Isnin, 14 Jun 2021

PEMIMPIN ISLAM MANGSA KONSPIRASI

 


JELAS

ADA KONSPIRASI

TERHADAP NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

YANG JUJUR

AMIN


INI FAKTA

DARI LOKMAN ADAM

HUBAYA HUBAYA

AMIN

SATU KONSPIRASI POLITIK

 

SATU KONSPIRASI

POLITIK TERHADAP

PEMIMPIN ISLAM

AMIN

HARTA NAJIB 

DI RAMPAS

AMIN

AKOUN BANK

DI BEKU

AMIN

KEMUDIAN MINTA

NAJIB BAYAR

HUTANG

AMIN

DARI MANA

PEMIMPIN ISLAM

ZUHUD SUCI

NAK CARI DUIT

KHALAS



Najib gagal batal 


notis kebankrapan


 LHDN berhubung 


cukai RM1.69 bilion


Bekas perdana menteri, Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan berhubung keputusan mahkamah yang berkaitan dengan tuntutan cukai kerajaan sebanyak RM1.69 bilion terhadap dirinya dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) boleh meneruskan notis kebankrapan terhadapnya.

Keputusan itu dimaklumkan melalui sebuah kenyataan mahkamah yang disampaikan oleh hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Bache melalui e-mel kepada pasukan peguam yang mewakili Najib dan LHDN.

Sebelum ini Najib mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari sebagai berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah dan mendakwa notis itu merupakan taktik konspirasi politik yang bertujuan untuk merosakkan karier politiknya.

Najib sebelum itu berkata notis muflis LHDN yang diserahkan kepadanya bagai “menabur garam ke luka ketidakadilan yang masih berdarah”, dan beliau menjadi “mangsa ketidakadilan”.

LHDN memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan 5% kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan yang menetapkan 16 Jun ini untuk pendengaran.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran tersebut kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

NIAT JAHAT

AMIN

BILA NAJIB

BANGKRAP

MAKA KERUSI

PARLIMEN 

PEKAN KOSONG 

AMIN

BILA PARLIEMN

DIBUKA 

NAJIB TAK DAPAT

MENGUNDI

AMIN 

MUSTAHIL 

ROSYAM NOR

TAK NAMPAK

 KHALAS

MUSTAHIL

MAT OVER

TAK FAHAM

AMIN

MUSTAHIL

ELLIE SURIATY

TAK SEDAR

AMIN

BILA NAK

DEMO TURUN

SOKONG

PEMIMPIN ISLAM

KHALAS








PAK LEBAI DAH LAMA GILA

 




PAK LEBAI

DAH LAMA GILA

Unknown commented on

 "INI NAMANYA PERSOALAN 

NASIONAL BELUM SELESAI"

DAP dan AMNU ni umpama dua batang pokok, dulu dorg jugak yg siram pokok DAP, pastu dorg racun pokok AMNU, then pokok DAP kembang segar , pokok AMNU mula mereput. Kemudian mereka ubah pulak, kata mereka pokok DAP beracun kena tebang, pokok AMNU membuat alam melayu sekitar jadi segar, kita kena suburkan. 


Jadi jelas mereka ni GILA, yg tukang bagi tau gila,yg tukang ikut pun gila. Tapi lom habis lagi tu...tunggu lepas ni pokok AMNU mereka kata beracun pulak.LEBAI TAK SEGAN TUNJUK GILA

MAGERAN - DARURAT

 



MAGERAN

DARURAT

Unknown commented on 

"KARONA MAGERAN

 DAN KERAJAAN PERPADUAN"

mengadap polis berulangkali. Kalau dapat mengadap Agong dan meluahkan seluruh jiwa masalah rakyat khasnya puak marhaen, kan bagus... Ala... jauh panggang dari api, mana rakyat marhaen dapat peluang camtu. Apapun gwa 100% sokong TT tilak MAGERAN. 



Gwa sangat percaya ini rancangan gelap itam mamak tu untuk rampas balik jawatan piem dengan apa cara sekali pun untuk menegakkan kembali egonya yang sudah terbengkok. Dia sungguh bijak dengan berdolak dalik dengan bermain dengan nama rancangannya tu. Yang pastinya gwa pegang cakap Tun Musa Hitam : "Politically I don't trust Mahathir"

ANWAR JADI PENGERUSI

 



ANWAR 

JADI PENGERUSI

 commented on

 "SATU CADANGAN

 YANG TUNTAS"

hihihi klu nuar, bagi dia pengerusi kugiran ke.. kugeram ke.. ku ngeram telok ka sesuai ah. dah ada peluang ngadap ydpa mai lah dgn cadangan bernas. ni semua kaki bangkang pakat mintak batal darurat, bukak parliman lah.. kan dah ada jawatan kuasa darurat 2021? bebudak tak pi sekolah pun tau der..setakat pdpr pun boleh lulus cemerlang lah wei.. kikiki

NAJIB BANGKRAP KE ?

 


NAJIB

BANGKRAP KE?

AMIN



Najib gagal batal notis kebankrapan LHDN berhubung cukai RM1.69 bilion

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

APA CERITA

 



APA CERITA

Zaharuddin ahmad commented on

 "VIRUS SUDAH SAMPAI"

APA citerr..kes Menteri condo lembu...????? APA citerr..kes Menteri ponogoroo.....????? APA citerr..kes Menteri mempelaung bugis.?? APA citerr..kes Menteri ee..eee ......????? APA citerr..kes Menteri T/fraud ......????? APA citerr..kes Menteri rogol..,......????? APA citerr..kes Menteri jual tanah....????? APA citerr..kes Menteri songlap/silapmata harta...??? APA citerr..kes Menteri salah guna kuasa.?? disambung ngan.... APA citerr..MB berlagak seperti diatas .. disambung ngan.... 

APA citerr..ketua SUk dan Do berlagak seperti diatas.. disambung ngan.... APA citerr..ketua jabatan/penyelaras tender berlagak sama.. disambung ngan.... APA citerr..pegawai/kerani/peon berlagak sama..... disambung ngan.... APA citerr..AG/penguatkuasaan..bersekongkol/ngrodong bersama.. yang akan datang.. APA citerr..Menteri berlagak cartel berkepentingan kertas kepala agong..untuk aku..anak-anak aku..keluarga aku..Dan keturunan aku...

JALAN INI TERBAIK

 




CARA MEMECAH

POLITIK BUNTU



BILA PARLIMEN DIBUKA

BULAN OGOS NANTI
UNDI TAK CAYA
AKAN DIAJUKAN

CARA MENYELESAIKAN
KEBUNTUAN 
SAPA ADA ANGKA 
INI AMAT SENANG

ANWAR IBRAHIM
BOLEH MENANG

BAGAIMANA?

APAKAH ANWAAR
CUKUP SOKONGAN YB?

SENANG SAJE
ANWAR BIASA 
GUNAKAN TAKTIK INI

TAK TAIK APA?

BUKAN TAK TAIK
TAKTIK
TAKTIK FAHAM TAK

ANWAR TELAH 
SELALU GUNAKAN
TAKTIK INI

NAMANYA TAKTIK BIJAK
MEMBERI JANJI

KALI INI
ANWAR WAJIB BERIKAN
JANJI KAN  KERUSI 
TIMBALAN PERDANA MENTERI

LIHAT SOKONGAN
AKAN MELOROH MASUK
KHALAS

1 - ZAHID TPM 1
2 - SHAFIE AFDAL TMP 2
3 - SABRI YACOB  TMP 3
4 - HISHAMMUDDIN HUSSEIN TPM 4
5 -  LIM GUAN ENG TPM 5


TAKTIK JANJI
KERUSI TPM INI
JAMIN BERJAYA
AMIN


BERSATU SELAMATKAN PENCURI

 


BERSATU

SELAMATKAN

PENCURI

KHALAS

MP PKR lihat ada kemungkinan PH kerjasama dengan Umno

Ahli Parlimen PKR Abdullah Sani Abdul Hamid melihat kemungkinan kerjasama antara PH dan Umno pada masa akan datang.

Abdullah berkata, kemungkinan itu sesuatu yang perlu diambil kira, jika Umno akhirnya keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

"Lepas Parlimen bersidang, langkah seterusnya ialah cari keabsahan," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, ahli Parlimen Kapar itu berkata PH kemungkinan akan perlu berunding dengan Umno.

Katanya lagi, kedua-dua pihak boleh bersama-sama membentuk kerajaan atau seperti yang dicadangkan di Perak sebelum ini, iaitu rundingan perjanjian keyakinan dan pembekalan (confidence and suppy agreement, CSA).

"Apa yang berlaku di Perak - itulah yang dimaksudkan dengan jajaran baru."

Abdullah berkata dia tidak kisah sama ada Umno menyokong kerajaan baru mahupun menjadi sebahagian daripadanya, dan berharap DAP juga tidak akan ada masalah dengannya.

"Kita mahu bangunkan negara. Saya hargai jika DAP dan Umno dapat bekerja bersama," katanya lagi.

Kenyataan itu susulan DAP yang keberatan untuk bekerjasama dengan Umno, terutama dengan sejumlah pemimpin Umno yang sedang berdepan dakwaan rasuah.

Semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dipetik Mingguan Malaysia sebagai berkata, pendekatan "khemah besar" adalah untuk menyatukan pembangkang, bukannya tentang kerjasama dengan Umno.

Katanya, soal kerjasama dengan Umno hanyalah pandangan PKR manakala bagi PH, ia untuk menyatukan semua parti pembangkang dan mana-mana ahli Parlimen kerajaan yang sedia melawan perdana menteri dan menamatkan darurat dengan segera.

Terdahulu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution ketika membangkitkan soal "khemah besar" itu berkata, PH boleh bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk Umno, jika mereka menerima agenda reformasi.

Sekutu PKR dalam PH, iaitu DAP dan Amanah, turut menggesa konsep itu tetapi dengan pendekatan berbeza - bersama-sama dengan parti pembangkan lain seperti Warisan, Upko, Pejuang dan Muda.

Bagaimanapun, Abdullah menekankan dalam politik, tiada yang kekal sebagai kawan atau musuh.

Katanya, kerjasama dengan Umno boleh dibuat menerusi rundingan, selepas darurat tamat pada Ogos ini atau sebelum PRU akan datang.

Dia juga tidak menolak parti pembangkang lain untuk menjadi sebahagian daripada aturan itu.

Dia juga menegaskan itu hanyalah pandangan peribadinya tetapi menekankan yang ia selaras dengan kenyataan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

JALAN PINTAS

STRATOJI MOLEK

KAH KAH KAH

TAK PERLU

KE SUNGAI BULUH

KAH KAH KAH

CEPAT PANTAS

LEKAS

KHALAS

LANGKAH BIJAK

DARI TIM BANDUAN

KAH KAH KAH



AWAS ! GAMIN CARI DANA

 

AWAS

GAMIN  SEDANG

CARI DANA

KAH KAH KAH



Joging di jambatan, 54 individu dikompaun RM108,000

KUALA LUMPUR – Seramai 54 orang kompaun berjumlah RM108,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dengan berkumpul beramai-ramai dan berjoging di atas jambatan di Klang, Selangor.

Malah mereka yang masing-masing dikompaun sebanyak RM2,000 seorang turut bersenam dan melepak di atas jambatan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, Pasukan Team Enforcement IPD Klang Selatan telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan awam berkaitan aktiviti di Jambatan Muda Nala pada jam 6 petang semalam.

“Apabila tiba di lokasi aduan dapati terdapat ramai orang awam telah parkir kenderaan berdekatan tempat halangan batu dan berjoging serta melepak di atas Jambatan Raja Muda Nala yang telah di tutup semasa PKP 3.0.

“Pegawai polis team pemantauan pematuhan telah menghubungi Full Manning IPK Selangor dan arahan beliau untuk mengeluarkan kompaun terhadap mereka yang berada di lokasi aduan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Kesemua individu itu terdiri daripada orang tempatan dan dari luar yang berusia antara 17 hingga 40 tahun.

Tambah beliau, mereka dikenakan kompaun di bawah Seksyen 3(21) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan nilai kompaun RM 2,000 setiap seorang. 


WOIT

INI JOGGING

KE SAMPAI

54 ORANG

KAH KAH KAH

ATAU MAJLIS

TARI MENARI

ATAS JAMBATAN

KAH KAH KAH



BRO - SUSUN ATUR DAN LAWAN - CAKAP TAK GUNA

 


BRO

 SUSUN ATUR

DAN LAWAN

CAKAP TAK GUNA

Unknown commented on 

"NAJIB DIZALIMI"

LHDN ini aparacik kerajaan, nak kena siapa dia kenakan kow kow, bukan satu organisasi yang telus pun, kalau cukong kow tim settle saja belakang tirai, kalau golongan professional dihambat kow kow sampai siasat segala, 


sistem tax ini kena ubah, menjadikan rakyat semakin malas alpha, yang kaya pun jadi kaya kerana ada back up politik dan berkuasa, yang merana papa kedana because money is GOD untuk majoriti rakyat Negaraku, tengok siapa pimpin dari Aras atas sampai bawah kah kah kah

BRO LU BARU BANGUN KE - INI KELUAR PADA 17/10/2008

 


BRO

LU BARU 

BANGUN KE

INI KELUAR PADA

JUMAAT 17/10/2008

Unknown commented on 

"PERBETULKAN 

FAKTA SEJARAH MELAYU

 – U.malayau"

Lah kata siapa jangan sembarangan

APA RANCANGAN MAHATHIR ?

 

APA RANCANGAN


MAHATHIR

KARONA MAGERAN DAN KERAJAAN PERPADUAN

 


KARONA  MAGERAN 

DAN

KERAJAAN PERPADUAN


Saya menolak Mageran.  Dalam masa yang sama saya mahu melawan virus Karona dari Wuhan China. Virus  Karona dari  Wuhan  ini sedang menghuru harakan dunia.  Virus dari Wuhan ini sedang memporak perandakan  Malaysia. Virus ini juga sedang  menghuru hara semua pelosok dunia.  Semua benua – semua negara  dan semua ceruk dalam alam ini sedang dihantui oleh virus Karona.

Kerajaan  Pakatan Nasional yang dipimpin oleh Muhyidin Yassin telah menebarkan Darurat ke atas  anak  semua bangsa dan bangsa semua agama di Malaysia. Di war war dan di masyhurkan Darurat ditebari untuk melawan virus Karona. 

Ketika  saya menulis tulisan ini Darurat telah ditebarkan di Malaysia semenjak 153 hari yang lalu.  Telah lebih dari 5 bulan. Di janjikan  oleh Perikatan Nasional  bahawa pada 31 Ogos 2021 Darurat berakhir.  

Pendirian saya tentang  Darurat jelas. 

Telefon Nokia saya telah menerima satu pesanan yang berbunyi :  As salam en Hisham.. Sy ASP xxx  xxx xx drp Unit Siasatan Jenayah  Terkelas  Bukit Aman.. pohon hadir di Menara  2 Tingkat 2 Bukit Aman jam 11.00 pagi seperti pertel kita sebentar tadi. Terima Kasih  - 25.01.2021 04:11:23 pm.

Esoknya  26/5/2021 saya  bersama Peguam dari Lawyer for Liberty pergi  ke Bukit Aman untuk disoal siasat tentang tulisan saya mengenai Darurat.

Jelas pihak yang berwajib telah gagal membaca dan memahami  apa yang saya tulis : Apa itu Darurat – yang keluar di  Malaysiakini dan dalam tukartiub.blogspot.com.

Saya terangkan pendirian saya dan analisa saya tentang Darurat.  Tulisan saya bukan berbalah tentang Darurat tapi memberi pencerahan kepada  anak semua bangsa agar faham apa itu DARURAT. Dari mana asal usul darurat.  Sejarah Darurat. Juga  berharap Darurat yang di tebar akan dapat menumpaskan  Mat Kobid. 

Saya menggunakan nama Mat Kobid untuk menjadikan tulisan saya satu satira.   Mat Kobid ini bukan sosok Melayu Islam.  Yang ini pihak berwajib di Bukit Aman  kureeeng faham.  Amin

Pad hemat saya – majoriti anak semua bangsa  telah bersedia memberikan hak asasi mereka – hak demokrasi mereka - untuk   ditukar kepada hak keselamatan   agar mereka  terus hidup bernafas. Ini  bukan satu pilihan yang ganjil. Ini satu pilihan yang tepat. 

Langkah mengumumkan Darurat ini mendapat sokongan orang ramai. Ini kerana orang ramai merasa lebih takut kepada Karona dari takut kepada Hukum Kanun Darurat. 

Memilih - antara hak berpolitik dengan  hak untuk selamat hidup – sosok yang rasional akan memilih hak untuk terus hidup.  Hak berpolitik tidak ada makna kalau sudah mati. Amin.

Tapi timbul masalah. Apa masalah  sekarang dengan Darurat?

Rakyat melihat  kerajaan Perikatan Nasional telah gagal menangani virus Karona. Angka pesakit bertambah.  Virus Karona makin merebak. Semenjak  PRK di Sabah virus Karona semakin menular. Angka yang gugur tewas bertambah lumayan. Ini menakutkan anak semua bangsa.

Tidak cukup dengan ini – para  pemimpin dan Menteri dalam kerajaan  memperlihat  perangai yang  tidak senonoh. Tidak senonoh   ini belaku dalam masa Darurat.

Ada menteri kabinet tidak mengikut aturan yang mereka sendiri anjurkan. Ada menteri kabinet  melanggar arahan tapi tidak ada tindakan diambil kerana mereka menteri. 

Maka timbul konsep ‘ orang kayangan’ untuk mentakrifkan rakyat yang di saman dengan orang kayangan  - baca menteri – yang melanggar hukum PKP tidak di saman. 

Dikatakan ada menteri kabinet mencari peluang dalam masa Darurat ini untuk mencari laba  - menjual tanah  milik kerajaan. Di desas desuskan tanah  milik kerajaan  bekas bangunan RRI di Jalan Ampang ‘ tergadai’. 

Bangunan RRI  - Rubber Research Institute – ini adalah  bangunan warisan klasik ‘ Art Decor ‘ . Mereka yang  bebal pasti tidak akan faham makna dan nilai bangunan klasik ini.

Biarkan  si Lunchai terjun dengan labu labunya. Biarkan biarkan. 

Tapi kita tak boleh tak boleh biarkan si Bebal menjual tanah kerajaan. Kalau dibiarkan hancus negara kita ini tergadai. 

Awal-awal lagi ketika vaksin ditemui  telah timbul desas desus jual kontrak dengan  syarikat ubat. Desas desus ini  muncul  bertali arus. Tidak cukup dengan ini ‘ tersebar’ berita ‘ ada orang tengah’ yang buat duit membeli vaksin.  

Tidak cukup dengan ini orang ramai melihat tidak ada ketelusan dalam hal jual beli  vaksin. 

Semua ini mewujudkan persepsi bahawa Kerajaan  Perikatan Nasional  di bawah pimpin Muhyidin Yasin telah gagal.

Politik ialah persepsi.   Dalam politik persepsi memainkan peranan utama. Ini kerana  dalam politik undi  – electoral politics -  hukum dan syarat politik ialah persepsi. Parti mana yang haprak persepsi maka parti ini akan bungkus. 

Pada   tahap sekarang media melahirkan persepsi. Hari ini monopoli dan hegemoni kerajaan terhadap berita telah  pecah terbarai. 

RTM, Utusan, TV 3 , Berita Harian, NST, Harakah   -   ada lagi ke ? 

Justeru – hasilnya – umum mendengar   suara hati lucah dan niat busuk nitizen  melalui media  sosial.   Media sosial kini  menjadi dalang utama penyebar maklumat. Betul atau tidak  maklumat yang disebar bukan persoalan. Yang penting berita tersebar. Berita menular luas. Banyak like dan banyak retweet.  Inilah  budaya ternoww.

Bila sahaja ada politikus  atau menteri  atau YB yang terkena  jangkitan virus Korona   maka orang  ramai berdoa – padan muka. Mereka mengucapkan   lebih baik  Menteri atau YB yang kena Korona  terus mati.  Kematian mereka akan membawa kebaikan untuk Malaysia.  Politikus yang mati adalah politikus yang baik. Amin.

Tidak cukup dengan perangai dan kelakuan menteri  kerajaan kita lihat pula perangai dan politikus dari puak Pembangkang.

Perangi Pembangkang  tidak jauh bezanya dari  politikus Kerajaan.  Dalam zaman Darurat ini Yb Kerajaan dan Yb Pembangkang amat susah untuk dibezakan. Membezakan   rasa Pepsi dengan Coke  lebih mudah.

Virus Nak Jadi PM (NJPM) yang berpunca di bilik makmal   Wuhan opps...silap...bilik makmal Bukit Gasing masih   dan sedang menular luas.   Virus NJPM  sama seperti virus Karona  masih belum  reda dan sedang mengganas.
Kini telah wujud varian  NJPM baru dimana  virus ini telah berkahwin dengan virus  Kluster Mahkamah.  Kalau virus Karona baru muncul di India kini virus varian baru NJPM ini  telah muncul dari Jalan Duta.

 Virus varian baru  ‘ di heboh-heboh’ kan dengan  keupayaan virus melahirkan   janji-janji pembebasan dari penjara   dan kedudukan  molek lagi indah  kepada pimpin  YB dari pihak  yang kini Pembangkang.

Amat jelas virus NJPM ini juga adalah punca  dan masalah  yang sedang menghuru harakan Malaysia.

Justeru  jika virus NJPM  menjangkiti para YB  maka YB ini akan selalu menjerit-jeti  terpekik terlolong  siang dan malam: Buka Parlimen ! Bukan Parlimen !. 

Jika kita terbaca suara  politikus menjerit terpekik terlolong  - melaungkan buka parlimen buka parlimen – ini adalah tanda politikus itu telah dijangkiti oleh virus NJPM. 

Lalu saya bertanya:  Kenapa dan apa tujuan buka Parlimen?  Bagaimana Parlimen  yang dibuka akan melawan virus Korona?   Guru Nanak pun tidak memiliki jawapan bila ditanya apa hubungan buka Parlimen dengan virus Karona..

Kemudian mari kita lihat pula fikrah dan perangai YB Pembangkang.

Contoh tahap  terbaik lagi terbonjol fikrah YB Pembangkang  ialah apabila – Six Million Dolar Man – di berhentikan jawatan Pengerusi Prasarana. Ini kerana LRT berlanggar. 

Tertiba ada YB dari  Parti Pembangkang yang  menuduh  ‘ ini  semua  sandiwara’.   Pemberhentian Tajudin Rahman   YB Pasir Salak  itu dikatakan satu sandiwara.  Kalau ini bukan tahap ‘mental’ maka  Imam Masjid Negara pastilah Vincent Tan.

Inilah tahap fikrah YB dari parti  pembangkang. 

Maka tidak menghairan  dan tidak  menakjubkan apabila majoriti rakyat dan pengundi menjadi mual dan loya lagi bosan melihat perangai dan kelakuan politikus.


Para Menteri dan para YB dari semua parti bukan nak menumpaskan virus Korona tapi nak menumpas musuh politik. Hampeh !.

Justeru semua ini telah  melahir kemeluatan dan kebencian orang ramai terhadap kerajaan.   Babak mual ini telah menjemput  Mat Rempit bangun menggantung kain rentak dengan lakaran – Kerajaan Gagal. 

Jika Mat Rempit – lowest of the low dari tafsiran  Pak Lebai Pak Haji dan Warga Taman Tun – kini telah  bangun memberontak. Ini bukti  keadaan negara makin berat. Amin

Keadaan ini bertambah buruk. Bertambah meloyakan apabila politikus  dari parti pembangkang pula  ‘ masuk setakuk ‘   untuk mencari peluang untuk menibai kerajaan.

Dari apa yang kiat baca - semua pemimpin parti politik telah dipanggil oleh  Agong.  Agong ingin mendengar apa pandangan politikus ini tentang cara dan langkah  yang  terbaik untuk melawan  virus Korona dari Wuhan.

Pandangan para politikus ini akan dibawa oleh Yang Di Pertuan Agong kepada Kakanda Adinda  Raja raja Melayu yang akan bersidang pada Rabu 16 hari bulan  ini.

Saya tidak mahu hanya  berupaya mempertikai apa yang terpapar. Mempersoalkan apa yang wujud.  Hanya  berleter. Mengkritik apa yang berlaku.  Tidak ...saya  menulis ini kerana sebagai  rakyat saya merasa takut terhadap virus Karona. Ketakutan saya itu memaksa saya menulis tulisan ini dan membuat cadangan

Disini saya sebagai warga negara merasa adalah wajib untuk saya yang berani mengkritik kerajaan dan pembangkang wajib juga berani mengajukan cadangan.

Jika saya hanya pandai mengkritik tapi tidak ada cadangan maka  ini maknanya saya juga sosok hampeh sama macam para politikus. Justeru saya melakarkan cadangan.

Cadangan saya ialah penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Pada hemat saya telah sampai masanya Malaysia  menubuhkan kerajaan Perpaduan. Kerajaan Perpaduan ini adalah kerajaan dari semua  parti politik – yang besar, yang kecil yang berdaftar dan yang tidak. Yang ada Yb atau yang tak ada YB. Semua dijemput untuk bersama.

Tugas utama para politikus sekarang  ialah menggalang  Barisan Bersatu – United Front –  dengan satu agenda.  Agenda  Kerajaan Perpaduan ini hanya satu : melawan virus Karona dari Wuhan. 

Kerjakan Perpaduan ini  akan mengurangkan  pertelingkahan antara parti politik.  Ianya akan memadamkan ‘tembak menembak politik’ yang tak tentu hala. Tembak menembak politik untuk ‘score point ‘ ini memualkan selera  orang ramai.   Merosakkan strategi menyeluruh melawan virus. 

Saya tidak memiliki cadangan mikro untuk memperluaskan apakah Kerajaan Perpaduan. Apa yang saya cadangan ini hanya konsep. Maka terpulangkan kepada  yang bijak lagi pandai untuk meneliti konsep ini. Tapi saya yakin cadangan saya ini lebih cerah dari menjerit-jerit buka  parlimen. 

Cadangan saya ini bertujuan mendahulukan  kepentingan  orang ramai dari kepentingan parti politik,. Mendahului kesihatan awam dari  keuntungan politik.

Sikap utama atau syarat utama untuk menerima cadangan ini ialah ahli politik wajib menjadi negarawan  bukan menjadi politikus yang memikirkan kalah undi dalam masa lima tahun. Bukan memikirkan kedudukan dalam parti. Inilah sebenarnya konsep rakyat didahului bukan parti atau kerusi PM atau YB yang di dahulukan.

Para politikus wajib sedar  jika  mereka bebal lagi bodoh – tak faham apa itu persepsi – tak faham apa itu menggalang  barisan bersatu  - makan saya sarankan – jangan tayangkan kebebalan itu pada  dunia.  Duduk senyap-senyap dalam reban tunggu ayam bertelur. Dan jangan lupa ambil gaji setiap bulan. Amin

Saya menolak Mageran. 

Ini kerana pada hemat saya  jenama Mageran ini satu produk yang tidak baik. Tetapi wajib diberitahu kepada generasi muda hari ini dan para politikus muda dan yang bebal sejarah bahawa Mageran  bukan satu  perkara baru. Pada tahun 1969 Mageran telah wujud untuk meleraikan masalah negara.

Ketika Mageran diumun pada tahun 1969 hanya beratus ratus warga telah mati terbunuh , tapi pada hari ini nisbah bandingan mangsa Mei13 dengan mangsa virus Karona amat luas. Lebih ramai warga mati dibunuh virus dari mati bergaduh semasa Mei13. 

Ini hakikat – malah angka kematian akan terus bertambah.

Juga wajib saya beri tahu bahawa Mageran  kepalai oleh Tun Razak dari parti United Malays National Organisation. Dari Mageran inilah munculnya idea   awal – prelude - untuk mendirikan Barisan Nasional sesudah Parlimen digantung selama dua tahun.

Idea Barisan Nasional mengeram dan menetas  dialam Mageran.

Sekali imbas Barisan Nasional tahun 1969  adalah kerajaan Perpaduan Nasional. Tun Razak telah mempelawa  semua parti untuk bersama membina Malaysia yang ‘ porak-peranda’ akibat bentrokan Mei13.

Mahathir mengajukan Mageran. Saya  menolak Mageran. Saya tidak tahu sama ada dari segi fikrah apakah Mahathir ini  seorang Republikan. Saya Hishamuddin Rais dari mazhab kiri memang seorang Republikan.

Tetapi pada tahap ini – pada ketiak ini – walau pun saya seorang Republikan saya mengalu alukan peranan Agong dan Raja   Raja Melayu. Pada tahap ini ketika kita diserang virus Karona dari Wuhan  Raja Raja Melayu telah memainkan peranan yang amat positif. 

Justeru saya yakin pada  Rabu 16/6/221 ini satu sejarah akan di buat. Raja  Raja Melayu akan membuat keputusan ke arah  jalan yang wajib diambil untuk menyelamat negara ini dari virus Karona.

Kenapa ini berlaku?

Kerana para politikus kita dari semua parti  telah gagal segagal gagalnya memainkan peranan untuk menyelamatkan Malaysia.  Mereka gila berpolitik. Tidak mendahulukan kepentingan orang ramai maka Raja Raja Melayu  mara ke hadapan mengambil arah garis politik negara untuk menyelamatkan rakyat. Amin.  (TT) 


TULISAN INI JUGA
MUNCUL DI KOLUM
MALAYSIAKINI.COM
DAN 
DI RUANGAN ANDA
THE MALAYSIANINSIGHT.COM