KEADILAN: Kenyaaan Lynas bahawa RSF Selamat Digunakan Jangka Masa Panjang Adalah Penipuan!

Saya menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah satu penipuan dan berdasarkan dokumen-dokumen seperti Laporan Awal Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), telah dinyatakan dalam mukasurat ke-10 bahawa pembinaan RSF adalah untuk tujuan sementara dan lokasi tapak pembuangan kekal sisa (PDF) akan dikenalpasti kemudian.
Ini juga dicatatkan dalam Laporan Radiological Impact Assessment, muka surat ke-46, di mana struktur pembinaan RSF Lynas adalah berdasarkan jangka penggunaannya selama 10 tahun sahaja.
Sedangkan syarikat Lynas telah membelanjakan duit yang berjumlah besar dalam membina imej dan profil syarikat, malangnya kenyataan syarikat itu yang terbaru ini membuktikan bahawa kenyataan mereka tidak boleh dipercayai.
Saya juga ingin mengingatkan Lynas bahawa satu institute Eropah bernama OEKO pernah membuat kajian terhadap kemudahan Lynas dan dalam laporan mereka elah memberi komen bahawa kemudahan RSF kilang Lynas yang dibina menggunakan hanya 1mm lapisan HDPE dan satu lapisan 30cm tanah liat adalah tidak mengikut piawai dan tidak selamat untuk digunakan.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN Malaysia
-------------------