Isnin, 22 Februari 2021

HARI INI SELESAI - ESOK TURUN LAGI

 



HARI INI SELESAI

ESOK TURUN LAGI




PAGI PETANG

SIANG MALAM

TERUS MELAWAN

ZAHID TAK FAHAM

 


ZAHID TAK FAHAM

KAH KAH KAH

KALAU TAKDA

DARURAT

MUHYIDIN JATUH

KAH KAH KAH

BILA JATUH KENA

ADA PRU15

AMIN

BILA ADA PRU15

KOBID MENYERANG 

GANAS

AMIN

MACAM TERJADI

DI SABAH

AMIN




SOP dah ketat buat apa lagi isytihar darurat, kata Zahid

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak bersetuju dengan pengisytiharan darurat yang dilakukan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, secara peribadi keputusan tersebut adalah tidak perlu apatah lagi kerajaan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk menangani wabak Covid-19.

“Kita telah ada SOP cukup ketat dan pada saya secara peribadi tidak perlu pun darurat diisytiharkan.

“Dalam perkara ini saya amat taat setia kepada titah Yang di-Pertuan Agong yang telah dinasihati oleh Perdana Menteri. Perdana Menteri mendapat mandat dari jemaah menteri supaya darurat diisytiharkan.

“Tetapi hakikatnya, rakyat harus diambil kepedulian,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di Malaysiapost pada Ahad.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, dakwaan sesetengah pihak bahawa Muhyiddin hanya mahu mempertahankan kedudukannya dengan pengisytiharan darurat adalah interpretasi rakyat yang tidak boleh ditahan oleh kerajaan.

Kerana itu katanya, kerajaan perlu lebih mengutamakan masalah rakyat yang mungkin dianggap kecil oleh mereka yang berpangkat tinggi.

“Mungkin soal rakyat terlalu kecil untuk mereka yang berpangkat besar, berkedudukan tinggi, berada di dalam bilik berhawa dingin dan berkerusi empuk.
 
“Tapi bagi kita masalah rakyat yang harus diutamakan. Tanpa rakyat, kita tidak akan berada di mana-mana posisi dalam kerajaan apatah lagi sebagai anggota jemaah menteri,” katanya.

Zahid menggambarkan demokrasi di Malaysia sudah dikafankan apabila ahli-ahli Parlimen tidak lagi boleh bersidang bagi menyampaikan keluhan dan isu yang dibangkitkan rakyat.

Ketika pandemik COVID-19 inilah katanya, rakyat dihimpit kemelut ekonomi memerlukan pendapatan bagi menyediakan makanan untuk keluarga serta meneruskan kelangsungnan hidup mereka.

“Rakyat mahu makanan di atas meja, duit dalam poket. Suara saya adalah nadi daripada rakyat, dan ramai lagi kawan-kawan lain yang menyebutkan perkara ini kerana kalau bukan kita (wakil rakyat) yang menyuarakan suara rakyat, siapa lagi?

“Saya adalah sebahagian daripada kerajaan, tetapi oleh kerana Parlimen tidak bersidang, maka jangan disekat suara rakyat yang saya menjadi lidahnya.


INILAH HAKIKAT

YANG SEDANG

BERLAKU

AMIN

LEPAS NI

KALAU ADA PRU

SAPA MENANG

DIA PUNYA

KAH KAH KAH



MELAYU BUKAN ARAB

 



MELAYU BUKAN

ARAB

HAMPIR SEMUA

PEMIKIR ISLAM

 BUKAN ARAB

RAMAI ASAL PARSI

Jungle man commented on

 "INTELEKTUAL MELAYU"

Sebenar nya org minang mmg bijak tp kenapa harta pusaka tidak dibahagikan mengikut hukum islam

HUKUM ALAM - DUNIA INI MILIK ANAK MUDA

 


HUKUM ALAM

DUNIA INI MILIK

ANAK MUDA

Unknown commented on 

"ANAK MUDA

 BANGUN MELAWAN"

akhirnya anak muda keliang lahat.. dunia ini hanya untuk anak cina anak saya anak india anak saya anak kadazan anak saya anak biduanda anak anak kitakah yang berlari terlanjang di bawah mentari sumbing sambil menyanyi lagu ketakutan hari2 ini.. Selamatkan anak kita Dari padang jerangkap samar Selamatkan anak kita Orde baru politikus usang


HARI INI 22/2/2021

 


22-2-2021

CHINA MARAH GUAN ENG KENA TIPU ANWAR

 


PENGUNDI

CHINA MARAH

KERANA 

GUAN ENG 

SUDI DITIPU

ANWAR IBRAHIM

Unknown commented on 

"BAIK UNTUK 

PAKATAN RAKYAT"

bukan gerenti DAP dapat 40 kerusi. Dah ramai Cina yang tak puas dengan DAP dan Guan Eng sudi ditipu Anwar. Ramai yang marah ditipu dan dibelot masa PRU lepas oleh Pakatan Harapan. Masa tu, Pakatan Harapan janji ikut agenda rakyat. Lepas menang, Pakatan Harapan ikut agenda Anwar pulak. 


Masalah sekarang orang Cina tidak ada calon alternif. Kalau ada pemimpin parti lain yang mampu jamin pelihara hak orang bukan Melayu dan fokus agenda membangun negara dan ekonomi, ramai pengundi Cina akan tinggal DAP dan Pakatan Harapan.

ANAK RAJA PONG DAPAT IJAZAH

 



ANAK RAJA PONG

DAPAT IJAZAH

panglimo potaseh commented on 

"TAK BELAJAR DAPAT IJAZAH"

Ijazah tak perlu belajar ..ilmu dapat dari mimpi ..dan di ijazahkan oleh Tuan Guru. ..atau Guru Silat. Gwa belajar 5 tahun di ITM dapat Advanced Diploma je ..anak buah gwa belajar setahong di University atas rumah kedai dapat Ijazah ..jadi apa mau heran dgn ijazah. Anak Raja Kelantan pong ada PhD.

NAJIB MAKIN BIJAK

 


AMAT JELAS

NAJIB MAKIN 

BIJAK

AMIN

PANDANGAN DAN

CADANGAN NAJIB

BAIK UNTUK

NEGARA

AMIN


Percepat pelepasan kastam dan imigresen RTS, kata Najib

KEJAYAAN Sistem Transit Aliran (RTS) Johor Bahru-Singapura memang bergantung kepada kepantasan pelepasan kastam dan imigresen, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu berkata walaupun waktu perjalanan singkat, kerajaan perlu berusaha untuk mempercepat pelepasan kastam dan imigresen yang agak mengecewakan.

Beliau berkata ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) pertama kali merancang projek RTS dan sekarang menamatkan Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dengan Singapura, mereka bersetuju agar pelepasan kastam dan imigresen untuk kedua-dua negara dapat disatukan.

“Pengumuman kerajaan minggu lepas bahawa penumpang RTS yang tempoh perjalanannya hanya 5 minit masih perlukan masa 10-15 minit lagi untuk proses pelepasan kastam dan imigresen agak mengecewakan.

“Semasa kerajaan BN dahulu rancang RTS dan HSR (yang sudah dibatalkan kerajaan PN), kita juga pernah bersetuju dengan negara Singapura untuk memudahkan proses kastam dan imigresen agar proses pelepasan bagi kedua negara disepadukan,” katanya. 

Laluan kereta api RTS yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands di Singapura sepanjang kira-kira empat kilometer akan membawa pelancong dari satu negara ke negara lain hanya dalam masa lima minit perjalanan dan 10 minit.

Dengan kapasiti sehingga 10,000 penumpang per jam setiap arah, Link RTS diharapkan dapat membawa sehingga 300,000 penumpang sehari.

Waktu perjalanan hanya lima minit dan pada waktu puncak, kereta api akan bergerak selang waktu 3.6 minit.

Najib berkata dengan sistem teknologi yang berkembang pesat, proses pelepasan dapat dipercepat sambil mengurangkan potensi risiko keselamatan.

“Kini sistem pengecaman wajah (facial recognition) semakin canggih.

“Sistem Face ID Apple untuk iPhone juga telah mencapai kadar ketepatan setinggi 99.9999% iaitu kadar satu kesilapan bagi setiap sejuta wajah dicam.

“Bila digandingkan dengan kad sentuhan imigresen khusus bagi pelawat kerap, risikonya adalah teramat rendah,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu juga berkata bahawa kerajaan tidak perlu menunggu sehingga RTS mula beroperasi kerana teknologi itu sudah ada dan mereka harus mengadakan perbincangan dua hala dengan negara jiran bagi mewujudkan sistem baharu secepat mungkin.

“Paling tidak, kerajaan Singapura dan Malaysia boleh mula mendaftar pemegang kad imigresen dan wajah pemilik dalam tempoh 6 bulan sebelum RTS mula beroperasi agar kejayaan RTS terjamin.

“Jika nak lagi pantas, kad sentuhan itu juga boleh digunakan sebagai kad tiket RTS supaya kastam dan imigresen dilepas semasa menaik keretapi,” katanya.

Pertama kali diumumkan pada 2010, projek landasan kereta api ini pada mulanya disasarkan siap pada tahun 2018.

Tarikh mula baru pada akhir 2024 telah dipersetujui pada 2017 dan kedua-dua negara menandatangani perjanjian pada tahun berikutnya dengan pembinaan bermula pada 2019.

Projek ini terhenti setelah kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa di Malaysia pada Mei 2018.

Projek ini ditangguhkan selama enam bulan atas permintaan Malaysia untuk mengkaji skop, struktur dan kosnya serta dijadualkan siap pada akhir 2026.

Najib berkata projek yang awalnya dirundingkan, dipersetujui dan dilancarkan untuk meningkatkan pembangunan di Johor tetapi kini beliau mendakwa bahawa penangguhan oleh kerajaan PH telah menangguhkan kemajuannya.

Oleh itu beliau berkata bahawa untuk memastikan kejayaan projek RTS, kerajaan mesti beroperasi dengan mempermudahkan proses kastam dan imigresen untuk pengguna. – 22 Februari, 2021.

NAJIB MAKIN

BIJAK KERANA

MAKIN DEKAT

NAK MASUK

 PENJARA

KAH KAH KAH

ATAU KERANA

ADA BINI BARU

KAH KAH KAH

NAJIB BEBAS

TERPERANGKAP

DALAM COLI

BIK MAMA

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



NASI KANG KANG ORANG PUTIH PANGGIL CUNNILINGUS

 



NASI KANGKANG

ORANG  PUTIH PANGGIL

CUNNILINGUS

Arymanchino commented on

 "KALAU NAJIB IKUT 

ARAHAN DIA PASTI SELAMAT"

Sah bos ku penyamun kena nasi kangkang yg d gaul dgn tahi palat. Sbb tu kadang2 bos ku penyamun kata 'Kepale bapak hang'

GUGUR - PERLAWANAN DITERUSKAN

 



GUGUR

PERLAWANAN 

DITERUSKAN

NAJIB SEMAKIN BIJAK MENTADBIR

 



PANDANGAN BETUL

LAGI BIJAK

AMIN


Percepat pelepasan kastam dan imigresen RTS, kata Najib


APAKAH INI

NASIHAT

BIK MAMA

KAH KAH KAH

ANWAR ADA NUMBO



ANWAR ADA

NUMBO

Unknown commented on 

"ANWAR AKAN TUBUH

 KERAJAAN BARU"

I still pecaya ma anuar have numbers seratus 9pulu ahli parliman negera Bob Marley seteru belum plus dgn malayalam now anuar have ae ae aeiy bigges number ...ini yang terlatersss.

TURUN TURUN KE JALAN RAYA

 



TURUN SEMUA TURUN 

KE JALAN RAYA

PARTI POLITIK GADUH BAIK UNTUK RAKYAT

 

BERSATU GADUH

DENGAN UMNO

BAIK UNTUK RAKYAT

KHALAS



Lebih banyak pertandingan 3 penjuru dijangka pada PRU15, kata penganalisis

PERTANDINGAN tiga penjuru dijangka akan banyak berlaku di semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika Umno terus dengan keputusannya untuk kekal bebas daripada pakatan Perikatan Nasional (PN), kata penganalisis.

“Bersatu dan PAS akan bekerjasama dalam PN kerana Umno tidak mahu berkongsi kerusi dengan PAS di Pantai Timur,” kata Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia.

Mazlan yang mengkaji tingkah laku pengundi di Pantai Timur, berkata PAS dan Bersatu akan menjenamakan parti mereka sebagai pakatan perpaduan Melayu-Islam bagi menarik pengundi Melayu.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisommudin Bakar juga menjangkakan pertandingan tiga penjuru di kebanyakan daripada 165 kawasan Parlimen di semenanjung.

“Bersatu akan bergantung sepenuhnya kepada PAS untuk menawan 130 kerusi majority Melayu. Ia bakal menjadi perlawanan epik dalam kalangan parti Melayu,” katanya.

Mazlan dan Hisommudin mengulas berkenaan keputusan Umno untuk menolak bekerjasmaa dengan PN pada PRU15 selepas mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu pada Jumaat lalu.

Sumber parti memberitahu media ia turut menolak tawaran Bersatu untuk jawatan timbalan perdana menteri.

Umno mengadakan mesyuarat di pusat latihannya di Janda Baik di Pahang, susulan kata dua diberikan parti itu baru-baru ini.

Pelbagai sumber memberitahu The Malaysian Insight Bersatu mahu Umno membuat keputusan sama ada ia akan bersama PN pada PRU15, atau tidak.

Pada PRU14, Barisan Nasional (BN) hilang kuasa persekutuan apabila tewas kepada Pakatan Harapan (PH), kali pertama dalam tempoh 61 tahun selepas strategi pertandingan tiga penjuru diambilnya, menikam diri, dengan PAS merosakkan 24 kerusi untuk BN secara langsung.

Sehubungan itu, adakah BN akan berdepan takdir yang sama jika ia membenarkan pertandingan tiga penjuru pada PRU15?

“Tidak semestinya,” kata Mazlan.

“Di negeri majoriti Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, Umno dan PAS akan masih mendominasi kerusi dengan lebih 65% pengundi Melayu. Bagi kerusi 50% hingga 65% Melayu, PH aka nada peluang jika PN dan BN terpecah undi Melayu.

“Selepas PRU14, BN dan Umno cuba melakukan ‘strategi’ bersama PH bagi mengelak bertembung antara satu sama lain di kerusi terpilih,” kata Mazlan.

Beliau berkata ada banyak insentif bagi Umno untuk berkompromo dengan PH pada PRU15, berbanding PN kerana ia kelihatan direndahkan oleh parti itu.

Sebaliknya, Hisommudin berkata PRU15 bakal jadi padang yang sangat berbeza.

“Ilham tidak dapat melakukan pemeriksaan sentiment semasa kerana sekatan Covid-19 tetapi terdapat empat isyarat untuk diberi perhatian pada PRU akan datang.

“Pertama ialah jumlah pengundi keluar mengundi, diikuti dengan sentiment pengundi, jumlah pengundi baharu dan calon,” kata Hisommudin.

Beliau berkata PH mendapat manfaat dengan jumlah pengundi keluar mengundi yang tinggi pada PRU14, terutama dalam kalangan Cina, iaitu setinggi 90%.

“Tetapi adakah jumlah pengundi keluar mengundi akan tinggi sekali lagi di ketika pandemik Covid-19? Kami jangka ia tidak begitu, kecuali ada isu berbanding dan sentiment terhadap kerajaan menjelang pilihan raya nanti.”

Berkenaan tambahan pengundi baharu, Hisommudin berkata 40% hingga 42% daftar pengundi pada PRU15 dijangka berumur antara 21 dan 39 tahun.

“Mereka juga antara yang paling terkesan akibat pengangguran, gaji tidak adil dan kos sara hidup yang tinggi. Oleh kerana mereka pengikut terbesar di media sosial, mereka antara kumpulan pengundi paling rapuh dan bakal memberi kesan terhadap pilihan raya.

“Apa yang lebih penting ialah masih banyak yang tidak selesai antara gabungan politik, dan gambarannya akan lebih jelas hanya selepas rancangan mereka diumumkan,” kata badan kaji selidik itu.

Tetapi satu perkara yang pasti pada pandangan Mazlan dan Hisommuddin ialah PAS dan Bersatu kini akan bertukar tempat dengan Umno dan menggelarnya pengkhianat terhadap perpaduan Islam jika Umno masih dengan pendiriannya untuk tidak menyertai PN pada PRU15.

Umno memegang 37 daripada 130 kerusi majoriti Melayu di semenanjung, sementara Bersatu dan PAS masing-masing 16 dan 18 kerusi. – 22 Februari, 2021.

KALAU TAK

GADUH ATUR

SUSUN RANCANG

BIAR BERGADUH

KAH KAH KAH




TAK BELAJAR DAPAT IJAZAH

 


TAK BELAJAR

DAPAT IJAZAH

Unknown commented on

 "MENCURI TAK PERLU DIAJAR"


Benda alah nih ada dua sudut perkara kita kena tinjau : 1- Kena lihat kat mana kedudukan dan terikat nya seseorang itu. Di kumpulan askar dan polis ie. paramilitary dan langsung military...orang orang dibawah dipanggil non-commission officer dimana yang diatas malah tempat makan nya pun lebih gah seperti Officers' Mess maka Pegawai atau Officers lebih berkuasa mengeluar kan arahan dan MESTI di PATUHI! Ia ada lah system kasta dimana ditelan mati mak di muntah mati bapak...paham jer lah perbahasa melayu kan? Altantuya case ayone? 

2- Di sudut yang lain ia bersifat liberal dimana apa yang dah di jolok ke tembolok bergantung dengan penerimaan seseorang dan berbuat mengikut kata nafsu...ia tidak ada had ie. limit. Sudut 1 contoh nya pegawai yang lebih rendah diberi arahan hanya dengan berbekal maklumat (information) ie. wanita sorang nih adalah Agent Pengintip Rahsia luar negara maka perlu dihapuskan. Maka diangkat nya arahan sebagaimana didalam surat rasmi kerajaan...: "saya yang mengikut perintah"! Sudut 2 contoh seseorang diberi tempat hanya kerana datang dari keluarga yang berada dan berkuasa dihantar ke university tapi langsung tidak melalui keperitan untuk berjaya dan lulus di setiap peringkat ujian di menara gading tapi mengherankan boleh lepas dan lulus ditabal GRADUATE atau SISWAZAH waimah tahap pemikiran tahap rendah dan lemah!


 Anak anak raja (kapur), anak anak pak menteri dan pegawai tinggi (terpilih dan elit), anak anak bangsawan dan orang kaya (capitalist)...ramai yang berjaya dianugerahkan Ijazah tanpa perlu ada usaha atau kecerdikan...George Bush jer jadi contoh terbaik dimana 40 juta derma boleh mendapatkan tempat di HARVARD! Di Malaysia cer cari anak anak raja dan perdana menteri yang tak habis belajar tapi boleh dapat Ijazah? Lebih menyedihkan anak anak sang elit nih mendapat tempat tampuk kedudukan seperti di umur semuda 22 tahun langsung terus kementerian dan terus menjadi Perdana Menteri. 


Apa terjadi selepas dia berkuasa tanpa batas semua sudah tahu...malah dia dah dipasung-jatuh-hukum pun. Apa yang hendak diperkata kan ia lah akibat mendapat kuasa tanpa ada kebijaksanaan maka dia buat kedudukan dan kewangan negara semacam kepunyaan mak bapak dia sedangkan orang tua nya tidak mendidik sedemikian rupa! Ini bukan kupasan hanya berkongsi hujah supaya jangan dipersalahkan Orang Tua yang hanya kurang 5 tahun mencapai usia satu abad dimana kita yang lebih muda belum tentu dapat mengejarnya malah bakti dia menaik kan nama dan kedudukan negara ketahap di hormati dan disegani tapi dipunahkan dek perakus yang banyak bunyi UNTUK NEGARA, BANGSA, AGAMA dan TANAH AYER tapi sebalik nya dijarah di kleptokan sehingga tenat! 


So, siapa yang kita boleh pilih untuk tanding pencapaian OT95 selain hanya mencerca dan menghina dia sedangkan empunya diri tidak tersentuh hanya berharap negara kesayangan dia dibaik pulih!? (Contoh suka menghina konon Professor Dr Kamaru-tak-aman dimana menghentam di setiap peluang namun terkebil dan terkucil apabila bersemuka dengan tuan punya badan). Berpada pada lah menghina dan mengukur dimana baik nya diri sendiri berbanding orang yang yang kita hina!

BUKA KEDAI JUAL NUMBO



BUKA KEDAI

JUAL NUMBO

capt salai commented on 

"TER HOTT TER KINI 

TERNOWW"

Aku sarankan nuar berenti jd ahli politik..bukak la kedai nombo..koman2 pun jd bomoh nombo...semenjak dua menjak ni aku nk beli nombo pun tak semangat..nampak kedai nombo terbayang muko abg non..dlm ati aku kedai nombo ni nk nipu la ni buat abis duit aku je beli nombo

BERCAKAP BENAR

 



 MENEGAK KEBENARAN

INTELEKTUAL MELAYU

 


INTELEKTUAL 

MELAYU

Ketua Pengarang commented on

 "MELAYU BERPESTA"

stamford raffles kata keang minang adalah melayu yang paling hebat. dia kata minang adalah “cradle of malay race”. selepas sriwijaya diserang majapahit pusat pemerintahan berpindah dari jambi ke barat sumatera iaitu negeri minangkabau. di situ bermula lah kerajaan melayu lama yang dipanggil Melayu Pura (kota melayu). kemudian bertukar nama jadi Pagar Ruyung. 


ciri ciri orang minang yang aku nampak ialah suka berfalsafah dan judgemental.. sebab itu ramai penulis terkenal berketurunan minangkabau.. adat pepatih dan adat temenggong juga diasaskan orang minangkabau. orang minang ni intelektual.. tapi sebab terlalu intelektual ada yang sampai jadi gila.. sebab itu ramai komunis melayu berketurunan minang.. lagi lagi minang yang dah bercampur dengan darah orang asli.... yang dipanggil orang biduanda.

BAIK UNTUK PAKATAN RAKYAT

 


KALAU UMNO

BERSATU BERLAWAN

BAIK UNTUK

PAKATAN

AMIN


Lebih banyak pertandingan 3 penjuru dijangka pada PRU15, kata penganalisis



DAP TETAP

ADA 40 KERUSI

AMIN

ARTIS POODAH

 


ARTIS POODAH

Unknown commented on

 "HAN GAGALIS"

Hans takleh jadi politikus. Dia terlalu banyak skandal dengan artis2 Melayu yg top termasuklah isteri seorang Artis. Klu dia degil jugak, dia kena stdby tohmahan dari puak artis yg kurang senang dengan sikap wayangnya. Artis biasa dia tak layan. Dia anggap dirinya golongan Artis elit.

RAKYAT TAK SUKA TENTERA MEMERENTAH

 


RAKYAT TAK SUKA

TENTERA

MEMERENTAH

Unknown commented on 

"ADA KEBENARAN"

Betul jugak. Kau tengok perusuh Myanmar, taktik yang diguna sama dengan perusuh Thailand (2020) dan Hong Kong (2019). Ni bukan rakyat jati Myanmar yang bangun. Ni angkara kuasa asing nak jatuh kerajaan Myanmar. Nak rakyat Myanmar jadi hamba orang putih, macam jajahan Inggeris dulu.

BERKHALWAT HARI KE 342

 




KHALWAT KE 342


SENIN 22/2/2021
KITA MASUK KE HARI 342
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE  41

PKP2
MASIH DITERUSKAN

DI MYANMAR
TENTERA MULA MENEMBAK
PENUNJUK PERASAAN

DI INDIA
KAUM TANI
MASIH BERDEMO
DAH LEBIH SATU BULAN

DI MALAYSIA
EKONOMI
POLITIK
KESIHATAN
MASIH GAWAT

BERITA BAIK
VEKSIN DAH SAMPAI
AMIN

PAGI INI DI HOKKIEN
GUA DI SAMBUT
OLEH HOW WOW
SUARA KUAT DARI
POKOK YANG SAMA

GUA PELIK
DAH BEBERAPA HARI
SUARA DATANG DARI
POKOK YANG SAMA
APAKAH HOW WOW
TIDAK BERJALAN
CARI MAKAN

GUA DENGAR BELATOK
TAPI SUARA MONOTONOUS
TAK MENARIK
HOW WOW PUN
MONOTONOUS
TAPI MENARIK KERANA KUAT

HUJAN PANAS
HUJAN PANAS
MENJADIKAN CUACA ELOK
KINI BUNGA BUNGA
DALAM HOKKIEN
DAH MULA BERKEMBANG
KEMBOJA DAN BUNGA RAYA
MERATA MARATA

PAGI INI KUALA LUMPUR 
DIBALUTI KABUS NIPIS
MATAHARI DAH KELUAR
SINAR BELUM MENEBAR LUAS

BRO
MARI KITA
MULAKAN PAGI INI
DENGAN SENYUM

BRO
BUAT APA SAJA
YANG LU BUAT
MACAM INI
KALI TERAKHIR

BRO
KITA JANGAN TAKUT MATI
TAPI TAKUT
KERANA TAK BERANI
MEMULAKAN HIDUP

JEJAK PERTAMA ITU
TAK PERLU DIRISAUKAN
ALAM AKAN MENGATUR

BRO
BERBUAT BAIK
UNTUK SESIAPA SAJA
TANPA PURA PURA

BRO
JANGAN JADI
KAKI KOMPLIN

JANGANLAH ANGKUH SANGAT
SEMUA INI PERJALANAN ALAM
TAK LAMA LAGI
KITA TAK JADI APA APA
KITA TAK JADI SAPA SAPA
LUPUS ENTAH KEMANA

BRO
HARTA ITU LU KUMPUL SENDIRI
HARTA ITU IALAH
WATAK YANG MOLEK
NIAT YANG BAIK
LANGKAH YANG BIJAK

BRO
PANDANG KIRI
PANDANG KANAN
APA YANG  LU ADA
SUDAH MENCUKUPI

SEBENARNYA
TAK PERLU KUMPUL METERIAL
UNTUK HIDUP BAHAGIA
JIKA KITA TAHU
MAKNA HIDUP

BRO
JIKA HARTA SAMPAI
ATAU 
KITA JADI TERNAMA
KITA JANGAN ANGKUH
DAN
KITA BERSEDIA JIKA 
SEMUA LUPUS

BRO
SOSOK YANG  BUAT KEBAJIKAN
TIDAK AKAN PANGGIL
ORANG LAIN UNTUK MELIHAT
DIANYA  AKAN TERUS
MEMBUAT KEBAJIKAN
SAPERTI
MENYEMAI BENIH
UNTUK  MUSIM 
YANG AKAN DATANG

BRO
KITA TERIMA
TANPA SIKAP SOMBONG
KITA LEPASKAN
TANPA IKATAN

BRO
DENGAR CAKAP HATI SENDIRI
JANGAN DENGAR
APA ORANG LAIN KATA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT