Sabtu, 19 Ogos 2017

KIBARKAN SANG SAKA BENDERA BARI KITA SEMUA




SANG SAKA

BENDERA BARU

KITA SEMUA


TEATER - TERTANGKAPNYA SAEKOR ISA





ELO JOE
dengan pendek dan smart2 isa ni aku teringat akan joe pesci 
on TUAN HAJI TAK FAHAM
yusof erman
on 8/18/17



ELO ELO

Dah lengkap dengan props, costume dan make up barulah boleh buat stage business untuk lihat aksi jadi realistik. Bolelah buat muka INSAF konon. TT. memang BEST 
on TUAN HAJI TAK FAHAM
Publish | Delete | Spam
HALIMI MN
on 8/18/17


ELO ISA
haji rais yatim jgn la gundah gulana..tuan haji berkata begitu sb tuan haji takut ke??mana la tau kalo2 ditangkap sb merogol amah.. 
on TUAN HAJI TAK FAHAM
Anonymous
on 8/18/17






-------------

BONGOL DEDAP






INI NAMANYA

BONGOL

DEDAP


CIS 

MAT SALEH

BIJAK KAMU

KAH KAH KAH




-----------------

KETUA POLIS - BILA NAK TANGKAP?












BiLA

NAK


 




-----------------------

BUAH DADA SAPA INI



JALUR 

TEMBERANG

TUTUP BUAH

BETIK






SALAH SATU

TUGAS

JALUR 

TEMBERANG




------------------

SIAPA PUNYA KAKI INI






SIAPA PUNYA

KAKI INI



CIIISSS

DUHAKA KAU

KAKI 

KAH KAH KAH





------------------

TANGKAP JHO LOW










JO LOW

TIPU

MELAYU

NAPA

TAK

TANGKAP

JOH LOW







------------------

JALUR TEMBERANG TERBALIK




JALUR 

TEMBERANG

TERBALIK

Jalur Gemilang dikibar secara terbalik Jabatan kerajaan tidak prihatin kedudukan bendera ketika ia dikibarkan MIRI: Agak mengejutkan apabila mendapati ada jabatan kerajaan tidak prihatin dengan kedudukan bendera negara, Jalur Gemilang apabila ia dikibarkan secara terbalik. 

Tindakan tersebut yang bukan sahaja membuktikan kurangnya kepekaan malah semangat patriotisme di kalangan kakitangan yang bertugas di pejabat berkenaan tetapi telah menarik perhatian orang awam yang lalu-lalang di hadapan pejabat berkenaan. 

Malah ada yang lebih prihatin, telah bertindak membuat aduan ke pejabat akhbar ini semalam, meminta supaya perkara itu ditegur dan jangan diulangi, kerana bimbang ia diambil kesempatan oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab walaupun kesilapan itu tidak disengajakan. Menurut seorang pengadu yang memberitahu Utusan Borneo di sini semalam, beliau terkejut apabila te

KAH KAH KAH

I REST MI CASE

MI LORD

KAH KAH KAH


---------------

BERAKHIRNYA JALUR TEMBERANG





Berakhirnya Jalur Temberang

Semenjak saya memiliki talian internet, setiap tahun saya menjadikan bulan Ogos sebagai bulan melawan lupa dan melawan penipuan. Telah lebih dari satu dekad saya menjalankan kempen ini. Saya jadikan kempen ini tugas suci dan rukun hidup. 
Melawan lupa bukan satu kerja enteng. Melawan penipuan yang dirancang memerlukan tekad. Ini bukan tugas mengasah batang keladi untuk dijadikan tombak. Ia bukan sesenang menjual pelampong di kapal Titanic. Tetapi setelah lebih dari sedekad, hasilnya mula kelihatan. 
Kempen awal saya ialah mendedahkan penipuan yang paling besar iaitu 31 Ogos sebagai tarikh Hari Kebangsaan Malaysia. Sebelum munculnya internet, memang ramai warga sedar 31 Ogos tarikh penipuan. Warga di Sabah dan Sarawak amat sedar tentang penipuan ini. Di Semenanjung ‘Pil Taikam’ bernama 31 Ogos ini, ditelan bulat-bulat generasi muda. 
Satu ketika dahulu, hegemoni dan kekuatan United Malays National Organisation cukup angkuh. Warga Sabah dan Sarawak dipaksa menelan Pil Taikam dengan air liur basi. Warga Sabah dan Sarawak dibuli dan diinjak-injak. Sejarah negara bangsa Sabahan dan Sarawakian diketepi. 
Pembohongan 31 Ogos dibantu pula oleh kisah dongeng tentang Sabah dan Sarawak ‘telah masuk Malaysia’. Hingga ke hari ini, kisah dongeng ini masih dijaja ke hulu ke hilir. Penipuan fakta ini adalah kerja United Malays National Organsiation. Mengatakan Sabah dan Sarawak ‘masuk Malaysia’ samalah seperti menjual bangkai anjing yang dikatakan daging kambing. 
Sabah dan Sarawak TIDAK pernah masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak bersama Tanah Melayu menubuhkan gagasan Malaysia. Tanpa Sabah dan Sarawak TIDAK ada Malaysia. Malaysia bukan diwujudkan pada 31 Ogos 1957. Malaysia diwujudkan pada 16 September 1963. 
Dengan marak dan berkembangnya nasionalisme Kadazan, Murut, Iban dan Dayak, penipuan 31 Ogos mula dibongkar. Warga Sabah dan Sarawak tidak mahu lagi menelan Pil Taikam dan membeli bangkai anjing yang dikatakan daging kambing. Sabahan dan Sarawakian mula memiliki keyakinan diri untuk menentukan masa depan nasib mereka sendiri. 
Nasionalisme dan hak menentukan nasib sebagai warga yang bebas merdeka dibantut oleh hegemoni Ketuanan Melayu. Kini semangat Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Sarawakian telah mula berkembang. Justeru, tarikh 31 Ogos tidak lagi dirayakan di Sabah dan Serawak. Gila apa warga Sabah dan Sarawak merayakan 31 Ogos? 
Selama lebih 50 tahun United Malays National Organisation membebel menipu tentang perjuangan menuntut Merdeka. Dikatakan, merdeka diberikan oleh penjajah British melalui perundingan. Ini satu pembohongan. Ini satu penipuan. Di zaman tanpa internet dahulu, ada kemungkinan bangkai anjing boleh dijual sebagai daging kambing. Tetapi hari ini, mustahil bangkai anjing ini dapat terjual. 
Generasi muda mula mengenal Ahmad Boestaman, Pak Sako, Rashid Maydin, Chin Peng, Ibrahim Yacob, Mukhtaruddin Lasso, Shamsiah Fakeh, Abdulah Sidi, Burhanuddin Helmi dan Uztaz Abu Bakar Bakir. Kini kesedaran yang ampuh telah sampai untuk menobatkan pejuang ke tinta sejarah perjuangan melawan British. 
Nama-nama pertubuhan nasionalis yang bangun berjuang melawan British kini sedang menjadi buah mulut anak-anak muda. Kesatuan Melayu Muda, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Parti Komunis Malaya, Partai Kebangsaan Melayu Malaya – kini mula menjadi ingatan bersama. Selama lebih 50 tahun gerombolan United Malays National Organsiation cuba melupuskan nama ini dari papan sejarah. Kerja jahat ini telah gagal. 
Hari ini bukan sahaja nama pejuangan diingati kembali, malah anak-anak muda telah mengarap lagu, sajak dan seloka berasaskan perjuangan mereka. Sajak dan syair digurindamkan untuk mengingati perjuangan suci mereka. Wajah mereka bukan hanya dipapan lukis, malah menjadi ikon untuk baju T anak muda. 
Ogos tahun lalu, saya merasakan kejayaan besar kerana timbulnya polemik tentang Mat Indera. Sosok pejuang dari Parti Komunis Malaya ini tidak dapat tidak adalah ikon baru dalam pensejarahan Tanah Melayu. Selama puluhan tahun warga didodoi dengan kesah dongeng Bukit Kepong. Tetapi tahun lalu, ledakan Mat Indera menobatkan imej pejuang ini sebagai ikon anak muda – setaraf dengan Che Guevara dan John Lennon. 
Semenjak Ogos tahun lalu, anak semua bangsa mengetahui rumah pasong Bukit Kepong ialah rumah pasong British. Serangan yang dipimpin oleh Mat Indera ialah serangan untuk menghalau penjajah British. Tok Sarjan kepala rumah pasong malam itu bernama Ray Dancey. 
Bendera yang tercacak di rumah pasong bukan Sang Saka Tanah Melayu tetapi Union Jack. Tarikh serangan ialah malam 23 Februari 1953. Pada tarikh itu, Tanah Melayu ialah tanah jajahan British. 
Memang betul ramai mata-mata Melayu yang tewas di tangan nasionalis Mat Indera. Tetapi menjadi Melayu sahaja tidak menjamin apa-apa. Menjadi Melayu bukan bermakna menjadi malaikat. Melayu ini mungkin kerana desakan ekonomi menjadi mata-mata dan soldadu upahan British. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin dapat disorok lagi.
Dari dongeng Bukit Kepong yang terbarai, mari kita berjoget dan berdendang dengan lagu Memula Moon. Lebih 10 tahun dahulu, setiap Ogos saya menimbulkan kes ciplakan Memula Moon. Pada mulanya agak susah juga untuk anak semua bangsa menerima hakikat bahawa lagu kebangsaan Negara-ku, rupa-rupanya lagu ciplakan. Ciplakkan ini adalah ciplakan kelas kedua. Lagu ini diciplakan bukan dari yang ori tetapi ciplakan atas ciplakan. Lagu Negaraku diambil dari lagu Indonesia – Terang Bulan – yang diciplak dari Memula Moon. 

Tentang ciplakan lagu Negara-ku, gerombolan dan kuncu-kuncu United Malays National Organsiation tidak berani berkata apa-apa. Mereka senyap seperti mayat dalam keranda. Dalam kes Mat Indera, mereka bangun menyerang. Kuncu-kuncu NGO United Malays National Organisation menyinsing lengan baju untuk bergaduh. Malah ada yang mengutuk Mat Indera dengan meniru perangai Shahrizat Jalil. 
Tidak dapat tidak rakyat Malaysia sedar, lagu Negara-ku adalah hasil ciplakan. Dalam masa yang tidak lama Memula Moon a.k.a Negara-ku akan dilupuskan. Perjalanan sejarah ke arah ini tidak dapat dibendung. Yang diciplak telah diketahui ramai. Warga Malaysia yang memiliki hormat diri tidak menerima penghinaan lagu kebangsaan mereka sebenarnya adalah hasil ciplakan. 
Budaya ciplak ini bukan hanya untuk lagu. Kini anak semua bangsa menyedari, bendera Jalur Temberang… opps… Jalur Gemilang rupa-rupanya juga diciplak dari motif bendera Amerika Syarikat. 
Jalur Gemilang kini sudah mula dikenali sebagai Jalur Temberang. Bendera ini amat jelas dilihat tidak memiliki apa-apa motif budaya tempatan jauh sekali budaya Melayu Nusantara. Motif Nusantara ialah warna merah putih seperti bendera Parti Pas, Singapura, Indonesia – malah bendera rasmi parti United Malays National Organisation sendiri membawa merah putih warna motif Nusantara. 
Selama 55 tahun di Semenanjung dan 49 tahun di Sabah dan Sarawak – anak semua bangsa ditipu dengan Jalur Temberang. Bertahun-tahun bendera ini dipeluk erat oleh United Malays National Organisation. Hasilnya, bendera ini dilihat sebagai simbol kazaliman. Bendera ini diasosiasikan dengan segala bentuk karenah dan kemungkaran yang dibawa United Malays Natioanal Organisation. Justeru kebencian anak semua bangsa terhadap Jalur Temberang, bukan satu yang dapat disorok lagi. 
Sebagai bukti – tulisan ini digarap hanya 4 hari sebelum perayaan 31 Ogos. Tidak kelihatan kereta persendirian, taxi, van atau lori yang mengkibar Jalur Temberang. Rakyat – anak semua bangsa – melihat bahawa bendera ini adalah hak milik United Malays National Organisatgion. Justeru anak semua bangsa tidak ambil ‘pot’ untuk mengkibar bendera ini. 
Hanya dibangunan kerajaan sahaja, Jalur Temberang berkibar. Ini kerana ada arahan memaksa ketua pejabat memasang bendera ini. Di kawasan perumahan, tepi jalan, di tiang elektrik – semua ini adalah projek. Mat Indon dan Mat Bangla diupah untuk memasang bendera sebagai projek ‘ masyuuuk’ untuk Ketua Bahagian.
Tidak dapat tidak, sentimen anti Jalur Temberang meluas. Pada Ogos tahun lalu seorang ahli parlimen mencadangkan agar bendera ini diganti. Saranan ini tepat. Seperti lagu Terang Bulan, Jalur Temberang ini juga akan dihumban ke tong sampah sejarah bersama tuan-tuannya.
Selama 55 tahun pembohongan dan penipuan ditabur. Kini pada 2012 – semua terbarai. Kesedaran datang melonjak. Saya boleh menarik nafas panjang dan tersenyum kerana kempen bulan Ogos melawan lupa dan melawan penipuan mula menampakkan hasil.
Pada 2012, bangkai anjing tidak mungkin dapat dijual sebagai daging kambing. Tiada siapa bersedia menelan Pil Taikam. Opps…hampir terlupa… Pil Taikam ialah tahi kambing yang disira dengan gula dan dijual sebagai makjun oleh para bomoh.
-------------

KIBAR KAN SANG SAKA RAKYAT







DITANGKAP: Bahana 'Jalur Gemilang' dikatakan 'Jalur Temberang ...

https://maelpengerang.blogspot.com/.../ditangkap-bahana-jalur-ge...
Translate this page
Sep 2, 2013 - DITANGKAP: Bahana 'Jalur Gemilang' dikatakan 'Jalur Temberang' . ... Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais hari ini ...

Isu Hisamuddin Rais Mengibarkan Bendera Sang Saka Malaya

homefamilysite.com/.../isu-hisamuddin-rais-mengibarkan-bendera-...
Translate this page
Hishamuddin Rais dalam ucapan ringkasnya di lokasi tersebut bersikap celupar ... Lupakan jalur temberang, ini (Sang Saka Malaya) adalah bendera baharu .




------------------

TERKONTUT WAK DEN




KAH KAH KAH


Ambil tindakan tegas - Semasa - Sinar Harian

www.sinarharian.com.my/mobile/.../ambil-tindakan-tegas-1.19785...
Translate this page
Sep 2, 2013 - Dr Shaik Hussein berkata, tindakan aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais yang menggelar Jalur Gemilang sebagai 'Jalur Temberang' ...


TERKONTUT

WAK DEN

KAH KAH KAH



-------------------