Ahad, 2 Ogos 2015

GWA PUN TAK TAHU





Aktivis Hishamuddin Rais, Fahmi Zainol bebas, 2 lain ditahan 2 hari 

Aktivis Hishamuddin Rais dan Fahmi Zainol, antara yang ditahan kerana penglibatan dalam perhimpunan #TangkapNajib di Kuala Lumpur semalam, akan dibebaskan hari ini selepas majistret menolak permohonan reman oleh pihak polis.
Dua yang lain - bekas aktivis pelajar Safwan Anang dan pelajar undang-undang Universiti Malaya Vince Tan - ditahan reman selama 2 hari, kata peguam G Sivamalar.
"Permohonan reman bagi Hishamuddin dan Fahmi ditolak... mereka akan dikeluarkan dengan serta-merta manakala Vince Tan dan Safwan akan ditahan reman selama 2 hari," kata Sivamalar kepada pemberita di luar balai polis Jinjang.
Katanya, selepas mendengar hujah peguam Eric Paulsen, Gobind Singh dan  Ambiga Sreenevasan, majistret Nur Aminathul Mardiah menolak permohonan reman tersebut, mengatakan tidak ada sebab meletakkan Hishamuddin dan Fahmi di bawah tahanan reman kerana tidak ada bukti mereka hadir pada sidang akhbar Demi Malaysia yang diadakan pada 30 Julai.
"Kedua-dua mereka tidak hadir pada sidang akhbar itu," kata Sivamalar, merujuk kepada sidang akhbar yang dianjurkan sekumpulan pemuda untuk mengumumkan perhimpunan #tangkapnajib semalam.
Sivamalar turut berkata, Tan dan Safwan ditahan di Sogo semalam dan polis pada mulanya meminta tujuh hari reman ke atas mereka.
Mereka akan dibebaskan esok, katanya.
Demonstrasi #tangkapnajib semalam, bertujuan menggesa penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menyaksikan 29 orang berumur antara 14 hingga 69 tahun ditahan. 23 daripadanya lelaki dan selebihnya wanita.
Sehari sebelum perhimpunan tersebut, 3 aktivis – Mandeep Singh, Adam Adli dan Syukri Razab ditahan.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 124 dan 143 Kanun Keseksaan.
Seksyen 124 berkaitan dengan kesalahan yang dipercayai mengancam demokrasi berparlimen, manakala Seksyen 143 berkaitan dengan perhimpunan haram.
Tiga aktivis itu ditahan reman selama empat hingga enam hari. – 2 Ogos, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/aktivis-hishamuddin-rais-fahmi-zainol-bebas-2-lain-ditahan-2-hari#sthash.Jqcka5ha.dpuf

I REST MY CASE







------------

JANGAN LUPA KONDOM




GENG CUCI PLUG
Kita dari Geng Cuci Plug, tak ganggu orang lain. Selepas dapat gaji , kami pi Berikfiel (ejaan BM,kakaka).. Makan sana lepas tu jalan jalan..naik tangga turun tangga..kakaka Sini bajet ,servis Plug tanpa GST , Tak ganggu orang lain..tak kacao penduduk.

 Kalao nak tangkap ..pi lah tangkap penjual syabu, pi lah tangkap yang jaga kereta,pi lah tangkap yang melanun dan perompak. Kalao nak bersih, sediakan lah tong sampah dan mintak Alam Flora datang 2 kali se-hari. on SELAMAT TINGGAL JALAN THAMBYPILLAI
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/1/15





--------------

DUIT SEDEKAH TOK ARAB








DUIT SEDEKAH 

JARiAH

Wang dalam akaun peribadi Najib bukan milik rakyat

 | August 2, 2015
Wang dalam akauan amanah PM adalah derma daripada penyokong parti yang tidak didedahkan identitinya.
PETALING JAYA: UMNO memberi kebenaran  Mohd Najib Tun Razak untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Abdul Rahman Dahlan berkata, ia bukan perkara baru kerana mereka yang menyandang kedudukan itu sebelum ini juga mempunyai akaun yang sama.
“Saya hendak memberitahu bahawa UMNO mempunyai peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan presiden parti untuk mempunyai akaun amanah bagi pihak parti.
“Adalah tidak mustahil dan tidak memeranjatkan jika Presiden UMNO (ketika ini) dan Presiden UMNO terdahulu mempunyai akaun amanah bagi pihak parti,” katanya yang dipetik daripada ismaweb.net.
Jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Kubang Pasu, Menteri Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan itu menerangkan wang yang berada di dalam akaun amanah berkenaan bukan milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau duit rakyat.
“Apa-apa derma diambil daripada dahulu hingga sekarang oleh UMNO tidak ada kena-mengena dengan wang rakyat. Ia adalah derma daripada penyokong-penyokong parti. Jika dia ada wang dan hendak membantu parti, itu adalah hak individu dan bukan wang 1MDB,” katanya.
Jelaskan lagi, pembangkang tidak perlu tahu sumber yang diperolehi dalam akaun berkenaan kerana tiada undang-undang yang mewajibkan mana-mana parti politik mendedahkan nama penderma mereka.



KAH KAH KAH
woit
duit ni mesti
dari tok fakir arab
najib jumpa di saudi
jumpa depan masjid
tok arab ni nak sedekah jariah

DUIT ARABLAH

---------------------

BARU DI BEBASKAN





BERSAMA PEGUAM 
DI JINJANG


TERIMA KASEH
saya baru saje dibebaskan 
dari lokap jinjang
terima kaseh pada peguam yang bijaksana
terima kaseh pada semua kawan-kawan
ada kawan  anta sms
ada kawan bertweet

nak baru tahu 
bila masuk lokap
talipon tak boleh bawa masuk
malah satu barang pun tak boleh bawa masuk pakaian pun diganti
seluar dalam pun tak boleh pakai

pasal seluar dalam ni gwa tak hal
semenjak pulang malaysia
gwa tak ada lagi pakai seluar dalam

jadi jangan marah 
bila sms tak dibalas 
talipon tidak diangkat
tak caya ke?

SiLA CUBA



---------------