Rabu, 11 Ogos 2021

OH ! INDAHNYA DUNIA KITA INI

 

 OH!

INDAHNYA DUNIA

KITA INI

AMIN

HIGN NOON BELUM JAM 12.00

 

 

HIGH NOON

AWAL PULAK

KAH KAH KAH

BELUM JAM 12

DAH NAK

MENEMBAK

KAH KAH KAH

WAT DE BEKOS

KHALAS 



Undi percaya PM minggu depan, kata sumber


UNDI percaya terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri akan diadakan lebih awal, seawal minggu depan, kata sumber dalam kerajaan Perikatan Nasional

Mereka memberitahu The Malaysian Insight undi percaya terhadap perdana menteri mungkin diadakan pada Rabu ini (18 Ogos) dan bukan bulan depan apabila Dewan Rakyat ditetapkan bersidang bermula 6 September.

Sumber berkata Muhyiddin akan membubarkan Parlimen sekiranya ditolak dalam sidang khas itu.

“Dalam perbincangan, Muhyiddin akan tunggu pengundian di sidang Parlimen dijalankan dulu.

“Undi percaya akan dilakukan pada 18 Ogos, itu rancangannya.

“Lagipun ia memang di bawah bidang kuasa perdana menteri untuk pembubaran,” kata sumber, yang maklum mengenai perbincangan mengenai pelan itu tetapi tiada mandat untuk mengumumkannya.

“Memang ada rancangan untuk bubar (Parlimen) tapi tak buat sekarang,” katanya.

Seorang lagi sumber yang juga ahli Parlimen Perikatan Nasional turut mengesahkan kepada The Malaysian Insight bahawa sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 18 Ogos.

“Betul kita semua ahli Parlimen ketika ini bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Sumber juga berkata Muhyiddin akan menggunakan tempoh 90 hari selepas pembubaran tersebut untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

Perlembagaan Persekutuan bagaimanapun menetapkan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.

Pada masa ini juga Ordinan Darurat masih berjalan selama enam bulan selepas tamat Proklamasi Darurat pada 1 Ogos iaitu sehingga 2 Februari 2022.

Keterangan sumber kepada The Malaysian Insight bermaksud menangkis dakwaan yang tular hari ini bahawa Muhyiddin akan membubarkan Parlimen, petang ini.

Muhyiddin kini tertekan kerana didakwa hanya menguasai sokongan 100 dari kesemua 220 ahli Dewan Rakyat. Dua kerusi kosong selepas wakilnya meninggal dunia.

Sekurang-kurangnya 14 ahli Parlimen Umno disahkan oleh parti itu menarik sokongan ke atas beliau.

Minggu lalu, Muhyiddin mengumumkan Yang di-Pertuan Agong sudahpun memperkenan agar undi percaya tersebut ditentukan semasa sidang September.

Muhyiddin dijadualkan bertemu dengan semua ketua parti dalam kerajaan PN petang ini. – 11 Ogos, 2021.


YANG PENTING

BUKAN SAPA

JATUH SAPA NAIK

AMIN

YANG PENTING

SESAMA LAWAN

MAT KOBID

KHALAS

 KALAU TERUS 

BERAMOK 

PARAH NEGARA

 KITA

KHALAS 




NAJIB GAGAL LAGI

 


 NAJIB GAGAL

KAH KAH KAH 




Permohonan Najib, anak untuk dengar isu perlembagaan rayuan cukai ditolak


 ADAKAH NAJIB

JADI MUFLIS

KAH KAH KAH 

BILA DAH SEDAR - SUSAH NAK JADI TAK SEDAR

 



 BILA DAH SEDAR

SUSAH NAK JADI

TIDAK SEDAR

AMIN 

Unknown commented on

 "MEMAHAMI PUNCA"

masa tt meratib mahafiraun... jibby jibby.. semua penjilat bontot abam.. meratib bersama iman tt.. kini semua dah bertaubat... amin.. kah kah kah

SAPA GANTI MUHYIDIN

 

 

MUHYIDIN JATUH

SAPA GANTI 

AMIN

ZAHID DITOLAK

ANWAR DI REJEK

KU LI DITOLAK

AMIN

KEMBALI 

YA ASAL

BALIK USUL

AMIN

KEMBALI PADA

MADEY ?

KHALAS 




Siapa perdana menteri pilihan UMNO?


KUALA LUMPUR – Selain mengemukakan nama 14 Ahli Parlimen yang menarik balik sokongan kepada  Muhyiddin Yassin, Presiden UMNO,  Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik orang UMNO sebagai Perdana Menteri.

Sekiranya Muhyiddin berjaya digulingkan, Ahmad Zahid dilaporkan akan mencadang dirinya sebagai PM.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid dikatakan tidak mendapat sokongan sebulat suara kerana sesetengah pemimpin menyokong Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai PM interim.

Sinchew Daily melaporkan, disebabkan reputasi beliau yang tinggi selain tiada kes mahkamah dan apa-apa kontroversi, maka Tengku Razaleigh merupakan calon sesuai.

Sumber menegaskan, UMNO akan menyokong orang parti sebagai PM selepas menarik balik sokongan kepada Muhyiddin, tetapi tidak akan menyokong  Anwar Ibrahim atau  Dr. Mahathir Mohamad sebagai PM.

Ahmad Zahid ketika dihubungi Nanyang Siang Pau bagaimanapun menafikan dirinya mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai PM interim.

“Saya menafikan. Majlis Tertinggi juga tidak pernah membincangkan perkara ini,” kata Ahmad Zahid.

Sementara itu, difahamkan parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH) turut menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong, tetapi mereka tidak mencadangkan calon PM atau PM interim.

Sumber daripada PKR memberitahu Sinchew Daily, tujuan PH semata-mata mahu menyatakan bahawa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti.

“PH juga berpendapat bahawa mesyuarat khas Parlimen perlu diadakan secepat mungkin supaya wakil rakyat dapat menyatakan sokongan atau tidak kepada Perdana Menteri.”

Sumber daripada DAP pula berkata, Anwar merupakan calon pilihan untuk menjadi PM, tetapi parti itu tidak menolak kemungkinan menyokong calon dari parti lain sekiranya Anwar tidak mendapat sokongan majoriti.

PH dilaporkan mahu menggulingkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) secepat mungkin untuk menafikan ia daripada sumber kerajaan, selain memastikan kerjasama UMNO dan Bersatu tidak dibentuk pada pilihan raya akan datang. –

 SEMUA BERPUNCA

DARI GILA

ANWAR IBRAHIM

NAK JADI PM

AMIN

KACAU SATU

NEGARA

AMIN 


CADANGAN AMAT HEBAT

 




 SEMUA MINUM

AIR KENCING

ROSMAH

KHALAS 

Unknown commented on

 "REBUT KUASA

 MAKIN HEBAT"

Gandingan terbaek stakat ni gwa rasa zahid piem najib tpm ku nan menteri kdn musa aman menteri luar azeez rahim menteri kewangan anak tiri najib menteri sukan rosmah menteri perpaduan jho low penasihat piem bertaraf menteri hurmm

ZAHID NAK AMBIL ALIH

 





ZAHID NAK

AMBIL ALIH

AMIN 

cikminah commented on

"APA CADANGAN 

ZAHID HAMIDI"

YA, Zahid Zabidi boleh mantap. Dia boleh sambung jual beli BANGLA and make hundreds more millions atau billions. Najib boleh sambung 1MDB dan tambah kekayaannya jadi100 atau 200 more billions!!!

Unknown commented on 

"APA CADANGAN

 ZAHID HAMIDI"

Wak jawab camni- 'lepas terajang abahcow kita bagi shafie ke atuk ke non ke jd pm sementara. Midin dan jatuh katak akan datang balik, kita biar je pm smntra tu buat keja. Kalau negara tambah baik,rakyat sokong kita balik,klu negara jahanam, bang non pie Dan atuk pay price more dari kita...pru Kita tawan. Jeng jeng jeng. Pssssttt sham, aku org umno. Geng kepong.


INGAT TAK SATU HARI KITA JATUH CINTA

 




 INGAT TAK

SATU HARI 

KITA JAUH CINTA

AMIN

Unknown commented on

 "LAGI 27 

HARI KE PARLIMEN"

Menghitung hari bermula dari berkhalwat pastu darurat pastu tunggu parlimen bukak.. Tt leh jadi rujukan rasmi pasal kira hari nih.. hari berkhalwat makin bertambah hari hidup makin berkurang hari mati makin mendekat.. Masih Ingat Tak Lagi Satu Hari lagu nassier wahab



MEMAHAMI PUNCA

 



 PUNCA  GADUH

TIMUR TENGAH

ISRAEL NAK AMBIL

TANAH PALESTIN

AMIN

PUNCA KRISIS

SEKARANG

ANWAR IBRAHIM

GILA TAK SABAR

NAK JADI PM

AMIN

 SEMUA ADA PEMULA SEMUA ADA PUNCA

KHALAS

Unknown commented on 

"NAJIB ANWAR NAMA BAIK 

UNTUK MUHYIDIN SELAMAT"

TT ni dia macam ni,,,, kalau pembangkang namakan shafie afdal atau ku li,,,, dia akan tibai abam,,,, kalau pembangkang calonkan abam pulak dia cakap midin akan selamat,,, Kahkahkah .... TT ni dia tak sedar bacaan politik dia dah dibayangi abam semata-mata,,,,apa beza TT dengan peratib DAP semua benda ditibainya DAP??? Kahkahkah...

ANWAR BUKAN CALON TERBAIK



 ANWAR IBRAHIM

CALON TERBAIK 

UNTUK MUHYIDDIN 

AMIN

Hudbenseman commented on

 "NAJIB ANWAR NAMA BAIK 

UNTUK MUHYIDIN SELAMAT"

Bab kurang cerdik tu gwa setuju. Atau TT buat buat kurang cerdik nih? Kan TT ada connection pkr? Tak ada ke yang inform TT bahawasanya bang non tak berani nak jadi calon pm? Lu ingt bang non tu power sangat ke TT nk keluarkan negara ni dari zon merah nak ke hitam ni?



 Ekonomi dan kesihatan. Sepoyo poyo bang non nak jadi sangat pm, bang non tau kalau dia jd pm sementara maka lingkuplah karier dia selamanya lepas 6 bulan. Itu pasal la atuk cool saja. Zahid dgn najib yg berani nak take risk. Sebab dua-dua nak pelepas diri saja.kahkahkah

ARMADA INDONESIA SAMA BERSEDIA MELAWAN CHINA MERAH

 



 ARMADA INDONESIA

SAMA BERSEDIA

 MELAWAN

CHINA MERAH

KHALAS

MUHYIDIN ADA 98 YB

 


 WOIT

KAH KAH KAH

MUHYIDIN HANYA

ADA 98 EKOR YB

YANG SOKONG

 KAH KAH KAH 

TERBARAI 

KE BELUM

KAH KAH KAH




2 lagi MP UMNO akan tarik balik sokongan – Puad

KUALA LUMPUR – Ada dua lagi Ahli Parlimen UMNO akan menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO,  Mohd Puad Zakarshi berkata, dengan itu jumlah sokongan yang perdana menteri ada menjadi 98 daripada 100 ahli Parlimen.

Oleh itu, katanya, perdana menteri tidak perlu tunggu 6 September ini untuk usul undi tak percaya.

”Cepatkan sahaja sidang khas Parlimen ke bulan Ogos ini. Lagi bagus kalau PM letak jawatan segera,” katanya yang memohon Yang di-Pertuan Agong melantik caretaker untuk tempoh enam hingga 12 bulan. – 

 BETUL KE

NUMBO INI

KAH KAH KAH

BILA UNDI

NANTI SEMUA

CABUT

KAH KAH KAH

SEMUA KENA

KOBID

KAH KAH KAH




REBUT KUASA MAKIN HEBAT

 

 INI TANDA TANDA

AWAL 

MUHYIDIN AKAN

SELAMAT

AMIN



Zahid calonkan diri 

sebagai PM dalam usaha

 yakinkan parti Umno 

akan kembali dominan

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menawarkan diri untuk mencalonkan dirinya sebagai calon perdana menteri sekiranya usul undi percaya Dewan Rakyat bulan depan berjaya gulingkan Muhyiddin Yassin, MalaysiaNow dimaklumkan oleh dua orang dalaman parti itu.

Seorang sumber kanan parti berkata Zahid mengumumkan perkara tersebut kepada ahli-ahli Parlimen Umno pada sebuah pertemuan tertutup dalam usaha meyakinkan mereka beliau tidak akan menyokong mana-mana pemimpin di luar parti Melayu itu dalam rancangan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dari 38 ahli Parlimen Umno, hanya 15 orang daripadanya dikatakan menyokong gesaan Zahid untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sumber itu berkata Zahid berikrar meyakinkan ahli-ahli Parlimen dari GPS, PAS dan Bersatu bagi meningkatkan jumlah sokongan supaya Umno dapat “kembali menjadi pengemudi induk dalam kerajaan”, tambahnya merujuk kepada ucapan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan semasa Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu.

“Inilah sebabnya mengapa pemimpin-pemimpin seperti Noraini Ahmad dan Shamsul Anuar Nasarah sanggup letakkan jawatan mereka dalam kerajaan,” kata sumber itu merujuk kepada dua menteri Umno yang berundur dari Kabinet.

“Mereka percaya Zahid akan berjaya dan mereka akan diberi kedudukan yang lebih baik dalam pentadbirannya.”

Semalam, seorang pemegang jawatan dalam PKR mendedahkan blok pembangkang di luar gabungan PH menentang sebarang percubaan untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Perkara tersebut juga disahkan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang mengatakan Zahid “bersumpah” untuk tidak menyokong Anwar bagi jawatan tertinggi dalam pentadbiran negara itu.

Zahid bersama bekas pemimpin Najib Razak menjadi barisan depan dalam kempen penarikan sokongan ahli Parlimen Umno terhadap kerajaan PN.

Malahan, mereka berdua juga dilihat menyokong presiden PKR sebagai perdana menteri tahun lalu melalui sebuah surat sokongan yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

Zahid dan Najib berdepan pelbagai pertuduhan rasuah melibatkan dana awam dan organisasi kebajikan bernilai jutaan ringgit.

MalaysiaNow juga mendedahkan butiran terperinci pertemuan antara Zahid dan Muhyiddin dalam percubaannya untuk menggugurkan pertuduhan yang dihadapi beliau.

Baru-baru ini, Muhyiddin turut mengesahkan pertemuan tersebut.

Namun satu lagi sumber berkata Zahid kini ragu-ragu sama ada Anwar akan dapat menggugurkan kes rasuah terhadapnya berikutan kehadiran DAP dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Zahid juga tahu Anwar tidak boleh buat sesuka hati bebaskan dia kerana pemimpin dalam DAP seperti Tony Pua tidak akan berdiam diri,” kata sumber itu kepada MalaysiaNow.

“Maka untuk dapatkan sokongan ahli Parlimen Umno, Zahid beri jaminan kepada mereka bahawa dia akan jadi perdana menteri.”

Pua yang merupakan ahli Parlimen Damansara merupakan antara ahli Parlimen pembangkang paling lantang mengecam peranan Najib dalam skandal 1MDB.

Baru-baru ini beliau memberi amaran sebarang kekosongan kuasa disebabkan kejatuhan PN akan diisi oleh Umno, membolehkan parti itu kembali kuat dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata walaupun pembangkang mungkin mempunyai peluang terbaik untuk menjatuhkan Muhyiddin yang merupakan antara pemimpin utama yang merancang kejatuhan kerajaan PH, namun pengganti kejatuhan tersebut mungkin dari Umno.

“Dan ketika mana-mana pemimpin Umno menjadi PM, tidakkah semua kleptokrat akan dibebaskan (atau mungkin berkuasa semula)?” kata Pua yang merujuk pemimpin Umno dalam “kluster mahkamah” yang kini berdepan pelbagai pertuduhan rasuah.

Muhyiddin juga baru-baru ini memberi jaminan kedudukannya sebagai perdana menteri akan ditentukan usul undi percaya yang akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat bulan depan.


AKHIRNYA

YANG RUNTUH

TERBARAI

IALAH UMNO

AMIN



GUA BUKAN SAINTIS

 



GUA BUKAN

SAINTIS

AMIN

GUA TENGOK

GREECE TERBAKAR

SYDNEY TERBAKAR

SIBERIA TERBAKAP

GERMAN BANJIR

CHINA  BANJIR 

AMIN

GUA CAYA

DUNIA 

MAKIN PANAS

AMIN

TIAP HARI GUA

 BUANG PLASTIK

BIKIN DUNIA

LAGI KOTOR

GUA TAKUT

AMIN

Unknown commented on

 "MASIH ADA LAGI KE -

 TAK PERCAYA 

DUNIA MAKIN PANAS"

Tak...sebab engkau petik bbc Orang jahat sedang diperkepung...mereka tau nyawa mereka ikan di luar air. Sekarang naratif media arus perdana satu dunia tengah petpot pasal ipcc dan perubahan klimate...sudah dijangka, trik utk pukau manusia sejagat supaya dalam ketakutan, ketakutan maksud boleh dikawal. Perubahan cuaca sedunia buatan manusia sedang rancak berlaku.


 Lepas perubahan cuaca pulak, kekurangan bekalan makanan asas. Brazil, dilanda musim sejuk menjejaskan hasil pertanian secara besar-besaran. Amerika, kemarau menusnahkan hasil tanaman utk manusia dan binatang ternakan. China, banjir menusnahkan kawasan tanaman. India dan sebagainya. Lepas tu, takuk perang saraf ketakutan keatas manusia, selapas virus dan waksin tak menjadi, ialah perang, keruntuhan sistem kewangan, juga keruntuhan internet...



mungkin ada benda lain yg akan digunakan utk meningkatkan emosi ketakutan manusia, buat masa ini, benda benda diatas sudah dan sedang rancak diperbualkan. Cuma bila engkau petik berita dari media arus perdana, tak kira mana mana di dunia ini, engkau akan termakan bohong orang jahat. Terpulanglah samada engkau percaya atau tidak...

BUAT SEKARANG - LAKUKAN HARI INI

 


BUAT SEKARANG

LAKUKAN HARI INI

AMIN

APA CADANGAN ZAHID HAMIDI

 



 SEMUA NAK TAU

LEPAS TERAJANG

MUHYIDIN

APA JADI

KHALAS




Zahid kesal ada ahli parlimen UMNO timbul persoalan “what’s next”


 BOLEH MANTAP

KE GAMIN?

KAH KAH KAH

INI PAU DAGING

 


PAU DAGING 

AMIN 

SAPA CAKAP ?

Unknown commented on 

"DAP ITU SENDIRI 

AKAN JADI TUKANG PAU"

ingat tak sapa cakap ni... "Anwar Ibrahim has created enough trouble for the country .. Anwar Ibrahim harus bertaubat" ... kueh pau jenis apakah ini.. tt

INI BARU BETUL


BETUL KE?

KAH KAH KAH



Zahid calonkan 


diri sebagai PM


 dalam usaha


 yakinkan parti Umno


 akan kembali dominan


 ATAU INI

TAKTIK NAK

BANTU MUHYIDIN

KAH KAH KAH

NAJIB ANWAR NAMA BAIK UNTUK MUHYIDIN SELAMAT

 




 NAJIB ANWAR

NAMA BAIK UNTUK

MUHYIDIN SELAMAT

AMIN



Unknown commented on

 "MUHYIDIN 

SELAMAT AKHIRNYA"

Kurang sudah kecerdikan brader tukartiub ni rupanya. Kalau takde nama perdana menteri, umno takkan kalut tarik sokongan la. Midin takkan tarik masa la. Sebab ada nama lah umno tarik dan midin pulak tarik masa. Lu tanya jemin, tanya mak lampir. Takkan dorang tatau? Gua keja cap ayam di parlimen pun tau. Kehkehkeh




Unknown commented on 

"MUHYIDIN 

SELAMAT AKHIRNYA"

Dey TT . Majoriti ada Satu pihak. Ko je yg dorang xmasukkan sgt dlm snarai perlu tahu. Ko ni dah jadi mcm Berahim Ali je bg dorg sekarang. Terimalah hakikat TT..