Jumaat, 18 November 2022

PERANG UKRAINE - AMERIKA & NATO ABIS PELURU



NATO & AMERIKA

HAMPIR HABIS

PELURU

KAH KAH KAH

KHALAS

CUKUP CUKUPLAH


CUKUP CUKUPLAH



Tamrin  Tun  Ghafar

Jumaat  - 18/11/22

1.  ENOUGH  IS
     ENOUGH


atau ayat paling  mudah  difahami  :

    CUKUP ,
    CUKUP LAH

2. Bak kata pepatah :

    LAIN   HULU 
    LAIN   PARANG
    LAIN   DULU 
    LAIN  SEKARANG

2.  Kebimbagan    Tengku Abdul Rahman  semasa  menyambut MERDEKA  pada  31hb Ogos 1957 ialah  apakah  corak  rakyat  yang  akan  berlaku  kemudian  hari  kelak

3.   Pada  11hb Mei  1946  lahirlah  sebuah  Parti Politik  Melayu  apabila  orang Melayu ketika  itu  bersatu  dengan satu tujuan  iaitu  menuntu  KEMERDEKAAN

4.  Sebelum  ini  di Kedah   terdapat  sebuah  Pertubuhan  dengan  menggunakan sengketan  SARBERKAS 

5.  Kini  yang  maseh  berada  bersama kita  ialah  Tun Mahathir yang pada peringkat awal  berjuang  bersama  Senu  Abdul  Rahman  melalui  Pertubuhan  tersebut , SARBERKAS

6.  Kenapa  selepas  MERDEKA  orang  Melayu  BERPECAH  kepada  beberapa kumpulan  Politik

7.    Perpecahan  pertama  berlaku  pada  tahun 1951  apabila  sekumpulan   'ulamak'  UMNO  yang  'mabukan'  jawatan   keluar  Parti  dan  menubuhkan  PAS

8.   Perpecahan UMNO   terus   berlaku kepada  berbagai  Parti Politik  sehingga lah  sekarang dengan  sebab - sebab  tertentu ;  ia  melemahkan  kuasa  orang Melayu itu  sendiri  

9.  AYAM  DI KEPUK
      MATI  
      KELAPARAN
      KERA  DI HUTAN
      DI SUSUKAN ;  

ini lah  senario  yang  tidak  mustahil  akan  menimpa  nasib  Bangsa  Melayu diTanah Air nya  sendiri  jika  UMNO  yang ada ini  meneruskan  amalan  jalan  mudah  kaya ,  RASUAH

10.  Kira - kira  35 tahun  dahulu Tun sendiri  telah  meramalkan  dek kerana  berebut kuasa untuk tujuan  mengkayakan  diri  dan keluarga  melalui jalan mudah , RASUAH ,  pada tahun 2020  atau  awal lagi  orang  Melayu  AKAN  MENOLAK   UMNO

11.   Ramalan Tun  telah  TERBUKTI  berlaku  apabila  pada Piliharaya  ke14  yang  berlangsung  pada  hari Rabu 9hb Mei 2018  ,  buat  PERTAMA  KALI  orang Melayu menumbangkan  UMNO  

12.  Esok , Sabtu 19hb November  2022 ,  UMNO  yang berkuasa  melalui 'PINTU  BELAKANG'  atau  lebih dikenali  sebagai  'KERAJAAN  TEBUK  ATAP' setelah  merampas  kuasa dari Mahiaddin Yasin  yang  merampas  kuasa  dari Tun Dr. Mahathir  dengan MENIKAM  BELAKANG  ekoran  LANGKAH   SHERATON  akan  berhadapan  dengan  ujian amat getir

13.  Rakyat  yang  terlalu  BOSAN  dengan  permainan  segelintir  Ahli Politik  akan  menentukan  Parti mana  yang  mereka  percaya  mentadbirkan  Negara  yang  telah  dicemari  kekotoran  oleh  UMNO/BN  itu  sendiri

14.   Penyelewangan  kuasa  dan  amalan RASUAH   sudah  menjadi  'darah daging'  UMNO/BN ;  pemimpin mereka  berjuang BUKAN  untuk rakyat  tetapi  diri  sendiri

15.   TANPA  UMNO ,  YANG  SANGSARA  dan  BANGSAT  ( pinjam  kata - kata  Najib )  IALAH  PEMIMPIN  BUKAN  ORANG  MELAYU

16.   Rakyat  berasa  lega  dan  percaya  apabila  PH  membuat  keputusan TIDAK  AKAN   berkerjasama  dengan  BN / UMNO menubuhkan Kerajaan  Campuran  ,  yang  telah  dicemari  najis 

17.  Pesan  orang  tua - tua  :

JANGAN   BUNUH  ANGSA  YANG  BERTELURKAN   
EMAS

atau  dalam bahasa  Inggeris nya  :

DON'T  KILL  THE  GOOSE  THAT  LAYS  THE  GOLDEN  EGG

yang  bermaksud  :

JANGAN  MENAFI  DAN  MENIDAKKAN   APATAH LAGI MENGHINA DAN MENCACI JASA   ORANG  YANG  TELAH  BERJASA  KEPADA  NEGARA

18.  Pepatah  ada juga menyebut  :

JANGAN   MENCURAH  AIR 
DI TEMPAYAN
APABILA  MENDENGAR
GURUH  DI LANGIT

19.   Terserah  kepada  rakyat  mencorak  masa  depan kita dan anak cucu  dengan  pilihan  yang di sediakan  ASALKAN   BUKAN  UMNO   atau  ABU  kerana  UMNO/ BN  TELAH  TERBUKTI  mereka  ada lah  perasuah no.1  negara  tak ubah  seperti  : 

LAGU  DAN  IRAMA

ISI  DAN  KUKU

yang  tak  boleh  dipisahkan

20.   JANGAN  TERMAKAN  UMPAN  YANG  AKHIR NYA  BERAKHIR  DI KUALI  JUA

21.   Pesan arwah  Tok Guru  Nik  Aziz (Al-fatihah) :

DIA  BAGI  KAIN ,
AMBIL
DIA  BAGI  DUIT ,
AMBIL 
TAPI UNDI HAK KITA , DAN  SULIT

lagi pun tak pasti samada  wang  yang digunakan  untuk  'membeli  undi'   tersebut  halal atau pun hasil rompakan  -  rasuah

Wassalam
Terima Kasih

PAK LEBAI SAMAN RAFIZI


Tuan Ibrahim saman Rafizi berhubung kelulusan projek tebatan banjir

MENTERI Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man memfailkan saman terhadap Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kelulusan beberapa projek termasuk projek tebatan banjir kepada sebuah syarikat.

Tuan Ibrahim, 62, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid, semalam (17 November) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menamakan Mohd Rafizi, 45, sebagai defendan tunggal.

Dalam pernyataan tuntutannya Tuan Ibrahim mendakwa Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada dua sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya dan kenyataan itu turut disiarkan secara langsung di YouTube defendan pada 7 dan 9 November lepas.

Timbalan Presiden PAS itu mendakwa kenyataan fitnah tersebut membawa maksud dalam tempoh kerajaan sementara, terdapat rundingan, perbincangan dan usaha melibatkan plaintif giat dijalankan bagi meluluskan projek bernilai RM2 bilion kepada syarikat Mangkubumi Sdn Bhd secara rundingan terus untuk kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat.

Plaintif juga mendakwa kenyataan fitnah itu membawa maksud beliau meluluskan dua projek loji rawatan kumbahan dan rangkaian paip pembetungan di Papan, Daerah Kinta dan satu projek pembinaan rangkaian paip pembetungan di kawasan Petaling Jaya kepada Mangkubumi, kesemuanya berjumlah lebih RM2.3 bilion selain berkomplot dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika itu dalam penganugerahan projek-projek di bawah Program Jana Wibawa secara rahsia.

Plaintif mendakwa kenyataan fitnah itu adalah suatu pembohongan, tohmahan jahat dan penyelewengan direka-reka berdasarkan kepada versi fakta yang diputar belit untuk memberi gambaran bahawa beliau secara tidak jujur melangkaui kuasa selaku menteri dalam kerajaan sementara serta seorang yang tidak amanah.

Menurut plaintif, kenyataan fitnah itu menimbulkan tanggapan dan persepsi buruk terhadap beliau selaku pemimpin politik yang sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip Islam dalam pentadbirannya, dikecam warga maya melalui media sosial yang mana plaintif tidak berupaya untuk menjawabnya serta memberi penjelasan.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkannya dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu, Inggeris di Facebook milik defendan, laman sesawang PKR, Twitter serta YouTube defendan dalam tempoh 14 dari tarikh penghakiman selain menarik balik atau memadam keseluruhan kenyataan media di laman sosial sama dalam tempoh 48 jam dari tarikh penghakiman.

Plaintif juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan, ejen atau pembantunya menyiarkan dan menerbitkan apa-apa kenyataan serta video serupa secara langsung atau tidak langsung selain menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan.

Peguam Yusfarizal Yussoff mewakili Tuan Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan telah memfailkan saman tersebut. – Bernama, 18 November, 2022

MENTERI PUDEK

JAGA ALAM

SEKITAR

AMIN

BAHASA INGGERIS

PUN TAK FASIH

AMIN

SURUH EJA THE

PUN TAK TAHU

KAH KAH KAH

GLOBAL WARMING

TU GAPO ?

KAH KAH KAH

KHALAS

SAPA SABOTAJ PROJEK ZAHID


Cuaca baik diramal pada sebelah pagi di beberapa negeri esok


JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik pada sebelah pagi di beberapa negeri, pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), esok.

MetMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi di Kuala Lumpur dan Perlis.

Cuaca di Putrajaya pula dijangka baik pada sebelah pagi dan petang, manakala Melaka dan Labuan diramalkan mengalami cuaca baik, waktu petang.

MetMalaysia turut meramalkan ribut petir dan hujan dijangka berlaku di kebanyakan negeri pada sebelah petang terutamanya negeri-negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, serta negeri-negeri di sebelah utara iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Bagi Sarawak, cuaca diramalkan baik pada sebelah pagi esok, namun hujan di beberapa kawasan pada sebelah petang.

Di Sabah, empat kawasan diramalkan mengalami hujan serta ribut petir pada waktu pagi dan petang iaitu di Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang.

Suhu di seluruh negara diramal sekitar 23 darjah Celcius dan maksimum 33 darjah Celcius sepanjang hari pengundian esok. – Bernama, 18 November, 2022. 

PROJEK ZAHID

MAKIN GAGAL

KAH KAH KAH

SAPA SABOTAJ

PROJEK ZAHID

KAH KAH KAH

KHALAS

UKRAINE MAKIN PARAH



UKRAINE

MAKIN PARAH

KHALAS

PANDANGAN ADA BENAR

 


PANDANGAN

ADA

BENAR

AMIN

Unknown commented on

 "HALANG TIM BANDUAN

 KEMBALI BERKUASA"

Nak halang Team Banduan tak susah....yang susahnya ialah pilihan yang ada mahu tak mahu akan melibatkan PAS. Telan mati emak, luah mati bapak. Lol

BEBAS NEWS MALAM INI JAM 9.30


BEBAS NEWS

MALAM INI

JAM 9.30

AMIN



APA DASAR - BUKAN HANYA MENGUTUK



NYATAKAN DASAR

BUKAN KUTUK

KHALAS


Jebatjebat commented on
 "ANWAR TAK SERANG ZAHID"
Ni bang sham rais, kami orang muda ni malas nak dengar pun kau kutuk aku, aku kutuk kau. Yang kami nak dengar apa yang kau nak buat untuk negara ni. Tak kisahlah kau tu BN ke PN ke Pas ke atau Pejuang sekalipun. Bab kutuk mengutuk ni makcik pakcik kampung suka lah, tapi kami ni pun warganegara jugak kan? Umur aku 22. Aku dengan kawan2 belajar pergi 4 ceramah dah.tiga kutuk merata. Satu saja sembang pasal dasar. Teka parti apa? DAP! Dan aku takkan ragu ragu untuk bagi undi aku dekat DAP walaupun bukan bangsa aku. Sekian.

CONTOH PROJEK SALAH BENDERA



SALAH BENDERA

INI CONTOH PROJEK 
SALAH BENDERA - FALSE FLAG
UKRAINE TEMBAK POLAND
DAN TUDUH RUSIA
POLAND ANGGOTA NATO
ADA PERJANJIAN JIKA DISERANG
SEMUA ANGGOTA NATO
AKAN DATNG BANTU
AMIN
ZALENSKY BERNIAT MAHU NATO
MASUK SAMA PERANG
LAWAN RUSIA
KHALAS

ANWAR IBRAHIM DAN PARTI KOMUNIS ITALI


ANWAR IBRAHIM 

DAN 

PARTI KOMUNIS ITALI


PRU15 selesai petang Sabtu 19 November 2022. Undi selesai dikira pada awal pagi  Ahad 20 November 2022. Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH) wajib memenangi lebih dari 112 kerusi Parlimen.

Melintas angka 112 ini amat penting untuk Anwar menobatkan dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10. Melintasi angka 112 ini menjamin kerajaan Pakatan Harapan kembali berkuasa.


Pada ketika tulisan ini digarap media dan portal berita melaporkan bagaimana  PH teratas dalam meraih sokongan pengundi. Di belakang PH  ialah Perikatan Nasional (PN). Barisan Nasional kelihatan jauh tertinggal. 

Dalam konteks menyeluruh  parti-parti baru dan kecil atau Barisan seperti Gerakan Tanah Air tidak akan jadi peneraju. Peranan Mahathir dan Bersatu dalam PRU14 tidak akan berulang.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berperanan penting. Dua barisan ini  sedia menunggu gabungan di Semenanjung untuk disokong. Ertinya sokongan dari GRS dan GPS adalah sokongan pelengkap dan bonus.

Justeru jika PH gagal  melintasi angka 112  besar  kemungkinan Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan  akan menerima nasib sama seperti Parti Komunis Itali (PCI).

Kenapa saya berkata sedemikian. Biar saya surahkan sejarahnya.

Di zaman Reformasi 98 saya banyak menulis tentang Anwar Ibrahim dan Mahathir. Ketika itu saya percaya bahawa  Anwar adalah mangsa konspirasi Mahathir Muhamad.

Di Zaman Reformasi  saya melihat Anwar Ibrahim sebagai sosok  yang  berupaya menggalang satu United Front yang ampuh. United  Front atau  Barisan Bersatu ini terdiri dari badan NGO, aktivis politik, seniman,  sasterawan, parti politik dan orang ramai.

Apa yang menyatukan dan menggalang barisan bersatu ini  ialah harapan. Anwar Ibrahim membawa harapan. Anwar menggalang united front of hope. 

Anwar  telah  ditendang oleh Mahathir. Penyingkiran Anwar dari kerusi kepimpinan parti berkuasa  ini telah  membocorkan harapan. rakyat. Pada ketika ini  rakyat Malaysia dahaga perubahan.

 Rakyat melihat Anwar akan membawa  satu perubahan. Inilah  harapan rakyat. Justeru gerakan jalan raya untuk menyokong Anwar Ibrahim mengampuh.

Saya menyamakan  apa yang  akan dihadapi oleh Anwar  Ibrahim dan Pakatan Harapan ini sama dengan pengalaman yang telah dilalui oleh Parti Komunis Itali.  

Jangan silap faham. Anwar bukan komunis dan jauh  sekali ahli Parti Komunis Itali.  Politik Pakatan Harapan  tidak ada sangkut paut dengan Parti Komunis Itali. 

Saya menggunakan Parti Komunis Itali kerana pada hemat saya ada persamaan dari apa yang telah dialami oleh Parti Komunis Itali dengan apa yang telah dan  juga akan dialami oleh Pakatan Harapan jika gagal melintasi angka 112. 

Parti Komunis Itali memiliki rekod yang cemerlang dalam melawan fasis Mussolini  ( 1883- 1945 ).  Selesai perang dunia Ke Dua PCI telah mendapat sokongan  rakyat. PCI banyak memenangi kerusi Parlimen Itali dan juga kerusi kerajaan tempatan. 

Ini sama seperti kejayaan Pakatan Harapan menawan Pulau Pinang dan Selangor selepas Reformasi dan ketika Anwar dalam penjara.

Tahun 70’an untuk terus mendapat sokongan rakyat PCI telah menjauhkan diri dari Soviet Rusia. Parti Komunis Itali mengambil garis Eurokomunis. PCI menjadi parti yang  menyesuaikan diri dengan gaya hidup Eropah yang demokratik.

Hasil garis Eurokomunis  telah mendatangkan lebih banyak kerusi parlimen kepada  PCI . Tapi PCI tidak pernah mendapat menubuhkan kerajaan. Ini kerana ada barisan parti-parti beraliran kanan yang menentang PCI dari mendapat kuasa.

Hakikatnya pilihan raya membuktikan  PCI adalah parti yang disokong rakyat untuk meneraju Itali. Tapi gagal menjadi kerajaan  kerana ada banyak parti kecil yang mendapat peratus undi yang lebih kecil telah mendirikan barisan bersatu  menghalang Parti Komunis Itali dari mendapat kuasa.

United Front menentang  Parti Komunis Itali  di wujudkan tanpa hitam putih.

Pada tahun 1974  Aldo Moro (1916-1978) dilantik sebagai  Perdana Menteri Itali. Sosok ini ialah Setia Usaha Agong  Parti Christian Democracy (CD) . Ketika ini Parti Komunis  Itali di pimpin oleh Enrico Berlinguer ( 1922-1984).

Dua sosok adalah pemimpin politik yang amat popular dalam sejarah dikalangan  rakyat Itali.

Pilihan raya tahun 1976 Parti Komunis Itali mendapat 34 % jumlah undi. Ini jumlah terbesar berbanding dengan semua parti politik yang lain.

Hasil pilihan raya 1976  dirasakan perlu  didirikan Kerajaan Perpaduan antara parti Christian Democracy  dengan Parti Komunis Itali. 

Babak sejarah ini dirakamkan sebagai  Historic Compromise -  Kompromi Bersejarah. Dua parti yang berbeza ideologi ingin  menggalang persatuan demi negara dan bangsa.

Suasana ini seakan akan  sama seperti wujudnya kerjasama antara Zahid Hamid Presiden United Malaya National  Organisation dengan Anwar Ibrahim pemimpin Pakatan. 

Historic Phone Call – Panggilan Telefon Bersejarah  antara Zahid dengan Anwar meyakinkan orang ramai  tentang wujudnya kerjasama dari dulu dan ke masa hadapan antara dua pemimpin ini.

Kerjasama CD dengan PCI ini mula  diganggu gugat oleh parti-parti puak kanan dan parti  kiri yang kecil yang  ada perwakilan dalam Parlimen Itali.

Kerja sama menentang  Kerajaan Perpaduan CD dan PCI ini berakhir dengan penculikan Aldo Moro oleh kumpulan ekstrem kiri – Red Brigades. Selama 55 hari Aldo Moro  hilang  sebelum mayat ditemui.

Kerjasama bersejarah  berasaskan Kompromi Bersejarah antara Christian Democracy dan Parti Komunis Itali gagal satelah Aldo Moro mati dibunuh.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan akan gagal  jika tidak dapat melintasi kemenangan yang lebih dari 112  kerusi.

Dari lojik politik  jika Pakatan gagal mendapatkan 112 kerusi maka Pakatan perlu mendirikan satu barisan baru untuk menambah kerusi dan menubuhkan  kerajaan.  Anwar Ibrahim dan Pakatan wajib mencari kawan dari  Perikatan Nasional atau dari Barisan Nasional. Atau dari parti kecil yang menang.

Ketika ini apa yang berlaku sesudah pilihan raya tahun 1976 kepada Parti Komunis Itali akan berlaku pada Anwar Ibrahim sesudah PRU 15  tahun 2022.

Akan di galang  satu Barisan Bersatu  dengan hanya satu agenda : Menafikan Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri. 

Akan diwujudkan barisan bersatu untuk menghalang Pakatan Harapan dari mendirikan kerajaan   baru.

Parti Komunis Itali memiliki banyak musuh politik dari garis ideologi kanan.  Anwar Ibrahim memiliki lebih ramai musuh dari garis politik kiri dan kanan. Malah Anwar menghadapi musuh dari dalam dan dari luar parti.

Parti berideologi  kanan seperti Parti Islam dan kaum kerabat penganut garis Islam konservatif  kanan melalui sosok seperti Haji Hadi walau pun pernah bersama dalam ABIM – Angkatan Belia Islam Malaysia - akan menentang Anwar.  

Parti  Islam pimpinan Hadi Awang akan menolak Anwar Ibrahim kerana Anwar dianggap sebagai pengamal homoseksual dan bersimpati dengan LGBT.

Parti Islam konservatif garis kanan ini juga akan menggunakan ‘ Cina dan Kapir ’ untuk memperkuat penolakan terhadap Anwar dan Pakatan Harapan. 

China dan Kapir ialah DAP yang menjadi rakan politik Anwar dalam Pakatan. PAS tidak akan mahu bekerjasama dengan DAP  yang ditakrif sebagai Parti  Kapir.

Bersatu pula akan menolak Anwar Ibrahim kerana Presiden Bersatu Muhyidin juga memasang niat untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi. 

Dalam Bersatu masih ramai bekas ahli PKR yang telah hilang cinta dengan Anwar. Mereka ini seperti Azmin, Dr Mansor, Saifuddin Abdullah akan menentang Anwar.

Malah Muhyidin telah membuat kenyataan  menolak Anwar untuk menjadi Perdana Menteri  kerana Anwar bekerjasama dengan  DAP yang ditakrif oleh Muhyidin sebagai Parti China.

Apabila dua pemimpin komponen PN menolak Anwar maka Anwar akan cuba melamar   United Malays National Organisation di bawah pimpinan Zahid.

Anwar sendiri  boleh berunding dan  membuat Historic Compromise  - Kompromi Bersejarah  dengan Zahid seperti yang di lakukan oleh Aldo Moro dengan Enrico Berlingeur.  

Anwar boleh  menjanjikan kes Najib, kes Zahid dan kes  kluster  mahkamah akan dinilai kembali. Anwar Ibrahim adalah pakar membuat janji.
Tapi hakikatnya kerjasama Pakatan dengan Barisan bukan semudah janji dilafaz. Zahid sendiri juga akan berhadapan dengan Ismail  Sabri, Khairy dan Tok Mat. 

Sosok-sosok ini tidak ada rasa kasih sayang terhadap Anwar. Mereka benci bukan sahaja dengan Anwar  malah akan memusuhi sesiapa saja yang cuba menobatkan  Anwar sebagai Perdana Menteri.

Sosok- sosok ini juga memasang niat untuk menjadi Perdana Menteri. Ismail Sabri  masih berhajat untuk  duduk kembali di kerusi PM. Mustahil akan mengalah kepada Anwar.

Sama seperti Parti Komunis Itali Si Anwar ini berselirat dengan musuh.  Ada musuh dari zaman ABIM seperti  Kamaruddin Mat Nor, Kamaruddin Jaafar, Nik Aziz  atau Ismail Mena . Mereka kenal baik perangai Anwar Ibrahim.

Jangan lupa bekas pegawai setia  Anwar seperti Ezam dan Azmin kini menjadi  musuh ketat Anwar.

Jangan lupa dengan  Zul Nordin yang telah memakai kut untuk angkat sumpah bila kali pertama Anwar klim akan jadi PM pad  16 September 2008. Zul Nordin merasa dirinya tertipu.

Termasuk dalam kes kecewa di tipu oleh  Anwar  ialah  sosok seperti Syed Hamid Ali, Sivarasa, Maria Chin,  Surendran dan Tian Chua. Sosok-sosok ini melihat bagaimana kerusi Parlimen mereka  telah di sailang  oleh Anwar.

Manakala Sivarasa  dan Surendran adalah dua peguam Anwar. Dua peguam inilah yang bekerja siang dan malam  pagi dan petang   mempertahankan Anwar dalam kes  Anwar meliwat Saiful. Susu dibalas tuba. 

Perangai Anwar membuat janji dan meninggalkan kawan  ini telah menjadi  rahsia umum. 

Semua musuh dan sosok-sosok yang mengenali perangi dan tingkah laku Anwar ini pasti akan senyum puas  apabila melihat satu gagasan pasca PRU15 yang khusus didirikan untuk  menentang Anwar. 

Sama seperti yang dilalui oleh Parti Komunis Itali gagasan ini tidak di hitam putihkan.

Di zaman Reformasi dulu saya  menulis United Front of Hope. Kali ini  saya perhatikan akan wujud  satu barisan bersatu United Front of Hate  - barisan benci yang   akan menentang   Anwar  menjadi PM.

Hubaya hubaya. Musuh yang paling bahaya untuk menggagalkan mimpi Anwar untuk menjadi PM ini  bukan datang dari luar. Bukan kawan lama dari ABIM. Bukan  dari mereka yang dinafikan kerusi. Bukan Bukan.

Musuh ini  wujud dalam pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat sendiri dalam bentuk sosok bernama Rafizi.

Rafizi – Timbalan Presiden PKR - lebih awal dari yang lain telah menyatakan secara terbuka bahawa dia akan menentang kerjasama dengan Zahid atau dengan United Malays National Organisation.

Percanggahan dan perbezaan garis politik antara Anwar dan Rafizi ini jelas dilihat umum. Umum melihat tidak ada kasih sayang antara mereka.
Rafizi menolak konsep khemah besar sebelum PRU dan mungkin akan menolak kerjasama khemah besar dengan PN dan BN.

Rafizi dilaporkan  mahu menggalang kerjasama dengan Parti dari Sabah atau Serawak. Sayangnya parti dari Sarawak dari awal telah berkata No Anwar No DAP.

Justeru Anwar dan Pakatan Harapan wajib melintasi angka  112. Dengan angka ini  Anwar dapat dinobatkan  untuk  menjadi Perdana Menteri dan Pakatan dapat menubuhkan kerajaan.

Awas ! Jangan lupa melintasi 112 ini juga penting untuk menafikan Daulah Terpendam – Deep State –  dari membuat onar.  Daulah Terpendam juga tidak pernah ada  kasih sayang terhadap Anwar Ibrahim.

Seyogia diingati dalam politik tidak ada musuh tetap. Yang sentiasa tetap hanya kepentingan untuk mendapat kuasa.  Politik juga adalah seni kemungkinan. Pelbagai kemungkinan boleh wujud dalam usaha  untuk mendapat kuasa.

Yang jelas Pakatan  Harapan wajib menang lebih dari 112 kerusi untuk  mendirikan kerajaan. Jika tidak pengalaman sejarah Parti Komunis Itali akan berulang di Malaysia. Pakatan Harapan akan mendapat kerusi banyak seperti Parti Komunis Itali tapi gagal jadi kerajaan. Amin. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANINSIGHT
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/412282



GAGALKAN PROJEK ZAHID


Banjir mungkin bukan masalah kepada pengundi, kata penganalisis

BANJIR yang melanda beberapa negeri mungkin tidak menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah pada Sabtu, kata penganalisis politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa parti politik mungkin menggunakan jentera mereka untuk meyakinkan pengundi yang terjejas untuk mengundi manakala pengundi yang tidak terjejas sudah boleh bersedia untuk membuang undi sebagai cara untuk meluahkan rasa tidak puas hati.

Malaysia akan keluar mengundi pada 19 November tetapi keputusan untuk mengadakan pilihan raya awal mendapat tentangan daripada orang ramai serta ahli Parlimen pembangkang.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berpendapat Umno/Barisan Nasional mungkin membayar harga untuk mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh.

“Rakyat marah dengan kerajaan yang tidak mengikut nasihat Jabatan Meteorologi. Malah pada PRU14, ketika pilihan raya diadakan pada hari Rabu, orang ramai sudah marah.

“Pakatan Harapan menjadikan ia isu dan berjanji memberikan cuti jika gabungan itu menang pilihan raya, dan mereka berjaya. Begitu juga pada PRU15, ia adalah isu dan persepsi ini digunakan terhadap kerajaan.

“Umno mengambil risiko kerana mereka fikir mereka boleh menggunakan banjir sebagai peluang untuk menarik orang ramai tidak keluar mengundi. Sudah tentu, jika tempat itu dinaiki air, pengundi tidak boleh keluar tetapi di tempat lain, mereka yang tidak terjejas akan pergi dan membuat undian mereka dikira,” kata Mazlan.

Ahli akademik Universiti Malaya, Prof Dr Awang Azman Awang Pawi pula berkata jentera parti politik akan cuba mendekati pengundi untuk mendapatkan mereka mengundi.

Beliau berkata walaupun di kawasan terjejas, parti politik sudah mula membantu pengundi.

“Mungkin akan ada tindak balas daripada pengundi yang tidak berpuas hati tetapi saya rasa kesannya adalah minimum. Kerana saya percaya sekarang jentera parti sedang menjalankan tugas mereka dalam membantu mangsa banjir.

“Mana-mana pihak yang menawarkan bantuan paling besar mungkin mendapat sokongan daripada penduduk tempatan yang terjejas termasuk Umno. Bagi rakyat, mereka akan memilih parti yang paling banyak menawarkan bantuan.

“Walaupun parti anda tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen, jika anda tidak membantu mangsa, atau rakyat di kawasan itu, mereka tidak akan membantu anda. Pada hari Sabtu, saya rasa orang ramai akan keluar mengundi,” katanya.

Banjir melanda beberapa bahagian di Selangor, Johor, Kelantan dan Melaka di mana beribu-ribu orang telah dipindahkan dan ditempatkan di pusat perlindungan sementara.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam pada itu meramalkan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, dan barat Johor dijangka mengalami hujan pada awal pagi hari mengundi pada hari Sabtu, dengan ribut petir dijangka melanda pada sebelah petang.

Kelantan dan Terengganu dijangka mengalami hujan berterusan sepanjang hari.

Jumaat lalu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) berkata sungai-sungai di empat negeri – Pahang, Perlis, Sarawak dan Selangor – berada di paras tebingnya.

Dalam satu kenyataan, Nadma berkata sungai tersebut ialah Sungai Rompin (Pahang), Sungai Perlis (Kangar, Perlis), Longjegan Baram (Miri, Sarawak), dan Sungai Langat dan Pekan Meru Sungai Klang (Selangor).

Menurutnya Sungai Muar Tangkak dan Sungai Batu Pahat di Johor, serta Batang Rajang Mukah, Batang Krian Betong, dan Batang Suai Miridi Sarawak, mencapai paras amaran.

Sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi kemungkinan banjir, Nadma berkata tujuh pusat pemindahan sementara dibuka di seluruh negara, masing-masing tiga di Selangor dan Johor dan satu di Kelantan.

Sejak awal bulan ini, beberapa kawasan di Selangor dilanda banjir kilat, mengakibatkan gangguan kempen pilihan raya apabila calon beralih memberi bantuan kepada mangsa.

Kesusahan yang tidak wajar untuk pengundi

Sementara itu, Hisomudin Bakar dari Ilham Centre berkata kawasan terjejas mungkin menyaksikan peratusan keluar mengundi rendah kerana mangsa mungkin mengutamakan keluarga dan barangan mereka.

“Bagi kawasan yang tidak terjejas, mereka akan keluar mengundi walaupun pada awalnya dapatan kami menunjukkan ramai yang tidak bersetuju untuk mengadakan pilihan raya pada musim tengkujuh.

“Mereka tetap akan mengundi tetapi siapa yang mereka akan undi atau mereka akan mengundi menentang BN masih belum diketahui,” kata Hisomudin.

Dr Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata banjir mungkin menimbulkan kesusahan yang tidak wajar kepada pengundi, namun parti politik yang mempunyai akar umbi yang kuat boleh membantu meringankan beban rakyat.

“Parti seperti Umno atau PKR atau PAS yang mempunyai jentera yang kuat mungkin boleh menarik penyokong mereka untuk mengundi dengan lebih mudah. Sudah tentu banjir mungkin menghalang pergerakan tetapi parti lama boleh menggerakkan ini.”

Ditanya sama ada parti ini boleh mendapatkan pengundi kali pertama yang terjejas banjir untuk keluar mengundi, penganalisis itu berkata kejayaan itu bergantung kepada usaha  setiap parti.

“Mari kita lihat sejauh mana usaha parti itu boleh sampai,” katanya. – 18 November, 2022.

PENGUNDI AKAN

GAGALKAN

PROJEK ZAHID

AMIN

ZAHID MAHU

BANJIR HALANG

PENGUNDI

AMIN

KURANG PENGUNDI

BARISAN MENANG

BESAR

AMIN

RAMAI PENGUNDI

PAKATAN AKAN

MENANG

KHALAS

KERUSI AMANAH BERTAMBAH

 


Amanah yakin menang lebih 11 kerusi 

AMANAH yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata keyakinan itu bertambah selepas sekumpulan 70 profesor Melayu dikenali sebagai G70 memberi sokongan kepada Pakatan Harapan (PH).

“Di Selangor kita akan menang semua (enam kerusi), saya yakin Amanah boleh menang banyak (keseluruhan), insya-Allah, lebih daripada 11 kerusi,” katanya kepada Bernama selepas program Jelajah Harapan Selangor di Taman Sri Muda, di Shah Alam, malam ini.

Amanah meletakkan calon untuk bertanding di 54 kerusi Parlimen di seluruh negara dalam pilihan raya umum kali ini.

Mohamad berdepan persaingan lapan penjuru dalam usahanya mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja pada PRU15.

Beliau ditentang calon Barisan Nasional, D. Kajendran, Mohamed Diah Baharun (Perikatan Nasional), Sarah Afiqah Zainol Arif (Parti Rakyat Malaysia), Fahmi Bazlan Muda (Pejuang) dan tiga calon Bebas, P. Raveetharan, S. Surendhar serta K. Kumar. – Bernama, 17 November, 2022.

WOIT

INI BERITA BAIK

AMIN

BILA AMANAH

MENANG BANYAK

RAKYAT JADI

SELESA

AMIN

AMANAH 

MEMBAWA

ISLAM DEMOKRAT

AMIN

 GARIS CERAH

UNTUK MALAYSIA

KHALAS