Ahad, 9 Mei 2021

PALESTIN BERGOLAK



 

 PALESTIN BERGOLAK

ARAHAN BARU PULAAAALKKKK

 



 ARAHAN BARU

PULAAAAAK

AMIN 




Aktiviti rentas daerah, negeri seluruh negara dilarang mulai Isnin

KUALA LUMPUR – Berkuatkuasa Isnin ini, semua aktiviti rentas negeri dan daerah di seluruh negara tidak dibenarkan tanpa kebenaran PDRM, demikian diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penguatkuasaan itu meliputi kesemua negeri yang berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Pemulihan (PKPP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan (PKPD), selama empat minggu sehingga 6 Jun.

“Antara aktiviti lain tidak dibenarkan (dalam tempoh itu) adalah aktiviti sosial termasuk majlis-majlis kenduri, perkahwinan, keraian dan lain-lain; aktiviti pendidikan dan aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan perhimpunan atau kesesakan awam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Selain itu turut tidak dibenarkan ialah majlis rasmi dan sosial secara bersemuka oleh kerajaan dan swasta.

Ismail Sabri berkata keputusan sekatan ini akan disemak semula selepas dua minggu.

 PERSEPSI

ORANG RAMAI

TIDAK BERUBAH

AMIN 



BEBAL BODOH SOMBONG

 

 BEBAL  PALAT

BODOH SOMBONG

 AMIN

ANGKUH DENGAN

KUASA

KHALAS 


Pandemik Covid-19 dan kebebalan

TIADA apa yang nampak berlaku dengan betul di Malaysia sewaktu kita menghadapi dua pandemik – Covid-19 dan kebebalan – kecuali vaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah percaya perisytiharan darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menghalang jumlah jangkintan Covid-19 naik mendadak.

Tapi jumlah kes lebih banyak pada tahun ini. Jika dikira jumlah kes bagi setiap sejuta rakyat, Malaysia kini di tangga ketiga selepas India dan Amerika Syarikat.

Jumlah kematian juga lebih banyak pada tahun ini, 1,186 berbanding 471 pada 2020.

Ini membawa kita kepada PKP ketiga untuk daerah tertentu di beberapa negeri dan seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan.

Anehnya, Putrajaya tidak terjejas dengan peningkatan kes di daerah Selangor di sekeliling Wilayah Persekutuan itu.

Ia menggambarkan kerja cacamarba tanpa kawal selia oleh kerajaan dan perkhidmatan awam yang masih mendapat gaji serta bonus untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Rakyat Malaysia perlu mengikut setiap kehendak, arahan, dan peraturan yang dibuat tanpa sokongan data saintifik.

Ini menjadikan rakyat semakin miskin daripada segi kewangan, fizikal dan mental.

Mengapa sistem Hotspot Identification and Dynamic Engagement (HIDE) hanya berkesan untuk kawasan pusat beli belah?

Mengapa ia tidak meliputi kilang yang nampaknya menempatkan paling banyak kluster Covid-19?

Mengapa sektor ekonomi dengan kluster Covid-19 yang kecil tidak dapat beroperasi tetapi dengan kes tinggi dibenarkan?

Jika HIDE boleh dipercayai, dan ahli Parlimen sudah menerima dua dos vaksin, mengapa Parlimen tidak dibenar dibuka semula untuk bersidang bagi menyemak dan meneliti prestasi kerajaan setakat ini?

Juga, mengapa pelajar universiti yang masih tidak divaksin dibenarkan pulang ke kampung halaman dan meningkatkan risiko jangkitan di kawasan itu?

Persoalannya, kes Covid-19 tinggi di negeri tertentu seperti Selangor dan Kuala Lumpur – mungkin disebankan sektor ekonomi seperti pembuatan dibenarkan beroperasi dan kelembapan vaksinasi yang mensasarkan petugas kesihatan dan warga tua.

Bagaimana dengan individu yang keluar bekerja? Contohnya individu yang bekerja di dua negeri tersebut dan dibenarkan pulang ke negeri seperti Kelantan dan Sarawak yang juga mencatat kes jangkitan tinggi.

Selepas melalui pandemik dan sekatan selama setahun, ramai rakyat mengikut prosedur dan meluangkan masa di rumah atau berbelanja untuk melindungi diri mereka, namun jumlah kes semakin naik.

Ia menunjukkan kerajaan tidak menjalankan tanggungjawabnya. Keputusan tidak buat dengan rasional atau berasaskan sains. Sektor dibuka dan ditutup tanpa sebab.

Individu yang sudah melabur untuk berniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri akan terpaksa menanggung kerugian walaupun itu bukan salah mereka.

Yang dibenarkan membuka semula restoran pula lebih banyak melihat kerugian berbanding untung dalam buku akaun mereka.

Rakyat yang mahu bersenam pula perlu menahan sabar ke atas kerajaan yang bolak-balik.

Pada tahun lalu perdana menteri mengumumkan kerajaan peduli kepada rakyat. Jumlah 400,000 lebih kes Covid-19,1,657 kematian dan perniagaan gulung tikar serta rakyat yang kehilangan kerja tidak mencerminkan dakwaan itu.

Kerajaan ini perlu berundur jika tidak mahu bertanggungjawab. – 9 Mei, 2021.

* Jahabar Sadiq 
adalah ketua pengarang 
The Malaysian Insight.

 RAKYAT MUAK

BENCI MELUAT

GETIK MENYAMPAH

KHALAS



WAJAH PEMIMPIN ISLAM

 


WAJAH 

PEMIMPIN ISLAM

Asrul Sani commented on 

"DENGKI - PROJEK DENGKI"

Wajah Najib dengan serban dan janggut tu nampak syumul dan tawadoq saja... sejuk mata memandang... langsung tak nampak wajah seorang perembat....muka jilat buret ada la... kah kah kah

SELAMAT BERBUKA

 

 

RAYO LAIE 

OMPEK ARI 



RAYA LAGI EMPAT HARI
KHAMIS KITA RAYA

PKP 3.0
UNTUK SELURUH NEGARA
TELAH DIUMUM

DARURAT
BERJALAN

LEPAS RAYA
KITA LIHAT ANGKA
NAIK ATAU TURUN

YANG NAIK SEKARANG
HASIL BAZAR RAMADAN
DAN  SIBUK BELI BARANG
UNTUK PUASA
UNTUK RAYA

RAYA KALAU
TAKDA JAGA DIRI
SUSAH KITA SEMUA

KITA JAGA KITA
JANGAN HANYA
BERGANTUNG PADA
KERJAAN
AMIN

PETANG NI UJAN LEBAT
GURUH KILAT
TAK TAK EZI
DUDUK RAPAT RAPAT
TAKUT DENGAR BUNYI

BILA HUJAN RENYAI
GUA TURUN MASUK HOKKIEN
INI BERJALAN PETANG
KEJAPJE

GUAN NAMPAK 
 BANYAK TIONG
DAN MERBUK
DI JALAN MENCARI CACING
DAN BELALANG YANG 
MATI LEMAS

PETANG INI
GUA SAPERTI BIASA
BUAH MANGGA
2 BUTIR TAMAR
DAN AIR SUAM

MAKAN MALAM
GUA PANASKAN
GULAI IKAN SUSU
MASAK TEMPOYAK
BUKAN PATIN

GUA BELI KUAH
DI RESTORAN UPIK
GUA TAMBAH SANTAN
DAN TEMPOYAK
SAMPAI HARI RAYA
KAH KAH KAH

INGAT NAK JUGA
JALAN JALAN
KE MASJID INDIA
TENGOK SUASANA
TAPI
TAK BERANI
KOBID MAKIN GILA
AMIN

SELAMAT BERBUKA
SELAMAT BERSAHUR



INI BARU BETUL - ANWAR SAH ADA MOJORITI

 

 HADIS

MAT LEBONG 

Unknown commented on 

"INDAH YANG 

HANYA DIRASA"

https://www.sinarharian.com.my/article/137612/VIDEO/Sinar-Shorts/[SHORTS]-Sebenarnya-Anwar-ada-majoriti Ini baru indah dirasa

 HADIS SAHEH

KAH KAH KAH

PERAWI DILAH SANI

KAH KAH KAH

ANWAR IBRAHIM

DISAHKAN ADA

MAJORITI OLEH

ANNUAR MUSA

DAN

AZMIN ALI

KAH KAH KAH

MAKIN RAMAI DAPAT PENCERAHAN

 

 

MAKIN RAMAI

DAPAT 

PENCERAHAN 

DAN FAHAM

Unknown commented on 

"SEMUA DAPAT 

SURAT POLIS KE?"

Rupanya kobid ni salah nuar. Disebabkan salah nuar umno dan pas dapat jadi menteri. Prn Sabah pun punca nuar jugak. Kalau nuar tak buat hal, tentu madey masih pm. Menteri2 semua ph dan tak ada kes kobid.

SURAT POLIS

 


 SURAT POLIS

panglimo potaseh commented on 

"SEMUA DAPAT

 SURAT POLIS KE?"

Surat Polis ..tempat gwa surat polis boley bili di kedai runchit ..ala murah je takat ni RM2 je ..nanti jam festival naik sikit lah. Ini lah hasil DEB semua mende musti di niagakang ..kang ..kang ..kang

FAHAMAN ZIONISMA



MENGENAL APA

 ZIONISMA 

ZIONISMA BUKAN BANGSA YAHUDI
ZIONISMA FAHAMAN POLITIK
YANG MAHU MEWUJUDKAN ISREAL
ZIONIS ADA DI MANA MANA
DI MALAYSIA PUN
ADA ZIONIS
DAN AJEN ZIONIS
MENYOKONG WUJUDIAH ISRAEL
INI CONTOH YAHUDI DALAM ISRAEL
DAN 
DI LUAR ISRAEL YANG 
MENENTANG FAHAMAN ZIONIS

BABI DISUCI

 


 BABI DISUCI

panglimo potaseh commented on 

"BABI LEBIH MULIA

 DARI PENGAMBIL RASUAH"

Teringat gwa cover Album Pink Floyd 1979 ..foto babi terbang ..tampak sangat suci babi tu ..


ZIONIS KLIM MEREKA UMAH PIPIHAN TUHAN

 


 ZIONIS KLIM

MEREKA UMAH

PILIHAN TUHAN

 ITIFADA

JAWAPAN TEPAT 

AJEN CHINA MERAH SUDAH MASUK

 


 SATU LAGI

BUKTI

AMIN

AJEN JAHAT

CHINA MERAH

DAH MASUK

AMIN

BIKAN KACAU

TANAH MELAYU

KHALAS


Sindiket penipuan bida dalam talian tumpas, 29 ditahan

SERAMAI 29 individu termasuk seorang warga China disyaki terlibat dalam sindiket penipuan membida barangan mewah yang tidak wujud secara dalam talian ditahan dalam serbuan di sebuah rumah teres di Suria Villa, Cheras di Kuala Lumpur, semalam.

Kesemua mereka terdiri daripada 24 lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 20-an dan 40-an.

Ketua Polis Selangor Arjunaidi Mohamed berkata dalam serbuan pada 5 petang itu, sindiket berkenaan telah beroperasi di premis itu sejak empat bulan lepas dan mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit.

“Sindiket dipercayai mengaut sehingga RM200,000 sehari dan dianggarkan memperoleh hampir RM6 juta setiap bulan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, malam tadi.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis telah membuat risikan selama sebulan dan mengesan kegiatan mencurigakan di dua alamat berbeza di kawasan taman yang sama.

“Modus operandi sindiket ini menggunakan kaedah membida secara dalam talian barangan berharga yang tidak wujud di laman sesawang seperti rumah, kereta dan barang kemas.

“Sindiket kemudian mengarahkan pembida untuk membayar barangan yang dibida dengan separuh harga sebelum meminta untuk melunaskan bayaran penuh bidaan,” katanya menambah sindiket itu menyasarkan warganegara China di Negara Tembok Besar itu.

Arjunaidi berkata hasil siasatan mendapati kesemua mangsa tertarik dengan taktik sindiket yang memaparkan keuntungan hasil penglibatan dalam aktiviti bidaan terbabit.

Polis turut merampas 116 telefon bimbit, 14 komputer riba dan 13 komputer meja dalam operasi itu.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan kerajaan China untuk menjalankan siasatan lanjut untuk mengelakkan penipuan sindiket itu daripada berleluasa.

“Kes disiasat di bawah Akta 120 (a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – Bernama, 9 Mei, 2021. 

MACAM MANA

CHINA MERAH INI

DAPAT MASUK

AMIN

PAKAI VISA APA

AMIN

CHINA MERAH

BAWA BAHAYA

BESAR PADA

TANAH MELAYU

KHALAS



AJARAN ZIONIS ISREAL - BUMI PALESTIN HAK MEREKA

 




RUKUN IMAN 

ZIONIS ISRAEL

BUMI PALESTIN

MILIK MEREKA

YAHUDI UMMAH

PILIHAN TUHAN

Unknown commented on

 "ZIONIS ITU FAHAMAN YANG PERCAYA AGAMA MEREKA YANG BETUL PILIHAN TUHAN"

Apasal biol dan baralnya... Post yang terawal dalam TT ni menyatakan Zionism itu satu fahaman bukannya bangsa atau kaum. Betul la Zionism itu diasaskan oleh orang Yahudi jadi selalu dikaitkan kepada bangsa Yahudi. Tapi bukan semua orang Yahudi itu mengamalkan Zionism. 


Kerana Zionism itu satu fahaman macam jugak la fahaman komunis jadi siapa-siapa yang mengamalkan fahaman komunis tu macam Zionism itu pun serupa dengan yahudi jenis tu la walaupun bukan yahudi, sama seperti kita panggil komunis yang mengamalkan fahaman komunis. Ramai sebenarnya tak paham benda-benda macam ni sebab taksuk dan tima bulat-bulat dari penyembur lendir diaoang yang sebenarnya pun tak paham tapi kuat menyembur lendir sana sini jual lendir.. tolol tul...

PERJALANAN SEJARAH

 


 PERJALANAN

SEJARAH 

Unknown commented on 

"BERKHALWAT 

MASUK KE HARI 416"

gwa ada terbaca komen guru gwa, masa guru gwa pelajar di UM dia kata di bangunan library ada speakers corner. di situ port anwar ibrahim dan lu hishamuddin rais tunjuk bakat. betul kah? lu asah bakat berpidato di situ? 


boleh jadi masa itu si anwar sudah bercita2 menjadi PM dan lu tt pun tidak menyangka yang lu akan terpaksa lari daripada mukharabat untuk selamat sampai ke rimbun buluh di tepi sungai golok. salute!


ZIONIS ISRAEL

 

 ZIONIS ISRAEL

KLIM HANYA 

AGAMA MEREKA

YANG BETUL

 DAN 

MEREKA UMAH

PILIHAN TUHAN 


ZIONIS ISRAEL KLIM AGAMA MEREKA SAJA YANG BETUL

 



 ZIONIS ISREAL

KLIM AGAMA

MEREKA

SAHAJA

 YANG BETUL

AMIN




Serangan terbaru Israel, lebih 50 rakyat Palestin cedera

BERPULUH-PULUH lagi umat Islam di Palestin cedera apabila polis Israel menggunakan Meriam air dan peluru getah ke arah mereka yang berkumpul mengadakan bantahan terhadap keganasan itu di Jerusalem, sehari selepas pertembungan di masjid Al-Aqsa.

Insiden terbaru itu, sehari selepas lebih 200 rakyat Palestin cedera di masjid suci itu, mencetuskan desakan antarabangsa supaya keganasan itu dihentikan.

Polis berkata mereka menyuraikan protes di kawasan Sheikh Jarrah di mana penunjuk perasaan membaling batu ke arah pasukan keselamatan.

Di sempadan Tebing Gaza, askar melepaskan gas pemedih mata ke arah rakyat Palestin, di mana pihak berkuasa Israel berkata tiga belon api dilancarkan ke Israel menyebabkan kebakaran tetapi tiada yang cedera.

Di Jerusalem, polis berkata tiga individu ditahan kerana menyerang pegawai polis, sementara Palestin melaporkan 13 lagi ditahan sebelum itu.

Palang Merah Palestin melaporkan 53 cedera dalam pertembungan semalam di Jerusalem.

Wartawan AFP di Jerusalem berkata polis perusuh Israel melepaskan peluru getah, Meriam air dan bom tangan ke arah rakyat Palestin semalam.

Pada Jumaat lalu, polis perusuh Israel menyerbu kawasan masjid Al-Aqsa, selepas mereka mendakwa rakyat Palestin membaling batu dan bunga api ke arah pegawai polis.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan polis.

Keganasan itu paling teruk di Al-Aqsa, masjid ketiga paling suci bagi umat Islam.

Hamas yang mentadbir Gaza, menggesa rakyat Palestin terus kekal berada di Al-Aqsa hingga akhir Ramadan, dengan amaran mereka bersedia mempertahankan Al-Aqsa, walau apa jua yang berlaku. – AFP, 9 Mei, 2021.

ZIONIS ISRAEL

 KLIM AGAMA LAIN

SEMUA SESAT

AMIN

UMAH MEREKA

DI PILIH TUHAN

AMIN 



AMALAN ZIONIS ISRAEL

 



 AMALAN ZIONIS

ISRAEL

AGAMA MEREKA 

SAJA YANG BETUL

TUHAN PILIH MEREKA

panglimo potaseh commented on 

"ZIONIS ITU FAHAMAN YANG PERCAYA AGAMA MEREKA YANG BETUL PILIHAN TUHAN"

Kalau kita kata Islam adalah igama yang betol ..ugama lain semua salah ..jadi penganut Islam tu Zionist lah ye .. ..

FUCK OFF CHIAN MERAH

 


 FUCK OFF

CHINA MERAH

Amier The Hero commented on 

"FUCK OFF 

CHINA MERAH"

Cukup² la China merah ni, goram lak ati. Memulo kobid... sekarang ni roket bangang eh tu lak. Kok jatuh kek malaysia, tak ke ado yg mampuih gak laie

PROJEK TIPU RAKYAT

 


PROJEK TIPU

RAKYAT

Unknown commented on

 "PROJEK CURI

 DUIT RAKYAT"

Setuju bonar la tu... Habeh kan duit rakyat jo.. Buek tu projek tu pun untuk bolo penjilat-penjilat supaya terus sokong kera-jaan dengan bayo elaun diaoang ramai ramai tu.

BERKHALWAT HARI KE 419

 


KHALWAT KE 419
AHAD  9/5/2021
KITA MASUK KE  HARI 419
BERKHALWAT

DARURAT 
HARI KE 118

PUASA HARI
KE 27

RAYO LAGI TIGO ARI
HA HA HA
SEMUA DAH REDI

DEN TURUN 
BOREK BADAN SEKILO
WOW
SUSAH NAK TURUN
BERAT BADAN
DULU MASA KAMUNTING
POSA
SENIN KHAMIS
TURUN BOREK BADAN
GILO GILO
AMIN

ANGKA KOBID
NAIK LAGI
JELAS LANGKAH
KERAJAAN GAGAL

APA SETERUSNYA ?
AMIN

PAGI INI HOKKIEN CERAH
KL BERKABUS
GUA DISAMBUT OLEH MURAI
MUNCUL DARI GAUNG
 4 EKOR ANJING
WARGA HOKKIEN
TAK TAK AJAK MAIN
MEREKA TAK  LAYAN

HA HA
SAHEH GUA NAMPAK
BANGLO KE DUA SEDANG DIBINA
TAPI PAGI INI
TAK ADA PEKERJA
CUTI KUT
KAH KAH KAH
AMIN

BRO
MULA DENGAN SENYUM
PAGI INI
PASTI LEBIH MOLEK
DARI SEMALAM
LUPAKAN SEMALAM
KITA TAKUK HARI INI

BRO
TIDAK ADA JALAN
KEPADA BAHAGIA
BAHAGIA ITULAH JALAN

BRO
KEGUMBIRAAN
IALAH APABILA
LU GUMBIRA
KERANA LU BUAT
ORANG  LAIN GUMBIRA

TEBARKAN KASIH SAYANG
DIMANA SAJE LU PERGI
PADA SAPA YANG LU JUMPA
BIARKAN
SEMUA PULANG DENGAN
GUMBIRA

BAHAGIA GUMBIRA
TIDAK AKAN SAMPAI
PADA SESIAPA
YANG  GAGAL
MENILAI APA YANG DIA ADA

BRO
JANGAN MENGHUKUM
LU AKAN GUMBIRA
MAAFKAN
SEMUANYA
LU LAGI GUMBIRA
CINTA SEMUANYA
LU AKN SENTIASA GUMBIRA

BRO
GUA TAHU
97% PEMBACA TT
TAK SUKA DENGAN GUA
TAPI GUA NAK BERI TAHU
100% GUA TAK AMBIL POT

LU N AK BOHONG
BOHONGLAH
GUA TAK AMBIL PEDULI

JADILAH
SOSOK YANG BAIK
SOSOK BERBUDI
TAPI
JANGAN NAK BUAT TAIK
AKAN DI LAWAN

BRO
APA LU ADA HARI INI
GUMBIRALAH
ADA ORANG LAIN
MALAM TADI TIDUR
DI BANGKU JALAN

BRO
PILIH SOSOK
YANG PILIH LU

BRO
JANGAN BUANG MASA
NAK TUNJUK HEBAT
PADA YANG LAIN

TENTERAM
IALAH BILA KITA TAK
AMBIL POT
TERUS HIDUP GAYA KITA

BRO
JANGAN MINTA MAAF
KETIKA BERCAKAP BENAR

AWALNYA
SEMUA DILIHAT
MUSTAHIL
SEHINGGA IANYA
BERJAYA DILAKUKAN

JIKA
HATI DAH TENTERAM
SATU PUN TAK BOLEH
KACAU

BRO
JANGAN MENJAWAB
KETIKA MARAH
JANGAN BERJANJI
KETIKA GUMBIRA
JANGAN BUAT KEPUTUSAN
KETIKA SEDIH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT
SELAMAT BERPUASA