakaman kenyataan.

“Tindakan membalas dendam mungkin diambil terhadap pendedahan yang dibuat dalam kenyataan terbabit dan perkara ini bukan sesuatu yang tidak berasas. Saksi berpotensi akan menjadi keberatan untuk tampil memberikan kenyataan dan keterangan kerana kerahsiaan adalah tidak terjamin sekali gus menyebabkan berlaku gangguan dalam pentadbiran keadilan,” katanya.


Beliau juga berkata Pegawai Penyiasat SPRM Khairudin Kilau telah meluahkan kebimbangan mengenai sebab kenyataan saksi pendakwaan yang ditawarkan kepada pembelaan tidak sepatutnya diberikan.

“Khairudin mendedahkan dalam afidavit beliau bahawa saksi terbabit mempunyai hak istimewa kerana kenyataan terbabit dibuat sepanjang komunikasi rasmi dan secara sulit kepada SPRM,” katanya.

Hakim itu berkata Khairudin juga berpendapat bahawa sebarang pendedahan akan memprejudis dan menjejaskan kepentingan awam kerana kenyataan itu dibuat berdasarkan kepercayaanserta jangkaan bahawa ia akan kekal sebagai sulit.

“Khairudin berkata perkara ini akan menyebabkan bakal-bakal saksi keberatan untuk memberikan kenyataan dan boleh mengganggu siasatan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau juga berkata kebimbangan yang disuarakan Khairudin terdapat dalam peruntukan Seksyen 124 Akta Keterangan.

Seksyen 124 menyatakan bahawa tiada pegawai awam boleh dipaksa untuk mendedahkan komunikasi yang dibuat kepadanya secara rahsia rasmi apabila beliau beranggapan bahawa kepentingan awam akan terjejas susulan pendedahan itu.

Pada 18 Februari lepas, pasukan pembelaan Zahid memfailkan permohonan untuk mendapatkan kenyataan saksi terbabit.

Antaranya ialah kenyataan Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi, yang juga saudara lelaki Zahid kerana mendakwa ia penting dan mempunyai kaitan dengan pertuduhan ke-11 yang dihadapi ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Pada 24 Januari lepas, Sequerah memerintahkan Zahid membela diri atas 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Zahid mula membela diri pada 13 April lepas dan akan menyambung keterangan pada 23 Mei ini. – Bernama, 9 Mei, 2022.      


IKUT CARA

SRI LANGKA

AMIN

RAKYAT BOSAN

MELIHAT KES

RASUAH POLITIKUS

AMIN 

MASUK 

MAHKAMAH

TAK SELESAI

BERTAHUN TAHUN

AMIN

CARA SRI LANGKA

WAJIB JADI

PANDUAN

AMIN

ORANG RAMI DAH MUAK

 



Keterangan cukup untuk dakwa Bung Moktar dan isteri, kata pengawai penyiasat

MAHKAMAH Sesyen di Kuala Lumpur hari ini diberitahu terdapat keterangan mencukupi untuk mendakwa Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin dan isteri Zizie Izette Abdul Samad atas kesalahan rasuah membabitkan wang berjumlah RM2.8 juta.

Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Haris Ibrahim, 42, berkata beliau mengesyorkan kepada pihak pendakwaan untuk mendakwa Bung Moktar dan isteri berdasarkan dokumen yang diperoleh serta keterangan saksi-saksi (yang dirakam percakapan oleh SPRM).

“Jumlah wang yang disyorkan bagi pertuduhan terhadap Datuk Seri Bung Moktar dan Datin Seri Zizie Izette adalah RM2.8 juta,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How pada perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri berhubung pelaburan unit amanah Public Mutual Berhad.

Penguasa Kanan SPRM itu berkata berdasarkan hasil siasatan yang dilakukan, beliau telah mencadangkan kepada pihak pendakwaan supaya Bung Moktar mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 manakala Zizie Izette atas pertuduhan bersubahat di bawah Seksyen 28(1) (c) akta sama.

Disoal sama ada isu wang RM2.8 juta pernah ditimbulkan sebagai ‘introduction fee’ (wang pengenalan) kepada Zizie Izette sebelum pertuduhan terhadap pasangan suami isteri dicadangkan kepada pihak pendakwaan, saksi pendakwaan ke-27 dan terakhir itu menjawab: Tidak pernah.

Law: Sejak bila kamu dengar RM2.8 juta itu adalah ‘introduction fee’ untuk Datin Seri Zizie Izette?

Mohd Haris: Saya dengar mengenai ‘introduction fee’ pada Februari 2021 selepas dimaklumkan oleh pegawai penyiasat yang menggantikan saya bagi mengendalikan kes ini iaitu Penguasa Kanan Mohd Ihsan.

Dalam prosiding sebelum ini, perunding unit amanah Norhaili Ahmad Mokhtar memberitahu mahkamah bahawa Zizie Izette layak menerima wang pengenalan RM2.8 juta memandangkan pelakon itu memperkenalkan suaminya untuk Felcra membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Haris turut memberitahu mahkamah bahawa Norhaili dan ejen pelaburan, Madhi Abdul Hamid tidak pernah dipaksa, diugut dan dijanjikan oleh SPRM semasa rakaman percakapan mereka direkodkan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara 2016 dan 2017.

Mereka juga tidak mengadu kepada pihak SPRM ketika rakaman percakapan mereka diambil.

Kepada soalan peguam M Athimulan yang mewakili Bung Moktar, saksi itu berkata rakaman percakapan Norhaili direkodkan sebanyak empat kali manakala Madhi, lima kali.

Pada awal prosiding, Hakim Rozina Ayob membenarkan bantahan awal oleh pihak pembelaan berhubung maklumat yang diperoleh Haris daripada pegawai atasan, yang didakwa bersifat dengar cakap dan boleh memprejudiskan kedua-dua tertuduh.

“Mahkamah berpuas hati bahawa maklumat itu tidak boleh dianggap sebagai laporan maklumat pertama (FIR) kerana ia tidak mematuhi peruntukan di bawah Akta SPRM 2009. Oleh itu bantahan awal pihak pembelaan dibenarkan,” kata Rozina.

Pada 12 April lepas, Haris ketika memberi keterangan berkata, pada 9 Jun 2016 beliau menerima arahan daripada seorang pegawai atasan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk menulis aduan berkaitan kes itu.

Bagaimanapun, pihak pembelaan berhujah bahawa aduan berkenaan tidak boleh dianggap sebagai FIR kerana ia dibuat berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang pegawai atasan selaku pihak ketiga, bukan daripada pemberi maklumat.

Pendakwaan pula berhujah aduan yang diterima daripada pegawai atasan itu dikategorikan sebagai FIR bagi membolehkan siasatan dimulakan dan pasukan siasatan tidak bergantung pada laporan itu semata-mata ketika menjalankan siasatan.

Bung Moktar, 64, didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500, sebagai dorongan mendapatkan kelulusan Felcra untuk membuat pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar yang merupakan pengerusi Bukan Eksekutif Felcra ketika itu, didakwa menerima rasuah daripada Madhi menerusi Zizie Izette di Public Bank cawangan Taman Melawati di Kuala Lumpur antara 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar juga mengaku tidak bersalah menerima suapan wang tunai RM335,500 daripada Norhaili di bawah nama Zizie Izette atas sebab serupa dan di tempat sama pada 19 Jun 2015 manakala Zizie Izette, 44, mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama.

Perbicaraan bersambung esok. – Bernama, 9 Mei, 2022.

RAKYAT

ORANG RAMAI

DAH MUAK

DENGAN KERENAH

RASUAH POLITIKUS

AMIN

UNTUK ITU 

PEMBACA TT

DAN 

ORANG RAMAI

 SILA

BERI PERHATIAN

PADA SRI LANGKA

AMIN

APA BERLAKU

DI SRI LANGKA

AKAN BERLAKU

DI MALASYIA

KHALAS