Sabtu, 14 November 2026

ISRAEL AKAN PAKSA TERAM


ISRAEL AKAN PAKSA

TERAM SERANG IRAN

AMIN

BARU SEKARANG BERANI BERSUARA


BARU SEKARANG

BERANI 

BERSUARA

KAH KAH KAH

NASI DAH

JADI BUBUR

AMIN

KES SRC NAJIB

DAH BERES

AMIN

TUNGGU 

14 OGOS 2028

BERANI BERSUARA

ATAU TIDAK ?

KHALAS


Tujuh Sasterawan Negara tolak 


undang-undang 'dua darjat'


Tujuh Sasterawan Negara menggesa kedaulatan undang-undang ditegakkan secara adil dan saksama tanpa dua ukuran antara golongan berkuasa dengan rakyat biasa.

Dalam kenyataan bersama bertarikh 12 Nov, mereka menegaskan prinsip itu mesti dilaksanakan tanpa mengira kedudukan, pangkat, kekayaan, pengaruh, keturunan, kaum, agama mahupun latar belakang seseorang.

"Tiada sesiapa yang boleh menganggap dirinya terlalu berkuasa untuk dipertanggungjawabkan, dan tiada sesiapa yang terlalu lemah sehingga dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan," menurut kenyataan itu tanpa menyebut nama atau merujuk kes tertentu.

Kenyataan bersama itu ditandatangani A Samad Said, Baharuddin Zainal (Baha Zain), Muhammad Haji Salleh, Anwar Ridhwan, Zurinah Hassan, Siti Zainon Ismail dan Rahman Shaari.

Ketujuh-tujuh sasterawan itu juga menyifatkan kedaulatan undang-undang sebagai asas membina negara demokratik, berintegriti dan bermaruah, serta menjamin hak, kebebasan, keselamatan dan keadilan setiap warganegara.

Sebagai karyawan kesusasteraan, mereka menegaskan bahasa dan sastera mempunyai tanggungjawab menyuarakan nilai kebenaran, keadilan dan kemanusiaan.

Menurut mereka, martabat negara turut diukur melalui caranya melayani rakyat, khususnya golongan yang tidak mempunyai kuasa, pengaruh dan kemampuan memperjuangkan kepentingan sendiri, selain kemajuan ekonomi, teknologi serta kekuatan institusi.

"Undang-undang yang adil ialah undang-undang yang melindungi semua, bukan hanya mereka yang berkuasa; yang mendengar suara semua termasuk rakyat dan orang kecil, bukan hanya mereka yang berpengaruh; dan yang memberikan keadilan kepada semua, bukan hanya mereka yang mempunyai kemampuan untuk mendapatkannya," menurut kenyataan itu.

Mereka turut mengingatkan prinsip Kedaulatan Undang-undang dalam Rukun Negara perlu dihayati dan dilaksanakan supaya tiada seorang pun berada di atas undang-undang dan tiada seorang pun dinafikan perlindungan undang-undang.

Gesaan tokoh utama sastera tanah air ini hadir ketika perdebatan mengenai pengampunan bersyarat bekas perdana menteri Najib Razak serta pelaksanaan tahanan rumahnya masih berlangsung.

Najib mula menjalani baki hukuman penjara kes SRC International secara tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, pada 10 Nov, selepas Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah pada hari sama.

Perintah itu membolehkannya menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, selaras dengan pengampunan bersyarat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 Sept.

Pada 29 Jan 2024, Lembaga Pengampunan mengurangkan tempoh hukuman penjaranya kepada enam tahun dan dendanya kepada RM50 juta. Najib akan menghabiskan baki hukuman penjara kes SRC di kediamanya di Jalang Langgak Duta, Kuala Lumpur sehingga 23 Ogos 2028.

Selepas itu, Najib dijadualkan kembali ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara berasingan dalam kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan dana kira-kira RM2.3 bilion, jika rayuannya di mahkamah tidak berpihak kepadanya.

Bekas presiden Umno itu sedang merayu sabitan dan hukuman kes 1MDB itu di Mahkamah Rayuan.

Pada 26 Dis 2025, Mahkamah Tinggi mensabitkannya atas 25 pertuduhan — empat salah guna kuasa dan 21 pengubahan wang haram — serta menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion.

4

MAT BUNTAL SAH TAK TAHU ADAT

 

MAT BUNTAL

SAH TAK TAHU

ADAT

KHALAS

NAK RASA JADI JUTAWAN


NAK RASA

JADI JUTAWAN

SILA TERBANG

KE MEDAN BALI

JAKARTA DUMAI

AMIN

RASAKAN

NIKMATNYA

KHALAS


Rupiah merosot, Indonesia jamin subsidi bahan api kekal hingga akhir tahun


JAKARTA: Indonesia memberi jaminan subsidi bahan api negara itu kekal terjamin sehingga akhir tahun ini, meskipun nilai rupiah terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto, berkata pada penutupan dagangan hari ini, rupiah susut 90 mata atau 0.50 peratus kepada Rp18,239 (RM1.73) bagi setiap dolar AS, berbanding paras penutupan sebelumnya iaitu Rp18,149 (RM1.71) bagi setiap dolar AS.

"Kami melihat berlaku turun naik, namun selagi harga minyak global kekal dalam lingkungan AS$92 (RM370.21) hingga AS$93 (RM374.26) satu tong dan nilai rupiah berada pada paras semasa, subsidi bahan api akan kekal terjamin sehingga Disember," katanya, lapor ANTARA.

Selain itu, kerajaan sudah membuat pengiraan dan memberi jaminan bahawa Belanjawan Negara mampu menampung kenaikan harga minyak global, termasuk sekiranya harga purata minyak mencecah AS$100 (RM 402.72) satu tong sepanjang tahun ini susulan tercetusnya konflik antara AS dan Iran pada awal 2026.

Belanjawan Negara 2026 pada asalnya dirangka berdasarkan andaian makroekonomi dengan harga Minyak Mentah Indonesia (ICP) pada AS$70 (RM280.86) satu tong dan kadar pertukaran mata wang Rp16,500 (RM1.35) bagi setiap dolar AS.

Airlangga berkata, kerajaan terus memantau prestasi rupiah dengan mengambil kira dinamika politik domestik serta perkembangan geopolitik global.

"Sememangnya, kami menyedari pelbagai sentimen mungkin mempengaruhi nilai rupiah. Kami akan menunggu dan memerhatikan perkembangan seterusnya kerana nilai dolar tidak ditentukan oleh pergerakan dalam tempoh sehari sahaja, sebaliknya berdasarkan trend terkumpul," katanya.

Beliau turut berharap asas ekonomi Indonesia kekal kukuh, khususnya menerusi aktiviti ekonomi di peringkat masyarakat.

"Kami berharap dengan asas ekonomi yang semakin matang, sebarang ketidaktentuan geopolitik atau politik domestik dapat diredakan menerusi aktiviti ekonomi," katanya. - AGENSI


MAHKAMAH BUAT PENGUASA ADAT

 

MAT BUNTAL

TAK FAHAM ADAT

AMIN

UNDANG DILANTIK

OLEH WARIS SUKU

DAN PERUT 

BUKAN 

OLEH MAHKAMAH

KHALAS




TAK TURUN JALAN RAYA TAK MENANG PILHANRAYA


TAK TURUN

JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHANRAYA

KHALAS

Unknown commented on 
"SEBELUM KE PILIHAN RAYA
 TURUN KE JALAN RAYA"

Engkau juga cakap kalau pilihanraya boleh mengubah apa-apa pilihanraya akan diharamkan, pun engkau belum pernah keluar mengundi kan? Kadangkala beginilah perangai orang kita, sibuk semua hal dunia sampaikan lupa tanggungjawab sendiri kah kah kah pastikan beras cukup untuk anjing engkau kah kah kah kah


Unknown commented on 
"IKUT CARA NAJIB"

Sudah bebas relax sajalah, apalah engkau orang, move on boleh tak? Asyik cerita berulangkali kah kah kah kah


Unknown commented on 
"ANSARALLAH SERANG
 BARUA AMERIKA"

Bagus teruskan serangan teruskan hancur biar semua hancur sekaligus, kah kah kah yang pasti hancur di Tanah Arab bukan tempat lain kah kah kah kah


Unknown commented on 
"APA KATA BEKAS PEMIMPIN DAP - PRN MELAKA"

Labu ini masa engkau, nanti masa aku akan tiba jua Labu, dunia sentiasa berputar, biar kecundang tetapi yang pasti orang-orang politik ini tidak sedar diri sendiri, sekelip mata boleh hilang, hilang nyawa hilang status hilang kayangan hilang kelayakan hilang kekayaan jadi tak perlu sombong sangat Labu kah kah kah kah mampus tetap tiba cuma orang akan ingat mampus engkau berbaloi atau tidak Labu kah kah kah kah


Unknown commented on
 "IKUT CARA NAJIB"

sebenarnya ia dimulakan oleh anwar ibrahim.. dan dap amanah pkr semua menyokong.

amin


Unknown commented on
 "APA ITU PAIP"

biarlah dia nak bodoh jangan paksa dia....