Isnin, 8 Mei 2023

RAJA TERUSZ BERANCUK - RAKYAT BANGUN MOGOK



RAJA TERUS

BERANCUK

AMIN

RAKYAT BANGUN

MOGOK

AMIN

ANAK MUDA BANGUN MENENTANG RAJA



ANAK MUDA

MULA BANGUN

MENENTANG RAJA

KHALAS

RAFIZI DITIMPA BODOH



Rafizi nampak bodoh mengejut ulas isu OPR – Razali

KUALA LUMPUR – Penjelasan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) tidak diterima oleh Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu, Senator  Razali Idris mendakwa, Rafizi seolah-olah ditimpa ‘bodoh’ mengejut.

Razali berkata, OPR merupakan isu besar kerana ia turut mempengaruhi kehidupan rakyat dari segi kenaikan harga barangan.

“OPR perkara besar, bukan kecil. Ini menyebabkan harga barangan keperluan naik. Menteri Eknomi jawab macam itu sahaja. Dia kata, rakyat tak terkesan. Tak tahu saya nak kata apa, tak tahu makusd sebenarnya.

“Saya nampak (Rafizi) bodoh secara mengejut. Dulu nampak cerdik masa pembangkang tapi sekarang nampak kebodohan datang mengejut,” katanya.

Razali berkata demikian kepada pemberita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Bersatu bersama media hari ini.

Lima hari lalu Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus.

Dalam satu kenyataan, bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan ini akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Banyak pihak mendesak supaya kerajaan menjelaskan kenaikan OPR termasuk Ahli Parlimen PKR (Pasir Gudang) Hassan Abdul Karim.

Rafizi dilaporkan berkata, kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa campur tangan kerajaan, akan terus dipertahankan.

Rafizi menegaskan langkah itu penting bagi memastikan BNM dapat membuat keputusan terbaik untuk kelangsungan ekonomi negara bagi jangka masa panjang, tanpa terpengaruh dengan tuntutan dan pandangan semasa.

“Saya memang secara konsisten sejak menjadi menteri, mempertahankan bahawa keputusan mengenai OPR ini, bagi menentukan kadar faedah pinjaman, perlu diberikan kepada BNM.

“Sebab itu di kebanyakan negara di seluruh dunia, keputusan mengenai kadar faedah ini tidak dipegang oleh ahli politik, jika tidak, akan ada sentiasa tekanan atau pandangan rakyat.

“Kalau ikutkan secara umumnya, (semua orang) kalau boleh nak pinjaman ini kadarnya kosong, tetapi akan ada kesannya kepada ekonomi yang lain,” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan 2023 di Dewan Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah.

WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

ADA JATUH

DITIMPA TANGGA

KAH KAH KAH

KALI PERTAMA

DI TIMPA BODOH

KAH KAH KAH

BERAT BERAT

KESIAN RAFIZI

ANWAR  PELEKEH

RAFIZI

AMIN

PEMBANGKANG

BODOHKAN

RAFIZI

KHALAS

SYABAS SPRM



SPRM akan bawa pulang 8 individu bantu siasatan 1MDB, kata laporan


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membawa pulang lapan individu termasuk ahli perniagaan dalam buruan Jho Low bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International, lapor Utusan Malaysia.

Akhbar itu melaporkan ia akan dilakukan melalui proses rundingan dengan beberapa negara yang dipercayai menjadi tempat persembunyian lapan individu terbabit.

Selain Jho Low, difahamkan bekas ketua pegawai eksekutif SRC Sdn Bhd Nik Faisal Ariff Kamil; peguam 1MDB Jasmine Loo dan bekas pengarah eksekutif 1MDB Casey Tang Keng Chee dipercayai turut berada dalam senarai itu.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, sumber berkata berdasarkan maklumat awal, mereka dipercayai bersembunyi di Macau, China dan Thailand sebelum ini, namun lokasi terkini keberadaan semuanya masih dikesan.

“Tugas itu rumit kerana individu berkenaan sering menukar tempat persembunyian mereka kerana mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

“Bukan saja Jho Low tetapi ada tujuh sehingga lapan individu sedang SPRM kesan ketika ini. Malah rundingan juga dilakukan dengan negara terlibat.

“Pada awalnya, semua individu itu dikatakan berada di negara terlibat namun mereka kemudian berpecah dan bergerak kepada beberapa lokasi yang belum diketahui,” katanya dipetik dari Utusan Malaysia.

Dalam satu perkembangan berasingan berkaitan seorang ahli perniagaan dipercayai sekutu Jho Low yang dibawa pulang ke Malaysia selepas meninggalkan negara ini lima tahun lalu, sumber berkata lelaki itu tinggal di Macau sepanjang tempoh “melarikan diri” itu.

Sumber berkata hasil penggeledahan rumah lelaki berkenaan pada 3 Mei, kira-kira RM30 juta termasuk aset dan akaun dikaitkan 1MDB diperoleh ahli perniagaan itu dibekukan.

“Siasatan masih dijalankan SPRM ketika ini di pelbagai sudut bagi mengesan jejak kewangan yang dikaitkan dengan dana 1MDB,” katanya.

Pada 5 Mei lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyatakan komitmen kerajaan untuk membawa pulang Jho Low dengan segera.

Menurutnya, Malaysia sedang dalam proses rundingan dengan negara terbabit untuk membawa pulang ahli perniagaan itu secepat mungkin. – 8 Mei, 2023.

SYABAS SPRM

TAHNIAH !!!

AMIN

TAPI AWAS

KALAU WUJUD

PROJEK NAK

TUDUH PARA 

MACAI INI

DALAM USAHA

NAK TUNJUK 

NAJIB  NAZAK

TAK BERSALAH

AMIN

AWAS

PROJEK GELAP

NAK BEBASKAN 

NAJIB NAZAK

MASIH BERJALAN

KHALAS

KAKI RASUAH BERNAMA MADANI


Rasuah RM5 juta: Bekas CEO institut automotif didakwa lagi

KUALA LUMPUR – Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja.

Datuk Mohamad Madani Sahari, 56, didakwa memintam suapan itu daripada seorang lelaki berumur 37 tahun untuk membantu individu berkenaan mendapatkan program berkenaan berjumlah RM24 juta daripada Syarikat A2Z Technology Sdn Bhd iaitu syarikat subsidiari kepada The Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii).

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat A2Z Technology Sdn Bhd di Solaris Dutamas di sini, antara 11 pagi hingga 3 petang, sekitar Mei 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM300,000 yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

“Tertuduh sebelum ini telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan akan didakwa lagi di mahkamah sama atas pertuduhan pengubahan wang haram pada 10 Mei dan di Mahkamah Sesyen Alor Setar pada 24 Mei.

“Pihak kami akan memohon untuk kes-kes berkenaan dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini,” katanya.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Mohamad Madani berkata pihaknya bersetuju untuk mengguna pakai jaminan tersebut.


    WOIT

SAP KATA MADANI

LAWAN FRASUAH

KAH KAH KAH

INI MADANI

KAKI RASUAH

KAH KAH KAH

MOHAMAD MADANI

KAH KAH KAH

MADANI 

MINTA DUIT

JUTA JUTA

TAK ABIS MAKAN

KE ANAK CUCU

AMIN

TAPI NAJIB ROSMAH

LAGI BANYAK

1OO KETURUNAN

TAKABIS MAKAN

KAH KAH KAH

KHALAS

JANGAN ROSAKKAN EROPAH YANG SEKULAR LIBERAL PLURAL & LGBT


JANGAN ROSAKKAN

EROPAH YANG

SEKULAR LIBERAL

PLURAL & LGBT

KHALAS


Unknown commented on 
"RAJA CHARLI WAJIB 
MINTA MAAF PADA MELAYU"

Enche' TT, patutnya si saka tua itu bersama bekas Menteri Timur Tengah itu suruh semua orang Melayu seluruh dunia bersembahyang hajat setiap malam meminta dari Allah yang maha berkuasa supaya tetiba bumi China Merah, Rusia, Amerika dan Eropah itu bertukar menjadi bumi Melayu. Maka orang Melayu boleh menjadi cukup berkuasa, dapat mengembangkan Islam tanpa sebarang tentangan. 


Maka tak perlulah Imam MaHadi tetiba muncul membuat proklemasi orang Melayu untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dan agama Islam. Tiap malam bersembahyang hajat memohon dari Allah dan dengan kemurahan serta kekasihansn Allah akan dimakbulkan permintaan tersebut. Akan aman makmur la dunia dibawah kuasa Melayu Islam.
Atau sekurang-kurangnya tukargantikan negara China Merah itu jadi negara Melayu Islam dan negara ini jadi China Merah. Abis cerita, tak payah la lagi nak buat macam-nacan proklemasi.

PUNAI & PIPIT SELAMAT DALM SELUARLAM SELUAR


PUNAI & PIPIT

SEMUA SELAMAT

DALAM SELUAR

AMIN

Unknown commented on
 "PAGI SENIN CUTI HABIS"

Bro boleh dikatakan setiap hari bro mengatakan "dalam sawah rumput pipit bersuara", apakah disekitar hokkien bro tidak pernah mendengar punai bersuara sama ada punai daun atau punai tanah? Punai dalam seluar bro memamg tidak mengeluarkan bunyi hanya mengeluarkan benih.....kah kah kah

VAKSIN KOBID DI SAMAN



500 ORANG

WARGA AUSTRALIA

SAMAN VAKSIN

KOBID

KHALAS

TWITER BEKAS PENSYARAH UM DI HARAMKAN


TWITEER DIHARAM

TWITEER MILIK

DR MAUNG ZARNI

BEKAS PENSYARAH

UNIVERSITI  MALAYA

DI HARAMKAN KERANA

MENYATAKAN FAKTA

RAJA ENGLAND ADALAH

PENJENAYAH SELAMA

400 TAHUN INI

AMIN

RAJA INGGERIS JUGA 
MELALUI BARUA
 SEPERTI RAFFLES  
TELAH MELAKUKAN  JENAYAH
SPERTI MEMBUNUH 
TOK JANGGUT DAN DATUK BAHAMAN NASIONALIS MELAYU

KUASA KOLONIAL INGGERIS JUGA
MELAKUKAN JENAYAH AMAT BESAR
MEMBAWA 
PENDATANG CHINA DAN INDIA
MASUK KE TANAH MELAYU
SIHINGGA TELAH MENGUBAH
DEMOGRAPIK  POLITY 
TANAH MELAYU
DAN TERPISAHNYA
PULAU SINGAPURA
DARI BONDA KANDUNG
TANAH MELAYU
AMIN

BMX TAK LAKU


SUDAH 

TAK LAKU

KHALAS

Pada suatu masa Basikal BMX sunggoh populer...diminati semua.Kejap jer...dah  tak laku!!!!           HOI HOI Brader  Isham.Gua chakap BMX lah...bukan PMX!.        Kah kah kah

GERAKAN RAKYAT MENGHAPUS RAJA RAJA



GERAKAN RAKYAT

MENGHAPUSKAN

RAJA - RAJA

AMIN

ZAHID MENAFIKAN



Kempen UMNO Sayangi DAP’ fitnah – Zahid

LENGGONG – Dakwaan mengatakan bahawa UMNO akan melancarkan ‘Kempen Sayangi DAP’ seperti tular di media sosial adalah satu fitnah, tegas Presiden UMNO  Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menyifatkan dakwaan yang ditularkan melalui aplikasi WhatsApp sejak beberapa hari lepas itu sebagai taktik kotor pembangkang.

“Siapa yang buat fitnah, yang buat kerja tak tentu hala tu hentikanlah, zaman sekarang orang boleh baca, mana betul, mana fitnah. Jadi saya minta yang buat fitnah tu bertaubatlah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Perak di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Lenggong di sini, hari ini.

Terdahulu tular satu poster digital yang memaklumkan kononnya Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri akan melancarkan Kempen UMNO Sayangi DAP, di samping turut menyenaraikan lima objektif kempen itu, antaranya bagi meyakinkan akar umbi UMNO bahawa DAP bukanlah seburuk yang digambarkan.- BERNAMA


INI  CONTOH

PROPAGANDA

 BIJAK

AMIN

PERANG SEBAR

SALAH MAKLUMAT 

YANG BIJAK

AMIN

KEMPEN INI

MENYENGAT 

AMIN

KERANA ITU

ZAHID TERPAKSA

MENJAWAB

AMIN

BILA DIJAWAB

MAKNANYA 

PEMBANGKANG

BERJAYA

KHALAS

EKONOMI MAKIN MENAKAN ORANG RAMAI



Kenaikan OPR umpama tabur garam atas luka – Mohamed Farid

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 0.25 peratus ke tahap tertinggi mencecah 3.0 peratus adalah langkah songsang dalam usaha memulihkan ekonomi negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu,  Mohamed Farid Zawawi berkata, tindakan itu bakal melatarkan trajektori pertumbuhan ekonomi negara tersekat dan pertengahan kerana akan mengurangkan kecairan dalam pasaran.

Kata beliau, kenaikan OPR pastinya akan meningkatkan kadar pinjaman di bank tempatan sekali gus menambah beban bayaran bulanan pinjaman perumahan dan sebagainya kepada rakyat.

“Bagi sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pula, bayaran balik pinjaman bank juga akan meningkat dan boleh merencatkan aliran tunai perniagaan.

“Kita harus faham, kedudukan sebahagian besar perniagaan domestik sekarang tidak begitu kukuh atau teguh seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Kita sebenarnya masih dalam fasa pemulihan dan apabila tekanan aliran tunai bertambah, saya bimbang banyak PMKS akan gulung tikar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Farid hairan kenapa BNM bertindak sedemikian seolah menjadi pak turut kepada Rizab Persekutuan Bank Amerika yang sehari awal menaikkan OPR.

Katanya, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli juga tidak berupaya memberikan penjelasan yang baik berkenaan kenaikan tersebut, selain berulang kali mengalih jawapan.

“Persoalan sekarang, siapakah sebenarnya yang memacu ekonomi negara, kerajaan atau BNM? Sepatut kerajaan dan BNM harus bersepakat dalam membuat keputusan besar sebegini.

“Jelas, kerajaan yang disebut-sebut sebagai Kerajaan Perpaduan sebenarnya adalah kerajaan retak.

“Ini kerana kenaikan OPR bukan sahaja akan mengurangkan kecairan di pasaran, kesan jangka sederhana pula boleh meruntuhkan pasaran hartanah negara kerana turunnya permintaan,” kata beliau.

Ini sebaliknya, kata Mohamed Farid akan meningkatkan permintaan kepada sewaan rumah, sekali gus bakal menaikkan kadar sewa bulanan dan kumpulan paling terkesan pastinya B40 yang rata-rata masih menyewa rumah.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kota Bharu, mempersoalkan keputusan kenaikan OPR, kerana tekanan inflasi sekarang berbeza daripada biasa iaitu kelebihan cairan di pasaran.

Menurut beliau lagi, tekanan inflasi sekarang disebabkan perang Ukraine dan Rusia yang merangsang kenaikan harga minyak dunia apabila sekatan dilakukan kepada sumber minyak dan gas daripada Rusia.

“Ianya tiada berkaitan langsung kepada tekanan peningkatan permintaan pasaran tempatan. Peningkatan OPR jelas tanpa rasional ekonomi yang jelas atau teliti.

“Kita menggesa kerajaan menurunkan OPR ke tahap lebih sesuai demi meningkatkan ekonomi negara. Kita perlukan enjin pertumbuhan ekonomi berjalan lancar dalam tempoh terdekat.

“Kalau ini tidak berlaku, kesannya nanti adalah resesi ekonomi negara yang bakal menyeksa rakyat untuk satu tempoh lebih lama. Sedangkan, rakyat sangat terkesan sekarang setelah permintaan pengeluaran KWSP tidak dipersetujui, tetapi janganlah pula kerajaan menabur garam di atas luka,” katanya. 


INFLASI HARGA

BARANG MAHAL

AMIN

INI DIKATAKAN

 KERANA

DUIT BANYAK

DALAM PASARAN

DAN BARANG KURANG

JUSTERU HARGA

MAHAL

AMIN

NAIKKAN BUNGA

BANK UNTUK TARIK

DUIT MASUK BANK

AMIN

INI TEORI YG

DIGUNA PAKAI

AMIN

APAKAH BETUL

DUIT BANYAK DALAM

PASARAN ?

AMIN

ATAU SEBENAR

NILAI RINGGIT

JATUH KERANA

POLITIK 

TAK STABIL

AMIN

BILA NILAI

RINGGIT JATUH

HARGA BARANG 

JADI MAHAL

KHALAS

MELAWAN DADAH SATU PENDEKATAN BARU

 



Syabu, pil Yaba paling banyak dibawa masuk ke Malaysia – Polis Thailand

NARATHIWAT – Polis Thailand mendedahkan syabu dan pil yaba adalah antara jenis dadah yang paling banyak dibawa masuk ke Malaysia melalui pangkalan haram di sempadan kedua-dua negara.

Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Mej Jen Anuruth Imarb berkata, kesemua dadah tersebut dibawa masuk dari kawasan utara Thailand iaitu di Segi Tiga Emas (Thailand, Laos dan Myanmar) melalui sindiket dadah, sebelum tiba di sempadan wilayah selatan di sini.

Beliau berkata, kerajaan Thailand amat bimbang dengan keadaan itu apatah lagi Narathiwat adalah wilayah serta lokasi yang mudah untuk pengedaran dadah khususnya ke Malaysia kerana bersempadan dengan Kelantan.

“Rampasan terbesar dilakukan di Sungai Golok pada pada 2 Julai 2020 dan 10 Ogos lepas melibatkan 2,000 kilogram (kg) bernilai 200 juta baht (RM26.3 juta)

“Siasatan mendapati kebanyakan pengedar ini bermula sebagai penagih. Kita juga mendapati suspek yang ditahan akan memberitahu bahawa ketua terbesar mereka berasal dari Songkhla,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Wilayah Narathiwat di sini semalam.

Anuruth berkata, sindiket pengedaran dadah ini juga dikatakan mengupah kumpulan tertentu untuk membuat kekecohan termasuk menyasarkan pasukan keselamatan dan kawasan awam. – Bernama

DADAH 

LAGI DI LAWAN

LAGI MEREBAK

AMIN

PERLU ADA

PENDEKATAN BARU

AMIN

GANJA UNTUK

REKREASI

AMIN

GANJA UNTUK

KESEHATAN

AMIN

KETUM UNTUK

KESEHATAN

AMIN

KETUM & GANJA

SAMA TARAF

MACAM BEER

WISKI & BRANDI

AMIN

AIR ANGGGUR

SAMA TARAF MACAM

DGN TEH HIJAU

PEPSI & COKE

KHALAS