KOMENTAR
ku li ada tiga hari saje lagi
hari khamis ini parlimen cuti
ku ini terus menjadi calon tetap
presiden united malays national organisation
ku li juga adalah calon tetap
untuk menjadi perdana menteri malaysia
dari segi sosok ku li ini
adalah pilihan terbaik untuk malaysia
TOK BATIN GUA MUSANG
Media antarabangsa dakwa Ku Li bakal ganti Najib
Laporan itu mendakwa undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen akan diadakan dalam waktu terdekat.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bakal menggantikan Najib Razak sebagai Perdana Malaysia Ketujuh.
Razaleigh atau Ku Li, 78, dilaporkan akan mengetuai kerajaan perpaduan kerana Barisan Nasional (BN) sudah hampir lumpuh disebabkan skandal 1MDB, sebagai jalan kepada kemelut politik negara.
Menurut laporan Asia Sentinel, satu pertemuan telah diadakan di kediaman Ku Li pada 11 Jun lalu yang diketuai Daim Zainuddin, rakan baik Mahathir Mohamad.
Laporan itu mendakwa, Daim telah diberi tugasan memujuk Ku Li menerima tanggung jawab itu.
Perjumpaan kedua akan diadakan pada minggu ini dan diikuti dengan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen, tulis laporan itu yang memetik sumber.
KAH KAH KAH
jika ku li tidak
memcemar duli
maka ku li hanya diingati
sebagai tok batin gua musang
MUSANG KING
-------------