Selasa, 14 Mac 2023

KIAMAT CUACA

 


KITA BANJIR

MEREKA KEMARAU

INI NAMANYA

KIAMAT CUACA

KHALAS

CANDU DI SERAMBI MEKAH


Kelantan rekod kes dadah paling tinggi tahun lepas, kata ketua hakim

KES jenayah berkaitan penyalahgunaan dadah mencatatkan jumlah tertinggi didaftarkan di Kelantan iaitu sebanyak 3,683 kes, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau berkata daripada jumlah itu, pendaftaran kes di Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah sebanyak 72 kes, manakala di Mahkamah Sesyen sebanyak 254 kes dan Mahkamah Majistret pula sebanyak 3,357 kes.

“Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lepas, jumlah keseluruhan pendaftaran kes sivil dan kes jenayah di semua peringkat mahkamah di Kompleks Mahkamah Kota Bharu adalah sebanyak 13,579.

“Daripada jumlah tersebut, 6,412 adalah kes jenayah dan kes jenayah terbanyak yang didaftarkan melibatkan kesalahan berkaitan dadah,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra berkenan berangkat merasmikan kompleks berkenaan. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh.

Tengku Maimun berkata kes melibatkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang didaftarkan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada tahun lepas amat membimbangkan dengan 59 kes berbanding kes berhubung jenayah seksual dewasa sebanyak 18 kes sahaja. 

“Dalam hal ini semua pihak hendaklah sentiasa cakna dalam memastikan hak dan kebajikan kanak-kanak yang merupakan golongan rentan sentiasa diberikan keutamaan dan mangsa kanak-kanak diberikan perlindungan yang sewajarnya.

“Di pihak Mahkamah, kes jenayah seksual kanak-kanak sentiasa diberikan keutamaan menerusi pengendalian prosiding dalam mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak,” kata beliau.

Beliau menyeru semua pihak bersatu hati dan memainkan peranan masing-masing demi membanteras isu ini kerana kesannya yang amat dahsyat sehingga boleh memusnahkan masa depan terutamanya generasi muda, bahkan boleh melumpuhkan pembangunan fizikal dan rohani rakyat. – Bernama, 14 Mac 2023.

PELIK BIN HAIRAN

DGN DATA INI

KAH KAH KAH

KELANTAN..OPPS....

SERAMBI MEKAH

DAH ADA CANDU

ASLI 

KAH KAH KAH

NGAPA AMBIK

CANDU BUATAN

MANUSIA

KAH KAH KAH

TAK CUKUP

HIGH KE ?

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KHALAS

SIAPA PENULIS SURAT INI ?


NOTA:
SIAPA KAMU
MARI KITA BERJUMPA  SEKALI  LAGI
MARI KITA LIHAT KEMBALI
HIDUP YANG TELAH KITA LALUI
SILA HUBUNGI AKU
AMIN

SURAT DARI

ANAK MUDA

AMIN

Unknown commented on
 "DARI BRICKFEILDS"

Aku pun ada pengalaman aku dengan tt. Masa aku umur 23. Oleh kerana aku seringkali membaca tulisan tt dan kebetulan bertembung, aku minta tt tandatangan buku yg aku pegang.tt tulis 'buatlah yang baik'. Woittt tt , time tu aku garu kepala sebab bagi aku itu adalah ayat yang anti klimaks untuk org yg aku labelkan sebagai rebel ...tapi ayat itulah yang mengubah perjalanan hidup aku selama-lamanya. Biaq siapa pun hang sekarang, apa pun pandangan orang lain terhadap hang... aku amat berterima kasih pada hang. Seratus teacher yg aku pernah ada, aku cuma sebut hang sebagai teacher aku walau cuma 2 minit dan sebaris ayat. Kahkahkah. Aku berbangga jadi diri aku pada hari ni kerana aku pegang sebarias ayat tersebut. Terima kasih. Semoga panjang umur.

MUDA MUDA DAH PANDAI MAIN DUIT




Bicara kes Syed Saddiq: Pembelaan tutup kes


PASUKAN pembelaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang berdepan empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram, menutup kesnya hari ini selepas memanggil empat saksi untuk memberi keterangan.

Hakim Azhar Abdul Hamid menetapkan 10 dan 11 April ini untuk mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua pihak selepas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Saddiq, memaklumkan pembelaan menutup kesnya.

Hakim itu turut menetapkan sebelum atau pada 3 April ini untuk pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis.

Pada 28 Okt tahun lepas, Syed Saddiq, 30, diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Bekas menteri belia dan sukan itu memberi keterangan membela diri selama dua hari bermula 22 Feb lepas.

Turut memberi keterangan sebagai saksi pembelaan ialah bekas ketua Armada)Ulya Aqamah Husamudin, bekas pegawai khas kepada Syed Saddiq, Mohamed Amshar Aziz dan bekas setiausaha peribadi kepada Syed Saddiq, Siti Nurul Hidayah.

Terdahulu, Siti Nurul Hidayah yang menyambung keterangannya berkata laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan beliau dikasari dan diugut oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika dipanggil memberi keterangan dalam siasatan terhadap Syed Saddiq pada 2020 adalah benar.

Menurut saksi pembelaan keempat itu, beliau juga pernah berjumpa dengan pegawai kanan SPRM dikenali sebagai Ihsan, yang memperkenalkan diri sebagai pegawai penyiasat dalam kes Syed Saddiq.

Syed Saddiq yang dipanggil semula untuk memberi keterangan turut membuat pengecaman ke atas Ihsan atau nama sebenarnya Mohd Ihsan Sapuan.

Semasa prosiding sebelum ini, Syed Saddiq dirujuk oleh peguam bela dengan transkrip rakaman audio yang didakwa mengandungi perbualan antara Syed Saddiq dengan Ihsan.

Dalam transkrip tersebut, Ihsan dikatakan cuba memujuk Syed Saddiq supaya menyokong Muhyiddin Yassin, kerana bekas perdana menteri itu yang membawa beliau menyertai Bersatu, masih mengambil berat terhadapnya dan memaklumkan SPRM menjadi “alat” apabila berlaku pertukaran kerajaan.

Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan bekas penolong bendahari Armada Bersatu Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020.

Bekas ketua Armada itu didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Beliau juga berhadapan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018. – Bernama, 14 Mac 2023.

SAYANG 1000

KALI SAYANG

AMIN

MUDA MUDA

DAH PANDAI

MAIN DUIT

KHALAS

BAKHMUT TERUS BERTEMPUR


BAKHMUT

BERTEMPUR

DITERUSKAN

KHALAS

RASUAH ITU SEDEKAH


RASUAH ITU

SEDEKAH

AMIN



Unknown commented on
 "PENYELAMAT SETIA UMAT
MANUSIA
silap bro..penyelamat manusia itu adlah haji hadi..tanpa haji hadi, pas takdpt rm90juta, tanpa haji hadi, kes jana wibawa tidak ada..tanpa haji hadi, rasuah dikatakan sedekah.tanpa haji hadi, teknokrat tiada kerja tiada labon tiada syurga neraka nak dijual..tanpa haji hadi, ustaz azhar idrus susah cari makang..akhirnya ust fasih fekah ni tiada tauliah dinegeri darul iman.maka haji hadi wajib dijaga dipulihara kerana haji hadi punca pendapatan dan isteri2 adalah cagaran talak..

BANK BANGKRAP MULA MERABAK


AWAS !!!

KESAN  BANK

DI AMERIKA BANKRAP

MULA MEREBAK

KHALAS

KESS MUHYIDIN


KES MUHYIDIN

KHALAS

Unknown commented on
 "MUHYIDIN NGAKU TAK SALAH"

Kalau malikul sembab lepas, Najib dgn Zahid pun patut lepas. Kahkahkah. Siapa bebaskan siapa kita tunggu dan lihat....


Unknown commented on 
"PEMINTAAN MUHYIDIN YANG TEPAT"

Berapa punya parpu la Midin abah cow ni.. engkau tu kerajaan,kalau org hulur duit tu mestilah nak habuan. Hulur kat pembangkang tu gamble. Belum tentu dapat habuan. Kalau ikut lojik abah cow ni, sekarang dah halal dan tak salah di segi undang2 lah kalau semua taikun nak hulur duit dekat PMX.


Unknown commented on
 "MUHYIDIN DI DAKWA LAGI"

Bro, mahiaddin didakwa lg. Takde hal punya baru dakwa bukan beerti bersalah. Terjemahan melayu kata tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Bossku dah didapati bersalah oleh 3 mahkamah pun loyar dan penyokong kata bossku tak bersalah inikan pula muiden baru diakwa. Penutup bersalah memang takde di1mesia sbb sumernya tak bersalah

RASUAH DI MANA-MANA



RASUAH

DIMANA MANA

KHALAS

Unknown commented on
 "MUHYIDIN NGAKU TAK SALAH"

Dalam negaraku, selagi tak cakap tarak salah, kalau tangkap baru salah betul kah,? Kalau nak tangkap semua perasuah, kena Bina penjara setiap daerah setiap mukim setiap kampung kah kah kah begitu ramai begitu hebat rasuah tidak dapat berpuluh dengan darah daging kah kah kah , ini bukan suka ini adalah duka, kesian orang orang kita sampai begitu sekali, Merdeka sudah berpuluh tahun tapi rakyat Masih belum Merdeka dari to I rasuah seksa seksa seksa semua yang ada dinluar dalam tepi kiri kanan begitu sampai Pagar jaga padi makan padi, majority siapa ya kah kah kah

PELARIAN MENCURAH MASUK KE EROPAH



PELARIAN PERANG

PELARIAN EKONOMI

MENCURAH MASUK

KE  EROPAH

AMIN

MANGSA BANJIR MASIH TINGGI


Lebih 38,000 mangsa banjir masih berlindung di PPS

SERAMAI 38,738 mangsa banjir masih berlindung di 126 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga negeri yang terjejas setakat 8 pagi ini. 

Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir berkurangan daripada 39,677 pada 8 malam tadi kepada 38,587 pagi ini. 

Seramai 10,747 keluarga masih ditempatkan di 123 PPS yang beroperasi di empat daerah terjejas masing-masing 37,827 orang di Batu Pahat, diikuti di Muar (504 orang),  Segamat (193 orang) dan Tangkak 63 orang. 

Cuaca diramalkan cerah di kesemua 10 daerah pada pagi ini. 


Mangsa banjir di Johor

 dan Melaka

 berkurangan, 

Pahang kekal

JUMLAH mangsa banjir di Johor dan Melaka terus menurun manakala Pahang tidak berubah dengan 39,846 orang ditempatkan di 128 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat malam ini. 

Di JOHOR jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 39,677 orang setakat 8 malam ini berbanding 40,005 direkodkan pada 4 petang tadi susulan penutupan tiga PPS di Muar dan Batu Pahat.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS yang ditutup adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alaudin di Muar manakala di Batu Pahat pula ialah Yong Peng High School dan Sekolah Agama Air Puteh, menjadikan 125 PPS masih beroperasi di empat daerah setakat ini. 

Menurut JPBN, Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 38,878 daripada 10,847 keluarga; diikuti Muar dengan 524 mangsa (163 keluarga); Segamat 212 orang (56 keluarga) dan Tangkak 63 mangsa (12 keluarga).

Dua sungai di Batu Pahat masih melepasi aras bahaya iaitu Empangan Bekok di Sungai Bekok yang kini pada paras 19.39 meter (m) dan Sungai Senggarang di Senggarang (3.62m) selain Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar yang mencatatkan bacaan 3.37m.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin terus berkurang kepada 24 mangsa daripada lima keluarga malam ini berbanding 55 mangsa daripada 13 keluarga pada 2 petang.

Sekretariat JPBN dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu.

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan jumlah mangsa banjir malam ini kekal seperti petang tadi iaitu 145 orang daripada 51 keluarga di daerah Rompin.

Seramai 90 orang daripada 29 keluarga ditempatkan di PPS SK Leban Chondong manakala 55 orang daripada 22 keluarga di PPS SK Kampung Aur. – Bernama, 13 Mac 2023.


BANJIR MAKIN

SURUT

AMIN

LEPAS NI

PEMBERSIHAN

AMIN

INI  BUKAN

KERJA SENANG

AMIN

SAPA DEKAT

SAPA ADA MASA

SILA BANTU

AMIN

KHALAS

TEH TARIK TALIBAN


Pengundi Umno, DAP boleh beralih kepada Perikatan dalam PRN, kata PAS

GABUNGAN Perikatan Nasional (PN) boleh menjadi pilihan kepada sebilangan penyokong Umno dan DAP yang tidak berpuas hati di pantai barat pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata mungkin berlaku perubahan undi terutama daripada sekumpulan penyokong Umno dan DAP yang tidak berpuas hati dengan pembentukan kerajaan perpaduan yang memerlukan musuh lama bekerjasama.

“Sebahagian daripada kumpulan itu mungkin mempunyai kecenderungan untuk menyokong Pakatan Harapan khususnya di Selangor.

“Tetapi data yang kami ada menunjukkan mungkin ada perubahan,” kata Tuan Ibrahim kepada The Malaysian Insight.

Tuan Ibrahim berkata Umno dan DAP bekerjasama kini di bawah Kerajaan Perpaduan bertentangan dengan keputusan yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno.

“Apabila melihat Kerajaan Perpaduan ini, tidak semua penyokong Umno akan bersetuju dengan parti itu menyertai kerajaan yang bekerjasama dengan DAP dan PKR kerana mandat dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno.

“Keputusan yang dibuat dalam perhimpunan itu kini dilanggar.

“Jadi sebahagian Umno (penyokong) kecewa dengan apa yang berlaku, malah ada juga daripada DAP.

“Dulu DAP menyerang Umno kerana rasuah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebagainya tetapi kini tiba-tiba mereka berkawan dalam kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata mereka membuat kajian di enam negeri dengan maklumat awal menunjukkan terdapat kumpulan dalam kedua-dua parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat.

Beliau menambah pengundi Umno dan DAP akan menilai semula sokongan mereka kepada parti-parti ini yang menurutnya boleh dilihat pada enam PRN akan datang.

Tiada masalah untuk pengundi PH undi PAS

Tuan Ibrahim berkata pengundi yang tidak berpuas hati ini khususnya di Selangor tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengundi PAS dalam PRN kerana beliau mendakwa mereka akan mengundi parti Islam itu apabila menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata pengundi pada hari ini terutamanya yang lebih muda tidak terlalu cenderung dengan parti tertentu sebaliknya menilai sesuatu parti berdasarkan pencapaian dan keyakinan mereka.

“Pengundi di Selangor pernah mengundi PAS sebelum ini kerana PAS bersama kerajaan negeri ketika itu di bawah Pakatan Rakyat.

“Mereka (pengundi) tidak terlalu ekstrem terhadap parti tetapi mereka melihat kepada pencapaian, prestasi, dan keyakinan terhadap calon. Ini adalah faktor penting bagi mereka.

“Bagi pengundi muda pula mereka jauh berbeza dengan pengundi yang lebih berusia di mana pengundi yang terdahulu terikat secara sentimen kepada parti politik.

“Orang muda tidak cenderung kepada mana-mana parti. Mereka hanya menyokong. Apa yang mereka mahukan ialah negara yang bersih daripada rasuah dan berintegriti tinggi. Faktor-faktor ini menarik minat mereka,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata kejayaan PAS di Kelantan, Terengganu dan tempoh singkat mereka dalam kerajaan juga boleh menarik minat pengundi. – 14 Mac 2023.

WOIT

KALAU BETUL

INI BERLAKU

KITA AKAN PARAH

AMIN

PARAH KERANA

TALIBAN JADI

KERAJAAN

AMIN

KITA SEMUA

AKAN DI PAKSA

MINUM TEH TARIK

MACAM DIKELANTAN

OPPS.. SILAP

DI SERAMBI MEKAH

KAH KAH KAH

KHALAS

KRISIS - BANK BANGKRAP DI AMERIKA


PENCERAHAN

TENTANG BANK

AMIN

CARA BANK 

BUAT DUIT

KHALAS

CADANGAN GILA LAGI LAWAK


CADANGAN GILA

LAGI LAWAK

TAPI

MASUK AKAL

KAH KAH KAH

AMIN




Hudbenseman commented on
 "MUHYIDIN NGAKU TAK SALAH"

Gwa cadangkan Najib,Zahid, Muhyidin dibicarakan serentak sajalah untuk jimatkan duit org2 pembayar cukai macam gwa ni.
Lagipun nama pertuduhan saja berbeza, konsepnya masih sama-sakau. Kalau nak bebas biar bebas ketiga2 sekali. Alang2 nak melingkup kasi lingkup semua sekali biar negara ni jadi duluan untuk negara lain. Malaysia boleh.

PENYAMUN DILANTIK JADI MENTERI


PENYAMUN

DILANTIK JADI

MENTERI

KHALAS

Mamatgetah commented on
 "PENCERAHAN 
DARI KHAIRY TENTANG ZAHID"

Hanya di tanah melayu saja penyamum dilanik jd menteri..kerana kuasa kerana politik kerana harta dan cipak semua jadi halal...rakyat sengsara...pemimpin naik heli tapi rakyat tadah tempurung...makan 2hari sekali..tak percaya cuba round tengok

MENUNGGU 31 MARCH


MENUNGGU

3I MARCH 2023

SELASA 14/3/2023

PADA JUMAAT 31/3/2023
ADALAH HARI KEPUTUSAN
 KES SEMAKAN  SRC NAJIB

LAGI 16 HARI
KITA AKAN TAHU 
KEPUTUSAN MAHKAMAH
NAJIB TERUS DI PENJARA
ATAU
ULANG BICARA
AMIN

AMERIKA
DUA  BANK DI AMERIKA
JATUH BANGKRAP
PERTAMA : SILICION VALLEY BANK
KEDUA : SINGNATURE BANK

KAUM PEMODAL JADI GELABAH
BIDEN JANJI AKAN
BERI DANA UNTU PASTIKAN
KRISIS TIDAK MEREBAK
JIKA  TIDAK
BANYAK BANK  AKAN RUNTUH

BURSA SAHAM
MERATA-RATA JATUH
APAKAH INI
KIAMAT DUNIA KAPITALIS
YANG DIKATAKANA AKAN SAMPAI?
JENG JENG JENG

AUSTRALIA
AKAN MEMBUAT DUA BUAH 
KAPAL SELAM
GUNA PAKAI KUASA NUKLEAR
BUKAN BAWA SENJATA
NUKLEAR

UNITED KINGDOM
PM UK BERI KENYATAAN
PALING JELAS 
MUSUH DUNIA HARI INI
IALAH CHINA MERAH
AMIN

HOKKIEN
PAGI INI CERAH
MATAHARI DAH KELUAR
KL & KL SENTRAL NAMPAK CERAH

DI PINTU MASUK
GUA DI SAMBUT OLEH HOW WOW
KEMUDIAN GUA DENGAR
TUK TUK TUK
INI BUKAN BELATUK
INI BURUNG CANTIK

BERSELISEH DENGAN MOTOR
BEBERAPA PEKERJA KUBUR
NAMPAKNYA
HOKKIEN MAKIN SIBUK

GUA YAKIN
HARI INI KAN PANAS
DI BALKONI GUA
TAK TAK MENJALAR
MANDI CAHAYA MATAHARI
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM LAH
PAGI SELASA YANG INDAH

BRO
CINTA SEJATI
BERMAKNA APA MILIK LU
ADALAH MILIK DIA JUGA

BRO
BURUNG DAN IKAN
BOLEH JATUH CINTA
TAPI TAK MUNKIN
AKAN BERUMAH TANGGA

BRO
HARI SOSOK YANG BIJAKSANA
AMAT LEMBUT 
SEPERTI AIR

BRO
HANYA SOSOK BIJAK
YANG DAPAT SELESAIKAN
MASALAH BERAT

BRO
DALAM SUASANA KRISIS
YANG BIJAK BINA JAMBATAN
YANG BEBAL BINA TEMBOK

BRO
KALAU KEPALA LU
PENUH DENGAN KEANGGUHAN
MAKA TAK ADA RUANG
UNTUK KEBIJAKSANAAN

BRO
MAMAT YANG GUNAKAN
KEKERASAN
TAK ADA UPAYA MENDENGAR
SEBAB MUSABAB

BRO
PENCERAHN INI
BUKAN MACAM DUIT
NAK DIIKAT DAN DI SOROKAN

BRO
KALAU LU BUAT
JAHAT PADA ORANG
ORANG  INI AKAN
DAPAT ILMU PENGETAHUAN

BRO
MAT BEBAL 
TIDAK AKAN DAPAT
MEMBUKA IKATAN YANG
DI IKAT OLEH MAMAT BIJAK

BRO
SESAT JUGA
SATU PENGAJARAN
UNTUK MENCARI JALAN

BRO
KALAU LU
SELALU TUTUP MATA
PADA FAKTA
LU AKAN BERTEMBUNG
DENGAN KEMALANGAN

BRO
 BIAWAK TU
HANGGUK KEPALA
BUKAN BERMAKNA
DIA BERSETUJU DENGAN LU

APABILA PELITA TIDAK BERSUMBU
TIDAK BOLEH BUAT PENYULUH
BILA DADA TAK BERILMU
BANYAK SIFAT TAK SENONOH
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT MENUNGGU
31 MARCH 2023